7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
1/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
TOPIK 1 PERGERAKAN ASAS
1.1 PERGERAKAN ASAS
- empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik
artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif.
- tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan
manupulatif alat.
1.2 PERGERAKAN LOKOMOTOR
-bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.1.2.1 Konsep
ARAH-bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke depan
atau ke kiri atau ke kanan.
ALUAN -corak gerakan, contohnya samada dalam bentuk
lurus, bengkang-bengkok, zig-zag dan lain-lain.
MASA -masa yang digunakan untuk melengkapkan
pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan,
dengan cara tiba-tiba atau terkawal.
1.2.2 Bentuk Pergerakan Lokomotor
-aktiviti-aktiviti pergerakan lokomotor yang biasa
dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani ialah:
BERJALAN
Jalan berundur dan kemudian ke hadapan
Berjalan dengan melakunkan gaya robot atau askar
permainan berjalan
Berjalan dengan melakunkan gaya gergasi berjalan
Berjalan dengan melakunkan gaya cara gorila
berjalan
Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak
Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan
Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di
kaki berjalan
BERLARI
Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus
Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi
Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan
Berlari dan berhenti apabila syarat diberikan dan
berhenti apabila isyarat diberikan dan berlari
semula
Berlari ke hadapan serta berundur kesisi
Berlari mengikut seorang ketua
Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan
arahan
Berlari mengikut arah zig-zag
MELOMPAT
Melompat seperti rusa melompat pagar
Melompat tali atau garisan di atas lantai
Melompat halangan yang ditinggikan sedikit dari
paras lantai
Melompat tinggi dan rendah berubah-ubah
mengikut arahan
Melompat dengan mencapai berbagai benda
Melompat sampil bergerak kehadapan
Melompat ke dalam dan keluar gelung rotan
Melompat setempat
Melompat melakonkan serta meniru cara kanggaru
melompat
Melompat melakonkan serta meniru cara katak
melompat
MELOMPAT KETINGTING
Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah
kaki selama empat kiraan
Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan
kekanan
Melompat ketingting berarah kehadapan-
kebelakang dan kekiri-kekanan mengikut isyarat
LARI SISI
Minta pelajar lakukan aktiviti-aktiviti dibawah berdasarkan
arahan dalam bentuk tiupan wisel atau irama muzik:
Lari sisi ke kiri dan ke kanan
Lari sisi perlahan-pelahan dengan langkah yang
rendah
Lari sisi dengan badan dinaikkan
Lari sisi kemudian galop
Lari sisi sambil berpegang tangan dengan
pasangan
SKIP
Skip ke hadapan
Skip mengikut satu bulatan
Skip dengan membuat pola tertentu
Skip tinggi dan rendah mengikut isyarat
Skip secara berpasangan
Tunjukkan skip yang tenang dan menyeronokan
1
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
2/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
MERANGKAK
Merangkak
Merangkak melalui pelbagai halangan
Merangkak melalui bawah sarang labah-labah
Merangkak secara berpasangan dengan kaki
pasangan diikat
Merangkak melalui tali
GULING HADAPAN
a. Berdiri tegak tangan diluruskan ke atas ambil nafas
b. Bengkokkan lutut tangan lurus ke hadapan sedia
untuk berguling
c. Naikkan pinggul dan rapatkan tangan dan dada ke
tilam kemudian guling
d. Guling ke hadapan dengan dibantu (Guru perlu
meminta pasangan pelajar yang membantu
menyokong pinggul dan bahagian belakang
pengguling. Oleh kerana aktiviti ini berisiko tinggi
adalah dicadangkan kaedah tunjukcara digunakan)
e. Kembali ke ke dudukan dekam dan luruskan kedua-
dua tangan
GULING KE HADAPAN
a. Bersedia dengan tangan lurus ke atas
b. Bengkokkan lutut tapak tangan ke atas dan jari
menghala ke belakang
c. Sedia untuk berguling ke belakang dan letakkan
punggung di atas tilam
d. Tolak badan dengan tangan. Guling ke belakang
dengan dibantu (Guru perlu meminta pasangan
pelajar membantu menyokong pinggul dan
bahagian belakang pengguling. Oleh kerana aktiviti
ini berisiko tinggi adalah dicadangkan kaedah
tunjukcara digunakan)
e. Mendekam dan berdiri semula
GULING SISI
1.3 PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan
bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan
mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.
1.3.1 Bentuk Pergerakan Bukan Lokomotor
DUDUK
Duduk dalam keadaan bersila
Duduk dalam keadaan melunjur
Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan
kekanan
Duduk dengan mengangkat kaki keatas
sedikit
Duduk mendekam
BERDIRI
Berdiri lurus
Berdiri dengan membongkok kehadapan
Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan
kanan serta diulang caranya dengan kaki kanan
Berdiri dengan memusing pada paras
pinggang
Berdiri dengan mengilas kekiri dan kekanan
Berdiri dengan memusing tangan kekiri dan
kekanan
BERPASANGAN
GUSTI TANGAN
TURUN NAIK PASANGAN
ENJIT-ENJIT SEMUT
TEPUK AMAI-AMAI
MENARIK SETEMPAT
MENGILAS SAMBIL MENEPUK TANGAN
MENARIK DAN MENAHAN RAKAN
Terdapat pelbagai dan banyak lagi aktiviti lokomotor dalam
pendidikan jasmani antaranya ialah
TEKAN TUBI
1.4 MANIPULASI ALATAN
Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti
pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung, rotan, batang
rotan, tali dan relang getah
1.4.1 Konsep
Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau
mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap
untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini memerlukan
penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau
menangani sesuatu objek. Kemahiran asas manipulasi alat
dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya
tanganmata, kakimata dan lain-lain.
1.4.2 Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat
MEMBALING DAN MELAMBUNG
Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut
semula
Melambung bola setinggi yang boleh dan
menyambut semula
Melambung bola serendah yang boleh dan
menyambut semula
2
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
3/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula
Meleretkan bola kesasaran
Menggolek relung
Membaling pundi kacang ke pasangan
Membaling pundi kacang melintasi satu garisan
Membaling pundi kacang kedalam gelung rotan
atau sasaran lain
Membaling pundi kacang sejauh yang boleh
MENYAMBUT
Melambung pundi kacang ke udara dan
menyambut semula
Melambung bola setinggi yang boleh dan
menyambut semula
Melantunkan bola di dinding dan menangkap
semula
Menyambut pundi kacang yang dilempar oleh
pasangan
Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan
MEMUKUL
Memukul alatan dengan tangan
Memukul alatan dengan genggaman
Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran
Melambung belon keudara dan kemudian memukul
Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola
itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang
dari sisi dan bawah bahu.
Jatuhkan bola kemudian pukul ketika bola itu
melantun dengan alatan
Minta pelajar menjalankan aktiviti secara
berpasangan. Minta A lambungkan bola kemudian
B akan memukul bola dengan kayu
Minta pelajar menjalankan aktiviti secara
berpasangan. Minta A leretkan bola kemudian B
akan memukul bola dengan kayu
AKTIVIT-AKTIVITI LAIN
MENYEPAK
MENAHAN
MENGELECEK
RUMUSAN
Pergerakan lokomotor bersifat gerakan yangbergerak dari satu tempat ke tempat yanglain.
Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong
perilaku pergerakan yang dirancang.
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan
gerakan atau aliran.
Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke
hadapan atau ke depan atau ke kiri atau ke
kanan.
Haluan ialah melibatkan corak gerakan
contohnya samada boleh dalam bentuk lurus,
bengkang-bengkok, zig-zag dan lain-lain.
Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam
keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain.
Pergerakan bukan lokomotor juga diertikan
sebagai keupayaan mengerakkan bahagian
tubuh badan tanpa beralih tempat.
Pergerakan bukan lokomotor adalah
pergerakan dalam keadaan statik dan
memberi penekanan kepada keseimbangan.
Gerakan dalam aktiviti bukan lokomotor
perlulah dibuat dalam keadaan tenang dan
kurang tekanan.
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas
yang dapat menyediakan diri pelajar untuk
mempelajari asas sukan dan seterusnya
menguasai kemahiran sukan yang pelbagai.
Manipulasi alat ialah bagaimana cara kita
menggayakan atau mempergunakan alatan
dengan cara yang betul dan cekap untuk
membentuk gerakan.
Kemahiran manipulasi alat hendaklah dibina
di peringkat umur pra sekolah atau sekolah
rendah.
Kemahiran manipulasi alat merupakan asas
kepada kemahiran sukan yang perlu dibina
daripada peringkat kanak-kanak.
Kemahiran asas manipulasi alat dapat
meningkatkan koordinasi anggota badan
contohnya tangan-mata, kaki-mata dan lain-
lain.
TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR
2.1 KEMAHIRAN PERSEPSI MOTORPersepsi motor membolehkan kanak-kanak:
Merasa kehadiran dirinya dalam ruang
Mengenalpasti arah kiri atau kanan dan depan atau
belakang
3
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
4/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Memahami perkaitan bentuk atau corak dalam
gerakan
Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-kanak
membaca, mengenal dan mentafsir huruf isyarat. Kemahiran
persepsi motor berikut boleh diajar kepada pelajar pra
sekolah:
Mengimbang
Kesedaran badan
Kesedaran ruang
Kesedaran arah
Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata
Mengimbang - kebolehan untuk seseorang mengawal dan
mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti.
Keseimbangan akan tercapai dengan maksimum sekiranya
garis graviti, pusat graviti dan titik tengah sokongan berada
dalam satu garis. Koklea yang terdapat dalam organ
merupakan bahagian dalam organ pendengaran yang
memelihara keseimbangan tubuh.
Terdapat dua jenis imbangan iaitu:
Imbangan Statik-Kestabilan semasa pusat graviti
berada setempat seperti dalam aktiviti dirian.
Imbangan Dinamik Mengekalkan kestabilan
diubah seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas
titi atau berlari.
Aktiviti Mengimbang dalam Pendidikan
Jasmani
Imbangan Dinamik
Meniti di atas bangku
Meniti di atas tali
Imbangan menggunakan kaki tempurung
Lompat ketinting (imbangan dinamik)
Imbangan Statik
- aktiviti mengimbang statik dengan meminta pelajar
menggunakan tangan dan kaki, lutut, punggung dan
sebelah kaki untuk mengimbang.
- Imbangan statik menggunakan anggota tubuh seperti
tangan, kaki, lutut, punggung dan lain-lain.
- Mengimbang badan menggunakan buai dalam keadaan
pegun (imbangan statik)
Aktiviti Kumpulan
olak patung
- Ketintingan bertiga
- Meniti diatas tali bersama rakan
- Ayun kaki serentak
- Berdiri diatas papan imbang
membayangkan dirinya sebagai ahli sarkas yang
beraksi mengimbang badan dalam aktiviti
persembahannya.
