ANALISIS PRINSIP TADABBUR: QAWA‘ID AL-TADABBUR
AL-AMTHAL DAN APLIKASINYA DALAM TAFSIR MA‘ARIJ
AL-TAFAKKUR WA DAQA’IQ AL-TADABBUR
NURUL ZAKIRAH BINTI MAT SIN
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2018
Univers
ity of
Mala
ya
ANALISIS PRINSIP TADABBUR: QAWA‘ID AL-TADABBUR AL-AMTHAL DAN APLIKASINYA
DALAM TAFSIR MA‘ARIJ AL-TAFAKKUR WA DAQA’IQ AL-TADABBUR
NURUL ZAKIRAH BINTI MAT SIN
TESIS DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2018
Univers
ity of
Mala
ya
Univers
ity of
Mala
ya
iv
ANALISIS PRINSIP TADABBUR: QAWA‘ID AL-TADABBUR AL-AMTHAL DAN APLIKASINYA DALAM TAFSIR MA‘ARIJ AL-TAFAKKUR
WA DAQA’IQ AL-TADABBUR
ABSTRAK
Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t kepada manusia bertujuan untuk ditadabbur ayat-
ayatnya. Menerusi tadabbur segala mesej yang disampaikan oleh al-Quran dapat
difahami, dihayati dan dipraktiskan. Umumnya, tadabbur bermaksud merenung,
berfikir dan meneliti secara mendalam terhadap ayat-ayat al-Quran agar difahami
makna, hukum, pengajaran dan hikmah daripadanya. Ia merupakan proses yang perlu
dilakukan secara berulang-ulang sehingga mencapai tahap penghayatan tadabbur yang
paling tinggi iaitu beramal dengan tuntutan al-Quran. Demi mencapai sasaran tersebut,
objektif utama bagi kajian ini adalah mendedahkan konsep tadabbur al-Quran dan
kepentingannya kepada masyarakat. Beberapa sampel kaedah tadabbur akan diteliti
untuk mendekatkan masyarakat kepada ilmu tadabbur. Kajian bermula dengan
penjelasan terhadap pentakrifan tadabbur dan diikuti dengan kupasan syarat-syarat
tadabbur, proses-proses tadabbur serta tahapannya. Seterusnya, 40 asas-asas ilmu
tadabbur yang terpilih akan disemak untuk dirumuskan ke dalam lima prinsip tadabbur
yang utama. Ringkasnya, penulisan kajian ini merumuskan perbahasan terhadap prinsip
tadabbur yang merujuk kepada analisis Kitab Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal dan
aplikasinya dalam tafsir tadabburi iaitu Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur.
Dua karya tadabbur yang penting ini telah ditulis oleh Shaykh ‘Abd al-Rahman
Habannakah iaitu seorang tokoh ulama’ kelahiran Syria. Justeru, bagi menjalankan
kajian pendekatan kualitatif telah dilakukan. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif
yang merangkumi kajian kepustakaan dan juga lapangan iaitu temu bual bersama ahli
keluarga tokoh dan beberapa ilmuan tafsir. Pengumpulan data dilakukan di Malaysia,
Syria, Jordan, Mesir dan Arab Saudi. Dapatan kajian yang diperolehi penulis daripada
aplikasi prinsip tadabbur dalam tafsir tadabburi adalah terbukti ia serasi dan selari.
Univers
ity of
Mala
ya
v
ANALISIS PRINSIP TADABBUR: QAWA‘ID AL-TADABBUR AL-AMTHAL DAN APLIKASINYA DALAM TAFSIR MA‘ARIJ AL-TAFAKKUR
WA DAQA’IQ AL-TADABBUR
ABSTRACT
Al-Quran was sent to mankind for purpose of the tadabbur towards its verses. Through
tadabbur one can understand, appreciate, and practise all the messages that were
conveyed by al-Quran. Generally, tadabbur means to ponder, review and thinking
deeply over the verses of al-Quran in order to understand the meaning, decree of laws,
lessons, and wisdom from there. It is a process that needs to be done repeatedly until
one achieves the highest level of tadabbur, which is to practise religiously through the
demands of al-Quran. Moving towards that goal, this study was conducted to uncover
the concept of tadabbur al-Quran and its importance to society so as to create public
awareness on the knowledge of tadabbur. This study begins with an explanation of the
definition of tadabbur al-Quran and is followed by the elucidation of the conditions,
processes, and levels of tadabbur. This study also examines 40 selected premises of
tadabbur, which are then summarised into five main principles of tadabbur. In
summary, this study has formulated the debate on tadabbur principles by referring to
the analysis of the book of Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal and its application of tafsir
tadabburi which is Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. These two important
works were written by Shaykh ‘Abd al-Rahman Habannakah, who is an important
scholarly figure from Syria. Thus, a qualitative approach was conducted for this study.
This study used the descriptive methods which comprises of literature review and
fieldwork such as interviews with family members of important figures as well as
several scholars of exegesis. Data collection was done in Malaysia, Syria, Jordan, Egypt
and Saudi Arabia. The findings of the study obtained by the author from the application
of tadabbur principles to tafsir tadabburi shows that they are compatible and parallel
with each other.
Univers
ity of
Mala
ya
vi
~ PENGHARGAAN ~
Alhamdulillah sebagai lafaz syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Rabb Azza wa Jalla atas segala anugerah yang tidak terhingga dan kesempatan yang berharga kepada penulis di sepanjang pengalaman menyiapkan tesis ini. Selawat dan Salam yang berpanjangan buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w tercinta yang menyampaikan dakwah Islam kepada ummah sehingga nikmat Iman dan Islam sampai kepada kami. Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada Murabbi dan Penyelia yang dihormati iaitu Prof. Dato’ Dr Zulkifli Hj. Mohd Yusoff yang telah membimbing dan membantu di sepanjang proses penulisan sehingga selesai kajian. Hanya Allah swt yang dapat membalas semua jasa ilmu dan kebaikan beliau. Penulis sentiasa mendoakan kesejahteraan Prof Zulkifli agar terus berkarya dan berbakti di medan ilmu. Jazakumullah khair kathira kepada para pensyarah Jabatan al-Quran & Hadith dan semua pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya selaku asatizah yang telah mendidik dan mencurahkan ilmu kepada penulis sehingga ke tahap ini. Jasa dan didikan ilmu yang diberikan kalian menerangi hari-hari mendatang penulis. Terima kasih Allah kerana menganugerahkan penulis seorang ibu yang hebat. Beliau ialah Hajjah Norsitah Ismail yang telah banyak berkorban dan tidak pernah jemu memberi sokongan, doa dan dorongan kepada penulis hingga ke penghujung usaha. Kasih umi tidak pernah berkurang untuk mendewasakan anakmu. Buat arwah abah, al-marhum Hj. Mat Sin Mat Jusoh, walaupun beliau tidak sempat mengecapi saat indah kejayaan ini namun semangat dan nasihatnya sentiasa mengalir dalam diri penulis. Tidak dilupakan segala jasa, nasihat dan pengorbanan yang diberikan oleh kekanda dan adinda sekalian, along, angah, men, teh, da, man, mat, didi dan amet. Kejayaan ini amat bermakna untuk dikongsi bersama kalian! Buat cinta hati, zauji Dr Syed Muhammad Haleem dan seluruh keluarga. Jazakumullahu khair atas sokongan dan doa yang berterusan kepada penulis. Begitu juga, sahabat handai dan teman seperjuangan yang banyak membantu, memahami urusan dan menghargai penulis seadanya di sisi kalian. Kejayaan ini adalah inspirasi buat sahibah Villa Mawaddah, sahabat JQH, teman-teman CQR dan mereka yang pernah bersama dan mengenali penulis. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas segala kebaikan kalian! Semoga penulisan tesis ini mampu memberikan sumbangan ilmu yang berkekalan kepada generasi ilmuan pada masa hadapan. Jazakumullahu khaira kathira. Nurul Zakirah Mat Sin 16, Tingkat Pasir Belanda 9, 11920 Teluk Kumbar, Pulau Pinang. 24 Februari 2017 Email: [email protected]
Univers
ity of
Mala
ya
vii
KANDUNGAN
PERKARA ____ MUKASURAT
ABSTRAK iv ABSTRACT v PENGHARGAAN vi KANDUNGAN vii SENARAI SINGKATAN xiv JADUAL TRANSLITERASI xv
BAB PENDAHULUAN
0.1 Pengenalan………………………………………………………………………………1
0.2 Latar Belakang Masalah….……………………………………………………………..2
0.3 Persoalan Kajian.....………….……………………………………………………….....4
0.4 Objektif Kajian….……………………………………………………………………….5
0.5 Kepentingan Kajian..........…....…………………………………………………………6
0.6 Pengertian Tajuk…………….…………………………………………………………..8
0.7 Skop dan Batasan Kajian..........………………………………………………………..12
0.8 Ulasan Kajian Lepas.…………………………………………………………………..13
0.9 Metodologi Penyelidikan………………………………………………………………25
0.10 Sistematika Penulisan………………………………………………………………...30
Univers
ity of
Mala
ya
viii
BAB 1 : BIOGRAFI ‘ABD AL-RAHMAN HASAN HABANNAKAH
AL-MAYDANI (1927M/1345H - 2004M/1425H)
1.1 Pendahuluan...................................................................................................................32
1.2 Kelahiran……………………………………………………………………………….32
1.3 Latar belakang Pendidikan……………………………………………………………..44
1.4 Guru-Guru……………………………………………………………………………...47
1.5 Murid-Murid…………………………………………………………………………...51
1.6 Pekerjaan, Jawatan dan Sumbangan…………………………………………………...53
1.7 Senario Politik dan Masyarakat Syria ketika hayat beliau……………………………..56
1.8 Sifat Peribadi dan Pujian Ilmuan terhadap beliau……………………………………...65
1.9 Mazhab Aqidah dan Fiqh.......……………………………………………………….....70
1.10 Karya-karya ……………………………………………………………………..........72
1.11 Kematian……………………………………………………………………………...77
1.12 Kesimpulan ..................................................................................................................79
BAB 2 : KONSEP TADABBUR AL-QURAN
2.1 Pendahuluan…………………………………………………………………………..80
2.2 Definisi Tadabbur al-Quran…………………………………………………………..81
2.2.1 Tadabbur menurut bahasa………………………………………………………..81
2.2.2 Tadabbur menurut istilah………………………………………………………...84
Univers
ity of
Mala
ya
ix
2.3 Tadabbur dan perkaitannya dengan Tafakkur, al-Nazr, Ta’ammul, Tafsir,
Ta’wil dan Istinbat……………………………………………………………………....90
2.3.1 Tadabbur dan Tafakkur…………………………………………………………..92
2.3.2 Tadabbur dan al-Nazr …………………………………………………………...94
2.3.3 Tadabbur dan Ta’ammul ………………………………………………………...94
2.3.4 Tadabbur dan Tafsir ……………………………………………………………..96
2.3.5 Tadabbur dan Ta’wil ………………………………………………………….....98
2.3.6 Tadabbur dan Istinbat ………………………………………………………….101
2.4 Tadabbur Salaf Salih.................................................................................................102
2.4.1 Hukum Tadabbur.................................................................................................105
2.4.2 Syarat-syarat Tadabbur ..……………………….................................................112
2.5 Kepentingan dan Tujuan Tadabbur al-Quran……………………………………....117
2.6 Subjek Tadabbur …………………………………………………………………...121
2.6.1 Al-Quran ………………………………………………………………….........122
2.6.2 Ayat-Ayat Kawniyah..…………………………………………………………..123
2.7 Kesan Tadabbur …………………………………………………………………....128
2.7.1 Tanda-tanda orang yang mentadabbur al-Quran …………………………......132
2.7.2 Hasil tadabbur al-Quran……………………………………………………....135
2.8 Tahap-tahap untuk mentadabbur al-Quran………………………………………...137
2.8.1 Tahap pertama ; Membaca dengan penuh penghayatan hati…...…....137
2.8.2 Tahap kedua ; Memahami makna menerusi tafsir……………...….138
2.8.3 Tahap ketiga ; Mampu istinbat durus..……………………….…....140
Univers
ity of
Mala
ya
x
2.8.4 Tahap keempat ; Terkesan dengan ayat-ayat Allah………………......141
2.8.5 Tahap kelima ; Beramal dengan mesej al-Quran………..…….…....145
2.9 Proses-proses untuk menguasai kemahiran tadabbur al-Quran…………………….146
2.9.1 Menguasai Ilmu bahasa Arab...............................……………………………...149
2.9.2 Mempelajari Qawa‘id al-Tafsir…………………………………….……...…..152
2.9.3 Mengetahui disiplin utama ilmu al-Quran…..……………………………….....153
2.9.4 Mempelajari proses dan latihan untuk istinbat durus al-Ayat….……………....155
2.9.5 Menguasai kemahiran berfikir mengikut kaedah yang betul…………………...157
2.9.6 Menyebarkan ilmu dari kefahaman yang benar dan istinbat yang betul……......159
2.10 Kesimpulan………………………………………………………………………..160
BAB 3 : ANALISIS TERHADAP KITAB QAWA‘ID AL-TADABBUR AL-AMTHAL
LI KITAB ALLAH
3.1 Pendahuluan………………………………………………………………………...163
3.2 Pengenalan Qawa‘id al-Tadabbur ……………………………………………….163
3.2.1 Pengertian Qawa‘id al-Tadabbur …………………………………………….167
3.2.2 Perbezaan Qawa‘id al-Tadabbur dengan Qawa‘id al-Tafsir ………………...172
3.2.3 Qawa‘id al-Tadabbur dari kacamata ‘Ulum al-Qur’an dan Usul al-Tafsir…..176
3.3 Latar belakang Kitab Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah….......……...181
3.3.1 Tujuan Penulisan Kitab.….......………………………………..........................184
3.3.2 Pandangan Sarjana terhadap Kitab.……………………………………………185
3.3.3 Kelebihan dan Kekurangan Kitab................................……..…………………189
Univers
ity of
Mala
ya
xi
3.4 Sistematika Kitab Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah…………...........194
3.4.1 Metodologi Penulisan Kitab …………………………………………………..194
3.4.2 Teknik Persembahan Kitab…………………………………………………….197
3.4.3 Sorotan Pengenalan 40 Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal …………………….200
3.5 Pengenalan Prinsip Tadabbur al-Quran …………………………………………...206
3.5.1 Definisi Prinsip………………………………………………………………...206
3.5.2 Pembentukan Prinsip Tadabbur ........................................................................208
3.6 Prinsip-prinsip Tadabbur al-Quran: Analisis terhadap Qawa‘id al-Tadabbur…….219
3.6.1 Prinsip 1: Berpegang kepada Manhaj Mawdu‘i dan Munasabat al-Qur’an…….219
3.6.2 Prinsip 2: Memahami Nuzul al-Qur’an, sejarahnya dan ilmu-ilmu berkaitan
dengannya …………………………………………………………....224
3.6.3 Prinsip 3: Mendalami bahasa al-Quran dengan meneliti struktur ayat-ayatnya....230
3.6.4 Prinsip 4: Menguasai Balaghah al-Qur’an dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya..240
3.6.5 Prinsip 5: Mempraktiskan Ijtihad dalam memahami nas-nas tertentu..................244
3.7 Kesimpulan................................................................................................................248
BAB 4 : ANALISIS PRINSIP TADABBUR: APLIKASINYA DALAM TAFSIR
MA‘ARIJ AL-TAFAKKUR WA DAQA’IQ AL-TADABBUR
4.1 Pendahuluan..............................................................................................................250
4.2 Pengenalan Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur .........................252
4.2.1 Istilah Tafsir Tadabburi li al-Qur’an ................................................................254
Univers
ity of
Mala
ya
xii
4.2.2 Tujuan penulisan Tafsir .....................................................................................259
4.2.3 Kelebihan dan Kekurangan Tafsir......................................................................262
4.3 Metodologi Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur ..........................263
4.3.1 Teknik Persembahan tafsir tadabburi ................................................................263
4.3.2 Teknik Penulisan tafsir........................................................................................268
4.3.3 Perbahasan para ilmuan terhadap tafsir Tartib al-Nuzul.....................................273
4.4 Aplikasi Prinsip Tadabbur dalam Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur .................................286
4.4.1 Contoh Aplikasi Prinsip Pertama: Berpegang pada Manhaj Mawdu‘i al-Qur’an
& Munasabat al-Qur’an....................................................................................288
a. Membentuk wehdah al-mawdu‘iyah surah dan menyemak maqasid al-surah untuk
mendapat gambaran dan mesej utama bagi suatu surah.........................................289
b. Mencermati sibaq wa siyaq al-ayat untuk memahami kolerasi dan konteks ayat..293
4.4.2 Contoh Aplikasi Prinsip Kedua: Memahami ilmu nuzul al-Qur’an, sejarahnya dan
ilmu-ilmu berkaitan dengannya............................................................................297
a. Menelusuri periwayatan hadith dalam surah untuk memahami konteks nuzul...... 299
b. Menghayati pensyariatan hukum dan kronologi nas dalam konteks marahil
tanzil.......................................................................................................................300
4.4.3 Contoh Aplikasi Prinsip Ketiga: Mendalami bahasa al-Quran dengan meneliti
struktur ayat-ayatnya............................................................................................302
a. Kalimah al-Quran yang mempunyai lebih dari satu makna dalam satu masa........303
Univers
ity of
Mala
ya
xiii
b. Penggunaan fi‘il madi dalam al-Quran sebagai pengukuhan dan kepastian peristiwa
yang akan berlaku..................................................................................................305
4.4.4 Contoh Aplikasi Prinsip Keempat: Menguasai Balaghah al-Qur’an dan ilmu-ilmu
berkaitan dengannya.............................................................................................306
a. Qasam al-Qur’an sebagai tujuan penegasan, pengukuhan dan keutamaan......307
b. Menghayati keindahan dan kehalusan bahasa melalui balaghah al-Qur’an....310
4.4.5 Contoh Aplikasi Prinsip Kelima: Mempraktiskan Ijtihad dalam memahami
nas-nas tertentu.................................................................................................311
a. Menerbitkan istifadah ayat hasil penggunaan adawat al-khusus......................311
b. Tiada percanggahan fakta antara nas al-Quran dan kajian saintifik..................315
4.5 Kesimpulan ............................................................................................................. 318
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan...............................................................................................................320
5.2 Kesimpulan................................................................................................................320
5.3 Cadangan & Saranan..................................................................................................326
RUJUKAN.........................................................................................................................328
LAMPIRAN
Univers
ity of
Mala
ya
xiv
SENARAI SINGKATAN
a.s ‘Alayhi salam
Ed. Editor
Et.al Penulis melebihi 3 orang
H Hijrah
ibid. Rujukan pada tempat yang sama
M Masihi
m Meninggal
no. hadith Nombor Hadith
r.a Raḍiyā Allah ‘Anh/ Raḍiyā Allah ‘Anhā
ra.hum Raḍiyā Allah ‘Anhum
s.a.w Ṣallā Allah ‘Alayh wa Sallam صلى الله عليه وسلم
shaykh Shaykh ‘Abd al-Rahman Habannakah
s.w.t Subhānahu wa Ta‘ālā
tahq. Tahqiq
terj. Terjemahan
t.tp. Tanpa tempat
t.p. Tanpa penerbit
t.t. Tanpa tahun
w Wafat
Univers
ity of
Mala
ya
xv
JADUAL TRANSLITERASI
5.1 Konsonan
Arab Roman
z ز
s س
sh ش
s ص
d ض
t ط
z ظ
‘ ع
gh غ
f ف
Arab Roman
’a ا , ء
B ب
t ت
th ث
j ج
h ح
kh خ
d د
dh ذ
r ر
Arab Roman
Q ق
K ك
L ل
M م
N ن
H ه
W و
Y ي
h,t Univ ةers
ity of
Mala
ya
xvi
5.2 Vokal
Vokal Pendek Transliterasi Contoh Transliterasi
_ _ A ق نت qanata
_ _ I سلم salima
_ _ U جعل ju‘ila
Vokal Panjang Transliterasi Contoh Transliterasi
ي ٬ا Ā باب ٬كب رى bāb, kubrā
wakīl وكيل Ī ي
sūrah سورة Ū و
Univers
ity of
Mala
ya
xvii
5.3 Diftong
Diftong Transliterasi Contoh Transliterasi
qawl ق و ل aw _ _ و
ر ay _ _ ي khayr خي
quwwah قوة uww _ _ و
arabiy / i‘ عرب iy,i _ _ ي
Catatan :
Format penulisan disertasi ini adalah berpandukan kepada Buku Panduan Penulisan
Ilmiah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (2012), Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya.
Univers
ity of
Mala
ya
SENARAI LAMPIRAN Lampiran A: Shaykh ‘Abd al-Rahman Hasan Habannakah al-Maydani (1925-2004M) Lampiran B: Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani (1908-1978M) Lampiran C: Shaykh Hasan Habannakah bersama sahabat serta murid-muridnya. Lampiran D: Shaykh Sadiq Habannakah (1918-2007M) Lampiran E: Pengkaji di hadapan klinik Dr. Hasan Habannakah (anak kepada tokoh) Lampiran F: Buku penulisan Ustazah ‘Aidah al-Jarrah. Lampiran G: Buku al-Ta‘rif bi Kitab Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. Lampiran H: Bangunan Ma‘had at-Tawjih al-Islamiy. Lampiran I: Kitab Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah Lampiran J: Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur Lampiran K: Soalan-soalan Temu bual terhadap responden
Univers
ity of
Mala
ya
1
BAB
PENDAHULUAN
0.1 Pengenalan
Al-Quran diturunkan menjadi panduan dan pengajaran bagi umat manusia. Tuntutan al-
Quran bukanlah sekadar membaca, bertarannum, berubat mahupun menjadikan ia sebagai
azimat perlindungan semata-mata. Bahkan, isi kandungan al-Quran itu lebih utama untuk
difahami, dihayati dan dipenuhi segala tuntutannya dalam kehidupan. Demikian itu, proses
tadabbur perlu dihidupkan bagi mencapai tujuan tersebut. Hakikatnya, secara jelas seruan
tadabbur telah ditegaskan oleh Allah s.w.t menerusi ayat berikut:
Sad 38: 29 Terjemahan: Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayat-Nya dan supaya mendapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran.
Sehubungan itu, kesedaran ilmu tadabbur amat penting diterapkan pada individu
muslim untuk kembali kepada penghayatan al-Quran yang sebenar. Ini kerana al-Quran
diturunkan bukan sebagai perhiasan atau replika, akan tetapi untuk ditadabbur iaitu
difahami dan diamalkan. Sekiranya umat Islam tidak menghargai permata yang bernilai ini,
adakah mereka dapat memahami tuntutan kehidupan sebagai hamba kepada Penciptanya?!
Demikian itu, Saidina „Ali r.a pernah menyebut bahawa tiada kebaikan pada suatu ibadah
Univers
ity of
Mala
ya
2
yang tanpa ilmu mengenainya. Bukan juga dikira ilmu tanpa kefahaman mengenainya dan
bukanlah membaca al-Quran dengan erti kata sebenar tanpa tadabbur padanya. 1
Justeru, masyarakat Islam harus kembali kepada penghayatan dan kefahaman al-
Quran yang sebenar. Al-Quran tidak dapat difahami kecuali melalui pentafsiran dan
pentakwilan. Pentafsiran yang benar dan tepat membawa pembacanya menemui hidayah.2
Demikian itu, Allah s.w.t telah memberikan jaminan terhadap kalam-Nya bahawa ia akan
tetap terpelihara tanpa wujud perubahan atau penyelewengan.
0.2 Latar Belakang Masalah
Situasi masyarakat berhubung dengan kesedaran al-Quran, umumnya dapat dipecahkan
kepada tiga golongan.3 Pertama, adalah kelompok masyarakat yang menolak dan
menentang Kitab Allah s.w.t. Mereka di akhirat kelak menjadi aduan bagi para Rasul
kepada Allah s.w.t seperti yang disebutkan dalam surah al-Furqan, ayat 30;
﴾٠قـومي اتذوا هـذا القرآن مهجورا ﴿وقال الرسول يا رب إن
Al-Furqan 25: 30
Terjemahan: Dan berkatalah Rasul,"Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".
Golongan kedua adalah mereka yang membaca al-Quran dan merujuk kepada sumber
tafsiran. Mereka ini berusaha untuk memahami al-Quran walaupun mungkin merasa belum
1Salman bin „Umar al-Sunaydi, Min ‟ajli Tadabbur al-Qur‟an. Cet.3, (Lubnan: Dar al-Qalam, 2007), 6. 2 Zulkifli Hj. Mohd Yusoff,"Tafsir Al-Quran Semasa: Konsep, Syarat & Peranan dalam menyelesai Masalah Umat."(Kertas Kerja Seminar Perdana Kefahaman Islam Sebagai Sebuah Cara Hidup, 15 & 16 April 2006), 2. 3„Isam bin Salih al-„Uwayd. Fann al-Tadabbur fi al-Qur‟an al-Karim. (Riyad: Markaz Tadabbur, 2010) 15.
Univers
ity of
Mala
ya
3
mencapai praktis tadabbur secara menyeluruh. Manakala, golongan ketiga adalah orang-
orang yang membaca al-Quran namun tidak memahami dan menghayati keagungan-Nya.
Mereka tidak memerhatikan kebenaran isinya dan tidak mengetahui kemukjizatan ilmu
yang terkandung di dalam al-Quran. Situasi begini banyak berlaku dalam masyarakat yang
mampu membaca al-Quran, namun tidak memahami makna dan tuntutan ayat-ayatnya.
Faktor ini menjadikan al-Quran hanya sebagai bahan bacaan tanpa pengertian dan
kefahaman. Hal tersebut amat merugikan kerana akibatnya fungsi al-Quran menjadi terhad
bagi mereka yang tidak memahami maksud ayat-ayat al-Quran.
Di samping itu, jika diperhatikan permasalahan sosial masyarakat timbul apabila
amalan tadabbur menjadi suatu perkara yang asing dalam realiti kehidupan.4 Umumnya,
istilah tadabbur secara literal kurang dikenali dalam masyarakat apatah lagi untuk menjadi
suatu amalan. Perkara ini berlaku kerana perbincangan ilmu tadabbur suatu perkara yang
masih baru. Kini, ia dalam usaha untuk dikembangkan dan diketengahkan oleh para ilmuan
kepada masyarakat mengenai keperluan dan kepentingannya. Bagi penulis usaha yang
dilakukan oleh Shaykh „Abd al-Rahman adalah sebagai sampel yang bernilai melalui
sumbangan karya tadabbur beliau. Kitab Qawa„id al-Tadabbur adalah karya unik kerana ia
mengembangkan kesedaran tadabbur al-Quran dalam bentuk kaedah. Karya seumpama ini
4 Merujuk pada Jurnal Islamiyyat 36(2) 2014 :57-66, satu artikel yang bertajuk “Perkembangan dan Masalah Pembelajaran al-Quran dalam Program j-Qaf di Malaysia” ditulis oleh Daud Ismail, Wan Mohd Khairul Firdaus dan Mahadi Mohammad. Artikel ini mendedahkan beberapa kajian berkenaan peratusan masyarakat Malaysia yang buta al-Quran dan lemah penguasaan terhadap bacaan al-Quran. Antaranya, suatu kajian daripada Masnan Jemali (2005) berkenaan peratusan keupayaan membaca al-Quran oleh pelajar di beberapa buah Sekolah Menengah di negeri Perak menunjukkan ia berada pada tahap lemah iaitu 34.5 peratus. Secara purata para pelajar tersebut tidak mampu menyebut makhraj huruf, lemah mengenal tanda bacaan dan hukum-hukum tajwid dengan baik. Dari aspek keupayaan hafazan, dapatan kajian menunjukkan 50.0 peratus daripada kalangan respoden tersebut mampu menghafaz satu hingga lima surah sahaja. Manakala, 2.5 peratus daripada mereka hanya mampu menghafaz surah Yasin. Justeru, hasil dapatan kajian ini memaparkan suatu fenomena yang membimbangkan kerana ia memberikan gambaran keadaan masyarakat muda yang meminggirkan al-Quran dan jauh dari kesedaran al-Quran. Rentetan daripada tidak mempelajari, memahami dan menghayati al-Quran akan membentuk masyarakat yang jahil dengan nilai-nilai agama dan ia mengundang kepada berlaku pelbagai permasalahan sosial.
Univers
ity of
Mala
ya
4
tidak pernah dibukukan oleh ulama sebelumnya. Ia mengupas secara menarik mengenai
panduan bertadabbur melalui 40 Qawa„id al-Tadabbur.
Selain itu, jika diperhatikan secara umum keadaan masyarakat tidak semuanya
berkemampuan atau berkesempatan mengkaji disiplin ilmu al-Quran untuk menguasai
kefahaman ayat-ayat al-Quran. Oleh demikian, ini memerlukan satu panduan yang dapat
membantu kemahiran bertadabbur al-Quran seumpama karya Qawa„id al-Tadabbur.
Namun, kitab Qawa„id al-Tadabbur yang mengumpulkan syarahan 40 kaedah tadabbur ini
telah ditulis di dalam bahasa Arab yang bertahap ilmiah kerana pengarangnya adalah
berbangsa Arab Syria. Faktor kerumitan bahasa yang berlaras ilmiah menjadi suatu cabaran
kepada masyarakat bukan Arab untuk menghadamnya. Justeru, karya Qawa„id al-Tadabbur
ini memerlukan kepada usaha penelitian semula dan penyelidikan bagi merumuskan 40
kaedah tadabbur tersebut kepada bentuk yang lebih asas dan mudah.
Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah pernah menetap di beberapa buah negara
seperti Syria, Mesir, Turki dan Arab Saudi. Ini menjadikan ketokohan dan pengaruh ilmu
beliau semakin berkembang di rantau Arab. Namun, sejauh yang diketahui penulis
ketokohan beliau belum cukup dikenali di Asia khususnya Malaysia. Oleh itu, wajar bagi
penulis untuk menonjolkan ketokohan serta sumbangan beliau dalam bidang tadabbur
melalui penulisan tesis ini.
0.3 Persoalan Kajian
Berdasarkan latar belakang masalah di atas, beberapa persoalan dapat dibangkitkan dan
menjadi pernyataan masalah untuk kajian ini iaitu:
Univers
ity of
Mala
ya
5
1. Siapakah Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani yang disebut sebagai ulama
yang memberi sumbangan besar dalam bidang tadabbur al-Quran?
2. Apakah konsep tadabbur al-Quran sehingga ia menjadi medium untuk mendalami al-
Quran dan membantu meningkatkan kemahiran tadabbur?
3. Apakah fungsi 40 Qawa„id al-Tadabbur dan hubungkaitnya dengan pembentukan
prinsip tadabbur?
4. Bagaimanakah aplikasi prinsip-prinsip tadabbur dalam Tafsir li tadabburi (Ma„arij al-
Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur)?
0.4 Objektif Kajian
Berdasarkan kajian ini, empat objektif yang digariskan sepertimana berikut:
1.Mengkaji ketokohan Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani dan
sumbangannya dalam bidang tadabbur al-Quran.
2.Menghuraikan konsep tadabbur al-Quran dan pendekatan untuk meningkatkan kemahiran
tadabbur al-Quran.
3.Mengkaji asas bagi pembentukan prinsip tadabbur yang dirumuskan berdasarkan analisis
terhadap 40 Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal.
4.Menganalisis aplikasi prinsip-prinsip tadabbur dalam Tafsir li tadabburi (Ma„arij al-
Tafakkur wa Daqa‟iq al-Tadabbur).
Univers
ity of
Mala
ya
6
0.5 Kepentingan Kajian
Kini keadaan masyarakat kebanyakannya mampu membaca al-Quran. Namun, masih ramai
yang tidak memahami makna ayat lebih-lebih lagi untuk mendalami maksudnya.
Sehubungan itu, kajian tesis ini amat penting dilakukan sebagai satu usaha untuk membantu
permasalahan orang yang membaca al-Quran tanpa tadabbur. Demikian itu, secara asas
kajian ini cuba mengetengahkan konsep tadabbur yang memberi fokus mengenai
kefahaman ilmu tadabbur bermula dengan pengertian, fungsi, kepentingan sehingga kepada
langkah-langkah atau proses yang membantu untuk bertadabbur. Dari itu, melalui kupasan
prinsip tadabbur beserta dengan beberapa contoh aplikasinya diharap akan membantu
pentadabbur untuk memahami dan mendalami mesej-mesej penting daripada al-Quran.
Selain itu, permasalahan yang dikenalpasti adalah istilah tadabbur merupakan suatu
perkara yang kurang dikenali dalam masyarakat dan amalannya bukan menjadi kebiasaan.
Ini kerana ilmu tadabbur masih baru bagi masyarakat umum dan kesedaran untuk
menyebarluaskan kefahamannya sedang diusahakan oleh para ilmuan dan para pengkaji.
Rentetan itu, penulis melihat masyarakat sebenarnya memerlukan suatu asas panduan
dalam usaha memahami dan menghayati al-Quran. Justeru, menerusi kajian ini telah
diperkenalkan prinsip-prinsip tadabbur sebagai asas-asas utama yang menjadi pegangan
untuk bertadabbur. Panduan prinsip tadabbur yang dihasilkan ini amat penting sebagai
usaha untuk membantu masyarakat memahami mesej daripada ayat-ayat al-Quran dan
sekaligus mendekati amalan tadabbur dalam kehidupan seharian.
Demikian dengan hal kehidupan manusia yang memerlukan kefahaman terhadap
aturan yang baik atau buruk, benar atau salah dalam kehidupan. Manual kehidupan adalah
Univers
ity of
Mala
ya
7
al-Quran dan alat yang bekerja untuk memahami al-Quran tersebut adalah asas-asas ilmu
tadabbur. Dengan ini, difahami pengaruh al-Quran adalah amat besar dalam kehidupan
manusia sekiranya amalan tadabbur menjadi teras dalam semua perkara. Menerusi
pengetahuan ilmu tadabbur dan kesedaran mengenai amalannya akan mendatangkan
manfaat dalam kehidupan seseorang. Kesannya, tadabbur al-Quran dapat menangani
masalah kejiwaan yang berlaku dalam masyarakat. Ia menghidupkan hati manusia dari
kegelapan kepada terang, dari sakit kepada sihat, dari jahil kepada berpengetahuan. Secara
nyata ia telah membuka jalan penyelesaian dalam kehidupan manusia melalui pencerahan
ilmu untuk memakmurkan dunia dengan pelbagai ciptaan dan pengetahuan.
Demikian juga, jika disoroti terhadap karya Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal yang
dikupas oleh Shaykh „Abd al-Rahman. Sedikit sebanyak karya ini telah membantu para
pentadabbur yang terdiri daripada golongan pelajar, ahli akademik atau pengkaji al-Quran
dengan pengetahuan asas-asas ilmu untuk bertadabbur. Hasil daripada penelitian karya
tersebut, penulis mengetengahkan kajian mengenai Prinsip-prinsip Tadabbur5 yang
merupakan suatu inovasi daripada 40 Qawa„id al-Tadabbur. Prinsip-prinsip Tadabbur
tersebut telah dirumuskan kepada bentuk yang ringkas, sistematik dan mudah untuk
membantu pembaca memahami asas-asas penting ilmu tadabbur di samping meningkatkan
kemahiran mentadabbur al-Quran. Oleh itu, perlu ditegaskan kajian ini amat penting untuk
memberikan kefahaman terhadap asas-asas ilmu untuk bertadabbur kerana kefahaman yang
betul lahir daripada proses tadabbur yang benar. Begitu juga hasil tadabbur yang benar
akan menatijahkan ilmu yang berkesan.
5Prinsip Tadabbur merupakan asas-asas utama ilmu tadabbur yang menjadi pegangan atau panduan yang perlu diketahui oleh pentadabbur untuk mentadabbur ayat-ayat al-Quran.
Univers
ity of
Mala
ya
8
Seterusnya, kajian ini juga penting sebagai suatu usaha untuk menilai semula serta
mengkaji kaedah-kaedah tadabbur yang diaplikasi oleh Shaykh „Abd al-Rahman
Habannakah. Penulis akan menilai dan meneliti keserasian kaedah-kaedah tadabbur untuk
menentukan justifikasinya dalam lima prinsip tadabbur serta aplikasinya pada kitab Tafsir
li tadabburi. Selain itu, kajian ini amat penting untuk mengetengahkan jasa dan sumbangan
tokoh sarjana Islam kontemporari dari Syria. Ia mendedahkan biografi ketokohan Shaykh
„Abd al-Rahman Hasan Habannakah al-Maydani (m.2004M) serta sumbangan beliau dalam
bidang tadabbur. Penulisan ini sebagai tanda penghargaan untuk mengenang ketokohan
sarjana Islam yang amat berjasa. Sumbangan beliau kepada umat amat bermakna melalui
pelbagai khidmat bakti yang tidak terkira terutamanya dalam pentas dakwah, arena
pendidikan serta medan penulisan dalam pelbagai bidang.
0.6 Pengertian Tajuk
Kajian penulis bertajuk,“Analisis Prinsip Tadabbur: Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal dan
aplikasinya dalam Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur”. Justeru, pada
bahagian ini akan dikemukakan secara ringkas pengertian tajuk menerusi tiga kelompok
frasa utama iaitu, i.“PrinsipTadabbur”, ii.“Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal” dan iii.“Tafsir
Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur”.
Univers
ity of
Mala
ya
9
i. Prinsip Tadabbur
Prinsip berasal daripada perkataan Inggeris iaitu „principle‟ yang memberi beberapa
maksud iaitu (i) asas, dasar, rukun, tonggak, teras, (ii) pegangan, sandaran dan landasan,6
(iii) pendirian, hukum atau peraturan.7 Manakala perkataan tadabbur berasal daripada
pecahan kalimah8; i. dabbara (دبر ); mengatur dan membuat perancangan, ii. tadabbar
merenung atau ;( تدبر) merenung, memikirkan atau memperhatikan, iii. tadabbur ;(تدبر)
memerhati. Menurut ahli bahasa Ibn Faris [395H]:“dabbara (دبر) memberi maksud
penghujung bagi sesuatu (آخر الشيء), di belakang atau berlawanan bagi hadapan”.9
Ringkasnya, istilah tadabbur dirumuskan sebagai memerhati dan merenung lafaz nas untuk
memahami sehingga ke penghujung maksudnya.10 Lafaz tadabbur terbentuk dari (التفعل),
menunjukkan perbuatan yang memerlukan kesungguhan dan proses yang berulang-ulang.11
Justeru, “prinsip tadabbur” yang dimaksudkan dalam kajian ini dapat dirumuskan
sebagai asas, dasar atau teras bagi ilmu tadabbur yang dijadikan sebagai pegangan untuk
mentadabbur al-Quran iaitu untuk memahami nas sehingga ke penghujung maksudnya.
6Rujuk “prinsip” pada Kamus Dewan Online, laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 Februari 2010. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=prinsip 7Rujuk “principle” pada New Oxford (English-English-Malay) Dictionary. Selangor:Fajar Bakti, 613. 8Rujuk Mu„jam Wasit, 269. Ibn Manzur. Lisan al-„Arab, 1317. Kamus BA-BM. Selangor: Oxford Fajar,135. 9 Ibn Faris. Mu„jam Maqayis Lughah , 2: 266. Dilihat pada Mafhum al-Tadabbur al-Tahrir wa Ta‟sil, 20-21. 10Lisan al-„Arab, 4:273, al-„Askari. Furu„al-Lughawiyah, 58. Jurjani. al-Ta„rifat, 76, al-Qurtubi. Jami„ li al-Ahkam al-Qur‟an, 5: 290. Al-Tabari, Jami‘ al-Bayan li Ta‟wil al-Qur‟an, 1:87, 5:180. 11Musa„id al-Tayyar, Mafhum al-Tafsir wa al-Ta‟wil wa al-Istinbat wa al-Tadabbur wa al-Mufassir. (Jeddah: Dar al-Jawzy, 2002),185. ‟Awraq „Amal Mafhum al-Tadabbur al-Tahrir wa Ta‟sil, (Markaz Tadabbur, 2009), 69.
Univers
ity of
Mala
ya
10
ii.“Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal”
Perkataan qawa„id adalah lafaz Arab [قواعد]12 yang merupakan kata jama„ bagi qa„idah
yang bermaksud duduk. Perlakuan [قعد] dan berasal daripada perkataan qa„ada [قاعدة]
duduk menunjukkan keadaan seseorang yang menapak dan mempunyai asas. Menurut
istilah qawa‘id bermaksud “suatu hukum yang bersifat umum dan melaluinya diketahui
pecahan-pecahan hukum yang berkaitan dengannya”13. Berdasarkan maksud tersebut
qawa„id dalam konteks kajian ini difahami sebagai suatu asas, dasar atau garis panduan
ilmu yang berkaitan dengan sesuatu hukum, peraturan atau pendekatan yang mempunyai
cabang-cabang hukum atau disiplin ilmunya yang tertentu.
Manakala, pengertian tadabbur telah dihuraikan pada bahagian (i) sebelum ini.
Berikut adalah kalimah ;yang berasal daripada lafaz Arab yang bererti [al-Amthal] الأمثل
perbuatan yang terbaik atau yang terpilih sebagai teladan.14 Justeru, memerhatikan kepada
maksud judul kitab yang ditulis oleh Shaykh „Abd al-Rahman iaitu “Qawa„id al-Tadabbur
al-Amthal” bagi keseluruhan lafaznya memberi pengertian sebagai asas atau garis panduan
yang terpilih atau terbaik untuk mentadabbur al-Quran.
12 Rujuk Mu„jam Maqayis al-Lughah, asal daripada 5:109 , قعد, Lisan al-„Arab, perkataan 3:128 , قعد, Mu„jam al-Wasit, perkataan 2:748 ,قعد. 13 Khalid Uthman al-Sabt, Qawa„id al-Tafsir jam„an wa dirasah. Cet.2 (Kaherah:Dar Ibn „Affan, 2008) 1: 23. 14 Rujuk perkataan “أمثل ” dalam al-Mu„jam al-„Arabiy al-Asasi, t.t: Lidurus, 1117.
Univers
ity of
Mala
ya
11
iii.“Tafsir Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur”
Seterusnya, lafaz“Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur” adalah judul yang dipilih
oleh Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah bagi kitab tafsirnya yang ditulis mengikut
manhaj tertib nuzul al-Quran. Ia disusun berdasarkan kronologi surah-surah Makki dan
termasuk dengan permulaan (muqaddimah) bagi surah Madani.
Merujuk kepada pengertian judul tafsir tersebut bermula dengan kalimah “ma„arij”
yang bererti naik ke langit.15 Manakala, lafaz “al-Tafakkur” bermaksud pemikiran secara
mendalam.16 Sementara itu, maksud kalimah “daqa’iq” pula adalah suatu perkara yang
rumit, teliti dan mendalam.17 Keseluruhan judul “Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-
Tadabbur” dapat disimpulkan oleh penulis sebagai maksud ketinggian pemikiran untuk
mencapai pemahaman wahyu Ilahi dan ketelitian tadabbur untuk menghayati mesej Ilahi.
Justeru itu, hasil penjelasan tersebut menunjukkan keseluruhan tajuk tesis ini
memfokuskan pada kajian analisis terhadap asas-asas ilmu tadabbur yang dapat dijadikan
sebagai pegangan dan panduan untuk mentadabbur al-Quran. Bahan kajian yang dipilih
berkaitan dengan asas-asas ilmu tadabbur adalah Kitab Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal
oleh Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah yang mengumpulkan 40 asas ilmu tadabbur
yang terpilih. Setelah dirumuskan pembentukan prinsip tadabbur, fokus selanjutnya adalah
membentangkan sudut aplikasi prinsip tersebut dalam Tafsir Ma„arij al-Tafakkur wa
Daqa’iq al-Tadabbur.
15Lihat معارج berasal daripada kalimah معراج (mi„raj) bermaksud menaiki tangga ke atas atau naik ke langit. Rujuk al-Mu„jam al-„Arabiy al-Asasi, 831. 16Lihat تفكر (tafakkur). Ibid., 947. Tafakkur merupakan perbuatan berfikir yang diperintahkan dalam agama dan ditujukan bagi mereka yang memiliki pengetahuan untuk merenungkan pelbagai fenomena alam. 17Lihat دقائق berasal daripada kalimah دقيق . Ibid., 456.
Univers
ity of
Mala
ya
12
0.7 Skop dan Batasan Kajian
Bagi memudahkan penulis membuat penyelidikan yang terfokus, berikut adalah beberapa
skop kajian:
i. Kajian ini menyelidik dan menyingkap ketokohan Shaykh „Abd al-Rahman Hasan
Habanakah al-Maydani melalui biografinya yang merangkumi sejarah kehidupan, latar
belakang pendidikan, pekerjaan serta sumbangan beliau dalam bidang penulisan khususnya.
ii. Kajian ini menumpukan kepada konsep tadabbur al-Quran. Kupasan dilakukan bermula
penjelasan pengertian, hukum tadabbur, kepentingan tadabbur, hasil dan kesan tadabbur,
peringkat-peringkat tadabbur serta proses-proses untuk menguasai tadabbur al-Quran.
iii. Kupasan kajian memfokus berkenaan Kitab Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal. Penulis
meneliti aspek metodologi penulisan kitab dan pemikiran pengarang dalam menyusun 40
Qawa„id al-Tadabbur. Kritikan dan penilaian para ulama berkenaan manhaj kitab ini turut
dinyatakan. Kemudian, penulis akan merumuskan 40 Qawa„id al-Tadabbur tersebut kepada
lima prinsip tadabbur yang lebih sistematik dan ringkas.
iv. Kajian ini turut membuat penelitian terhadap metodologi penulisan Kitab Tafsir Ma„arij
Tafakkur wa Daqa’iq al Tadabbur dan menghuraikannya secara ringkas. Seterusnya,
penulis menganalisis dan menilai keserasian prinsip-prinsip tadabbur dan aplikasinya di
dalam kitab tafsir Ma„arij Tafakkur wa Daqa’iq al Tadabbur tersebut.
Univers
ity of
Mala
ya
13
0.8 Ulasan Kajian Lepas
Ulasan kajian lepas merupakan perkara yang signifikan bagi para pengkaji untuk
menyemak dan menilai semula penemuan penyelidikan yang telah dilakukan sebelum ini.
Menerusi kajian ini, penulis akan menghuraikan perkembangan kajian lepas dalam bidang
tadabbur. Bagi penulis, kajian secara sinergi terhadap karya ulama silam dan kontemporari
amat releven dilakukan khususnya untuk mencari gali bahan-bahan berkaitan dengan
tadabbur al-Quran dan pecahan ilmunya. Sehubungan itu, sebelum menjalankan
penyelidikan penulis telah melakukan beberapa observasi dan sorotan perpustakaan untuk
menyemak hasil penulisan ilmiah seperti tesis, disertasi, jurnal, kertas kerja seminar dan
puluhan jumlah kitab yang memberi sumber maklumat dan inspirasi kepada penulis untuk
melakukan penulisan kajian. Menerusi penemuan sumber dan bahan-bahan rujukan tersebut
dapat diketahui kemunculan bidang tadabbur al-Quran dan perkembangan ilmunya.
Justeru, sorotan kajian ini akan dibahagikan kepada tiga tema yang utama iaitu:
a. Kajian berkenaan konsep tadabbur.
b. Kajian berkaitan karya Qawa„id al-Tadabbur Amthal li Kitab Allah dan Tafsir Ma„arij
al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur.
c. Kajian mengenai biografi Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah.
a. Kajian berkenaan konsep tadabbur
Jika disoroti sebelum zaman kemunculan penulisan tadabbur, pelbagai kajian dan
penemuan secara komprehensif telah dilakukan dalam bidang tafsir dan „Ulum al-Qur‟an.
Seiring dengan cabaran semasa, para ulama dan ilmuan al-Quran mula menyedari akan
permasalahan yang berkaitan dengan penghayatan al-Quran yang semakin terhakis dalam
Univers
ity of
Mala
ya
14
masyarakat. Lantaran itu, para ilmuan mula melebarkan pengkajian dan perbincangan
sehingga kepada isu tadabbur al-Quran. Berhubung dari kesedaran tadabbur tersebut para
ilmuan yang terdiri daripada ulama al-Quran dan pakar bahasa Arab telah berkumpul di
Riyad Arab Saudi untuk mewacanakan isu kefahaman tadabbur dalam sebuah persidangan
Multaqa Tadabbur Antarabangsa I (2008) buat julung-julung kalinya.18
Susulan daripada multaqa tersebut, pada tahun 2012 kemudian dapat dijayakan
Muktamar Tadabbur Antarabangsa I yang diadakan di Riyad, Arab Saudi.19Tema yang
diangkat dalam perbahasan muktamar ini memfokuskan pada „Tadabbur al-Quran dan
kesannya dalam kehidupan Ummah‟. Perbincangan muktamar ini dihadiri oleh para ilmuan
yang terdiri daripada pakar bahasa Arab, ahli al-Quran dan juga ulama tadabbur telah
memberikan pelbagai respon yang positif dan berkesan. Hasil daripada perbincangan
tersebut telah dibukukan untuk tujuan sebaran dan rujukan.
Setelah beberapa tahun kemudian para ilmuan dan ulama tadabbur kembali
bersidang dalam Muktamar Tadabbur Antarabangsa ke-II yang diadakan di Maghribi.20
Fokus perbahasan muktamar kali ini membincangkan tema berkenaan „Tadabbur al-Quran
manahij wa „alam. Perbahasan tersebut mengemukakan perbincangan mengenai tokoh-
tokoh tafsir dan manhaj tadabbur yang dipraktiskan oleh para ulama menerusi penulisan
tafsir. Pelbagai isu yang dibangkitkan berkaitan pendekatan tadabbur yang telah diaplikasi
oleh para ulama. Wujud perselisihan pendapat dalam menilai atau memilih pendekatan
18Rujuk maklumat Multaqa Tadabbur Antarabangsa I, diakses pada 14 November 2015 pada laman sesawang http://www.tadabborq.com/tadabbor/detailsprojects/newsandrebounds/9. 19Muktamar Tadabbur Antarabangsa I diadakan pada tarikh 5 Jun 2008 yang bertempat di Riyad, anjuran oleh Hai„ah al-„Alamiyah li tadabbur al-Qur‟an. 20Muktamar Tadabbur Antarabangsa II, diadakan pada tarikh 28-29 Oktober 2015 yang bertempat di Bandar Dar al-Bayda‟ Maghribi. Anjuran oleh Kuliah Sastera dan Sains Kemanusiaan, Universiti al-Hasan II Al- Hai‟ah al-„Alamiyah li Tadabbur al-Qur‟an al-Karim. Rujuk keterangan lanjut mengenai muktamar di laman sesawang, http://tadabborq.com/motamar/about.php , diakses pada 14 November 2015.
Univers
ity of
Mala
ya
15
tadabbur yang berkesan. Demikian itu, kerana perbahasan manhaj tadabbur merupakan
suatu medan yang masih baru. Atas dasar itu, adalah wajar ia terbuka kepada perbezaan
pandangan atau terdedah dengan kritikan dan saranan hasil daripada perbincangan.
Berdasarkan tinjauan penulis terhadap bahan perbincangan multaqa dan muktamar
tadabbur tersebut, ditemui banyak maklumat dan rujukan penting yang diperlukan dalam
kajian tadabbur. Dari itu, sorotan awal penulis mendapati kajian lepas berkenaan penulisan
tadabbur mula berkembang dan mendapat perhatian ulama sekitar awal 80-an. Sejak zaman
tersebut, penulisan tadabbur semakin meluas dan skop perbincangannya semakin
berkembang dalam pelbagai aspek. Antara karya awal tadabbur yang lahir adalah ditulis
oleh Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah. Beliau mengarang tiga buah karya tadabbur
yang bertajuk Qawa„id al-Tadabbur Amthal li Kitab Allah (1979) bagi cetakan pertama,21
Tadabbur Surah al-Furqan fi wehdah al-Mawdu„ (1991)22 dan Tafsir Ma„arij al-Tafakkur
wa Daqa’iq al-Tadabbur (2000).23
Penulis mendapati Shaykh „Abd al-Rahman al-Maydani merupakan tokoh perintis
yang menghasilkan karya tadabbur secara khusus sejak awal 80-an. Bahkan, boleh
dikatakan beliau merupakan pencetus awal yang mengemukakan perbincangan tadabbur
dalam bentuk qawa„id. Ia menghuraikan beberapa asas ilmu atau kaedah secara spesifik
untuk mentadabbur al-Quran. Bahkan, penemuan asas-asas ilmu tadabbur tersebut bukan
sekadar kupasan teori. Akan tetapi ia turut dibuktikan melalui implimentasi dalam tafsir
21Bahan kajian tesis penulis adalah kitab cetakan yang ketiga (2004) karangan oleh Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah yang mengumpulkan 40 Qawa„id al-Tadabbur Amthal li Kitab Allah. 22„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani. Tadabbur Surah al-Furqan fi wehdah al-Mawdu„. Cet.1, Damsyik: Dar al-Qalam, 1991. 23Ibid., Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. Cet.1, Damsyik: Dar al-Qalam, 2000.
Univers
ity of
Mala
ya
16
tartib nuzul al-Quran.24 Ini menjadikan penulisan tadabbur beliau dilihat signifikan kerana
mempunyai nilai kombinasi teori dan praktikal sekaligus. Justeru, kedua-dua bahan ini
menjadi tarikan kepada penulis untuk mengkaji dari sudut asas-asas tadabbur dan manhaj
tadabbur yang diaplikasi dalam Tafsir Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’ iq al-Tadabbur.
Di samping itu, antara karya yang turut menyumbang dalam perkembangan ilmu
tadabbur adalah buku penulisan oleh Salman al-Sunaydi,“Tadabbur al-Qur‟an” (2002),25
Khalid bin „Abd Karim al-Lahim,“Mafatih Tadabbur al-Qur‟an wa al-Najah fi al-Hayah”
(2004),26 Hashim bin „Ali al-Ahdal,“Ta„lim Tadabbur al-Qur‟an Asalib „Amaliyyah wa
Marahil Manhajiyah” (2008),27 Dhayfullah al-Ruhayli,“Tadabbur al-Qur‟an al-Karim
waqafat walafatat”(2010)28 dan Hikmat Bashir yang menulis “Manhaj al-Tadabbur al-
Qur‟an al-Karim” (2010)29. Semua karya tersebut merupakan antara bahan utama sebagai
rujukan penting tadabbur. Ini kerana, bagi penulis ia dapat memberikan asas kefahaman
tadabbur yang jelas dan kupasan khusus mengenai ilmu tadabbur. Sebagai contoh, darinya
dapat difahami pengertian tadabbur dan perbincangan istilahnya, fungsi serta kepentingan
tadabbur, proses-proses tadabbur dan langkah-langkah untuk bertadabbur.
