Presentation REBT

53
PUSAT PENGAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SSYP 5313 TEORI PERSONALITI DAN PSIKOTERAPI PEMBENTANGAN KUMPULAN TAJUK: TEORI REBT ALBERT ELLIS Disediakan untuk : PROF. MADYA AZMI BIN SHAARI Disediakan Oleh: MOHD IRUAN B JUSOH @ MD ROHIM ( 817227 ) WAN BAHARIYAH BINTI WAN ISMAIL (817233) AZEAN BINTI SUKIRAN (817219) Master Science Counseling Universiti Utara, Malaysia Sintok, Kedah.

description

PENGENALAN KEPADA TEORI REBT DAN APLIKASI TEORI DALAM SESI KAUNSELING

Transcript of Presentation REBT

Page 1: Presentation REBT

PUSAT PENGAJIAN PEMBANGUNAN SOSIALUNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SSYP 5313TEORI PERSONALITI DAN PSIKOTERAPI

PEMBENTANGAN KUMPULANTAJUK:

TEORI REBT ALBERT ELLIS

Disediakan untuk :PROF. MADYA AZMI BIN SHAARI

Disediakan Oleh:MOHD IRUAN B JUSOH @ MD ROHIM ( 817227 )WAN BAHARIYAH BINTI WAN ISMAIL (817233)

AZEAN BINTI SUKIRAN (817219)

Master Science CounselingUniversiti Utara, Malaysia

Sintok, Kedah.

Page 2: Presentation REBT

1.0 PENGENALAN

1. REBT diperkenalkan oleh Albert Ellis pada tahun 1955.

2. Beliau merupakan tokoh pertama yang memperkenalkan secara sistematik bahawa sistem kepercayaan menentukan perasaan dan tingkah laku seseorang klien.

3. Pendekatan REBT percaya setiap klien mempunyai pemikiran rasional dan tidak rasional .

Page 3: Presentation REBT

PENGENALAN4. Pemikiran tidak rasional menghalang

seseorang klien mencapai matlamat mengarah kepada konflik dalaman, mencetus lebih banyak konflik dengan orang lain dan juga menjejaskan kesihatan mental seseorang klien.

5. REBT percaya bahawa pemikiran tidak rasional dan menyalahkan diri mempunyai hubungan dengan emosi dan tingkah laku seseorang klien.

6. Wujud masalah emosi seperti menyalahkan diri, cemburu, rasa bersalah, tekanan, cepat merasa kecewa serta mengalami masalah kebimbangan akibat daripada kepercayaan yang tidak rasional

Sambungan

Page 4: Presentation REBT

PENGENALAN

7. Amir Awang (1987), menyatakan REBT atau terapi A-B-C merupakan teori yang berbeza dengan teori-teori Psikoanalisa, Pusat Kaunseli, Gestalt dan sebagainya.

8. Ini kerana teori ini lebih mementingkan ketiga-tiga aspek iaitu aspek kognitif, aspek emotif dan aspek tingkah laku.

9. REBT yakin tentang wujudnya sistem nilai dan kepercayaan yang salah dan tidak rasional dalam diri individu, yang perlu dicabar dan dibetulkan agar ia dapat berpandukan nilai-nilai yang baik dan rasional.

Sambungan

Page 5: Presentation REBT

PENGENALAN10. REBT juga merupakan suatu sistem pendidikan

semula (re-education) yang mengajar individu untuk menggantikan sistem nilai dan kepercayaannya yang menyebabkan kesengsaraan di dalam hidupnya dengan satu set nilai dan kepercayaan yang lebih baik yang akan membawa kepada kesejahteraan dan kebahagiaan kepada dirinya dan kepada orang yang signifikan baginya.

11. Kesimpulannya, pemikiran yang rasional dapat mengurangkan konflik dan meningkatkan kesihatan mental seseorang klien.

Sambungan

Page 6: Presentation REBT

PENGENALAN11. Albert Ellis mengutarakan REBT ini setelah

mendapati teori psikoanalisa Freud ketika itu tidak berkesan dan memakan masa yang begitu panjang.