Laluan Imbangan
- aktiviti lebih menarik guru boleh membina laluan imbangan
dan pelajar diminta melalui laluan imbangan ini.
Contoh laluan imbangan
Kesedaran Tubuh Badan
Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak
tentang diri sendiri. Perkara yang penting t ialah:
Bentuk dan saiz tubuh badan
Bahagian-bahagian tubuh badan
Keupayaan melakukan gerakan membongkok,
melurus, memusing, mengilas dan mengerak badan
Perasaan yang timbul dalam situasi yang berbeza
AKTIVITI
Berjalan
Golek balak
Lompat bintang
Dirian bangau
Membongkok
KESEDARAN RUANG
Ruang adalah kawasan di mana kita hidup, ruang terdapat di
sekeliling kita.
Ruang diri - ruang yang mengelilingi individu
Ruang am - kawasan yang digunakan secara keseluruhan
semasa melakukan pergerakan.
Aktiviti:
Terbang rama-rama membolehkan pelajar mengetahui
ruang diri
Bergerak bagai burung terbang (ruang am)
KESEDARAN ARAH
- membolehkan pelajar dapat menyedari dan seterusnya
memanipulasi arah didalam ruang persekitaranya.
-Kesedaran hala datarialah kesedaran wujudnya arah ke
kiri dan kanan, atas bawah, hadapan belakang kiri kanan di
sisi tubuh badan seseorang.
Aktiviti kesedaran arah memerlukan kordinasi pelbagai arah
pada bahagian tubuh atau anggota lain seperti tangan dan
4
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
5/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
kaki digunakan dalam menolong mengembangkan
kesedaran hala datar kanak-kanak.
Aktiviti :
Permainan seperti angle in the snow di mana dalam
permainan ini
Buaya merangkak pelbagai arah (kesedaran ruang)
Melompat kanggaru pelbagai arah (Kesedaran ruang)
Kordinasi
Kordinasi merupakan keberkesanan dan keseragaman yang
cekap dalam pergerakan badan. Kordinasi melibatkan
penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan
angota tubuh badan menggunakan pancaindera serta
hubungannya dengan minda.
Kordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan
menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar.
Aktiviti:
Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengelecek
dalam hoki
Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengawal dalam
bola dengan baik dalam permainan bola sepak.
Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti memukul bola
pada sasaran yang tepat dalam permainan skuasy.
Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti menghantar bola
dengan tepat ke arah sasaran.
Terdapat pelbagai aktiviti dalam pendidikan jasmani yang
membantu pelajar membentuk kordinasi yang baik di
kalangan pelajar semenjak di tadika lagi. Contohnya:
1. Persepsi motor penting dalam mengajar kanak-kanak
terutama pra sekolah. Bincangkan kepentingan persepsi
motor.
2. Huraikan kemahiran yang terdapat dalam kemahiran
persepsi motor.
3. Apakah bahagian yang terdapat dalam tubuh badan kita
yang mengawal imbangan?
4. Terdapat dua jenis imbangan. Huraikan dan beri contoh
dua jenis imbangan tersebut.
5. Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-
kanak tentang diri sendiri. Nyatakan aspek yang penting
tentang kesedaran ini.
6. Terdapat dua jenis ruang. Nyatakan dan huraikan kedua-
dua jenis ruang tersebut.
7. Nyatakan dan definisikan kordinasi badan.
RUMUSAN
Aktiviti persepsi motor adalah penting dalam mengajar
kanak-kanak terutama pelajar pra sekolah membuat
gerakan berkordinasi.
Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-
kanak membaca, kemahiran persepsi membolehkan kanak-
kanak mahir mengenal dan mentafsir huruf isyarat.
Imbangan bermaksud kebolehan untuk seseorang
mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa
melakukan aktiviti.
Apabila jumlah tindakan daya pada pusat graviti adalah
sifar keseimbangan akan tercapai.
Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang
rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang.
Koklea yang terdapat dalam organ merupakan bahagian
dalam organ pendengaran yang memelihara keseimbangan
tubuh.
Dalam permainan dan sukan imbangan penting untuk
memantapkan keperilakuan dan membentuk gerakan.
Imbangan statik ialah kestabilan semasa pusat graviti
berada setempat seperti dalam aktiviti dirian.
Imbangan dinamik mengekalkan kestabilan di ubah
seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas titi atau berlari.
5
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
6/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-
kanak tentang diri sendiri.
Pemahaman tentang potensi pergerakan kanak-kanak
bergantung kepada kesedaran tubuh badan.
Ruang adalah kawasan di mana kita hidup, ruang
terdapat di sekeliling kita.
Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi individu iaitu
lingkungan kawasan yang boleh dicapai oleh bahagian
tubuh badan.
Ruang am pula ialah kawasan yang digunakan secara
keseluruhan semasa melakukan pergerakan.
Kesedaran arah membolehkan pelajar dapat menyedari
dan seterusnya memanipulasi arah di dalam ruang
persekitarannya.
Kesedaran luaran ini terbina daripada disebabkan
kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala
datar.
Aktiviti kesedaran arah memerlukan kordinasi pelbagai
arah pada bahagian tubuh atau anggota lain seperti tangan
dan kaki digunakan dalam menolong menggembangkan
kesedaran hala datar kanak-kanak.
Pelbagai jenis penerokaan pergerakan akan dapat
membentuk perkembangan kesedaran arah.
Bergerak ke hadapan ke belakang, ke kiri ke kanan, ke
atas dan ke bawah boleh membina kesedaran arah.
Kordinasi melibatkan penggunaan kesemua anggota
badan serta kebolehan anggota tubuh badan menggunakan
pancaindera serta hubungannya dengan minda.
Kordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan
menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar.
TOPIK 3 PERGERAKAN PENDIDIKAN
3.1 GIMNASTIK PENDIDIKAN
- lapan tema iaitu:
i . Kesedaran tubuh badan
ii. Kesedaran ruang
iii. Kesedaran masa
iv. Kesedaran perkaitan antara pelbagai
bahagian tubuh badan
v. Kesedaran beban
vi. Kesedaran aliran
vii. Kesedaran perkaitan dengan orang lain
viii. Kesedaran r itma
Empat tujuan gimnastik pendidikan ialah:
Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh
badan
Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran
kemahiran
Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui
penggunaan kemahiran dalam situasi-situasi
penyelesaian masalah
Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik
pergerakan yang baik
3.2 KESEDARAN TUBUH BADAN
Kesedaran tubuh badan melibatkan bahagian luaran tubuh
seperti kepala, bahu, tangan (termasuk tapak, jari dan
lengan),torso, kaki (termasuk tapak, dan jari kaki). Semua
pergerakan dalam tema tersebut melibatkan komponen
kecergasan fizikal terutamanya kekuatan otot, ketangkasan,
imbangan dan kordinasi.
Jadual 3.1: Jenis-jenis Pergerakan Dalam Tema Kesedaran
Tubuh Badan
JenisPergerakan
Maksud JenisPergerakan
Aktiviti
Bergeraksecarasentuhanberselang.
Bergerakdenganbahagian padatubuh badanberselang selimenyentuhlantai.
Berjalan, berlari,merangkak, dan berjalansecara melutut.
Bergeraksecarasentuhanselalu.
Bergerakdenganbahagian tubuhbadanmenyentuhlantai sentiasa.
Gulingan, gulingbalak, menarik danmenolak.
Bergeraktanpasentuhanseketika.
Bergerakdengan seluruhtubuh badan diudara seketika
Lompat bintang,lompat dakap dan lompatlayang.
Menyokongbeban padabahagian
tubuh.
Bergerakdengan beban dibahagian tubuh.
Membawa pundikacang di atas kepalaserta Menggolekkan bola
kecil di atas belakangbadan
Membuatberbagaibentukdengan
Membentukkantubuh badanmenjadi besar,kecil, panjang,
Pergerakan mengikut situasiseperti:
bunga sedang
6
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
7/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
bahagiantubuh badan.
pendek. kembang
arnab tidur dalam
lubang
galah menjulang
awan
kain dilipat dua
Membekukantubuh badan.
Berhentibergerak apabilaisyarat diberi.
Galop
Lompat kanggaru
dalam arah zig-zag
Merangkaikandua atau lebihpergerakan.
Merangkaikanbeberapakemahiran kedalam satubentukpermainan kecil.
Lompat ke dalamgelung rotan
Menyusup di bawah
palang
Berlari & melompat
melepasi palang
3.3 KESEDARAN RUANG
Ruang adalah merujuk kepada kawasan yang digunakan
semasa melakukan pergerakan iaitu:
Ruang Diri - ruang yang mengelilingi kita iaitu sejauh
mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.
Ruang Am - kawasan yang digunakan secara
keseluruhan dalam melakukan pergerakan.
Daya cipta kreatif juga dapat dilihat dalam cara kawasan
digunakan kesedaran ruang untuk menimbulkan atau
menyampaikan sesuatu idea atau perasaan.
- kemahiran di dalam tema kesedaran ruang seperti:
a. Bergerak Berbagai-bagai Cara Menggunakan
Ruang
- dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke
satu tempat dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang
kosong contohnya, kita boleh bergerak bebas dari satu
tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh
dilakukan dengan cara berjalan, merangkak, berlari
dan melompat.
-pergerakan juga boleh dilakukan dengan
menggunakan alatan. Contoh pergerakan ialah pelajar
berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam dewan
dengan melantunkan bola.
-kesemua pergerakan yang dilakukan melibatkan
komponen kecergasan fizikal terutamanya
ketangkasan dan kekuatan otot.
b. Membuat Pergerakan Menggunakan Ruang Diri
-melakukan pergerakan yang melibatkan keseluruhan
bahagian tubuh badan tanpa melibatkan perubahan
tempat, maka pergerakan itu menggunakan ruang diri.
Pergerakan ini melibatkan komponen kecergasan
fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan
kelenturan.
c. Bergerak Menggunakan Berbagai-bagai Aras
Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras
bermaksud pergerakan yang dibuat dengan
menggunakan ruang diri dan ruang am. Ia boleh
dilakukan dengan pelbagai aras iaitu tinggi, sederhana
dan rendah. Aras pergerakan ditentukan apabila satu
pergerakan dibandingkan dengan pergerakan yang
lain. Pergerakan menggunakan berbagai-bagai aras ini
pula melibatkan komponen kecergasan terutamanya
kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan.
d. Bergerak Menggunakan Pelbagai Arah
Dalam bergerak menggunakan berbagai arah
bermaksud satu pergerakan yang membolehkan
perlakunya bergerak mengikut arah yang di gemarinya.
Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak.
e. Bergerak Menggunakan Pelbagai Laluan
Dalam bergerak menggunakan berbagai laluan
bermaksud satu pergerakan yang membolehkan
perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih.
Contoh pergerakan ini ialah ulat menyusur.