24Tafsir Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur adalah sebuah tafsir aplikasi tadabbur yang berpandukan manhaj tartib nuzul al-Qur‟an. Tafsir li Tadabburi telah ditulis berasaskan panduan 40 Qawa„id al-Tadabbur yang diaplikasi padanya untuk memahami konteks ayat-ayat al-Qur‟an. Hakikatnya, kedua-dua karya tadabbur hebat ini adalah hasil penulisan Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani
(w.2004M). 25Salman bin „Umar al-Sunaydi, Tadabbur al-Qur‟an. Cet. 2, Riyad: al-Bayan, 2002. 26Khalid bin „Abd Karim al-Lahim, Mafatih Tadabbur al-Qur‟an wa al-Najah fi al-Hayah. Mesir: al-Iskandariah, 2004. 27Hashim bin „Ali al-Ahdal, Ta„lim Tadabbur al-Qur‟an Asalib „Amaliyyah wa Marahil Manhajiyah. Cet.1, Jeddah: Markaz al-Dirasat wa al-Ma‟lumat al-Qur‟aniah, 2008. 28„Abd Allah bin Dhayfullah al-Ruhayli, Tadabbur al-Qur‟an al-Karim. Cet.1, Madinah: t.t., 2010. 29
Hikmat bin Bashir Yasin, Manhaj Tadabbur al-Qur‟an al-Karim, Cet.1, Riyad: Dar al-Hadarah, 2004.
Univers
ity of
Mala
ya
17
Demikian juga, Dr Musa„id al-Tayyar30 dalam bukunya Mafhum al-Tafsir wa al-
Ta‟wil wa al-Istinbat wa al-Tadabbur telah menghuraikan istilah tadabbur serta
perkaitannya dengan tafsir, ta‟wil dan istinbat. Buku tersebut menjelaskan pengertian
tadabbur dari sudut bahasa dan istilah di samping kaitan tadabbur dengan beberapa istilah
lain. Walau bagaimanapun, kajian tesis penulis akan memperluaskan lagi dimensi
hubungan tadabbur dengan beberapa istilah lain seperti tafakkur, nazr, ta‟ammul, tafsir,
ta‟wil dan istinbat. Semua istilah tersebut telah diperhalusi oleh penulis dari sudut huraian
dan fungsinya agar jelas setiap perkaitan dan hubungannya dengan tadabbur.
Sehubungan itu, maklumat tadabbur yang penting dapat dimanfaatkan oleh
penulis berdasarkan rujukan terhadap karya-karya tersebut. Hasilnya, akan dirumuskan
menjadi sebuah konsep bagi tadabbur. Konsep tadabbur adalah perkara yang dibahaskan
dalam bab dua kajian penulis dan ia bertujuan untuk memberikan gambaran asas yang
menyeluruh mengenai pengenalan ilmu tadabbur. Kajian penulis mengumpulkan
percambahan pendapat dalam kalangan para ilmuan tadabbur dan menggabungkan
pemikiran mereka dalam isu-isu tadabbur yang tertentu. Sepertimana hukum bertadabbur,
manhaj tadabbur dan proses tadabbur yang diperbincangkan oleh para ilmuan.
Antara faktor wujud kepelbagaian pendapat dalam isu-isu tersebut disebabkan
pendekatan atau cara mentadabbur al-Quran bagi setiap individu adalah berbeza. Ini kerana
tahap pemahaman dan penghayatan setiap orang berlainan mengikut kadar pengetahuan dan
kemampuan pemikiran. Asalkan orang yang membaca al-Quran tersebut faham maksud
ayat dan menghayati mesej yang terkandung dalam ayat, maka ia sudah memadai dan
mencapai aras umum sebagai bertadabbur. Oleh itu, bagi penulis apa yang jelas bidang 30Musa„id Sulaiman al-Tayyar, Mafhum al-Tafsir wa al-Ta‟wil wa al-Istinbat wa al-Tadabbur. Cet.1, Arab Saudi: Dar Ibn al-Jawzi, 2002.
Univers
ity of
Mala
ya
18
tadabbur merupakan suatu skop ilmu yang luas dan melangkaui skop tafsir itu sendiri.
Sehingga kini para ilmuan tafsir dan juga ulama al-Quran masih meneliti dan berbincang
mengenai manhaj tadabbur dan pendekatan terbaik untuk mentadabbur al-Quran.31
b. Kajian berkaitan karya Qawa‘id al-Tadabbur Amthal li Kitab Allah dan Tafsir
Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur.
Hasil tinjauan penulis menemui beberapa penulisan tesis yang telah mengkaji manhaj tafsir
yang dipraktikan oleh Shaykh „Abd al-Rahman dalam tafsir tadabburi. Tafsir li tadabburi
atau lebih dikenali sebagai Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur telah menjadi
fokus dalam kajian-kajian sebelum ini kerana keunikannya. Ia ditulis mengikut manhaj
tartib al-Nuzul yang bermula daripada surah-surah makki sehingga muqaddimah surah
madani. Pendekatan manhaj tartib al-Nuzul dalam penulisan tafsir ini jelas berbeza dengan
manhaj tartib mashaf kerana tafsir tartib al-Nuzul ditulis berdasarkan kronologi penurunan
surah al-Quran. Di kalangan para pentafsir berselisih pendapat mengenai kewajaran
menulis tafsir mengikut manhaj tartib al-Nuzul berdasarkan hujah-hujah mereka yang
tertentu. Rentetan daripada isu tersebut, penulis mendapati beberapa penulisan tesis yang
telah membahaskan secara tuntas berkenaan karya tafsir ini.
Antara pengkaji yang tampil meneliti manhaj tafsir ini ialah Taha Muhammad
Faris, Tafasir al-Quran al-Karim Hasb Tartib al-Nuzul (Tesis PhD Universiti Umm al-
Darman al-Islamiyah, Sudan. Kuliah ‟Usul al-Din, Jabatan Tafsir dan „Ulum al-
Quran, 2006). Tumpuan kajian beliau adalah perbandingan manhaj bagi empat buah tafsir
31 Rujuk perbincangan lanjut mengenai „manhaj tadabbur yang dipraktiskan oleh para ilmuan tafsir‟ dalam Muktamar Tadabbur Antarabangsa II, di laman sesawang, http://tadabborq.com/motamar/about.php, di akses pada 14 November 2015.
Univers
ity of
Mala
ya
19
tartib al-Nuzul yang masing-masing dihasilkan oleh empat tokoh yang berbeza. Salah
sebuah tafsir yang menjadi bandingan tersebut ialah Kitab Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq
al-Tadabbur yang ditulis oleh Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah.
Taha Faris telah mengemukakan kupasan terperinci mengenai perbahasan ilmu
tartib al-Nuzul. Beliau membentangkan perbandingan manhaj tafsir berdasarkan tartib al-
Nuzul dan menjelaskan pendirian Shaykh „Abd al-Rahman yang memilih manhaj tafsir
yang sedemikian. Antara sebab utama pemilihan tersebut kerana Shaykh berpegang dengan
pandangan bahawa susunan surah al-Quran adalah perkara ijtihadi. Hujahnya, manhaj
tadabbur berdasarkan tartib al-Nuzul dapat memberikan penghayatan yang berkesan
kepada dirinya untuk memahami al-Quran secara mendalam.32
Walau bagaimanapun, Taha mempunyai pandangan yang berbeza dari keputusan
Shaykh. Beliau kurang bersetuju dengan penulisan tafsir berdasarkan manhaj tartib al-
Nuzul atas beberapa alasan dan hujah. Antara kenyataannya, yang menyebut bahawa tafsir
berasaskan manhaj tartib al-Nuzul adalah kurang tepat kerana sandaran sumbernya yang
tidak jelas atau lemah dari sudut susunan surah yang sedemikian. Menurutnya, penulisan
tafsir mengikut manhaj tartib al-Nuzul seolah-olah suatu usaha yang sia-sia. Sebahagian
analisis beliau jelas mengkritik pandangan Shaykh „Abd al-Rahman dalam beberapa isu.33
Meskipun begitu, apa yang jelas tesis beliau tidak memfokuskan pada
perbincangan manhaj tadabbur atau asas-asas yang diperlukan oleh seseorang
32„Abd al-Rahman Habannakah. Qawa„id al-Tadabbur Amthal li Kitab Allah. Cet.3 (Damsyik: Dar al-Qalam, 2004) 153. 33
Taha Muhammad Faris,“Tafasir al-Qur‟an al-Karim hasba tartib al-Nuzul”(Tesis PhD Jabatan Tafsir dan „Ulum al-Qur‟an, Universiti Umm al-Darman al-Islamiyah, Sudan 2006), 769-774.
Univers
ity of
Mala
ya
20
pentadabbur. Oleh itu, ia berbeza dengan kajian penulis yang menumpukan dari aspek
manhaj tadabbur yang diguna pakai oleh Shaykh „Abd al-Rahman serta aplikasi prinsip
tadabbur dalam tafsir beliau. Penulis memfokuskan secara khusus terhadap rumusan asas-
asas tadabbur yang dapat dijadikan sebagai prinsip tadabbur atau asas-asas ilmu tadabbur
sebagai pegangan untuk bertadabbur. Oleh itu, Kitab Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal dan
Tafsir Ma„arij Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur akan menjadi fokus penelitian penulis
untuk menilai dan memahami asas-asas tadabbur yang membentuk prinsip tadabbur.
Selain itu, pada tahun yang sama dengan tesis Taha Faris turut ditemui sebuah
kajian Master. Kajian tersebut ditulis oleh Nadi Hasan „Ali Sabran bertajuk“Manhaj
‘Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani fi al-Tafsir (Disertasi MA Jabatan ‟Usul al-
Din Kuliah Pengajian Tinggi, Universiti Jordan, 2006). Disertasi ini memfokuskan
kajian secara khusus terhadap metodologi tafsir Shaykh „Abd al-Rahman dalam Tafsir
Ma„arij Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. Beliau melakukan penelitian terhadap manhaj
Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah dan turut mendatangkan kupasan mengenai
perselisihan ulama mengenai isu tafsir tartib al-Nuzul. Di celah-celah perbincangan
tersebut, Nadi turut mengemukakan perbandingan manhaj Shaykh „Abd al-Rahman dengan
Dr „Izzah Dirwazah pada bahagian bab empat kajian beliau. Sekali lagi, kajian ini juga
hanya memfokuskan pada manhaj tafsir tartib dan tidak pada Qawa„id al-Tadabbur.
Selanjutnya, beralih kepada sorotan kajian berkenaan biografi dan ketokohan
Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah. Penulis telah menemui beberapa kajian lepas yang
mengangkat ketokohan beliau. Antara penemuan yang didapati adalah yang ditulis oleh
Ahmad Bashir Qubawah,“Juhud Ulama Sham fi tafsir al-Quran al-Karim munzu Qarn
al-Rabi‘ ‘Ashr al-Hijr.”(Disertasi MA Jabatan Syariah Kuliah Dar al-Ulum, Universiti
Univers
ity of
Mala
ya
21
Kaherah, 2004) Juz.2. Disertasi ini mengkaji,“Sumbangan Ulama Sham dalam bidang
tafsir al-Quran sejak kurun ke-14 Hijrah”. Qubawah telah menyenaraikan Shaykh „Abd al-
Rahman sebagai salah seorang ulama tafsir Syam yang banyak memberi sumbangan pada
kurun ke-14H. Shaykh telah dikelompokkan dalam kategori “pentafsir kontemporari
bermanhajkan tartib al-Nuzul”.
Walaupun disertasi ini tidak menyentuh secara langsung berkenaan manhaj
tadabbur yang diguna pakai oleh Shaykh dalam tafsir. Kupasan beliau antaranya
menumpukan kepada metode ayat qasas, mubhamat dalam tafsir, metode ayat kawniyah
dan mazhab aqidah. Namun kupasan manhaj tafsir Shaykh „Abd al-Rahman dalam Tafsir
Ma„arij Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur sedikit sebanyak membantu penulis untuk
memahami pemikiran Shaykh dalam penulisan tafsirnya. Dalam masa yang sama penulis
cuba meneliti asas-asas ilmu tadabbur yang telah diaplikasi dalam tafsir tersebut.
c. Kajian mengenai biografi Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah.
Seterusnya, kajian yang menyentuh biografi Shaykh adalah disertasi yang ditulis oleh Fatin
al-Hamamah,“al-Shaykh ‘Abd al-Rahman Hasan Habannakah al-Maydani wa
Juhuduhu fi al-‘Aqidah,”(Disertasi MA Universiti al-Qasim Arab Saudi, 2011).
Disertasi ini menjurus kepada perbahasan sumbangan Shaykh „Abd al-Rahman
Habannakah dalam bidang aqidah. Walaupun kajian ini tiada kaitan dalam bidang
tadabbur namun ia tetap menjadi tumpuan penulis kerana keperluan terhadap maklumat
biografi Shaykh „Abd al-Rahman. Khususnya, pendirian aqidah beliau dan pemikirannya
dalam beberapa isu masyarakat. Disertasi ini antara contoh kajian yang membentangkan
sumbangan Shaykh dalam bidang yang berbeza daripada tafsir. Hal ini menunjukkan
Univers
ity of
Mala
ya
22
Shaykh „Abd al-Rahman adalah tokoh ilmuan yang „versatile‟ kerana kebolehan beliau
memberi sumbangan dalam pelbagai bidang. Buktinya, penulisan dan pemikirannya telah
mendapat perhatian para ilmuan dan pengkaji untuk diambil manfaat daripadanya.
Hasil tinjauan penulis terhadap kajian tesis Taha, Nadi, Qubawah dan Fatin
berkenaan biografi tokoh didapati mempunyai maklumat yang lebih kurang sama. Kajian
mereka tidak mempunyai penambahan maklumat baru melainkan terhad kepada sumber
data yang direkodkan daripada buku penulisan Ustazah „A’idah al-Jarrah. Sebaliknya,
kajian penulis cuba melengkapkan kekurangan tersebut melalui penambahan beberapa
maklumat seperti data guru-guru, murid-murid serta senario politik pada zaman Shaykh.
Sementara itu, tinjauan penulis terhadap sumber primer yang menerangkan riwayat
hidup Shaykh „Abd al-Rahman adalah cukup terbatas. Terdapat hanya dua buah buku
terbitan Dar al-Qalam Damsyik sebagai sumber utama menceritakan riwayat hidup shaykh.
Pertama, yang ditulis oleh isteri beliau iaitu Ustazah „A’idah Raghib al-Jarrah dan kedua
yang ditulis oleh Shaykh „Abd al-Rahman sendiri. Buku karangan isterinya yang berjudul
„Abd al-Rahman Habannakah Al-Maydani al-„Alim al-Mufakkir al-Mufassir,34 adalah
sentuhan kisah yang menceritakan catatan kehidupan Shaykh „Abd al-Rahman secara
eksklusif. Buku ringkas ini sangat unik kerana amat jarang ditemui penulisan karya dari
seorang isteri berkenaan suaminya. Meskipun penulisannya adalah ringkas tetapi tetap
bermanfaat untuk mengenali tokoh secara peribadi. Secara tidak langsung penulis mendapat
gambaran dekat susuk peribadi seorang tokoh yang berwibawa melalui kacamata isterinya.
34„Ai‟dah Raghib al-Jarrah, „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani al-„Alim al-Mufakkir al-Mufassir. Cet.1 Damsyik: Dar al-Qalam, 2001.
Univers
ity of
Mala
ya
23
Namun begitu, terdapat beberapa maklumat yang kurang lengkap iaitu data guru-
guru serta murid-murid yang menuntut ilmu dengannya. Memandangkan maklumat tersebut
tidak kurang pentingnya. Penulis berusaha melengkapkan ia melalui sumber temu bual
bersama ahli keluarga serta sahabat kenalan Shaykh yang berada di Damsyik, Qatar dan
Jeddah. Di samping, penulis turut memanfaatkan peluang untuk berinteraksi dengan
beberapa orang muridnya bagi mendapatkan data yang diperlukan.
Selain itu, antara sumber yang banyak membantu penulis untuk melihat secara
dekat latar belakang kehidupan Shaykh „Abd al-Rahman adalah buku penulisan beliau
sendiri. Secara dasar, buku tersebut adalah catatan penulisan mengenai riwayat hidup
bapanya.35 Walaupun demikian, di celah-celah catatan tersebut terdapat penceritaan kisah
kehidupan beliau bersama keluarganya. Ia terutamanya dari aspek pendidikan beliau dan
sosio budaya di sekitar Damsyik. Kerana itu, sumber fakta dalam buku ini sangat mahal
nilaiannya di sisi peribadi penulis. Darinya, penulis memperolehi banyak manfaat,
pengalaman dan maklumat penting berkaitan biografi dan ketokohan Shaykh „Abd al-
Rahman Habannakah al-Maydani.
Penemuan bahan yang seterusnya adalah sebuah karya bertajuk al-Ta„rif bi Kitab
Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur yang ditulis oleh Dr Majdi Makki.36 Ia
merupakan sebuah buku kecil yang mencatat penulisan seorang murid terhadap karya tafsir
gurunya. Majdi Makki menulis buku ini secara ringkas mengenai latar belakang kehidupan
Shaykh „Abd al-Rahman dan diikuti ulasan umum terhadap beberapa karya yang dikarang 35„Abd al-Rahman Hasan Habannakah. Al-Walid al-Da„iyah al-Murabbi al-Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani Qisah „Alim Mujahid Hakim Shuja„. (Jeddah: Dar al-Bashir, 2002), Cet.1. Beliau mencoretkan pengalaman penting sepanjang kehidupan bersama bapanya yang merupakan tokoh ulama‟ Syam yang hebat dan amat disegani di rantau Arab. 36Majdi Makki, al-Ta„rif bi Kitab Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. (Damsyik: Dar al-Qalam, 2006), Cet.1.
Univers
ity of
Mala
ya
24
oleh Shaykh. Beliau mendatangkan ulasan beberapa contoh Qawa„id al-Tadabbur hanya
sebagai pengenalan ringkas terhadap manhaj dan pemikiran Shaykh „Abd al-Rahman.
Hasil penelitian penulis terhadap karya Majdi Makki tersebut juga mendapati
catatan biografi tokoh mempunyai maklumat yang berulang dan tiada pembaharuan
maklumat daripada bahan-bahan yang ditemui sebelumnya. Tambahan juga, buku tersebut
bukanlah bertujuan menghuraikan keseluruhan Qawa„id al-Tadabbur. Sehubungan itu,
tesis penulis akan memfokus Kitab Qawa„id al-Tadabbur untuk kajian yang menyeluruh.
Penulis akan meneliti secara terperinci setiap kaedah tadabbur yang dibentangkan oleh
Shaykh „Abd al-Rahman untuk dijustifikasi kepada prinsip tadabbur.
Kesimpulannya, sepanjang sorotan penulis terhadap bahan dan sumber penulisan
lepas mendapati tiada kajian atau penyelidikan yang dilakukan berkenaan Kitab Qawa„id
al-Tadabbur secara menyeluruh mahupun yang menyentuh konsep prinsip tadabbur.
Walaupun, mungkin juga terdapat beberapa penulisan yang hanya mengaitkan
perbincangan Qawa„id al-Tadabbur secara ringkas atau menyebutnya dalam beberapa
aspek, namun ia hanyalah tujuan sebagai sampel. Oleh itu, belum terdapat sebuah kajian
yang menyeluruh membahaskan 40 Qawa„id al-Tadabbur tersebut. Bahkan, penulis
menemui kebanyakan kajian tesis sebelum ini lebih menumpukan perbahasan terhadap
manhaj tafsir dalam Tafsir Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur.
Justeru, tesis ini akan mengisi ruang kajian yang masih belum disentuh. Penulis
menumpukan perbahasan secara menyeluruh terhadap 40 Qawa„id al-Tadabbur dan
menilai setiap asas ilmu tadabbur yang diketengahkan. Setiap konteks dan fungsi bagi asas-
asas tadabbur tersebut akan diteliti berdasarkan kelompok bidang yang tertentu. Kemudian
Univers
ity of
Mala
ya
25
semua kaedah tadabbur tersebut dirumuskan menjadi lima asas tadabbur yang diangkat
sebagai „prinsip‟. Hasilnya, lahir lima prinsip tadabbur yang cukup signifikan sebagai
pakej tadabbur yang ringkas dan sistematik untuk difahami dan dipraktikkan oleh umum.
0.9 Metodologi Penyelidikan
Penulis menjalankan kajian berasaskan kepada tiga metode utama iaitu metode
penyelidikan, metode pengumpulan data dan metode menganalisis data. Penulis turut
menggabungkan beberapa metode lain yang bersesuaian bagi kajian penulis yang boleh
membantu maklumat penyelidikan penulis agar lebih jelas dan tuntas. Pertama, adalah
metode penyelidikan yang menghuraikan jenis kaedah kajian yang ditelusuri oleh penulis
sepanjang kajian ini. Ia dibahagikan kepada dua iaitu metode histori dan metode deskriptif.
a. Metode Penyelidikan
i. Metode Histori
Metode yang digunakan untuk mengumpul data dengan mencari fakta-fakta sejarah dengan
tujuan menemui beberapa masalah kajian. Penulis menggunakan metode ini ketika mencari
dan membongkarkan latar belakang kehidupan „Abd al-Rahman Hasan Habanakah al-
Maydani dalam bab satu. Diikuti sejarah latar belakang penulisan kitab beliau, faktor
penghasilan karya Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal dan data berkaitan sejarah bidang
Tadabbur al-Quran dalam bab tiga.
Univers
ity of
Mala
ya
26
ii. Metode Deskriptif
Penulis meneliti metodologi penulisan serta pemikiran Shaykh „Abd Rahman Habanakah
dalam kitab Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal dan membuat rumusan serta analisis terhadap
kaedah-kaedah tadabbur yang diaplikasi dalam tafsir. Analisis ini dikemukakan dalam
bentuk penghuraian, jadual dan sebagainya. Ini dapat dilihat dalam huraian dan kupasan
yang lebih terperinci dalam bab tiga serta bab empat kajian ini.
b. Metode Pengumpulan Data
Metode ini ialah usaha pengumpulan data dan pentafsiran terhadap data yang terkumpul.
i. Metode Dokumentasi
Ketika menjalankan kajian ini penulis menggunakan teknik penyelidikan perpustakaan di
mana penyelidikan banyak tertumpu kepada pengkajian buku-buku di perpustakaan untuk
mendapatkan data-data dan bahan-bahan kajian yang diperlukan. Selain itu, bahan-bahan
turut didapati daripada kehadiran penulis ke tempat dialog, kuliah dan seminar ilmiah.
Dalam penulisan ini, penulis telah menggunakan beberapa perpustakaan sebagai tempat
rujukan untuk mencari dan mendapatkan bahan-bahan penulisan kajian, antaranya:
a. Perpustakaan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
b. Perpustakaan Utama, Universiti Malaya.
c. Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
d. Perpustakaan Asad, Damsyik Syria.
e. Perpustakaan Ma‟had Kiftaro Abu Nur, Damsyik Syria.
f. Perpustakaan Universiti Jordan, „Amman Jordan.
Univers
ity of
Mala
ya
27
g. Perpustakaan Markaziah Universiti Kaherah, Mesir.
h. Perpustakaan Masjid al-Nabawi, Madinah Munawwarah, Arab Saudi.
Selain itu, dalam usaha melaksanakan penyelidikan ini penulis telah menggunakan
tiga bentuk penyelidikan yang utama iaitu metode penentuan subjek, metode pengumpulan
data dan metode analisis data dan instrumen.
ii. Metode Temu bual
Temu bual merupakan salah satu kaedah mengumpul maklumat yang utama dalam kajian
tinjauan. Ia dilakukan secara lisan atau perbualan dan jawapannya direkod oleh pengkaji
secara bertulis, melalui rakaman video, alat perakam suara dan media elektronik yang
lain.37 Metode temu bual boleh dilaksanakan dalam tiga bentuk mengikut pilihan pengkaji
iaitu temu bual secara berstruktur, temu bual semi-struktur dan temu bual tidak berstruktur.
Temu bual berstruktur adalah dalam bentuk formal, dirancang secara teliti dan
dilakukan mengikut senarai soalan yang perlu dijawab oleh responden. Manakala, temu
bual semi struktur ialah pengkaji menyoal sebilangan soalan formal yang telah dibuat
sebelum sesi temu bual dijalankan, tetapi penemubual juga diberi kebebasan untuk menyoal
dan menjelajah lebih mendalam tentang jawapan responden. Sementara itu, temu bual tidak
berstruktur adalah temu bual secara spontan tanpa terikat pada soalan-soalan tertentu yang
disediakan sebelum sesi temu bual.
37 Chua Yan Piaw. Kaedah Penyelidikan. Edisi ke-2, (Malaysia: Mc Graw Hill, 2011). Rujuk kajian tinjauan pada halaman 127.
Univers
ity of
Mala
ya
28
Dalam kajian ini penulis melakukan temu bual secara semi-struktur.38 Beberapa
soalan yang utama telah disediakan sebelum sesi pertemuan dengan responden.39 Namun,
ketika temu bual berlangsung, penulis tidak terikat pada soalan-soalan yang telah
disediakan. Bahkan, turut diselitkan dengan soalan-soalan spontan yang lain. Melalui
metode ini penulis mendapatkan data berkenaan biografi dan manhaj pemikiran Shaykh
„Abd al-Rahman Habannakah yang diperlukan menerusi rakaman suara dan catatan tulisan.
Temu bual penulis bersama responden berlaku secara langsung dan tidak langsung.
Sebahagian keadaan penulis berhubung menerusi telefon, laman maya internet dan catatan
tulisan responden yang dilakukan terhadap beberapa individu daripada ahli keluarga,
sahabat-sahabat, murid-murid serta masyarakat Syria, Jordan, Mesir dan Arab Saudi.
Metode ini digunakan untuk mendapatkan maklumat biografi Shaykh „Abd al-Rahman
Habannakah serta pendapat pemikirannya yang akan dikupas dalam bab satu dan bab tiga.
c. Metode Analisis Data
Tiga metode yang digunakan oleh penulis dalam menganalisis data dan maklumat yang
diperolehi iaitu:
i. Metode Deduktif
Penulis mendapatkan jawapan tentang sesuatu persoalan dan memahami fenomena yang
berlaku bersandarkan kepada situasi umum yang diperoleh mengenainya.40 Ia dapat dilihat
pada bab satu dan tiga dalam kajian ini. Bab satu menghuraikan sejarah latar belakang
38 Ibid. 39 Rujuk lampiran K: Soalan-soalan temu bual terhadap responden. 40 Idris Awang. Kaedah penyelidikan suatu sorotan. Cet.1, (APIUM: MAP, 2001) 82.
Univers
ity of
Mala
ya
29
ketokohan Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah. Sementara bab tiga mengupas tentang
analisis terhadap pembentukan lima prinsip tadabbur yang dirumus daripada 40 kaedah
tadabbur Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah.
ii. Metode Induktif
Metode ini memerlukan penelitian penulis terhadap data-data dan maklumat yang khusus
kepada fenomena umum.41 Ia pendekatan untuk menjelaskan dan menghuraikan fenomena
kajian yang digunakan oleh penulis dalam bab tiga dan bab empat kajian ini. Dalam bab
tiga, analisis dilakukan terhadap manhaj penulisan 40 Qawa„id al-Tadabbur dan hasil
pemikiran tadabbur Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah terhadap al-Quran. Penulis cuba
merumuskan 40 kaedah tadabbur tersebut kepada lima prinsip tadabbur yang utama
mengikut kesesuaian bidang bagi memudahkan kefahaman untuk mentadabbur al-Quran.
Kemudian, pada bab empat kajian tertumpu pada aplikasi prinsip tadabbur yang telah
dibina oleh penulis.
iii. Metode Komparatif
Melalui metode ini penulis melakukan perbandingan terhadap data-data yang diperoleh
bagi tujuan menjelaskan dan mendapatkan penyelesaian terhadap fenomena kajian. Metode
ini jelas terdapat dalam bab empat. Hasil pembentukan prinsip tadabbur yang dianalisis
daripada bab tiga, penulis akan membentangkan aplikasi prinsip tadabbur tersebut dalam
Tafsir Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. Pendekatan komparatif dilakukan
dengan cara menyemak manhaj dan kupasan kitab tafsir tadabburi tersebut dan menilai
aplikasi yang telah dilakukan oleh Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah.
41 Ibid., 83.
Univers
ity of
Mala
ya
30
0.10 Sistematika Penulisan
Penulis membahagikan perbahasan kajian tesis ini kepada enam bab utama iaitu:
BAB PENDAHULUAN
Bab pendahuluan, mempersembahkan sebuah pengenalan bagi menerangkan konsep kajian
yang merangkumi latar belakang masalah, pernyataan masalah kajian, objektif kajian,
kepentingan kajian, pengertian tajuk, batasan kajian yang difokuskan, ulasan penyelidikan
lepas, kaedah pengumpulan data, kaedah analisis data (sistematika penulisan) yang telah
dirangka oleh penulis.
BAB 1: BIOGRAFI „ABD AL-RAHMAN HASAN HABANNAKAH AL-MAYDANI
(1927M/1345H – 2004M/1425H)
Bab satu, membentangkan catatan biografi, ketokohan serta sumbangan Shaykh „Abd al-
Rahman Hasan Habannakah al-Maydani dalam bidang tadabbur. Penulis memaparkan
riwayat kehidupan beliau, bermula dari sejarah kelahiran sehingga kematiannya. Turut
disertakan latar pendidikan, pandangan ulama terhadap keperibadian dan keilmuan beliau
serta senario masyarakat dan politik pada zaman Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah.
Univers
ity of
Mala
ya
31
BAB 2: KONSEP TADABBUR AL-QURAN
Bab dua membahaskan konsep tadabbur untuk menjelaskan pengertian tadabbur, hukum,
kesan dan kepentingannya, hasil dan subjek tadabbur. Selain turut menjelaskan peringkat-
peringkat tadabbur serta proses-proses untuk menguasai kemahiran tadabbur.
BAB 3: ANALISIS TERHADAP KITAB QAWA„ID AL-TADABBUR AL-AMTHAL LI
KITAB ALLAH
Bab tiga, memfokuskan kepada analisis dan penyelidikan terperinci terhadap Kitab
Qawa„id al-Tadabbur. Kupasan tesis dimulakan dengan pengenalan kitab iaitu sejarah
perkembangan tadabbur al-Quran dan faktor yang mendorong penulisan karya. Diikuti
dengan pandangan ilmuan terhadap kitab serta penilaian penulis mengenai kitab dari sisi
kekuatan serta kelemahannya. Seterusnya, hasil analisis 40 Qawa„id al-Tadabbur tersebut
akan dirumuskan kepada pembentukan beberapa prinsip tadabbur.
BAB 4: ANALISIS PRINSIP TADABBUR: APLIKASINYA DALAM KITAB MA„ARIJ
AL-TAFAKKUR WA DAQA’IQ AL- TADABBUR
Penulis akan membentangkan analisis prinsip-prinsip tadabbur serta aplikasinya dalam
Kitab Tafsir Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur.
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN
Seterusnya, bab ini merupakan penutup bagi kajian tesis penulis. Ia dikonklusikan dengan
lontaran cadangan dan saranan penulis kepada beberapa pihak dan diakhiri dengan sebuah
rumusan ringkas terhadap keseluruhan kajian penulis.
Univers
ity of
Mala
ya
32
BAB 1
BIOGRAFI ‘ABD AL-RAHMAN HASAN HABANNAKAH AL-MAYDANI (1927M/1345H - 2004M/1425H)
1.1 Pendahuluan
Bahagian ini membentangkan kajian secara khusus mengenai latar belakang kehidupan dan
sosok peribadi Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani. Catatan bermula dari
kelahiran hingga pada kematian beliau. Dalam perbincangan ini, turut dimasukkan latar
pendidikan dan kerjaya beliau, sifat peribadi, mazhab aqidah dan fiqh, karya-karya
penulisan serta sumbangan yang telah dilakukan sepanjang hayatnya.
1.2 Kelahiran
„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani merupakan seorang tokoh kelahiran Syria yang
dilahirkan pada tahun 1927M bersamaan 1345H di daerah Maydan, Kota Damsyik.1 Beliau
telah dibesarkan dalam lingkungan keluarga para ilmuan yang berpendidikan tinggi.
Keluarganya amat disegani oleh masyarakat kerana bapanya merupakan seorang ulama
terkemuka Sham yang dikenali sebagai al-„Alim al-Mujahid al-Murabbi al-Shaykh Hasan
Habannakah al-Maydani2. Bapa beliau seorang yang amat menitikberatkan pendidikan
terhadap anak-anak dan keluarga. Manakala, ibunya adalah insan yang berperanan besar
sebagai pendokong kuat di sisi bapanya dalam usaha mendidik dan membesarkan anak-
anak. Ketika ibunya mengandungkan beliau, keadaan politik Syria tidak stabil kerana 1 Rujuk Lampiran A: Gambar Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani. 2Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani telah dilahirkan pada sekitar 1908M bersamaan 1326H dan meninggal dunia pada malam Isnin 14 Dzulqaidah pada tahun 1978M bersamaan 1398H. Jenazahnya telah disolatkan di Masjid Umawi, Damsyik dan diarak oleh ratusan ribuan orang sehingga mencecah 900 ribu orang yang berjalan kaki mengiringi jenazahnya ke tempat pemakaman di Jami„ Hasan, Desa Maydan Damsyik. Lihat Lampiran B: Gambar Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani.
Univers
ity of
Mala
ya
33
berlaku rusuhan dan pemberontakan rakyat menentang penjajah Perancis. Ayahnya berada
di sempadan Jordan untuk menyertai reformis menentang dan mengusir penjajah daripada
tanah Sham. Apabila mendapat berita kelahiran „Abd al-Rahman, ayahnya begitu gembira
dan segera pulang ke Damsyik. Beliau melakukan kesyukuran dengan menjemput para
ulama Sham untuk berkumpul bagi sama-sama mendoakan keberkatan majlis aqiqah anak
lelaki sulungnya.3
a. Desa tempat beliau dibesarkan
Sebuah tempat dinamakan Desa Maydan adalah satu kawasan penempatan yang terletak di
Selatan kota lama Damsyik, Sham. Ia merupakan sebuah perkampungan asal bagi orang
Arab di situ. Desa tersebut begitu dikenali dengan kelahiran banyak tokoh pahlawan dan
pejuang yang hebat serta penduduknya yang bermurah hati, yang meraikan tetamu serta
mempunyai semangat kejiranan yang baik untuk saling tolong menolong. Wanita-wanita
mereka berbudi bahasa, lemah lembut dan amat menarik hati. Mereka amat menjaga adat
budaya Arab yang baik serta mewariskan didikan agama dan akhlak mulia pada generasi
keturunan mereka.4
Dinamakan sebagai Desa Maydan kerana ia sebuah desa yang menjadi tempat
perlawanan kuda suatu ketika dahulu. Di luar tembok kota selatan Damsyik terdapat suatu
kawasan yang menghadap ke arah pintu al-Jabiyah dan ia satu tempat yang dikenali
3„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani. Al-Walid Al-Da„iyah Al-Murabbi Al-Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani Qisah Alim Mujahid Hakim Syuja„ (Jeddah: Dar al-Bashir, 2002), 50. Lihat pada „Aidah al- Jarrah, „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani al-„Alim al-Mufakkir al-Mufassir, zawji kama „araftuh. cet.1, (Damsyik: Dar al-Qalam, 2001) 12-14.
4 Ibid., 3.
Univers
ity of
Mala
ya
34
sebagai Maydan Husa. Jalan-jalannya dipenuhi dengan banyak batu kerikil dan ia kelihatan
seperti sebuah lembah yang dipenuhi dengan mata air.5
Sekian lama telah wujud sebuah perkuburan besar bagi kaum muslimin sejak zaman
pembukaan Kota Islam Damsyik yang dinamakan sebagai perkuburan Bab al-Saghir. Di
situ terdapat jenazah beberapa Sahabat dan Tabi„in yang telah disemadikan. Perkuburan
wakafan Bab al-Saghir terletak di bahagian hadapan Timur Desa Maydan dan ia akan terus
menjadi ingatan kerana kesan tinggalannya masih dapat dilihat sehingga sekarang.6
b. Nasab keturunan dan keluarga7
Nama sebenar beliau adalah „Abd al-Rahman bin Hasan bin Marzuq bin „Arabi bin
Ghunaym. Keluarganya mendapat gelaran „Habannakah‟ yang merujuk kepada nasab
keturunan yang bersambung kepada nasab Arab Bani Khalid yang mempunyai kedudukan
dan pengaruh sebagai pelindung padang pasir (Badiyah Hamah) dari bumi Sham. Sebutan
Habannakah ( حبنكة ) telah diubahsuai oleh lidah badwi daripada sebutan Habakah ) حبكه
) atau Habbakah ( حبكه ) yang bermaksud ( وثقه ) iaitu kepercayaan yang teguh. Perkataan
iaitu kepercayaan yang teguh, dikatakan menurut (التوثيق) dalam bahasa Arab ialah (تحبيك)
bahasa; (حبك العقدة تحبيكا) mengikat simpulan dengan kepercayaan yang teguh, dan
5 Ibid. 6 Ibid. 7 „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani. Al-Walid al-Da‘iyah al-Murabbi al-Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani Qisah Alim Mujahid Hakim Syuja‘, (Jeddah: Dar al-Bashir, 2002) 35.
Univers
ity of
Mala
ya
35
sebahagian orang badwi daripada ahli keluarganya di Jordan mengatakan asal kenyataan ini
ialah ( لقاحب ال ) iaitu; suka pertemuan; atau suka bertembung di medan perang. Ini
hanyalah kenyataan yang umum daripada pengubahsuaian lafaz Arab al-Badiyah.8
Dikatakan juga keluarga Bani Khalid ini telah berkembang di banyak tempat
antaranya di Mafraq, Jordan. Ia adalah satu qabilah yang disegani dan terkenal di kalangan
qabilah Arab kerana mempunyai kedudukan penting di bumi Sham. Beliau lahir dari
keluarga yang terpelihara keturunan dan dikenali sebagai keluarga Arab yang asal menetap
di situ. Namun, bapanya iaitu Shaykh Hasan Habannakah lebih dikenali sebagai al-
Maydani dari sejak kecil kerana panggilan tersebut telah dinisbahkan kepada nama Desa al-
Maydan yang terletak di Kota Damsyik tempat di mana beliau tinggal.
Datuk beliau, Shaykh Haji Marzuq bin „Arabi bin Ghunaym adalah seorang yang
salih, wara„ dan pencinta ilmu serta berpendidikan tinggi. Beliau adalah ahli jemaah di
Masjid al-Athri yang berdekatan dengan tempat tinggalnya.9 Kehidupan beliau begitu
istiqamah dengan al-Quran apabila beliau dilihat sering menghidupkan bacaan al-Quran
dan zikir antara Maghrib dan „Isyak serta antara Subuh dan waktu Dhuha. Beliau seorang
yang amat mencintai ilmu dan gemar melazimi majlis ilmu. Kadangkala kuliah ilmu di
masjid akan disampaikan sendiri oleh beliau. Dengan izin Allah s.w.t kehebatan ilmu dan
ketinggian syakhsiah beliau turut mengalir ke dalam zuriat keturunannya. Ia kelihatan
diwarisi oleh anak sulungnya iaitu Shaykh Hasan Habannakah yang telah menjadi seorang
tokoh ulama besar lagi disegani oleh masyarakat Syria. Shaykh Hasan adalah bapa kepada
8 Ibid. 9 Lokasi kini ialah Jami„ Manjak, di Maydan Damsyik.
Univers
ity of
Mala
ya
36
„Abd al-Rahman merupakan seorang murabbi yang berwibawa, pendidik yang melahirkan
generasi ilmi, pemegang panji dakwah dan mujahid penegak kebenaran di bumi Sham.10
Nendanya bernama Khadijah al-Misri adalah seorang wanita solehah dari sebuah
perkampungan yang dinamakan al-Kiswah, di selatan Damsyik yang terletak 16 km
perjalanan menuju ke Hauran dari Damsyik. Perkampungan tersebut dinamakan Kiswah
kerana dikatakan pada suatu masa dahulu kelambu Kaabah pernah dihasilkan di
perkampungan ini.11 Keluarganya memberi gelaran al-Misri kerana asal usul keturunan
beliau adalah dari Mesir. Apabila dilihat kepada asal usul keluarga beliau adalah daripada
keturunan Mesir yang datang menetap di Sham dengan membawa gelaran (Ibrahim Basha)
yang terkenal dalam sejarah Mesir.12Beliau meninggal dunia selepas pulang dari
menunaikan haji bersama anaknya Hasan Habannakah pada tahun 1351H/1932M.13
Perkahwinan datuk „Abd al-Rahman dengan neneknya dari perkampungan tersebut kerana
beliau ingin mengelakkan diri daripada menyertai ketenteraan di negeri Sham yang ketika
itu di bawah jajahan kuasa kerajaan Turki „Uthmaniyah. Antara syarat pengecualian
daripada rekrutmen ketenteraan tersebut ialah apabila seseorang berkahwin dengan wanita
asing yang tiada ahli keluarga di negeri Sham.14
Demikianlah telah berlaku ketetapan Allah dalam pertemuan antara datuk dan
nendanya yang berkahwin berbeza etnik, sehingga dengan kehendak Allah telah
dikurniakan kecerdikan dan keistimewaan terhadap zuriat keturunan kabilah ayahnya. Hasil
10Rujuk Lampiran C: Gambar Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani (1908M - 1978M) bersama beberapa orang sahabatnya serta murid-murid beliau. 11„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani. Al-Walid al-Da‘iyah al-Murabbi al-Shaykh Hassan Habannakah al-Maydani Qisah „Alim Mujahid Hakim Syuja„, 41. 12 Ibid. 13 Ibid., 42. 14 Ibid.,41.
Univers
ity of
Mala
ya
37
perkahwinan tersebut telah lahirlah anak-anak yang soleh dan solehah daripada mereka.
Anak pertama ialah Hasan iaitu bapa kepada Shaykh „Abd al-Rahman. Manakala yang
kedua ialah „Aishah, yang turut menerima didikan daripada abangnya (Shaykh Hasan).
Shaykh Hasan telah membuka sebuah madrasah rendah bagi pelajar perempuan di Ma„had
al-Tawjih agar adiknya turut berpeluang belajar di madrasah.15
Seterusnya ialah Sadiq16 merupakan salah seorang bapa saudara Shaykh „Abd al-
Rahman yang turut menimba ilmu daripada Shaykh Hasan. Beliau merupakan anggota
pengurus dan tenaga pendidik yang terawal memberi khidmat di Ma„had al-Tawjih Islami.
Perkahwinan awalnya dengan kerabat yang terdekat telah diuji apabila beliau tidak
dikurniakan zuriat kerana isterinya sakit. Tidak lama kemudian isterinya meninggal dunia
dan setelah itu beliau berkahwin lagi lalu dikurniakan beberapa cahaya mata lelaki dan
perempuan. Shaykh Sadiq adalah seorang ulama yang disegani di Damsyik dan terkenal
kepakarannya dalam bidang Lughah dan Fiqh. Kehidupannya sentiasa sibuk berbakti
kepada agama dengan mendalami dan menyampaikan ilmu di samping melakukan kerja-
kerja lain sebagai pendapatan sampingan17.
Keempat, ialah Zahriah seorang wanita solehah yang telah berkahwin dan
bertanggungjawab dalam keluarga dalam mendidik anak-anaknya. Manakala Muhammad
Khayr adalah yang kelima dan beliau mempunyai kecenderungan kepada pekerjaan lasak. 15 Ibid. 16Lihat Lampiran D: Gambar Shaykh Sadiq Habannakah. Beliau dilahirkan sekitar tahun 1918M dan merupakan bapa saudara yang paling rapat dengan Shaykh „Abd al-Rahman. Merupakan seorang ulama yang pakar dalam bidang Fiqh dan Lughah dan terkenal dengan beberapa penulisan kitab. Rujuk pada laman sesawang http://marifah.net/biographies/articles/biographies/shaykh-sadiq-habannaka-al-maydani.html yang diakses pada 16 Jun 2011. 17„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani. Al-Walid al-Da‘iyah al-Murabbi al-Shaykh Hassan Habannakah al-Maydani Qisah „Alim Mujahid Hakim Syuja„,42. Allah telah menganugerahkan kepada beliau kebijaksanaan Hukum Shari„ah dan kepandaian Sastera yang tinggi. Akan tetapi tiada kesempatan masa bagi beliau untuk mengasah bakat menghasilkan karya-karya besar kerana kesibukan dalam kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran sekolah, ilmu dan pengajaran serta beberapa pekerjaan lain untuk menafkahkan keluarga.
Univers
ity of
Mala
ya
38
Justeru, beliau memilih aktiviti lasak dalam kariernya dan sibuk dalam kerjanya. Namun,
beliau tidak pernah cuai membantu saudara-saudaranya yang lain18. Kemudian, yang
terakhir adalah Ahmad yang menjadi yatim ketika berusia 6 tahun kerana kematian ibunya,
Khadijah al-Misri. Ketika itu ibunya dalam perjalanan pulang melalui kapal laut dari
menunaikan haji pada tahun 1351H bersama abangnya Hasan. Lalu Ahmad membesar
tanpa didikan dan perhatian ibunya di sisi. Setelah meningkat dewasa beliau bekerja
seadanya dan berkahwin menanggung beban keluarga kerana tidak berpeluang menuntut
ilmu sebaiknya ketika remaja. Hakikatnya beliau amat berkeinginan dengan pengajian ilmu
dan dianugerahkan Allah kebijaksanaan dan kecerdikan akal.19
Beralih kepada kisah perkahwinan Shaykh Hasan yang telah berkahwin pada usia
yang sangat muda dengan Sayyidah Nazimah. Ketika itu usia beliau kira-kira 14 atau 15
tahun, manakala isterinya berumur dua tahun lebih muda daripadanya. Menurut tradisi
klasik kaum Arab, apabila terdapat dalam kalangan mereka yang mengahwinkan anak di
rumah dan mempunyai tanah yang luas, pasangan pengantin tersebut akan diberikan sebuah
bilik di dalam rumah tersebut untuk berkembang zuriat sehingga rumah itu menjadi penuh
dan meriah dengan anak beranak mereka. Setelah itu, barulah mereka mencari kediaman
baru yang sesuai dengan keselesaan pertambahan ahli keluarga. Sayyidah Nazimah binti
Ibrahim al-Sudan telah dipinang oleh ayahnya melalui saranan datuknya. Ibunya
menumpang kasih di bawah jagaan bapa saudaranya iaitu „Uthman daripada Sudan.
Keluarga Sudan ini amat dikenali di Desa Maydan sebagai orang yang berpegang teguh
pada agama. Datuk ibunya adalah seorang peniaga yang kaya raya dengan hasil bijirin.20
18 Ibid. 19 Ibid. 20 Ibid., 46-47.
Univers
ity of
Mala
ya
39
Ibu Shaykh „Abd al-Rahman terkenal dengan gelaran “Ibu kepada penuntut ilmu
dan Sayyidah ahli Sham”.21 Ini kerana keikhlasan beliau yang berkhidmat kepada ilmu dan
para penuntut ilmu. Beliau belajar asas-asas membaca dan menulis melalui suaminya
sehingga beliau akhirnya mampu mengajar kanak-kanak perempuan yang tinggal di sekitar
penempatannya. Situasi ini menunjukkan keprihatinan tinggi Shaykh Hasan terhadap
pendidikan ahli keluarganya tanpa pengecualian terhadap golongan hawa agar celik ilmu
dan terdidik dalam suasana ilmu. Isterinya tidak pernah jemu memberi khidmat dan
sokongan kepada para pelajar yang datang menuntut ilmu dengan Shaykh Hasan di
Madrasah al-Tawjih al-Islami. Beliau melakukan pelbagai layanan dengan penuh
keikhlasan sama ada menyediakan makanan, memuliakan tetamu serta mengambil berat
terhadap pelajar-pelajar shaykh. Bahkan, beliau begitu bermurah hati untuk menyediakan
makanan dan minuman di sepanjang Ramadan untuk diagihkan kepada para pelajar.
Kebiasaan ini telah sebati bagi Shaykh Hasan dan isterinya yang bersifat pemurah,
suka menggembirakan dan memuliakan para pelajarnya dengan pelbagai layanan dan
hadiah. Ibu Shaykh „Abd al-Rahman pernah menjahit baju para pelajar untuk dihadiahkan
kepada mereka ketika sambutan perayaan „Aid al-Fitri. Shaykh dengan senang hati
membantu ibunya menghadiahkan pakaian tersebut kepada para pelajar. Demikian itu
merupakan contoh terpuji yang telah dilakukan oleh seorang wanita yang berhati mulia.
Beliau tidak pernah mengadu dengan bebanan tanggungjawab, malah berusaha seikhlas hati
memberikan layanan terbaik serta pelbagai sumbangan hanya demi keredhaan Allah s.w.t.
21„Aidah Raghib al-Jarrah. „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani al-„Alim al-Mufakkir al-Mufassir. (Damsyik: Dar al-Qalam, 2001) 7: 14.
Univers
ity of
Mala
ya
40
c. Adik beradik22
Shaykh „Abd al-Rahman mempunyai 12 adik beradik keseluruhannya. Anak pertama yang
dilahirkan dalam keluarga Habannakah ialah perempuan, namun beliau telah meninggal
dunia ketika usia masih kecil. Anak kedua ialah „Abd al-Rahman dan kelahirannya seolah-
olah sebagai pengganti bagi anak sulung dalam keluarganya. Kemudian ialah „Abd Allah
yang digelar sebagai Aba al-Yasar.
Keempat, ialah saudara perempuannya Khadijah yang berkahwin dengan pemuda
dari keluarga al-Bugha yang menjadi salah seorang anggota Jami„iyah al-Tawjih al-Islamiy
yang diasaskan oleh bapanya. Saudara perempuannya yang kelima ialah Aminah yang
berkahwin dengan seorang farmasi. Mereka telah dipertemukan oleh Ustaz Sa„id Khalifah
dan kini keluarganya diserikan dengan kehadiran beberapa cahaya mata lelaki dan
perempuan.
Keenam, ialah saudara lelakinya iaitu „Abd al-Razak yang digelar sebagai Abu al-
Fathi. Beliau tidak sempat menghabiskan pengajian di Ma„had kerana terus berkahwin di
usia muda dan kemudian mempunyai anak-anak. Ketujuh ialah saudara perempuannya iaitu
„Afaf yang telah berkahwin dengan Khalid al-Majdhub, seorang pemuda daripada keluarga
Majdhub yang amat dikenali di desa Maydan.
Kelapan ialah Muhammad yang menuntut pengajian di sekolah kerajaan sehingga
beliau berjaya graduasi sebagai seorang doktor perubatan. Kemudian beliau menyambung
pengajiannya di Amerika Syarikat sehingga memperoleh PhD dalam Perubatan.
22„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani. Al-Walid al-Da‘iyah al-Murabbi al-Shaykh Hassan Habannakah al-Maydani Qisah ‘Alim Mujahid Hakim Shuja„, 43-44.
Univers
ity of
Mala
ya
41
Kesembilan ialah Mahmud yang turut menuntut di sekolah kerajaan sehingga graduasi dari
Universiti Damsyik. Beliau kemudian menyambung pengajian sehingga ke peringkat PhD
dengan cemerlang di bidang Geologi.
Seterusnya, yang kesepuluh ialah Ibrahim yang menuntut di sekolah kerajaan dan
turut bergraduasi dari Universiti Damsyik sebagai doktor gigi. Berikutnya kesebelas ialah
Husin yang turut belajar di sekolah kerajaan dan meneruskan pengajiannya di Universiti
Damsyik. Kemudian beliau ke Perancis melanjutkan pengajian sehingga cemerlang ke
tahap PhD di bidang Elektronik Komputer.
Selanjutnya, ialah adik perempuannya yang terakhir ialah „Atifah yang belajar
sehingga ke tahap sekolah menengah Shari„ah perempuan dan kemudiannya berkahwin
dengan Sayyid Mawfuq „Akawih. Demikian itu, penulisan ringkas dan gambaran umum
mengenai keseluruhan adik beradik Shaykh „Abd al-Rahman yang menceburi pelbagai
bidang dan latar belakang kehidupan.
d. Perkahwinan Shaykh ‘Abd al-Rahman23
Perkahwinan awal Shaykh „Abd al-Rahman dengan Sayyidah Mukarramah telah diserikan
dengan dua putera permata hati yang diberi nama Hasan dan Wael. Kini, Hasan bekerja
sebagai seorang doktor perubatan di sebuah klinik miliknya sendiri di Maydan, Damsyik.24
Begitu juga Wael yang turut terlibat dalam bidang perubatan. Sebelum Shaykh „Abd al-
Rahman berhijrah ke Makkah ditakdirkan Allah isterinya yang dikasihi telah meninggal
23 Hasil temu ramah penulis bersama Dr. Hasan Habannakah al-Maydani (anak Shaykh „Abd al-Rahman) pada 10.2.2010, Rabu pada jam 11.45 pagi, di kliniknya Makhbar al-Ghunaym Maydan Mujtahid, Damsyik. 24 Rujuk Lampiran E: Pengkaji di hadapan klinik Dr. Hasan Habannakah.
Univers
ity of
Mala
ya
42
dunia kerana sakit. Kemudian, beliau berkahwin dengan Ustazah „Aidah al-Jarrah dan
berhijrah ke Makkah al-Mukarramah. Hasil perkahwinan kedua beliau telah dianugerahkan
sepasang cahayamata iaitu seorang lelaki bernama Muhammad yang menceburi diri dengan
pengurusan travel Haji dan Umrah di Jeddah dan seorang perempuan bernama Safa’ yang
merupakan Pensyarah „Ulum Shar„iyah. Kini dua anaknya itu menetap dan bekerja di
Jeddah dan Makkah.25
Isterinya yang kedua merupakan seorang wanita solehah dan menjadi penyokong
dan pendorong semangat kepada perjuangan beliau sehingga ke akhir hayatnya. Beliau
adalah seorang pensyarah di Universiti Ummu al-Qura, Makkah al-Mukarramah. Demi
suami yang tercinta beliau sempat mengabadikan kehidupan dan perjuangan Shaykh „Abd
al-Rahman dalam sebuah buku penulisannya26. Pada asasnya buku ini ditulis atas
permintaan murid suaminya iaitu Ustaz Muhammad „Ali Dawlah yang mempunyai minat
mendalam terhadap ilmu dan mengkagumi gurunya.27
Beliau ingin mengetahui lebih rapat gambaran kehidupan gurunya melalui kaca
mata isteri Shaykh sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan. Pada awalnya Ustazah
„Aidah agak keberatan menulis biografi suaminya atas beberapa faktor.28 Antaranya ialah:
i. Kebiasaan penulisan biografi tokoh ulama tidak ditulis ketika hayat hidupnya. Bahkan,
penulisan tersebut ditulis setelah beliau meninggal dunia. Namun, hikmah yang dapat
difahami oleh penulis dengan takdir Allah s.w.t Ustazah „Aidah terlebih dahulu meninggal
25Hasil temu ramah penulis bersama Dr. Hasan Habannakah al-Maydani (anak Shaykh „Abd al-Rahman) pada 10.2.2010, Rabu pada jam 11.45 pagi, di kliniknya Makhbar al-Ghunaym Maydan Mujtahid, Damsyik Syria. 26„Aidah Raghib al-Jarrah.„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani al-„Alim al-Mufakkir al-Mufassir. (Damsyik: Dar al-Qalam, 2001). Rujuk Lampiran F: Buku penulisan Ustazah „Aidah al-Jarrah. 27 Ibid., 5. 28 Ibid., 6.