12. Beliau telah mencuba REBT ini ke atas dirinya sendiri dan mendapati ianya jauh lebih berkesan daripada teori psikoanalisa Freud.

13. Dengan menggunakan REBT dan strategi-strategi yang berkaitan, ia telah berjaya mencabar dan mematahkan sistem kepercayaan tidak rasional yang wujud dalam dirinya sendiri.

Sambungan

Page 7: Presentation REBT

PENGENALAN13. Ellis (2003), berpendapat bahawa sesuatu gangguan

emosi itu disebabkan oleh pemikiran dan perasaan yang tidak rasional.

14. Ia juga berpendapat bahawa hubungan di antara emosi dan pemikiran tidak boleh dipisahkan.

15. Pemikiran dan perasaan yang tidak rasional ini diperolehi melalui proses pembelajaran dan pembudayaan yang perlu diubah bagi mewujudkan pemikiran yang baru.

16. Sebagai kaunselor, kita boleh mengubah segala pemikiran dan perasaan ini melalui organisasi semula persepsi dan pemikiran seseorang itu agar menjadi lebih positif dan rasional.

Sambungan

Page 8: Presentation REBT

2.0 SIFAT TABII MANUSIAMenurut Ellis (2003), andaian dan sifat-sifat tabii manusia dalam REBT ialah :

1. manusia dilahirkan dengan suatu potensi untuk berfikir secara lurus dan rasional dan juga untuk berfikir secara tidak rasional dan penuh dengan putar belitnya. Hakikat yang ingin ditekankan di sini ialah keupayaan otak manusia untuk memikirkan tentang perkara yang baik dan buruk, perkara yang betul dan salah, dan perkara yang munasabah dan tidak munasabah.

Page 9: Presentation REBT

2.0 SIFAT TABII MANUSIA2. manusia mempunyai kecenderungan semula jadi

untuk memelihara dirinya , untuk mencapai kebahagiaan, untuk berfikir dan menyampaikan buah fikirannya, untuk mengasihi dan juga untuk berkomunikasi dengan orang lain serta untuk berkembang menuju ke arah nirwana kendiri.

3. manusia juga mempunyai kecenderungan semula jadi untuk memusnahkan dirinya, untuk mengelak dari berfikir, untuk menangguh, untuk mengulangi kesalahan, untuk mempercayai perkara-perkara ghaib dan tahyul, untuk tidak sabar, untuk menuduh dan menyalahkan diri sendiri dan untuk mengelak daripada berkembang ke arah nirwana kendiri.

Sambungan

Page 10: Presentation REBT

SIFAT TABII MANUSIA4. Azlina Abu Bakar @ Mohd (2005), manusia

mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses kognitif, emotif dan tingkah laku.

5. Mereka boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang berlainan daripada pola-pola tingkah laku yang biasa.

6. Mereka juga boleh memilih untuk tidak membenarkan diri mereka terganggu, dan mereka boleh pula melatih diri mereka untuk mengalami gangguan yang minimum selagi bernyawa.

Sambungan

Page 11: Presentation REBT

7. Manusia berfikir, berperasaan dan bertindak secara serentak. Kaitan di antara ketiga-tiga proses ini rapat sekali, sehingga gangguan di dalam mana-mana proses akan meninggalkan kesan ke atas proses yang lain.

8.

Rajah 1: Model A-B-C daripada pendekatan REBT9. Kesimpulannya, jika salah satu daripada proses ini dirawat

sehingga sembuh, secara sendirinya proses-proses yang dua lagi itu akan turut terubat. Apabila manusia sudah biasa atau terlazim untuk bertindak dengan sesuatu cara tertentu, ia akan terus bertindak sedemikian sepanjang hayatnya, walaupun mereka mungkin sedar bahawa tingkah laku mereka itu hanya membawa kemusnahan dan kesengsaraan kepada diri mereka.