3.4 KESEDARAN MASA
-pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan
seperti cepat, lambat dan serta merta.
Bergerak untuk Menghasilkan Kelajuan Berbeza
-bergerak dengan pelbagai kelajuan contohnya cepat,
lambat dan serta merta.
Bergerak untuk Menghasilkan Kelajuan Berbeza
Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki
dirapatkan
erjalan dengan cepat
Berhenti dan berdiri tegak
Berjalan dengan lambat
Berhenti dan berdiri tegak
Berjalan dengan serta-merta
Berhenti dan berdiri tegak
Bergerak dengan Memilih Kelajuan yang Sesuai
Konsep yang diutarakan ialah perbezaan pergerakan dan
kelajuan yang sesuai dengan kemahiran atau alatan yang
digunakan. Bergerak untuk menghasilkan kelajuan yang
berbeza. Contoh aktiviti:
7
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
8/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Bergerak seperti ulat
Berhenti dan berdiri tegak
Bergerak dengan Mengawal Kelajuan ( Serta-merta)
- pelaku akan bergerak dengan pelbagai kelajuan yang
terkawal sama ada secara pantas (serta-merta) atau secara
lambat mengikut arahan atau keperluan gerakan. Contoh
aktiviti:
Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki
dirapatkan
Berjalan dengan cepat
Berjalan dengan lambat
Melompat
Mendarat
Berguling ke hadapan
Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki
dirapatkan
Mengerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk
Menghasilkan Kelajuan yang berbeza
Mengerakkan tubuh badan untuk menghasilkan kelajuan
yang berbeza ertinya kita mengerakkan anggota tubuh
badan untuk kelajuan yang berbeza
Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki
dirapatkan
Hayun tangan dengan perlahan
Hayun tangan dengan cepat
Menggerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Memilih
Kelajuan yang Sesuai
-pelaku dikehendaki meneroka pelbagai pergerakan
mengikut kelajuan dan tempo yang sesuai.
Berdiri tegak dan luruskan tangan di atas
Buat dirian tangan dan kedua belah kaki lurus ke
atas
Turunkan sebelah kaki perlahan-lahan ke lantai
Berdiri tegak dan luruskan tangan di atas
Menggerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Mengawal
Kelajuan
-pelakunya melakukan pergerakan serta merta dan kawalan
lambat.
Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang
berlawanan dengan segera
Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang
berlawanan dengan laju
Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang
berlawanan dengan perlahan
Merangkai Pergerakan dengan Menggunakan Dua atau
Lebih Aspek
-pelakunya perlu meneroka pelbagai pergerakan mengikut
kelajuan dan tempo yang sesuai.
Aktiviti-aktiviti:
Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki
dirapatkan
Berlari
Melompat dengan meluruskan tangan di atas
Menghayunkan tangan dan kaki ke arah
berlawanan
Mendarat dengan meluruskan tangan ke belakang
dan membengkokkan kedua-dua lutut
Duduk mencangkung dengan meluruskan kedua
belah tangan ke hadapan.
Melompat sambil mendepakan tangan dan
mengangkangkan kedua-dua belah kaki.
3.5 KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI
BAHAGIAN TUBUH BADAN
-gerakan yang mempunyai hubungan antara tubuh badan
dengan bahagian tubuh badan yang lain atau antara tubuh
badan dengan alatan.
Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan antara Satu
Bahagian Tubuh Badan dengan yang Lain
Aktiviti yang dilakukan adalah:
Melompat sambil mencangkung dengan kedua-dua
belah tangan lurus ke hadapan.
berdiri sambil membengkokkan sebelah lutut
dengan mendepakan kedua-dua belah tangan ke atas.
Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan
di atas lantai sambil sebelah kaki diangkat keatas dan
sebelah lagi memijak lantai.
Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan
sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki di
udara
Kedua-dua belah tangan mendekam kelantai
dengan sebelah kaki lurus dan sebelah lagi
dibengkokkan di atas lantai
Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua
belah tangan ke atas.
Mengerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk
Menunjukkan Perkaitan di antara Satu Bahagian Tubuh
Badan dengan yang Lain
- pelaku akan menggerakkan bahagian tubuh badan yang
akan menukar bentuk kepada pergerakan badan yang lain..
8
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
9/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki
dirapatkan.
Berdiri atas sebelah kaki dengan sebelah kaki lagi
diangkat ke belakang lurus selari dengan permukaan
lantai dengan tangan lurus ke hadapan.
Berdiri atas sebelah kaki dengan tangan
didepangkan dan sebelah kaki diangkat ke hadapan
selari dengan permukaan lantai.
Sebelah tangan dan sebelah kaki yang
dibengkokkan menyokong badan di lantai sambil
tangan dan kaki sebelah lagi lurus ke atas.
Kedua belah tangan mendekam ke lantai, sebelah
lutut dan hujung jari kaki jejak ke lantai, badan
dilentikkan sambil sebelah kaki lagi lurus ke atas.
Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh
Badan dengan Alatan
- pelakunya bergerak dengan pelbagai cara bergantung
kepada jenis alatan seperti melompat dan lain-lain.
Berlari menuju ke arah alatan
Melompat melepasi alatan dengan kedua-dua belah
tangan diangkat ke atas. Mendarat dengan kedua-dua
belah kaki yang dibengkokkan dan kedua-dua belah
tangan lurus ke hadapan.
Mengerakkan Tubuh Badan untuk Menunjukkan
Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan Alat
Menyokong kepala dengan kedua belah tangan dan
menolak badan serta kaki untuk membuat gulingan
ke hadapan di atas bangku gimnastik.
Menyokong Badan di atas Satu Tapak Sambil
Mengerakkan Bahagian Badan yang Lain untuk
Mendapatkan Kestabilan
Buat dirian tangan sambil badan dan kaki lurus ke
atas
uat dirian tangan sambil mendepankan kedua
belah kaki ke udara
Mengalihkan Beban dari Pergerakan yang Stabil ke
Pergerakan Baru dengan Mengunakkan Bahagian Tubuh
Badan untuk Mendahului Pergerakan
Berdiri dengan tangan lurus ke hadapan dan lutut
dibengkokkan. Jatuhkan bahagian pinggul dan
belakang.
Sokong dan tolak badan dengan kedua-dua belah
tangan apabila tiba di bahagian tengkuk. Gulingkan
badan ke belakang.
Kembali ke posisi berdekam dengan dengan
kedua-dua belah kaki diturunkan perlahan-lahan.
Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi
Mencipta Tubuh Badan Setelah Menentukan Kedudukan
Bahagian Tubuh Badan
- mencipta tubuh badan setelah menentukan kedudukan
bahagian tubuh badan, pelaku perlu bergerak untuk
mencipta bentuk badan yang dikehendaki.
Berdiri tegak, tangan di sisi
Bengkokkan lutut dan merengkukkan badan
Tolak lutut dan punggung ke depan diikuti dengan
pergerakan dada ke depan serta kepala ke belakang
Gerakkan tangan ke belakang dan terus ke atas
Akhiri pergerakan atas bebola kaki dan tangan
diangkat lurus ke atas
RUMUSAN
Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada
pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh
badan, ruang, masa aliran dan ritma.
Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh
badan.
Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran
kemahiran.
Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui
penggunaan kemahiran dalam situasi-situasi
penyelesaian masalah.
Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik
pergerakan yang baik
Kesedaran tubuh badan melibatkan bahagian
luaran tubuh seperti kepala, bahu, tangan (termasuk
tapak, jari dan lengan), torso, kaki (termasuk tapak,
dan jari kaki).
Ruang adalah merujuk kepada kawasan yang
digunakan semasa melakukan pergerakan.
Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian
tubuh badan membawa maksud gerakan yang
mempunyai hubungan antara tubuh badan dengan
bahagian tubuh badan yang lain atau antara tubuh
badan dengan alatan.
TOPIK 4 PERGERAKAN PENDIDIKAN
4.1 KESEDARAN BEBAN
9
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
10/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
-gerakan yang membentuk simulasi dan main peranan. Di
dalam pergerakkan kesedaran beban ini, pelajar perlu
melakukan pergerakkan yang diiringi dengan beban yang
dinyatakan dalam arahan guru. Arahan lisan yang
jelas,terang dan mudah difahami amat penting. Contoh
situasi yang dipilih ialah main peranan sebagai sebiji kelapa
yang dihanyutkan air dan tumbuh menjadi pokok serta
berbuah.
Kesedaran beban bermaksud kualiti pergerakan seperti
kuat, lembut, ringan dan tenang. Pergerakan juga dilihat
dapat meningkatkan nilai murni seperti keyakinan diri,
kreativiti dan estetika dalam diri murid. Aktiviti ini juga
memberi kelebihan dari segi kecergasan murid. Ia dapat
meningkatkan daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan,
ketangkasan dan imbangan semasa melakukan pergerakan
ini.
Elemen keselamatan:
Setiap lakuan pergerakan perlu mengikut
kemampuan dan kematangan murid, Jika aspek ini
diabaikan ia boleh mengakibatkan kecederaan.
Gunakan ruang yang maksimum dengan selamat
tanpa sebarang objek yang boleh mendatangkan
kemudaratan kepada murid.
Guru boleh melakukan sokongan semasa
mengawal pendaratan murid.
Bergerak Berbagai Cara dan Membeku
Murid akan bergerak dengan pelbagai cara dan akhirnya
akan dalam keadaan statik iaitu membeku. Contohnya,
pergerakan seperti debunga bunga yang berterbangan dan
akan menjadi benih.
Bergerak Berbagai Cara dan Membeku
Arahan:
1. Bayangkan kamu sebiji kelapa yang hanyut di laut.
2. Berdiri dalam keadaan kaki yang terbuka.
3. Depakan tangan anda separas bahu.
4. Bergerak seolah-olah sedang dihanyutkan di dalam
laut.
5. Kemudian berhent i dan duduk.
6. Peluk tubuh dan diam.
Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan
Ringan
Pergerakkan ini adalah kesinambungan dari pergerakkan
sebelum ini iaitu bergerak berbagai cara dan membeku.
Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan
Ringan
Arahan:
1. Sekarang bergerak seolah-olah buah kelapa akan
bercambah menjadi pokok.
2. Jingkitkan tapak kaki.
3. Angkat kepala dan tangan perlahan-lahan.
4. Gerakkan tubuh badan dan naik secara perlahan-
perlahan.
Bergerak dengan Kualiti Berat dan Ringan
Menggunakan Alatan
Murid akan menggunakan alatan seperti bola sebagai beban
untuk menunjukkan kualiti berat dan ringan. Dalam situasi
ini, murid memainkan peranan sebagai pohon yang telah
membesar akan menghasilkan bunga dan buah. Semasa
aktiviti ini, murid diberi peluang meneroka, mengenalpasti,
memilih dan mencipta berbagai lakuan dengan kualiti berat
dan ringan. Murid digalakkan menggunakan ruang yang ada
pada alatan.