Univers
ity of
Mala
ya
43
dunia. Dengan itu saranan murid Shaykh agar ditulis biografi Shaykh „Abd al-Rahman
menjadi signifikan bahkan ia satu kesempatan yang bernilai untuk beliau menulis mengenai
suaminya sebelum pemergiannya.
ii.Beliau juga agak kesibukan menguruskan aktiviti dakwah dan pengajaran di universiti.
iii.Bagi beliau sukar menjalankan amanah yang penuh pertanggungjawaban agama dan
bersifat ilmiah yang menceritakan sejarah hidup seseorang. Ini kerana boleh jadi segala
penelitiannya salah berkenaan Shaykh „Abd al-Rahman walaupun beliau sebagai isteri yang
sentiasa menemaninya. Demikianlah perasaan berat bagi Ustazah „Aidah atas sebab-sebab
tersebut sehingga beliau terpaksa mengambil tempoh yang lama untuk bersetuju bagi
melaksanakan hajat dan permintaan Ustaz Muhammad „Ali Dawlah.
Sehubungan itu, pada cuti musim panas pada tahun 1999M beliau ke Taif untuk
mengasingkan diri agar dapat memfokuskan penulisan biografi suaminya. Beliau
melakukan munajat dan istikharah memohon petunjuk dari Ilahi agar diberikan keikhlasan
serta panduan yang benar dalam penulisan. Harapan beliau agar penulisan berkenaan
biografi suaminya ini dapat dijadikan sumbangan yang bermanfaat kepada agama.
Berbekalkan panduan yang benar daripada sirah junjungan s.a.w, beliau terkesan dengan
apa yang dilakukan oleh Saidatina „Aisyah r.a yang memanfaatkan kelebihan berada di
samping suaminya yang tercinta iaitu Rasulullah s.a.w dengan menyampaikan ilmu kepada
para sahabat ra.hum mengenai segala kebaikan dan teladan yang lahir daripada kehidupan
Rasulullah s.a.w bersamanya.29
29 Ibid., 6-7. Saidatina ‟Aisyah r.a menyampaikan kepada para sahabat ra.hum seluruh gambaran kehidupan Baginda s.a.w sama ada dari sudut syakhsiah, risalah, keilmuan, mu„amalat bersama keluarga dan orang-orang di sampingnya sehingga kepada shamail Muhammad s.a.w.
Univers
ity of
Mala
ya
44
Akhirnya penulisan biografi Shaykh „Abd al-Rahman telah dapat dibukukan.
Penulisan ini merupakan hadiah yang mahal untuk suaminya dan masyarakat Sham
umumnya yang menghargai jasa Shaykh „Abd al-Rahman sebagai tokoh ilmuan
kontemporari. Setelah mengharungi kehidupan bersama, dengan takdir Allah s.w.t isterinya
yang tercinta terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi dua tahun sebelum Shaykh pulang
ke Syria. Isterinya telah selamat disemadikan di Makkah al-Mukarramah. Setelah dua tahun
kemudian pemergiaan isterinya, Shaykh turut menjejaki langkah isterinya menemui kekasih
yang abadi di kampung halaman beliau di Syria.30
1.3 Latar belakang Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Ma„had al-Tawjih al-Islami
31 yang diasaskan oleh
bapanya. Menerusi asuhan dan didikan ayahnya beliau mempelajari ilmu tafsir, hadith,
„usul al-Din, „usul al-Fiqh, sastera, mantiq, falsafah dan sebagainya. Pendaftaran pengajian
tersebut berkonsepkan tradisional. Ia dibuka secara percuma bagi para pelajar menghadiri
kelas pengajian yang tidak terikat dengan masa dan sijil. Ini merupakan budaya mulia yang
menjadi kebiasaan bagi menggalakkan masyarakat mendekati dan menuntut ilmu. Suasana
30Sesuatu yang jarang berlaku dalam karya biografi apabila seorang isteri menulis berkenaan suaminya. Ini kerana kebanyakan biografi ditulis oleh murid mengenai gurunya dan anak menulis mengenai ayahnya. Disebut dalam muqaddimah Majdi al-Makki, al-Ta„rif bi kitab Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, Damsyik: Dar al-Qalam, 6. Lampiran G: buku al-Ta„rif bi kitab Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. 31 Ma„had al-Tawjih al-Islami diasaskan sekitar pada tahun 1940 dan ia terletak di Jami„ Manjak, bandar Maydan Mujtahid. Pusat pendidikan ini telah melahirkan generasi ulama Sham yang hebat dalam pelbagai bidang, antaranya seperti Shaykh Dr. Sa„id Ramadhan al-Buthi (pakar Fiqh dan Fiqh Sirah), Shaykh Dr. Mustafa al-Bugha (pakar Fiqh), Shaykh Kuraiyim al-Rajih (Shaykh Qurra‟ Sham), Shaykh Mustafa Khin (pakar Fiqh yang menulis buku Fiqh Mazhab Shafi„ie) dan ramai lagi. Ma„had ini telah beberapa kali mendapat ancaman dan cubaan ditutup oleh pihak kerajaan Syria kerana dituduh melahirkan ulama penentang kerajaan. Kini, Ma„had tersebut telah diambil alih oleh kerajaan Syria dan kemudian ditukarkan kepada sistem sekolah aliran biasa. Rujuk „Abd al-Rahman Habannakah. Al-Walid Al-Da„iyah Al-Murabbi Al-Shaykh Hassan Habannakah, 55-56, „Aidah al-Jarrah. „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani al-„Alim al-Mufakkir al-Mufassir,17. Lihat Lampiran H: Bangunan Ma„had at-Tawjih al-Islami.
Univers
ity of
Mala
ya
45
keilmuan amat hidup di kalangan masyarakat Sham kerana mereka mudah mendekati para
ilmuan dan ulama tanpa sebarang halangan kewangan dan status.32
Tambahan lagi, pengajian yang ditawarkan di Ma„had tersebut amat istimewa
kerana ia lengkap, bersistematik dalam bentuk halaqah serta berasaskan metode ulama
silam. Sistem halaqah tersebut mengetengahkan pendekatan pengajaran dan pengajian yang
berjalan secara serentak. Pelajar yang belajar dan telah menguasai ilmu yang dipelajari
daripada Shaykh Hasan, dalam masa yang sama akan mengajar kepada pelajar lain
mengikut tahap pengajian mereka. Pendekatan ini telah berkesan membentuk karisma
pelajar menjadi penuntut yang berdedikasi dan melatih sifat kepimpinan sebagai guru.33
Ma„had ini mempunyai para pelajar daripada luar negara seperti Turki, Lubnan,
Jordan dan negara-negara Islam yang jauh dari Sham. Sistem pengajiannya komprehensif
dan mendasar sehingga mampu melahirkan pelajar daripada pelbagai tahap dan bidang
yang bermula daripada peringkat asas sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Shaykh
Hasan Habannakah amat mementingkan pendidikan. Justeru, beliau mendidik anaknya
sehingga menjadi ulama yang hebat sepertinya. Hasilnya, Shaykh „Abd al-Rahman lahir
sebagai seorang cendekiawan ulama yang hebat, berani mendokong kebenaran dan gigih
menyebarkan kesedaran Islam kepada ummah.34
32 „Abd al-Rahman Habannakah. Al-Walid Al-Da„iyah Al-Murabbi Al-Shaykh Hassan Habannakah, 55-56 33Rujuk temu ramah Dr Jasem bersama Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani dalam rancangan Hadith al-Dzikrayat al-Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah di youtube yang telah dimuat naik pada 30 Jun 2011, diakses oleh penulis pada 5 Julai 2011. https://www.youtube.com/watch?v=aX1KORDfdcU&hc_location=ufi 34„Aidah al-Jarrah. „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani al-„Alim al-Mufakkir al-Mufassir,15-16. Lihat juga „Abd al-Rahman Habannakah. Al-Walid Al-Da„iyah Al-Murabbi Al-Shaykh Hassan Habannakah, 55-56.
Univers
ity of
Mala
ya
46
Beliau menamatkan pengajian di Ma„had bapanya pada tahun 1947M (1367H)
ketika berumur 20 tahun dengan mendapat anugerah sanad pengajian dalam pelbagai
bidang ilmu. Antaranya ialah ‘ulum al-fiqh wa usul, tauhid, mantiq, sastera balaghah dan
sebagainya. Pembelajaran dalam bidang Shariah, bahasa Arab, pemikiran adalah subjek
yang menjadi kemestian dikuasai oleh para pelajar apatah lagi guru-guru Ma„had. Ketika
kumpulan pertama pelajar yang dihantar oleh Shaykh Habannakah ke al-Azhar Mesir untuk
melanjutkan pengajian, pada masa itu Shaykh al-Azhar dipimpin oleh Allahamah Khidir
Husin. Beliau telah menulis surat kepada Shaykh Hasan Habannakah yang antara isinya
menyebut:“Sesungguhnya kamu menghantar tuan-tuan guru dan bukan menghantar
kepada kami pelajar-pelajar”.35 Kenyataan tersebut menunjukkan kepada keberkesanan
pendidikan dan pengajaran Shaykh Hasan Habannakah serta pengaruh beliau dalam
mendidik pelajar-pelajarnya sehingga mereka diiktiraf oleh Shaykh al-Azhar.36
Shaykh „Abd al-Rahman adalah termasuk salah seorang pelajar dalam kumpulan
pertama yang dipilih dari Ma„had al-Tawjih untuk melanjutkan pengajian di Kuliah
Shari„ah Universiti al-Azhar al-Sharif pada tahun 1950M sehingga mencapai sijil tinggi.
Seterusnya, beliau terus menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang
Pendidikan & Psikologi Manusia di al-Azhar.37
Tidak keterlaluan sekiranya disebutkan beliau seorang cendekiawan Islam yang
berpengetahuan luas kerana mendalami pelbagai bidang ilmu. Beliau layak diiktiraf sebagai
cendekiawan apabila menguasai pelbagai bidang ilmu antaranya tafsir, hadith, aqidah,
35Zulkifli Mohamad al-Bakri. Syeikh Muhammad Sa„id Ramadhan al-Buti yang kukenali. (Negeri Sembilan: Pustaka Cahaya Kasturi, 2013) 4. 36„Aidah al-Jarrah. „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani al-„Alim al-Mufakkir al-Mufassir, 15-16. 37Ibid., 18.
Univers
ity of
Mala
ya
47
falsafah, mantiq serta menguasai pengetahuan semasa dengan baik. Ini dinilai berdasarkan
kupasan idea serta lontaran pandangan yang sering dikongsikan oleh beliau melalui sesi
kuliah, pengajian kitab, pembentangan seminar atau temuramah. Bahkan, ciri karisma
tersebut jelas terserlah dalam penulisan karya-karyanya.38
1.4 Guru-Guru
Ulama cendekiawan yang berkarisma seperti Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah
lazimnya mendapat asuhan dan didikan mantap daripada para pendidik yang hebat. Tidak
dinafikan pendidikan asas beliau dalam menguasai pelbagai bidang ilmu diperolehi secara
langsung melalui asuhan dan pengajaran daripada ayahnya sendiri iaitu Shaykh Hasan
Habannakah. Beliau merupakan guru pertama dan tunggak yang paling mempengaruhi
kehidupan dan keilmuan Shaykh „Abd al-Rahman. Ini tidak menghairankan kerana ayahnya
merupakan ulama besar Syam yang terkemuka dan terkenal dengan kefaqihan dalam
pelbagai bidang ilmu seperti tafsir, hadith, fiqh, sastera, mantiq dan sebagainya.
Kebanyakan ulama Syam yang terkemuka lahir di bawah asuhan dan sentuhan ilmu
beliau. Bermula dengan madrasah yang telah diasaskan oleh Shaykh Hasan sehingga
kepada pembentukan Ma„had al-Tawjih al-Islamiy telah melahirkan ramai ilmuan dan
pemimpin masyarakat. Kebanyakan mereka adalah rakan seperjuangan Shaykh „Abd al-
Rahman yang berjaya menjadi ulama pakar dalam pelbagai bidang. Antara yang sezaman
dan bersamanya belajar menekuni ilmu dengan semangat yang luar biasa adalah Shaykh
38 Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
48
Mustafa Sa„id al-Khan,39 Shaykh al-Qurra‟ Kurayyim al-Rajih,40 Shaykh Husain Khitab,
Dr. Mustafa al-Bugha,41 Shaykh Ramadan al-Butti,42 Dr Wahbah al-Zuhaily43.44
Sejak kecil Shaykh „Abd al-Rahman dikenali dengan kecerdikannya yang kuat
hafalan, cerdas dalam membaca dan menulis serta pencinta ilmu. Bapa beliau pernah
menghantarnya ke sebuah sekolah di pinggiran Damsyik. Beliau telah diserahkan kepada
seorang guru yang berilmu dan pandai mendidik iaitu Shaykh Sharif al-Ya„qubi yang
membimbing dan memantau pengajiannya. Setelah beberapa sesi pengajian bersama
gurunya, beliau bersemangat untuk terus mendalami ilmu dengan pelbagai guru. Salah
seorang dari gurunya adalah Shaykh Talib Haykal yang tinggal tidak jauh dari daerah
penempatan rumahnya. Beliau mengajar Shaykh „Abd al-Rahman mendalami ilmu nahu,
sarof dan fiqh mazhab Shafi„e. Banyak manfaat yang telah diperolehinya hasil tunjuk ajar
dan perkongsian ilmu yang dicurahkan oleh beliau.45
Kembara ilmu Shaykh „Abd al-Rahman berterusan sehingga menemui beberapa
ulama lain yang tidak kurang hebatnya. Pengalaman beliau bersama Shaykh „Abd al-Qadir
al-Ashhab adalah berbeza kerana ilmunya yang cukup luas. Gurunya itu terkenal dengan
sifat kewara„kan dan murabbi yang berjiwa da‘i. Tidak cukup menadah seni-seni dalam
39 Beliau adalah salah seorang murid kanan kepada Shaykh Hasan Habannakah. Beliau masyhur dengan karangan Kitab Fiqh al-Manhaji dan digelar sebagai Shaykh al-‟Usuliyyin bagi bumi Sham kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang ‟Usul al- Fiqh. 40 Beliau seorang Shaykh al-Qurra‟ Sham yang disegani dan menghafal banyak matan dalam mazhab Shafi„e. 41 Beliau salah seorang penulis dan pendakwah yang terkenal di bumi Sham masa kini. Berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Fattah, Damsyik dan pensyarah jemputan di UWISE, Jordan. 42 Beliau adalah ulama besar Syria yang terkenal dengan kepakaran dalam pelbagai bidang. Antara karya terkenal beliau adalah Fiqh al-Sirah yang menjadi rujukan umat Islam bagi pelbagai lapisan masyrakat. 43 Beliau seorang ulama terkemuka yang pakar dalam tafsir dan fiqh wa ‟usul. Beliau telah menghasilkan ratusan karya termasuk buku, makalah, kertas kerja dan seumpamanya. Antara karya yang masyhur adalah Tafsir al-Munir yang mempunyai 16 jilid dan Fiqh al-Islam wa Adillatuh sebanyak 8 jilid. 44
Aidah Raghib al-Jarrah. „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani al-„Alim al-Mufakkir al-Mufassir, 17. 45 Rujuk artikel yang ditulis oleh al-Gharibah al-Mutafakkirah, bertarikh 16 November 2007 di ملتقى طلاب المحروسة .Diakses pada 25 Mei 2012 .الشيخ الدكتور عبد الرحمن حسن حبنكة الميدانى
Univers
ity of
Mala
ya
49
berdakwah dari Shaykh „Abd al-Qadir beliau mula menambahkan ilmu dan meluaskan
kenalan dengan ramai ulama yang hebat dan terkemuka di lubuk Kota Damsyik. Bapanya
memberikan galakan sepenuhnya untuk beliau pergi bermusafir ilmu agar lebih gigih
menuntut ilmu dan mempelajari segala kemahiran daripada pelbagai ulama.46
Menyoroti perjalanan ilmiahnya yang penuh kesungguhan dan bersemangat kental
untuk menimba ilmu. Shaykh „Abd al-Rahman berusaha menguasai kepelbagaian ilmu
termasuk dari aspek bahasa, shari„ah sehingga kepada ilmu sains seperti perubatan dan ilmu
tumbuhan. Allah s.w.t telah memuliakannya atas kesempatan dan peluang bagi dirinya yang
dapat bertemu dan bersama dengan para ulama hebat. Beliau mula bertalaqqi satu persatu
dengan ulama yang hebat antaranya adalah Shaykh Mahmud „Atar yang pakar mengenai
Fiqh Hanafi. Pada kesempatan tersebut beliau gunakan untuk menekuni ilmu Fiqh bersama
Shaykh Mahmud selama beberapa tahun. Begitu juga, kesanggupannya untuk belajar dalam
tempoh yang panjang semata-mata ingin mendalami ilmu usul dan fiqh bersama ulama
pakar iaitu Shaykh Amin Suwayd.47
Kemudian, beliau turut berkesempatan untuk berguru dengan seorang ulama yang
pakar dalam bahasa Arab iaitu Shaykh „Abd al-Qadir al-Iskandarani. Beliau begitu mahir
dalam selok belok ilmu balaghah, sastera Arab dan menguasai ilmu penulisan yang indah.
Berkat asuhan dan bimbingan yang berkesan dari gurunya, Shaykh „Abd al-Rahman begitu
terserlah dalam ilmu bahasa Arabnya dan sastera beliau sangat indah ketika berbicara dan
menulis. Selain ilmu bahasa, bidang pemikiran dan falsafah turut menjadi minatnya. Beliau
gemar membaca penulisan tentang pemikiran al-Imam al-Ghazali yang membahaskan ilmu
46 Ibid. 47 Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
50
mantiq dan falsafah. Tidak dinafikan sedikit sebanyak pemikiran tokoh besar itu telah
mendatangkan pengaruh ke atas dirinya. Justeru, tidak menghairankan apabila beliau
banyak membaca karya-karya perbahasan mantiq dan falsafah. Dan guru yang paling tepat
baginya untuk membincangkan segala isu pemikiran dan falsafah serta mendengar pelbagai
perbincangan mengenai permasalahan fiqh Hanafi adalah Shaykh „Atha‟ al-Kasm, mufti al-
Dayar al-Shamiah (mufti kerajaan Syria). Selain itu, hubungan beliau juga begitu baik
dengan tokoh terkemuka Syria iaitu Shaykh Badr al-Din al-Hasani. Beliau suka
meluangkan masa bersama gurunya ini yang banyak mendidiknya pelbagai unsur agama
seperti pembentukan jiwa dan akhlak, bimbingan ruhani dan sebagainya. Kebiasaan beliau
itu berterusan sehinggalah Shaykh Badr al-Din wafat.48
Tidak lama kemudian pada tahun 1949M pihak Kementerian Pendidikan Syria
memerlukan guru-guru untuk pendidikan Islam. Beliau bersama beberapa orang temannya
dari kalangan pelajar Shaykh Hasan Habannakah telah terpilih dan berpeluang untuk
melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di al-Azhar, Mesir.49 Ketika
menyambung pengajian di Kaherah Mesir, beliau telah berguru dengan ramai para ulama
al-Azhar dalam bidang shari„ah. Antara shaykh al-Azhar yang beliau rapat dan sering
mengunjungi ke rumah adalah Shaykh Khidir Husin.50 Pengalaman menuntut ilmu dengan
para masyayikh al-Azhar telah meluaskan lagi pengetahuan dan kefahaman ilmu shari„ah
dan cabang-cabang ilmu yang lain. Universiti al-Azhar adalah tempat berkumpulnya para
pencinta ilmu daripada seluruh pelusuk dunia Islam. Di situlah pusat ilmu yang terkenal
mendidik serta melahirkan bakal-bakal ulama yang hebat dalam pelbagai bidang.
48Ibid. 49„Aidah Raghib al-Jarrah. „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani al-„Alim al-Mufakkir al-Mufassir, 18. 50Rujuk penulisan Muhammad „Ali Dawlah, yang diakses pada tarikh 7 September 2013, di laman sesawang http://www.itihad.org/content وجهاد-علم-ومسيرة-حياة-قصة -حبنكة-الرحمن-عبد-الشيخ-العلامة
Univers
ity of
Mala
ya
51
1.5 Murid-Murid
Sebagai seorang ulama besar Shaykh „Abd al-Rahman mudah didekati dan dikelilingi
dengan ramai murid daripada pelbagai latarbelakang dan rata pelusuk dunia. Beliau sentiasa
membuka pintu dan ruang kepada sesiapa yang ingin berbincang sebarang permasalahan
untuk datang bertamu ke rumahnya. Pendekatan beliau yang mesra dan lemah lembut
dengan para pelajar turut diakui oleh kebanyakan pelajarnya.
Salah seorang murid beliau adalah Ustaz Muhammad „Ali Dawlah51 yang kagum
dengan akhlak dan syakhsiah beliau. Menurutnya, kehidupan dan keilmuan gurunya telah
menjadi inspirasi dirinya untuk lebih mendekati dan menghayati kehidupan ulama. Beliau
adalah murid yang mencadangkan penulisan biografi Shaykh „Abd al-Rahman kepada
Ustazah „Aidah al-Jarrah (isteri Shaykh „Abd al-Rahman). Idea ini dikemukakan agar
kehidupan dan sumbangan gurunya dapat diabadikan kepada masyarakat dalam bentuk
penulisan. Hasrat beliau akhirnya tercapai setelah mendapat persetujuan daripada gurunya.
Sumbangan Shaykh „Abd al-Rahman sebagai pendidik bermula di Damsyik ketika
usianya mencecah 20 tahun. Pengalaman mengajar ditimba sejak dari Ma„had al-Tawjih al-
Islami yang mengamalkan sistem halaqah dan „mentoring‟ di kalangan pelajar. Beliau
mempunyai ramai pelajar dari luar tanah Sham antaranya Turki, Lubnan, Jordan dan
negara-negara di Afrika. Kemudian, beliau telah berhijrah ke Arab Saudi dan berkhidmat
sebagai pensyarah di Universiti Riyad dan Universiti Ummu al-Qura. Sejarah
kehidupannya menunjukkan pengalaman beliau begitu lama dalam bidang pendidikan
kerana telah bertugas sebagai pendidik tidak kurang dari 50 tahun.
51 Merupakan pelajar Shaykh „Abd al-Rahman di Universiti Ummu al-Qura, Makkah al-Mukarramah.Ustaz „Ali Dawlah mencintai ilmu yang disampaikan oleh Shaykh. Namanya disebut oleh Ustazah „Aidah di dalam penulisan buku beliau شيخ عبد الرحمن العالم المفكر المفسر زوجي كما عرفتمه pada mukasurat 5. Buku tersebut ditulis adalah atas permintaan Ustaz „Ali Dawlah.
Univers
ity of
Mala
ya
52
Para pelajar beliau begitu ramai dan datang daripada pelbagai lapisan masyarakat,
bangsa dan negara. Antaranya telah menjadi ulama yang terkenal dan tidak kurang juga
yang menjadi duta-duta Islam ke pelusuk rata dunia. Antaranya adalah Shaykh Majdi
Makki52
yang lahir sebagai sarjana dalam ilmu hadith dan tafsir. Beliau pernah mendapat
didikan dan menuntut ilmu tafsir, aqidah dan pemikiran Islam daripada Shaykh „Abd al-
Rahman sehingga ke tahap master di kuliah ‟Usul al-Din pada tahun 1988. Menurutnya,
Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah seorang yang pakar dalam bidang tadabbur al-Quran
dan bijak mengulas isu-isu aqidah dan pemikiran melalui pendekatan mantiq dan falsafah.
Shaykh tegas melakukan penentangan terhadap fahaman-fahaman salah seperti atheis,
komunisme, sekularisme dan orientalis Barat.53 Prinsip pemikiran beliau jelas dalam
menangani isu tersebut sehingga beliau digeruni musuh pemikir Islam.
Selain itu, Shaykh „Abd al-Rahman pernah menceritakan perihal seorang muridnya
Ustaz „Isam „Arar54 yang telah membantunya ketika menerima berita sedih mengenai
kematian ayahnya. Ustaz „Isam „Arar menghantar shaykh ke lapangan terbang Riyad
daripada Makkah apabila beliau perlu segera bergegas pulang ke Damsyik setelah
menerima berita kematian ayahnya Shaykh Hasan Habannakah. Namanya disebut di dalam
buku penulisan shaykh, sebagai sahabat dan pelajar yang telah banyak membantu urusan
dan keperluan pengangkutan shaykh. Beliau turut berkongsi kesedihan yang dialami oleh
gurunya sepanjang perjalanan menghantar shaykh ke lapangan terbang Riyad.
52 Beliau berasal dari Halab Syria dan kini menetap di Qatar. Merupakan pelajar yang banyak memberi perhatian terhadap kehidupan dan karya-karya penulisan Shaykh „Abd al-Rahman. Antara sumbangan Majdi
Makki kepada gurunya ialah beliau sempat menghasilkan buku yang ringkas mengenai pengenalan tafsir Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. 53 Rujuk laman sesawang Muntada al-Tauhid , „Abd al-Rahman Habannakah- Kawashif Zuyuf fi al-Madhahib al-Fikriyah al-Mu„asirah, di http://www.eltwhed.com/vb/showthread.php?4581, telah dimuat naik pada 3 April 2006 dan diakses pada 10 November 2012. 54„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani. Al-Walid al-Da‘iyah al-Murabbi al-Shaykh Hassan Habannakah al-Maydani, 318.
Univers
ity of
Mala
ya
53
1.6 Pekerjaan, Jawatan dan Sumbangan
Setelah tamat pengajiannya di Universiti al-Azhar al-Sharif di Kaherah pada tahun 1954
beliau pulang dan bekerja sebagai guru di sebuah sekolah menengah di kota Damsyik.55 Di
samping mengajar, beliau turut terlibat dengan kerja-kerja pengurusan di pejabat. Selepas
beberapa tahun kemudian, beliau kembali ke tempat pengajiannya dahulu iaitu di Ma„had56
bapanya untuk berkhidmat sebagai tenaga pengajar di situ. Oleh itu, beliau diberikan
amanah untuk mengajar di bidang shari„ah di samping melibatkan diri secara langsung
dengan kerja-kerja pengurusan pentadbiran. Pada tahun 1960 beliau telah dilantik menjadi
mudir pengajaran shari„ah di Syria.57 Di sekolah beliau seorang guru yang berdedikasi,
berjiwa pendidik, berqudwah melalui contoh perbuatan berbanding hanya semata-mata
syarahan perkataan bahkan amat komited dengan urusan Islam.58
Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan ini berkembang sehingga beliau
berjaya mengasaskan beberapa buah sekolah di Syria. Antara jasa beliau yang amat
bermakna adalah menubuhkan dua buah sekolah menengah bagi pelajar perempuan (banat)
untuk pertama kalinya yang wujud di daerah Damsyik dan Halab.59 Seiring dengan
kesedaran ilmu yang tinggi dalam masyarakat, beliau tidak mengabaikan hak keperluan
bagi anak-anak perempuan bersekolah dan mendapat pengajian yang secukupnya. Pada
tahun 1967M (1387H) beliau berpindah ke Riyad kerana bertugas sebagai pensyarah di
Universiti Imam, Muhamad Ibn Sa„ud al-Islamiyah selama dua tahun. Kemudian beliau
55„Aidah al-Jarrah. „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani al-„Alim al-Mufakkir al-Mufassir, 18. Rujuk laman sesawang Multaqa Ahlu al-Hadith di http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=32556 yang dikemas kini pada 4 September 2007 dan dicapai pada 25 Jun 2013. 56Ma„had al-Tawjih al-Islami di Maydan Mujtahid, Damsyik. 57 „Aidah al-Jarrah, „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani al-„Alim al-Mufakkir al-Mufassir, 18. 58 Ibid., 18-19. 59Ibid., 19.
Univers
ity of
Mala
ya
54
dan keluarganya berpindah ke Universiti Ummu al-Qura di Makkah, lalu menetap di sana
dalam tempoh yang lama iaitu hampir 30 tahun. Ketika di Makkah beliau mengajar di
Jabatan Dakwah, Fakulti Dakwah & ‟Usul al-Din di Universiti Ummu al-Qura.60
Beliau juga terpilih menjadi anggota Majlis Perhubungan Islam Antarabangsa di
Makkah dan menganggotai Badan Bantuan Kemanusiaan Islam Antarabangsa (Hai‟ah al-
Ghiathah al-Islamiyah al-„Alamiyah). Keilmuan dan pengalamannya yang luas menjadi
lebih terserlah apabila beliau banyak dijemput bagi menyertai muktamar dan nadwah ilmu
di pelbagai tempat antaranya seperti di:
a. Makkah al-Mukarramah: Muktamar Ta„alim Islam , Muktamar Ekonomi Islam.
b. Madinah al-Munawwarah: Muktamar Dakwah khusus bagi Pendakwah.
c. India: Muktamar Kesusasteraan Islam.
Shaykh „Abd al-Rahman turut menghadiri dan menyertai kuliah-kuliah,
penyampaian-penyampaian umum, nadwah ilmu dan seumpamanya. Ketika berada di
Saudi, beliau sering dijemput menjadi tetamu undangan di TV dan radio untuk berbicara
mengenai pelbagai isu sama ada secara harian atau mingguan selama lebih kurang 30 tahun.
60Ibid. Lihat juga pada „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani, Tadabbur Surah al-Furqan fi wehdah al-Mawdu„. Cet.1 (Damsyik: Dar al-Qalam, 1991), 5. Majdi Makki, al-Ta„rif bi kitab Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, Cet.1 (Damsyik: Dar al-Qalam, 2006), 9.
Univers
ity of
Mala
ya
55
Program-program yang pernah disertai oleh beliau adalah seperti berikut61:
a.Program „Ada‟u Islam (Musuh-musuh Islam) yang membahaskan mengenai peperangan
pemikiran (perang saraf) sejak 70 tahun dahulu. Program ini berjalan sehingga 4 tahun.
b.Program dialog: al-Islam huwa al-Tariq (Islam itu Jalannya) berterusan sehingga 5 tahun.
c.Program: ‟Amantu billah (saya beriman dengan Allah) yang dijalankan setiap hari.
d.Program: Tadabbur al-Qur‟an mengikut kronologi penurunan ayat-ayat al-Quran (tartib
nuzul al-Qur‟an) yang berjalan secara mingguan sehinggalah kira-kira 15 tahun.
Sumbangan beliau amat besar kepada umat Islam sepanjang usia kehidupannya.
Beliau bergiat aktif dalam pelbagai lapangan ilmu untuk mencurahkan pengalaman dan
perkongsian ilmu kepada masyarakat umum. Demikian, ini hanyalah beberapa antara
sumbangan beliau yang sempat disenaraikan oleh penulis. Namun, selebihnya masih
banyak jasa beliau yang tidak mampu dinyatakan penulis di sini.
Pemergian Shaykh „Abd al-Rahman amat memberi kesan kerana ia suatu
kehilangan yang besar bagi umat Islam. Sukar ditemui tokoh yang pakar dalam pelbagai
bidang dan tulus berjasa kepada umat. Kepakaran beliau tidak mampu disangkal dalam
bidang aqidah dan pemikiran, tafsir dan pengajian al-Quran, dakwah dan pembangunan
ummah, bahasa Arab dan sastera, pendidikan Islam dan sebagainya. Beliau diibarat sebutir
mutiara yang bersinar kemudian lenyap dalam samudera luas, begitu juga pemergian
seorang ilmuan yang tiada berganti. Atas keizinan-Nya jasa beliau terus dikenang dan
dimanfaatkan.
61Nadi Hasan Sabra, ,Disertasi Sarjana Universiti Jordan منهاج عبد الرحمن حبنكة الميدني في تفسير معارج التفكر ودقائق التدبر ,„Amman, 2006), 12.
Univers
ity of
Mala
ya
56
1.7 Senario Politik & Masyarakat Syria ketika hayat beliau
Mengenali seorang tokoh yang hebat adalah tidak lengkap sekiranya tidak disoroti sejarah,
sosio budaya dan politik setempat ketika era hayat beliau. Kerana ini membantu memberi
gambaran jelas terhadap pembentukan sejarah kehidupan beliau dan menyelami kisah
perjuangannya pada era itu. Sejarah telah mencatatkan selepas Perang Dunia I, Empayar
Othman telah jatuh pada tahun 1922 dan bumi Syria telah ditawan ke tangan British dan
Perancis. British telah menakluki tanah Palestin dan Transjordan, manakala Perancis pula
menakluki bumi Syria dan Lebanon. Perancis berjaya mematahkan penentangan rakyat
Syria pada tahun 1920. Namun, selepas itu berlaku kebangkitan rakyat Syria bagi kali
kedua untuk menentang penjajahan Perancis sekitar 1925 hingga 1927.62 Ketika fasa
kebangkitan kedua itu, Shaykh Hasan Habannakah turut terlibat dalam barisan pejuang di
medan perang untuk menentang penjajah Perancis.
Pada tahun 1927, telah tercatat dalam lipatan sejarah kelahiran putera sulung bagi
pejuang ulung Syria yang diberi nama „Abd al-Rahman bin Hasan bin al-Marzuq
Habannakah.63 Beliau lahir dan membesar dalam keadaan Syria masih berlaku
pemberontakan dan peperangan untuk mengusir penjajah Perancis. Pemimpin Syria cuba
mencapai kesepakatan dengan Perancis melalui rundingan perjanjian untuk memberi
kemerdekaan pada tahun 1938 namun ianya tidak berjaya. Akhirnya, Perang Dunia ke-II
telah tercetus pada tahun 1939 dan Perancis telah menyerah kalah terhadap Jerman setahun
62Rujuk Laman sesawang Jstor, Peter A. Shambrook,“The International History Review – French imperialism in Syria, 1927-1936”, http://www.jstor.org/discover diakses pada 10 November 2011. Lihat juga laman sesawang New World Encyclopedia “Syria”, http://www.newworldencyclopedia.org/entry/syria telah diakses pada 10 November 2011. Rujuk laman sesawang Syrian History, Era 1920-1929 telah diakses pada 13 November 2011 di http://www.syrianhistory.com/Era/key/1920-1929/75, laman sesawang Wikipedia “Syria” http://en.wikipedia.org/wiki/Syria, telah diakses pada 13 November 2011. 63Rujuk „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani. Al-Walid al-Da‘iyah al-Murabbi al-Shaykh Hassan Habannakah al-Maydani Qisah „Alim Mujahid Hakim Syuja„, 35.
Univers
ity of
Mala
ya
57
kemudian. Setelah Perancis berjaya dihalau keluar dari tanah Sham, Syria telah bebas
sepenuhnya dari cengkaman penjajahan Perancis pada tahun 17 April 1946.
Ketika Syria mencapai kemerdekaan, pada masa itu Shaykh „Abd al-Rahman masih
berusia belasan tahun. Pada tahun 1947 umurnya baru mencecah usia 20 tahun dan beliau
telah selesai menamatkan pengajiannya di Ma„had al-Tawjih al-Islami. Bapa beliau
Shaykh Hasan Habannakah telah melatih para pelajarnya di Ma„had al-Tawjih al-Islami
dengan beberapa kemahiran penting sebagai persediaan untuk menjadi penyampai kutbah,
pemidato, pendidik serta para pendakwah Islam. Shaykh „Abd al-Rahman masih
berpeluang belajar meskipun keadaan keselamatan Syria tidak stabil sepenuhnya sebelum
mencapai kemerdekaan daripada Perancis.
Namun, setelah dua tahun Syria mencapai kemerdekaan, berlaku pula peperangan
Arab-Israel pada tahun 1948. Syria terlibat memerangi Israel yang berusaha merampas
Bukit Golan daripada Syria. Kawasan Bukit Golan tersebut terletak di sempadan Syria
Palestin. Namun, di daerah kota Damsyik tidak berlaku kekacauan tersebut dan Shaykh
„Abd al-Rahman masih dapat meneruskan aktiviti belajar dan mengajar. Peperangan rancak
berlaku di sempadan Syria dan Palestin, di sana tentera Syria banyak dikerahkan ke
sempadan Syria dan kawasan penjajahan Israel di bumi Palestin.64 Tidak lama kemudian
peperangan tersebut terhenti tanpa menemui penyelesaian. Israel terus menyimpan dendam
dan tidak pernah berhenti merancang bagi menakluki bumi Palestin dan tanah Sham.
64Rujuk laman sesawang Syrian History, Era 1932-1936 pada http://www.syrianhistory.com/Era/key/1932-
1936/75 dan http://www.syrianhistory.com/Era/key/1928-1932 telah dikemas kini pada 22 Jun 2012 serta diakses pada 11 November 2011. Rujuk juga laman sesawang Jstor Peter A. Shambrook, “The International History Review – French imperialism in Syria 1927-1936”, http://www.jstor.org/discover yang diakses pada 10 November 2011. Lihat laman sesawang Syria Wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/Syria, diakses pada 11 November 2011.
Univers
ity of
Mala
ya
58
Di Syria, Islam adalah agama majoriti bagi kebanyakan bangsa Arab. Sebanyak
74% adalah dari golongan Sunni Muslim. Manakala selebihnya iaitu 16% adalah populasi
yang terdiri daripada aliran Syi„ah Alawi, Drus, Isma„iliyah, Yazidiyah.65 Puak Alawi
adalah golongan minoriti di Syria. Namun, mereka mempunyai pengaruh yang tersendiri
apabila telah mendominasi pemerintahan Syria sehingga sekian lama.66Peristiwa perubahan
politik Syria telah berlaku apabila sebuah kerajaan baru telah terbentuk pada Disember
1961. Satu rampasan kuasa tentera yang telah dilakukan oleh parti Ba„ath tanpa
pertumpahan darah ketika menggulingkan pemerintah. Major Jeneral Amin al-Hafiz telah
menjadi Pengerusi Majlis Kebangsaan. Namun, selepas itu pada Februari 1966, berlaku
penggulingan kuasa oleh Jenderal Hafiz al-Asad dari puak Alawi yang menggunakan kuasa
ketenteraan dari parti Ba„ath untuk memaksa beliau meletakkan jawatan.67
Pada tahun 1966 Syria telah membentuk suatu angkatan gerila. Berlaku peperangan
negara Arab dengan Israel yang berlangsung selama enam hari, dan akhirnya kekalahan
berlaku kepada pihak Syria. Apabila Israel berjaya memberi tekanan kepada Syria dan
mereka telah merampas bukit Golan dari wilayah Syria yang terletak di sempadan Syria
Palestin.68 Pada tahun 1967 turut menyaksikan berlaku satu peristiwa yang menjadi sejarah
pertembungan pemikiran atau dikenali sebagai perang saraf. Ia terjadi apabila seorang
perisik telah menyelinap masuk ke sebuah tempat percetakan negara di Syria.69Agen
65Rujuk laman sesawang Syria Encyclopedia.com, http://www.encyclopedia.com/topic/Syria.aspx diakses pada 12 November 2011. 66Rujuk laman sesawang Wikipedia “Syria” di http://en.wikipedia.org/wiki/Syria, laman sesawang Fatimid Caliph, http://en.wikipedia.org/wiki/Fatimid_Caliphate yang diakses pada 13 November 2011. 67 Rujuk Christian Sinclair dan Sirwan Kajjo “The Evolution of Kurdish Politics in Syria”, laman sesawang Middle East Research and Information Project, http://www.meri.p.org/mero/mero083111, http://en.wikipedia.org/wiki/Syria, diakses pada 11 November 2011. 68Ibid., laman sesawang http://www.merip.org/mero/mero083111, http://en.wikipedia.org/wiki/Syria 69Rujuk teks pada Dr Yahya al-Gauthani, Tarjamah al-Shaykh Hasan Habannakah wa Akhihi al-Shaykh Sadiq wa waladuhu al-Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah al-Midani, Multaqa Ahlu al-Hadith, di kemas kini pada 20 Disember 2006, diakses pada 11 November 2011,http://vb.tafsir.net/tafsir7005/#.U7ybR_mSyME
Univers
ity of
Mala
ya
59
tersebut telah menyelitkan secara halus dalam satu kenyataan penulisan yang
memprovokasi sebagai tindakan sabotaj terhadap fikrah Islam.
Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah mengemukakan kenyataan yang lantang
dan mencabar pihak yang mencetus kontroversi berhubung dengan provokasi yang
berbentuk serangan pemikiran. Selama tempoh 30 tahun berada di Arab Saudi beliau telah
menerangi hati dan pemikiran pemuda-pemuda harapan ummah dengan idealistik.70 Beliau
menjawab dan membidas kenyataan artikel tersebut dengan tampil berkhutbah di mimbar
masjid Jami‘ Maydan. Beliau menyampaikan khutbah dengan penuh kelantangan yang
membakar semangat dan membangkitkan kesedaran masyarakat berkenaan isu tersebut.
Rentetan daripada polemik penulisan tersebut dan bidasannya yang tegas dalam khutbah
telah mencetuskan rusuhan dan demostrasi jalanan secara besar-besaran. Kedai-kedai telah
ditutup pada ketika itu kerana senario politik bertukar menjadi kacau dan situasi semakin
meruncing. Kerajaan telah mengambil tindakan keras dengan ancaman mengenakan
hukuman bagi sesiapa yang terlibat dengan rusuhan serta memburu individu yang menjadi
pencetus kepada demontrasi.71
Ekoran kejadian itu, tahun 1966 tersebut telah menyaksikan peristiwa pahit
menyelubungi keluarga Habannakah, apabila pihak pemerintah telah melarang Shaykh
Hasan daripada terus bergiat melakukan kerja-kerja dakwah Islam serta mengarahkan
Ma„had al-Tawjih dibubarkan. Sejurus kemudian, bapa Shaykh „Abd al-Rahman telah
ditangkap dan beliau juga diburu oleh pemerintah. Rentetan dari peristiwa itu, Shaykh „Abd
al-Rahman terpaksa meninggalkan Syria dan berhijrah ke Arab Saudi.
70 Ibid. 71 Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
60
Meskipun, berada pada perbezaan geografi namun itu tidak menghalang beliau
untuk terus meniupkan kesedaran kepada masyarakat serta golongan pemuda khususnya,
mengenai percaturan musuh Islam dan serangan pemikiran pihak tertentu yang tidak pernah
berhenti memusnahkan Islam. Sepanjang 30 tahun berada di Arab Saudi beliau banyak
menghasilkan penulisan-penulisan bernas yang meninggalkan pengaruh besar. Kata-kata
dan penulisannya menyinari pemikiran umat dan membangkitkan kesedaran jiwa yang
membakar semangat para pendakwah. Antara petua yang pernah disebutkan oleh beliau
berkenaan sifat-sifat yang harus dimiliki oleh pendakwah adalah kesabaran yang tinggi,
tidak berputus asa walaupun berat derita yang ditanggung, menjauhi sifat mementingkan
diri, sentiasa berakhlak mulia, iltizam dengan pegangan Islam, menguasai seni percakapan,
berhikmah serta mempunyai kecintaan terhadap ilmu.72
Pada zaman kekacauan tersebut, kerajaan Syria telah diperintahkan oleh parti
Ba„ath yang diterajui oleh Presiden Hafiz Asad. Beliau merupakan pemerintah diktator
yang bertindak membuang kerakyatan bagi sesiapa yang terlibat dengan usaha
pemberontakan dan pencetus rusuhan rakyat untuk menentang kerajaan. Ramai ulama Ahli
Sunnah wal Jama„ah yang dibunuh secara senyap dan tidak kurang pula yang diusir negara
ketika pemerintahannya. Shaykh Hasan Habannakah sudah beberapa kali pernah ditangkap
ketika mengajar di Ma„had dan dimasukkan ke penjara kerana tuduhan menyebarkan
semangat rusuhan dan mencetus pemberontakan terhadap kerajaan. Begitu juga, Shaykh
„Abd al-Rahman dikatakan seorang yang lantang menentang dasar kerajaan yang menindas
72„Abd al-Rahman Shaykh Habannakah al-Maydani. Fiqh al-Da„wah ila Allah wa Fiqh al-Nush wa al-Irsyad wa al-‟Amr bi al-Ma„ruf wa al-Nahy „an al-Munkar, (Damsyik: Dar al-Qalam, 1996) 121, 398. Sebanyak 51 kaedah dan peringatan turut dimuatkan dalam kitab Fiqh al-Dakwah ila Allah (Fiqh al-Dakwah) sebagai panduan kepada para pendakwah antaranya seperti sentiasa ikhlas, berilmu, tabah dan kuat keazamannya. Demikian pula turut dijelaskan 21 sifat yang menjadi penghalang kepada para pendakwah antaranya sifat cintakan dunia, mementingkan kelompok, terlalu keras dan kasar.
Univers
ity of
Mala
ya
61
rakyat. Justeru, beliau telah diburu oleh perisikan kerajaan Syria sehingga akhirnya
terpaksa melarikan diri ke Turki pada tahun 1967.
Semenjak itu beliau telah ditegah oleh kerajaan Syria untuk memasuki semula
negara Syria. Sebaliknya, di tempat asing beliau telah menerima perlindungan dan
disambut baik oleh rakan-rakannya serta masyarakat setempat. Ini kerana ketika menjadi
pelajar dan guru di Ma„had al-Tawjih al-Islami beliau mempunyai ramai teman sepengajian
dan murid dari negara jiran tersebut. Beberapa bulan yang singkat di Turki, beliau masih
sempat memulakan kelas pengajian di sana. Kemudian, pada tahun yang sama Shaykh „Abd
al-Rahman mula berhijrah ke Arab Saudi kerana menerima tawaran sebagai pensyarah di
Universiti Imam, Riyad selama dua tahun. Tidak lama kemudian beliau dijemput menjadi
pensyarah di Universiti Umm al-Qura, Makkah al-Mukarramah dan akhirnya menetap di
sana lebih dari 30 tahun. 73
Bermula pada tahun 1970, Presiden Hafiz al-‟Asad melaksanakan kuasa
pemerintahan secara diktator ke atas Syria. Setelah berjaya menggulingkan Amin al-Hafiz,
beliau dilantik secara rasmi menjadi presiden pada tahun 1971. Selama 30 tahun
pemerintahan kuku besi Presiden Hafiz telah meninggalkan pelbagai kesan trauma kepada
masyarakat Syria. Suatu masa yang pernah menjadi sejarah hitam penduduk Syria apabila
beliau menggunakan kuasa ketenteraan untuk melakukan penyembelihan terhadap ribuan
rakyat yang tidak berpuas hati dengan cara kepimpinannya. Justeru, pemberontakan dan
rusuhan besar-besaran berlaku di daerah-daerah Syria. Kebangkitan kelompok Ikhwan
Muslimin di Syria menjadi usaha radikal untuk menentang kerajaan pada Februari 1982. 73Rujuk Al-Shaykh: „Abd Rahman Habannakah al-Maydani, [Public4Islam] الشيخ: عبد الرحمن حبنك ة الميداني بين الشام Dikemas kini pada 10 Oktober 2006, diakses pada 12 November 2011, di laman sesawang . والحجازhttps://www.mail-archive.com/[email protected]/msg00213.html.
Univers
ity of
Mala
ya
62
Namun, Presiden Hafiz bertindak balas mengerahkan tenteranya sebanyak 12,000
pasukan untuk mengepung penduduk selama 27 hari dan membakar perkampungan rakyat
di Hama yang menentangnya. Berpuluh-puluh ribu rakyat telah dibunuh dengan kejam
sehingga mencapai bilangan 50,000 orang yang terbunuh. Kesan daripada peristiwa dahsyat
itu rakyat Syria mengalami trauma yang berpanjangan dan kebanyakan mereka mengambil
sikap tidak campur tangan dengan urusan pemerintahan beliau. Justeru, Presiden Hafiz al-
Asad begitu dikenang sebagai kuasa diktator yang kejam sehingga rakyat tidak mampu
menangani kejahatannya.
Selepas kematian pemerintah kejam tersebut pada tahun 2000, anaknya Bashar al-
Asad telah mengambil alih pemerintahan beliau pada 10 Julai tahun 2000. Presiden Bashar
berjanji akan mengubah corak pemerintahan Syria secara demokrasi. Namun, hakikatnya
tradisi pemerintahan keluarga Asad ini terus berlangsung dan pendekatan kuku besi masih
berterusan. Bahkan, amat menyedihkan apa yang berlaku kini adalah lebih malang kepada
rakyat Syria yang terpaksa terus berdepan dengan regim Asad yang tidak
berperikemanusiaan. Ramai ulama yang terbunuh dan diusir ketika pemerintahan Presiden
Hafiz dan kini ia berterusan pada era pemerintahan anaknya. Presiden Bashar bertindak
membisukan rakyat dan memerintah dengan cara yang sama seperti ayahnya bahkan lebih
kejam daripada itu kerana penyembelihan beramai-ramai terhadap rakyat Syria terus
berlaku sehingga melarat kepada tahun ke-lima peperangan tanpa henti.74
74Bermula pemberontakan rakyat kepada kepimpinan Bashar Asad pada tahun 2011 sehingga kini 2018, pembunuhan beramai-ramai secara kejam terhadap rakyat Syria terus berlaku sepertimana yang telah dilakukan oleh ayahnya Jenderal Hafiz Asad pada tahun 1982 dahulu.
Univers
ity of
Mala
ya
63
Menyentuh sedikit maklumat berkenaan realiti komposisi rakyat Syria daripadanya
adalah 74% Muslim Ahli Sunnah wa al-Jama„ah, 6% adalah Syiah Alawiyah dan 10%
beragama Kristian. Perlu diketahui latar belakang sejarah Syria yang merdeka daripada
penjajahan Perancis pada 1945 itu pada permulaannya telah diperintah oleh anak bangsa
Syria sendiri dari kalangan Ahli Sunnah wa al-Jama„ah. Namun, setelah itu kerajaan Syria
telah dirampas melalui penggulingan kuasa oleh Jenderal Hafiz al-Assad dari Puak Syiah
Alawi yang memerintah selama 32 tahun. Kemudian, diikuti oleh anaknya Bashar al-Asad
yang memerintah selama 15 tahun sehingga kini. Apabila kuasa pemerintahan jatuh ke
tangan keluarga Asad, Syria telah bertukar corak menjadi negara rejim diktator.75
Masyarakat Syria tidak pernah melupakan konflik berdarah di Hama yang berlaku
pada tahun 1982 selama 27 hari. Peristiwa hitam itu telah mengorbankan hampir 50,000
ribu nyawa penduduk Hama yang merupakan penganut Ahli Sunnah wa al-Jama„ah.76
Terdapat pandangan yang menyebut motif di sebalik semua kekejaman ini didalangi oleh
puak Syiah Alawi Iran yang sekian lama menyokong dan mempertahankan tindakan ganas
rejim Hafiz dan Bashar al-Asad yang membunuh rakyatnya sendiri. Begitu juga Hizbullah
di Lubnan yang menyokong tindakan Hafiz adalah merupakan dari puak Syiah „Alawiyah.
Fahaman Syiah terkenal dengan sikap yang begitu membenci Ahli Sunnah wa al-Jama„ah
dan menghina Khulafa‟ Al-Rasyidin serta isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini
Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah serta negara sekutu-sekutu mereka
masih menyokong usaha dan tindakan rejim Bashar di Syria.
75Apa sebenarnya berlaku di Syria, Konspirasi Israel Raya, diakses pada 12 November 2011, http://tenteradajjal.blogspot.my/2012/02/apa-sebenarnya-berlaku-di-syria.html 76Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
64
Bumi Syria pada gambaran asalnya adalah suatu tempat yang subur dengan suasana
keilmuan dan lahir daripadanya generasi para ulama yang hebat. Namun, di sebalik
kemakmuran ilmu dan kenikmatan beragama masyarakatnya, mereka terpaksa berdepan
dengan ujian yang maha hebat apabila berada di bawah cengkaman pemerintah yang zalim.
Menyoroti sejarah kehidupan Shaykh „Abd al-Rahman yang menunjukkan beliau lahir
dalam keluarga Habannakah yang terkenal sebagai pemimpin dari kalangan ulama.
Keluarga yang dipimpin oleh bapanya telah terdidik untuk berprinsip tegas dalam membela
kebenaran dan tidak tunduk kepada kuasa zalim kerajaan. Atas dasar keilmuan serta
keberanian untuk menegakkan prinsip kebenaran menjadikan keluarga ini terus dihormati
oleh masyarakat.
Sedangkan, masyarakat Syria pada ketika itu hidup dalam keadaan tertekan dan
ketakutan sehingga lahir ideologi bahawa urusan pemerintahan bukan untuk rakyat. Mereka
tidak dibenarkan berbicara secara terbuka berkenaan isu-isu pemerintahan di tempat awam.
Bahkan, ia hanya dibincangkan di dalam kelas-kelas pengajian secara sulit atas usaha
membina kesedaran dan membentuk semula kefahaman masyarakat terhadap kepimpinan
Islam yang sebenar. Kini, cabaran itu berterusan sehingga sebahagian ulama terpaksa
melarikan diri dan menerima perlindungan di negara-negara Islam yang lain.77
Jika disoroti liku-liku kehidupan shaykh sebagai seorang ilmuan dan murabbi
dipenuhi ranjau pengalaman pahit dan manis. Beliau lahir ketika zaman pergolakan dan
peperangan Syria melawan penjajah Perancis. Kemudian membesar di era cabaran kerana
berdepan dengan kemelut penindasan pemerintah yang berkuku besi. Sejarah pahit yang
77Beliau pulang ke Damsyik pada awal tahun 2004 iaitu lapan bulan sebelum beliau meninggal dunia di sana. Rujuk sumber temu ramah penulis bersama anaknya, Dr. Hasan Habannakah pada 10.2.2010 (Rabu) pada jam 11.45 pagi, di kliniknya Makhbar al-Ghunaym Maydan Mujtahid.
Univers
ity of
Mala
ya
65
berlaku pada beliau apabila terpaksa berpisah dengan keluarga disebabkan faktor sekatan
daripada pihak kerajaan kepadanya untuk berada di Syria. Walau bagaimanapun, akhirnya
beliau dapat kembali ke bumi Damsyik sehinggalah menemui ajalnya di sana.
1.8 Sifat Peribadi dan Pujian Ilmuan terhadap beliau
a. Sifat peribadi
Watak dan syaksiah seseorang menggambarkan keperibadiannya. Antara watak
yang menjadi suri teladan adalah tokoh ulama kerana keilmuan dan peribadi yang begitu
utuh. Hal ini berlaku kepada hampir keseluruhan ulama. Demikian juga dengan tokoh yang
diketengahkan oleh penulis iaitu Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah. Antara sifat
peribadi dan pujian yang sering disebut mengenainya adalah beliau seorang yang sangat
menjaga waktu agar sentiasa dipenuhi dengan pembacaan, penulisan, pengajian, pengajaran
dan perbincangan. Di samping itu, sifatnya terkenal sebagai seorang yang memelihara adab
dan kemuliaan ilmu. Ini dilihat melalui ketelitian dan kesungguhan beliau beramal dengan
ilmunya secara istiqamah. Kecintaannya terhadap ilmu menjadikan beliau umpama gedung
ilmu yang menjadi sumber rujukan bagi masyarakat Islam semasa hayatnya. 78
Selama 36 tahun secara konsisten, beliau akan memulakan pembacaan al-Quran
selepas menunaikan solat fajar sehinggalah matahari terbit benderang. Sepanjang membaca
beliau menekuni proses tadabbur, ta‟amul dan ta„amuq. Setelah itu, beliau melakukan
proses istinbat isi-isi penting dan hukum daripada pembacaan tersebut. Di samping itu,
78Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
66
pada kebiasaan waktu pagi beliau akan keluar mengajar di Universiti Umm al-Qura.