PEMIKIRAN

TINGKAHLAKU PERASAAN

Sambungan

Page 12: Presentation REBT

3.0 MENGAPA DAN BAGAIMANA GANGGUAN BERLAKU1. Azlina Abu Bakar @ Mohd (2005), manusia

memang mempunyai potensi untuk berfikir, beremotif dan bertingkah laku secara rasional. Jika pemikiran , perasaan dan tingkah laku yang digolongkan sebagai tidak rasional itu tidak keterlaluan sehingga boleh mengganggu cara-cara kita berfungsi di dalam sesuatu masyarakat, kita dikatakan normal.

2. Hanya apabila pemikiran, perasaan dan tingkah laku kita menjadi tidak rasional sehingga kita tidak dapat berfungsi dengan baik, barulah kita digolongkan ke dalam golongan neurotik dan psikotik.

Page 13: Presentation REBT

MENGAPA DAN BAGAIMANA GANGGUAN BERLAKU3) Gorey (2000), menyatakan semasa kecil, kita

telah mempelajari pelbagai kepercayaan yang tidak rasional daripada orang-orang dewasa yang signifikan dengan kita. Kita menghayati kepercayaan-kepercayaan itu dan mengukuhkannya melalui proses saranan-kendiri (autosuggestion) dan ulangan kendiri (self-repetition). Dengan cara sebegini, kepercayaan-kepercayaan yang tidak rasional tadi menjadi sebati dengan diri kita sendiri.

Sambungan

Page 14: Presentation REBT

MENGAPA DAN BAGAIMANA GANGGUAN BERLAKU4. Di antara kepercayaan-kepercayaan yang

tidak rasional termasuklah :

a) idea bahawa semestinya seseorang itu dikasihi dan diterima oleh setiap orang lain yang penting baginya di dalam masyarakat;

b) idea bahawa seseorang itu sepatutnya betul-betul cekap, serba boleh, dan berjaya di dalam semua lapangan jika seseorang itu mahu dirinya di anggap sebagai berguna;

Sambungan

Page 15: Presentation REBT

MENGAPA DAN BAGAIMANA GANGGUAN BERLAKUc) idea bahawa sesetengah orang itu jahat,

busuk hati dan kejam dan mereka ini patut sekali disalahkan dan dihukum kerana perbuatan mereka yang kejam itu;

d) idea bahawa lebih mudah untuk mengelak daripada menghadapi sesetengah kesulitan hidup dan tanggungjawab bagi diri sendiri daripada menghadapinya;

e) idea bahawa seseorang patut merasa dahsyat dan kata katastrofik jika urusan-urusan yang dikendalikannya tidak berlaku mengikut apa yang sangat diingininya;

Sambungan

Page 16: Presentation REBT

MENGAPA DAN BAGAIMANA GANGGUAN BERLAKUf) idea bahawa kemelaratan manusia itu disebabkan

oleh faktor-faktor luar, dan manusia memang tidak berupaya langsung, dan jika berupaya pun hanya sedikit sahaja untuk mengawal dirinya daripada merasa dukacita dan terganggu;

g) idea bahawa segala peristiwa masa lampaulah yang menjadi penentu yang terpenting sekali bagi tingkah laku individu masa kini. Pengaruh masa lampau tidak boleh dihapuskan;

h) idea bahawa perkara-perkara yang merbahaya yang menakutkan merupakan perkara-perkara yang harus diambil berat dan kerana itu kita harus berwaspada dan berjaga-jaga daripada kemungkinan ianya berlaku;

Sambungan

Page 17: Presentation REBT

MENGAPA DAN BAGAIMANA GANGGUAN BERLAKUi) idea yang seseorang itu harus bergantung

kepada orang lain dan patut mempunyai seseorang sebagai tempat pergantungannya;

j) idea yang seseorang itu merasa terharu dan terganggu oleh masalah yang menimpa orang lain;

k) idea bahawa selalunya ada sesuatu penyelesaian yang betul dan tepat bagi sesuatu masalah, dan ianya mestilah diperolehi, jika tidak hasilnya adalah katastrofik;