Bergerak dengan Kualiti Berat dan Ringan
Menggunakan Alatan
Arahan:
1. Sekarang pokok kelapa akan mengeluarkan buah
dengan lebat.
2. Gunakan bola sebagai buah kelapa.
3. Bongkokkan badan sambil memegang bola.
4. Gerakkan badan dan naik secara perlahan-lahan.
Merangkaikan Dua atau Lebih Pergerakan dengan Kualiti
Berat dan Ringan Tanpa atau dengan Alatan
Semasa melakukan aktiviti ini murid akan merangkaikan
beberapa pergerakkan secara berterusan dengan memberi
penekanan kepada kepelbagaian dan kelicinan pergerakan.
Merangkaikan dua atau lebih pergerakan dengan kualiti
berat dan ringan tanpa atau dengan alatan.
Bayangkan kamu sebiji kelapa yang hanyut di laut.
Akhirnya kamu terdampar di pantai.
Kamu bercambah .
Membesar .
10
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
11/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Dan berbuah lebat.
4.2 KESEDARAN ALIRAN
-bagaimana cara seseorang individu melakukan beberapa
pergerakan yang dirangkai secara berterusan dan lancar.
Ketika melakukan pergerakan kesedaran aliran, apa yang
perlu ialah:
Memilih jenis pergerakan yang sesuai dengan
kebolehan kita;
Melakukan rangkaian pergerakan yang tersusun;
dan
Memastikan bahawa pergerakan yang dibuat
mempunyai kelicinan pergerakan tanpa tersekat-sekat
atau terhenti.
1. Merangkai Pergerakan Secara Aliran Bebas
Rangkaian pergerakan secara aliran bebas merupakan
percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan
secara licin, lancar, berterusan tanpa berhenti.
Pergerakan rangkaian ini menguji daya tahan otot
pelajar. Disamping itu ia juga turut menguji kekuatan
otot, kelembutan, ketangkasan, dan imbangan pelajar.
Apa yang perlu dilakukan:
Mula-mula rangkaikan beberapa
pergerakan secara sentuhan berselang, sentuhan
selalu atau tanpa sentuhan seketika.
Pilihan cara bergerak perlu dipilih oleh
guru.
Kemudian rangkaikan beberapa
pergerakan secara berterusan.
Rangkaian yang ditentukan perlu
mempunyai permulaan dan penamat pergerakan.
Rangkaikan beberapa pergerakan secara
licin, lancar, berterusan tanpa berhenti.
Aktiviti perlu menggunakan ruang yang
maksimum.
Ia perlu turut melibatkan kepelbagaian
kegunaan bahagian tubuh badan.
Rangkaian pergerakan secara aliran bebas adalah
percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan secara
kemas, lancar dan berterusan tanpa tersekat-sekat atau
terhenti. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji
tahap kecergasan daya tahan otot, kekuatan otot,
kelembutan, ketangkasan dan imbangan.
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran
Contoh aktiviti bagi merangkaikan pergerakan secara aliran
bebas adalah seperti berikut.
Langkah-langkah aktiviti:
Mula-mula pelajar merangkak
dibawah kerusi.
Kemudian naik ke atas meja
secara merangkak
Selepas itu pelajar lalu di bawah
bangku.
Pelajar kemudiannya berdiri dan
berjalan melepasi kon yang disusun secara
berhalangan.
Pelajar bergerak melepasi gelung
rotan.
Aktiviti akhir sekali pelajar akan
melompat melepasi peti lombol.
2. Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Terikat
Rangkaian pergerakan secara aliran terikat adalah satu
rangkaian pergerakan yang terkawal. Pelaku boleh
berhenti seketika pada tempat tertentu dalam
rangkaian pergerakan dengan mengekalkan
imbangannya. Rangkaian pergerakannya masih licin
dan berkordinasi.
Apa yang perlu dilakukan:
Semasa melaksanakan tugasan ini pelajar
perlu bergerak dengan satu cara, berhenti seketika dan
bergerak semula.
Rangkaikan beberapa pergerakan
sentuhan berselang, membeku seketika dan teruskan
ke cara pergerakan yang lain.
Guru boleh mempelbagaikan cara
pergerakan dan penggunaan bahagian tubuh badan.
Rangkaian pergerakan dicipta
menggunakan alatan.
Pastikan alatan yang disusun mencabar.
11
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
12/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Guru boleh menyuruh pelajar
menggunakan berbagai arah, laluan dan kelajuan.
Pergerakan aliran terikat membawa maksud lakuan
terkawal. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji
daya tahan otot, kekuatan otot, imbangan, kordinasi dan
ketangkasan.
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran
Berikut adalah merupakan contoh aktiviti bagi pergerakan
secara aliran terikat.
Semasa melakukan aktiviti di atas pelajar boleh berhenti
seketika pada tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan
dengan membekalkan imbangannya.
Langkah-langkah aktiviti:
Pertama, pelajar baring
menelentang di atas lantai, lutut dibengkokkan. Juak
badan ke atas dan timbang badan.
Kemudian dengan tangan disisi
dan kaki rapat guling ke kiri dan ke kanan.
Kemudian dengan secara melutut
dari atas meja pendek lompat ke bawah (atas tilam).
Pelajar belari-lari anak
kehadapan.
Kemudian pelajar melompat ke
udara dengan kaki serta tangan mendepa.
3. Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Bebas dan
Terikat
Ia merupakan satu pergerakan secara gabungan
antara aliran bebas dan aliran terikat bagi menjadikan
rangkaian licin, lancar dan berterusan. Aktiviti ini juga
dapat membentuk keyakinan diri, kreativiti dan nilai
estetika pelajar dalam melaksanakan aktiviti. Bagi
aspek kecergasan pula ia menguji daya tahan otot
pelajar. Disamping itu ia turut menguji kekuatan otot,
kelembutan, ketangkasan, dan imbangan pelajar.
Apa yang perlu dilakukan:
Mula-mula rangkaikan beberapa pergerakan secara
aliran bebas
Pengajaran perlu memberi peluang meneroka,
mengenal pasti, memilih dan mencipta.
Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara
aliran terikat.
Guru harus memilih pergerakan yang sesuai dengan
jenis aliran yang dipilih.
Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara
aliran bebas dan aliran terikat dengan menggunakan
alatan.
Disamping itu perlu diberi perhatian, gunakan
permulaan dan penamat yang berlainan.
Gunakan aliran bebas dan aliran terikat berselang-seli
atau pada masa-masa tertentu.
Gunakan berbagai arah, aras laluan dan kelajuan.
Gimnastik pendidikan akan menjadi lebih menyeronokkan
dan mencabar sekiranya kita dapat menggabungkan kedua-
dua pergerakan aliran bebas dan terikat. Tujuan ujian ini
adalah menguji ketangkasan, daya tahan otot, kekuatan otot,
kelembutan dan imbangan. Untuk aktiviti ini, anda
dikehendaki melakukan aktiviti pada 6 stesen yang
ditetapkan.
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi stesen 1, anda diminta menggunakan tali yang
disediakan untuk bergayut melepasi air. Jika tidak berjaya,
anda diminta mengulang semula. Selepas melepasi stesen
1, bergerak ke stesen 2. Di stesen 2, anda hendaklah meniti
kayu tanpa jatuh. Setelah berjaya, berlari ke stesen 3. Di
stesen 3, anda diminta memanjat tembok sehingga melepasi
tembok tersebut. Kemudian berlari ke stesen 4. Pada
stesen 4, anda hendaklah bergayut di monkey bar dan
bergerak sehingga selesai. Kemudian berlari ke stesen 5. Di
stesen 5, anda diminta merangkak ala komando tanpa
menyentuh jaring sehingga tamat. Kemudian berlari ke
stesen 6. Di stesen 6, anda perlu melalui parallel bar.
Pastikan tangan diluruskan dan kaki tidak mencecah tanah.
Buat sehingga selesai. Kemudian anda berlari ke garisan
penamat.
Berikut adalah merupakan contoh aktiviti bagi merangkaikan
pergerakan secara aliran bebas dan terikat:
12
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
13/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Langkah-langkah aktiviti:
Mula-mula pelajar merangkak dibawah
kerusi.
Kemudian naik ke atas meja secara
merangkak
Selepas itu pelajar lalu di bawah bangku.
Pelajar kemudiannya berdiri dan berjalan
melepasi kon yang disusun secara berhalangan.
Pelajar bergerak melepasi gelung rotan.
Kemudian pelajar akan melompat
melepasi peti lombol.
Seterusnya, pelajar baring menelentang di
atas lantai, lutut dibengkokkan. Juak badan ke atas dan
timbang badan.
Kemudian dengan tangan disisi dan kaki
rapat guling ke kiri dan ke kanan.
Kemudian dengan secara melutut dari
atas meja pendek lompat ke bawah (atas tilam).
Pelajar belari-lari anak kehadapan.
Dan di akhir aktiviti ini pelajar melompat ke
udara dengan kaki serta tangan mendepa.Gaya arahan ketika mengajar Gimnastik Pendidikan adalah
penting kerana ia adalah untuk tujuan keselematan pelajar
semasa melaksanakan aktivti agar tidak tidak melakukan
kesilapan yang boleh membahayakan dirinya.
4.3 KESEDARAN RITMA
Corak gerakan badan yang mengikut rentak ritma di kenali
sebagai kesedaran rithma. Rentak rithma boleh di lakukan
sama ada dakam bentuk rendah, tinggi, mendatar dan
terputus-putus. Gabungan pergerakan badan akan
menghasilkan pergerakan yang kreatif dan artistik mengikut
rentak rithma. Corak rithma adalah hasil gabungan pelbagai
rentak seperti mendatar, tinggi, rendah atau terputus-putus.
Corak rithma boleh dilakukan secara berulang-ulang.
Sementara rentak rithma akan dilakukan secara lembut,
pelahan, kuat, cepat, sederhana dan sebagainya. Di
peringkat awal latihan kesederan rithma atlet di lakukan
pelbagai corak pergerakan badan melalui rithma yang
berbeza-beza. Berbagai rentak rithma boleh dihasilkan
dengan cara menghentak kaki ke lantai, tepuk tangan dan
lain-lain.
Menggunakan Rentak Rithma untuk Menghasilkan
Rangkaian Pergerakan
Pergerakan berangkai dalam persembahan yang pelbagai
bentuk dibantu oleh rentak rithma.
Mendapatkan Rentak Rithma untuk Koreografi
Rangkaian Pergerakan
Koreografi ialah pergerakan berangkai dengan rentak ritma
dan dilakukan mengikut kreativiti individu. Rentak rithma
dihasilkan melalui bersiul, tepuk tangan dan melalui alat
muzik. Lagu-lagu rakyat seperti burung kakaktua dan rasa
sayang eh juga boleh digunakan. Pergerakan ini dilakukan
secara individu dan di ikuti kumpulan.