Kemudian pulang pada waktu zohor selepas tamat kelas untuk makan tengahari dan berehat
sebentar. Setelah itu, menyambung semula penulisan karya-karyanya sehingga kepada
waktu asar. Demikianlah, sekilas rutin harian yang berlaku dalam kehidupan beliau.79
Dari sudut perihal hubungannya dengan orang-orang yang terdekat, menurut
anaknya beliau seorang yang kurang bergaul kerana banyak menghabiskan masa untuk
penulisan karya-karyanya dan mengajar di kuliah pengajian sehinggalah waktu zuhur
barulah pulang. Beliau amat mementingkan pengurusan masa. Antara nilai-nilai yang
dicurahkan kepada muridnya ialah ilmu adalah pengukuh kepada keimanan.80
Adapun antara nasihat dan amanat yang masyhur kepada anak-anaknya adalah
berusahalah mencapai keredhaan Allah dalam setiap perkara yang dilakukan. Beliau tidak
pernah menghalang pilihan anak-anaknya dalam apa jua bidang pengajian mahupun dalam
menentukan keputusan kehidupan selagimana ia tidak bercanggah dengan syara„. Beliau
juga seorang bapa yang prihatin dan penyayang ketika berbicara dengan anak-anaknya.
Sekiranya ingin memberikan galakan kebaikan kepada anak-anaknya, beliau akan
berkata,“perkara ini amat baik untuk kamu”. Maka, anak-anak amat menghormati
pandangan beliau dan menyayanginya.81
79 Ibid. 80Ibid. 81 Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
67
b. Pujian Ilmuan terhadap beliau
Ramai ulama memberi sanjungan atas keperibadian beliau dan memuji keilmuannya
terutamanya mereka yang pernah bertemu dan berada dalam majlis pengajian dan
perbincangan bersamanya. Antara pujian dan penghormatan yang telah diberikan oleh para
ilmuan kepada beliau adalah sepertimana berikut.
Ustaz „Ali Dawlah menyifatkan gurunya sebagai seorang yang tawaduk, ikhlas
dalam menyampaikan ilmu, peribadi yang penuh kasih sayang, berhikmah dalam
menyampaikan dakwah dan iltizam mendidik masyarakat. Beliau begitu mengagumi
peribadi gurunya sepanjang beliau berada bersamanya. Kehebatan beliau dalam bidang
dakwah tidak mampu dinafikan, kepintarannya terserlah ketika berhujah dan mengulas
sesuatu permasalahan sehingga tuntas dan jelas difahami.
Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah tidak gemar pada pujian dan penghormatan
kepada dirinya kerana beliau cukup berhati-hati dalam menjaga keikhlasan niat dan
kesucian amal demi Allah s.w.t. Pernah diceritakan oleh Ustaz „Ali Dawlah: “Suatu masa,
ketika Shaykh dijemput ke sebuah majlis penghormatan ulama di Jeddah, aku ditaklifkan
untuk menyampaikan jemputan kepada beliau. Shaykh berkata; Aku tidak suka menerima
pujian dan penghargaan manusia, sesungguhnya ini kerana aku mahu Allah s.w.t menerima
segala amalanku. Ujarku; sesungguhnya majlis ini insyaallah bertujuan agar masyarakat
dapat mengambil banyak manfaat daripada amanat ilmu dan pandanganmu melalui sesi
dialog yang diadakan. Maka beliau pun bertanya; adakah kau dapat menjamin diriku tidak
dipuji? Jawabku: Tidak. Balasnya: Justeru, majlis kemuliaan ini tidak perlu buatku.” 82
82Rujuk http://www.itihad.org وجهاد -علم-ومسيرة-حياة-قصة -حبنكة-الرحمن-عبد-الشيخ-العلامة , diakses pada 2 Mei 2014.
Univers
ity of
Mala
ya
68
Dr. Majdi Ahmad Makki83 turut berkongsi pandangannya terhadap syakh sepanjang
mempunyai kesempatan bersama gurunya. Shaykh „Abd al-Rahman disifatkan oleh beliau
sebagai seorang ulama yang „alim dan berperibadi mulia. Beliau amat menghargai masa
untuk dimanfaatkan kepada pengajaran, pengajian dan penulisan ilmu. Masa-masa yang
terluang beliau banyak menghabiskan bersama keluarga. Namun, itu tidak menghalang para
pelajar yang ingin menemui beliau di rumah. Rumahnya sentiasa terbuka kepada para
pelajar dan sesiapa sahaja yang berhajatkan pertemuan dengannya untuk berbincang
sebarang permasalahan.
Seorang Imam yang juga khatib dari Maghribi pernah menyatakan pujian dan
kekagumannya terhadap Shaykh „Abd al-Rahman dengan katanya: “Sesungguhnya aku
berdiri di atas mimbar Jumaat dengan senyap sedangkan kamu yang berbicara di atas
mimbar itu”. Apa yang dimaksudkan oleh khatib tersebut adalah beliau hanya menjadi
perantara lisan yang memindahkan pemikiran Shaykh „Abd al-Rahman menerusi ucapan
dan syarahan khutbah. 84
Pengalaman Dr Tawfiq Ramadhan al-Buthi85 yang mengenali rapat keluarga
Habannakah telah menzahirkan pandangan beliau mengenai Shaykh „Abd al-Rahman.
Menurutnya, Shaykh adalah seorang pemikir yang berani menyampaikan kebenaran dan
bijak kerana mampu menguasai pelbagai bidang ilmu diniyah sepertimana bapanya86.
Beliau seorang yang berkemahiran dalam mentadabbur al-Quran dan pentafsirannya.
83Anak murid Shaykh „Abd al-Rahman di Universiti Umm al-Qura. Beliau menulis ringkasan terhadap karangan Tafsir Ma„arij Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. 84„Aidah Raghib al-Jarrah,„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani al-„Alim al-Mufakkir al-Mufassir. Cet.1, (Damsyik: Dar al-Qalam, 2001), 47. 85Pensyarah Ekonomi di Jabatan Syariah Universiti Damsyik, Syria. Beliau adalah anak kepada ulama terkenal Shaykh Dr. Sa„id Ramadhan al-Buthi, mufti Syria 2010. Beliau telah ditemu ramah oleh penulis pada tarikh 4 Feb 2010, masa 11.00 pagi di pejabatnya, Jabatan Syariah Universiti Damsyik, Syria. 86 Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani (1908M-1978M).
Univers
ity of
Mala
ya
69
Dengan kebijakan tersebut beliau berjaya mengeluarkan asas-asas penting untuk
mentadabbur al-Quran yang begitu bermanfaat. Namun begitu, Dr Tawfiq kurang bersetuju
dengan penulisan tafsir tadabburi yang ditulis oleh beliau yang mengikut tartib nuzul. Ini
kerana Tawfiq berpendapat penulisan berdasarkan tartib nuzul surah tiada sandaran dalil
dan tidak menepati sunnah ulama salaf dalam menyantuni al-Quran. Keharusannya
mungkin relevan sebagai satu bentuk kajian ilmiyah namun ia tidak sesuai dijadikan
pegangan sebagai amalan bacaan al-Quran untuk masyarakat umum.87
Dr „Ali al-Shurbaji88 turut memberikan pandangannya terhadap Shaykh „Abd al-
Rahman Habannakah. Menurutnya, Shaykh seorang ulama yang tawaduk, tinggi
keperibadian dan tokoh pemikir yang terhormat dari kalangan ilmuan di rantau Arab.
Beliau berjaya merumus dan mengetengahkan asas-asas tadabbur yang bermanfaat untuk
umat sejagat. Sumbangan beliau membantu mereka yang berhasrat mendekati dan
memahami al-Quran. Beliau adalah anak kepada seorang ulama dan pemimpin yang
disegani di rantau Arab. Keluarga Habannakah ini memberikan sumbangan yang besar
terhadap perkembangan ilmu di bumi Sham. Mereka telah mengasaskan institusi dan
melahirkan banyak ilmuan Islam untuk perkembangan Islam seantero dunia.
Walaupun harga sumbangan itu besar, pada realitinya keluarga Habannakah pernah
berdepan dengan pelbagai ujian apabila terpaksa hidup terpisah dalam tempoh yang lama.
Shaykh Sadiq Habannakah sangat rapat dan menyayangi anak saudaranya iaitu „Abd al-
87 Bacaan al-Quran mengikut tartib nuzul adalah tidak sunnah bahkan bacaan yang ditegaskan adalah menurut susunan mashaf „Uthmani sebagaimana yang telah disepakati oleh para sahabat ra.hum dan para ulama selepasnya. 88Pensyarah Universiti Damsyik dan Universiti al-Fattah, Syria. Beliau terkenal dengan pelbagai karya antaranya karangan kitab Manhaj Fiqh al-Shafi„e, penulisan bersama Dr Mustafa al-Bugha dan Dr. Mustafa al-Khin. Beliau telah ditemu ramah oleh penulis di kediaman rumahnya, yang terletak di Hayyu Maydan, Damsyik pada tarikh 2 Februari 2010, jam 1.10 petang.
Univers
ity of
Mala
ya
70
Rahman. Mereka berdua dewasa bersama di bawah asuhan dan didikan Shaykh Hasan
Habannakah. Beliau cukup mengenali perwatakan anak saudaranya yang tegas
memperjuangkan kebenaran. Jiwanya memang dilahirkan sebagai murabbi ummat yang
menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat. Beliau terkenal sebagai penghujah yang
tepat kerana mantiqnya yang hebat. Seorang yang berani menegakkan kebenaran terhadap
pemerintah sehingga diusir dari tanah airnya sendiri. Beliau lantang membanteras
penyelewengan dalam aqidah dan jelas dengan manhaj tauhidnya. Shaykh Sadiq pernah
menulis sepucuk surat kepada anak saudaranya, dengan bait kata-kata yang indah:
سبق الشوق كتابي فأتاني بالجواب» «فجلا عني غيوما ساقها طول الغياب
:وكتب إليه أيضا صبرت عن اللقاء فكنت جلدا وما أرسلت ـ معترفا ـ كتابا ولما استنفدت طاقات صبري بعثت إليك ألتمس الجوابا
Terjemahan: ((Kerinduan mendahului tulisanku yang datang membawakan jawapan, Maka sirnalah kabus yang membawa kehilangan yang panjang))
Aku telah bersabar untuk suatu pertemuan, sedang aku seorang yang teguh, dan aku tidak akan mengutuskan- sebagai pengakuan-yang bertulis,
Apabila telah habis tahap kesabaranku, kuutuskan (tulisan ini) kepadamu untuk mencari-cari jawapan itu.89
Begitu indah coretan kerinduan dan ingatan Shaykh Sadiq terhadap anak saudaranya yang
terpaksa tinggal berjauhan dari tanah Sham kerana faktor sekatan yang dilakukan oleh
kerajaan Syria ke atas Shaykh „Abd al-Rahman. Justeru, surat yang menjadi penghubung
dan tanda ingatan kepada anak saudaranya.
89 „Abd al-„Uzaizin „Ilal al-Husni, al-Shaykh al-Faqih al-Shafi„e al-„Alamah al-Jalil Sadiq Habannakah al-Maydani ila Rahimah Allah, dikemas kini pada 8 November 2007, diakses pada 12 November 2011, http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=115877
Univers
ity of
Mala
ya
71
1.9 Mazhab Aqidah dan Fiqh
Beliau cukup dihormati sebagai ulama yang berperibadi tinggi dan berprinsip dengan
aqidah Ahli Sunnah wa al-Jama„ah. Beliau tidak berpegang kepada mana-mana mazhab
aqidah secara fanatik kerana beliau tidak Asha„irah dan juga bukan Muktazilah serta lain-
lainnya.90 Bahkan, beliau mengambil sesuatu fahaman itu secara pertengahan dan
sederhana selari dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jama„ah (ASWJ).91 Kecenderungan
beliau dalam isu-isu aqidah adalah jelas mengikut landasan manhaj salaf salih kerana
menurutnya ia lebih dekat kepada fitrah yang sejahtera dan menjaga kesucian
pemikirannya.92 Justeru, penulis tidak mendapati dalam penulisan tafsir beliau
membincangkan ayat-ayat aqidah dalam perspektif pelbagai aliran mazhab apatah lagi
berminat untuk mendatangkan perdebatan pandangan daripada mazhab-mazhab aqidah.
Fahaman aqidah beliau dapat ditelusuri dengan jelas dalam kupasan penulisan tafsirnya
berkenaan ayat-ayat aqidah antaranya sebagai contoh daripada firman-Nya:
﴾٢٥﴿.... يريدون وجهه ول تطرد الذين يدعون رب هم بالغداة والعشي al-An„am 6:52
Terjemahan : Dan janganlah engkau usir orang-orang yang beribadat dan berdoa kepada Tuhan mereka pagi dan petang, sedang mereka menghendaki keredhaan-Nya semata-mata.
Menurutnya, yang dimaksudkan pada perkataan يريدون وجهه adalah “mereka
mengharapkan keredhaan Dhat-Nya” dan penggunaan kalimah „wajah‟ pada ayat ini telah
90„Abd al-Rahman Habannakah. Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, 11: 250. 91 Beliau beriltizam dengan manhaj Ahli Sunnah wa al-Jama„ah dalam penulisan ketika menerangkan isu-isu aqidah tanpa menghuraikan pendapat-pendapat berbeza dari mazhab yang berlainan. Ini kerana baginya sudah memadai memberi penjelasan dan penonjolan hanya perlu kepada aqidah yang benar. Rujuk „Aidah al-Jarrah. „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani al-„Alim al-Mufakkir al-Mufassir, 60. 92„Abd al-Rahman Habannakah. Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, 11:250.
Univers
ity of
Mala
ya
72
ditafsirkan sebagai keseluruhan Dhat Allah „Azza wa Jalla.93 Antara buku penulisan beliau
yang mengupas tentang aqidah bertajuk,“Aqidah Islamiyah wa „Ususuha”94. Ia merupakan
buku penulisannya yang pertama,95 yang menerangkan kupasan Aqidah Islam Sahihah
sebagai asas-asas utama terhadap pembentukan keimanan dalam Islam. Menurut beliau
akidah dan keimanan kepada Allah s.w.t begitu penting sebagai perkara teras yang wajib
ditekankan kepada masyarakat. Ujarnya, tidak dianggap seseorang itu muslim yang sebenar
selagimana tiada ciri-ciri keimanan pada diri mereka.96 Faktor-faktor kesesatan dalam
aqidah turut dikupaskan dengan tuntas oleh beliau berdasarkan contoh-contoh
penyelewengan yang berlaku dalam pemikiran dan manhaj yang salah untuk mengenal
Tuhan, serta faktor-faktor kejahilan terhadap ilmu Islam yang benar. Antara lain, golongan
yang tersilap langkah atau tersesat adalah seperti kelompok Batiniyyah97 dan
Qadiyaniyah98.
Manakala dari sudut pegangan mazhab fiqh, apa yang jelas beliau seorang yang
berpegang dengan mazhab Hanafi. Beliau pernah mendalami Fiqh Hanafi dengan beberapa
93Ibid., 8:93. 94„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani, Al-„Aqidah al-Islamiyah wa „ususuha. Cet.2, (Damsyik: Dar al-Qalam, 1979). 95Pada asalnya ia adalah kompilasi teks yang digunakan pada madrasah-madrasah di Syria dan kemudian dikumpul serta dibukukan dengan lengkap. Buku Aqidah al-Islamiyah telah diterbitkan pada tahun 1966 dan mengupas perbahasan akidah serta rukun-rukun iman secara terperinci. 96„Abd al-Rahman Habannakah. Al-Aqidah al-Islamiyah wa „ususuha. 79-85. 97Rujuk Muhammad Hussayn al-Dhahabi, al-Tafsir wa al-Mufassirun. Cet.5 (Kaherah:Maktabah Wahbah, 1993), 2:227. Batiniah dinisbahkan kepada pergerakan yang mendakwa setiap yang zahir (luaran) itu mempunyai takwilan makna batinnya. Pendapat Imam al-Dhahabi, digelar sebagai Batiniah kerana pegangan mereka terhadap kewujudan imam-imam atau ketua-ketua yang batin (dalaman) atau tidak nampak. Dakwaan tersebut akhirnya membawa kepada pegangan sesiapa yang dapat menguasai ilmu batin akan bebas daripada tuntutan syariat ke atasnya atau terlepas dari taklifan melakukannya. 98Ajaran Qadianiyah banyak disandarkan kepada dakwaan yang dibuat oleh pengasasnya Mirza Ghulam Ahmad. Semua dakwaan Mirza nyata tidak menepati kaedah metodologi ilmu Islam menyebabkan ia diselar oleh ulama-ulama Islam. Di Malaysia, Qadiani dikenali sebagai Jemaah Ahmadiah Malaysia yang berpusat di Baitussalam, Kampung Nakhoda, Batu Caves Selangor. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah menfatwakan ajaran yang dibawa oleh Jemaat Ahmadiyah ini terkeluar daripada akidah Islam. Namun mereka mendakwa bebas menjalankan aktiviti keagamaan mereka sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan negara. Rujuk kupasan lanjut dalam buku „Penyelewengan Ajaran Qadiani‟ yang ditulis oleh Farawahida Mohd Yusof dan Siti Ramlah Ibrahim dan diterbitkan oleh Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press pada tahun 2008.
Univers
ity of
Mala
ya
73
orang ulama terkemuka dan berpengalaman dalam permasalahan fiqh dan perbandingan
antara mazhab.
1.10 Karya-karya
Shaykh „Abd al-Rahman seorang penulis yang prolifik kerana kemampuannya
untuk menghasilkan lebih dari lima puluh karya penulisan yang terdiri daripada buku,
artikel, makalah, kertas kerja dan seumpamanya.99 Berhubung dengan kepakaran beliau
99 Antara karya-karya buku penulisan beliau yang telah diterbitkan ialah: Siri (سلسلة في طريق الإسلام ) antaranya:
1. „Akidah al-Islamiyyah wa Ususiha. 2. Al-Akhlak Islamiyyah wa Ususiha. 3. Al-Hadharah al-Islamiyyah wa Ususiha wa Wasailuha. 4. Al-Ummah al-Rabbaniyah al-Wahidah. 5. Fiqh Dakwah ila Allah, wa Fiqh al-Nush wa Irsyad. Siri (دراسات قرآنية ) antaranya:
1. Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah „Azza wa Jalla ( قواعد التدبر الأمثل لكتاب الله عز وجل )
2. Ma„arij al-tafakkur wa Daqa‟iq al-Tadabbur (tafsir 15 jilid) ( مجلدا 51معارج التفكر ودقائق التدبر )وهو تفسير بديع للقرآن الكريم في ).
3. Amthal al-Qur'an wa Suwarun min Adabih al-Rafi„ ( أمثال القرآن وصور من أدبه الرفيع)
Siri ( سلسلة من أدب الدعوة الإسلامية ) antaranya:
1. Mabadi„ fi al-Adab wa al-Da‟wah ( مبادئ في الأدب والدعوة )2. al-Balaghah al-„Arabiyah ( ( سها وعلومها وصور من تطبيقاتها(.البلاغة العربية )أس 3. Diwan Tarnimat „Islamiyah (Syair) (ديوان ترنيمات إسلامية )شعر( )4. Diwan ‟Amantu bi Allah (ديوان آمنت بالله )شعر(.) Siri buku-buku umum yang pelbagai: 1. Dawabit al-Ma„rifah wa ‟Usul al-Istidlal wa al-Munazarah ( ضوابط المعرفة وأصول الاستدلال والمناظرة.)2. Basa‟ir li al-muslim al-Mu„asir
Univers
ity of
Mala
ya
74
yang bijak dalam mengulas pelbagai isu serta kemampuannya yang dapat mengaitkan
dengan kepelbagaian bidang telah menjadikan karya-karyanya cukup bernilai. Buah fikiran
beliau dapat dimanfaatkan sepenuhnya melalui perkongsian penulisannya yang mencakupi
pelbagai pengkhususan syari„ dan juga ilmu-ilmu moden kontemporari. Penulisan beliau
banyak menyentuh isu-isu pemikiran Islam antaranya usaha menyingkap perancangan licik
puak Yahudi dan mendedahkan tipu daya pihak musuh sepertimana penyelewengan
golongan Yahudi, Kristian, Atheis, Orientalis dan seumpamanya.100 Menariknya, beliau
pandai menggunakan pendekatan yang dapat mencuri perhatian pembaca dalam penulisan.
Apa yang disampaikan dalam penulisannya seolah-olah berlaku dalam bentuk dialog antara
beliau dengan pembaca. Dengan kata lain, gaya penulisan beliau mampu menjentik
pemikiran pembaca dan menyentuh naluri mereka. Sebagai contoh buku „Tipu daya Yahudi
( ( بصائر للمسلم المعاصر. -3. al-Walid al-Da„iyah al-Murabbi al-Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani
)قصة عالم مجاهد حكيم شجاع(. الوالد الداعية المربي الشيخ حسن حبـنكة الميداني ) 4. al-Tahrif al-Mu„asir ( التحريف المعاصر )رد على كتاب د.محمد شحرور: الكتاب والقرآن قراءة معاصرة(. 100 Siri ( سلسلة أعداء الإسلام ) antaranya:
1. Makayid Yahudiyah „Ibar al-Tarikh ( مكايد يهودية عبر التاريخ ) 2. Sira„ ma„a al-Mulahidah hatta al-„Azm ( صراع مع الملاحدة حتى العظم.) 3. Ajnihat al-Makar al-Thalathah wa Khawafiha ( أجنحة المكر الثلاثة وخوافيها )التبشير، الاستشراق، الاستعمار()4. Al-Kayd al-Ahmar ( ( الكيد الأحمر )دراسة واعية للشيوعية(.5. Ghazwun fi al-Samim ( غزو في الصميم.)6. Kawashif Zuyuf fi al-Madhahib al-Fikriyyah al-Mu„asirah ( كواشف زيوف في المذاهب الفكرية المعاصرة. )7. Zahirah al-Nifaq wa Khaba’ith al-Munafiqin fi al-Tarikh ( ظاهرة النفاق وخبائث المنافقين في التاريخ.)
Univers
ity of
Mala
ya
75
sepanjang sejarah‟101 adalah antara sentuhan karya beliau yang masyhur. Buku tersebut
menerangkan bahaya serangan pemikiran Yahudi kepada umat Islam dan perancangan licik
mereka. Penyelewengan besar yang dilakukan oleh puak Yahudi sepanjang sejarah adalah
membunuh para anbiya‟ dan melakukan penyelewengan dalam agama mereka. Sejarah
tidak dapat menyembunyikan hakikat kejahatan mereka, apalagi Shaykh telah
mendedahkan tipu daya puak Yahudi yang telah dilakukan adalah sebanyak 11 kali pada
zaman Rasulullah s.a.w. Bahkan, penipuan mereka terus berlangsung pada zaman Khulafa‟
al-Rashidin sehinggalah pada abad ini. Buku ini telah diulang cetak beberapa kali dan
diterjemahkan ke dalam bahasa Turki.102
Antara tokoh ulama besar pemikir Islam yang dikagumi oleh beliau adalah Hujjah
al-Islam Imam al-Ghazali yang sedikit sebanyak turut mempengaruhi pemikiran beliau.103
Beliau suka pendekatan Imam al-Ghazali dalam menghuraikan sesuatu perdebatan dengan
bersandarkan hujahan mantiq yang mendalam dan kritikan yang padu. Menurut beliau,
antara karya Imam al-Ghazali yang mempengaruhi minatnya adalah Kitab Tahafut al-
Falasifah yang membahaskan perdebatan para faylasuf tinjauan dari sudut agama dan Kitab
Al-Munqidz min al-Dhalal yang menerangkan tujuan dan rahsia-rahsia ilmu. Kedua-dua
kitab tersebut telah memuatkan isu-isu dan permasalahan perdebatan dalam kalangan
fuqaha‟ dan ahli tasawuf. Para ilmuwan berpendapat Imam al-Ghazali bukanlah seorang
faylasuf kerana beliau adalah penentang yang memerangi ahli falsafah bahkan tidak dapat
101„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani. Makayid Yahudiyah „Ibar al-Tarikh. Cet.2 (Damsyik: Dar al-Qalam, 1978). 102„Aidah Raghib al-Jarrah. „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani al-„Alim al-Mufakkir al-Mufassir. (Damsyik: Dar al-Qalam, 2001) 7:113 103Rujuk temu ramah Dr Jasem bersama Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani dalam rancangan Hadith al-Dzikrayat yang telah dimuat naik dalam youtube pada 30 Jun 2011, diakses pada 5 Mei 2014. https://www.youtube.com/watch?v=aX1KORDfdcU&hc_location=ufi
Univers
ity of
Mala
ya
76
menerima pakai ideologi faylasuf. Tentangan yang dilontarkan al-Ghazali tercermin
menerusi bukunya yang berjudul Tahafut al-Falasifah, sepertimana berikut:
“...sumber kekufuran manusia pada saat itu adalah terpukau dengan nama-nama faylasuf besar seperti Socrates, Epicurus, Plato, Aristoteles dan lain-lainnya. Mereka mendengar perilaku pengikut faylasuf dan kesesatannya yang menjelaskan intelektualiti dan kebaikan prinsip-prinsipnya, ketelitian ilmu para faylasuf di bidang geometri, logika, ilmu alam, dan teologi. Mereka juga mendengar para faylasuf itu mengingkari semua syari„at dan agama, tidak percaya pada dimensi-dimensi ajaran agama. Para faylasuf menyakini bahawa agama hanya ajaran yang disusun rapi dan tipu daya yang dihiasi keindahan...”104
Seterusnya, karya yang menjadi perhatian penulis adalah kitab tafsir pengarang yang unik
iaitu „Tafsir Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur‟105. Ia ditulis mengikut manhaj
tartib al-nuzul al-Qur‟an yang disusun berdasarkan penurunan surah al-Quran dengan
merujuk kepada fatrah Makki dan Madani. Tafsir ini menjadi lebih menarik apabila
Shaykh „Abd al-Rahman turut mengumpulkan 40 Qawa„id al-Tadabbur yang membantu
untuk mentadabbur ayat-ayat al-Quran. Ia ditulis dengan tujuan dapat diimplimentasi
dalam Tafsir Ma„arij al-Tafakkur sebagai contoh praktik untuk mentadabbur al-Quran.
Justeru, karya ini menarik fokus penulis untuk mengkaji dari sudut manhaj tadabbur yang
telah dipraktikkan oleh pengarang. Ia menjadi suatu asas yang penting untuk mentadabbur
al-Quran dan memahami tafsiran.
Sebahagian buku yang telah dihasilkan oleh Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah
merangkumi karya klasik dalam bidang diniyah mahupun karya umum yang bercirikan
ilmu moden kontemporari. Jiwa beliau amat mencintai kebenaran sehingga apa sahaja yang
terbit dalam pemikiran beliau dicatatkan tanpa perasaan ragu-ragu. Buku-buku karangannya
104Dilihat pada Al-Ghazali,“Muqaddimah” Kitab Tahafut al-Falasifah, ed. Sulaiman Dunya (Kaherah: Dar al-Ma„arif,1928),1. 105„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani. Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. (Damsyik: Dar al-Qalam, 2000)
Univers
ity of
Mala
ya
77
yang lain adalah seperti Amthal al-Qur‟an wa suwar min Adabuh al-Rafi„.106 Buku ini telah
diterbitkan pada tahun 1980 dengan tajuk Amthal al-Qur‟an. Kemudian, pada cetakan
kedua berlaku sedikit perubahan dengan pertambahan bab kedua iaitu gambaran dari
kesusasteraan al-Quran. Bab pertama telah dikemukakan perumpamaan dalam al-Quran,
kaedah manhaj dan keistimewaannya. Bab kedua dihuraikan gambaran menerusi 20 contoh
gambaran kesusasteraan al-Quran yang tinggi daripada surah-surah yang berlainan. Buku
ini amat baik dalam menghurai dan membuktikan ketinggian al-Quran.
1.11 Kematian
Kematian ulama adalah suatu musibah bagi umat apabila tiada pewaris yang mampu
menggantikan keilmuan mereka. Lebih bahaya apabila perginya ulama dan tinggal orang
jahil yang mengambil tempat ulama dengan memakai pakaian ulama dan menggunakan
gelaran ulama. Sedangkan mereka tidak bersandarkan kepada petunjuk wahyu dan suluhan
ilmu. Ulama yang menjadi pewaris anbiya‟ amat perlu diberi penghormatan dan kemuliaan
kerana peranan mereka yang cukup besar di sisi Allah s.w.t. Kewujudan para ulama
„amilin adalah rahmat daripada Allah s.w.t kepada umat. Mereka menyeru kepada kebaikan
dan mencegah kemungkaran, menerangkan kebenaran dan menyanggah kebatilan,
menghilangkan syubhah, mentashihkan kefahaman, berkata benar walaupun pahit, tidak
takut kepada celaan orang yang mencela serta memimpin manusia kembali pada Allah
s.w.t. Oleh itu, menjadi tangunggjawab masyarakat untuk mengutip seberapa banyak
mutiara ilmu dan pedoman daripada para ulama selagi hayat mereka masih dipinjamkan
oleh Allah s.w.t kepada masyarakat.
106„Abd al-Rahman Habannakah, Amthal al-Quran wa suwar min adabuh al-Rafi„. Cet.2 (Damsyik: Dar al-Qalam, 1991). Lihat juga pada „Aidah Raghib al-Jarrah.„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani al-„Alim al-Mufakkir al-Mufassir. (Damsyik: Dar al-Qalam, 2001) 7:105.
Univers
ity of
Mala
ya
78
„Abd Allah bin „Amr bin al-„As ra.hum berkata; Aku mendengar daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"إن الله ل ي قبض العلم انتزاعا ي نتزعه من العباد، ولكن ي قبض العلم بقبض العلماء،ال، فسئلوا فأف ت وا بغير علم، فضلوا وأ ."واضل حت إذا لم ي بق عالم اتذ الناس رءوسا جه
Terjemahan: “Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menghapuskan ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hambaNya. Tetapi Allah s.w.t menghapuskannya dengan cara kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang jahil maka apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan.”107
Demikianlah benar sabdaan Nabi s.a.w, apabila umat telah kehilangan seorang lagi
tokoh cendekiawan, pemikir Islam, ulama „amilin yang konsisten menyampaikan dakwah
sepanjang hayatnya. Pemergian Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah yang telah kembali
ke rahmatullah pada tahun 2004M (1425H) tercatat dalam lipatan sejarah sebagai suatu
kehilangan besar tokoh ilmuan Islam. Pada penghujung usianya, beliau berkesempatan
kembali ke tanah air Sham dari Makkah al-Mukarramah. Saat mendapat berita kepulangan
Shaykh „Abd al-Rahman ke bumi Sham, para ulama Syria yang terdiri daripada sahabat-
sahabatnya merasa amat bersyukur dan menyambut kepulangannya dengan penuh gembira
dan meriah. Bapa saudara beliau, Shaykh Sadiq Habannakah yang telah berusaha
membantu dan menguruskan permohonan beliau kepada kerajaan Syria untuk mendapatkan
keizinan pulang ke Syria. Inilah impian dan hajatnya yang terakhir agar dapat kembali
semula ke tanah air untuk bertemu dengan anak-anaknya, sanak saudara serta sahabat
107Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab al-„Ilm, Bab Khaifa Yuqbadu al-„Ilm, no. Hadith 100, dan Muslim, Kitab „Ilm, Bab Raf„u al-„Ilm wa Qabdihi, wa Zuhuri al-Jahl wa al-Fitan fi Akhiri Zaman, no. Hadith 2673. Lihat Abu „Abd Allah Muhammad bin Isma„il al-Bukhari, “Sahih al-Bukhari”,(Riyard: Dar al-Salam, 1999) 23 dan Abu al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim, “Sahih Muslim”,( t.t: Dar Taybah, 2006) 1232-1233
Univers
ity of
Mala
ya
79
handai setelah sekian lama mereka terpisah dan tidak bertemu.108 Dr Hasan menceritakan di
penghujung hayat bapanya, Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah meninggal dunia dalam
keadaan tenang dan bahagia setelah kembali semula ke bumi Sham yang dicintainya.
Akhirnya bapanya dapat bersama dengan keluarga setelah sekian lama terpisah.109
Pemergian beliau amat dirasai ramai insan yang mengenali dan menyanjunginya. Ia
suatu kehilangan yang tiada ganti. Jasa dan sumbangan beliau terus dikenang oleh umat
Islam seluruhnya sehingga karya-karya tinggalannya banyak dimanfaatkan sebagai rujukan
dan kajian oleh generasi selepasnya. Ini menjadikan khidmat sumbangan beliau terus
menerus menjadi kebajikan dan manfaat bagi umat walaupun setelah ketiadaannya.
1.12 Kesimpulan
Hasil daripada pembentangan kajian biografi Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah,
menunjukkan beliau adalah seorang tokoh yang prolifik. Keistimewaan beliau yang mampu
menguasai pelbagai medan ilmu sama ada di bidang dakwah, tarbiyah, aqidah, mantiq,
bahasa dan al-Quran telah mengembangkan sumbangan ilmu yang besar. Kegigihan beliau
dalam menyampaikan ilmu berterusan sehingga beliau meninggal dunia. Jika diperhatikan,
karya terakhir beliau adalah mengenai tadabbur al-Quran yang memperlihatkan
kesungguhan Shaykh „Abd al-Rahman mendalami dan mentadabbur al-Quran hingga ke
penghujung usianya. Karya-karya beliau tersebar dan menjadi rujukan yang bermanfaat.
108 Sumber daripada temuramah penulis bersama anaknya, Dr. Hasan Habannakah pada 10.2.2010 (Rabu) pada jam 11.45 pagi, di kliniknya Makhbar al-Ghunaym Maydan Mujtahid. 109 Ibid., terjemahan ini sebahagian dari temu ramah bersama Dr Hasan.
Univers
ity of
Mala
ya
80
BAB 2
KONSEP TADABBUR AL-QURAN
2.1 Pendahuluan
Umumnya, konteks masyarakat di Malaysia mampu membaca al-Quran. Namun, untuk
mencapai tahap mentadabbur al-Quran belum tentu bilangan yang berusaha ke arah itu.
Senario ini dilihat kerana amalan tadabbur bukan perkara lazim yang ditekankan dalam
masyarakat umum bahkan ia kurang diperbincangkan. Boleh dikatakan kebiasaan
masyarakat cenderung kepada amalan dan budaya mengkhatamkan al-Quran. Kenyataan ini
tidak bermaksud menafikan usaha murni masyarakat untuk memperelokkan bacaan dengan
mempelajari tajwid, menghafal dan kesungguhan untuk mengkhatam al-Quran. Akan tetapi,
jika sekadar memupuk kesedaran membaca al-Quran tanpa usaha menghayati dan beramal
terhadap apa yang dibaca. Ia tidak mendatangkan kesan manfaat sebaiknya bahkan tidak
mencapai tujuan utama al-Quran diturunkan. Lantaran itu, penyelesaian bagi isu ini adalah
masyarakat perlu disedarkan mengenai kepentingan dan seruan mentadabbur al-Quran
kerana tadabbur adalah tanggungjawab1 bagi setiap mukallaf yang kini kian terpinggir.
Jika disoroti penghayatan al-Quran di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat
ra.hum jelas menunjukkan kehidupan mereka begitu terkesan dengan mesej-mesej daripada
suluhan wahyu. Mereka begitu mementingkan tadabbur terhadap ayat-ayat Allah s.w.t
berbanding dengan berlumba-lumba untuk menghabiskan bacaan keseluruhan al-Quran.
Kesungguhan ini berlaku melalui reaksi mereka ketika memberi perhatian dengan semua
perkara yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w dan berusaha untuk memahami serta 1Rujuk Surah Sad (38): 29 yang bermaksud:“Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah agar mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran”, yang menjelaskan tanggungjawab kepada manusia untuk mempraktikan tadabbur.
Univers
ity of
Mala
ya
81
mengamalkan arahan yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Ini menunjukkan amalan tadabbur
al-Quran benar-benar terserlah dalam setiap gerak geri kehidupan mereka.
Menerusi huraian tersebut, jelas bahawa seruan tadabbur al-Quran adalah penting
kepada umat manusia dan seharusnya kesedaran al-Quran itu perlu diterjemahkan dalam
kehidupan. Justeru, bahagian bab dua kajian ini telah difokuskan kepada perbincangan
„Konsep Tadabbur al-Quran‟ dengan mengupas beberapa penekanan aspek tadabbur. Ia
adalah suatu pengenalan dan gambaran awal mengenai perbahasan ilmu tadabbur yang
diharap membantu mendekatkan kefahaman masyarakat terhadap tadabbur.
2.2 Definisi Tadabbur al-Qur’an
Pada asasnya pengenalan bagi sesuatu ilmu bermula dengan pengertian bahasa dan
istilahnya terlebih dahulu. Oleh itu, sebelum menghuraikan konsep tadabbur al-Qur‟an
dengan lebih lanjut penulis akan menjelaskan terlebih dahulu kupasan mengenai pengertian
tadabbur al-Qur‟an. Berikut didatangkan perbincangan dan pandangan para ulama
mengenai pengertian tadabbur menurut bahasa dan istilah.
2.2.1 Tadabbur menurut bahasa
Perbincangan mengenai definisi tadabbur telah dikupas oleh para ulama. Kebanyakan
pentakrifan yang diberikan tidak mempunyai banyak perbezaan. Perkara ini dapat
diperhatikan berdasarkan kepada penjelasan makna tadabbur dari sudut bahasa dan istilah.
Univers
ity of
Mala
ya
82
Merujuk kepada kamus bahasa,2 tadabbur berasal daripada perkataan (د ب ر ) yang
mengisyaratkan kepada beberapa makna yang lain antaranya:
i. Penghujung sesuatu ( 3.( مؤخرة الشيء
ii. Pergi, beralih dan bersurai (الذىاب والانصرف ).4
iii. Penelitian kepada penghujung dan perkara selepasnya
( 5.( واخرىاالنظر في عواقب الأمور وأ
iv. Pertemuan dan perpindahan ( التقاطع والهجران ).6
v. Berfikir secara bersungguh-sungguh (التعقل)7 iaitu merujuk kepada berfikir secara
mendalam dan menggunakan akal dengan bersungguh-sungguh.
Berdasarkan kepada beberapa makna bahasa yang dibentangkan tersebut dapat diperhatikan
bahawa makna kelima berfikir secara bersungguh-sungguh (التعقل) adalah yang paling
hampir dengan maksud tadabbur. Ini kerana, ta„aqul iaitu berfikir menggunakan akal
dengan bersungguh-sungguh adalah antara elemen tadabbur yang utama untuk memahami
ayat. Pendekatan untuk memahami ayat tersebut memerlukan ketelitian dan pemerhatian 2 Rujuk Ibn Faris Abu Husayn Ahmad, Mu„jam Maqayis Lughah (Beirut: Dar al-Jil,1999) 2: 266. 3 Rujuk al-Zamakhshari, Asas al-Balaghah. Cet.1,( Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyah, 1998). Asas al-Balaghah yang menerangkan perkataan دبر . Lihat juga pada Al-Farahidi, Al-Khalil bin Ahmad, Al-„Ain, (tp.: Dar al-Maktabah Hilal) rujuk perkataan دبر. 4 Al-„ain, rujuk perkataan دبر. 5 Ibid., rujuk perkataan دبر. 6 Ibid., rujuk perkataan دبر. 7 Al-Munawi, al-Tawqif „ala Mahmat al-Ta„arif. ed. Muhammad Ridwan al-Dayah (Damsyik: Dar al-Fikr,
1989), 1:188.
Univers
ity of
Mala
ya
83
secara mendalam terhadap maksud di sebalik ayat atau menyingkap penghujung
maksudnya. Ini bertepatan dengan takrifan bahasa yang telah disebutkan oleh pakar bahasa
Arab, Ibn Faris [m.395H] iaitu:
“Dabbara (دبر ) memberi maksud penghujung bagi sesuatu ( آخر الشيء ), atau di
belakang yang berlawanan bagi hadapan ( وخلفو خلاف قبلو )”. 8
Selain itu, perkataan tadabbur juga terbentuk daripada pecahan kalimah;9
i. dabbara (دبر ) - mengatur, merencana dan membuat perancangan.
ii. tadabbar (تدبر ) - merenung, memikirkan, memerhatikan.
iii. tadabbur (تدبر ) - renungan, pemerhatian dan penelitian.
Secara umumnya, perkataan tadabbur berpandukan huraian kamus bahasa dan ahli
bahasa yang difahami adalah merujuk kepada pengakhiran atau penghujung makna bagi
suatu kalimah atau ayat. Oleh itu, tadabbur dari sudut bahasa yang menunjukkan maksud;
makna yang paling hujung, akhiran bagi suatu makna, makna di sebalik atau makna di
belakang suatu ayat adalah bertepatan dengan sifat tadabbur yang memerlukan elemen akal
untuk merenung, memerhati dan berfikir secara teliti dan mendalam berkaitan suatu ayat
sehingga kepada penghujung atau akhiran maknanya. Kesungguhan untuk merenung,
meneliti dan memerhati secara mendalam dan berulang-ulang akan mencapai makna,
hikmah, pengajaran atau hukum yang bertepatan dengan kehendak Allah s.w.t.
8 Ibn Faris. Abu Husayn Ahmad, Mu„jam Maqayis Lughah, (Beirut: Dar al-Jil,1999) 2: 266. 9 Mujamma„ al-Lughah al-„Arabiyya. al-Mu„jam al-Wasit, (Misr: Maktabah al Syuru‟ al-Dawliyyah, 2004) 269. Ibn Manzur. Lisan al-Arab, (Kaherah: Dar al-Ma„arif, 1955) 1317. Kamus BA-BM. Selangor: Oxford Fajar,135, Kamus BA-BM/BM-BA. ed. ke-2. Selangor: Oxford Fajar, 2010
Univers
ity of
Mala
ya
84
2.2.2 Tadabbur menurut Istilah
Manakala, pengertian tadabbur dari sudut istilah adalah merujuk kepada pandangan para
ulama tafsir. Pelbagai kupasan dan pentakrifan istilah yang dikeluarkan oleh mufassirin
berkenaan kalimah tadabbur serta perkataan yang hampir seerti dengannya. Antaranya:
Muqatil bin Sulayman [m.150H] mengatakan tadabbur adalah pemerhatian (ta‟ammul)
terhadap makna-makna ayat dan memperdalamkan fikiran terhadap makna tersebut
daripada sudut asasnya, maksud tersirat dan keperluannya.10
Al-Baghawi [m.516H] menjelaskan dengan ringkas tadabbur ialah meneliti kepada
penghujung perkara, atau melihat sesuatu hingga ke pengakhirannya.11
Al-Zamakhshari [m.538H] menghuraikan makna tadabbur ialah ta‟ammul (memerhati),
meneliti di belakang atau penghujung sesuatu. Dengan itu, tadabbur al-Qur‟an adalah
memerhati terhadap maksud ayat al-Quran dengan penuh teliti. Ia berlaku melalui
penghayatan terhadap maksud ayat, memerhati makna dengan mata hati, memikirkan
maksud di sebalik ayat berdasarkan takwilan yang sahih.12
Ibn „Atiyyah [m.542H] menyebut tadabbur adalah meneliti perkara di sebalik sesuatu dan
takwilan bagi sesuatu.13
Al-Qurtubi [m.671H] pula mentakrifkan tadabbur dengan ringkas iaitu memikirkan secara
mendalam terhadap ayat-ayat dan makna-maknanya.14 10Muqatil bin Sulayman al-Balkhi, Tafsir Muqatil. (Beirut: Dar Ihya‟ al-Thurath, 2002) 1:335. 11Al-Baghawi, al-Husayn bin Mas„ud. Ma„alim al-Tanzil, (Riyad: Dar Tayyibah, 1988) 2:254. 12Al-Zamakhshari, „Abd al-Qasim Mahmud. Tafsir al-Kasyaf „an Haqa‟iq al-Tanzil wa „Uyun al-Aqawil fi Wujuh at-Ta‟wil, 1:284,438. 13 Ibn „Atiyyah, „Abd al-Haq bin Ghalib. Tafsir al-Muharir al-Wajiz, fi Tafsir al-Kitab al-„Aziz (Beirut: Dar Kutub al-„Ilmiyah, 2001) 2:161.
Univers
ity of
Mala
ya
85
Al-Khazin [m.741H] berpendapat tadabbur adalah menghayati makna ayat, memikirkan
hikmahnya serta memerhatikan pengajaran penting dalam ayat.15
Abu Hayyan [m.745H] pula berpandangan tadabbur ialah tafakkur terhadap ayat-ayat,
melakukan ta‟ammul iaitu memerhatikan maksud ayat sehingga kepada makna yang tersirat
di sebalik lafaz ayat.16
Al-Suyuti [m.911H] menerangkan makna tadabbur adalah hati yang khusyuk dan sibuk
memikirkan makna bagi ayat-ayat al-Quran yang dilafazkan. Seseorang itu perlu
mengetahui maksud bagi setiap ayat yang dibacanya, menghayati ayat-ayat seruan perintah
dan larangan. Sepertimana dia pasti menerima dan melaksanakannya, sekiranya dia tidak
melakukannya dengan sebab-sebab kecuaian maka dia memohon keampunan. Apabila
sampai kepada ayat yang menceritakan rahmat Allah dan khabar gembira dia segera
memohon kebaikan tersebut atau apabila sampai kepada ayat azab dia segera memohon
perlindungan agar dijauhkan daripadanya. Ayat-ayat yang mengagungkan dan mensucikan
Allah dia bertasbih dan bertahmid kepada-Nya, dan ayat-ayat berbentuk doa dia berdoa
dengan penuh tawaduk dan pengharapan.17
Demikian juga, Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah [m.1425H] dalam Kitab Qawa„id al-
Tadabbur al-Amthal telah menyatakan pengertian tadabbur menurutnya adalah proses
14 Al-Qurtubi, Muhammad bin Ahmad. Jami„ li al-Ahkam al-Qur‟an, ditahqiq oleh Abdullah bin „Abd al-Muhsin (t.t; Muassasah Risalah, 2006) 5:290 15 Al-Khazin, „Alauddin „Ali bin Muhammad. Lubab al-Ta‟wil fi ma„ani al-Tanzil, Cet.1, (Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyah, 2004) 2:137 16 Abu Hayyan, Muhammad bin Yusuf al-Andalusi. Al-Bahr al-Muhit, Ditahqiq oleh „Adil Ahmad „Abd al-Mawjud.Cet.1,( Beirut: Dar al-Kutub al„Ilmiah, 1993) 8: 338. 17 Al-Suyuti, Jalal al-Din „Abd al-Rahman. Al-Itqan fi „Ulum al-Qur‟an, Cet.1, (Beirut: Dar Kutub al-„Ilmiyah, 2007) 1:300
Univers
ity of
Mala
ya
86
pemikiran secara menyeluruh yang menyampaikan kepada petunjuk maksud perkataan
yang paling akhir serta lontaran maknanya yang paling jauh.”18
Ibn Qayyim [m.751H] telah menyimpulkan tadabbur al-Qur‟an adalah meneliti sepenuh
hati terhadap maksud ayat-ayat al-Quran dan menumpukan pemikiran secara mendalam
untuk memahami makna di sebalik lafaz-lafaznya.19Ia menepati tujuan dan keutamaan al-
Quran diturunkan agar manusia mengambil pengajaran dan hikmah daripadanya dengan
memanfaatkan sepenuhnya akal fikiran untuk memahami mesej-mesej yang tersurat dan
tersirat dalam al-Quran dan bukan sekadar bacaan tanpa menghayatinya.
Selain itu, jika disemak asas bagi perkataan (تدبر) terbina daripada bentuk kalimah
menunjukkan kepada perbuatan yang (التفعل) dan perkataan yang berbentuk (تفعل )
dilakukan dengan penuh usaha dan berulang-ulang kali. Ini menunjukkan amalan tadabbur
memerlukan usaha dan kesungguhan untuk meneliti secara berulang-ulang kali terhadap
maksud ayat sehingga mencapai kefahaman makna yang menyeluruh dan bertepatan
dengan maksud yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Berdasarkan pembentangan tersebut
menunjukkan tiada perselisihan di kalangan para mufassirin dalam mentakrifkan istilah
tadabbur.20 Semua pandangan tersebut menerangkan maksud yang hampir sama dan
bersifat saling melengkapi dalam menghuraikan istilah tadabbur. Bahkan, jika dirujuk pada
takrifan bahasa sekalipun kalimah tadabbur tidak banyak berbeza dengan makna istilah.
18„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani. Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah. (Damsyik: Dar al-Qalam, 2004),10. 19Ibn Qayyim. Madarij al-Salikin,. Mawsu„ah Nadratu al-Na„im. Cet.3 (Jeddah: Dar al-Wasilah, 2004) 3:909. 20 Rujuk artikel Tahrir ma„na al-tadabbur „inda al-mufassirin, Mafhum al-Tadabbur tahrir wa ta‟sil, Awraq „amal al-multaqa al-„ilm al-awwal li tadabbur al-Qur‟an al-Karim.(Riyad: Markaz Tadabbur, 2009) 93-94.
Univers
ity of
Mala
ya
87
Ringkasnya, dapat dirumuskan pengertian tadabbur menurut kupasan ulama kepada
beberapa noktah berikut. Tadabbur merupakan proses pemerhatian, penelitian terhadap
perkara di sebaliknya,21 dan pemikiran secara mendalam terhadap hakikat sesuatu,22 yang
memerlukan kesungguhan melalui proses secara berulang-ulang,23 untuk menghayati
maksud ayat dan mengambil hikmah pengajaran daripada ayat-ayatnya.
Selain itu, makna tadabbur juga secara umum difahami sebagai tafakkur iaitu
memikirkan tentang suatu perihal.24 Amalan tadabbur memerlukan peranan akal untuk
berfikir secara teliti, membuat pertimbangan dan mengkaji petunjuk-petunjuk dalil yang
menjelaskan maksud ayat. Atas asas itu, ternyata tafakkur adalah elemen yang penting
dalam tadabbur dan ia tidak dapat dipisahkan daripada fungsi hati yang diperlukan untuk
menghayati mesej al-Quran. Oleh itu, hakikat tadabbur berlangsung melalui penyatuan akal
dan hati yang berusaha memahami dan menghayati mesej-mesej yang terkandung dalam
nas al-Quran. Proses tadabbur harus terjadi seiring antara akal yang diasah untuk berfikir
dan hati yang digilap jernih untuk menghayati ayat-ayat Allah s.w.t.
Meskipun begitu, terdapat pula pandangan yang membezakan konteks tadabbur dan
tafakkur.25Alasannya ialah tadabbur menggunakan hati untuk merenung perkara yang
tersirat, manakala tafakkur menggunakan fikiran untuk meneliti petunjuk-petunjuk dalil.
21Ibn Manzur. Lisan al-Arab (Kaherah: Dar al-Ma„arif, 1955) 4: 273, Al-„Asakir. Furu„ al-Lughawiyah, (Kaherah: Dar „Ilm wa Thaqafah, t.t.) 58. Al-Jurjani, „Ali bin Muhammad. Mu„jam al-Ta„rifat. (Beirut: Maktabah Lubnan, 1985) 76. Al-Qurtubi. Jami„ li al- Ahkam al-Qur‟an, ditahqiq oleh ‟Abdullah bin „Abd al-Muhsin (t.t; Muassasah Risalah, 2006) 5: 290, Al-Tabari. Jami„ al-Bayan li Ta‟awil al-Qur‟an, (Mesir: al-Halabi) 1: 87, 5: 180. 22Mahmud al-Alusi. Ruh al-Ma„ani fi al-Tafsir al-Qur‟an al-„Adzim. (Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyah, 1994.) 5: 92 23Musa„id bin Sulaiman bin Nasir al-Tayyar. Mafhum al-Tafsir wa al-Ta‟wil wa al-Istinbat wa al-Tadabbur wa al-Mufassir (Jeddah: Dar al-Jawzy, 2002) 185. 24Dilihat pada Mafhum al-Tadabbur,157 yang menerangkan makna umum bagi tadabbur. 25Lihat ulasan lanjut pada perbincangan 1.3.1 Tadabbur dan Tafakkur.
Univers
ity of
Mala
ya
88
Namun, secara asasnya bagi penulis kedua-dua elemen akal dan hati amat penting dan perlu
bersinergi untuk mentadabbur al-Quran. Firman Allah s.w.t:
على ﴾٩﴿ ن زل بو الروح الأمي ﴾٩﴿ وإنو لتنزيل رب العالمي
بي ﴾٩﴿ ق لبك لتكون من المنذرين ﴾٩﴿ بلسان عرب م
Al-Syu„ara‟ 26: 192-195
Terjemahan: Dan sesungguhnya al-Quran (yang antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.(192) Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.(193) Ke atas hatimu supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi antara pemberi peringatan dan amaran (kepada umat manusia).(194) Ia diturunkan dalam bahasa Arab yang fasih dan terang lagi nyata.(195)
Jika dirujuk pada nas di atas, perhatikan Allah s.w.t telah menyebut al-Quran diturunkan
“ke atas hatimu” [على قلبك] tanpa menyebut kepada pendengaranmu, penglihatanmu atau
akal pemikiranmu. Allah memilih hati kekasih-Nya yang mulia iaitu Rasulullah s.a.w
kerana perkara utama yang dapat meresap kesucian al-Quran adalah hati yang suci, jernih
dari dusta dan hipokrasi. Berdasarkan dalil tersebut jelas menunjukkan hati merupakan
sasaran al-Quran. Sejak permulaan lagi al-Quran yang diturunkan meninggalkan banyak
kesan kepada hati-hati manusia.26Kerana itu, tadabbur tidak memadai hanya dengan
kecerdasan akal untuk memikirkan petunjuk-petunjuk bagi maksud ayat berdasarkan
penjelasan tafsir dan penguasaan ilmu. Bahkan, ia memerlukan medium hati yang jernih
untuk berinteraksi dengan ayat-ayat Allah s.w.t.
26„Isam bin Salih al-„Uwayyid, Fann al-Tadabbur fi al-Qur‟an al-Karim. Cet.3 (Riyad: Markaz al-Tadabur, 2010) 30-31.