Sambungan

Page 18: Presentation REBT

MENGAPA DAN BAGAIMANA GANGGUAN BERLAKU5. Idea-idea inilah yang menyebabkan gangguan

emosi dan fikiran seseorang itu. Cara ianya menyebabkan gangguan-gangguan ini , menurut Ellis ialah :

a) Apabila seseorang itu selalu menyalahkan dirinya sendiri.

b) Apabila seseorang itu mementingkan “mesti” dan “patut” dengan cara yang mutlak.

Sambungan

Page 19: Presentation REBT

MENGAPA DAN BAGAIMANA GANGGUAN BERLAKU6. Jika kita berjaya, maka :

a) sistem kepercayaan yang tidak rasional tadi akan berubah sedikit demi sedikit dan diganti dengan sistem kepercayaan yang rasional;

b) bila pemikiran kita berubah, emosi juga akan turut berubah. Begitu jugalah dengan tingkah laku kerana ketiga-tiga komponen ini atau aspek ini bertindak secara serentak dan bersama;

c) individu yang merasa dukacita dan kecewa tadi akan dapat menerima kegagalannya secara normal, tanpa merasa gangguan emosi yang tidak berasas;

Sambungan

Page 20: Presentation REBT

d) lebih penting dari itu, ia tidak akan menyalahkan dirinya sahaja dan semata-mata di atas kegagalan tadi. Malah ia sudah berjaya menganalisa secara logik sebab-sebab yang membawa kepada kegagalannya, dan kegagalan ini bukanlah katastofik dan dahsyat sehingga baginya tidak ada lagi masa depan yang cerah dan gemilang;

e) individu ini bolehlah berfungsi sebagai seorang yang normal .

8. Seandainya usaha berhujah dan mencabar logik , tidak berhasil, maka individu tadi akan kembali berada di petak , dan kita sebagai kaunselor perlulah berusaha dengan lebih kuat lagi ataupun merujuk kepada kaunselor yang lain.

Sambungan

Page 21: Presentation REBT

4.0 MATLAMAT TERAPI RASIONAL EMOTIF

Menurut Ellis (2003), terapi rasional emotif mempunyai hanya satu matlamat sahaja iaitu:

“Mengubah semua kepercayaan, nilai dan falsafah, daripada yang salah kepada sistem kepercayaan yang betul, daripada yang tidak rasional kepada yang rasional, daripada yang tidak realistik kepada yang realistik”.

Page 22: Presentation REBT

Akan wujudlah di dalam diri individu itu kesemua atau sebahagian daripada perkara-perkara berikut:

a. Minat terhadap diri sendiri secara sederhana;

b. Minat untuk hidup bermasyarakat;

c. Kebolehan untuk mengarah hidup sendiri tanpa mengenepikan kerjasama dan bantuan orang lain;

d. Bertoleransi ke atas kesalahan dan kesilapan diri sendiri dan orang lain tanpa cemuhan;

e. Mempunyai fikiran terbuka dan fleksibel;

Page 23: Presentation REBT

f. Menerima perkara-perkara yang belum pasti ( acceptance of uncertainty );

g. Mempunyai komitmen di dalam sesuatu perkara yang dilakukan;

h. Dapat berfikir dan bertindak secara rasional dan menilai buruk baik sesuatu yang dilakukan;

i. Sedia menerima diri sendiri tanpa bergantung kepada penilaian orang lain;

j. Sedia mengambil risiko yang berpatutan;

k. Tidak bersikap utopia atau tamak, apa yang dia mahu semua dapat dan apa yang diingininya boleh dielakkan.

Page 24: Presentation REBT

5.0 PENDEKATAN RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU (REBT) REBT merupakan suatu pendekatan yang

berorientasikan tindakan.

Menekankan intervensi yang menjurus kepada pengurangan simpton secara langsung.