Mengabung Aliran Pergerakan Diiringi Rentak Ritma
Corak aliran pergerakan mengikut kepelbagaian rentak rima.
Aliran pergerakan dirancang secara teratur, kemas, lancar
dan menggunakan ruang latihan. Aliran yang di lakukan
mesti mempunyai permulaan, penamat serta dilakukan
secara berterusan dan berulang-ulang.
13
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
14/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
1. Berikan tafsiran dan huraikan tema kesedaran
ritma.
2. Berikan aktiviti yang dilakukan dalam kesedaran
beban
RUMUSAN
Pergerakan di dalam kemahiran kesederan beban
lebih kepada gerakan yang membentuk simulasi
dan main peranan.
Kesedaran beban bermaksud kualiti pergerakan
seperti kuat, lembut, ringan dan tenang.
Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara
mengawal kekuatan serta keupayaan otot ketika
melakukan pergerakan.
Setiap lakuan pergerakan perlu mengikut
kemampuan dan kematangan murid. Jika aspek ini
diabaikan ia boleh mengakibatkan kecederaan.
Gunakan ruang yang maksimum dengan selamat
tanpa sebarang objek yang boleh mendatangkan
kemudaratan kepada murid.
Guru boleh melakukan sokongan semasa
mengawal pendaratan murid.
Murid akan bergerak dengan pelbagai cara dan
akhirnya akan dalam keadaan statik iaitu membeku.
Pergerakan ini memerlukan guru memberi murid-
murid satu situasi dan murid perlu main peranan.
Murid akan menggunakan alatan seperti bola
sebagai beban untuk menunjukkan kualiti berat dan
ringan
Murid merangkaikan beberapa pergerakan yang
menggunakan lebih atau kurang daya dan kekuatan
otot tanpa alatan atau dengan alatan.
Kesedaran aliran adalah bagaimana cara
seseorang individu melakukan beberapa
pergerakan yang dirangkai secara berterusan dan
lancar.
Rangkaian pergerakan secara aliran bebas adalah
percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan
secara kemas, lancar dan berterusan tanpa
tersekat-sekat atau terhenti.
Rangkaian pergerakan secara aliran terikat adalah
satu rangkaian pergerakan yang terkawal.
Dalam melakukan gerak kerja yang terikat ini, anda
boleh berhenti seketika pada tempat-tempat
tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan
mengekalkan imbangan badan.
Gimnastik pendidikan akan menjadi lebih
menyeronokkan dan mencabar sekiranya kita dapat
menggabungkan kedua-dua pergerakan aliran
bebas dan terikat.
Corak gerakan badan yang mengikut rentak ritma di
kenali sebagai kesedaran rithma.
Rentak rithma boleh dilakukan sama ada dakam
bentuk rendah, tinggi, mendatar dan terputus-
putus
TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK
5.1 SEJARAH
Senaman beramai bagi tujuan upacara keagamaan telah
mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban
Cina 2000 tahun dahulu.
Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan
pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman
ini di kenali sebagai gimnasium.
Tamadun Roman telah menggunakan gimastik sebagai
latihan fizikal dalam membina sistem kententeraan.
Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang
telah mendapat sambutan keseluruh Eropah sehingga ke
Amerika Syarikat pada tahun 1888 persekutuan amatur
gimnastik telah ditubuhkan. Pada tahun 1860 skim latihan
jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik
tentera telah ditubuhkan.
Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada pergerakan di
alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya
tahan.
Gimnastik Swedeish berdasarkan pergerakan berirama.
-kejohanan gimnastik dalam kalendar persekutuan
gimnastik antarabangsa iaitu:
Sukan Olimpik: 4 tahun sekali
Kejohanan Dunia : 4 tahun dan tidak berjalan
pada tahun olimpik
Kejohanan Eropah : pergerakan pilihan
dalam acara pilihan acara individu (had 3
lelaki + 3 wanita
5.2 BENTUK PERTANDINGAN
Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan,
keseimbangan dan ketepatan pergerakan.
Ahli gimnastik lelaki:
14
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
15/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Senaman lantai
Kekuda berpelana
Gelang
Lombol
Palang sejajar
Palang tunggal
Gimnas wanita:
Senaman lantai
Lombol
Palang bertingkat
Batang titian
Pertandingan I
Pertandingan antara pasukan bagi acara lelaki dan wanita
dikenali sebagai pertandingan I. Pertandingan ini terbahagi
kepada dua bahagian, iaitu:
Senaman wajib (IA)
Pergerakan senaman wajib mempunyai displinya telah
digubal oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG)
yang merupakan badan dunia yang bertanggungjawab
mengawal segala jenis aktiviti gimnastik.
Senaman pilihan (IB)
Senaman pilihan pula merupakan pergerakan pilihan dan
mengiku kretiviti pasukan atau peserta itu sendiri. Namun
pergerakan ini mesti mengandungi beberapa pergerakan
dari tiga peringkat kesukaran, iaitu mudah, pertengahan dan
sukar.
Pertandingan II
Di pertandingkan selepas pertandingan I, 36 gimnas lelaki
dan 36 gimnas wanita terbaik akan dipilih untuk bertanding
dalam pertandingan individu. Pertandingan II mengandungi
senaman campuran. Pertandingan ini melibatkan senaman
pilihan untuk menentukan juara keseluruhan.
Pertandingan III
Pertandingan III pula melibatkan pertandingan antara lapan
peserta terbaik bagi setiap alatan. Terdapat 6 acara alatan
bagi lelaki dan 4 acara alatan bagi wanita.
5.3 PERALATAN
Pegawai teknik hendaklah memeriksa dengan teliti akan
ketinggian atau ukuran sebenar pada setiap peralatan
mengikut specifikasi. Selain itu, pegawai teknik dan pegawai
lain perlu memastikan aspek-aspek keselamatan, yang
antara lain meliputi perkara-perkara berikut:
1. Susunan atau kedudukan setiap alatan hendaklah
memikirkan aspek keselamatan peserta.
2. Tebal tilam untuk latihan senaman lantai hendaklah
sesuai dengan pertandingan. Tilam-tilam keselamatan
harus diletakkan di kawasan yang berisiko.
3. Peralatan di gimnasium mestilah diperiksa pada
setiap kali hendak digunakan disamping pemeriksaan
berkala.
4. Para peserta hendaklah mengelakkan daripada
melakukan kemahiran sukar atau yang berisiko tinggi,
tanpa latihan yang cukup.
5. Sukan gimnastik boleh dijalankan dengan syarat
diawasi oleh pegawai yang berkelayakan.
ALATAN
Kekuda Lombol
Rajah 5.5: Aksi kekuda lombol
Kekuda Berpelana
Rajah 5.7: Aksi kekuda berpelana
Palang Bertingkat
Gambarajah 5.9: Aksi palang bertingkat
Palang Tunggal
Rajah 5.10: Aksi palang tunggal
15
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
16/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Gelang
Rajah 5.11: Aksi gelang
5.4 MARKAH PERTANDINGAN
Persembahan Senaman Lantai
Markah penuh dalam senaman lantai ialah 10.00. Potongan
markah akan dibuat sekiranya peserta melakukan perkara
berikut:
Kemahiran yang tidak dilakukan daripada sepuluh
kemahiran yang dikehendaki (ditolak 0.5 markah setiap
kemahiran yang ditinggalkan).
Kegagalan peserta melakukkan lompatan, gulingan,
imbangan dan putaran (ditolak 0.3 markah tiap-tiap
satu yang dilakukan).
Kelemahan menggunakan cara yang berlainan,
kelajuan dan dinamik, yakni pembinaan persembahan
(ditolak sehingga 1.00 markah).
Kelemahan bentuk dan teknik atau perlaksanaan
(ditolak sehingga 4.00 markah),
Setiap saat yang lebih dari masa yang dihadkan,
iaitu 40 saat (ditolak 0.1 markah setiap saat)
Unsur-unsur kemahiran(10 unsur @ 0.5)
5.0 markah
Perlaksanaan 4.0 markahPembinaan 1.0 markah
10.0 markah
Persembahan di Alatan
Potongan markah akan dibuat mengikut perkara berikut:
Kegagalan menggunakan kelapan-lapan kemahiran
dari variasinya (dipotong 0.5 markah bagi tiap-tiap
kemahiran yangtertinggal).
Kegagal menggunakan tiap-tiap alatan (dipotong
1.00 markah @ alatan).
Pembinaan persembahan yang lemah, iaitu
kemahiran yang berbeza jenisnya, (dipotong sehingga
1.00 markah).
Kelemahan bentuk dan teknik atau perlaksanaan
(dipotong sehingga 5.00 markah).
Pada setiap saat yang lebih dan 40 saat yang
diperuntukkan (dipotong 0.1 markah setiap saat).
Sementara itu jumlah markah yang diperuntukkan
lalah seperti berikut:
5.5 KEMAHIRAN ASAS DALAM GIMNASTIK
Senaman Lantai
Senaman lantai merupakan asas pergerakan dalam sukan
gimnastik. Senaman lantai mempengaruhi pergerakan
gimnas di alatan. Pergerakan seperti dirian tangan dan
kuang hadapan biasanya dijadikan salah satu pergerakan di
palang bertingkat, kekuda lombol, batang titian, palang
sejajar, gelang dan palang tunggal.
Acara Lombol
Kekuda lombol merupakan direka oleh Ludwig Jahn, yang
dikenali sebagai bapa gimnastik moden. Apabila melakukan
lombol, gimnas lelaki dan wanita menggunakan papan anjal
untuk mendapatkan anjalan yang lebih tinggi. Lombol
mempunyai enam fasa, iaitu larian penujuan, lonjakan,
penerbangan awal, tunjalan, penerbangan akhir dan
pendaratan.
Acara Palang
Palang sejajar telah dicipta bertujuan membantu gimnas
membina kekuatan lengan dan bahu bagi melakukan
pergerakan. Para gimnas wanita pernah mengunakan
palang sejajar sehingga tahun 1930. Selepas itu, satu
daripada palang telah direndahkan dan dikenali sebagai
palang bertingkat khas untuk wanita. Pergerakan di kedua-
dua alatan ini lebih menumpukan kepada pergerakan
ayunan daripada pergerakan kekuatan.
Kekuda Berpelana
Acara kekuda berpelana bagi peserta lelaki merupakan satu
acara yang sukar dalam sukan gimnastik. Kebanyakan
peserta memperolehi markah yang rendah dalam acara ini
dan merupakan acara yang kurang disukai. Alatan ini lebih
sama bentuk dengan kekuda lombol, tetapi mempunyai dua
pemegang kayu di atasnya digelar bonjol pelana. Peserta
akan menggunakan bonjol pelana ini untuk memindahkan
keseluruhan berat badannya di atas sebelah atau kedua-dua
lengannya. Kejayaan persembahan dalam acara kekuda
berpelana bergantung kepada tumpuan, imbangan dan
rentak.