Univers
ity of
Mala
ya
89
Kesimpulannya, berdasarkan keseluruhan perbincangan di atas, pengertian tadabbur
menurut kefahaman penulis adalah satu amalan yang memerlukan proses pemerhatian,
penelitian, pengkajian yang menyeluruh dan mendalam sehingga ke penghujung maksud
bagi sesuatu lafaz al-Quran. Hasil kefahaman ayat tersebut untuk mencapai penghayatan
dalam kehidupan melalui kesedaran beramal. Sehubungan itu, gambaran yang cukup jelas
untuk memahami sifat penghayatan tadabbur dapat diteladani melalui susuk peribadi
Rasulullah s.a.w dan para sahabat ra.hum yang menjiwai tadabbur dalam kehidupan
mereka.
Sebagai contoh, kisah yang mencatatkan detik keislaman Saidina „Umar al-Khattab
r.a.27 Sebelum Saidina „Umar r.a memeluk Islam, beliau mendapat berita mengenai
keislaman adik perempuannya. Perasaannya sangat marah lantas ingin membunuh Nabi
s.a.w. Dalam perjalanan untuk menemui adik perempuannya, beliau terdengar bacaan al-
Quran yang dibaca oleh adiknya lalu beliau terhenti sejenak menghayati beberapa petikan
ayat daripada surah Taha. Dengan izin Allah ayat-ayat tersebut telah memberi kesan dan
menjinakkan hatinya kepada Islam. Akhirnya, hasil daripada tadabbur ayat al-Quran telah
mengubah sudut pandang kehidupan dan kesedaran aqidah dalam diri Saidina „Umar r.a
daripada seorang yang syirik, kepada hamba yang bertuhankan Allah yang Esa.
Demikian itu, kehebatan tadabbur jelas terlihat pada kesan yang berlaku pada diri
seseorang sepertimana perubahan dari seorang musyrik menjadi mukmin yang mencintai
Islam. Hakikatnya, telah terbukti bahawa kesan tadabbur al-Quran dapat merubah watak-
27Rujuk al-Mubarakfuri, Sofi al-Din. Al-Rahiq al-Makhtum. (Qatar: Wizarah Awqaf, 2007) 101-105. Al-Mubarakfuri menyatakan dalam buku sirah nabawiyyah ini, Rasulullah s.a.w sering meminta dan berdoa kepada Allah s.w.t:“Ya Allah, muliakanlah Islam dengan salah seorang lelaki yang paling Engkau suka, sama ada Umar bin al-Khattab atau Abu Jahal bin Hisham”.
Univers
ity of
Mala
ya
90
watak manusia, merawat penyakit-penyakit manusiawi dan menjadi sumber ilmu dalam
kehidupan. Hasil bertadabbur al-Quran dapat menjinakkan hati manusia melalui
transformasi sifat atau amalan yang jelek kepada baik dan dari sifat yang baik kepada
peningkatan menjadi lebih baik. Berdasarkan contoh kisah sahabah r.a dan huraiannya tadi
memberikan persepsi jelas bagi penulis bahawa tahap capaian tadabbur yang paling tinggi
adalah penghayatan dan kesan al-Quran yang terzahir dalam amal kehidupan manusia.
2.3 Tadabbur dan perkaitannya dengan Tafakkur, al-Nazr, Ta’ammul, Tafsir, Ta’wil
dan Istinbat
Sekiranya diperhatikan perkataan tadabbur di dalam al-Quran lazimnya ia disertai bersama
al-Quran. Ia menunjukkan kalimah tadabbur mempunyai keistimewaan dan kepentingan di
sisi al-Quran dan tidak pada perkara lain. Namun, terdapat beberapa istilah lain yang turut
diperbahaskan ulama yang dilihat mempunyai perkaitan makna dengan perkataan tadabbur
seperti al-tafakkur, al-tadhakkur, al-nazr, al-ta‟ammul, al-„itibar dan al-istibsar. Istilah-
istilah tersebut pernah diulas oleh Ibn Qayyim yang berusaha melihat perkaitan konteks
yang wujud dengan maksud tadabbur. Memetik kenyataan Ibn Qayyim [m.751H] yang
bermaksud:28
“…dan dinamakan sebagai tafakkuran, tadhakkuran, nazran, ta‟ammulan yang turut dikenali sebagai tadabburan dan istibsaran. Demikian itu adalah beberapa istilah yang mempunyai makna yang hampir sama, dan ia dapat dikumpulkan sebagai sama dalam keadaan tertentu dan dibezakan dari sudut lain yang tertentu.
Dinamakan sebagai tafakurran kerana ia menggunakan akal fikiran terhadap sesuatu isu, dan dapat menghasilkan idea daripada fikiran tersebut.
28 Ibn Qayyim al-Jawzi, Miftah Dar al-Sa„adah, 1:182. Rujuk perbincangan lanjut dalam Mafhum al-Tafsir, al-Ta‟wil, al-Istinbat, al-Tadabbur dan al-Mufassirin yang ditulis oleh Dr Musa„id Sulayman bin Nasir al-Tayyar (Riyad: Dar Ibn Jawzi, 2002) 203-204.
Univers
ity of
Mala
ya
91
Dinamakan tadhakkuran iaitu mengingat dan menyebut penuh teliti perkara yang sedang dilihatnya. Dinamakan sebagai ta‟ammul kerana ia memerhati atau mengulang kaji penuh teliti secara berulang-ulang sehingga jelas baginya kebenaran dan terang keadaan hatinya bagi hakikat perkara tersebut.
Dinamakan „itibaran kerana ia adalah kesan yang lahir daripada
pengajaran. Apabila seseorang mengambil pengajaran daripada sesuatu perkara yang difikirkannya, maka itulah yang dinamakan „ibrah.
Dinamakan tadabbur kerana ia adalah pemerhatian pada maksud yang
disebalik lafaz dan maknanya yang paling akhir.”
Jika ditelusuri dengan cermat kepada semua istilah tersebut ia membawa
pengertian yang hampir sama dalam perkara tertentu dan juga berlainan pada sudut
yang tertentu. Namun, kesemua istilah tersebut mempunyai konotasi makna yang saling
melengkapi dan diperlukan dalam proses tadabbur untuk memahami dan menghayati
al-Quran.
Dr Musa„id al-Tayyar dalam bukunya „Mafhum al-Tafsir, al-Ta‟wil, al-Istinbat, al-
Tadabbur dan al-Mufassirin‟ telah menyatakan terdapat perbezaan antara تدبر dan تأثر
(terkesan) dalam konteks ketika mendengar ayat-ayat al-Quran. Kebanyakan orang terkeliru
antara dua situasi tersebut. Ini kerana manusia pada kebiasaannya memang mudah terkesan
dan khusyuk pada perkara yang difokuskannya. Sangkaan bahawa seseorang itu terkesan
dengan hanya mendengar ayat-ayat al-Quran tanpa kefahaman sudah dikira tadabbur
adalah kurang tepat kerana ia belum memenuhi maksud tadabbur.
Univers
ity of
Mala
ya
92
Hakikatnya, tadabbur berlaku apabila hati berinteraksi dengan akal untuk
memahami maksud ayat dan kesannya terserlah menerusi tindakan pancaindera.29 Oleh itu,
situasi ta‟athur iaitu tersentuh hati ketika mendengar bacaan al-Quran secara umum berlaku
atas faktor kemukjizatan al-Quran. Dr Musa„id al-Tayyar memberi pendapatnya bahawa
tidak dikira tadabbur al-Quran tanpa disertai kefahaman terhadap maksud ayat-ayat yang
didengar atau yang telah dibaca. Jika seseorang terkesan dengan hanya mendengar atau
membaca al-Quran tanpa faham. Ia adalah faktor kemukjizatan al-Quran yang melunakkan
hatinya bagi mendekati hidayah Allah s.w.t. Justeru, ia boleh jadi suatu langkah pertama
untuk menarik minat seseorang bagi mengetahui dan memahami maksud ayat-ayat tersebut.
Seterusnya, penulisan ini akan memfokuskan perbincangan terhadap beberapa
istilah yang mempunyai perkaitan langsung dengan tadabbur. Berikut istilah-istilah yang
menjadi perhatian penulis adalah tafakkur, al-nazr, ta‟ammul, tafsir, ta‟wil dan istinbat.
Istilah-istilah tersebut perlu diperincikan maknanya untuk melihat perkaitan konteks yang
wujud dari sudut persamaan atau perbezaannya dengan tadabbur.
2.3.1 Tadabbur dan Tafakkur
Perbuatan tafakkur adalah perlakuan berfikir secara serius untuk mendapatkan idea. Ia
dikaitkan dengan tadhakkur kerana melalui berfikir dapat mendatangkan cetusan ilmu. Ibn
Sayyidih berkata: “Al-fikr adalah menumpukan sepenuh perhatian untuk memikirkan
29Musa„id Sulayman bin Nasir al-Tayyar. Mafhum al-Istinbat, al-Tafsir, al-Ta‟wil, al-Tadabbur (Riyad: Dar Ibn Jawzi, 2002) 203-204.
Univers
ity of
Mala
ya
93
sesuatu”.30 Merujuk kepada pengertian Kamus al-Muhit yang menyatakan al-fikr iaitu (ف)
di baris bawah ialah bererti melakukan pemerhatian terhadap sesuatu.31 Ibn Faris pula
menyebut (فكر) adalah hati yang merasa ragu-ragu dengan sesuatu kenyataan atau
seseorang akan berfikir apabila hatinya diselubungi keraguan.32
Berdasarkan penjelasan tersebut difahami bahawa tafakkur menggunakan akal yang
berpandukan kepada cerapan penglihatan dan petunjuk hati. Melalui penaakulan akal tidak
semestinya dapat mencapai sasaran yang sebenar, hanya sekadar bergantung dengan apa
yang dilihat dan disaksikan berdasarkan panduan petunjuk-petunjuk dengan kadar yang
ada. Kerana itu, kebiasaannya istilah tafakkur dalam al-Quran disebut bersama konteks
ayat-ayat manzurah (penglihatan) terhadap penciptaan (al-kawn), dan bukannya pada ayat-
ayat masturah (terselindung) iaitu al-Quran. Ini kerana ia menjelaskan kepada perbezaan
konteks dilalah antara kedua-duanya. Jika dilihat pada perincian perbahasan bagi kedua-
dua istilah tafakkur dan tadabbur ini terdapat ulama yang membezakan. Merujuk kepada
maksud tadabbur adalah perbuatan hati yang memerhati dan menilai sesuatu dengan batin.
Manakala, tafakkur adalah perbuatan hati yang memerhati dan menilai dari sudut dalil dan
petunjuk pemikiran.33
30 Ibn Sayyidih. al-Muhkam wa al-Muhit al-„Azam. Al-Muhkam wa al-Muhit al-„Azam. Cet.1, (Beirut: Dar
Kutub ‘Ilmiyah, 2000). Rujuk perkataan ( فكر) 31 Al-Firuz Abadi. Kamus al-Muhit, (Beirut: Dar al-Fikr,1995) 413. Rujuk perkataan (فكر). 32 Ibn Faris. Abu Husayn Ahmad, Mu„jam Maqayis al-Lughah, (Beirut: Dar al-Jil,1999)4:466. Lihat pada perkataan (فكر). 33 Abu Hilal al-„Askari. Al-Furuq al-Lughawiyah (Kaherah: Dar „Ilm wa Thaqafah, 2010), 75.
Univers
ity of
Mala
ya
94
2.3.2 Tadabbur dan al-Nazr
Perkataan al-Nazr mudah difahami sepertimana berikut apabila anda berkata: “Aku melihat
sesuatu dengan penglihatan mata zahir yang turut disertai dengan pencerahan hati”. Mu„jam
Maqayis al-Lughah menyebut: نظر secara asasnya adalah merujuk kepada makna;
penelitian sesuatu (ta‟ammul). Melihat dan memerhati sesuatu dengan penuh teliti melalui
kedua-dua mata secara yakin.34Penerangan tersebut menunjukkan al-Nazr difahami sebagai
penglihatan secara teliti melalui kedua-dua belah mata.
Jelaslah, perbuatan al-Nazr sangat berkait rapat dalam proses tadabbur dan
berfungsi secara gabungan antara pemerhatian dan pemikiran untuk mencapai kefahaman
ayat al-Quran. Apa yang diperlukan adalah pemerhatian secara menyeluruh dan teliti yang
dapat membantu kefahaman makna ayat-ayat al-Quran secara mendalam. Justeru, bagi
penulis, al-Nazr adalah penting dan termasuk dalam proses bertadabbur al-Quran.
2.3.3 Tadabbur dan Ta’ammul
Pengertian ta‟ammul sangat berkait rapat dan sinonim dengan perkataan tathabbut iaitu
fokus, talabbuth iaitu sabar menunggu serta intizar iaitu memerhati dengan teliti. Kalimah
al-ta‟ammul diertikan sebagai al-tathabbut kerana ia suatu perbuatan yang tetap atau fokus
dalam pemerhatian. Manakala, jika dirujuk dalam Kamus al-Muhit menyatakan pengertian
al-ta‟ammul adalah menunggu (talabbuth) dengan sabar dalam urusan pemerhatian.35 Ibn
34 Ibn Faris. Mu„jam Maqayis al-Lughah. 5:444. Lihat pada perkataan (نظر). 35 Kamus al-Muhit. 866. Lihat pada perkataan ( أم ل )
Univers
ity of
Mala
ya
95
Faris pula menyebut terdapat dua pengertian bagi kalimah (أمل), pertama ialah fokus dan
sabar menunggu serta yang kedua ialah tali dari pasir”.36 Daripada dua pengertian tersebut
pastilah maksud yang pertama dilihat menepati bagi konteks ta‟ammul.
Namun, wujud perbezaan kecil antara istilah ta‟ammul dengan tadabbur jika dapat
diperincikan. Ta‟ammul adalah perbuatan meneliti sesuatu urusan secara satu persatu
dengan penuh sabar dan fokus sehingga mencapai matlamat maksud yang dikehendaki.
Manakala, tadabbur merujuk perbuatan yang lebih umum kerana memerlukan proses untuk
mendalami makna al-Quran secara menyeluruh dan sebahagian prosesnya turut
merangkumi ciri-ciri ta‟ammul al-Quran. Al-„Askari telah memberikan takrifan: “al-
ta‟ammul ialah penelitian terhadap sesuatu pengetahuan yang dikaji dan memerlukan
tempoh yang panjang. Setiap ta‟ammul adalah pemerhatian yang teliti, dan tidak semua
pemerhatian adalah ta‟ammul.” Justeru, perkataan ta‟ammul amat berkait rapat dengan
tadabbur, sepertimana yang disebut oleh al-Munawi: “al-Ta‟ammul ialah tadabbur
terhadap sesuatu dan mengulang-ulangi pemerhatian pada perkara tersebut untuk
mendalaminya”.37
36 Ibn Faris. Mu„jam Maqayis al-Lughah. 1:140. Lihat pada perkataan ( أمل ). 37Al-Munawi, al-Tawqif „ala Mahmat al-Ta„arif. ed. Muhammad Ridwan al-Dayah (Damsyik: Dar al-Fikr, 1989), 1:188.
Univers
ity of
Mala
ya
96
2.3.4 Tadabbur dan Tafsir
Ibn Faris menyatakan perkataan ( ر -س -ف ) memberi erti penjelasan, keterangan dan
penghuraian sesuatu.38 Merujuk kepada pengertian bahasa, tafsir (تفسير) atas wazan (تفعيل)
mendatangkan maksud penjelasan, penerangan atau penghuraian. Sebagaimana firman-
Nya:
Al-Furqan 25:33
Terjemahan: Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).
Menurut istilah, tafsir adalah ilmu yang membahaskan ayat-ayat al-Quran dari pelbagai
aspek dalil untuk menjelaskan dan menghuraikan maksud firman-Nya atas kadar
kemampuan manusia. Al-Suyuti menjelaskan pengertian tafsir menurut sebahagian ulama
ialah ilmu tentang penurunan ayat dan segala yang berkaitan dengannya, termasuk kisah-
kisah, sebab-sebab penurunan, susunan surah makkiyah dan madaniyyah, ayat muhkam dan
mutashabihat, nasikh dan mansukh, „am dan khas, mutlaq dan muqayyad, mujmal dan
mufassar, halal dan haram, janji dan ancaman, perintah dan larangan, tamsil dan contoh-
contohnya.39
38Ibn Faris. Mu„jam Maqayis Lughah, 4: 504. Kamus Dewan, ed. ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007), 1566. 39 Al-Suyuti, Jalal al-Din. al-Itqan fi „Ulum al-Qur‟an (Beirut: Dar Kutub al-„Ilmiyah, 2007) 2:347.
Univers
ity of
Mala
ya
97
Mungkin berlaku kekeliruan dalam masyarakat yang pernah menganggap tadabbur
adalah sama seperti tafsir. Salah faham ini menyebabkan umat Islam hidup dalam ketakutan
untuk mengambil pengajaran atau bertadabbur al-Quran kerana khuatir dikatakan mufassir
yang sesat. Sehubungan itu, perlu diketahui bahawa tafsir dan tadabbur adalah dua konteks
yang berbeza. Tafsir memerlukan kepada syarat keahlian atau kepakaran kerana seseorang
pentafsir perlu menguasai beberapa bidang ilmu khususnya yang berkaitan ilmu al-Quran.
Selain itu, ahli tafsir mengkaji Kalam Allah s.w.t untuk menghuraikan maksud ayat
dan menjelaskan tujuan yang dikehendaki daripada ayat-ayat Allah s.w.t. Demikian itu,
pentafsiran al-Quran adalah dilarang mengikut pandangan akal semata-mata tanpa
berlandaskan ilmu.40 Larangan tersebut jelas ditegaskan dalam beberapa riwayat hadith
antaranya daripada Ibn „Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
41" من قال ف القرآن بغير علم ف ليتب وأ مقعده من النار "Terjemahan: “Sesiapa mentafsirkan al-Quran dengan menggunakan akal semata-mata maka disediakan baginya tempat duduknya di dalam neraka.”
Serta yang diriwayatkan oleh Jundub r.a daripada Rasulullah s.a.w yang bersabda:
42"من قال ف القرآن برأيو فأصاب ف قد أخطأ "
Terjemahan: “Sesiapa mentafsirkan al-Quran dengan menggunakan akal semata-mata dan tafsirannya betul maka dia sebenarnya salah”.
40 Rujuk Khalid „Abd Rahman al-„Ak. Usul al-Tafsir wa Qawa„iduhu (Beirut: Dar al-Nafais, 2003),169. 41 Hadis riwayat al-Tirmidhi, Bab Ma Ja‟ fi al-Ladhi Yufassiru al-Qur‟an bi Ra‟yihi, no.hadith 2951. Status hadith adalah hadith hasan. Lihat Abu Isa Muhammad bin Isa al-Tirmidhi, “Jami„ al-Tirmidhi”, (Riyad: Dar al-Salam, 2009), 871. 42 Hadis riwayat al-Tirmidhi, Bab Ma Ja‟ fi al-Ladhi Yufassiru al-Qur‟an bi Ra‟yihi, no.hadith 2952. Status hadith adalah hadith gharib. Lihat Abu Isa Muhammad bin Isa al-Tirmidhi, “Jami„ al-Tirmidhi”, (Riyad: Dar al-Salam, 2009), 871.
Univers
ity of
Mala
ya
98
Dengan demikian perlu difahami tafsir al-Quran merupakan suatu disiplin ilmu yang terikat
dengan kaedah-kaedah ilmu yang tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Kerana itu,
tanggungjawab pentafsir adalah besar apabila ia perlu merujuk kepada sumber pendalilan
yang sahih dan memahami konteks masyarakat ketika ingin menjelaskan maksud ayat.
Berdasarkan penjelasan tersebut dapat difahami bahawa tafsir bukanlah tadabbur.
Ini kerana tadabbur merupakan proses meneliti, memahami dan menghayati mesej ayat
untuk mengambil pengajaran daripadanya. Ia jelas tidak memainkan posisi yang sama
seperti tafsir. Namun begitu, seseorang yang ingin bertadabbur memerlukan pencerahan
tafsir untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam mengenai sesuatu ayat. Oleh itu,
tafsir dan tadabbur realitinya amat berkaitan. Ini kerana untuk melahirkan tafsiran yang
sahih memerlukan tadabbur yang menyeluruh berdasarkan petunjuk makna yang tepat.
Demikian juga untuk menghayati al-Quran seseorang itu amat perlu kepada panduan
kefahaman yang betul melalui tafsiran yang sahih.
2.3.5 Tadabbur dan Ta’wil
Pengertian ta‟wil yang merujuk kepada kupasan beberapa ulama antaranya seperti berikut.
Menurut Ibn Manzur, ta‟wil adalah sama dengan tafsir.43 Al-Raghib pula berkata: tafsir
lebih umum jika dibandingkan dengan ta‟wil, namun kebanyakan menggunakan
maksudnya adalah sama dari segi lafaz dan pengertian.44 Manakala, Lisan al-„Arab
menjelaskan pengertian ta‟wil adalah;
43 Al-Fairuz Abadi, Kamus al-Muhit, 866, rujuk pada perkataan ( أول ) . 44 Al-Suyuti, Jalal al-Din. al-Itqan fi „Ulum al-Qur‟an, 2: 346.
Univers
ity of
Mala
ya
99
الأول: الرجوع, آل الشئ يؤول أولا ومآلا: رجع , وأول الكلام وتأولو: دبره )(هر و: فس وقدره,وأول 45
Terjemahannya: Kembali kepada asal atau merujuk kepada permulaan dalam suatu percakapan, di sebalik percakapan atau disebut sebagai mentafsirkannya.
Ta‟wil berasal daripada perkataan ( لأو ) yang ertinya kembali atau merujuk kepada asal
permulaan; kembali kepada permulaan dan asal bagi perkataan. Ta‟wil juga memberi
maksud menukarkan sesuatu kalimah kepada tafsiran makna yang lain. Umumnya, ta‟wil
menyamai dengan makna tafsir dari sudut pengertian bahasa. Merujuk kepada firman-Nya:
Al-Kahf 18: 82
Terjemahan: Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.
Dan juga pada ayat lain yang menyebut kalimah ta‟wil:
Al-„Imran 3:7
Terjemahan: …adapun orang yang dalam hatinya ada kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menuruti apa yang samar-samar daripada al-Quran untuk mencari fitnah dan takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya), padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsiran maksud yang sebenar) selain daripada Allah dan mereka orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama,.....
45 Rujuk Ibn Manzur, Lisan al-„Arab, (Kaherah: Dar Ma„arif,t.t),lihat pada kalimah (أول ), 1:172. Ibn Faris dalam Maqayis al-Lughah, 1:158
Univers
ity of
Mala
ya
100
Pelbagai takrifan diberikan kepada istilah ta‟wil antara lain kerana istilah ini muncul paling
masyhur melalui doa Rasulullah s.a.w terhadap Ibn „Abbas:46
ين وعلمو التأويل " و في الد " اللهم ف ق
Terjemahan: “Ya Allah berilah kefahaman agama kepadanya dan ajarkanlah ilmu ta‟wil kepadanya”
Amalan ta‟wil memerlukan kepada kemahiran, penguasaan disiplin ilmu al-Quran yang
tinggi serta pengalaman ruhani yang suci untuk menggapai makna ayat-ayat yang
bertepatan dengan kehendak Allah s.w.t. Ia adalah amalan yang dilakukan oleh pengkaji al-
Quran untuk mencapai kefahaman yang mendalam sepanjang proses tadabbur al-Quran.47
Setelah dibentangkan pengertian ta‟wil, jika diteliti pada amalan ta‟wil mempunyai
sudut persamaan dengan tadabbur dari segi mentadbir maksud di sebalik sesuatu lafaz ayat.
Ini kerana tadabbur merangkumi proses meneliti dan memerhati kepada maksud di sebalik
ayat dan juga pada makna secara zahir ayat. Boleh jadi, untuk mentadabbur pada ayat-ayat
yang tertentu memerlukan pentadabbur menukarkan maksud sesuatu kalimah al-Quran
kepada tafsiran makna yang lain. Ini kebiasaannya berlaku dalam situasi untuk memahami
ayat-ayat tentang sifat dan dhat Allah s.w.t. Justeru, dapat difahami fungsi ta‟wil diperlukan
dalam proses tadabbur untuk menghuraikan maksud ayat dan menerangkan kefahaman
yang sahih kepada pentadabbur dalam situasi-situasi tertentu.
46Hadith riwayat al-Hakim, Kitab Ma„rifah al-Sahabah, no. hadith 6280 dengan sanad yang sahih, dan hadith riwayat Ibn Hibban, Kitab Ikhbaruhu „s.a.w „an Manaqib al-Sahabat, Rijaluhum wa Nisau‟hum, Bab Dhakara Wafsu al-Fiqh wa al-Hikmah lilladhina da„ al-Mustafa s.a.w li Ibn „Abbas bihima, , no.Hadith 7055, dengan isnad yang sahih menurut syarat Muslim dan hadith riwaayat al-Tabrani, Bab al-Jim Min ‟Ismuhu Ja„far, no. hadith 3356. Lihat Abu „Abd Allah Muhammad bin „Abd Allah al-Hakim al- Naisaburi,“Mustadrak „ala al-Sahihain”(Beirut: Dar al-Kitab al-„Ilmiyah,2002), 615 dan Abu Hatim Muhammad, “Sahih Ibn Hibban”(Beirut: Muassasah al-Risalah,1993) 513 dan Abu Qasim Sulaiman bin Ahmad al-Tabrani, “al-Mu„jam al-Awsat”(Kaherah: Dar al-Haramain,1995) 345. 47„Abd Allah „Abd al-Ghani Sarhan, Tadabbur Hakikatnya dan Hubungan dengan Beberapa Istilah, dilihat pada‟Awraq „Amal Mafhum al-Tadabbur al-Tahrir wa Ta‟sil, (Markaz Tadabbur, 2009), 256.
Univers
ity of
Mala
ya
101
2.3.6 Tadabbur dan Istinbat
Al-Zujaj menjelaskan; “Makna (يستنبطنو) dari pengertian bahasa ialah mengeluarkannya,
yang pada asalnya adalah dasar perigi iaitu air yang dikeluarkan dari dasar perigi”.48
Menurut pengertian yang dirujuk daripada kamus: (نبط) -dasar perigi- mengeluarkan
sesuatu dari dasar. Ibn Manzur memberikan takrifan: “Istinbat bermaksud mengeluarkan
sesuatu iaitu seperti ilmu, pengalaman dan harta yang dikeluarkan daripadanya.49 Sebagai
contoh seorang faqih mengeluarkan hukum (istinbat) berdasarkan daripada ijtihad dan
kefahamannya terhadap ayat-ayat berkaitan dengan isu mua„malat .
Istinbat memerlukan medium akal untuk berijtihad bagi menghasilkan sesuatu
keputusan. Penetapan sesuatu hukum terhasil daripada penelitian dan pengkajian mendalam
terhadap perbahasan tafsir beserta dalil-dalil berkaitan. Sebelum mengeluarkan sesuatu
hukum daripada al-Quran, seorang fuqaha‟ perlu melalui proses tadabbur dalam setiap
tahap tadabbur sehingga mencapai aras kemampuan mengistinbat hukum. Daripada
penjelasan tersebut, dapat difahami perkaitan tadabbur dengan istinbat. Justeru, seorang
fuqaha‟ pasti melalui proses tadabbur untuk meneliti dan mengeluarkan sesuatu hukum
yang tepat. Sebaliknya, pentadabbur tidak perlu mencapai tahap fuqaha‟ untuk menghayati
al-Quran. Tadabbur hanya memerlukan komitmen akal dan hati untuk memahami manfaat,
hukum serta pengajaran daripada sesuatu ayat al-Quran.
48Ibid., Mafhum Tadabbur, 263. 49 Lisan al-„Arab. Rujuk perkataan (نبط ), 358.
Univers
ity of
Mala
ya
102
2.4 Tadabbur Salaf Salih
Perkembangan ilmu tadabbur pada hakikatnya bermula dari sejarah penurunan wahyu al-
Quran itu sendiri. Ketika wahyu diturunkan kepada Nabi s.a.w, ia turun beserta dengan
perintah dan seruan agar berfikir, merenung dan mengambil pengajaran daripada mesej-
mesej al-Quran yang disampaikan. Kerana itu, apabila Nabi s.a.w menerima wahyu,
baginda langsung menyampaikannya kepada para sahabat ra.hum untuk diamalkan. Mereka
menerima sepenuh perhatian wahyu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w dan berusaha
memahami pengajaran yang terkandung daripada ayat-ayat tersebut. Bahkan, kebanyakan
para sahabat menghafal dan berusaha sepenuhnya untuk beramal dengan ayat-ayat yang
diterima oleh mereka.
Situasi demikian nyata menunjukkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat ra.hum
merupakan insan-insan terawal yang melalui proses tadabbur. Ia sebagaimana yang tercatat
dalam riwayat khabar daripada Abu „Abd al-Rahman al-Salmi yang berkata: “Orang-orang
yang membacakan al-Quran kepada kami seperti Saidina „Uthman bin „Affan r.a, „Abd
Allah bin Mas„ud r.a dan selainnya pernah menyebut;
إذا تعلموا من النبي صلى الله عليو وآلو وسلم عشر أيات لم يجاوزوىا حتى يتعلموا ما فيها .قالوا:" فتعلمنا القرآن والعلم و العمل جميعا "من العلم والعمل.
Terjemahan: “Sesungguhnya apabila kami mempelajari 10 ayat daripada Nabi s.a.w, kami tidak akan melepasi ayat-ayat yang lain sehingga telah menguasai ayat-ayat tersebut secara ilmu dan juga beramal dengannya”. Mereka berkata: “Kami mempelajari al-Quran dengan ilmu dan beramal secara seiring”.50
50Rujuk Imam Ibn Taimiyah Taqiyuddin Ahmad bin „Abdul al-Halim, Muqaddimah fi Usul al-Tafsir Cet.2, (Beirut: Dar Maktabah al-Hayah) 35-36. Khabar ini adalah apa yang tercatat dan disampaikan daripada sumber sejarah yang telah diketahui mengenai pendekatan para sahabat ketika belajar dan mendalami al-Qur‟an. Dilihat juga pada Khalid „Abd al-Rahman al-„Ak, „Usul al-Tafsir wa Qawa„iduh. (Beirut: Dar al-Nafais, 2003), 33.
Univers
ity of
Mala
ya
103
Nabi s.a.w turut menjelaskan tafsiran makna ayat-ayat al-Quran yang kurang jelas kepada
para sahabat ra.hum sehingga ia difahami dengan terang. Bertepatan dengan firman Allah
s.w.t yang menjelaskan peranan Rasul kepada umatnya:
Al-Nahl 16: 44
Terjemahan: Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya.
Jika diperhatikan pada penghujung ayat tersebut jelas dinyatakan „supaya mereka
memikirkannya‟ adalah suatu peringatan daripada Rasul agar mereka mengambil
pengajaran daripadanya.51 Ayat seumpama ini antara contoh bentuk seruan kepada
manusia agar bertadabbur! Ia difahami menerusi isyarat kalimah tafakkur, ta„aqul dan
ta‟ammul yang kadangkala didatangkan dalam bentuk nada yang mengancam, menyeru
dan suruhan. Ayat-ayat sebegini dilihat sebagai „reverse psikology‟ daripada Tuhan
untuk menjentik pemikiran dan melunakkan hati manusia. Tujuannya agar mereka
berfikir dan merenung sejenak tentang hakikat atau kebenaran sesuatu perkara sehingga
mencapai pengakuan keimanan pada Rabb al-„Alamin.
Selanjutnya, jika disoroti lembaran kisah Rasulullah s.a.w dan para sahabat
ra.hum sebagai generasi salaf salih ketika menghayati mesej yang disampaikan oleh al-
Quran adalah begitu mengujakan. Banyak riwayat yang menyebutkan sifat tadabbur
Rasulullah s.a.w serta para sahabat ra.hum yang sering menangis dan gementar setiap
51 Rujuk huraian terjemahan Tafsir Ibnu Kathir yang menyebut maksud “ supaya mereka melihat ” ونلعلهم يتفكر diri mereka sendiri agar mendapat petunjuk dan beruntung dengan keselamatan di dunia dan akhirat.„Abdullah bin Muhammad, Tafsir Ibn Katsir, terj. M. Abdul Ghoffar E.M dan Abu Ihsan al-Atsari, Cet.2 (Bogor: Pustaka Imam Asy-Syafi‟i, 2006) 5: 66
Univers
ity of
Mala
ya
104
kali membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran. Setiap ayat yang diturunkan pasti
diambil perhatian oleh mereka dan berusaha untuk bertadabbur serta mengambil
pengajaran daripadanya. Ternyata keimanan generasi salaf salih telah mendahului al-
Quran! Jiwa mereka seperti „dirasuk‟ keimanan setelah nekad menerima apa jua
perintah atau tegahan yang diturunkan oleh Allah s.w.t.52
Keistimewaan para sahabat ra.hum tidak mampu ditandingi kerana mereka
hidup di samping Rasulullah s.a.w dan merupakan golongan yang menyaksikan wahyu.
Bahkan, sebahagiannya menjadi sebab kepada wahyu diturunkan. Sehubungan itu para
sahabat ra.hum adalah manusia yang paling dekat dalam memahami dan menghayati
konteks nas-nas al-Quran setelah Rasulullah s.a.w.53 Demikian itu, jika disemak dengan
penuh penghayatan kisah dan gambaran sifat tadabbur Rasulullah s.a.w serta para
sahabat ra.hum pasti memberi kesan dan tauladan yang sempurna kepada umat manusia.
Oleh itu, menjadi tuntutan bagi kita mempelajari ciri-ciri tadabbur al-Quran
menerusi sirah Rasulullah s.a.w dan teladan para sahabat ra.hum sebagai generasi salaf
salih. Menerusinya, masyarakat dapat memahami pendekatan yang terbaik untuk
bertadabbur dan meningkatkan kesedaran mengenainya. Dengan itu, ilmu tadabbur
akan terus berkembang dan dipraktikan sehingga kepada generasi kini.
Seterusnya, persoalan yang penting di sini adalah apakah hukum bertadabbur?
Adakah ia merupakan tuntutan yang wajib atau hanya disunatkan? Dengan ini, penulis
akan menghuraikan perbincangan para ulama dan ilmuan berkenaan hukum tadabbur.
52 Hikmat bin Basyir Yasin, Manhaj Tadabbur al-Qur‟an al-Karim, Cet.1 (Riyadh: Dar al-Hadarah, 2004) 29-31 53 Ibid., 21.
Univers
ity of
Mala
ya
105
2.4.1 Hukum Tadabbur
Tadabbur al-Quran pada hakikatnya adalah sebesar-besar ketaatan dan semulia-mulia
ibadah. Segala suruhan dan tegahan Allah s.w.t telah termaktub di dalamnya. Lantaran itu,
adakah tadabbur menjadi suatu keperluan? Apakah tuntutan selepas membaca al-Quran?
Bagaimanakah pandangan ulama berkenaan hukum tadabbur? Adakah ia suatu keharusan
ataupun kewajipan bagi semua manusia untuk mentadabbur al-Quran? Justeru, berdasarkan
persoalan tersebut akan dikupaskan mengenai keperluan dan keutamaan tadabbur disertai
dengan rujukan dan penjelasan oleh para ulama berkenaan hukum bertadabbur serta
sandaran dalil-dalilnya.
Terdapat empat tempat di dalam al-Quran yang menyebut lafaz tadabbur secara
langsung dan ia menunjukkan kepada seruan bertadabbur. Empat ayat tersebut umumnya
menceritakan perihal golongan munafiqin dan mushrikin sebagai pengajaran. Firman-Nya:
Al-Nisa‟4:82,
Terjemahan: Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran? Kalau kiranya Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.
Ayat ini diturunkan selepas hijrah ke Madinah dan sebab penurunannya berlaku kerana
puak munafik telah menuduh al-Quran dibuat oleh manusia. Lantas Allah s.w.t telah
mencabar mereka supaya memperhatikan al-Quran! Sekiranya al-Quran bukan daripada
Allah s.w.t pasti mereka mendapati perselisihan. Justeru, ayat ini menjadi hujah dan
Univers
ity of
Mala
ya
106
penegasan bahawa al-Quran adalah daripada Allah s.w.t.54 Berikut adalah ayat yang
melontarkan celaan terhadap golongan yang kufur pada al-Quran. Firman-Nya;
Muhammad 47: 24
Terjemahan: Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran ataukah hati mereka telah terkunci?
Menerusi ayat ini, jelas golongan ingkar dikecam melalui kenyataan „Adakah hati mereka
telah terkunci mati?!‟ atau „tidakkah mereka dapat berfikir?!‟. Ayat tersebut menegaskan
manusia supaya berfikir tentang kebenaran al-Quran, kebesaran Allah sw.t dan kekuasaan-
Nya. Secara tidak langsung, ia turut mengisyaratkan keutamaan tadabbur menerusi seruan
atau gesaan supaya manusia bertadabbur. Oleh itu, adalah tidak tepat jika ada yang
berpendapat bahawa tadabbur hanya suatu keharusan. Ini kerana, hakikatnya Allah s.w.t
mencela dan mengecam orang yang tidak bertadabbur al-Quran!
Selanjutnya, dua ayat lagi yang merupakan ayat-ayat Makkiyah yang menyeru
golongan musyrikin agar merenung kebenaran al-Quran. Ayat ini cukup nyata sebagai
tempelakan kepada mereka yang tidak memerhatikan ayat-ayat Allah s.w.t. Firman-Nya:
Al-Mu‟minun 23: 68
Terjemahan: Maka apakah mereka tidak memperhatikan perkataan (Kami), atau apakah telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada nenek moyang mereka dahulu?
54Rujuk tafsiran surah an-Nisa‟ pada Sayyid Qutd, Tafsir fi Zilal al-Quran, terj. Yusoff Zaky Hj Yacob, (Kelantan: Pustaka Aman, 2000) 5: 451.
Univers
ity of
Mala
ya
107
Begitu juga, yang disebut pada surah Sad merupakan ayat yang menempelak golongan
musyrikin agar berfikir dan memperhatikan tanda-tanda kebenaran Islam serta
kekuasaan Allah s.w.t. Semoga dengan merenung ayat-ayat al-Quran, hati mereka
menjadi lunak untuk menerima hidayah dan beriman kepada Allah s.w.t. Firman-Nya:
Sad 38: 29
Terjemahan: Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah agar mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
Kesimpulannya, ayat-ayat tersebut adalah nas yang menjelaskan tujuan penurunan al-Quran
adalah supaya manusia bertadabbur dan mengambil pengajaran daripadanya. Hakikatnya,
seruan mentadabbur al-Quran tidak terbatas kepada golongan musyrikin atau munafiqin.
Bahkan, seruan bertadabbur ini adalah keutamaan kepada golongan mukmin agar mereka
bersungguh-sungguh memahami, mengambil manfaat dan pengajaran daripada al-Quran.
Imam al-Tabari [m.310H] telah menyebut dalam tafsirnya: “tadabburlah ayat-ayat-
Nya..”55 yang merupakan seruan kepada individu supaya memerhatikan maksud ayat al-
Quran dan mengambil pengajaran daripadanya. Ini kerana tuntutan penting ke atas manusia
inilah yang menjadi kunci kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat.56 Oleh sebab
itu, orang-orang beriman adalah golongan yang paling beruntung kerana mereka
mengambil manfaat dan pengajaran daripada al-Quran.
55Al-Tabari, Abu Ja„far Muhammad Jarir. Jami„ al-Bayan „an Ta‟wil Ay al-Qur‟an. (Mesir: al-Halabi) 2:153. 56Khalid bin „Abd Karim al-Lahim, Mafatih Tadabbur al-Qur‟an wa al-Najah fi al-Hayah. Mesir: al-Iskandariah, 2004.
Univers
ity of
Mala
ya
108
Demikian itu, setelah memahami kepentingan dan tuntutan tadabbur. Selanjutnya,
apakah hukum bagi tadabbur yang difahami daripada nas-nas tersebut? Para ulama berbeza
pandangan dalam memahami nas untuk menentukan hukum tadabbur.
Pandangan pertama, berdasarkan sumber daripada Imam al-Suyuti [m.911H] yang
menyatakan hukum bertadabbur menurutnya adalah sunat sepertimana dalam kenyataan
beliau yang bermaksud:
“Disunatkan membaca al-Quran beserta tadabbur iaitu kefahaman. Demikian itu menunjukkan suatu maksud yang besar dan tuntutan yang amat penting. Ini kerana melalui tadabbur dan faham akan beroleh ketenangan, kelapangan hati dan penerangan jiwa.
FirmanNya dalam surah Sad:29, maksudnya: “Kami turunkan Kitab al-Quran kepada kamu (Muhammad) penuh barakah agar mereka dapat mentadabbur ayat-ayatnya”. Demikian juga dalil daripada surah al-
Nisa‟:82, […أفلا يتدبرون القران] maksudnya: “tidakkah mereka
mentadabbur al-Quran?! Ayat-ayat tersebut menyifatkan tadabbur sebagai: menyibukkan hati dan menumpukan sepenuh penghayatan dan pemikiran terhadap apa yang dilafazkan, sehingga dapat diketahui makna bagi keseluruhan ayat. Hasil kefahaman ayat dapat diperhatikan suruhan dan larangan sehingga semua perkara tersebut mampu diterima. Sekiranya bacaan sampai kepada ayat-ayat yang mengancam mohonlah keampunan dan apabila sampai kepada ayat-ayat rahmah mohon dan mintalah kegembiraan tersebut. Demikian juga sekiranya ayat tersebut menyebut tentang azab mohonlah perlindungan, atau ayat-ayat yang berupa doa maka mohonlah dengan penuh hajat dan berharap.” 57
57Al-Suyuti, Jalal al-Din, al-Itqan fi „Ulum al-Qur‟an (Beirut: Dar Kutub al-„Ilmiah, 2007) 1:216-217. Imam al-Suyuti mengulas dalam permasalahan: Disunatkan membaca al-Qur‟an dengan tadabbur dan kefahaman, dalam bab Adab tilawah al-Qur‟an dan karyanya.
Univers
ity of
Mala
ya
109
Kenyataan Imam al-Suyuti [m.911H] dalam al-Itqan fi „Ulum al-Qur‟an telah
menunjukkan kepada hukum bertadabbur adalah sunat. Membaca al-Quran dengan disertai
tadabbur dan kefahaman adalah amalan penting yang dituntut. Ini bermakna sangatlah rugi
atau makruh apabila seorang itu meninggalkan amalan tadabbur al-Quran. Beliau
menyifatkan tadabbur sebagai menyibukkan hati dan menumpukan sepenuh penghayatan
dan pemikiran terhadap apa yang dilafazkan sehingga difahami makna ayat secara umum
dan menyeluruh. Ini selari dengan tujuan utama tadabbur iaitu untuk mendapat peringatan
dan pengajaran daripada al-Quran. Kenyataan tersebut menunjukkan tadabbur mempunyai
suatu tujuan yang besar dan mempunyai tuntutan yang amat penting.
Al-Zarkashi [m.794H] menyebut bahawa sesiapa yang tidak mempunyai ilmu, kefahaman,
taqwa dan tadabbur, maka dia tidak akan mengetahui kelazatan al-Quran.58
Al-Sa„di [m.1376H] mengemukakan pendapatnya mengenai tadabbur iaitu pengkaji al-
Quran melakukan pemerhatian terhadap ayat al-Quran dengan teliti, mengambil petunjuk
yang benar dan berhati-hati daripada kecuaian. Mereka memenuhi hati dengan keimanan
dan mendapatkan kefahaman al-Quran. Jelas cara berhubung dengan Allah dan terang jalan
menuju ke syurga. Mengenal Rabb melalui nama, sifat dan ehsan-Nya sehingga hati mereka
merindui ganjaran daripada-Nya. 59
Meskipun begitu, pandangan kedua sebahagian ulama berpegang bahawa hukum
tadabbur adalah wajib bagi orang Islam mengikut kadar kemampuan mereka. Pandangan
kedua ini berbeza dengan pandangan Imam al-Suyuti yang menyebut tadabbur sebagai
58Al-Zarkashi. al-Burhan fi „Ulum al-Qur‟an. 2:171. Salman bin „Umar al-Sunaydi. Tadabbur al-Qur‟an. cet.3, (t.t, t.t, 2002), 5. 59Al-Sa„di, „Abd al-Rahman. Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan. Cet.1, (Riyad: Maktabah al-Ma„arif,1999) 1: 788.
Univers
ity of
Mala
ya
110
sunat. Pandangan kedua ini berasaskan pemahaman daripada dua nas berikut iaitu surah
Muhammad ayat 24 dan surah al-Nisa‟ ayat 82.
Firman-Nya:
Muhammad 47: 24
Terjemahan: Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran ataukah hati mereka telah terkunci?
Al-Nisa‟4:82,
Terjemahan: Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran? Kalau kiranya Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.
Imam al-Shawkani [w.1250H] dalam Kitab Fath al-Qadir menyatakan bahawa nas-
nas tersebut menegaskan tadabbur al-Quran adalah suatu kewajiban.60 Kenyataan tersebut
sejajar dengan keutamaan dan kepentingan tadabbur yang tidak boleh dipandang ringan.
Bahkan, Imam al-Shanqiti [m.1393H]61 pula menyebut beberapa ulama mufassirin
berpegang bahawa perbuatan meninggalkan tadabbur adalah suatu pengabaian terhadap al-
Quran dan ia ternyata dilarang.
Begitu juga Ibn Kathir [m.774H] dalam tafsirnya turut menghuraikan nas-nas
tersebut sebagai isyarat perintah daripada Allah s.w.t yang menegaskan agar hamba-hamba-
60Al-Shawkani, Muhammad bin „Ali. Fath al-Qadir (Beirut: Dar Kutub al-„Ilmiyah,1993) 1:741. Lihat kupasan lanjut pada Nasir bin Sulayman al-„Umar, Afala yatadabbarun al-Qur‟an. Cet.1(Riyad: Dar al-Nahdah, 2011) 7. 61Al-Shanqiti, Muhammad al-Amin bin Muhammad al-Mukhtar, Adwa‟ al-Bayan. Cet.1 (Makkah al-Mukarramah: Dar „Ilm al-Fawa’id, 2005) 6:345.
Univers
ity of
Mala
ya
111
Nya mentadabbur al-Quran dan menegah mereka berpaling dari pengajarannya.62 Kerana
itu, bagi orang yang membaca atau mendengar al-Quran tanpa usaha memahami,
menghayati dan memerhatikan isinya dibimbangi perbuatannya termasuk dalam kalangan
orang-orang yang lalai dan ia mendapat kecaman dan celaan daripada Allah s.w.t.
Berdasarkan huraian tersebut, penulis cenderung dengan pendapat kebanyakan
ulama yang menyatakan hukum bertadabbur adalah tuntutan atas semua individu. Bahkan,
ia merupakan tuntutan syar„ie yang diwajibkan bagi setiap muslim mengikut kadar
kemampuan dan tahap pengetahuan. Walau bagaimanapun, hukum tadabbur boleh berubah
mengikut konteks keilmuan dan pengetahuan seseorang individu. Misalnya, hukum bagi
orang „ajam iaitu yang bukan berbangsa Arab mungkin berbeza kerana faktor sosiobudaya
yang tidak berbahasa Arab dan tidak majoriti yang tahu membaca al-Quran. Oleh itu, bagi
mereka untuk mencapai tahap tadabbur al-Quran perlu bermula dengan asas ilmu membaca
al-Quran terlebih dahulu. Bertitik tolak dari asas itu, belajar tajwid dan tahu membaca al-
Quran menjadi kewajiban pertama sebelum kewajiban bertadabbur.
Sehubungan itu, pandangan yang menyebut tadabbur ialah sunat merujuk kepada
konteks masyarakat yang masih jahil tentang al-Quran atau yang menganggap al-Quran
hanya sekadar tilawah. Ia sebagai galakkan kepada masyarakat untuk mendekati al-Quran
secara berperingkat. Mereka harus menyedari bahawa setelah membaca al-Quran, adalah
dituntut supaya memahami makna dan mengambil pengajaran daripadanya. Demikian itu,
barulah al-Quran sebagai Kalam Allah benar-benar dimanfaatkan sebagai petunjuk. Setiap
orang mampu untuk bertadabbur al-Quran sepertimana firman Allah s.w.t:
62 Ibn Kathir, Isma‘il bin „Umar. Tafsir al-Qur‟an al-„Azim. (Beirut: Dar al-Fikr, 1980) 4:34.
Univers
ity of
Mala
ya
112
رنا القرآن للذكر ف هل من مدكر ولقد يسAl-Qamar 54:17
Terjemahan: Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran Untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?
Justeru, tiada alasan untuk tidak bertadabbur al-Quran kerana Allah s.w.t telah menyebut
al-Quran itu dijadikan mudah untuk difahami pengajarannya. Maka sesiapa sahaja mampu
mengambil pengajaran daripadanya kerana ia kitab hidayah untuk umat manusia.
2.4.2 Syarat-syarat Tadabbur
Nas-nas al-Quran berkenaan tadabbur yang dibentangkan sebelum ini menjelaskan bahawa
tadabbur adalah satu seruan yang penting kepada manusia. Ia sebagai bukti bahawa al-
Quran adalah Kalam Allah s.w.t yang penuh kemukjizatan. Ia berkomunikasi dengan hati
orang yang ikhlas membaca atau mendengarkannya. Keindahan serta ketepatan bahasanya
tiada tandingan. Isi kandungan al-Quran menjadi sumber dan petunjuk yang benar kepada
manusia. Kerana itu, amalan tadabbur menjadi sunnah Rasulullah s.a.w yang diteladani
oleh generasi para sahabat ra.hum dan yang selepasnya.
Sehubungan itu, setelah difahami tuntutan dan keperluan tadabbur dalam kehidupan
manusia. Selanjutnya, apakah tadabbur memerlukan syarat-syarat atau ciri-ciri yang
membawa kepada keberkesanan tadabbur? Begitu juga kenapa para sarjana kini baru
mementingkan perbincangan terhadap ilmu tadabbur? Sedangkan, isu ini tidak dibahaskan
atau tidak berlaku perbincangannya oleh generasi salaf salih. Mungkinkah pula para ilmuan
kini melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh generasi salaf salih atau berlaku
kefahaman yang berbeza antara ilmuan kini dengan generasi salaf salih yang terdahulu?
Univers
ity of
Mala
ya
113
Hakikatnya, bukanlah demikian kerana Rasulullah s.a.w dan para sahabat ra.hum
adalah golongan yang paling memahami maksud ayat-ayat Allah s.w.t. Kerana itu mereka
mempraktikan tadabbur secara langsung dengan al-Quran. Oleh itu, Rasulullah s.a.w dan
para sahabat ra.hum menjadi contoh terbaik dalam mempraktiskan Islam secara syumul.
Pengamalan mereka pada tuntutan al-Quran berlaku secara langsung dan ia menjadi
keutamaan berbanding keperluan dalam perbincangan teori ilmu tadabbur.
Sebaliknya, jika diperhatikan terhadap kesedaran bertadabbur pada masyarakat kini
semakin berkurangan apabila dibandingkan dengan generasi salaf salih. Masyarakat hari ini
semakin jauh dengan ilmu al-Quran yang dengan demikian menjadikan faktor kehidupan
mereka jauh daripada penghayatan beragama. Atas dasar itu, pendedahan ilmu tadabbur
atau penjelasan mengenai tuntutan bertadabbur al-Quran menjadi amat penting. Para
ilmuan berperanan menerangkan kepentingan bertadabbur melalui contoh-contoh nyata
yang dapat diteladani daripada sirah Rasulullah s.a.w dan salaf salih. Justeru, berdasarkan
kisah-kisah mereka yang bertadabbur al-Quran diharap dapat memberikan kesan dan
galakan kepada masyarakat untuk memahami dan menghayati al-Quran.
Seterusnya, penulisan ini juga akan menghuraikan isu adakah untuk mentadabbur
al-Quran memerlukan sesuatu syarat atau kelayakan? Secara dasarnya, untuk bertadabbur
tidak memerlukan kepada sebarang syarat keahlian atau kepakaran. Tidak mengira bangsa,
bahasa, kelompok tertentu, sama ada muslim atau pun bukan muslim. Sesiapa sahaja boleh
mentadabbur ayat-ayat al-Quran, bahkan ia menjadi suatu tuntutan. Ini kerana al-Quran
merupakan kitab hidayah bagi semua manusia. Ternyata kitab Allah s.w.t ini memenuhi
keperluan dan naluri insan dengan memberikan panduan dan kesejahteraan hidup bagi
sesiapa yang mengamalkannnya. Tadabbur al-Quran menjadi wasilah penting untuk
Univers
ity of
Mala
ya
114
memahami sumber kebenaran dan mencapai matlamat al-Quran itu diturunkan. Namun,
apakah kriteria atau syarat-syarat yang membawa kepada tadabbur al-Quran?
Antara kriteria atau syarat utama untuk mentadabbur al-Quran seperti berikut.63
Pertama, adalah keikhlasan niat untuk mencari kebenaran ketika membaca atau mendengar
ayat-ayatNya. Ketulusan hati ketika berinteraksi dengan ayat-ayat al-Quran akan membawa
pembacanya menemui kebenaran. Kedua, penghayatan al-Quran diperolehi melalui bacaan
yang tepat dalam tajwid dan nada suara yang sesuai dengan maksudnya. Kerana itu,
tuntutan mempelajari al-Quran bermula daripada memperelokkan tajwid sehingga kepada
memahami makna dan beramal dengannya. Ketiga, kriteria yang membawa kepada
tadabbur apabila seseorang membaca al-Quran secara tartil iaitu dengan perlahan-lahan
dan tenang. Menerusi bacaan tartil dapat diperhatikan ayat-ayat yang menyeru manusia
supaya berfikir. Ibn Manzur pernah menyebut bahawa membaca dengan jelas tidak
mungkin berlaku sekiranya membaca dengan terburu-buru. Ia hanya sempurna apabila
seseorang menyebut semua huruf dengan memenuhi cara pembacaan huruf yang tepat.64
Sehubungan itu, membaca al-Quran memerlukan interaksi hati dengan ayat-ayat
yang dibaca. Ia berlaku apabila seseorang memahami maksud yang disampaikan
daripadanya. Interaksi berlaku seolah-olah al-Quran sedang berbicara langsung dengan hati.
Kesannya akan menumbuhkan rasa khusyuk terhadap jiwa sehingga lahir tindakan untuk
beramal dengan ayat-ayat Allah s.w.t. Kalam Allah s.w.t dapat menyentuh jiwa yang
bersih, ikhlas penuh kerendahan hati, jiwa kehambaan dan ikhlas untuk menghayati ayat-
ayat Allah. Kejayaan tadabbur berlaku apabila seseorang itu dapat menjaga kemuliaan adab
63
Khalid Uthman al-Sabt. Al-Khulasah fi Tadabbur al-Qur‟an al-Karim.(Riyad: Dar al-Hasarah, 2016) 39-40. 64Rujuk Ibn Manzur, Lisan al-„Arab, 11:265
Univers
ity of
Mala
ya
115
ketika membaca dan mendampingi al-Quran. Oleh kerana hati manusia sentiasa berbolak
balik, maka perlu bermohon kepada Allah agar dibukakan hati untuk memahami ayat-ayat-
Nya.