Memberi tumpuan kepada tindakan dengan pemprosesan lisan untuk menyempurnakan matlamat teraputik yang spesifik.

Mempunyai kepercayaan terhadap intervensi tingkah laku yang spesifik dan pengukuran hasil (outcome).

Page 25: Presentation REBT

Boleh dibuat pemerhatian dan matlamat yang boleh diukur dapat dibentuk dan disempurnakan.

Pendekatan yang mendidik dan mengarah dengan aktif, untuk klien mengenal pasti pemikiran yang tidak rasional serta pemikiran yang menyalahkan diri.

Mengajar klien menyingkir perkara yang tidak realistik dan tidak logik dan digantikan dengan perkara yang logik dan boleh membantu diri klien.

Page 26: Presentation REBT

5.1 PERANAN KAUNSELOR DAN KLIEN Kaunselor berperanan:

a. Menunjuk dan membuktikan kepada klien yang ia mempunyai sesuatu sistem kepercayaan yang tidak rasional,

-Terlalu banyak dipengaruhi oleh kata “mesti”, “sepatutnya” dan “harus”.

klien perlu dapat mengasingkan sistem kepercayaan yang tidak rasional dengan yang rasional.

kaunselor akan mencabar kliennya dan mengarahkannya untuk melibatkan dirinya di dalam aktiviti-aktiviti yang akan mencabar kepercayaan tidak rasional kliennya.

Page 27: Presentation REBT

b. Menunjukkan kepada klien bahawa masalah itu adalah disebabkan oleh klien sendiri, mengindoktrinasikan dirinya kepada kepercayaan-kepercayaan yang tidak logik.

c. Setelah klien mengenali sistem kepercayaannya yang tidak rasional, dan menerima hakikat

- Maka kaunselor perlulah mengajar , mendidik dan melatih klien supaya ia dapat melihat pertalian, antara sistem kepercayaannya yang tidak realistik itu dengan emosi yang dialaminya

d. Akhir sekali, kaunselor akan mencabar kliennya supaya menggubalkan falsafah, pemikiran, dan sistem kepercayaan yang rasional dan realistik ,terhindar daripada menjadi mangsa kepada sistem kepercayaan yang tidak rasional itu.

Page 28: Presentation REBT

Peranan kaunselor di dalam setting terapi REBT ini, kita akan mendapati:

Terapi ini sangat menekankan aspek kognitif.

Kaunselor amat bersikap mengarah di dalam pendekatannya.

Kaunselor amat aktif di dalam usahanya mencabar, menunjuk dan menyoal.

Terapi ini tidak begitu menekankan kepentingan perhubungan di antara kaunselor dengan klien. Perhubungan yang mesra tidak cukup menjamin kejayaan proses kaunseling.

Page 29: Presentation REBT

Klien berperanan klien adalah pelajar yang ingin mempelajari sesuatu daripada

kaunselornya yang berperanan sebagai guru.

Klien tidak perlu membicarakan perkara masa lampau dan hanya membincangkan keadaannya pada masa kini dari segi pemikiran, perasaan dan tingkah laku.

Tidak perlu juga klien menceritakan bagaimana dan mengapa ia memperolehi sistem kepercayaan yang tidak rasional itu.

Hanya perlu menyedari akan wujudnya sistem kepercayaan yang tidak rasional itu, bagaimana ia mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tingkah lakunya

Sedar apa yang perlu dilakukan bagi menghapuskan sistem yang tidak rasional itu, dan menggantikannya dengan suatu set sistem kepercayaan dan falsafah hidup yang rasional dan realistik.

Page 30: Presentation REBT

Melalui propaganda, pujukan, pertanyaan, cabaran, serta demonstrasi, klien akan memperolehi celik akal mengenai sistem kepercayaannya yang tidak rasional itu.

Pada peringkat awal celik akal, klien hendaklah menyedari dan mengenali sistem kepercayaan yang tidak rasional yang wujud di dalam dirinya.