Batang Titian
Batang titian merupakan satu alatan gimnastik yang
membantu perkembangan pembentukan dirian tubuh,
kordmasi dan gaya yang baik. Ciri-ciri terpenting dalam
acara batang titian ialah pergerakan imbangan yang mesti
dilakukan dengan berhati-hati di atas alatan yang lebarnya
hanya 10 cm. Pergerakan ini mestilah mengandungi unsur-
16
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
17/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
unsur akrobatik yang mengandungi pergerakan maju dan
undur, putaran penuh (termasuk satu di atas sebelah kaki),
pergerakan menapak, berlan, lompatan dan lonjakan.
Persembahan ini juga mestllah meliputi unsur-unsur
imbangan dalam kedudukan berdiri, duduk dan kedudukan
baring atau meniarap. Keseluruhan persembahan, para
peserta mestilah melakukannya di atas sepanjang batang
titian dengan licin dan kemas, juga perlu mempamerkan
perubahan rentak. Masa yang dihadkan bagi keseluruhan
persembahan lalah antara satu rnmit 10 saat, sehingga tidak
melebihi satu minit 30 saat.
Rajah 5.17: Batang titian
Acara Gelang
Gelang juga telah direkacipta oleh Ludwig Jahn dalam tahun
1980. Acara gelang telah menjadi salah satu acara penting
dalam sukan gimnastik. Dalam acara gelang setiap gimnas
akan dibantu oleh jurulatih untuk mendapatkan pegangan
pertama. Jika peserta ini terjatuh dari gelang, dia
mempunyai 30 saat untuk naik semula. Semasa mendarat
peserta tidak dibenarkan melangkah, tetapi boleh
membetulkan imbangannya tanpa ditolak markah. Purata
masa persembahan dalam acara gelang ini ialah di antara
40 saat hingga satu minit.
Rajah 5.18:Acara gelang
Acara Palang Tunggal
-merupakan acara terakhir dan selalu dapat mewujudkan
suasana kemuncak pertandingan. Semua gerakan di atas
palang tunggal ini melalui tangan dan bahagian depan
lengan.
1. Nyatakan tiga kejohanan besar dalam kalendar
gimnastik dunia.
2. Berikan lima alatan yang digunakan dalam
pertandi ngan gimnastik.
3. Huraikan dengan ringkas kemahiran yang terdapat
dalam pertandingan gimnastik.
RUMUSAN
S ukan gimnastik dipercayai telah berkembang
sejak 2000 tahun dahulu.
Orang-orang Greek telah menamakan pergerakan
senaman sebagai gymnastics serta tempat
senaman ini dikenali sebagai gymnasium.
Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat
antarabangsa yang terbesar dalam kalendar
persekutuan gimnastik antarabangsa.
Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan,
keseimbangan dan ketepatan pergerakan.
Kejohanan Gimnastik Dunia merupakan kejohanan
yang paling besar dan kenal di dunia. Kejohanan ini
diadakan setahun sebelum dan sesudah setiap
Sukan Olimpik diadakan.
Peralatan lengkap yang terdiri daripada enam acara
lelaki dan empat acara wanita perlu disediakan
untuk latihan atau kejohanan.
Pegawai teknik hendaklah memeriksa dengan teliti
akan ketinggian atau ukuran sebenar pada setiap
peralatan mengikut specifikasi.
Markah penuh dalam senaman lantai ialah 10.00.
Setiap peserta akan diberi 10.00 markah sebelum
ia memulakan persembahan.
Senaman lantai merupakan asas pergerakan dalam
sukan gimnastik.
Apabila melakukan lombol, gimnas lelaki dan
wanita menggunakan papan anjal untuk
mendapatkan anjalan yang lebih tinggi.
Palang sejajar telah dicipta bertujuan membantu
gimnas membina kekuatan lengan dan bahu bagi
melakukan pergerakan.
Acara kekuda berpelana bagi peserta lelaki
merupakan satu acara yang sukar dalam sukan
gimnastik.
Batang titian merupakan satu alatan gimnastik yang
membantu perkembangan pembentukan dirian
tubuh, kordmasi dan gaya yang baik.
Dalam acara gelang, setiap gimnas akan dibantu
oleh jurulatih untuk mendapatkan pegangan
pertama.
Acara palang tunggal merupakan acara terakhir dan selalu
dapat mewujudkan suasana kemuncak pertandingan.
TOPIK 6 GIMNASTIK ARTISTIK
6.1 POLA PERGERAKAN DALAM
GIMNASTIK ARTISTIK
Seorang gimnas perlu menguasai kemahiran-kemahiran
asas seperti melentur dan meregang, mengimbang,
menghambur, melompat dan melayang, melonjak,
menyokong, memusing dan mengilas, mengguling,
mengayun, melenting. Kemahiran asas ini menjadikan
seorang gimnas berupaya melakukan pergerakan senaman
lantai dan penggunaan alatan dengan baik dan kemas.
17
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
18/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Pergerakan menggunakan lombol lalu, lombol kangkang dan
lombol muka di atas peti lombol adalah merupakan
pergerakan asas menggunakan alatan yang perlu dikuasai
oleh gimnas terlebih dahulu. Pergerakan ini akan membantu
seorang gimnas menguasai pergerakan menggunakan
alatan yang memerlukan kekuatan tangan dan pendaratan
yang baik.
Beberapa pergerakan asas ketangkasan, imbangan dan
lombol akan memberi kesedaran ruang, masa, beban dan
aliran serta membina daya kreatif, rekacipta dan
pengubahsuaian bagi menghasilkan rangkaian pergerakan
yang harmoni dan estetik.
Gaya Dirian
Seorang gimnas perlu mempunyai cara berdiri yang
sempurna dan kemas bagi setiap permulaan pergerakan.
Kedudukan gaya dirian yang baik dapat membantu gimnas
memungut mata dalam persembahannya. Ciri-ciri dirian
yang baik:
1. Kaki dirapatkan;
2. Kedua-dua lutut ditekan ke belakang;
3. Perut dikempiskan;
4. Dada diangkat tinggi;
5. Bahu direndahkan;
6. Dagu diangkat agar mata memandang ke hadapan;
dan
7. Bernafas dengan selesa.
Guling Hadapan
Cara guling hadapan:
1. Peserta hendaklah dalam kedudukan berdiri;
2. Lutut dibengkokkan;
3. Tangan diangkat lurus ke hadapan;
4. Pastikan belakang dalam keadaan tegak;
5. Kedua-dua tapak tangan berada di atas lantai
dengan jarak seluas bahu;
6. Jongketkan badan dengan meluruskan lutut;
7. Menolak ke hadapan dengan jari-jari kaki;
8. Kepala ditundukkan ke dada;
9. Tangan dibengkokkan;
10. Bahu dibiarkan menyentuh lantai. (Pastikan anda
tidak bergolek atas kepala.);
11. Tolakkan dan pangkal jari kedua-dua belah kaki
diteruskan sambil mengekalkan kedudukan badan
yang bergulung semasa berguling ke hadapan;
12. Berdiri atas kaki semula; dan
13. Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke
hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada serta
badan yang dibulatkan akan membantunya untuk
dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri
semula
ANSURMAJU GULING HADAPAN
Rajah 6.2: Ansur maju guling hadapan
GERAK KERJA PENYESUAIAN GULING HADAPAN
PERSEMBAHAN BERANGKAI GULING HADAPAN
Rajah 6.4: Persembahan berangkai guling hadapan
Guling Belakang
Bengkokkan lutut agar paha selari dengan lantai.
Badan dicondongkan ke hadapan serta tangan
diangkat lurus ke hadapan untuk memastikan pusat
graviti sentiasa diatas pangkal jari-jari kaki.
Duduk rapat ketumit tanpa buntut terhentak.
Dagu dirapatkan ke dada untuk membentuk
belakang badan yang bulat.
Ansur Maju dalam Guling Hadapan
Rajah 6.6: Ansur maju guling belakang
Dirian Kepala
Kaki diluruskan, gerakan dibuat pada hujung jari
kaki.
Tangan menekan kuat ke lantai.
Kepala dan tangan membentuk segitiga sama.
Perlakuan dirian kepala bermula, dengan
memastikan hidung mencecah lantai.
Apabila kaki meninggalkan lantai, kaki dibawa ke
kedudukan dirian kepala, lutut dan badan
dirapatkan. Semasa dirian kepala, kaki dan belakang badan
diluruskan.
Dirian Tangan
Badan diregang sebelum kaki ditendang naik.
18
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
19/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Tangan lurus ke atas langkah kaki satu kaki
kehadapan
Tangan diletakkan di atas tilam dengan jarak seluas
bidang bahu, menghala ke hadapan searah dengan
jari kaki, jari-jari tangan dibuka bagi menambah
keluasan tapaknya.
Siku sentiasa diluruskan untuk memastikan berat
badan ditahan melalui tulang-tulang tangan dan
tidak disokong oleh otot-otot.
Pergerakan tangan terkawal dan lurus semasa
diayun ke bawah.
Rajah 6.16: Gerakan penyesuaian dalam gerak tangan
Roda Kereta
TEKNIK RODA KERETA
1. Muka menghadap ke hadapan.
2. Dada turun ke arah lutut, dan lakukan tolakan dari
kaki yang bengkok.
3. Kaki mengangkang, badan dikekal pada datar yang
sama, dan kepala kekal dalam kedudukan biasa
dengan lurus.
4. Mata memandang ke arah tangan di lantai
belakang, badan jangan dilengkungkan.
Kaki dibawa turun rapat sebelah tangan, dan berdiri
dalam kedudukan berbentuk bintang
Rajah 6.17: Gerakan dalam roda kereta
Rajah 6.18: Teknik dalam roda kereta
Rajah 6.19: Gerak kerja penyesuaian dalam roda kereta
CARA-CARA MENYOKONG RODA KERETA
Rajah 6.20: Cara menyokong roda kereta
Hambur Belakang/Tengkuk
TEKNIK HAMBUR BELAKANG
1. Mencangkung, lengan lurus ke hadapan, berdiri
atas pangkal jari-jankaki.
2. Pinggul turun ke hadapan hingga hilang imbangan.
Kedua-dua tangan hampir sebarisan dengan
kepala.
3. Ayun kuat dengan kaki yang dikekalkan lurus.
Belakang badan melengkung disebabkan pinggul
yang diregang dengan kuat. Tolakan dari tangan
yang kuat.
4. Pinggul ditolak ke hadapan semasa mendarat.
Pendaratan dibuat atas pangkal jari-jari kaki (Rajah
4.25).