Penulis merumuskan ciri-ciri pentadabbur yang mentadabbur al-Quran perlu mempunyai
syarat-syaratnya berikut:65
i. Suci hati, perasaan dan pemikiran daripada runtunan hawa nafsu terhadap kepentingan
duniawi.
ii. Melihat kepada tafsiran yang betul dari sumber yang muktabar untuk memahami ayat-
ayat Allah s.w.t. Seperti, merujuk makna suatu ayat al-Quran dengan tafsiran ayat yang
lain, penjelasan daripada hadith sahih, athar para sahabat dan sumber-sumber ilmu yang
muktabar.
iii. Adalah lebih baik menguasai asas-asas ilmu seperti bahasa Arab kerana al-Quran
diturunkan dalam bahasa Arab. Di samping, turut mengetahui ilmu asas asbab al-Nuzul
nasikh mansukh, fiqh, tauhid sehingga apabila membaca ayat dapat memahami makna
melalui tafsiran yang betul.
iv. Keperluan asas kepada pengetahuan makna-makna al-Quran memerlukan proses
tadabbur dan tafakkur. Seseorang pentadabbur al-Quran tidak dapat memahami wahyu
secara benar sekiranya ia tidak membersihkan dirinya daripada sifat-sifat bid„ah dalam hati
dan amalannya, atau berterusan dengan dosa-dosa atau dalam jiwanya ada perasaan riya‟
atau kecenderungan kepada hawa nafsu, amat cintakan dunia dan lemah iman. Selain itu,
hasil tadabbur tidak tepat jika hanya berpegang kepada kata-kata seorang mufassir secara 65
Khalid Uthman al-Sabt. Al-Khulasah fi Tadabbur al-Qur‟an al-Karim. 41-61.
Univers
ity of
Mala
ya
116
zahir dan tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai tafsirannya atau hanya
merujuk kepada pemikiran akalnya semata-mata. Demikian ini semua adalah punca-punca
penghalang untuk memahami makna ayat-ayat al-Quran dan tafsiran yang sejahtera.66
Di samping itu juga individu yang membaca al-Quran seharusnya perlu melakukan
persediaan diri untuk bertadabbur al-Quran pada tiga keadaan. Ia adalah persiapan
tadabbur sebelum membaca al-Quran, ketika membaca dan sesudah membaca al-Quran
sepertimana berikut:
a. Persediaan sebelum mentadabbur al-Quran.
Bermula dengan memahami tujuan membaca al-Quran adalah untuk memahami
tuntutannya. Cara melatih diri untuk mentadabbur al-Quran adalah melalui beberapa
perkara yang disebutkan oleh para ulama antaranya dengan mendidik diri untuk ikhlas. Hati
yang ikhlas adalah rahsia dan kunci yang mendorong kefahaman dalam bertadabbur. 67
b. Semasa mentadabbur al-Quran
Syarat-syarat mentadabbur al-Quran juga bermula dengan memelihara adab dengan al-
Quran. Seseorang itu perlu berdoa agar dikurniakan tadabbur daripada Allah s.w.t.
Kemudian membaca al-Quran dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa agar setiap ayat
yang dilewati dapat diperhatikan maksudnya. Setelah itu, cuba melatih diri berulang-ulang
kali ketika membaca untuk melahirkan perasaan dengan merasakan setiap maksud ayat
adalah ditujukan kepada diri sendiri. Dengan pendekatan tersebut, ayat-ayat al-Quran pasti
meninggalkan kesan dan menjadi penawar yang mujarab bagi setiap permasalahan
66 Khalid „Abd Rahman al-„Ak. ‟Usul al-Tafsir wa Qawa„iduh. (Beirut: Dar al-Nafa’is, 2003) 95. 67Hashim bin „Ali al-Ahdal, Ta„lim Tadabbur al-Qur‟an. Cet.1 (Jeddah: Markaz Dirasat al-Ma„lumat al-Qur‟aniyah, 2008) 165-178.
Univers
ity of
Mala
ya
117
manusia. Di samping itu, ayat-ayat tertentu yang berbentuk doa juga boleh dijadikan
sebagai amalan wirid dalam kehidupan.
c. Selepas mentadabbur al-Quran.
Tuntutan selepas mentadabbur al-Quran adalah beramal dengan semua ayat-ayat perintah
seperti melaksanakan solat, puasa, amar ma„ruf nahi munkar dan menjauhi ayat-ayat
larangannya seperti membunuh, berpecah belah, hasad dengki dan riak.
2.5 Kepentingan dan Tujuan Tadabbur al-Quran
Setelah syarat dan kriteria tadabbur telah diketahui, bahagian ini pula akan menjelaskan
kepentingan serta tujuan tadabbur dengan lebih lanjut. Beberapa persoalan penting seperti
berikut akan lebih meluaskan kefahaman pembaca mengenai tadabbur; Apakah tujuan
membaca al-Quran? Apakah matlamat membacanya dengan perlahan dan teratur? Serta
apakah tujuan memperelokkan suara apabila menyebut lafaz-lafaz al-Quran?
Berdasarkan pada semua persoalan tersebut, tentu sahaja jawapan yang menyeluruh
baginya adalah bertujuan untuk mentadabbur al-Quran dari permulaan sehingga ke akhir
bacaan al-Quran. Kerana itu pembacaan al-Quran seharusnya tidak sekadar terhenti kepada
zahir ayat. Bahkan memerlukan penelitian pada makna di sebalik lafaz, melihat tujuan dan
mesej daripada ayat. Perincian tersebut dapat diterokai dengan lebih luas melalui
pencerahan ilmu dan kupasan tafsir daripada para ulama. Ternyata bahawa penemuan ilmu
dalam al-Quran adalah tidak terbatas. Bahkan, kupasan atau tafsirannya terus berkembang
mengikut peredaran zaman dan aliran semasa. Semakin banyak al-Quran dikaji semakin
luas penemuan ilmu yang hebat ditemui. Ini membuktikan kemukjizatan al-Quran begitu
Univers
ity of
Mala
ya
118
penting diterokai oleh umat Islam. Kerana pada hakikatnya, tadabbur merupakan kunci
utama bagi seluruh ilmu dalam Islam. Ternyata yang demikian, al-Quran telah
membentangkan jalan terbaik untuk menemui kebenaran hanya dengan bertadabbur!
Dari itu, manusia diseru agar berfikir, memerhati, merenung, menghayati dan
mengambil iktibar perkara yang disampaikan oleh Allah s.w.t menerusi al-Quran. Firman
Allah s.w.t :
ر أولو الألباب ب روا آياتو وليتذك ﴾٩﴿ كتاب أنزلناه إليك مبارك ليد
Sad 38:29
Terjemahan: (al-Quran) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), dengan penuh berkah (Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya), untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan agar orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
Menerusi ayat ini, Allah s.w.t telah menjelaskan kepada manusia tujuan al-Quran
diturunkan agar mereka merenungi, memahami dan menghayati pengajaran ayat yang
disampaikan. Sebagai contoh demi mencapai tadabbur, golongan salaf salih akan
memperlahankan bacaan secara tartil agar mudah mencermati maksudnya. Mereka juga
berhenti pada ayat-ayat al-Quran yang tertentu, lantas mengulang-ulang bacaan tersebut
sambil menangis. Gambaran sifat tadabbur para sahabat ra.hum telah dijelaskan dalam
pelbagai riwayat antaranya yang mengisahkan seorang sahabat Rasulullah s.a.w iaitu
Tamim al-Dari r.a68[m.40H]. Diceritakan ketika bangun bersolat malam, beliau mengulang-
68Beliau adalah sahabat Rasulullah s.a.w yang pada mulanya beragama Nasrani lalu masuk Islam pada tahun 9H. Seorang ahli ibadah yang banyak membaca al-Qur‟an dan bersolat malam.
Univers
ity of
Mala
ya
119
ulang satu ayat al-Quran sehingga menangis sepanjang malam sampai menjelang waktu
subuh.69 Disebut dalam riwayat, beliau membaca surah al-Jathiyah ayat 21;
الات سواء أم حسب الذين يئات أن نعلهم كالذين آمنوا وعملوا الص اجت رحوا الس ﴾﴿ ساء ما يكمون مياىم ومات هم
Al-Jathiyah 45:21
Terjemahan: Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Amat buruklah apa yang mereka sangka itu.
Berdasarkan kisah tadabbur tersebut, dapat difahami bahawa ayat-ayat al-Quran perlu
dibaca secara perlahan-lahan (tartil), teratur, tenang dan berulang-ulang kali agar mesej
yang disampaikan dapat meresap ke dalam hati. Kesannya, ayat-ayat al-Quran tersebut
dapat menambahkan keimanan orang yang bertadabbur al-Quran. Oleh itu, perbuatan
memerhati, menghayati, merenung dan memahami al-Quran adalah tidak lain dan tidak
bukan bertujuan untuk mendapat pelajaran. Al-Quran yang penuh keberkatan telah
diturunkan kepada hati manusia agar mereka mengambil peringatan dan pengajaran.
Bertepatan dengan sifat dan ciri orang yang beriman seperti disebutkan dalam ayat:
Al-Anfal 8:2
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
69 Jamal al-Din Abi al-Faraj bin al-Jawzi, Sifat al-Sofwah. Ditahqiq oleh Khalid Mustafa Tartusi. (Beirut: Dar al-Kitab al-„Arabi, 2012) no.115, 268 dan hadith riwayat al-Tabrani, , Bab al-Ta‟, no hadith 1250. Lihat Abu al-Qasim Sulaiman bin Ahmad al-Tabrani, “ al-Mu‘jam al-Kabir”(Kaherah: Maktabah Ibn Taimiyah,t.t) 50
Univers
ity of
Mala
ya
120
Ayat tersebut menerangkan sifat orang beriman apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran hati
mereka bergetar dan iman mereka bertambah apabila disebut nama Allah s.w.t. Pada ayat-
ayat yang lain juga disebutkan antara tanda orang yang terkesan dengan ayat-ayat Allah
s.w.t adalah seperti yang dirakamkan dalam surah al-Zumar (39): ayat 23,
ثان ت قشعر منو جلود الذين يشون رب هم ث تلي الل و ن زل أحسن الديث كتا تشابا م با ملك ىدى الل و ي هدي بو من يشاء جلودىم وق لوب هم إل ذكر الل و ومن يضلل الل و ذ
﴾﴿ فما لو من ىاد Al-Zumar 39: 23
Terjemahan: Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain, yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
Sebaliknya, tanda-tanda bagi orang yang tertutup hati daripada merenung al-Quran. Hati
mereka berpaling dari menerima kebenaran, telinga mereka dijadikan tertutup dari
mendengar kebenaran dan mereka tidak mahu beriman kepada bukti keterangan yang
didatangkan. Maka dibiarkan mereka berada dalam kejahilan, kesesatan dan kerugian.
Allah s.w.t telah merakamkan dalam al-Quran sifat-sifat golongan ini dan pembalasannya;
هم من يستمع إليك ن ي فقهوه وفي آذانم وجعلنا على ق لوبم أكنة أ ومن را إذا جاءوك يجادلونك وإن ي روا كل آية لا ي ؤمنوا با وق ي قول حتى
﴾﴿ أساطير الأولي الذين كفروا إن ى ذا إلا
Al-An„am 6:25
Univers
ity of
Mala
ya
121
Terjemahan: Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu;sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu:"Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu".
Oleh itu, benarlah hati menjadi sasaran utama bagi al-Quran sebagai refleksi terhadap diri
seseorang untuk menerima kebenaran atau menolaknya. Kesan penghayatan yang benar
terhadap al-Quran dapat melunakkan jiwa manusia kepada kebaikan. Ia berlaku menerusi
tarbiyah sifat-sifat yang baik dan menjauhi sifat-sifat yang mungkar. Justeru, tujuan
tadabbur al-Quran amat jelas agar manusia mengambil pengajaran, pelajaran dan
pengetahuan daripadanya. Selaras dengan kesedaran ilmu tadabbur amat penting kepada
manusia agar mereka dapat memahami dan menghayati tuntutannya dalam kehidupan.
2.6 Subjek Tadabbur
Setelah difahami kepentingan dan tujuan tadabbur, apakah pula perkara atau subjek yang
perlu ditadabbur? Pertama, perhatikan penggunaan lafaz „tadabbur‟ pada lazimnya ia
disebut beriringan dengan al-Quran atau digandingkan bersama ayat-ayat al-Quran dalam
bentuk kata seruan atau kata untuk menarik perhatian. Seruan bertadabbur secara jelas
telah dinyatakan oleh Allah s.w.t pada empat petikan nas al-Quran.70
Manakala, subjek tadabbur yang kedua adalah merangkumi ayat-ayat al-kawn. Ia
diisyaratkan secara tidak langsung melalui lafaz tafakkur, tadhakkur dan ta‘qilun yang 70Surah Al-Nisa‟(4):82, Surah al-Mu‟minun(23):68, Surah Sad (38):29 dan Surah Muhammad (47):24.
Univers
ity of
Mala
ya
122
difahami sebagai maksud tadabbur. Ringkasnya, keseluruhan ayat-ayat al-Quran al-Karim
dan segala penciptaan makhluk termasuk Alam Semesta yang terbentang luas merupakan
subjek penting yang harus ditadabbur!
2.6.1 Al-Quran
Al-Quran menjadi subjek utama tadabbur untuk mencapai kebenaran dan hidayah. Ayat-
ayat al-Quran adalah Kalam Allah s.w.t secara tekstual yang membentangkan manual
kehidupan manusia. Pada asasnya, tadabbur al-Quran merangkumi aspek Aqidah, hukum
dan perundangan, pengajaran daripada kisah-kisah al-Quran dan penemuan pelbagai ilmu
pengetahuan. Al-Quran adalah sumber kepercayaan hidup, sistem perundangan, sumber
pengetahuan dan penyembuh bagi segala permasalahan jiwa manusia. Hidayah Allah s.w.t
dapat diperolehi melalui pemerhatian pada penciptaan alam termasuk seluruh makhluk atas
dunia yang menjadi bukti kebesaran dan keagungan Allah yang Maha Pencipta.
Allah s.w.t telah berfirman :
Al-Hajj 22:46
Terjemahan: Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan tersebut, mereka menjadi orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar?(tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
Univers
ity of
Mala
ya
123
Ayat ini menyeru manusia agar bermusafir di pelbagai tempat untuk memerhati keindahan
alam serta menginsafi kehebatan penciptaan oleh Sang Maha Pencipta. Dengan cara
demikian, dapat melahirkan ketundukan pada jiwa manusia untuk mengakui kekuasaan dan
kebesaran Allah s.w.t yang menciptakan pelbagai kejadian. Namun, dalam masa yang sama
ayat ini menempelak orang yang tidak memerhati kebesaran Tuhan dan tidak mengakui
kehebatan Pencipta setelah menyaksikan sendiri keindahan dan fenomena penciptaan alam.
Allah s.w.t melabelkan golongan ini sebagai orang yang buta mata hati terhadap kebesaran
dan keagungan Tuhan. Justeru, ayat ini menyedarkan supaya merenung pengajaran al-
Quran dan mesej alam yang dapat difahami daripadanya. Ini kerana tiada satu ayat al-Quran
yang sia-sia melainkan ia sudah pasti mengandungi mesej dan maksud yang bermanfaat.
2.6.2 Ayat-ayat kawniyah
Seterusnya, adalah ayat-ayat kawniyah iaitu tanda-tanda penciptaan alam juga termasuk
dalam subjek tadabbur al-Quran yang perlu diperhatikan oleh manusia. Allah sering
menyebut berkenaan ayat-ayat kawniyah dalam al-Quran dengan gandingan lafaz
„tafakkur‟, „tadhakkur‟ atau „ta„qilun‟. Ini kerana bertafakkur terhadap ciptaan Allah s.w.t
menjadi ibadah dan melaluinya dapat mendekatkan manusia untuk mengenali Penciptanya.
Orang yang sering memerhati dan berfikir dengan saksama segala kejadian yang diciptakan
Tuhan akan melahirkan perasaan dalam diri untuk mengagungkan Sang Pencipta.
Hakikatnya, manusia mampu berinteraksi dengan alam apabila hati mereka ikhlas
untuk mengenali Sang Pencipta. Melalui proses tafakkur berlaku penghayatan terhadap
keindahan alam, tumbuhan serta haiwan di sekeliling kehidupan insan. Manusia dapat
merasai ketenangan dan keserasian dengan alam semulajadi tanpa sebarang gangguan atau
Univers
ity of
Mala
ya
124
pencemaran. Ini kerana flora dan fauna alam itu sendiri adalah sebahagian dari kejadian
penciptaan oleh Allah s.w.t. Uniknya, pernah dibuktikan dalam sebuah kajian barat
mengenai tumbuhan yang berdesir.71 Kajian ini telah menemui jawapan menerusi sepotong
ayat al-Quran,72 bahawa setiap makhluk atas muka bumi termasuk alam semesta patuh
dengan sistem Tuhan bahkan sentiasa berzikir dengan cara mereka yang tersendiri.
Oleh itu, tadabbur al-Quran menerusi pancaindera ternyata dapat mendatangkan
kesan hidayah dengan cara menghayati kejadian alam yang luas terbentang. Manusia harus
sedar bahawa ayat-ayat kawniyah iaitu tanda-tanda penciptaan alam turut menjadi bukti
kehebatan Tuhan. Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk serta alam cakerawala
yang luas, namun manusia merupakan makhluk ciptaan-Nya yang paling istimewa. Ini
kerana manusia memiliki keupayaan akal untuk berfikir serta kemampuan fizikal untuk
menguruskan alam ini. Sehubungan itu, jika diteliti perkataan akal telah disebutkan dalam
al-Quran bukan dalam kata nama, tetapi dalam bentuk kata kerja. Ini kerana akal diciptakan
untuk bekerja bagi memikirkan dan memahami sesuatu, sepertimana firman Allah s.w.t;
﴾﴿ أفلا ت عقلون لقد أنزلنا إليكم كتابا فيو ذكركم
Al-Anbiya‟ 21:10
71Sebuah kajian saintifik telah mendapati tumbuhan pokok juga bertasbih kepada Allah. Profesor William Brown membuat kajian selama 30 tahun mengenai beberapa tumbuhan ketika di Universiti Carnegie Mellon. Beliau akhirnya memeluk Islam setelah sekumpulan saintis Islam membuktikan terdapat bunyi halus daripada tumbuh-tumbuhan tersebut melafazkan "Jalallah" (nama Allah s.w.t) yang dapat dilihat hasil rakaman menerusi sebuah alat canggih bernama oscilloscope. Rujuk Hj. Abdul Malik Hj. Ahmed, Journal of Plant Molecular Biologies, Pagar Museh, dikemaskini pada 29 Julai 2011, diakses pada 12 November 2011, http://pagarmuseh.blogspot.com/2011/07/tumbuhan-bercakap-journal-of-plant.html. Rujuk juga, Bukti Tumbuhan Pun Bertasbih / Proof Of Plants Shall Praise, Islamic Science, diakses pada 12 Mei 2015, http://need-for-islam2.blogspot.com/p/islamicscience.html, Lauren Ward, Obituary: Biology Professor William Brown Was Beloved, Revered Throughout University Community, Carnegie Mellon University, diakses pada 13 November 2017 ,http://www.cmu.edu/news/archive/2007/July/july17_brown.shtml, 72Rujuk surah al-Isra‟ ayat 44 yang bermaksud: “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun”.
Univers
ity of
Mala
ya
125
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran) yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat yang besar itu)?
Kalimah „afala ta„qilun‟ yang memberi maksud „tidakkah kamu berfikir?!‟ adalah
kenyataan dalam bentuk kata kerja yang menyeru manusia agar berfikir untuk mengambil
peringatan dan pengajaran daripada ayat-ayat al-Quran. Kerana itu, tafakkur alam berlaku
apabila kita memikirkan secara teliti sesuatu proses penciptaan dan menghubungkannya
dengan kehebatan Allah sw.t sebagai Pencipta. Atas asas itu, tafakkur alam adalah penting
agar manusia menyedari tanggungjawab mereka sebagai makhluk yang berakal untuk
menjaga kemakmuran alam!
Seterusnya, penulis akan membentangkan antara dalil yang mengisyaratkan seruan
berfikir atau bertadabbur terhadap ayat-ayat al-kawn atau tanda-tanda penciptaan oleh
Allah s.w.t adalah sepertimana berikut:
a. Mentadabbur penciptaan alam semesta, kejadian langit dan bumi dan semua yang ada
antara keduanya bagi memberi kemudahan kepada manusia.
نو يعا م ماوات وما في الأرض جم ا في الس ر لكم م وسخرون لك ليات لقوم ي ت فك ﴾﴿ إن في ذ
Al-Jathiyah 45:13
Terjemahan: Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.
Univers
ity of
Mala
ya
126
b. Kejadian mati dan hidup manusia seperti keadaan ruh manusia yang tidur dan
dibangunkan sesudah daripada tidur.
ها الل و ي ت وف الأنفس حي موتا والت لم تت في منامها ف يمسك الت قضى علي ى سم رون الموت وي رسل الأخرى إل أجل م لك ليات لقوم ي ت فك ﴾﴿ إن في ذ
Al-Zumar 39:42
Terjemahan: Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).
c. Penciptaan isteri untuk suami sebagai pasangan dan tujuannya.
نكم ها وجعل ب ي ن أنفسكم أزواجا لتسكنوا إلي ومن آياتو أن خلق لكم مودة ورحة رون م لك ليات لقوم ي ت فك ﴾﴿ إن في ذ
Al-Rum 30:21
Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
d. penciptaan buah-buahan yang pelbagai jenis bentuk, warna, rasa dan kuantiti.
ر وان وغي يل صن ن أعناب وزرع ون تجاورات وجنات م وفي الأرض قطع مل ب عضها على ب عض في الأكل وان يسقى باء واحد ون فض صن
لك ليات لقوم ي عقلون ﴾﴿ إن في ذAl-Ra„du 13:4
Univers
ity of
Mala
ya
127
Terjemahan: Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.
e. Hikmah kejadian alam dan perkaitan penciptaan alam dengan tadabbur al-Quran
seharusnya menjadikan manusia lebih memahami dan menghayati mesej al-Quran. Sebagai
contoh Allah s.w.t menyebut di dalam al-Quran berkenaan fenomena hujan:
Al-Hajj 22: 63
Terjemahan: Tidakkah Engkau melihat Bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbirNya), lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan hal-ehwal sekalian makhlukNya).
Allah s.w.t menyebut kesuburan bumi ini berlaku melalui penurunan hujan dari langit.
Apabila bumi disirami air yang mencukupi ia memberi kesuburan kepada tanah untuk
menumbuhkan tumbuhan. Demikianlah proses kejadian tumbuhan dan kesuburan tanah
yang disebutkan oleh Allah s.w.t di dalam Kitab-Nya.
Oleh itu, manusia dapat menyaksikan sendiri proses penurunan hujan dan fungsinya
untuk menyuburkan tanaman. Dalam masa sama hati manusia turut merasai ketenangan
apabila bersama dengan alam kerana sifat kejadian alam yang patuh dengan fitrah yang
telah ditetapkan oleh penciptanya. Justeru, kebahagiaan dirasai apabila hati merasa tenang
Univers
ity of
Mala
ya
128
dan damai dengan persekitaran dan suasana hutan, panorama laut, keindahan sungai serta
pelbagai jenis hidupan air dan darat.
2.7 Kesan Tadabbur
Kesan tadabbur adalah pengaruh yang berlaku pada hati dan pemikiran apabila seseorang
membuka hati untuk menerima kebenaran setelah memahami makna ayat-ayat al-Quran.
Secara umum, kesan tadabbur dapat dirasai apabila al-Quran sering dibaca dengan
pemahaman secara berulang kali. Penghayatan dalam pembacaan tersebut akan melahirkan
kesan perubahan pada pemikiran dan juga perbuatan seseorang. Lantaran itu, terdapat
pelbagai kisah dan pengalaman orang yang terkesan dengan ayat-ayat al-Quran sehingga
memberikan natijah yang besar dalam kehidupan mereka. Dalam perbincangan ini, penulis
memaparkan sebahagian contoh kisah dan pengalaman beberapa individu berkaitan dengan
kesan al-Quran dalam kehidupan mereka sebagai rujukan.
Terdapat sebuah program menarik iaitu “Bi al-Qur‟an Ihtadayt”73 yang bertujuan
mendekatkan masyarakat dengan kefahaman al-Quran. Ia dikendalikan oleh Shaykh Fahad
al-Kandari74 yang menemu bual secara langsung individu-individu yang menemui hidayah
Islam melalui petunjuk al-Quran. Program ini mengumpulkan kisah-kisah mereka untuk
73Rujuk Bi al-Qur‟an Ihtadayt pada ,للقرآن وعلومو , ( للشيخ فهد الكندري ، برعاية موقع نون3برنامج بالقرآن اىتديت ) http://www.nquran.com yang mengumpulkan siri kisah-kisah orang yang menemui hidayah melalui al-Qur‟an. Diakses pada 12 November 2015, laman sesawang http://www.nquran.com/index.php?group=eh. 74Shaykh Fahad al-Kandari merupakan seorang Qari al-Qur‟an yang berpengalaman. Beliau berasal dari Kuweit dan menjadi imam jemputan di beberapa buah tempat antaranya Yarmuk, Cordoba dan Doha. Shaykh Fahad mengacarakan beberapa rancangan berkaitan dengan program al-Qur‟an antaranya bil qur‟an ihtadayt dan musafir ma„a al-Qur‟an. Rujuk https://ar.wikipedia.org/wikiفهد_الكندري Menerusi program ini, beliau menjelajah ke beberapa buah negara merentasi Asia dan Eropah untuk bertemu dengan individu-individu yang menerima hidayah melalui petunjuk al-Qur‟an. Ikuti kisah-kisah yang cukup menarik dan menyentuh hati berhubung dengan peristiwa dan interaksi mereka dengan ayat-ayat al-Qur‟an.
Univers
ity of
Mala
ya
129
memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan dan keperluan al-Quran
sebagai panduan dalam kehidupan manusia.
Antara paparan kisah yang menarik perhatian penulis adalah mengenai seorang
bekas pemuzik bernama Rahim Jean yang tinggal di London.75 Sebelum Islam, beliau
adalah seorang Kristian yang tidak mempunyai kecenderungan pada agama. Hidup beliau
hanya mengagungkan muzik hingga mencapai beberapa kemahsyuran dalam kariernya.
Namun, ketika di kemuncak kariernya beliau berdepan dengan ujian yang getir. Akhirnya,
beliau kembali kepada Islam dan menemui hidayah menerusi sepotong ayat al-Quran. Iaitu
daripada surah al-Inshirah yang bermaksud; “Setiap suatu kesusahan pasti diiringi dengan
kesenangan”. Setelah memeluk Islam, Rahim nekad membuat perubahan total dalam
hidupnya. Dengan cara mendalami al-Quran beliau mencapai ketenangan dan solusi bagi
permasalahannya. Beliau turut berkongsi ayat al-Quran yang memberi kesan pada jiwanya
iaitu empat ayat terakhir dalam surah al-Fajr76. Ayat tersebut menjadi harapan dan prinsip
dalam kehidupannya. Beliau berharap diri serta insan-insan kesayangannya juga termasuk
dalam golongan yang diredhai Allah s.w.t sehingga saat dikumpulkan di syurga.
Kisah ini memberi isyarat bahawa al-Quran adalah Kitab Allah yang mendatangkan
hidayah bagi manusia. Sesiapa sahaja yang mengambil al-Quran sebagai panduan dan
pengajaran akan mencapai ketenangan dan penyelesaian bagi segala permasalahan. Sebagai
contoh lain dari pengalaman yang dialami oleh seorang bekas gengstar berbangsa Jerman
75 Ikuti keseluruhan kisah Rahim Jean dalam rancangan bil qur‟an ihtadait di , رحيم من لندن بالقرآن اىتديت للشيخ حلقة dicapai pada 12 November 2015, https://www.youtube.com/watch?v=_PtxGJGU5Ug , فهد الكندري76 Surah al-Fajr ayat 27 hingga 30 yang bermaksud: "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang tenang, tetap dengan kepercayaan! - Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia – Dan masuklah ke dalam syurgaKu."
Univers
ity of
Mala
ya
130
yang memeluk Islam.77 Pintu hatinya terbuka untuk menerima hidayah Allah s.w.t hanya
kerana mendengar suara seorang kanak-kanak mengalunkan bacaan al-Quran sebelum azan
subuh. Suara bacaan tersebut begitu syahdu dan amat menyentuh hatinya. Menurut beliau;
“Ketika itu saya tidak faham apa yang dibaca oleh budak itu kerana saya tidak tahu bahasa Arab. Tetapi hati saya seolah-olah dapat memahami dan menerimanya, sehingga saya menangis tanpa sedar saat mendengar bacaan al-Quran tersebut.” 78
Peristiwa ini membuktikan ayat-ayat al-Quran merupakan mukjizat agung yang dapat
berinteraksi dengan hati manusia. Walaupun, hanya sekadar mendengar tanpa memahami
makna ayat namun ia telah menyentuh hati pemuda tersebut. Situasi ini menunjukkan
kehebatan al-Quran sebagai Kalam Ilahi. Akal yang tidak memahami lafaz al-Quran tidak
menghalangnya untuk menerima kebenaran al-Quran. Apatah lagi, bagi mereka yang dapat
memahami dan menghayati maksud ayat-ayat al-Quran sudah pasti lebih merasai kesan
yang mendalam. Kerana itu, ramai orang telah menemui jawapan dan hidayah Islam
melalui petunjuk al-Quran. Sebahagian mereka turut terkesan dengan ilmu saintifik yang
terdapat dalam al-Quran kerana ia selari dan tiada percanggahan dengan kajian sains.
Sepertimana proses penciptaan manusia, kejadian bumi, jenis lautan, tumbuhan dan haiwan.
Selain itu, al-Quran sebagai Kitab mukjizat nyata mampu melembutkan jiwa
manusia yang keras. Ia mendatangkan ketenangan terhadap hati dan menjadi terapi terbaik
bagi diri manusia. Isi kandungannya tidak mempunyai keraguan mahupun percanggahan. Ia
membantu untuk menyingkap kekeliruan kepada kebenaran. Semua perkara dalam al-Quran
77Rujuk “Pseudo gangster cries when listening to Quran - A German Convert to Islam”, dicapai pada 12 November 2015, https://www.youtube.com/watch?v=2X-nOIAzEW4. "Pseudo gangster cries when listening to Quran -A German Convert to Islam.”seorang gangster menangis saat mendengar ayat suci al-Qur‟an – pemuda Jerman itu telah memeluk Islam. 78 Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
131
ringkasnya mengandungi pengajaran yang berguna bagi sesiapa yang mahu mengambil
manfaat. Seperti yang dinyatakan dalam ayat Allah s.w.t yang bermaksud:
“Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.”
Qaf 50: 37
Oleh itu, perlu difahami sentuhan al-Quran kepada jiwa manusia hakikatnya adalah
anugerah daripada Allah s.w.t. Petunjuk al-Quran yang diperolehi juga tetap berlaku atas
pilihan Allah s.w.t. Kerana itu, ia boleh berlaku sebaliknya sepertimana golongan orientalis
yang mengkaji al-Quran. Hati mereka tertutup, tidak celik atau terpaling daripada
kebenaran al-Quran kerana jiwa mereka terhijab dan akal mereka menolak untuk menerima
kebenaran. Kerana itu, walaupun mereka mengkaji al-Quran namun hati mereka tidak
terkesan dengan al-Quran maka jadilah mereka golongan orang yang rugi!
Selain itu, sirah turut melakarkan peristiwa keislaman Saidina „Umar al-Khatab
yang berlaku disebabkan doa Rasulullah s.a.w yang mulia. Ketika Saidina „Umar r.a
mendengar bacaan al-Quran daripada adik perempuannya ia terus memberi kesan kepada
hatinya. Beliau terdengar bacaan ayat-ayat dari surah Taha sehingga langsung terdiam dari
kemarahan dan terus mencari Rasulullah s.a.w untuk menyatakan keislamannya. 79 Jika
diperhatikan pada kesan tadabbur adalah cukup hebat ketika al-Quran menyentuh hati
manusia. Jiwa manusia akan lunak dan mulai tunduk kepada kebenaran al-Quran kerana
merasai ketenangan dan kebahagiaan. Al-Quran merupakan mukjizat yang kekal hingga
hari kiamat dan menjamin kesejahteraan hidup bagi manusia yang beriman dengannya.
79
Al-Mubarakfuri, Sofi al-Din. Al-Rahiq al-Makhtum. (Qatar: Wizarah Awqaf, 2007), 101.
Univers
ity of
Mala
ya
132
2.7.1 Tanda-tanda orang yang mentadabbur al-Quran
Kesan tadabbur dapat dinilai melalui tanda-tandanya yang terserlah pada diri pentadabbur
dan perbuatannya. Imam Al-Zarkashi [w.794H] pernah menyebut dalam penulisannya al-
Burhan fi „Ulum al-Qur‟an80: “Sesiapa yang dirinya tiada ilmu, kefahaman, taqwa dan
tadabbur dia tidak akan mengetahui sesuatupun daripada kelazatan (kehebatan) al-Quran”.
Demikian itu, Allah s.w.t telah menjelaskan tanda-tanda tadabbur bagi orang yang
membaca al-Quran antaranya, sebagaimana dalam firman Allah s.w.t:
Al-Ma‟idah 4:83
Terjemahan: Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Quran) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata, “Ya Rabb, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Quran dan kenabian Muhammad).
Ayat ini merujuk kepada orang Nasrani yang tersentuh hatinya dengan kebenaran Islam
apabila mendengar ayat-ayat al-Quran yang dibacakan oleh Nabi s.a.w. Mereka beriman
setelah mendengar Kalam Allah s.w.t yang benar, lantas mengalirkan air mata. Ini
menunjukkan keikhlasan hati mereka untuk menerima kebenaran yang telah diturunkan
oleh Allah s.w.t melalui al-Quran. Golongan tersebut menjadi saksi terhadap keimanan
mereka yang tulus serta dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Demikian itu, salah satu ciri yang jelas bagi orang yang mendengar dan mentadabbur al-
Quran iaitu hati dan pemikirannya mesti bersatu sehingga membentuk penghayatan ketika
80 Al-Zarkashi, al-Burhan fi „Ulum al-Qur‟an. 2:155
Univers
ity of
Mala
ya
133
membaca al-Quran. Kesannya dapat dirasai pada jiwa dan pemikiran sehingga melahirkan
kesedaran daripada petunjuk al-Quran. Firman-Nya lagi;
Al-Anfal 8:2
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Rabb-lah mereka bertawakkal.
Antara lain petanda orang yang mentadabbur al-Quran juga dapat dinilai, apabila
disebutkan nama Allah s.w.t hati mereka gementar kerana takut dan kagum dengan
keagungan-Nya. Apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran terus bertambah keimanan mereka.
Al-Tawbah 9:124
Terjemahan: Dan apabila diturunkan suatu surat, maka diantara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata, “Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surat ini?” Adapun orang-orang yang beriman, maka surat ini menambah imannya, sedang mereka merasa gembira.
Maryam 19:58
Univers
ity of
Mala
ya
134
Terjemahan:.Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur bersujud dan menangis.
Al-Qasas 28:53
Terjemahan: Dan apabila dibacakan (Al-Quran) kepada mereka, mereka berkata, “Kami beriman kepadanya, sesunguhnya Al-Quran itu adalah suatu kebenaran dari Rabb kami, sesungguhnya kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan (nya).”
Berdasarkan keterangan ayat-ayat di atas, Dr Khalid al-Lahim telah menyimpulkan bahawa
kelahiran tanda-tanda tadabbur berlaku melalui beberapa keadaan:81
a. Penyatuan hati dan pemikiran ketika membaca dan menghayati Al-Quran.
b. Menangis dan gementar jiwa kerana takut kepada Allah.
c. Bertambahnya iman kepada Allah.
d. Bertambah khusyuk hati dalam ibadah.
e. Merasa bahagia dan gembira tatkala mendengar ayat-ayat Allah.
f. Bersujud sebagai bentuk pengagungan terhadap Allah.
Justeru, merujuk kepada ulasan tanda-tanda tadabbur yang diringkaskan oleh Dr
Khalid al-Lahim, dapat dirumuskan bahawa ciri-ciri tersebut amat bertepatan dengan ayat-
ayat al-Quran yang telah dibentangkan. Sifat orang yang mentadabbur mencerminkan
komitmen seseorang terhadap al-Quran
81 Khalid bin „Abd al-Karim Al-Lahim, Mafatih Tadabbur al-Qur‟an wa al-Najah fi al-Hayah (Kaherah: Dar al-Sadiq) 24.
Univers
ity of
Mala
ya
135
2.7.2 Hasil tadabbur al-Quran
Natijah akhir daripada proses tadabbur al-Quran adalah melahirkan jiwa mu‟min yang
memahami intipati ayat-ayat Allah s.w.t sehingga mampu beramal dalam kehidupan. Hasil
tadabbur seharusnya melahirkan sifat taqwa dan meningkatkan keimanan seseorang kepada
Allah s.w.t. Ini kerana perasaan tersebut lahir daripada kesungguhan dan ketelitian untuk
memahami tuntutan al-Quran dalam kehidupan.
Dengan demikian proses untuk memahami maksud ayat secara mendalam dan
memenuhi tuntutan al-Quran sudah tentu memerlukan kesungguhan hati bagi
memperuntukan masa yang lama untuk meneliti dan menyemak maksud ayat al-Quran.
Proses membaca dan meneliti ayat-ayat Allah s.w.t dilakukan secara berulang-ulang kali
sehingga memahami maksud ayat dengan jelas. Orang-orang yang memahami ayat-ayat
Allah s.w.t merasakan dekat dengan al-Quran kerana hati dan pemikiran mereka mampu
berinteraksi secara langsung dengannya.
Sebagai contoh apabila membaca ayat-ayat ancaman atau seksaan neraka,
kegerunan neraka seolah-olah berada di hadapan matanya dan berbicara secara langsung.
Demikian juga apabila membaca ayat-ayat anugerah atau balasan syurga ke atas orang-
orang beriman, seolah-olah suasana syurga yang sangat tenang dan penuh damai dapat
dirasai oleh pentadabbur. Sekaligus terus bercita-cita untuk berada dalam kenikmatan
syurga yang dibayangkan oleh al-Quran. Begitu juga, saat melafazkan ayat-ayat perintah
dan larangan dapat dirasakan seruan tersebut amat bertepatan dan ditujukan kepada dirinya.
Situasi ini dapat dihayati bagi mereka yang meyakini mesej-mesej al-Quran sebagai
muhasabah atau motivasi diri sehingga menjadikan jiwanya hidup untuk mengingati Allah.
Univers
ity of
Mala
ya
136
Antara kata-kata menarik para ulama yang menggesa dan menggalakkan kepada seruan
tadabbur ialah:82
Ibn Taimiyah (m.728H) mengatakan bahawa perkara yang dituntut oleh al-Quran ialah
kefahaman terhadap maknanya dan beramal dengannya. Namun, sekiranya himmahnya
tidak dijaga orang tersebut bukanlah daripada golongan yang berilmu dan beragama. 83
Ibn Qayyim (m.751H) pula mengatakan bahawa apabila seseorang membaca dan
mentadabbur al-Quran lalu sampai kepada suatu ayat yang mengandungi kesan bagi
jiwanya. Maka ulangilah walau seratus kali walau sepanjang malam, kerana membaca
ayat-ayat Allah dalam keadaan menghayati, faham dan berfikir secara mendalam. Ia lebih
baik daripada bacaan khatam tanpa tadabbur dan faham yang memberi manfaat bagi hati,
ia menyeru kepada kesuburan iman dan merasai kemanisan dalam bacaan al-Quran. 84
Al-Zarkashi (m.794H) menyebut bahawa sesiapa yang tidak mempunyai ilmu,
kefahaman, taqwa dan tadabbur, dia tidak akan mengetahui sesuatu mengenai kelazatan
al-Quran. 85
Oleh itu, seruan mentadabbur tertuju kepada orang yang membaca atau mendengar
al-Quran agar mengkaji ayat-ayat tersebut sepenuh penghayatan untuk diamalkan. Ini
kerana tadabbur merupakan proses pemerahan akal untuk berfikir dan penghayatan hati
untuk meneliti mesej yang disampaikan ayat-ayat al-Quran. Hasil daripada proses tadabbur
al-Quran, manusia beroleh pelbagai manfaat ilmu dan pencerahan dalam kehidupan. Ayat-
82Salman bin „Umar al-Sunaydi. Tadabbur al-Qur‟an. Cet.2 (Riyad: al-Bayan, 2002), 5. 83Ibn Taimiyah. Majmu‘al-Fatawa, (Madinah: Majma„ Malik Fahd, 2004) 23: 54. 84Ibn Qayyim al-Jawzy. Miftah Dar al-Sa‘adah, 221. 85Al-Zakarshi. al-Burhan fi „Ulum al-Qur‟an, 2: 171.
Univers
ity of
Mala
ya
137
ayat al-Quran dapat dikaji dari pelbagai sudut dan aspek seperti hukum, pengajaran kisah,
pengetahuan semasa, keindahan bahasa dan sebagainya.
Demikian itu juga membuktikan al-Quran suatu kitab mukjizat yang menghuraikan
sistem dan panduan bagi kehidupan manusia. Semua keperluan manusia sama ada dari
aspek jasad, emosi, rohani dan intelek dibentangkan dalam al-Quran secara holistik sebagai
rujukan. Hanya tinggal manusia perlu mengkajinya secara betul untuk memahami segala
mesej yang terkandung di dalamnya. Tuhan menciptakan manusia dan Dia mengetahui
segala keperluan dan kehendak manusia. Justeru, al-Quran diturunkan kepada umat
manusia agar mereka membaca, mengkaji dan beramal dengannya.
2.8 Tahap-tahap untuk mentadabbur al-Quran86
Keperluan dan kemampuan seseorang tidaklah sama. Kerana itu seseorang yang hendak
memahami, menghayati dan menyelami isi kandungan al-Quran perlu melalui beberapa
proses bagi setiap tahap tadabbur. Oleh itu, penumpuan masa dan pemikiran adalah penting
untuk membina kemahiran tadabbur pada setiap tahap berikut.
2.8.1 Tahap pertama; Membaca dengan penuh penghayatan hati
Membaca adalah wasilah pertama untuk mentadabbur ayat-ayat Allah s.w.t. Peringkat
pertama harus bermula dengan membaca al-Quran untuk mengetahui kandungannya.
Membaca yang dimaksudkan adalah perbuatan menggerakkan lisan yang disertai dengan
penghayatan hati. Langkah berkesan untuk mentadabbur adalah dengan membaca secara 86Musa„id bin Sulayman al-Tayyar. Awraq „Amal, Mafhum Tadabbur. University Riyad, 78-84.
Univers
ity of
Mala
ya
138
tartil iaitu menyebut huruf dan perkataan al-Quran secara jelas. Bacaan dengan aturan yang
perlahan-lahan dapat memberi ruang kepada pemikiran pembaca untuk meneliti dan
menghayati maksud setiap perkataan al-Quran. Dengan cara demikian, dapat difahami lebih
lanjut maksud perkataan dan konteks ayat samada yang melibatkan individu, zaman atau
sebab penurunannya. Jika perlu diulang-ulang bacaan pada bahagian ayat yang ingin
diperhatikan maksudnya, maka lakukanlah untuk mencapai tadabbur!
Dr al-Ruhayli dalam karya beliau „Tadabbur al-Qur‟an‟ turut menyebut kefahaman
yang benar perlu bertitik tolak daripada bacaan yang tepat terhadap ayat. Dengan itu,
barulah bacaan al-Quran tersebut memberi kesan kepada mata yang melihat, lisan yang
menyebut, telinga yang mendengar serta hati yang menghayati. Sehubungan itu, menurut
beliau secara asas panduan untuk bertadabbur al-Quran perlu melalui beberapa peringkat.
Pertama, mengetahui makna kalimat, lafaz-lafaznya serta petunjuk-petunjuk bagi maksud
tersebut. Kedua, mengetahui makna umum bagi ayat dengan hanya memahami beberapa
perkataan penting dalam ayat. Seterusnya, yang ketiga adalah mengetahui isyarat yang
boleh difahami daripada „uslub al-Quran.87
2.8.2 Tahap kedua; Memahami makna menerusi tafsir
Peringkat yang seterusnya adalah tahap kedua iaitu memahami makna. Memasuki tahap ini
baru memenuhi syarat tadabbur kerana seseorang yang menghayati al-Quran perlu
memahami makna ayat. Tidak memadai sekadar membaca al-Quran dengan penuh tajwid
dan tartil. Bahkan, ia perlu merujuk kupasan tafsir untuk memahami makna dengan jelas
87„Abd Allah bin Dayfullah al-Ruhayli, Tadabbur al-Qur‟an al-Karim. Cet.1, (Madinah: t.t., 2010) 46.
Univers
ity of
Mala
ya
139
bagi ayat-ayat yang dibaca. Memahami makna ayat secara umum sama ada melalui
terjemahan dan tafsiran ringkas (ijmali) sudah mencapai peringkat tadabbur yang kedua.
Umumnya, bagi„ajami88 yang tidak mengetahui bahasa Arab akan merujuk kepada
terjemahan bagi bahasa Arab untuk memudahkan kefahaman al-Quran. Ini amat membantu
untuk memberi kefahaman asas terhadap maksud sesuatu nas kepada pentadabbur. Namun,
sekiranya seseorang „ajami berusaha mempelajari bahasa Arab, maka akan lebih mudah
baginya untuk memahami al-Quran dengan merujuk kepada penjelasan dan tafsiran ulama.
Di samping itu, aras pemahaman al-Quran juga adalah berbeza bagi setiap orang
berdasarkan tahap penguasaan seseorang terhadap ilmu tafsir. Ilmu tafsir ini merujuk
kepada kemampuan seseorang itu memahami huraian makna dan penjelasan yang tepat dan
menyeluruh bagi ayat-ayat al-Quran. Sehubungan itu, menjadi suatu keperluan bagi
pentadabbur untuk merujuk kepada kitab-kitab tafsir yang muktabar bagi membantu
kefahaman dan penghayatan yang benar. Ini demi mengelakkan daripada berlaku kesilapan
pemahaman terhadap maksud ayat-ayat al-Quran yang ingin dibaca atau dipelajari.
Selain itu, dengan cara mengaitkan setiap ayat-ayat yang dibaca dengan realiti
kehidupan secara tidak langsung dapat menambahkan pemahaman dan penghayatan yang
berkesan. Pembaca akan lebih menjiwai tuntutan al-Quran setelah memahami konteks ayat-
ayat tersebut. Tambah pula jika pemahaman ayat tersebut dapat dihubungkan dengan realiti
kehidupan sebenar. Dengan itu, segala pengajaran dan manfaat al-Quran akan meresap
dalam jiwa dan dihayati dalam kehidupan.
88„Ajami adalah orang yang bukan berbangsa Arab.
Univers
ity of
Mala
ya
140
2.8.3 Tahap ketiga; Mampu Istinbat Durus
Istinbat berasal dari perkataan ( ن ب ط ) iaitu mengeluarkan sesuatu.89 Istinbat bermaksud
mengeluarkan suatu dapatan daripada al-Quran berdasarkan kefahaman terhadap dalil-dalil
berkaitan. Surah al-Nisa’ ayat 83 telah menunjukkan maksud istinbat adalah mengeluarkan
suatu keputusan atau hukum mengenai sesuatu perkara.
ن الأمن أو الوف أذاعوا بو ولو ردوه إل الرسول وإل أول الأمر وإذا جاءىم أمر م
هم هم لعلمو الذين يستنبطونو من يطان ولولا فضل الل و عليكم من ورحتو لات ب عتم الش ﴾٣﴿ إلا قليلا
Al-Nisa‟4:83
Terjemahan: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).
Sehubungan itu, istinbat durus yang dimaksudkan adalah apabila seseorang mampu
mengeluarkan pengajaran dan pelajaran secara menyeluruh terhadap sesuatu ayat.
Kemahiran istinbat durus dapat dilatih melalui pembacaan yang intensif dengan meneliti
secara jelas, menyeluruh dan mendalam setiap aspek dan konteks bagi maksud ayat-ayat al-
Quran. Untuk itu, pentadabbur perlu mempunyai beberapa asas pengetahuan dalam aspek
ilmu al-Quran antaranya asbab al-Nuzul, nasikh mansukh, „am dan khas, mutlaq dan
89 Rujuk Mu„jam Maqayis Lughah. 5:381.
Univers
ity of
Mala
ya
141
muqayyad. Istinbat durus terhasil apabila pembaca dapat mentadabbur ayat secara
menyeluruh dan mencapai kefahaman maksud yang mendalam. Namun, bukan mudah
untuk mencapai tahap tersebut melainkan bagi mereka yang mempunyai aras pengetahuan
yang baik dan pemahaman ilmu yang mendalam terhadap al-Quran.
2.8.4 Tahap keempat; Terkesan dengan ayat-ayat Allah
Selanjutnya adalah sampai ke tahap keempat iaitu terkesan dengan ayat-ayat Allah s.w.t.
Peringkat ini menunjukkan aras tadabbur yang lebih tinggi selepas memahami maksud ayat
al-Quran. Peringkat ini penting kerana matlamat al-Quran diturunkan agar manusia
mengambil manfaat, menghayati pengajaran dan memahami mesej-mesej di sebalik
maksud ayat. Terkesan dengan ayat-ayat al-Quran boleh berlaku pada diri kerana
penghayatan terhadap tuntutan ayat-ayat al-Quran mula meresap dalam jiwa apabila al-
Quran sering dibaca dan disemak pengertiannya. Terdapat pelbagai contoh kisah yang
nyata mengenai insan-insan yang terkesan dengan al-Quran. Bahkan, sebahagiannya telah
menemui hidayah Islam melalui petunjuk al-Quran. Contoh terbaik yang perlu dipelajari
adalah melalui peribadi mulia Rasulullah s.a.w dan para sahabah ra.hum. Jika disoroti pada
sirah membuktikan Rasulullah s.a.w merupakan insan yang pertama mentadabbur al-Quran
dan terkesan dengan wahyu yang diturunkan. Banyak riwayat yang menggambarkan
keadaan sifat tadabbur Nabi s.a.w saat berhubung dengan wahyu al-Quran.
Antaranya, dalam sebuah riwayat telah merekodkan bahawa Abu Bakar r.a berkata:
“Ya Rasulullah! Engkau telah beruban.” Baginda bersabda; “Aku telah beruban disebabkan
oleh (tadabbur Baginda s.a.w terhadap) surah Hud dan akhawatnya; iaitu surah al-
Univers
ity of
Mala
ya
142
Waqiah, al-Qiyamah, al-Takwir, al-Inshiqaq dan al-Infitar”.90 Hadith tersebut
menunjukkan penghayatan Rasulullah s.a.w terhadap surah-surah juz ke 29 telah memberi
kesan pada diri Baginda sehingga timbul beberapa helai uban pada rambutnya.
Demikian juga, yang berlaku kepada para sahabat ra.hum setiap kali mereka
berhubung dengan al-Quran pasti diri mereka terkesan dengan ayat-ayat Allah s.w.t. Dalam
sebuah riwayat menceritakan apabila Asma‟ r.a telah ditanya oleh „Abd Allah bin „Urwah
bin al-Zubayr: “Bagaimanakah keadaan para sahabat apabila mendengar al-Quran? Asma‟
berkata: “Mengalirlah air mata mereka dan kulit mereka menjadi seram sejuk sepertimana
yang disifatkan oleh Allah (dalam al-Quran)”.91 Ternyata benar keadaan mereka yang
terkesan dengan ayat-ayat Allah s.w.t seperti yang telah digambarkan agar terinspirasi.
Sementara itu, dalam sebuah riwayat lain daripada „Aisyah r.a telah berkata: “Abu
Bakar r.a adalah seorang lelaki yang mudah menangis (apabila membaca al-Quran)”.
Beliau tidak dapat menahan kedua matanya dari menangis setiap kali membaca al-Quran.92
Hadith ini memberikan suatu gambaran bahawa para sahabat ra.hum adalah insan yang
sangat terkesan dengan al-Quran. Mereka menghayati al-Quran dengan bersunguh-sungguh
sehingga al-Quran benar-benar memberi kesan dalam segenap aspek diri dan kehidupan.
Penghayatan berlaku apabila membaca dan meneliti maksud ayat berulang-ulang
kali sehingga terbit kefahaman yang mendalam dan kesedaran yang jelas mengenai tuntutan
90 Al-Tirmidhi, Muhammad bin „Isa. Sunan al-Tirmidhi, no. hadith: 3297, Cet.1 (Riyad: Maktabah al-Ma„arif, t.t) 744. Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Jami„ (3722). 91 Diriwayatkan oleh Ibn Mubarak, al-Zuhud, no. hadith: 1016, 359. Turut diriwayatkan oleh al-Bayhaqi, Sha„b al-Iman, no.hadith:1900, 3:416. 92 Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, no. hadith:476 dalam Kitab Solat, Bab al-Masjid yakunu fi al-tariq min ghayr darar bi al-nas, no. hadith: 3905 dalam Kitab Manaqib al-Ansar, Bab Hijrah Nabi s.a.w wa ashabihi ila al-Madinah.
Univers
ity of
Mala
ya
143
ayat-ayat al-Quran. Orang yang tersentuh atau terkesan dengan ayat-ayat Allah s.w.t dapat
merasai kekhusyu‟kan hati, ketenangan jiwa dan secara tidak sedar mudah mengalirkan air
mata kerana takutkan Allah s.w.t. Ia jelas seperti yang disebut dalam firman-Nya:
Al-Zumar 39: 23
Terjemahan: Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka apabila mengingati Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada-Nya”.
Pada ayat yang lain juga Allah s.w.t menyatakan hati merasa tenang dengan zikir.
Al-Ra„du 13:28
Terjemahan: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Demikian juga dengan petikan yang menjelaskan keadaan orang yang terkesan dengan
ayat-ayat Allah s.w.t akan mengalirkan air mata kerana menerima kebenaran.
Univers
ity of
Mala
ya
144
مع ما عرفوا من الق عوا ما أنزل إل الرسول ت رى أعي ن هم تفيض من الد ي قولون وإذا ساىدين﴿ نا مع الش ﴾٣رب نا آمنا فاكتب
Al-Ma’idah 5:83
Terjemahan: Dan apabila mereka mendengar al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui kitab mereka) dari kebenaran (al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan kitab suci al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).”
Ringkasnya, keimanan lahir daripada penghayatan al-Quran yang berkesan. Ayat-
ayat yang sering dibaca dan diulang-ulang dapat meninggalkan kesan yang mendalam pada
hati. Bertitik tolak dari penghayatan tersebut kesannya akan turut merubah perspektif
seseorang dan kehidupannya. Misalnya, seseorang yang terjebak dalam kemaksiatan dan
ingin kembali ke pangkal jalan. Ayat-ayat yang menyatakan harapan dan pengampunan
Tuhan pasti memberi kesan yang membekas. Begitu juga, dengan ayat-ayat azab cukup
berkesan sebagai pengajaran dan peringatan kepada manusia yang lalai. Meskipun berapa
banyak kesilapan yang pernah dilakukan, namun dalam al-Quran menegaskan larangan
berputus asa daripada rahmat dan keampunan Tuhan.