Klien haruslah menyedari yang sistem itu menghasilkan emosi-emosi yang menganggu dirinya, ia berlaku hasil dari kepercayaan dan pegangannya.

Klien hendaklah menerima hakikat bahawa jika ia sendiri tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan sistem kepercayaan yang tidak rasional ini, maka selama itulah dia menderita.

 

Page 31: Presentation REBT

6.0 TEKNIK DAN TATACARA (REBT)

Albert Ellis memperkenalkan model 'ABC’ dalam menerangkan tentang sistem kepercayaan yang menentukan perasaan dan tingkah laku seseorang klien.

Rajah 2: Model A-B-C daripada pendekatan REBT

A (Peristiwa) B (Kepercayaan) C (Kesan terhadap emosi dan tingkah laku)

D (Menyangkal/hujahan))) E (Kesan) F (Perasaan yang baru)

Page 32: Presentation REBT

Model A-B-C yang digunakan semasa menganalisis pemikiran yang tidak rasional klien.

‘A’ merujuk kepada peristiwa yang berlaku, perkara

ataupun pemikiran seorang klien. ‘B’ merujuk kepada sistem kepercayaan tidak

rasional dan yang menghasilkan tindak balas kepada perasaan dan tingkah laku ‘C’.

Namun terdapat penambahan langkah kepada ‘D’, ‘E’ dan ‘F’. ‘

D’ merujuk kepada proses hujahan atau menyangkal yang kaunselor lakukan terhadap sistem kepercayaan tidak rasional klien ‘B’.

Page 33: Presentation REBT

Kejayaan klien untuk menyangkal pemikiran tidak rasional dan pernyataan yang menyalahkan diri dengan menggantikan dengan pemikiran yang rasional merupakan falsafah yang efektif ‘E’.

Manakala ‘F’ adalah set perasaan baru setelah mengalami kesan dari proses menyangkal pemikiran tidak rasional dan setelah mempunyai falsafah yang efektif.

Page 34: Presentation REBT

Bagi menerangkan dengan jelas bagaimana gangguan emosi dan fikiran berlaku, maka kita akan menggunakan konsep A-B-C-D-E yang telah diutarakan oleh Ellis

A adalah suatu peristiwa , sikap atau tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Misalnya Ali gagal dalam peperiksaan. B adalah sistem kepercayaan yang dianutinya. Misalnya “ aku ini bodoh betul. Ini semua kerana aku cuba spot soalan “ C merupakan emosi yang dirasai hasil daripada penilaian oleh B akan A, dan pentafsirannya. Misalnya, Ali merasa duka dan kecewa.D merupakan kaedah-kaedah dan strategi-strategi saintifik yang digunakan untuk berhujah, mencabar dan membetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional yang telah menyebabkan individu mengalami sesuatu reaksi emosi yang tidak rasional. Misalnya “ kamu tidak boleh berputus asa kerana kamu mesti yakin kamu boleh capai keputusan yang lebih baik lagi. Kamu mesti berusaha dengan lebih gigih lagi”E Individu menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan nilai yang rasional dan positif. Misalnya, “ Saya yakin saya boleh! Saya akan berusaha mendapat keputusan yang lebih baik selepas ini.”

Page 35: Presentation REBT

Pendekatan REBT turut berpegang bahawa:Sistem kepercayaan tidak rasional yang mendorong klien kepada sistem kepercayaan tidak rasional menjurus kepada situasi menyalahkan diri seperti berikut:

a) Mendesak (mesti)b) Membayangkan perkara yang amat buruk c) Daya toleransi yang rendah terhadap kekecewaan d) Membuat generalisasi yang melampau terhadap diri

dan orang lain.

Situasi ini menggambarkan klien yang sihat, kebiasaannya berpegang kepada penerimaan tanpa syarat terhadap diri , orang lain dan juga kehidupannya.

Page 36: Presentation REBT

7.0 TEKNIK DALAM PENDEKATAN REBT

Ellis- menggabungkan tiga kaedah dalam membantu klien

1-Kognitif 2-Emosi 3-Tingkah laku

Penekanan diberikan kepada aspek kognitif dan tingkah laku berbanding aspek emotif.