Rajah 6.22: Teknik hambur belakang
Rajah 6.23: Ansur maju hambur belakang
CARA MENYOKONG DALAM HAMBUR BELAKANG
Rajah 6.24: Menyokong dalam hambur belakang
Hambur Kepala
Teknik Hambur Kepala
1. Mencangkung atas pangkal jari-jari kaki, lenganlurus ke hadapan,
2. Pinggul turun ke hadapan hingga hilang imbangan.
Kedua-dua tangan hampir sebaris dengan kepala.
3. Ayun kuat dengan kaki yang dikekalkan lurus.
Belakang badan melengkung disebabkan pinggul
yang diregang dengan kuat. Tolakan dari tangan
yang kuat.
4. Pinggul ditolak ke hadapan semasa mendarat, yang
dibuat atas pangkal jari-jari kaki (Rajah 4.30).
19
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
20/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Rajah 6.25: Teknik hambur kepala
Rajah 6.26: Pergerakan dalam hambur kepala
ANSURMAJU HAMBUR KEPALA
Rajah 6.27: Ansur maju dalam hambur kepala
CARA MENYOKONG HAMBUR KEPALA
Rajah 6.28: Cara menyokong dalam hambar kepala
Hambur Tangan
Pergerakan hambur tangan boleh dibahagikan kepada
empat aras iaitu:
larian
lonjakan
penerbangan
pendaratan.
TEKNIK DALAM HAMBUR TANGAN
1. Tangan di luruskan ke atas, dan bahu
dikembangkan. Mula melangkah seperti dalam lompat
pagar, laitu rendah dan panjang.
2. Pengembangan bahu dikekalkan, manakala dada
ditekan ke bawah arah lantai.
3. Bahu di belakang tangan yang diluruskan, dan kaki
ditendang dengan kuat ke belakang.
4. Kaki mula dirapatkan, kepala didongakkan dan
badan dikekalkan lurus.
5. Pendaratan dibuat di atas pangkal jari-jari kaki.
Rajah 6.29: Gerakan dalam hambur tangan
ANSURMAJU HAMBUR TANGAN
Rajah 6.30: Ansur maju dalam hambur tangan
CARA MENYOKONG HAMBUR TANGAN
Rajah 6.31: Ansurmaju dalam hambur tangan berpasangan
Rajah 6.32: Menyokong dalam hambur tangan
Hambur Terbang
Pergerakan hambur terbang boleh dibahagikan kepada
empat fasa pergerakan, iaitu lanan muncul, lonjakan,
penerbangan dan pendaratan.
TEKNIK LONJAKAN DUA KAKI UNTUK HAMBUR
TERBANG
1. Langkah gelongsor rendah dan panjang atas
sebelah kaki, sementara lengan dibawa ke belakang.
2. Lengan membantu untuk diregang sepenuhnya,
sambil tumit diangkat.
3. Kaki dan pergelangan kaki dikembangkan
sepenuhnya (Rajah 6.33).
Rajah 6.33: Teknik dalam hambur terbang
Rajah 6.34: Gerakan dalam hambur terbang
Hambur Lenting
TEKNIK DALAM HAMBUR LENTING
1. Belakang badan dibulatkan tapi tidak lekuk. Tolakan
akan bermula dari tumit bukan pangkal jari-jari kaki.
2. Kaki menolak dengan kuat. Badan jangan
dilengkung ke belakang terlampau banyak. Kepala
hendaklah sebaris dengan badan dan tidak
didongakkan.
3. Badan melalui kedudukan dirian tangan. Tolakanyang kuat dari tangan melalui bahu.
4. Kaki menendang turun ke bawah.
20
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
21/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Rajah 6.35: Teknik dalam hambur terbang
Rajah 6.36: Gerakan dalam hambur lenting
ANSURMAJU HAMBUR LENTING
Rajah 6.37: Ansurmaju dalam hambur lenting
CARA-CARA MENYOKONG HAMBUR LENTING
Rajah 6.38: Cara-cara menyokong dalam hambur lenting
1. Berikan tafsiran dan nyatakan pola gerakan dalam
gimnastik artistik.
2. Huraikan aktiviti ansur maju bagi hambur lenting.
RUMUSAN
Pergerakan menggunakan lombol lalu, lombol
kangkang dan lombol muka di atas peti lombol
adalah merupakan pergerakan asas menggunakan
alatan yang perlu dikuasai oleh gimnas terlebih
dahulu.
Seorang gimnas perlu menguasai kemahiran-
kemahiran asas seperti melentur dan meregang,
mengimbang, menghambur, melompat dan
melayang, melonjak, menyokong, memusing dan
mengilas, mengguling, mengayun, melenting.
Seorang gimnas perlu mempunyai cara berdiri yang
sempurna dan kemas bagi setiap permulaan
pergerakan.
Kemahiran asas ini menjadikan seorang gimnas
berupaya melakukan pergerakan senaman lantai
dan penggunaan alatan dengan baik dan ke mas.
TOPIK 7 GIMRAMA
7.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik,
gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh
Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Gimrama me-
rupakan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas
lantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama boleh
dilakukan samaada dengan atau tanpa peralatan yang kecil
di tangan. Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan
bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan
berterusan. Pergerakan dalam gimrama boleh dikatakan
menyerupai pergerakan tarian tetapi mempunyai ciri yang
tersendiri. Pada asasnya, ciri-ciri pergerakan gimrama perlu
mempunyai ciri-ciri gimnastik serta mempunyai perkaitan
yang rapat di antara tiga komponen asas, iaitu pergerakan
tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik.
Rajah 7.1: Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan
bersifat estetik dan pergerakan gimrama mesti dilakukan
secara licin dan berterusan
Rajah 7.2: Gimrama juga boleh dilakukan samaada dengan
atau tanpa peralatan yang kecil di tangan
Pergerakan asas gimnastik berirama di percayai mula
diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah.
Pada masa itu, gimrama dianggap sebagai pergerakan
gimnastik artistik dan tidak mempunyai undang-undang dan
peraturan yang piawai. Pengasas sukan gimrama adalah
seorang pensyarah berbangsa Swis, iaitu Jacques Dalcroze.
Dalcroze yang telah membuka dua buah maktab perguruan
di Switzerland dan Jerman. Beliau telah memperkenalkan
latihan pergerakan gimrama kepada penuntut-penuntutnya
dalam abad ke-19.
Di awal tahun ke 20 terdapat dua orang tokoh gimrama dari
negara Jerman yang memberi sumbangan yang besar
dalam sukan ini. Rudolph Bode (1881-1970) dan Hernrich
Medau (1890-1974) telah memulakan sekolah gimrama
mereka sendiri. Mereka juga telah memperkenalkan
21
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
22/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
perkaitan di antara aktiviti tarian dan gimnastik dengan
iringan muzik. Medau memperkenalkan peralatan bola,
gelung dan belantan untuk sukan gimram.
Pada tahun 1962 oleh Persekutuan Gimnastik Antara-
bangsa telah mengiktiraf Gimnastik berirama moden
sebagai suatu sukan tersendiri. Pertandingan di peringkat
gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah
Kejohanan gimrama sedunia yang berlangsung di Budapest,
Hungary pada tahun 1963. Sejak itu, kejohanan ini menjadi
kalender tetap persatuan dengan di pertandingkan setiap
dua tahun sekali. Selain itu, beberapa pertandingan di
peringkat antarabangsa yang lain seperti Kejohanan Eropah
(European Championship) dan Kejohanan Empat Benua
(Four Continents Championship) telah dimulakan pada tahun
1978. Sukan gimrama telah di pertandingkan buat pertamakali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
7.2 KEPERLUAN ALATAN ASAS UNTUK
MEMULAKAN GIMRAMA
Tali
Tali gimrama boleh didapati di kedai sukan di bahagian
peralatan mendaki gunung dan juga di bahagian peralatan
kapal. Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas ialah
hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3m dan tebal
8 mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas.
Spesifikasi Tali
Bahan Hem atau sebarang bahan sintetikyang mempunyai kualiti yang sama.
Panjang Mengikut tinggi gimnas, tali di ukurapabila gimnas berdiri denganmemijak di tengah tali dan kedua-dua
hujung tali di angkat ke aras ketiakgimnas.
Warna Satu atau dua warna kecuali warnaperak dan emas.
Rajah 7.4: Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas
ialah hem atau sintetik
Gelung
Gelung boleh didapati di kedai sukan atau di kedai
permainan. Gelung di buat daripada plastik, rotan atau kayu
biasa digunakan oleh gimnas. Tinggi gelung yang sesuai
perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan
ditepi gimnas. Terdapat juga gimas yang menu balut gelung
dengan pita pelekat yang berwarna-warni. Balutan ini
bertujuan untuk menguatkan cantuman gelung serta
menambahkan berat gelung di samping menjadikannya lebih
menarik.
Rajah 7.5: Gelung berpita
Spesifikasi Gelung
Bola
Bola adalah salah satu displin wajib dalam gimrama. Bola
yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat
untuk gimrama dan mengikut spekfikas serta di iktiraf oleh
Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).
Spesifikasi Bola
Bahan Getah atau bahan sintetik dengan anjalan.
Garis pusat 18-20 cm
Berat 400 g minimum
Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak danemas.
BELANTAN (CLUB)Belantan boleh di dapati dari kedai sukan tetapi sukar untuk
direka bentuk. Dalam gimrama penggunaan belantan
dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang
tinggi dan latihan yang banyak. Persembahan belantan
biasanya di kuasai oleh gimnas yang lebih berpengalaman.
Spesfikasi Belantan
Bahan Kayu atau bahan sintetik, boleh dibalut denganpita pelekat.
Panjang 40-50 cm
Berat 150 g minimum bagi satu belantanBentuk Serupa bentuk botol, bahagian yang lebar
sekali ialah badan. Garis pusat pada tapakbelantan sekurang-kurangnya 2 cm.Bahagian yang kecil pada hujung lain bulatandi panggil kepala, garis pusatnya tidak melebihi3 cm.
Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak danemas.
Rajah 7.8: Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap
sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi
dan latihan yang banyak
22
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
23/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
REBEN
Kebanyakan reben yang didapati di kedai adalah terlalu
ringan dan la cepat tersimpul, terkusut dan mudah terkoyak
pada bahagian tepinya. Kain yang paling sesuai untuk
dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera. Kain
reben yang mempunyai berat yang sesuai penting untuk
menghasilkan corak reben yang baik dan juga senang untuk
dibaling.
Panjang reben boleh diubah suai mengikut saiz fizikal dan
keupayaan gimnas. Bagi gimnas yang berpengalaman,
mereka perlu menggunakan reben yang berukuran 6 m
tetapi bagi gimnas yang baru atau kanak-kanak yang
berumur 12 tahun ke bawah, mereka bolehlah menggunakan
reben yang panjangnya 4-5 m. Riben di sangkut pada
bahagian hujung dengan kayu.
Specifikasi Reben
Bahan Satin atau bahan lain yang serupa dantidak berkanji.