Kesimpulannya, al-Quran apabila dibaca dengan penuh penghayatan akan memberi
kesan dan perubahan pada fizikal, pemikiran dan ruhani. Timbul keinsafan dalam diri,
bertambah pengharapan dalam kehidupan serta semakin tajam ilmu pengetahuan. Al-Quran
menjadi ubat dan terapi yang paling mujarab bagi manusia untuk memperbaiki kehidupan
ke arah kebenaran. Ringkasnya, al-Quran mampu mengubah cara hidup, pendirian dan
pemikiran agar selari dengan tuntutan al-Quran.
Univers
ity of
Mala
ya
145
2.8.5 Tahap kelima; Beramal
Beramal dengan al-Quran adalah tahap yang tertinggi yang harus dicapai dalam tadabbur.
Jika diteliti pada tahap-tahap yang sebelumnya, asas dan tuntutan tadabbur al-Quran
bermula dengan bacaan al-Quran yang teliti. iaitu memahami, memerhati dan menghayati
maksud serta pengajaran ayat-ayat al-Quran sehingga terkesan lantas berusaha
mengamalkannya. Demikian itu, tujuan bertadabbur adalah untuk beramal dengan tuntutan
al-Quran. Selari dengan matlamat utama al-Quran diturunkan agar manusia mengambil
pengajaran dan manfaat daripadanya, dengan cara beramal dengan segala tuntutannya.
Pada tahap ini, seseorang pentadabbur tidak hanya mengambil al-Quran secara
teori. Tetapi meyakini sepenuh keimanan terhadap al-Quran dengan usaha untuk
mempraktiskan tuntutan al-Quran sama ada perintah atau larangan-Nya. Contoh praktikal
al-Quran dapat diteladani secara langsung melalui peribadi Rasulullah s.a.w dan para
sahabat ra.hum. Ini kerana akhlak dan peribadi Rasulullah s.a.w dan seluruh kehidupannya
terbukti mencerminkan al-Quran secara jelas. Saidatina „Aisyah r.a pernah menjelaskan
kepada sahabat apabila ditanya mengenai akhlak Rasulullah s.a.w. Beliau memberikan
jawapan yang cukup jelas, daripada Sa„id bin Hisham bin „Amir berkata:
Maksudnya“Wahai ummu mukminin beritahulah kepadaku bagaimana akhlak Rasulullah? Beliau menjawab:“Akhlak Rasulullah ialah al-Quran. Tidakkah kau membaca al-Quran di mana Allah s.w.t berfirman dalam Surah al-Qalam (68):4, وإنك لعلى خلق عظيم bermaksud:“Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” 93
93Hadith riwayat Imam Ahmad, Bab Musnad al-Sadiqah „Aisyah bint al-Siddiq Radiyallahu, no hadith 24601. Lihat Ahmad bin Hanbal, “Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal” Ditahqiq oleh Shu„ayb al-‟Arna‟ut. Cet.1, (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2001) 148-149 daripada riwayat Hashim bin Qasim, no.hadith: 23460, 6:91.
Univers
ity of
Mala
ya
146
Al-Ruhayli dalam bukunya “Tadabbur al-Quran” 94 menerangkan suatu pendekatan atau
langkah-langkah untuk mentadabbur al-Quran yang dilihat sesuai sebagai panduan untuk
beramal dengan al-Quran. Beliau memberikan garis panduan tersebut bermula dengan
mempelajari bacaan al-Quran secara tepat dan fasih. Kemudian memahami maknanya
sehingga dapat beramal dalam kehidupan. Seterusnya, berusaha menjaga al-Quran secara
hafalan dengan menzahirkannya. Mereka menghafal al-Quran untuk mudah membaca al-
Quran secara berterusan. Saranan ini cukup penting bagi meningkat kesedaran tadabbur
dalam masyarakat sehingga al-Quran dapat meresap dalam jiwa dan kehidupan.
2.9 Proses-proses untuk menguasai kemahiran tadabbur al-Quran.
Setiap tahap tadabbur memerlukan proses pemahaman dan penghayatan secara berterusan
untuk menguasai kemahiran tadabbur. Dengan itu, untuk mentadabbur pembaca tidak
perlu tergesa-gesa mengejar kuantiti atau jumlah ayat yang dibaca. Sepertimana „trend‟
atau kebiasaan dalam masyarakat yang gemar berlumba-lumba untuk mengkhatam al-
Quran tanpa menitikberatkan pemahaman. Sebaliknya, untuk mentadabbur cukuplah
sekadar memilih beberapa ayat yang ingin diteliti dan difahami secara khusus. Ini kerana
tadabbur adalah proses pembacaan al-Quran secara berterusan untuk mengambil peringatan
dan pengajaran. Dengan cara mengulang-ulang ayat dapat mencapai kefahaman dan
penghayatan yang mendalam.
Sehubungan itu, pentadabbur memerlukan tumpuan dan komitmen untuk
melakukan proses dalam penelitian, pemerhatian serta pemahaman ayat. Melalui cara
demikian, kemahiran bertadabbur dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa apabila 94„Abd Allah bin Dayf Allah al-Ruhayli. Tadabbur al-Qur‟an. Cet.1 (Madinah:t.t., 2010), 45.
Univers
ity of
Mala
ya
147
pentadabbur melakukannya secara berterusan. Di samping itu, tidak dinafikan pengetahuan
bahasa Arab dan beberapa asas ilmu al-Quran turut diperlukan untuk mendapatkan
pemahaman yang sahih di sepanjang proses tadabbur.
Pendapat penulis, bagi masyarakat awam sewajarnya merujuk kepada tafsir untuk
mentadabbur kerana ia memberi pencerahan dalam pemahaman. Sehubungan itu, dalam
perbincangan ini penulis akan menghuraikan berkenaan proses-proses yang membantu
seseorang untuk mentadabbur al-Quran serta beberapa kupasan para ilmuan mengenainya.
Antara penulisan yang membincangkan proses ini adalah yang dikupas oleh Dr
Hashim bin „Ali Ahdal dalam bukunya Ta„lim Tadabbur al-Qur„an.95 Beliau telah
mengulas beberapa proses tadabbur yang penting untuk panduan pentadabbur.
Menurutnya, bacaan secara tartil dan meneliti makna ayat satu persatu adalah amat penting.
Ini kerana membaca al-Quran secara tenang dan perlahan dapat menumpukan lebih banyak
masa untuk perincian maksud dan mendapat kefahaman yang mendalam. Dengan demikian,
semakin banyak meneliti dan merenung makna ayat, memahami hikmah dan pengajaran
ayat, maka semakin mendalam kesedaran iman kepada Allah s.w.t.
Ulasan tersebut juga selari dengan kenyataan Dr al-Ruhayli dalam bukunya Dirasat
fi al-Manhaj Tadabbur al-Qur‟an al-Karim waqafat wa lafatat yang menyebut: “Apabila
kamu membaca al-Quran maka bacalah maknanya sepertimana kamu membaca lafaznya”.96
Ia suatu kenyataan yang memberi peringatan kepada pembaca agar memahami makna 95Rujuk kupasan Dr Hashim bin „Ali al-Ahdal dalam Bab Marahil ta„lim al-tadabbur, 146. Hashim bin „Ali al-Ahdal. Silsilah Tadabbur al-Qur‟an 1: Ta‘alim Tadabbur al-Qur‟an asalib „amaliyah wa marahil manhajiyah. Cet.1, (Jeddah: Markaz Dirasat wa Ma„lumat al-Qur‟aniyah, 2008). 96 „Abd Allah bin Dayfullah al-Ruhayli, Dirasat fi al-Manhaj; Tadabbur al-Qur‟an al-Karim. Cet.1 (Madinah: t.t., 2010) 22.
Univers
ity of
Mala
ya
148
kalimah-kalimah al-Quran yang disebut. Ini kerana tujuan kita membaca al-Quran supaya
memahami maknanya, mengambil peringatan dan pengajaran daripadanya. Tuntasnya, al-
Quran sebagai Kitab mukjizat sudah pasti mengandungi maksud yang hebat sepertimana
juga lafaz-lafaz-Nya yang mulia. Lantaran itu, dapat dikatakan bahawa lafaz adalah khadim
yang memberi khidmat kepada makna malah bukan pula sebaliknya.
Di samping itu, mengulang-ulang bacaan juga sebahagian daripada proses tadabbur.
Melalui pendekatan yang berulang penghayatan al-Quran dapat dibentuk. Kefahaman yang
dihayati daripada ayat al-Quran dapat meresap ke dalam hati dan pemikiran. Namun,
penghayatan dan pemahaman terhadap ayat-ayat al-Quran adalah berbeza dalam kalangan
para pentadabbur kerana ia berdasarkan kepada tahap kemampuan seseorang dalam
memahami, meneliti dan menghayati maksud ayat-ayat al-Quran. Sehubungan itu, al-Quran
boleh juga ditadabbur walaupun tanpa merujuk tafsiran. Namun, secara umum perkara ini
tidak digalakkan kerana dibimbangi seseorang pentadabbur mudah terjerumus ke dalam
pemahaman maksud yang salah atau kurang tepat. Melainkan jelas dia seorang yang
berpengetahuan dalam bidang tafsir atau mahir dalam bahasa al-Quran.
Justeru, secara umumnya seseorang itu perlu merujuk kepada kitab tafsir yang
muktabar, ilmu waqaf wa ibtida‟, „Ulum al-Qur‟an sebagai panduan untuk mendapat
kefahaman yang sahih. Di samping, ilmu-ilmu berkaitan dengan al-Quran seperti dan
seumpamanya. Oleh itu, pada bahagian ini penulis akan membentangkan perbincangan
mengenai proses-proses yang diperlukan sepanjang mentadabbur al-Quran seperti berikut:
i. Mendalami ilmu bahasa Arab.
ii. Mempelajari ilmu Qawa„id al-Tafsir.
iii. Mempelajari disiplin utama ilmu al-Quran seperti hukum waqaf wa ibtida‟.
Univers
ity of
Mala
ya
149
iv. Mempelajari proses dan latihan untuk istinbat durus daripada ayat.
v. Melatih kemahiran berfikir mengikut kaedah yang betul.
2.9.1 Menguasai Ilmu Bahasa Arab
Penguasaan ilmu bahasa Arab adalah penting bagi pentadabbur kerana ia merupakan faktor
dominan yang membantu tadabbur. Ia menjadi kunci untuk memahami isi al-Quran dan
panduan agama Islam keseluruhannya. Kerana itu pengetahuan bahasa Arab adalah antara
asas ilmu yang diperlukan oleh pentadabbur untuk mendalami bahasa al-Quran. Terdapat
banyak tempat dalam al-Quran yang menyebut kelebihan dan keutamaan bahasa Arab
sebagai bahasa al-Quran. Antaranya satu petikan nas yang jelas menyebut al-Quran telah
diturunkan dalam bahasa Arab ialah:
لت آياتو ق رآنا عربيا لقوم ي علمون ﴾﴿ كتاب فص
Al-Fussilat 41:3
Terjemahan: Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.
Kedudukan bahasa Arab sebagai pengantar bahasa al-Quran adalah amat bertepatan kerana
bahasa tersebut mempunyai keistimewaan yang cukup banyak. Pelbagai kajian yang dibuat
oleh para sarjana bahasa dari pelbagai aspek terutama ilmu linguistik telah berhasil
membuktikan keunikan dan keistimewaan bahasa ini yang tidak terdapat pada bahasa-
bahasa lain. Ia merupakan bahasa yang paling unik di dunia kerana mengandungi kosa kata
yang cukup kaya menerusi kajian morfologi dan sintaksis.97
97Rujuk artikel menarik yang ditulis oleh Azhar bin Muhammad bertajuk “Beberapa Aspek Keunikan dan Keistimewaan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Qur‟an” Jurnal Teknologi, UTM 42(E) Jun. 2005: 61–76.
Univers
ity of
Mala
ya
150
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab yang bertepatan dengan ciri-ciri bahasa al-
Quran yang nyata kaya dengan kosa kata. Al-Quran mengandungi gaya bahasa yang cukup
indah, bahkan ia mengandungi kesusasteraan bahasa yang tinggi dan uslub ayat yang
mengagumkan. Semua perkataannya mengandungi maksud yang sangat luas dan
mendalam. Jika diperhatikan pada penentuan setiap lafaznya sangat tepat dan teliti. Setiap
penyusunan ayatnya juga sangat menarik serta isi kandungannya relevan sepanjang zaman.
Kesempurnaan bahasa ini membuktikan al-Quran adalah mukjizat Agung yang
dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Ia mengatasi segala penulisan yang
wujud di dunia ini.
Demikian itu, Allah s.w.t telah menyebutkan sebagai pengajaran di dalam firman-
Nya berkenaan bangsa Arab musyrikin Makkah yang sengaja mencari alasan untuk tidak
mahu memahami al-Quran atau mengambil peringatannya seperti berikut:
لت آياتو قل أأعجمي وعرب ولو جعلناه ق رآنا أعجميا لقالوا لولا فصر وىو عليهم ىو للذين آمنوا ىدى وشفاء والذين لا ي ؤمنون في آذانم وق
﴾من مكان بعيد ﴿أول ئك ي نادون عمى Al-Fussilat 41:44
Terjemahan: Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).
Univers
ity of
Mala
ya
151
Ayat tersebut telah menjelaskan al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Sekaligus ia
menyelar golongan musyrikin Arab yang enggan menerima petunjuk al-Quran, sedangkan
ternyata al-Quran diturunkan dalam bahasa mereka! Dengan kata lain seharusnya tiada
alasan bagi bangsa Arab yang mendakwa tidak mampu memahami al-Quran. Demikian itu
hanya cerminan daripada sikap dan kedegilan mereka yang menghalang diri mereka untuk
menerima kebenaran al-Quran dan beriman dengan Allah s.w.t.
Al-Quran telah diturunkan dalam bahasa Arab kerana Nabi s.a.w dibangkitkan dari
kalangan bangsa Arab. Maka, sudah tentu bahasa Arab menjadi medium utama dalam
komunikasi Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan ajaran Islam kepada bangsa Arab dan
umat manusia keseluruhannya. Meskipun al-Quran diturunkan di dalam bahasa Arab,
namun ia bukan jaminan bangsa Arab lebih beriman berbanding bangsa lain. Bahkan,
sejarah telah menunjukkan di kalangan bangsa Arab juga adalah golongan yang paling kuat
memusuhi Nabi s.a.w dan menolak al-Quran seperti Abu Lahab dan konco-konconya. Oleh
itu, bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran tidak menghalang orang yang bukan berbangsa
Arab dari mempelajari serta mendalami al-Quran. Bahkan, terdapat orang bukan Arab yang
lebih menguasai bahasa Arab seperti Sibawayh, Imam Bukhari dan seumpamanya.
Benarlah al-Quran diturunkan untuk umat manusia dan sudah tentu ia tidak terbatas
pada satu bangsa atau golongan tertentu sahaja. Kerana itu para ilmuan dan tokoh ulama
seperti Sibawayh, Imam Bukhari dan seumpamanya memahami perkara ini adalah asas
utama untuk memahami kitab Allah. Melalui kunci bahasa dapat difahami kebenaran asas
aqidah, peraturan hukum, mua„amalat yang dituntut atas semua muslim. Oleh itu,
mempelajari bahasa Arab adalah kunci bagi memahami agama Islam.
Univers
ity of
Mala
ya
152
2.9.2 Mempelajari Qawa‘id al-Tafsir
Mempelajari ilmu Qawa„id al-Tafsir adalah suatu keperluan sebagai panduan untuk
memahami tafsiran ayat yang sahih dan mengetahui istinbat atau istifadah daripada makna
ayat. Dr Khalid al-Sabt menerusi kajiannya terhadap ilmu Qawa„id al-Tafsir, telah
membuat suatu rumusan bahawa Qawa„id al-Tafsir adalah al-Ahkam al-Kulliyah yang turut
berkaitan dengan asas-asas ilmu yang penting untuk menistinbat makna al-Quran dan
mengeluarkan manfaat serta pengajaran daripada ayat”.98
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa perbahasan utama dalam asas-asas ilmu
ini adalah untuk memahami makna dengan sumber-sumber tafsiran dan mentafsirkan pula
al-Quran. Oleh itu, tujuan memahami makna dan mesej al-Quran agar dapat mencapai
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Faedahnya pasti diperoleh berdasarkan
kemampuan untuk mengistinbat durus daripada ayat serta memahami nas secara sahih, dan
meneliti huraian tafsir menerusi kaedah yang betul.99
Di samping itu, Qawa„id al-Tafsir dapat menambahkan kefahaman pelajar apabila
sampai kepada peringkat aplikasi, kerana mereka perlu melakukan rujukan terhadap kitab
tafsir berkenaan contoh-contoh yang didatangkan, sehinggalah ia membantu penuntut ilmu
memahami dengan mudah dan dapat mengeluarkan sesuatu istinbat dengan betul.
98Khalid „Uthman al-Sabt, Qawa„id al-Tafsir jam„an wa dirasah. Cet.2 (Kaherah: Dar Ibn „Affan, 2008)1: 30. 99 Ibid.,1:39
Univers
ity of
Mala
ya
153
2.9.3 Mengetahui disiplin utama ilmu al-Quran
Sebagai pentadabbur mengetahui disiplin utama ilmu al-Quran seperti asas tajwid al-
Quran, sebutan makhraj huruf serta kemahiran berhenti dan bermula dalam bacaan ayat al-
Quran adalah satu pakej ilmu yang tidak kurang pentingnya. Demikian itu, kerana ia satu
seni ilmu yang turut memberi kesan kepada makna yang bakal difahami daripada sebutan
bacaan. Oleh itu, pentadabbur perlu mempelajari dan mengetahui asas-asas tersebut agar
bacaan dan maksud yang difahami adalah selari.
Sebagai contoh, bacaan yang tepat dapat dinilai berdasarkan tajwid huruf yang
betul. Apabila membaca perlu meneliti makhraj huruf, sifatnya sama ada tebal atau nipis
sesuatu huruf bagi orang yang mendengar dapat mentadabbur bacaan dengan sempurna.
Sebagai contoh kekayaan bahasa Arab dapat dilihat menerusi perbezaan jenis bacaan bagi:
Surah al-Baqarah: 238
dan Surah al-Hijr: 55
Sebutan huruf perlu berbeza antara dua kalimah tersebut. Sifat huruf ت dan ط adalah
jelas berbeza dari sudut ketebalan dan kenipisan sebutan antara dua huruf tersebut.
Seterusnya, menyentuh permasalahan mengenai tempat berhenti dan bermula dalam
bacaan (Ahkam al-Ibtida‟ wa al-Waqaf). Pemilihan tempat berhenti bacaan yang sesuai
Univers
ity of
Mala
ya
154
dapat memenuhi penyempurnaan makna bagi ayat. Sekiranya salah berhenti dalam
percakapan atau menyebut ayat dengan tidak lengkap sudah tentu ia memberi kesan kepada
maksud ayat dan menghasilkan suatu maksud yang menjelekkan. Lebih-lebih lagi ketika
membaca ayat-ayat Allah s.w.t tanpa menghiraukan tempat berhenti atau memulakan
bacaan pada tempat yang salah. Sudah tentu akan menyumbangkan kesan yang buruk
kepada makna. Namun, kesalahan itu merupakan perbuatan yang makruh jika tidak sengaja.
Faktor kejahilan boleh mengakibatkan ayat-ayat tersebut menjadi makna yang
tergantung, maksud yang tidak difahami dan mesej yang tidak jelas. Kesannya, maksud
ayat tersebut menjadi terhalang daripada sampai kepada pendengar atau sasarannya. Kerana
sasaran ayat-ayat tersebut adalah hati manusia yang memahami bacaan al-Quran serta
telinganya yang mendengar bacaan tersebut.
Sehubungan itu, para ulama al-Quran berijtihad untuk meletakkan tanda-tanda
waqaf wa ibtida‟ di dalam mashaf „Uthmani bagi mengelakkan pembaca terjebak dengan
kesilapan tersebut. Tambahan juga dengan keistimewaan Rasm al-Quran bagi mashaf
„Uthmani turut mempunyai banyak simbol dan tanda bacaan. Ini sedikit sebanyak dapat
membantu pembaca dengan jelas tempat-tempat yang harus berhenti dalam bacaan,
dilarang berhenti ataupun sunat berhenti dengan merujuk kepada simbol atau tanda berhenti
yang berbeza di atas kepala ayat. Dengan berpandukan kepada sistem tanda atau simbol ini
amat membantu pentadabbur untuk memperelokkan bacaan secara tartil dan tajwid al-
Quran, di samping dapat mentadabbur maksud ayat al-Quran dengan betul.
Univers
ity of
Mala
ya
155
2.9.4 Mempelajari proses dan latihan untuk Istinbat durus al-Ayat
Aktiviti istinbat durus al-Ayat adalah mengeluarkan suatu hasil atau dapatan daripada ayat
samada dalam bentuk hukum, hikmah, pengajaran atau manfaat penemuan ilmiah. Usaha
beristinbat memerlukan kesungguhan akal yang konsisten dalam berfikir untuk
mengeluarkan dapatan maklumat yang tersirat di sebalik nas. Dr Musa„id al-Tayyar ada
ulasannya berkenaan istinbat dalam penulisan buku Mafhum al-Istinbat, al-Tafsir dan
Ta‟wil yang menyatakan bahawa istinbat adalah menghubungkan perkataan yang
mempunyai makna yang diisyaratkan melalui ayat-ayat yang lain samada dengan apa jenis
perkaitan yang menghubungkan makna tersebut. Sama ada ia dilalah yang berbentuk
isyarat atau dilalah yang difahami secara langsung. Istinbat ini boleh terjadi dari sudut
hukum fiqh, adab juga akhlak bermu„amalah dengan manusia, faedah tarbawiyah yang
berhubung dengan penyucian jiwa atau boleh juga dari sudut istinbat „ilmiyah.100
Tahap istinbat merupakan proses kefahaman yang tinggi yang dilalui oleh seseorang
pentadabbur untuk menyingkap suatu khazanah pengetahuan atau manfaat ilmu berhubung
dengan ayat-ayat al-Quran. Para sahabat ra.hum kebanyakannya mencapai pada tahap ini
berdasarkan kemuliaan dan kedudukan mereka di sisi Rasulullah s.a.w. Antaranya, adalah
„Abd Allah bin „Abbas r.a yang pernah meriwayatkan bahawa ketika Saidina „Umar r.a
menemuiku bersama beberapa orang sahabat ahli Badar. Beliau berkata: “Apakah
pendapatmu mengenai wahyu yang turun dari surah al-Nasr ayat pertama?101 Sebahagian
daripada mereka mengatakan: “Kami diperintahkan untuk memuji Allah dan beristighfar
apabila menerima kemenangan dan kebebasan”. Namun, sebahagian yang lain hanya 100 Musa„id Sulayman bin Nasir al-Tayyar. Mafhum al-Istinbat, al-Tafsir, al-Ta‟wil, al-Tadabbur. (Riyad: Dar Ibn Jawzi, 2002) 161. 101Surah al-Nasr ayat pertama: ﴿ إذا جاء نصر الل و والفتح﴾
Univers
ity of
Mala
ya
156
mendiamkan diri sahaja. Lalu Saidina „Umar berkata kepadaku: “Apa pendapatmu?
Jawabku: Ia adalah petanda ajal Rasulullah s.a.w yang dapat aku ketahui padanya. Maka
Saidina „Umar pun berkata: “Aku tidak pernah tahu sedemikian sehingga kamu katakan”.102
Ibn Hajar telah memberikan ulasan berkenaan hadith ini bahawa: “Ia menjelaskan
keharusan takwil al-Quran yang dapat difahami daripada isyarat-isyarat hadith.”103
Walaupun, hadith di atas merujuk kepada keharusan takwil, tetapi secara tidak
langsung ia turut menjelaskan kemampuan istinbat Ibn „Abbas yang dapat memberikan
takwilan yang tepat terhadap konteks nas. Pemahaman Ibn „Abbas terhadap nas-nas dalam
surah al-Nasr tersebut nyata mengagumkan kerana beliau mampu memberikan takwilan
maksud yang tepat di sebalik ayat yang tidak semua orang mencermatinya.
Seterusnya, terdapat beberapa cara dan pendekatan yang dapat melatih kemahiran
beristinbat kepada pentadabbur antaranya menerusi:
a. Bantuan daripada kitab tafsir muktabar untuk memahami secara menyeluruh pandangan
yang terdahulu dan terkini.
b. Mempelajari asbab al-nuzul.
c. Mempelajari pelbagai i„jaz sama ada dari sudut bahasa, „ilmi dan pensyariatan.
d. Mengkaji topik-topik dalam ilmu al-Quran.
e. Mempelajari „Usul al-Fiqh dan Qawa„id al-Tafsir.
102 Hadith riwayat al-Bukhari dalam Kitab al-Tafsir, no.hadith: 4970. Lihat Abu „Abd Allah Muhammad bin Isma„il al-Bukhari, “Sahih al-Bukhari”( Riyad: Dar al-Salam,1999), 891. 103 Ibn Hajar al-„Asqalani. Fathu al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari. Cet.1, (Riyad: Dar al-Salam, 2000). 8:736.
Univers
ity of
Mala
ya
157
Kesemua pendekatan tersebut adalah langkah-langkah yang penting untuk membantu
pentadabbur memahami konteks ayat sehingga mampu mengeluarkan suatu dapatan
daripada ayat. Hasil dapatan maklumat tersebut dapat dimanfaatkan oleh pentadabbur
sebagai pengajaran dan peringatan untuk diamalkan serta disampaikan kepada masyarakat.
2.9.5 Menguasai kemahiran berfikir mengikut kaedah yang betul
Menguasai kemahiran berfikir berlandaskan kaedah yang betul adalah suatu perkara yang
amat penting bagi pentadabbur untuk memandu pemikirannya memahami konteks nas-nas
al-Quran dengan cara yang benar. Ini kerana cara berfkir berlandaskan sumber-sumber
yang sahih akan memberi natijah yang benar dalam tindakan. Sumber-sumber utama yang
sahih sebagai rujukan tersebut sudah tentu berlandaskan kepada panduan kaedah ilmu yang
betul dalam asas-asas ilmu al-Quran seperti ilmu tafsir, munasabat al-Qur‟an, asbab al-
nuzul, balaghah al-Qur‟an, „ijaz al-Qur‟an, al-Qira’at dan seumpamanya.
Sebaliknya, jika pentadabbur tidak berpandukan kepada sumber atau kaedah ilmu
yang betul ia akan memberi kesan terhadap kefahaman yang salah kerana pemikiran
tersebut telah tersasar dari mengikut kaedah yang betul. Kemahiran berfikir dengan
berpandukan kaedah yang betul akan memberi pencerahan yang jelas terhadap maksud ayat
dan menambahkan penghayatan pentadabbur terhadap tuntutannya. Kerana itu,
pengetahuan terhadap asas-asas ilmu al-Quran dan merujuk kepada sumber tafsiran yang
sahih sangat penting untuk membantu cara berfikir yang benar sehingga mencapai
kefahaman yang jelas dan mendalam terhadap makna nas-nas al-Quran.
Univers
ity of
Mala
ya
158
Sebagai contoh, terdapat satu kalimah daripada ayat yang pernah menimbulkan
kekeliruan di kalangan para sahabat ketika penurunannya. Para sahabat keliru dan salah
faham terhadap maksud „zalim‟ dalam konteks ayat 82 daripada Surah al-An„am. Menerusi
firman-Nya yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman tidak mencampur adukkan iman
mereka dengan kezaliman, mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan
merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
Menurut Ibn Mas„ud, para sahabat ra.hum berada dalam kekalutan dan merasa
gelisah ketika ayat tersebut diturunkan kerana menyangka maksud al-zulm adalah sama
dengan kezaliman yang biasa. Lantas mereka bertanya: "Ya Rasulullah siapa antara kita
yang tidak pernah berbuat zalim? Maka, Nabi s.a.w menjelaskan: "Bukan zalim itu yang
dimaksudkan tetapi maksudnya adalah syirik. Tidakkah kalian mendengar firman Allah
s.w.t dalam surah Lukman ayat 13? yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Luqman
berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku,
janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu
kezaliman yang besar.”104
Sehubungan itu, dapat difahami berdasarkan kisah tersebut bahawa seseorang
pentadabbur perlu meneliti maksud ayat dari sudut zahir dan juga makna disebaliknya
dengan menyemak sumber-sumber serta dalil-dalil yang berkaitan untuk memahami
konteks nas tersebut secara sahih. Demikian itu, merujuk kepada kefahaman salaf salih
adalah penting bagi memahami konteks ayat secara jelas dan membantu memberi
104 Hadith riwayat al-Tirmidhi, Abwab Tafsir al-Qur‟an „an Rasulullah, no.hadith 3067. Lihat Abu „Isa Muhammad bin „Isa al-Tirmidhi, Jami„ al-Tirmidhi. (Riyad: Dar al-Salam, 2009) 905
Univers
ity of
Mala
ya
159
pemahaman yang sahih. Dalam masa yang sama menerusi penelitian yang terperinci,
pentadabbur dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara menyeluruh dan mendalam.
Proses berfikir secara mendalam adalah termasuk meneliti dan mengkaji secara
terperinci terhadap susunan lafaz al-Quran, konteks kalimat, maksud yang terkandung,
sebab turun (asbab al-Nuzul, „irab kalimat dan kolerasi ayat serta hubungannya dengan
realiti kehidupan sekarang. Kombinasi semua aspek maklumat tersebut dapat memberikan
kefahaman ayat yang lebih jelas kepada pentadabbur. Hasil daripada itu, pentadabbur
dapat memahami selok belok ayat dengan jelas dari pelbagai sudut.
2.9.6 Menyebarkan ilmu dari kefahaman yang benar dan istinbat yang betul
Setelah melalui proses tadabbur tersebut, apa yang lebih penting adalah mengamalkan
segala ilmu dan kefahaman yang diserap daripada al-Quran. Setelah itu pentadabbur
mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan kesedaran dan kebenaran ilmu kepada
masyarakat. Rasulullah s.a.w adalah insan terulung yang paling dekat menjadi contoh insan
yang menyampaikan ajaran Islam setelah mentadabbur mesej al-Quran.
Bagi memahami makna al-Quran sekurang-kurangnya seseorang pentadabbur perlu
mengetahui beberapa asas ilmu yang berkaitan dengan al-Quran seperti bahasa Arab, Usul
al-Tafsir dan „Ulum al-Qur‟an. Dengan itu, pentadabbur yang tidak berbahasa Arab tidak
hanya bergantung kepada terjemahan al-Quran semata-mata tetapi turut mempunyai
kemahiran asas untuk mentadabbur al-Quran. Asas-asas tadabbur tersebut dapat dikuasai
melalui proses pembelajaran dan usaha yang berulang-ulang kali untuk membaca al-Quran
Univers
ity of
Mala
ya
160
dan memahami petunjuk-petunjuk daripada ayat. Oleh itu, manhaj tadabbur yang betul
amat membantu untuk menguasai kemahiran tadabbur al-Quran.
2.10 Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan konsep tadabbur di atas secara keseluruhannya adalah bertujuan
untuk menyampaikan mesej mengenai kepentingan dan keutamaan tadabbur. Penulis
memulakan dengan penjelasan mengenai pengertian tadabbur dari sudut bahasa dan
kupasan istilah. Rumusan dari pandangan ulama dan sarjana tafsir telah membuka dimensi
kefahaman mengenai maksud sebenar tadabbur. Kemudian, istilah tadabbur turut
diperluaskan perbincangannya dengan melihat perkaitan tadabbur dengan beberapa istilah
yang lain seperti tafakkur, nazr, ta‟ammul, tafsir, ta‟wil dan istinbat. Dari situ, dapat
dirumuskan ilmu tadabbur adalah satu bidang ilmu yang luas kerana perbahasannya turut
merangkumi asas ilmu tafsir, cabang-cabang „Ulum al-Qur‟an dan ilmu istinbat.
Di samping itu, penulis turut menyentuh perbincangan hukum tadabbur serta
syarat-syarat bagi tadabbur. Kupasan tersebut untuk memberi kefahaman mengenai urgensi
tadabbur melalui beberapa persoalan berhubung dengan apakah hukum bertadabbur?
Siapakah yang diseru untuk mentadabbur al-Quran? Dan apakah syarat-syarat bagi
tadabbur? Hasil daripada huraian dan penjelasan bagi persoalan tersebut akan memberikan
kefahaman yang lebih menyeluruh kepada pembaca mengenai tuntutan tadabbur.
Selanjutnya, tidak lengkap rasanya perbincangan „Konsep Tadabbur‟ sekiranya
tidak disertakan huraian mengenai kepentingan dan penegasan tujuan mentadabbur al-
Quran. Ini kerana, kesedaran terhadap keperluan bertadabbur dan keutamaannya perlu
Univers
ity of
Mala
ya
161
diwujudkan melalui tujuannya. Penulis turut mengemukakan kupasan berdasarkan dalil-
dalil al-Quran yang menghuraikan kesan-kesan tadabbur kepada pentadabbur al-Quran
serta gambaran sifat tadabbur yang dipetik daripada contoh kehidupan sirah Rasulullah
s.a.w dan para sahabat yang menghidupkan amalan tersebut.
Seterusnya, perbincangan penulis adalah mengenai tahap-tahap untuk mentadabbur
al-Quran serta proses-proses untuk menguasai kemahiran tadabbur bagi setiap tahap
tersebut. Pengetahuan ini diharap dapat membuka dimensi baru kepada masyarakat
mengenai ilmu tadabbur serta pendekatan asas yang membantu untuk meningkatkan
kemahiran dalam mentadabbur Kalam Allah s.w.t.
Dengan ini difahami bahawa tadabbur adalah suatu ilmu yang harus diusahakan dan
dipelajari kemahirannya agar setiap pendekatan yang digunakan untuk bertadabbur dapat
mendekatkan kepada keberkesanan. Para ilmuan turut membuat pelbagai formulasi untuk
memperolehi tadabbur yang berhasil. Lantaran itu, kunci utama untuk mentadabbur adalah
hati yang ikhlas yang menjadi sasaran bagi hidayah Allah s.w.t. Oleh itu, hati menjadi alat
untuk memahami dan meneliti dengan sepenuh penghayatan. Allah s.w.t menggunakan
istilah qalbu di dalam al-Quran merujuk pada ayat liman kana lahu qalb seperti berikut:
مع وىو شهيد ﴿ إن في لك لذكرى لمن كان لو ق لب أو ألقى الس ﴾٣ذ
Qaf 50: 37
Terjemahan: Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.
Univers
ity of
Mala
ya
162
Oleh itu, untuk mendapatkan hasil tadabbur yang jitu kita perlu memohon kepada
Allah s.w.t yang memegang hati setiap insan agar dibukakan hati dan diberikan kefahaman
yang benar terhadap al-Quran. Justeru, keikhlasan hati untuk mencari kebenaran menerusi
ayat-ayat al-Quran dan cara pemahaman yang benar bersumberkan suluhan ilmu akan
menemui kejayaan dalam bertadabbur.
Kemudian, dalam bab seterusnya penulis akan menghuraikan secara khusus
mengenai sebuah karya tadabbur. Bab empat akan membentangkan analisis penulis secara
terperinci berkenaan Kitab Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah yang ditulis oleh
Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah. Kitab tersebut mengumpul sejumlah asas-asas ilmu
sebagai panduan untuk mentadabbur al-Quran yang cukup bermanfaat kepada pembaca.
Univers
ity of
Mala
ya
163
BAB 3
ANALISIS QAWA‘ID AL-TADABBUR AL-AMTHAL LI KITAB ALLAH
3.1 Pendahuluan
Bahagian ini menumpukan kepada dua aspek perbincangan iaitu latar belakang penulisan
Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal serta pembentukan lima prinsip tadabur hasil analisis
penulis terhadap kitab Qawa„id al-Tadabbur. Perbincangan latar belakang Qawa„id al-
Tadabbur dikembangkan kepada empat pecahan utama iaitu pengenalan istilah Qawa„id al-
Tadabbur, tujuan penulisan kitab, pandangan sarjana terhadap kitab serta sistematika
penulisan Kitab Qawa„id al-Tadabbur. Manakala, pada bahagian pembentukan prinsip
tadabbur bermula dengan pengenalan istilah prinsip tadabbur, justifikasi pembentukannya
serta kupasan contoh bagi kelima-lima prinsip tadabbur.
3.2 Pengenalan Qawa‘id al-Tadabbur al-Quran
Sejarah telah merekodkan kelahiran generasi al-Quran yang mencapai pelbagai kejayaan
adalah hasil daripada penguasaan ilmu pengetahuan al-Quran. Mereka dihormati dan
disegani kerana mempunyai nilai keilmuan, ketamadunan dan kemanusiaan yang tinggi.
Hakikat itu berlaku apabila Rasulullah s.a.w dan para sahabat menjadikan al-Quran sebagai
paksi dalam kehidupan. Sirah memaparkan pendekatan Rasulullah s.a.w dan para sahabat
ra.hum ketika berinteraksi dengan ayat-ayat Allah s.w.t adalah begitu mengagumkan.
Mereka amat terkesan dengan didikan dan asuhan al-Quran berdasarkan contoh nyata yang
dibuktikan oleh Rasulullah s.a.w sebagai al-Quran yang hidup.
Univers
ity of
Mala
ya
164
عن سعد بن ىشام بن عامر، قال: أت يت عائشة، ف قلت: يا أم المؤمنين، أخبين بلق رسول اللو صلى الله عليو وسلم، قالت: " كان خلقو القرآن، أما ت قرأ القرآن، ق ول
1[4و عز وجل: }وإنك لعلى خلق عظيم{ ]القلم: [ الل 941]ص:
Terjemahan: Sa„id bin Hisyam r.a menceritakan; saya telah datang menemui Saidatina „Aisyah r.a dan bertanya: wahai Ummu al-mukminin, beritahu kepadaku mengenai akhlak Rasulullah s.a.w. Lalu beliau berkata: “Akhlak Rasulullah s.a.w adalah seperti al-Quran”, Adakah kamu membaca al-Quran?
Allah s.w.t merakamkan kemuliaan akhlak Rasulullah s.a.w dalam surah al-Qalam,
﴾٤﴿ وإنك لعلى خلق عظيم Al-Qalam 54:4
Terjemahan: Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak terpuji.
Selain itu, daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
ا 2بعثت لأتم صالح الأخلاق إنTerjemahan: Sesungguhnya aku diutuskan dengan tujuan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
Ternyata, Rasulullah s.a.w sememangnya cerminan bagi al-Quran yang mempamerkan al-
Quran secara praktikal. Begitu juga dengan para sahabat ra.hum dan generasi tabi„in yang
mencontohi secara langsung pengajaran al-Quran daripada perbuatan Nabi s.a.w. Pelbagai
1Hadith riwayat Ahmad bin Hanbal, Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal. Bab musnad Siddiqah „Aisyah bint Siddiq, no.hadith: 24601, j. 41: 148-149, hadith ini sahih dan sanadnya hasan. Dilihat juga pada Abu „Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari, Adab al-Mufrad, Bab Man Da„a Allah An Yuhsina Khulukhuhu, no. hadith 234, hadith ini sahih lighayrihi. 2Hadith riwayat al-Bukhari, Bab Husnu al-Khuluq, no. Hadith 273/207, dan diriwayat oleh al-Baihaqi, Kitab al-Shahadat, Bab Bayan Makarima al-akhlak wa Maa„liyaha, no. Hadith 20782, dalam matan kalimah صالح disebut dengan kalimah مكارم . Lihat Abu „Abd Allah Muhammad bin Isma„il al-Bukhari, ‚Sahih al-Adab al-Mufrad”(Arab Saudi: Maktabah Dalil, 1996), 118 dan lihat juga pada Abu Bakar Ahmad bin Husayn bin „Ali al-Bayhaqi, “Sunan al-Kubra” ditahqiq oleh Muhammad „Abd al-Qadir „Ata. Cet.3, (Beirut: Dar al-Kitab al-„Ilmiyah, 2003) 10: 323.
Univers
ity of
Mala
ya
165
riwayat yang merekodkan penghayatan salaf salih terhadap ayat-ayat al-Quran adalah
sangat mengagumkan. Kisah-kisah mereka menggambarkan amalan tadabbur amat sebati
dalam kehidupan sehingga jelas terkesan pada aspek kejiwaan dan keperibadian mereka.
Sehubungan itu, apakah asas-asas dan pendekatan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w
dan para sahabat ra.hum untuk mentadabbur al-Quran? Realitinya, asas-asas dan
pendekatan tersebut ada pada kelebihan yang ada pada generasi salaf salih kerana mereka
berada pada zaman penurunan al-Quran atau hampir dengan zaman wahyu diturunkan.
Oleh sebab itu, mereka dapat merasai kesan tarbiyah al-Quran secara langsung yang
disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Setiap hari kehidupan mereka dipenuhi dengan
pengajaran dan penghayatan untuk memahami mesej al-Quran dan proses tersebut
berlangsung secara berulang-ulang kali. Demikian itu, adalah pendekatan tadabbur yang
benar untuk memahami dan menghayati mesej-mesej al-Quran.
Jika dirujuk pada sejarah salaf salih, jelas menunjukkan ilmu tadabbur bukanlah
suatu perkara yang baru. Mereka adalah generasi terbaik yang mempraktikan tadabbur al-
Quran secara langsung dalam kehidupan. Kenyataan ini terbukti kerana Rasulullah s.a.w
dan para sahabat ra.hum adalah orang yang paling memahami al-Quran dan mentadabbur
al-Quran secara mendalam. Setelah zaman beredar kepada generasi kini, kesedaran dan
penghayatan al-Quran turut berkembang. Kini, ilmu tadabbur semakin meluas sehingga
terbentuk menjadi suatu bidang atau disiplin ilmu yang terus diperbincangkan.
Ilmu tadabbur al-Quran mendapat perhatian ulama dan para ilmuan mutakhir ini
melalui pelbagai bentuk perbincangan seperti wacana dan persidangan. Medan penulisan
juga tidak lepas dari membahaskan isu tadabbur dalam pelbagai jenis karya. Usaha dan
Univers
ity of
Mala
ya
166
bentuk penulisan yang mengupas mengenai ilmu tadabbur antaranya seperti tulisan
Musa„id al-Tayyar bertajuk Mafhum al-Istinbat al-Tafsir al-Ta‟wil al-Tadabbur,3 Khalid
al-Lahim bertajuk Mafatih Tadabbur al-Quran wa al-Najah fi al-Hayah,4 „Abd Allah
Basfar bertajuk Tadabbur al-Qur‟an al-Karim5 serta Kompilasi Kertas Kerja Seminar yang
bertajuk Mafhum al-Tadabbur.6 Penulisan karya tadabbur semakin berkembang dan
menjadi tumpuan para ilmuan sekitar kemunculannya pada lewat tahun 90-an.
Sehubungan itu, Shaykh „Abd al-Rahman al-Maydani tampil dengan Kitab Qawa„id
al-Tadabbur al-Amthal7 sebagai sebuah karya pertama yang meletakkan batu asas qawa„id
bagi tadabbur. Jika diteliti pada karya beliau yang merujuk kepada Qawa„id al-Tadabbur
al-Amthal merupakan satu-satunya penulisan yang khusus memfokuskan perbahasan
qawa„id dalam tadabbur. Usaha beliau dalam meletakkan batu asas bagi kaedah tadabbur
adalah sangat bernilai dan ia layak mendapat penghargaan atas sumbangan tersebut. Karya
tersebut mengumpulkan asas-asas dan kaedah tadabbur yang terpilih sebagai garis panduan
untuk membantu pentadabbur mengkaji dan memahami ayat-ayat al-Quran. Penulisan
beliau mengupas pendekatan tadabbur secara praktikal beserta contoh-contoh yang lengkap
dengan hujahan dan sandaran dalil untuk memudahkan kefahaman. Hal ini menunjukkan
usaha mentadabbur bukanlah mudah kerana ia perlu merujuk kepada asas-asas ilmu yang
betul dan panduan yang benar. Justeru, secara tidak langsung penulisan Qawa„id al-
Tadabbur ini juga turut menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan mentadabbur al-
Quran berlandaskan asas-asas ilmu yang betul. 3Musa„id Sulayman bin Nasir al-Tayyar. Mafhum al-Istinbat, al-Tafsir, al-Ta‟wil, al-Tadabbur. Riyad: Dar Ibn Jawzi, 2002. 4Khalid bin „Abd Karim al-Lahim, Mafatih Tadabbur al-Qur‟an wa al-Najah fi al-Hayah. Mesir: al-Iskandariah, 2004. 5„Abd Allah „Ali Basfar, Tadabbur al-Qur‟an al-Karim. Cet.1, Syria: Maktabah Bayt al-„Ilm, 2009. 6 Kompilasi Awraq „Amal, Seminar I, Mafhum al-Tadabbur. Riyad: Markaz Tadabbur, 2009.
7„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani. Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah. Cet.3 (Damsyik: Dar al-Qalam, 2004).
Univers
ity of
Mala
ya
167
3.2.1 Pengertian Qawa‘id al-Tadabbur
Sebelum membincangkan konteks Qawa„id al-Tadabbur dengan lebih mendalam, terlebih
dahulu wajar dikemukakan pengertiannya sebagai permulaan. Pentakrifan Qawa„id [قواعد]
menurut bahasa;8 merupakan perkataan jama„ kepada kaedah [قاعدة] yang berasal daripada
perkataan qa„ada [قعد] iaitu bermaksud duduk. Perlakuan duduk menunjukkan keadaan
seseorang yang menapak dan mempunyai asas. Perkataan kaedah [قاعدة] menerangkan
maksud asas atau usul bagi perkara yang dibina di atasnya. Maka, kaedah menjadi asas atau
usul bagi apa yang berada di atasnya dan unsur-unsur lain yang bergantung dengannya.
Sebagai contoh asas bagi pokok adalah akarnya dan asas bagi rumah adalah tapaknya.
Perkataan Qawa„id dipetik di dalam al-Quran menerusi surah al-Baqarah:127,
﴾ وإذ ي رفع إب راىيم القواعد من الب يت وإساعيل رب نا ت قبل منا ﴿
Al-Baqarah 2:127 Terjemahan: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami)…”
Dan ia turut dinyatakan pada surah al-Nahl (16): ayat 26,
ن القواعد ﴾ يان هم م ﴿فأتى الل و ب ن
Al-Nahl 16:26 8 Rujuk Ibn Faris, Abu Husayn Ahmad, Mu‘jam Maqayis al-Lughah,(Beirut: Dar al-Jil, 1999) asal daripada , ,jil.3/128 , قعد jil.5/109, Ibn Manzur, Lisan al-„Arab,(Kaherah: Dar al-Ma„arif, 1955), perkataan , قعدMujamma„ al-Lughah al-„Arabiyya, Mu„jam al-Wasit (Misr: Maktabah al Syuru‟ al-Dawliyyah, 2004) perkataan قعد, jil.2/748.
Univers
ity of
Mala
ya
168
Terjemahan: Maka Allah binasakan bangunan (rancangan jahat) mereka dari asas-asasnya.
Manakala, qawa„id menurut kupasan istilah mempunyai pelbagai definisi oleh para ilmuan.
Al-Jurjani [w.740H] menyatakan istilah [قاعدة] adalah sebagai permasalahan yang umum
(menyeluruh) yang dipraktikkan atas permasalahan juz‟iyyat (pecahan-pecahannya).9
Manakala Mustafa Ahmad al-Zarqa‟ di dalam kitabnya al-Madkhal al-Fiqhu al-„Ammu
menyebut qawa„id memberi maksud hukum yang dipraktikkan ke atas keseluruhan
permasalahan juz‟iyyat.10 Di kalangan ulama ‟Usul Fiqh menjelaskan pengertian qawa„id
dari sudut istilah adalah sebagai hukum kulli yang bersifat umum yang dipraktikan ke atas
semua hukum juz‟i.11 Sementara itu, catatan Shaykh Khalid al-Sabt di dalam bukunya
Qawa„id al-Tafsir merumuskan pendapat kebanyakan ulama mentakrifkan Qawa„id
sepertimana berikut;12
” ىي حكم كلي يتعرف بو على أحكام جزئياتو “
Terjemahan: “kaedah adalah suatu hukum yang bersifat umum(menyeluruh); dan diketahui melaluinya pecahan-pecahan hukum yang berkaitan dengannya.”
Meskipun begitu, wujud pula pandangan yang mengatakan al-Qai„dah, al-Asl, al-Dhabit
dan al-Qanun memberi maksud yang sama iaitu sebagai perkara atau hukum umum yang
menyeluruh dan membahaskan perkara-perkara furu„iyah yang berkaitan dengannya.13
Justeru, secara ringkas qawa„id difahami oleh penulis sebagai asas, kaedah, prinsip, disiplin
9 Al-Jurjani. al-Ta„rifat, 219. Lihat pada kenyataan [ قضية كلية منطبقة على جميع جزيئاتها ] 10 Mustafa Ahmad al-Zarqa‟. al-Madkhal al-Fiqh al-„Ammu. (Damsyik: Dar al-Qalam, 1998) 965. 11 „Abdul Latif Muda, Rosmawati Ali. Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh (Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2000) 4. 12 Khalid „Uthman al-Sabt, Qawa„id al-Tafsir jam„an wa dirasah. Cet.2 (Kaherah: Dar Ibn „Affan, 2008)1: 23. 13 Ibid., Qawa„id al-Tafsir, 32. Rujuk catatan al-Rahawi, Syarh al-Manar wa Hawashiyah min „Ilm al-Usul, 20.
Univers
ity of
Mala
ya
169
ilmu atau garis panduan yang berkaitan dengan sesuatu hukum, peraturan atau pendekatan
yang mempunyai cabang-cabang ilmu daripadanya. Antara contoh perbahasan qawa‘id
yang ditulis oleh para ulama adalah seperti Qawa„id al-Tafsir,14 Qawa„id al-Fiqhiyah,15
Qawa„id al-Tarjih,16 Qawa„id al-Istinbat17
dan Qawa„id al-Lughah18. Lazimnya, penulisan
berdasarkan qawa„id adalah cenderung membincangkan suatu permasalahan asas, dasar
atau panduan disiplin ilmu tertentu yang melibatkan pecahan-pecahan ilmu yang berkaitan.
Justeru, bagaimana pula maksud yang difahami jika qawa„id digabungkan dengan istilah
tadabbur?
Secara ringkas, tadabbur daripada dapatan penulis yang dibina menerusi takrifan
bahasa dan istilah difahami sebagai proses penelitian, pemahaman dan penghayatan yang
mendalam terhadap makna bagi ayat-ayat al-Quran sehingga mencapai tuntutan mesejnya.19
Tadabbur cukup sinonim dan berkait rapat dengan tafakkur iaitu menajamkan akal untuk
berfikir secara teliti dan mendalam. Kerana itu, antara lain maksud tadabbur adalah
menumpukan segenap perhatian dan fikiran pada sesuatu. Jika diteliti pada penggunaan
tadabbur, kebiasaannya digunakan pada tulisan atau bahan bacaan yang termasuk
daripadanya adalah al-Quran. Lafaz tadabbur yang disebutkan dalam al-Quran lazimnya
merujuk kepada al-Quran dan bukan selainnya. Ia bersesuaian dengan keutamaan dan darjat
kemuliaan al-Quran sebagai kitab mukjizat.
14 Khalid „Uthman al-Sabt, Qawa‘id al-Tafsir jam„an wa dirasah. Cet.2 (Kaherah: Dar Ibn „Affan, 2008) 15Muhammad Sidqi bin Ahmad al-Burno. Mawsu„ah al-Qawa„id al-Fiqhiyah. Cet.1(Beirut:Muassasah al-Risalah, 2003)
16Husaiyn bin „Ali bin Husaiyn al-Harabi. Qawa„id al-Tarjih „inda Mufassirin. (Riyadh: Dar al-Qasim, 1996).
17„Abd al-Muhsin al-Suwayyah). Qawa„id al-Istinbat min alfaz al-adilla „inda al-Hanabila. (Beirut: Dar al-Bashaer, 2004) 18 Sa„id al-Afghani. al-Mujaz fi Qawa„id al-Lughah al-„Arabiyah. (Beirut: Dar al-Fikr, 1991) 19 Rujuk kupasan teperinci makn3.2.3a tadabbur pada Bab 2: takrifan tadabbur menurut bahasa dan istilah. Lihat Mu„jam „Arabi al-Asasi, 437. Mu„jam Maqayis al-Lughah, 2:266. .Lisan al-„Arab, 1321 pada perkataan . دبر
Univers
ity of
Mala
ya
170
Secara asas, tadabbur suatu amalan yang tidak terbatas kepada keahlian atau
kepakaran. Ini kerana hakikat seruan bertadabbur al-Quran tidak hanya tertumpu kepada
golongan mukmin semata-mata. Bahkan, tadabbur adalah tuntutan penting yang ditegaskan
untuk semua manusia termasuklah golongan kafir dan kelompok munafik20 yang diseru
untuk memerhati dan memikirkan mesej-mesej al-Quran. Namun, tidak bermakna tadabbur
menjadi perkara yang begitu mudah dikuasai begitu sahaja seumpama hanya dengan sekali
memikirkan atau meneliti ayat-ayat al-Quran sudah memenuhi maksud tadabbur. Jika
diteliti pada kesan tadabbur turut berbeza mengikut tahap penguasaan tafsir seseorang.21
Lantaran itu, sesiapa yang bertadabbur seharusnya merujuk kepada panduan atau
kaedah ilmu yang sahih untuk mencapai kefahaman ayat secara menyeluruh. Memetik
kenyataan Dr Musa„id al-Tayyar dalam penulisannya, Mafhum al-Istinbat al-Tafsir al-
Ta‟wil al-Tadabbur22 yang menyebut bahawa ramai orang terkeliru antara tadabbur dan
ta‟athur iaitu situasi orang yang tersentuh hati apabila mendengar al-Quran. Menurutnya,
tadabbur adalah tindakan akal yang berfikir seiring dengan hati yang merenung sehingga
lahir kesannya pada perubahan perlakuan. Ta‟athur pula adalah hati yang tersentuh atas
tindak balas mukjizat al-Quran dan faktor persekitaran individu yang mendengar al-Quran.
Tadabbur bertitik tolak dari proses seorang individu mula memahami makna ayat.
Permulaannya mungkin hanya mengetahui beberapa asas perkataan ketika membaca atau
mendengar al-Quran. Kemudian, kefahaman itu dapat dikembangkan secara mendalam
20 Surah Muhammad: 24, yang bermaksud:“tidakkah mereka memerhatikan ayat al-Qur‟an atau adakah hati mereka telah terkunci?”. Secara jelas ayat ini menemplak bagi sesiapa (samada muslim atau tidak) yang mendengar atau membaca al-Qur‟an namun tidak mengendahkan mesej yang disampaikan menerusinya. 21 Tafsir yang dimaksudkan adalah kemampuan seseorang untuk menghurai dan menjelaskan makna al-Qur‟an menurut kefahamannya. 22
Musa„id Sulayman bin Nasir al-Tayyar. Mafhum al-Istinbat, al-Tafsir, al-Ta‟wil, al-Tadabbur. (Riyad: Dar Ibn Jawzi, 2002), 204.