Page 37: Presentation REBT

TEKNIK KOGNITIF

Bermaksud kaunselor mengajar dan menunjukkan kepada klien cara untuk membezakan pemikiran tidak rasional daripada sistem kepercayaan klien.

Pendekatan REBT amat bergantung – aspek permikiran, penyangkalan, hujahan, cabaran, menilai, menerangkan dan mengajar

Page 38: Presentation REBT

MENYANGKAL SISTEM KEPERCAYAAN TIDAK RASIONAL

Kaunselor secara aktif menyangkal @ berhujah dengan klien tentang sistem kepercayaannya sendiri.

Kaunselor perlu berhujah @ menyangkal sistem kepercayaan tidak rasional tersebut sehingga klien mempunyai sistem kepercayaan yang rasional.

Page 39: Presentation REBT

MENUKAR GAYA BAHASA

REBT – percaya bahawa tanpa bahasa yang tepat akan menyebabkan proses pemikiran seseorang klien menjadi herot berot

Proses ini membuatkan klien berfikir dan bertingkah laku secara berbeza daripada sebelumnya.

Kesan daripada perubahan gaya berbahasa akan membuatkan perasaan klien turut berubah.

Page 40: Presentation REBT

TEKNIK EMOTIF

Kaunselor yang mengaplikasikan pendekatan REBT menggunakan pelbagai prosedur yang bersifat emotif termasuklah penerimaan tanpa syarat, main peranan rasional emotif, rasional imageri dan sebagainya dalam menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada klien

Tumpuan penggunaan teknik daripada kategori emotif adalah melibatkan perasaan klien tersebut.

Page 41: Presentation REBT

RASIONAL EMOTIF IMAGERI

Kaunselor yang mengaplikasikan pendekatan REBT menggunakan pelbagai prosedur yang bersifat emotif termasuklah penerimaan tanpa syarat, main peranan rasional emotif, rasional imageri dan sebagainya dalam menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada klien

Tumpuan penggunaan teknik daripada kategori emotif adalah melibatkan perasaan klien tersebut.

Page 42: Presentation REBT

MAIN PERANAN

Teknik main peranan melibatkan dua aspek iaitu aspek emotif dan tingkah laku

kaunselor akan mencelah semasa sesi kaunseling dijalankan untuk menjelaskan kepada klien bahawa pemikiran tidak rasionalnya telah menjejaskan kehidupannya

Page 43: Presentation REBT

Shame-Attacking Exercise Teknik ini juga melibatkan dua aspek iaitu

emotif dan tingkah laku

Teknik ini dibentuk sebagai latihan untuk mengurangkan rasa malu yang tidak rasional terhadap suatu tingkah laku yang telah dilakukan

Latihan ini terus dilakukan sehingga klien sedar bahawa perasaan malu hanyalah rekaan klien dan mereka dapat bertingkah laku seperti yang diinginkan.

Page 44: Presentation REBT

TEKNIK TINGKAH LAKU Desensitasi Bersistematik

Teknik ini mengajar klien supaya tidak takut kepada sesuatu rangsangan dengan mempelajari cara menenangkan diri apabila berhadapan rangsangan tersebut

Daripada peringkat yang kurang mengancam klien hinggalah kepada peringkat yang amat ditakuti oleh klien

Sebagai contoh klien yang mengalami fobia terhadap tempat tinggi dahulu, seterusnya bawa ke tempat yang sederhana tinggi tanpa melihat tempat tinggi.

Page 45: Presentation REBT

TEKNIK RELAKSASI Teknik relaksasi digunakan untuk

menenangkan pemikiran klien berkaitan masalah yang dialaminya

Kaunselor boleh mengarahkan klien untuk menenangkan diri dari segi fizikal dengan diselitkan irama semula jadi seperti deruan ombak, kicauan burung dan sebagainya.