Lebar 4-6 cm
Panjang Jumlah panjang sebenar ialah 7m, satumeter di lipat pada hujungnya seperti padaRajah 2.9 supaya menjadi 6 cm
Berat 35 g minimum (tidak termasuk kayu danpenyangkutnya)
Warna Satu atau dua warna kecuali warna perakdan emas.
Kain yang paling untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang
berat atau sutera
Specifikasi Kayu
Bahan Kayu, plastik, buluh atau f ibre glass.Hujung kayu sepanjang 10 cm maksimumboleh di balut dengan pita untukcengkaman yang lebih baik.
Bentuk Bulat atau berbentuk kon.
Garis pusat 1 cm maksimum pada bahagian yanglebar sekali.
Panjang 50-60 cm termasuk cincin penyangkut.
DawaiPenyangkut
Panjangnya 7 cm maksimum. Bolehmenggunakan benang, dawai atau matakail.
Material kayu boleh terdiri daripada kayu, plastik, buluh atau
fibre glass
Pakaian
Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian
yang selesa dan sesuai untuk bergerak, iaitu seluar trek
(track bottom) atau seluar pendek dengan baju T atau
leotard dengan atau tanpa tights. Sementara dalam
peringkat pertandingan penganjur akan hanya
membenarkan peserta memakai leotard dan tights atau
leotard sahaja. Namun, ini adalah bergantung pada jenis dan
taraf pertandingan. Dalam pertandingan peringkat sekolah
atau kelab peraturan pakaian boleh diubah suai. Pengelola
pertandingan boleh membenarkan pakaian baju T dan seluar
trek, manakala dalam pertandingan peringkat antarabangsa,
hanya pakaian leotard dengan atau tanpa tights dibenarkan.
Mengikut undang-undang sukan ini, leotardyang dipakai se-
masa pertandingan mestilah berpandukan pada beberapa
peraturan. Cans leher depan dan belakang badan tidak
boleh terlalu luas di kedua-dua bahagian depan dan
belakang sehingga menjolok mata. Garis di punggung juga
tidak dibenarkan terlalu tinggi sehingga mendedahkan
bahagian punggung. Leotardboleh dipakai dengan atau
tanpa lengan tetapi pakaian seperti pakaian renang atau
pakaian tarian juga tidak dibenarkan. Kain leotard boleh
terdiri daripada apa juga warna kecuali warna emas dan
perak. Kain nipis yang lut sinar atau lut cahaya tidak
dibenarkan.
Ramai di antara gimnas berlatih dan bertanding tanpa
memakai kasut. Walau bagaimanapun jika gimnas ingin me-makai kasut semasa pertandingan, dia boleh memakai kasut
yang khas untuk gimrama. Kasut gimrama biasanya
diperbuat daripada kulit atau kain.
7.3 TEMPAT LATIHAN
- dalam dewan tertutup. Di bahagian atas hendaklah kosong
dan tidak mempunyai halangan seperti lampu, palang, rasuk
dan struktur lain. Contoh: dewan sekolah, panggung, dewan
orang ramai atau gudang .
- permukaan lantai perlu bersih dan tidak terlalu licin.
- Permaidani yang lembut - biasanya berlatih di dalam
dewan dengan menggunakan tilam untuk kemahiran yang
sukar seperti gulingan.
23
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
24/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
- Luas kawasan bagi pertandingan hendaklah berukuran 12
m X 12 m tetapi untuk latihan, luas kawasan ini adalah tidak
diwajibkan.
7.4 UNDANG-UNDANG AM
Peraturan dan undang-undang Persekutuan Gimnastik
Antarabangsa (FIG) terdapat dua acara pertandingan yang
utama.
Gimnas menggunakan satu peralatan untuk setiap
latihan atau rutinnya. Acara ini disebut pertandingan
individu atau latihan sukarela individu.
Acara latihan sukarela dipersembahkan oleh
sekumpulan gimnas (biasanya enam orang gimnas
serentak pada suatu kawasan yang ditetapkan). Setiap
kumpulan mengguna kan satu atau dua jenis peralatan
yang berlainan bagi setiap latihan. Acara ini disebut
pertandingan latihan berpasukan atau latihanberkumpulan.
LATIHAN SUKARELA INDIVIDU
Terdapat tiga jenis pertandingan dalam acara ini iaitu:
1. Pertandingan IAcara berpasukan
Setiap pasukan perlu terdiri
daripada tiga atau empat orang gimnas.
Setiap pasukan mesti
mempertunjukkan 10 latihan, laitu dua latihan bagi
setiap peralatan. Peralatan yang digunakan ialah tali,
bola, gelung, belantan dan reben.
Setiap gimnas dalam pasukan
boleh mempersembahkan satu hingga empat latihan
maksimum dengan menggunakan peralatan yang
berlainan. Dengan itu setiap peralatan akan
dipersembahkan oleh dua gimnas yang berlainan
dalam satu pasukan.
Dalam menentukan johan
pasukan, jumlah mata yang diperolehi daripada semua
gimnas akan diambil kira. Pasukan yang mendapat
agregat mata tertinggi dianggap sebagai pasukan
johan (jumlah mata maksimum: 100).
Pertandingan I merupakan
pusingan kelayakan untuk masuk ke Pertandingan II
dan III.
2. Pertandingan IIAcara individu keseluruhan
Hanya gimnas yang telah mempersembahkan
sekurang-kurangnya tiga latihan dalam Pertandingan I
akan dipertimbangkan untuk pertandingan ini, Tiga
jumlah mata yang terbaik akan diambil kira untuk setiap
gimnas. Seramai 26 peserta terbaik dalam pertandingan I layak
bertanding untuk pertandingan individu keseluruhan.
Penyertaan ini terhad kepada dua peserta dan setiap
pasukan.
Dalam pertandingan ini, setiap peserta mesti memper-
tunjukkan empat latihan dengan empat peralatan yang
ditetapkan oleh Pesekutuan Gimnastik Antarabangsa,
(FIG).
Untuk menentukan Johan Individu Keseluruhan, jumlah
mata yang diperolehi daripada keempat-empat latihan
yang dipertunjukkan akan diambil kira. Peserta yang
mendapat mata terbanyak akan menjadi johan individu
keseluruhan (jumlah mata maksimum: 40).
2. Pertandingan IIIPusingan akhir untuk setiap
peralatan
Lapan peserta terbaik (dengan maksimum dua peserta
setiap pasukan) bagi setiap peralatan yang
dipertandingkan dalam Pertandingan I layak menyertai
Pusingan Akhir untuk setiap peralatan.
Peserta yang memperolehi mata tertinggi bagi sesuatu
acara peralatan akan menjadi johan bagi peralatan
berkenaan (jumlah mata maksimum: 10).
1. Senaraikan spesifikasi alatan yang digunakan untuk
pertandingan gimrama.
2. Berikan ciri-ciri tempat yang sesuai bagi latihan dan
pertandingan gimrama.
3. Nyatakan corak pertandingan gimrama.
RUMUSAN
Gimrama merupakan salah satu disiplin sukangimnastik.
Gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik
oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).
Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan
bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan
berterusan
Pergerakan asas gimnastik berirama dipercayai
mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua
Eropah.
Pada tahun 1962, Persekutuan Gimnastik Antara-
bangsa telah mengiktiraf gimnastik berirama moden
sebagai suatu sukan tersendiri.
Pertandingan di peringkat gimrama peringkat
antarabangsa yang pertama ialah kejohanan gimrama
24
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
25/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada
tahun 1963.
Sukan gimrama telah dipertandingkan buat pertama
kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika
Syarikat.
Dalam sukan gimrama, peralatan merupakan
keperluan yang asas.
Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan
lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan
Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben,
gelung dan belantan.
Tali yang digunakan oleh kebanyakan gimnas ialah
hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3m dan
tebal 8mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas.
Gelung dibuat daripada plastik, rotan atau kayu
biasa digunakan oleh gimnas. Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke
paras punggung apabila ditegakkan ditepi gimnas.
Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola
yang di buat untuk gimrama dan mengikut spekfikas
serta diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa
(FIG).
Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap
sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang tinggi
dan latihan yang banyak.
Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah
satin, nilon yang berat atau sutera.
Panjang reben boleh diubahsuai mengikut saiz
fizikal dan keupayaan gimnas.
Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai
pakaian yang selesa dan sesuai untuk bergersk, laitu
seluar trek (track bottom) atau seluar pendek dengan
baju T atau leotard dengan atau tanpa tights.
Dalam peringkat pertandingan penganjur akan
hanya membenarkan peserta memakai leotard dan
tights atau leotard sahaja.
Leotard boleh dipakai dengan atau tanpa lengan
tetapi pakaian seperti pakaian renang atau pakaian
tarian juga tidak dibenarkan.
Kasut gimrama biasanya diperbuat daripada kulit
atau kain.
Tempat yang paling sesuai untuk menjalankan
latihan gimrama ialah di dalam dewan tertutup.
Permaidani yang lembut adalah amat sesuai
sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama. Bentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam
gimrama bergantung pada jenis dan taraf pertandingan
yang diadakan.
TOPIK 8 GIMRAMA
8.1 KEMAHIRAN PERGERAKAN BADAN
Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan
dalam gimrama perlu dllakukan bersesuaian dengan
pergerakan badan. Pergerakan gimnastik menggunakan
alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik
serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas.
Kesemua elemen teknik badan hendakiah digabungkan
dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang
licin dan baik. Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil di
antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan
menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat
mencabar bagi gimnas dan jurulatih.
Elemen pergerakan badan boleh dibahagikan kepada
beberapa kumpulan iaitu:
Pergerakan melangkah
Ayunan dan Pusingan
Putaran dan pivot
Alunan
Lompatan dan layangan
Imbangan,
Lentikan
Gulingan
8.1.1 Pergerakan Melangkah
Dalam pergerakan melangkah terdapat berbagai variasi
corak melangkah dari berjalan hingga ke pergerakan yang
lebih kompleks. Pergerakan melangkah ini akan dllakukandalam berbagai arah atau saiz. Melangkah hendaklah
dilakukan dengan ringan, anjal serta berada di atas bebola
kaki. Dalam pergerakan melangkah juga bahagian hujung
kaki sentiasa dilunjurkan. Contoh-contoh pergerakan ini
adalah seperti:
Berjalan
Langkah dengan teratur dari satu kaki ke kaki lain dengan
menggunakan bebola kaki serta luruskan hujung kaki dan
kaki menghala ke luar sedikit. Ayunan tangan dengan bebas
bermula dari bahagian bahu dan pergerakan tangan
kehadapan. Tangan yang dihayun kedepan hendaklah
bertentangan dengan pergerakan kaki kehadapan. Berada
dalam keadaan badan tegak dan pandang ke depan.
Berlari
25
7/29/2019 Nota PadatHBPE2103
26/37
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Ke
Top Related