Teknik ini digunakan apabila klien telah tidak dapat memberi maklum balas yang positif serta mengalami tekanan

Page 46: Presentation REBT

TEKNIK MODELLING Teknik ini akan melibatkan kaunselor menjadi

model kepada tingkah laku tersebut ataupun cara pemikiran yang boleh ditonjolkan oleh kaunselor kepada klien

Teknik ini membolehkan klien mendapat gambaran yang jelas dalam melakukan sesuatu perkara yang difikirkan mustahil untuk dilakukan walaupun perkara tersebut adalah rasional dan realistik.

Page 47: Presentation REBT

APLIKASI DAN TATACARA PENDEKATAN REBT DALAM SESI KAUNSELING Wujudkan Hubungan Dengan klienPerhubungan yang baik akan melancarkan kaunseling yang dijalankan

Elemen utama dalam membina hubungan ialah empat empati, kemesraan dan menghormati klien

Mengenal pasti Masalah, Klien dan Situasi

Setiap klien adalah berbeza dan kebiasaannya perkara-perkara berikut yang dikenal pasti dalam intervensi kaunseling REBT:

Cth: Dapatkan maklumat berkaitan sejarah peribadi klien.

Page 48: Presentation REBT

APLIKASI DAN TATACARA PENDEKATAN REBT DALAM SESI KAUNSELING Menyediakan Klien Untuk Sesi kaunseling

Pelaksanaan Program Intervensi

Penilaian/ Kemajuan Klien Intervensi pada peringkat ini amat penting

bagi kaunselor untuk menilai sama ada perubahan, perkembangan ataupun kemajuan yang dicapai oleh klien

Page 49: Presentation REBT

APLIKASI DAN TATACARA PENDEKATAN REBT DALAM SESI KAUNSELING Penyediaan Klien pada Peringkat

Penamatan -Peringkat ini merupakan keadaan di mana kaunselor menyediakan klien untuk penamatan sesi kaunseling.

-Perbincangan tentang pemikiran tidak rasional dan pandangan klien berkaitan keperluan mendapatkan bantuan perkhidmatan kaunseling di masa hadapan adalah penting.

Page 50: Presentation REBT

KAJIAN KES MENGAPLIKASIKAN PENDEKATAN REBT Calon sarjana muda pendidikan bimbingan

dan kaunseling, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Teknik kognitif yang digunakan termasuklah menyingkirkan kepercayaan tidak rasional, memberi tugasan untuk mencabar system kepercayaan klien serta menukar gaya berbahasa klien.

Kaunselor telah menjalankan sebanyak enam sesi kaunseling bersama klien terlibat.

Page 51: Presentation REBT

KAJIAN KES MENGAPLIKASIKAN PENDEKATAN REBT Antara teknik yang telah telah digunakan

ialah mencabar pemikiran yang tidak rasional, menukar gaya berbahasa klien, rasional emotif imageri dan juga meditasi

Setelah sesi berakhir telah terbukti melalui temu bual yang dijalankan mendapati bahawa tekanan yang dialami oleh klien telah berkurangan.

Inventori Skala Pemeringkatan Penyesuaian Sosial turut menunjukkan penurunan skor daripada ujian pra berbanding ujian pos.

Page 52: Presentation REBT

KESIMPULAN Pendekatan REBT merupakan suatu

pendekatan yang menggabungkan ketiga-tiga komponen iaitu kognitif, emotif dan tingkah laku bagi membantu klien memahami permasalahan

Teknik-teknik yang pelbagai boleh digunakan mengikut kesesuaian klien yang terlibat.

Pengalaman secara klinikal dan juga empirikal telah menunjukkan bahawa REBT merupakan suatu pendekatan yang efektif dan efiesen dalam membantu klien yang mengalami masalah

Page 53: Presentation REBT

KESIMPULAN Wajar pendekatan ini diaplikasikan oleh

kaunselor yang berhadapan dengan klien yang mengalami isu-isu psikososial.