Univers
ity of
Mala
ya
171
apabila proses penelitian dilakukan secara berulang-ulang. Dengan itu, proses tadabbur
berlaku secara berterusan bermula dengan noktah hati yang tersentuh dengan al-Quran.
Berdasarkan penjelasan makna qawa„id dan tadabbur, kedua-dua kalimah tersebut
digabungkan dan membentuk istilah Qawa„id al-Tadabbur. Justeru, pentakrifan Qawa„id
al-Tadabbur bagi penulis telah dirumuskan sebagai asas-asas ilmu atau kaedah ilmu untuk
memahami dan meneliti makna ayat-ayat al-Quran secara mendalam dan menyeluruh
hingga mencapai tuntutan-Nya. Kesimpulan daripada takrifan tersebut, bolehlah difahami
bahawa Qawa„id al-Tadabbur adalah perbahasan penting yang memanfaatkan asas-asas
ilmu al-Quran, ‟Usul al-Tafsir dan ilmu bahasa Arab yang membantu proses pemahaman
ayat secara mendalam dan penghayatan makna secara menyeluruh. Proses tersebut sudah
tentu memerlukan suatu tempoh masa yang tertentu untuk meneliti dan mengkaji struktur
ayat-ayat al-Quran, kandungan ayat, dilalah yang terdapat pada ayat dan seterusnya
mengeluarkan faedah, hikmah atau pengajaran daripada ayat.
Dr „Abd Allah Basfar dalam bukunya Tadabbur al-Qur‟an al-Karim23 telah
menggariskan beberapa panduan untuk mencapai tadabbur antaranya adalah membaca al-
Quran dengan tartil, menyatukan pemikiran dan hati ketika membaca al-Quran, merujuk
kepada tafsiran ulama untuk memahami makna ayat dengan betul, merujuk kepada kitab-
kitab penulisan yang mengupas mengenai panduan bertadabbur, mengetahui asas-asas ilmu
dalam „Ulum al-Qur‟an serta mendapat pencerahan daripada salaf salih jika terdapat
kekeliruan atau percanggahan pendapat untuk memilih pandangan yang lebih tepat.
Berhubung dengan konteks perbahasan Qawa„id al-Tadabbur ia secara tidak langsung
menonjolkan perbincangan mengenai asas-asas ilmu al-Quran, kaedah bahasa Arab dan
23
„Abd Allah „Ali Basfar, Tadabbur al-Qur‟an al-Karim. Cet.1, (Syria: Maktabah Bait al-„Ilm, 2009), 159-162.
Univers
ity of
Mala
ya
172
beberapa pecahan disiplin ilmu lain yang menjadi keperluan sebagai panduan untuk
mentadabbur al-Quran.
Perbincangan „Ulum al-Qur‟an antaranya yang menyentuh ilmu nasikh mansukh,
asbab al-Nuzul, makki madani, ayat muhkam mutashabih dan i„jaz al-Qur‟an amat
membantu untuk mentadabbur ayat secara terperinci dan menyeluruh. Begitu juga,
pengetahuan mengenai asas-asas ilmu bahasa Arab seperti nahu, sarf, „irab dan balaghah
al-Quran turut diperlukan untuk memahami konteks maksud sesuatu perkataan atau ayat al-
Quran. Oleh itu, apabila istilah tadabbur disandarkan pada qawa„id ia menunjukkan
tadabbur merupakan proses yang memerlukan kepada garis panduan dan disiplin ilmu
tertentu untuk mencapai matlamat tadabbur iaitu menghayati mesej dan tuntutan ayat.
Perbincangan yang selanjutnya mengupas persoalan; Adakah Qawa„id al-Tadabbur
adalah sama dengan Qawa„id al-Tafsir yang berfungsi sebagai medium untuk menghurai
dan mentafsirkan ayat-ayat al-Quran? Penulis akan merungkaikan perkaitan dan perbezaan
antara Qawa„id al-Tadabbur dan Qawa„id al-Tafsir.
3.2.2 Perbezaan Qawa‘id al-Tadabbur dengan Qawa‘id al-Tafsir
Perbincangan sebelumnya telah mengupas berkenaan pengertian Qawa„id al-Tadabbur.
Huraian tersebut memberikan gambaran bahawa tadabbur suatu proses yang memerlukan
masa untuk memahami ayat secara mendalam dan menghayati mesej al-Quran dalam
kehidupan. Proses tersebut sudah pasti memerlukan garis panduan, disiplin ilmu dan
kemahiran tertentu. Kerana itu, benarkah Qawa„id al-Tadabbur sama dengan Qawa„id al-
Tafsir? Adakah fungsinya sebagai medium untuk menghurai dan mentafsirkan ayat-ayat al-
Univers
ity of
Mala
ya
173
Quran? Dengan mengenal pasti perbezaan dan perkaitan antara Qawa„id al-Tadabbur dan
Qawa„id al-Tafsir pembaca dapat memperdalamkan lagi kefahaman mengenai istilah dan
fungsi Qawa„id al-Tadabbur. Perbincangan dimulakan dengan penjelasan bagi pentakrifan
kedua-duanya, kemudian diikuti dengan skop bidang dan fungsi bagi kedua-duanya.
Pengertian Qawa„id al-Tafsir menurut istilah adalah kaedah, asas atau disiplin ilmu
tafsir yang merujuk kepada kaedah-kaedah pentafsiran dan hukum-hukum umum yang
menyeluruh (al-Ahkam al-Kulliyah).24 Ia merupakan kaedah penting untuk menghurai dan
menerangkan maksud ayat-ayat al-Quran samada secara tekstual mahupun kontekstual.
Ayat-ayat al-Quran yang berbentuk am dan khas, mujmal dan mufassar, mutlaq dan
muqayyad, nasikh dan mansukh, muhkam dan mutasyabih adalah termasuk dalam fokus
perbahasan ilmu tafsir. Bahkan, Qawa„id al-Tafsir merupakan suatu asas ilmu yang penting
dan menjadi titik tolak yang diperlukan ketika seseorang bertadabbur. Ia membantu untuk
mengeluarkan istinbat, faedah atau hikmah daripada ayat-ayat al-Quran. Oleh itu, jika
diamati fungsinya turut mempunyai hubungan dan perkaitan dengan asas ilmu tadabbur.
Sementara itu, Qawa„id al-Tadabbur merupakan asas-asas ilmu, pendekatan atau
kaedah yang membantu pentadabbur untuk memahami dan menghayati maksud ayat-ayat
al-Quran secara shumul berdasarkan panduan ilmu tertentu. Oleh itu, Qawa„id al-Tadabbur
bukanlah suatu kaedah atau asas ilmu untuk menghurai atau mentafsirkan ayat-ayat al-
Quran. Ia nyata berbeza dengan Qawa„id al-Tafsir kerana fungsi dan asasnya yang berbeza.
24 Khalid „Uthman al-Sabt, Qawa„id al-Tafsir jam„an wa dirasah. Cet.2 (Kaherah: Dar Ibn „Affan,2008) 1: 30.
Univers
ity of
Mala
ya
174
Agar lebih jelas perbezaan bagi kedua-dua istilah ini, ia perlu berbalik kepada
kefahaman maksud tadabbur dan tafsir. Secara mudah untuk memahami perbezaannya,
tadabbur merupakan satu proses „input‟ atau kemasukan maklumat ke dalam diri seseorang
dalam bentuk pemahaman dan penghayatan terhadap maksud ayat-ayat al-Quran sehingga
diri dapat memenuhi tuntutan ayat tersebut. Sebaliknya, tafsir adalah „output‟ iaitu
menerang dan menghuraikan makna yang difahami daripada ayat al-Quran. Kepakaran
untuk menerang atau menghuraikan maksud ayat-ayat al-Quran yang menepati kehendak
Allah s.w.t adalah khusus dan terbatas pada keahlian sebagai pentafsir.
Penjelasan mengenai keahlian pentafsir atau syarat-syarat mufassirin boleh dirujuk
dalam karya-karya Qawa„id al-Tafsir seperti buku penulisan Dr „Abd al-Rahman al-‟Ak.25
Beliau menjelaskan ada lima belas syarat yang mengangkat nilai seseorang sebagai
pentafsir antaranya menguasai ilmu hadith, mahir dalam bahasa Arab dan cabang ilmunya,
mendalami asas ketauhidan yang mantap, mahir dengan ilmu ‟usul al-Fiqh dan asbab al-
Nuzul, menguasai sirah dan memahami adab ikhtilaf. Oleh itu, ayat-ayat al-Quran amat
dilarang bagi sesiapa sahaja yang cuba mentafsirkannya tanpa landasan ilmu, melainkan
bagi mereka yang mempunyai keahlian ilmu yang dipanggil pentafsir.
Sebaliknya, tadabbur terbuka bagi semua golongan termasuk orang Islam, kafir atau
munafiq samada bidang professional atau bukan professional dalam pekerjaan. Ia tidak
menjadi halangan kerana yang jelas setiap orang mampu mentadabbur al-Quran. Sudah
memadai apabila seseorang dapat memahami makna ayat secara asas atau umum.
Kefahaman tersebut boleh dikembangkan dari semasa ke semasa sehingga mencapai tahap
25 Khalid „Abd al-Rahman al-„Ak. ‟Usul al-Tafsir wa Qawa„iduh. (Beirut: Dar Nafais, 2003) 185-187.
Univers
ity of
Mala
ya
175
penghayatan yang mendalam dan menyeluruh. Bahkan, ia menjadi semakin baik apabila
pentadabbur berusaha meningkatkan penguasaan terhadap asas-asas ilmu dalam tadabbur.
Ringkasnya, hubungan tadabbur dengan tafsir dapat difahami seperti berikut.
Kedudukan tafsir adalah sebagai permulaan untuk memahami maksud ayat. Manakala,
tadabbur berada di penghujung maksud setelah melalui proses pemahaman ayat. Merujuk
pada konsep tersebut, tadabbur dilihat mempunyai skop perbahasan yang lebih luas kerana
ia menyentuh pelbagai aspek ilmu untuk mencapai penghayatan maksud yang benar.
Dengan mengetahui Qawa„id al-Tafsir seseorang pentadabbur dapat memahami konteks
ayat dan mentadabbur makna ayat secara mendalam. Di samping itu, melalui pengetahuan
dalam asas-asas ilmu tafsir seseorang pentadabbur dapat menjelujuri sumber tafsiran para
ulama dan merujuk pada tafsiran yang benar dan muktabar.
Rumusannya, berdasarkan perbincangan tersebut tidak dinafikan wujud perkaitan
dan hubungan antara Qawa„id al-Tadabbur dan Qawa„id al-Tafsir. Jika dinilai dari aspek
persamaan bagi kedua-duanya, mungkin ia hanya sama pada istilah „qawa„id‟ tersebut.
Hakikatnya, bagi penulis kedua-dua qawa„id ini adalah dua asas ilmu yang jelas berlainan.
Perbezaannya memang ketara jika diteliti pada fungsi dan terminologi „tadabbur‟ dan
„tafsir‟. Kerana itu, tidak tepat dakwaan yang mengatakan Qawa„id al-Tadabbur adalah
sama dengan Qawa„id al-Tafsir kerana tujuan dan fungsinya juga sudah berbeza.
Univers
ity of
Mala
ya
176
3.2.3 Qawa‘id al-Tadabbur dari kacamata ‘Ulum al-Qur’an dan ’Usul al-Tafsir.
„Ulum al-Qur‟an secara umum difahami sebagai disiplin ilmu yang lahir daripada
penemuan dan kajian terhadap al-Quran.26 Hasil penemuan pelbagai cabang ilmu yang
terkandung dalam al-Quran kemudiannya dapat dimanfaatkan semula untuk berkhidmat
kepada al-Quran. Antaranya, seperti penemuan ilmu i„jaz al-Qur‟an yang menyentuh
perbincangan mengenai kemukjizatan al-Quran yang dibahagikan oleh para ulama kepada
i„jaz bayani, i„jaz lughawi, i„jaz „ilmi, i„jaz thaqafi, i„jaz „adadi dan i„jaz ghaibi. Ia satu
disiplin ilmu yang lahir daripada pengkajian al-Quran yang kemudian digunakan oleh
pentafsir untuk menghuraikan konteks ayat bersandarkan panduan beberapa ilmu al-Quran
yang lain.
Sementara itu, ‟Usul al-Tafsir pula pada asasnya berasal daripada dua pecahan
kata iaitu ‟usul dan al-Tafsir. Kalimah yang bermaksud أصل adalah kata jama„ bagi الأصول
asas atau tapak bagi sesuatu.27 Manakala tafsir adalah البيان و الكشف iaitu bermaksud
menerangkan, menjelaskan dan mendedahkan maksud zahir atau tersembunyi bagi ayat-
ayat al-Quran.28 Menurut al-Jurjani istilah ‟usul adalah asas yang telah ditetapkan hukum
baginya sendiri dan tidak bergantung kepada yang lain. Bahkan, perkara selainnya yang
dibina atasnya atau bergantung kepadanya.29 Dinamakan ‟Usul al-Tafsir kerana atas usul
terbina asas-asas ilmu tafsir berdasarkan kaedah dan syarat-syaratnya yang tertentu. Justeru,
26Muhammad bin Lutfi al-Sabagh, Lamhat fi „Ulum al-Qur‟an wa Tijahat al-Tafsir. Cet.3, (Beirut: Al-Maktabah al-Islami, 1990) 141. 27Al-Rumi, Fahd bin „Abd al-Rahman bin Sulayman. ‟Usul al-Tafsir wa manahijuh. Cet.1(Riyad: t.t, 2013) 7. 28Muhammad bin Lutfi al-Sabagh, Lamhat fi „Ulum al-Qur‟an wa Tijahat al-Tafsir,187. Rujuk kalimah tafsir, surah al-Furqan ayat 33: ﴿٣٣﴾ ناك بالق وأحسن ت فسيرا . ول يأتونك بثل إل جئ 29 Al-Jurjani, „Ali bin Muhammad. Al-Ta„rifat. (Beirut: Maktabah Lubnan, 1985) 28.
Univers
ity of
Mala
ya
177
‟Usul al-Tafsir merupakan ilmu asas atau qawa„id yang membahaskan manhaj yang diguna
pakai oleh para pentafsir untuk mentafsirkan al-Quran.
Ia termasuk dalam dua perkara iaitu pertama, ilmu yang berkaitan dengan mufassir
dari sudut kriteria dan adab mufassir. Kedua, ilmu berkaitan dengan tafsir dari sudut
qawa„id, pendekatan, cara atau apa sahaja yang menerangkan teknik untuk mentafsirkan
ayat-ayat al-Quran. ‟Usul al-Tafsir membantu pentadabbur menghubungkan kefahaman
yang sahih terhadap al-Quran dan dalam masa yang sama mendedahkan kesalahan dan
penyelewengan di dalam pentafsiran.30
Ilmu ‟Usul al-Tafsir merupakan satu daripada ilmu yang berkembang untuk
berkhidmat kepada al-Quran sepertimana ilmu tajwid, Qira‟at, Rasm dan selainnya. Ia
menjadi salah satu cabang ilmu penting daripada „Ulum al-Qur‟an yang dilihat mempunyai
perkaitan erat dengan Qawa„id al-Tadabbur. Khalid „Abd al-Rahman al-„Ak menyebut
dalam karyanya Usul al-Tafsir wa Qawa„iduh bermaksud bahawa:
“Tadabbur adalah sebahagian daripada bab buku ini yang menceritakan pengenalan serta keutamaan tadabbur ketika membaca al-Quran…..”31
Beliau menjadikan topik tadabbur sebahagian daripada perbincangan Usul al-Tafsir untuk
mengangkat keutamaan tadabbur, fungsi dan kepentingannya. Secara tidak langsung hal ini
menjelaskan hubungan tadabbur dengan Usul al-Tafsir sangat berkait rapat dan penting.
Kerana itu, perkara ini perlu dititikberatkan oleh pentadabbur untuk memahami al-Quran.
30Al-Rumi, Fahd bin „Abd al-Rahman bin Sulayman. ‟Usul al-Tafsir wa manahijuh. Cet.1(Riyad: t.t, 2013)
17. 31Khalid „Abd al-Rahman al-„Ak, ‟Usul al-Tafsir wa Qawa„iduh (Beirut: Dar al-Nafais, 1986). 15
Univers
ity of
Mala
ya
178
Sehubungan itu, pelbagai pendekatan, cara dan kaedah yang cuba dirintis oleh para
ulama al-Quran yang berusaha mentadabbur ayat-ayat al-Quran. Sehingga antara mereka
ada yang telah menghasilkan penulisan mengenai asas-asas ilmu untuk mentadabbur al-
Quran seperti yang ditulis oleh Shaykh „Abd al-Rahman. Hasil daripada usaha dan ilham
bertadabbur, akhirnya beliau cuba mengumpul dan merumuskan beberapa asas ilmu al-
Quran yang membantunya untuk mentadabbur al-Quran. Dari situ lahir sebuah karya
penulisan yang diberi nama Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah.
Walaupun, di kalangan ilmuan ada yang menyangkal karya ini dengan dakwaan
bahawa ia bukanlah Qawa„id al-Tadabbur. Bahkan ia hanyalah Qawa„id al-Tafsir yang
digunapakai oleh Shaykh „Abd al-Rahman sebagai pendekatan untuk mentafsirkan al-
Quran.32 Namun, bagi penulis apa yang telah disampaikan oleh Shaykh dalam
perbincangan Kitab Qawa„id al-Tadabbur secara jelas membahaskan asas-asas ilmu al-
Quran yang diperlukan oleh pentadabbur sebagai panduan untuk memahami pelbagai
konteks dan maksud ayat-ayat al-Quran secara mendalam. Kerana itu, jika diteliti beliau
langsung tidak menggunakan istilah tafsir dalam perbincangan Kitab Qawa„id al-
Tadabbur. Sebaliknya, beliau begitu menekankan panduan tadabbur menerusi kaedah-
kaedah yang dibincangkan.
Malah, menurut Majdi Makki antara sebab tidak terdapat langsung kalimah tafsir
dalam penulisan Kitab Qawa„id al-Tadabbur kerana menurut Shaykh „Abd al-Rahman
sesuatu ayat tidak dapat ditafsirkan maksudnya sebelum pentadabbur meneliti dan
32Dr Khalid al-Sabt dalam kitabnya, Qawa„id al-Tafsir mengulas mengenai karya ini pada bahagian pengenalan karya-karya Qawa„id al-Tafsir, rujuk Khalid bin „Uthman al-Sabt, Qawa„id al-Tafsir jam„an wa dirasah. Cet.2, (Kaherah: Dar Ibn „Affan, 2008) 1:45. Demikian juga pandangan yang sama disebutkan oleh Shaykh Farid al-Ansari menerusi artikel penulisannya yang bertajuk „Hawla mafhum tadabbur al-Qur‟an‟ berkaitan isu perbezaan antara tadabbur dan tafsir. Rujuk http://www.eltwhed.com/vb/showthread.php?34655
Univers
ity of
Mala
ya
179
memahami terlebih dahulu semua dilalat dan isyarat yang berada pada lafaz ayat.33
Kenyataan tersebut memberikan petunjuk bahawa tadabbur adalah proses asas yang
menjadi induk dan lebih luas skopnya berbanding tafsir. Kerana itu, ia menjadi fokus utama
Shaykh dalam perbincangan Kitab Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal.
Walau bagaimanapun, sumber tafsir menjadi sebahagian daripada proses yang
diperlukan untuk membantu tadabbur. Kerana itu, seseorang yang ingin mentadabbur al-
Quran amat digalakkan merujuk kepada tafsiran ulama sebagai asas untuk memandu
kepada kefahaman yang benar. Ia jelas kerana seorang pentafsir juga perlu bertadabbur
untuk memahami dan mengkaji maksud ayat-ayat al-Quran sebelum mentafsirkannya.
Sedangkan masyarakat awam umumnya lazim bergantung kepada tafsiran ulama untuk
memahami konteks ayat-ayat al-Quran secara terperinci. Namun, ini tidak bermakna
menjadi suatu kesalahan jika bertadabbur tanpa merujuk tafsir atau memadai dengan faham
terjemahan ayat sahaja. Kerana ternyata sebahagian ayat dalam al-Quran tidak perlu kepada
tafsiran disebabkan ia memang sudah jelas dan boleh difahami maksudnya secara zahir.
Atas dasar itu, tadabbur al-Quran menjadi tuntutan atas setiap manusia. Ia terbuka
pada semua golongan termasuk orang Islam, kafir atau munafiq. Begitu juga, sama ada
orang yang di bidang professional atau bukan professional dalam pekerjaan, turut digesa
untuk merenung dan menghayati ayat-ayat al-Quran. Namun begitu, perlu diketahui
bahawa tidak semua pentadabbur adalah pentafsir kerana tafsir ialah bidang yang perlu
pada kepakaran. Sedangkan, tadabbur memadai apabila memahami ayat secara umum dan
menyeluruh.
33Majdi Makki, Al-Ta„rif bi Kitab Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. Cet.1, (Damsyik: Dar al-Qalam, 2006) 11.
Univers
ity of
Mala
ya
180
Bertitik tolak dari penjelasan tersebut, dapat dirumuskan bahawa asas-asas ilmu
tadabbur atau Qawa„id al-Tadabbur apabila dilihat dari kaca mata ‟Usul al-Tafsir dan
„Ulum al-Qur‟an ternyata mempunyai hubungan dan perkaitan yang erat. Bagi penulis,
asas-asas ilmu tadabbur tidak dapat lari daripada berhubung dengan asas-asas ilmu tafsir
dan cabang-cabang ilmu al-Quran. Perkaitan ketiga-tiga asas ini sangat jelas kerana „Ulum
al-Qur‟an dan Usul al-Tafsir turut terangkum dalam perbahasan ilmu tadabbur al-Qur‟an.
Sebagai contoh, untuk mendapat kefahaman yang sahih dan menyeluruh seseorang
pentadabbur perlu mengetahui secara asas ilmu tafsir dengan cara memilih sumber tafsiran
yang benar dan muktabar. Seterusnya, dibantu pula dengan rujukan hadith yang sahih,
pandangan sahabat, tabi„in dan ijma„ ulama. Setelah itu, barulah boleh dinilai pakai
pendapat peribadi untuk mempertimbangkan maksud ayat. Ia demi mengelakkan fahaman
yang salah atau pandangan yang kurang tepat. Atas dasar itu, sumber yang sahih wajar
diteliti terlebih dahulu sebelum seseorang pentadabbur mengeluarkan suatu dapatan atau
istifadah ayat. Kerana kefahaman yang benar lahir daripada proses tadabbur yang betul.
Kesimpulannya, ilmu Qawa„id al-Tadabbur adalah asas-asas ilmu penting yang
menghubungkan pengetahuan pentadabbur dengan asas ilmu tafsir dan „Ulum al-Qur‟an.
Semua asas ilmu tersebut menjadi rujukan dan garis panduan kepada pentadabbur untuk
membantu mereka mentadabbur al-Quran. Bahagian selanjutnya, penulis akan
menerangkan skop perbahasan Qawa„id al-Tadabbur dengan lebih terperinci bermula
dengan latar belakang penulisan Kitab Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal.
Univers
ity of
Mala
ya
181
3.3 Latar belakang Kitab Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah
Kitab Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah34 merupakan karya penulisan „Abd al-
Rahman Habannakah yang mengetengahkan asas-asas ilmu tadabbur. Ia mempunyai sudut
fokusnya yang tersendiri dan ditulis dalam satu jilid sahaja yang mengandungi lebih 800
muka surat serta diterbitkan oleh Dar al-Qalam. Kitab ini mengumpulkan beberapa asas dan
pendekatan tadabbur yang terpilih yang menurutnya kurang ditumpukan oleh ilmuan tafsir
lain.35 Beliau berhasil menulis kaedah-kaedah tersebut melalui kajian yang mendalam serta
penelitian yang konsisten terhadap ayat-ayat al-Quran.
Cetakan pertama dilakukan pada tahun 1979M, namun ketika itu hanya 27 kaedah
tadabbur berjaya ditonjolkan. Setelah itu, beliau berhasil untuk menambahkan lagi
beberapa kaedah beserta contoh yang terpilih sehingga lahirlah koleksi lengkap mencapai
40 kaedah. Selain itu, ia telah diterbitkan pada tahun 1987M bagi cetakan kedua.36 Kaedah
ini dikumpul dan ditulis terlebih dahulu, barulah kemudian lahir Kitab Tafsir Ma„arij al-
Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur37 sebagai medan aplikasi bagi kaedah-kaedah tersebut.
Namun, penulisan tafsir itu tidak sempat selesai kerana beliau telah meninggal dunia38.
34 Rujuk lampiran 9: Kitab Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah. 35„Abd al-Rahman Habannakah pada muqaddimah cet ke-2, Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah. (Damsyik: Dar al-Qalam, 2004), 12. 36„Aidah al-Jarrah, „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani al-„Alim al-Mufakkir al-Mufassir (Damsyik: Dar al-Qalam, 2001), 7: 97. Majdi Makki, al-Ta„rif bi kitab Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa‟iq al-Tadabbur, Cet.1 (Damsyik: Dar al-Qalam, 2006),11. „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani, Qawa„id Al-Tadabbur Al-Amthal li Kitab Allah (Damsyik: Dar al-Qalam, 2004), 12. 37 Rujuk Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. Cet.1 (Damsyik: Dar al-Qalam, 2000)1:5. Lihat juga pada Taha Muhammad Faris,“Tafasir al-Qur‟an al-karim hasba tartib al-Nuzul”(Tesis PhD Jabatan Tafsir dan „Ulum al-Qur‟an, Universiti Umm al-Darman al-Islamiyah, Sudan 2006), 766. Tafsir ini mula ditulis ketika beliau berumur 70 tahun dan mempunyai 15 jilid yang ditulis mengikut susunan penurunan surah. 38 Beliau meninggal dunia pada bulan Ogos 2004M = 1425H, ketika usianya 77 tahun (masihi). Rujuk Ma‘rufi, رالتفس أىل ملتقى - ؟ النزول ترتيب حسب الكريم القرآن بتفسير رأيكم ما , dikemas kini pada 24.10.2006, di akses pada 13 November 2017, https://vb.tafsir.net/tafsir6695/#.Wgl3dVuCzIVq 1
Univers
ity of
Mala
ya
182
Kitab Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal amat membantu para ilmuan dan penuntut
ilmu yang mendalami bidang al-Quran dan pengajiannya. Karya ini mengupas secara
terperinci beberapa asas ilmu al-Quran yang diperlukan sepanjang proses tadabbur.
Menurut Shaykh „Abd al-Rahman, ilham untuk mengarang Qawa„id al-Tadabbur
merupakan anugerah dan kurniaan yang cukup besar daripada Allah s.w.t kepada beliau.
Usaha mentadabbur bukanlah perkara yang mudah dan singkat kerana ia memerlukan
kesabaran dan kesungguhan individu di sepanjang usianya untuk meneliti setiap ayat al-
Quran. Berkat kesungguhan beliau mendampingi al-Quran serta khidmatnya terhadap
wahyu Allah s.w.t, akhirnya membuahkan hasil di penghujung hayat beliau melalui dua
buah karya tadabbur al-Quran sebagai sentuhan istimewa beliau.
Shaykh „Abd al-Rahman telah menyebut dalam muqaddimah kitabnya (cet.1, 1979) yang
bermaksud:
“Sepanjang melakukan pengkajian dan tadabbur terhadap al-Quran, saya meneliti dan mengulang kaji tafsiran para ulama yang berbeza manhaj. Justeru, saya temui sejumlah kaedah terbaik yang seumpama hadiah bagi pentadabbur kalam Allah. Maka, saya menulis kaedah-kaedah ini bagi orang yang mahu mengambil faedah daripadanya. Sepanjang menekuni dan melazimi ayat-ayat al-Quran, saya mendapati terdapat manfaat yang besar bagi jiwa yang mentadabbur dan mengislahkan manhaj yang telah ditelusuri oleh pentadabbur al-Quran. Dari situ saya merasakan setiap kaedah yang ditemui adalah ilham agung yang dikurniakan oleh Allah s.w.t yang seharusnya diteliti oleh para pentadabbur.”39
Beliau menyeru para pentadabbur agar meneliti dan mengkaji makna-makna ayat al-Quran
secara berterusan. Selain turut menjelaskan kaedah-kaedah baru sebagai tambahan kepada
kaedah lama yang sedia ada. Dalam muqaddimah kitab (cet. ke-2, 1987) beliau menyebut
dengan maksud: 39„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani, Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah, Muqaddimah Kitab Cetakan Pertama (Damsyik: Dar al-Qalam, 2004), 12.
Univers
ity of
Mala
ya
183
“…Sebahagian golongan ilmuan melihat contoh-contoh yang didatangkan secara praktis daripada al-Quran dan ianya sedikit bahkan memerlukan kepada penambahan dan pengayaan dengan lahirnya kaedah-kaedah yang baru dikeluarkan, saya telah mendapat petunjuk tersebut setelah melalui proses tadabbur yang intensif terhadap kitab Allah menerusi usaha penelitian yang mendalam mendampingi al-Quran sekitar tiga kurun atau lebih.”40 Sambung beliau lagi:“...Saya menetapkan azam untuk terus menekuni usaha mengumpul dan menulis apa yang telah diilhamkan oleh Allah kepada saya berdasarkan pemerhatian sepanjang mentadabbur ayat-ayat Allah. Hasilnya, pelbagai penemuan dan keajaiban yang tiada noktahnya dan tiada perselisihan mahupun percanggahan fakta. Oleh itu, pada cetakan kedua kitab ini saya mencantumkan kaedah-kaedah yang terpilih daripada al-Quran sehingga bertambah lagi kaedah-kaedah yang telah ditulis pada cetakan pertama. Disertakan juga contoh-contoh tambahan daripada ayat al-Quran sebagai penjelasan terhadap kaedah yang telah dikeluarkan”.41Justeru saya percaya, sebahagian kaedah tersebut merupakan „sabrul shamil‟42 bagi ayat-ayat al-Quran. Ia menjadi lebih mudah menerusi bantuan Mu„jam Mufahras al-Qur‟an al-Karim yang jelas dan mendalam. Ia lebih terang lagi terlorong bagi pentadabbur sebagai suatu manhaj ilmu yang terbaik untuk mengetahui hakikat al-Quran, dalam masa yang sama tidak pula merendahkan kaedah „aqliyah secara umumnya.”43
Berdasarkan penjelasan dalam muqaddimah kitabnya, pengarang telah merungkaikan
teknik yang diguna pakai oleh beliau untuk mentadabbur al-Quran sehingga tercetus
penghasilan 40 kaedah tadabbur tersebut. Sehubungan itu, beliau menaruh hasrat agar
karya Qawa„id al-Tadabbur dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dan para ilmuan
khususnya. Kitab Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal telah menghimpunkan kaedah-kaedah
terpilih yang akan dibentangkan oleh penulis selepas ini. Namun, sebelum itu penulis
terlebih dahulu akan menyingkap tujuan penulisan Kitab Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal.
40 Ibid., Qawa„id al-Tadabbur, Cet. ke-3 (Damsyik: Dar al-Qalam, 2004), 5-6. 41„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani, Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah (Damsyik: Dar al-Qalam, 2004), 6.
42 Rujuk Mu„jam „Arabi al-Asasi, (t.tp., 1988), 604.„Sabrul Syamil‟ dikiaskan kepada dasar laut yang luas dan meliputi.
43„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani, Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah, Muqaddimah Kitab Cetakan Pertama (Damsyik: Dar al-Qalam, 2004), 6-7
Univers
ity of
Mala
ya
184
3.3.1 Tujuan Penulisan Kitab Qawa‘id al-Tadabbur
Kemunculan karya tadabbur ini antara lain untuk memenuhi permintaan beberapa ilmuan
yang berhajatkan penjelasan tadabbur menerusi panduan ilmu Qira‟at. Kitab Qawa„id al-
Tadabbur telah mendapat perhatian dan penghargaan oleh para sarjana sepertimana
direkodkan oleh Shaykh „Abd al-Rahman dalam muqaddimah kitabnya (cet.2, 1987):
Bermaksud:“Cetakan yang pertama adalah ringkas dan praktikal secara umum. Ahli ilmuan telah memberikan pandangan yang positif terhadapnya dan kitab ini turut dikagumi oleh golongan pengajian syariah, bahkan lebih-lebih lagi oleh golongan mufassirin al-Qur‟an terhadapnya.” 44
Penulis cuba menyelami faktor yang mendorong penulisan buku Qawa„id al-Tadabbur
yang pasti mempunyai latar belakang dan sebabnya yang tersendiri. Tujuan penulisan kitab
ini dinyatakan oleh Shaykh „Abd al-Rahman menerusi muqaddimah kitab (cet.2,1987)
Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah: 45
Maksudnya:“Sebagaimana diminta oleh beberapa al-fudala‟, agar saya mengeluarkan beberapa kaedah berkenaan perbahasan qira‟at al-„Asyru. Saya bersyukur dan bermohon kepada Allah segala pencerahan dan bantuan (sepanjang usaha) untuk mengeluarkan kaedah-kaedah tersebut. Setelah itu, beberapa kaedah baru telah ditambahkan ke dalam koleksi kaedah kitab ini. Saya bermohon kepada Allah agar menjadikannya sebaik-baik ganjaran atas sebab dorongan nasihat mereka.”
Sebahagian ilmuan berpandangan bahawa contoh-contoh bagi kaedah dan aplikasi
tadabbur yang didatangkan oleh beliau adalah sedikit. Atas dasar itu, ia memerlukan
kepada penambahbaikan contoh-contoh berdasarkan kaedah-kaedah baru yang dikeluarkan
daripadanya. Tambah beliau lagi;
44 Ibid.,5. 45 Ibid.,6.
Univers
ity of
Mala
ya
185
Maksudnya: “Justeru, saya berazam mengumpulkan apa yang diilhamkan oleh Allah kepada saya sepanjang usaha pemerhatian dan proses tadabbur terhadap Kitabullah ini. Ia tidak pernah kering daripada keajaiban dan kehebatan, tiada sebarang penolakan dan pertentangan antara al-Quran dan Sains, lalu saya mengumpulkan apa yang baik sehingga ia menjadi suatu kaedah. Oleh itu, saya tambahkan kaedah-kaedah tersebut sebagaimana yang telah saya kemukakan pada cetakan yang pertama kitab ini. Kemudian diikuti dengan pengumpulan contoh-contoh yang lebih harmoni.”46
Berdasarkan kenyataan tersebut dinyatakan sebab dan tujuan penulisan beliau adalah
didorong oleh minat serta ilham yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Di samping faktor lain
yang turut mendorong beliau adalah sokongan para sahabat, murid-murid, kenalan ilmuan
yang dahagakan kajian dan suluhan pemikiran beliau. Rentetan itu, sumbangan beliau
bukanlah suatu yang remeh atau kecil kerana penulisan ini menjadi pencetus kepada bidang
tadabbur. Beliau mengumpulkan kaedah-kaedah untuk mentadabbur al-Qur‟an sehingga
akhirnya melahirkan karya Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah. Antara tujuan
karya ini dihasilkan untuk menonjolkan keperluan bertadabbur melalui pelbagai aspek dan
pendekatan bagi memahami makna dan konteks ayat-ayat al-Quran.
3.3.2 Pandangan Sarjana terhadap Kitab Qawa‘id Tadabbur al-Amthal
Penulisan yang mendapat pujian atau kritikan daripada ahli ilmuan atau sarjana adalah
perkara lumrah yang dilalui oleh individu penulis. Sumbang saran atau pandangan
pemikiran sememangnya terbuka untuk diterima atau ditolak dalam menilai sesebuah
karya. Bahkan, ia suatu penanda aras terhadap prestasi ilmu dan pengiktirafan pada kualiti
ijtihad, ketokohan atau sumbangan mereka yang telah diberi perhatian oleh masyarakat.
Dari itu, segala kritikan dan ulasan para sarjana terhadap karya Qawa„id al-Tadabbur al-
46 Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
186
Amthal li kitab Allah perlu dinilai dan diberi ruang untuk percambahan idea dan usaha ke
arah penambahbaikan pada masa hadapan. Berikut, penulis datangkan beberapa pandangan
sarjana berkenaan penulisan Kitab Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal li kitab Allah oleh
Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah.
Dr „Ali al-Shurbaji47 adalah seorang pensyarah di Universiti Damsyik telah
memberikan ulasannya mengenai karya tadabbur. Menurutnya, Shaykh „Abd al-Rahman
berjaya merumus dan mengetengahkan asas-asas penting yang cukup bermanfaat sebagai
pendekatan untuk mentadabbur al-Quran. Menerusi karya Qawa„id al-Tadabbur ini amat
membantu mereka yang berhasrat untuk mengkaji al-Quran dari pelbagai aspek dalam
rangka memahami mesej dan seruan yang disampaikan daripada ayat-ayat al-Quran.
Pandangan tersebut juga selari dengan pemikiran Dr Solah ‟Abdul Fattah al-
Khalidi48 yang merupakan ulama tafsir Jordan. Beliau turut mengakui sumbangan Shaykh
„Abd al-Rahman dan keunggulan beliau menghasilkan karya dalam pelbagai disiplin ilmu
agama. Antara karya utama yang menarik perhatian beliau adalah Kitab Qawa„id al-
Tadabbur al-Amthal yang dilihat sebagai satu penulisan penting untuk menyampaikan
kesedaran tadabbur. Menurutnya, Shaykh „Abd al-Rahman membentangkan perbincangan
secara menarik mengenai asas-asas tadabbur yang terpilih sebagai pendekatan untuk
bertadabbur. Ia adalah satu sumbangan penulisan yang amat berharga hasil daripada usaha
dan kesungguhan beliau mendampingi al-Quran sepanjang hayatnya.
47Pensyarah Universiti Damsyik dan Universiti al-Fattah, Syria. Beliau terkenal dengan pelbagai karya antaranya karangan kitab Manhaj Fiqh al-Shafi„ie, penulisan bersama Dr Mustafa al-Bugha dan Dr. Mustafa al-Khin. Beliau telah ditemu ramah oleh penulis di rumah kediamannya yang terletak di Hayyu Maydan, Damsyik pada tarikh 2 Februari 2010 jam 1.10 petang. 48 Pensyarah di Universiti Uwise, „Amman Jordan. Beliau merupakan ulama pakar dalam bidang Tafsir, Sirah dan Ulum Quran. Beliau telah ditemu ramah oleh penulis di rumah kediamannya, di Hayyu Syarqi, „Amman, pada tarikh 5 Feb 2011, masa 4 petang.
Univers
ity of
Mala
ya
187
Di samping itu, karya tadabbur Shaykh „Abd al-Rahman turut mendapat perhatian
dan penilaian daripada Dr Mansi „Abd Allah49 seorang pensyarah dari Universiti Kaherah,
Mesir. Beliau menyatakan karya penulisan Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal mempunyai
nilai ilmiyah yang tinggi kerana menekankan aspek penghayatan al-Quran yang
komprehensif berpandukan asas-asas ilmu al-Quran dan cabang-cabang disiplin ilmunya.
Jelasnya, karya ini membantu masyarakat yang ingin mendalami al-Quran secara bertahap.
40 Qawa„id al-Tadabbur yang ditulis ini dapat mencetuskan perkongsian ilham dan
kefahaman kepada pembaca untuk mengkaji disiplin ilmu al-Quran. Ini kerana menerusinya
disiplin ilmu al-Qur‟an telah dikumpul dan dibincangkan untuk mentadabbur nas-nas al-
Quran. Walaupun, pada dasarnya usaha mentadabbur tidaklah sekadar memadai dengan
pendekatan 40 Qawa„id al-Tadabbur ini sahaja. Bahkan, pengkajian dan penemuan kaedah
bertadabbur seharusnya dikembangkan dan dilakukan pengkajiannya secara berterusan.
Begitu juga, Dr Owaidah50 seorang pensyarah di Universiti Ummu al-Qura turut
menyebut bahawa karya-karya Shaykh „Abd al-Rahman adalah penulisan ilmiyah yang
cukup berharga kerana ketinggian ilmu beliau, sebagai seorang ilmuan yang menguasai
pelbagai bidang. Menurutnya, Kitab Qawa„id al-Tadabbur membuka dimensi baru sebagai
satu perbahasan ilmu dalam bidang „Ulum al-Qur‟an. Ini kerana medan penulisan kaedah
turut menyentuh perbincangan ilmu munasabat, mawdu‘i al-Qur‟an ilmu Qira’at, ilmu
tartib al-Nuzul dan asbab al-Nuzul, ilmu balaghah dan uslub bayan serta ilmu bahasa al-
Quran dan struktur ayat-ayat al-Quran. Semua bidang ini mempengaruhi faktor yang
membantu tadabbur makna bagi ayat al-Quran. 49 Pensyarah bidang Tafsir di Jabatan Syariah Universiti Kaherah, Mesir. Pengkaji berkesempatan menemui dan menuntut ilmu dengan beliau ketika mengikuti kursus 3 bulan“outbond” Metodologi Pengajian Ijazah Tinggi, anjuran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di Universiti Kaherah Mesir pada Mei-Ogos 2010. 50Pensyarah di Universiti Umm al-Qura Mekkah, Saudi Arabia. Pengkaji berhubung dengan beliau melalui talian pada tarikh 12 Mei 2012, jam 3.30 petang.
Univers
ity of
Mala
ya
188
Kitab Qawa„id al-Tadabbur amat menarik untuk dikaji dan diteliti terutama dari
aspek manhaj tadabbur yang cuba disampaikan oleh beliau. Dr Majdi Makki51 merupakan
salah seorang murid Shaykh „Abd al-Rahman turut mengambil kesempatan memanfaatkan
karya tadabbur gurunya untuk mengembangkan lagi ilmu tadabbur dengan melakukan
ulasan terhadap kitab Qawa„id al-Tadabbur dan tafsirnya.52 Setelah terinspirasi daripada
dua karya tadabbur tersebut, Majdi Makki melahirkan pula sebuah karya tafsir tadabburi
versinya.53 Beliau begitu mengagumi karya gurunya sehingga menjadikannya sebagai
inspirasi dan sumber rujukan ketika menghasilkan karya al-Mu„in „ala Tadabbur Kitab al-
Mubin”54. Beliau memuji karya gurunya dan mengangkat nilai manhaj, ilham dan
kefahaman mendalam yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada gurunya.
Selain itu, karya tadabbur ini turut mendapat sentuhan pendapat daripada seorang
ulama pakar dalam bidang tafsir kelahiran Jordan iaitu Shaykh Dr Fadal Hassan „Abbas.
Beliau menyatakan pendirian yang jelas dalam isu penulisan tafsir berdasarkan tartib al-
Nuzul yang menurutnya adalah suatu karya yang unik dan berbeza dari sumbangan para
ulama terdahulu. Selain itu, ketika mengulas karya Qawa„id al-Tadabbur yang baginya
adalah sebuah penulisan yang berkualiti kerana mengumpulkan pelbagai disiplin ilmu al-
Quran dan membincangkannya sebagai usaha dan pendekatan untuk mentadabbur al-
51Anak murid Shaykh „Abd al-Rahman di Universiti Umm al-Qura. Beliau menulis ringkasan terhadap karangan tafsir Ma„arij Tafakkur oleh penulisan gurunya (Shaykh „Abd al-Rahman). 52Rujuk karya Majdi Makki, al-Ta„rif bi kitab Ma„arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. Cet.1, Damsyik: Dar al-Qalam, 2006. 53 Ibid., al-Mu‟in „ala Tadabbur al-Kitab al-Mubin. Qatar: Wizarah al-awqaf wa syu‟un al-Islamiyah, 2012. 54Rujuk „Abd al-Rahman al-Shahri, دعوة للاطلاع على كتاب )المعين على تدبر الكتاب المبين( للأستاذ مجد مكي , di laman sesawang Multaqa Ahli al-Tafsir yang di kemas kini pada 16 Mei 2008 serta di akses pada 13 November 2015, https://vb.tafsir.net/tafsir11925/#.WglK9VuCzIU. Kitab ini mempunyai 606 muka surat, diterbitkan di Riyad,cetakan pertama pada tahun 2006.
Univers
ity of
Mala
ya
189
Quran. Beliau menarik perhatian ilmuan dengan saranan agar meneliti dan mengkaji hasil
penemuan Shaykh „Abd al-Rahman berkenaan kaedah tadabbur yang amat bermanfaat.55
Namun, sudut pandang Dr. Khalid „Uthman al-Sabt56 sedikit berlainan terhadap
karya tadabbur ini ketika mengulas ciri-ciri karya Qawa„id al-Tafsir dalam kitabnya.
Antara karya yang terpilih dalam perbincangan kitab Qawa„id al-Tafsir beliau adalah Kitab
Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal li kitab Allah yang ditulis oleh „Abd al-Rahman
Habannakah al-Maydani. Beliau mengulas bahawa kitab ini dicetak sebanyak 840 muka
surat termasuk kandungannya. Dalam kitabnya, pengarang membincangkan kaedah-kaedah
yang membantu pembaca untuk mencapai tadabbur al-Quran. Penulisannya berfaedah
sebagai panduan terhadap beberapa hukum yang berkaitan dengan nas-nas yang diturunkan.
Menurut beliau, buku ini ditulis secara ‟uslub insya‟i. Ia bercampur aduk dengan
perbincangan di luar topik yang disebut dalam contoh-contoh huraian beliau. Kupasannya
kurang menekankan disiplin ilmiyah dari sudut sistematika penulisan. Namun, ia sedikit
berkait dengan Qawa„id al-Tafsir jika dilihat pada tajuk Qawa„idnya.
3.3.3 Kelebihan dan Kekurangan Kitab Qawa‘id al-Tadabbur
i. Kelebihan Qawa‘id al-Tadabbur
Sumbangan para ulama amat besar kepada masyarakat kerana setiap penulisan mereka
menjadi rujukan dan penilaian untuk penambahbaikan sesuatu bidang ilmu tersebut. Kitab
Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal adalah sebagai contoh karya yang terkemudian dilihat
memberikan sumbangan penting dan nilai tambah dalam bidang tadabbur. Penulisan karya
55 Ibid. 56 Khalid bin „Uthman al-Sabt, Qawa‘id al-Tafsir jam„an wa dirasah. Cet.2 (Kaherah: Dar Ibn „Affan, 2008) 1: 45.
Univers
ity of
Mala
ya
190
tadabbur ini terhasil daripada kesungguhan Shaykh „Abd al-Rahman menekuni proses
tadabbur al-Quran sepanjang hayatnya. Sehingga pada akhirnya beliau telah mengeluarkan
satu disiplin ilmu sebagai panduan untuk mentadabbur al-Quran. Dari itu, penulis akan
menonjolkan sisi-sisi positif yang terserlah pada karya beliau. Berikut adalah aspek
kelebihan Kitab Qawa„id al- Tadabbur al-Amthal yang akan ditonjolkan.
Pertama, Kitab Qawa„id al-Tadabbur adalah sebuah karya ilmiah yang mempunyai
gaya penulisan yang menarik. Karya ini sarat dengan istilah-istilah teknikal yang khusus
dalam kajian al-Quran dan bahasa Arab yang mendalam. Penulisannya kaya dengan istilah-
istilah baru yang cuba diketengahkan untuk menghuraikan sesuatu idea. Sebagai contoh;
istilah sabrul shamil,57 al-Tarfu „ilmi58 dan al-Tarakhi59
. Berdasarkan penggunaan istilah-
istilah tersebut secara tidak langsung mencerminkan kekuatan bahasa pengarang dan
kemahirannya menggunakan bahasa dalam penulisan. Justeru, menerusi karya ini pembaca
dapat mengetahui pelbagai istilah baru dan mempelajari istilah khusus yang diguna pakai.
Kedua, kekuatan manhaj penulisan kitab ini terserlah dari sudut penyusunan dan
persembahan fehres kitabnya iaitu senarai isi kandungan. Pengarang melampirkan senarai
kandungannya dengan terperinci. Jika diteliti pada senarai tajuk-tajuk kaedah tersebut telah
disusun daripada bilangan pertama kaedah sehingga kaedah yang keempat puluh.
Kemudian, pada setiap tajuk kaedah turut disenaraikan ayat-ayat al-Quran yang dijadikan
sebagai sampel dalam perbincangan seperti berikut:60
57 Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal, 6. 58 Ibid., 9. 59 Ibid., 310. 60 Rujuk contoh kaedah 2 pada senarai kandungan Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal, 803.
Univers
ity of
Mala
ya
191
Ketiga, pengarang mendatangkan contoh-contoh yang jelas dan sesuai dalam
penulisan kaedah untuk kefahaman pembaca. Kebanyakan pembentangan kaedah beliau
akan disertai dengan huraian dalam bentuk contoh-contoh yang banyak untuk memandu
seseorang mentadabbur nas-nas al-Quran. Bagi penulis, pendekatan pengarang yang
sedemikian amat baik dalam usaha membantu kefahaman pembaca. Setiap penerangan
kaedah dinilai memadai untuk mendapatkan kefahaman yang asas berdasarkan contoh-
contoh tadabbur yang dikupas daripada nas-nas al-Quran.
Keempat, istilah Qawa„id al-Tadabbur belum pernah dimasyhurkan melainkan
setelah kemunculan karya tadabbur Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah ini. Ternyata
Kitab Qawa„id al-Tadabbur telah mengangkat beberapa pendekatan terbaik untuk
mentadabbur al-Quran melalui 40 Qawa„id yang terpilih sebagai asas-asas penting. Boleh
dikatakan beliau merupakan pelopor yang mendahului para pentafsir atau ilmuan yang lain
dari sudut memperkenalkan istilah qawa„id bagi tadabbur menerusi karya tadabburnya.
ii. Kekurangan Qawa‘id al-Tadabbur
Setiap sesuatu perkara yang dianggap baik pasti juga terdapat kelemahan yang mungkin
tidak terlalu besar namun tetap signifikan untuk diberi perhatian. Apabila menilai sudut
kelemahan sesuatu karya, namun tidak semestinya ia mengurangkan nilai ilmiah yang ada
Univers
ity of
Mala
ya
192
padanya. Oleh itu, Kitab Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal menurut pengamatan penulis
turut mempunyai kekurangan dari aspek teknikal dan persembahannya seperti berikut.
Pertama, penulisan Qawa„id al-Tadabbur secara teknikal ditulis tanpa mengikut
penyusunan bidang secara sistematik. Pengarang mengemukakan senarai 40 Qawa„id al-
Tadabbur tanpa tersusun atau tidak mengikut pengkelasan tema secara bersistem. Masalah
ini menyukarkan pembaca untuk mengenal pasti kaedah-kaedah yang mempunyai perkaitan
dalam bidang yang sama. Atas permasalahan tersebut pembaca terpaksa menyemak satu
persatu topik bagi setiap kaedah yang mempunyai perkaitan dalam bidang.
Tambahan pula, 40 Qawa„id al-Tadabbur tersebut agak panjang jika perlu disemak
satu persatu apabila tidak dilakukan pengkelasan bidang dan kelompok bagi setiap kaedah
tersebut. Oleh itu, peranan penulis adalah melakukan usaha penelitian semula untuk
meletakkan pengkelasan tema dan menyusun bagi setiap kaedah tadabbur tersebut
mengikut fokus dan kelompok bidang secara bersistem. Ini bagi memudahkan pembaca
mencerna kefahaman terhadap Qawa„id al-Tadabbur yang diharap membantu untuk
mentadabbur ayat-ayat al-Quran.
Kedua, ‟uslub bahasa pengarang dan istilah yang dipersembahkan dalam penulisan
Qawa„id al-Tadabbur adalah rumit kerana gaya bahasa pengarang bersastera tinggi dan
kompleks. Beliau banyak menggunakan istilah khusus yang bersifat teknikal dalam kajian
ilmu al-Quran dan terma-terma khusus dalam ilmu bahasa Arab. Banyak penggunaan
jargon atau istilah-istilah teknikal yang khusus boleh menjadi faktor penghalang yang
melambatkan proses pemahaman pembaca untuk mencerna dan memahami istilah yang
ditulis. Kerumitan tersebut menyebabkan pembaca perlu membuat semakan dan takwilan
Univers
ity of
Mala
ya
193
dengan berpandukan sumber mu„jam mustalahat atau merujuk kepada pakar bahasa atau
ilmuan dalam bidang berkaitan untuk menjelaskannya. Antara contoh istilah yang rumit:
i. al-ashbah wa nazair61
ii. ta‟sis wa la takrar62
iii. ijaz wa al-mahazif 63
iv. al-ta‟sis fi kulli nas minha muqaddam „ala ta‟kid 64
Ketiga, sebahagian daripada „Tajuk Kaedah‟ adalah terlalu panjang sehingga
merumitkan pemahaman. Tajuk-tajuk yang panjang lebar ini memberi gambaran seolah-
olah pengarang ingin menghuraikan kaedah terus pada tajuknya. Sebagai contoh lihat pada;
Kaedah 30:65
عل الماضي فيما لو الكينونة الدائمة وفيما حصل فعلا ، وفيما ىو مقضي مقدر، فهو محقق "حول استعمال الفالوقوع في المستقبل وينتظر الزمن الذي يكون فيو واقعا منجزا، وفيما ىو معلوم لله وقوعو في المستقبل ولو لم
يكن لو إرادة جبية وقوعو ، إنا لو بو علم وتكين وتسخير"
Kaedah 37:66
"حول إسناد الفعل أو ما في معناه إلى فاعلو، أو من قام بو، أو مسببو، أولآمر بو والداعي لو، أو المتهم أو الاكم أو القاضي بو، أو واجده والعاثر عليو والواصل إلى العلم بو، أو غير ذالك"
Teknik ini dilihat kurang teliti untuk memberi kemudahan kepada pembaca. Pembaca
mungkin hanya perlu melihat huraian melalui contoh-contoh yang didatangkan untuk
memudahkan kefahaman. Dengan itu, sewajarnya „tajuk kaedah‟ perlu diringkaskan dan
terfokus agar perbincangan menjadi jelas dan memudahkan kefahaman pembaca.
61„Abd al-Rahman Habannakah. Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal, 515. 62 Ibid., 307. 63 Ibid., 239. 64 Ibid., 69. 65 Ibid., 601. 66 Ibid., 665.
Univers
ity of
Mala
ya
194
Walau bagaimanapun, beberapa kelemahan yang dinyatakan tersebut hanyalah dari
sisi penelitian penulis. Ia tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan jasa dan sumbangan
shaykh yang telah menghasilkan karya bernilai sebagai rujukan dan panduan masyarakat.
3.4 Sistematika Kitab Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah
Sistematika kitab adalah keseluruhan manhaj kitab yang diguna pakai oleh pengarang sama
ada dalam teknik penulisan dan gaya persembahan Kitab Qawa„id al-Tadabbur. Teknik67
penulisan adalah menyentuh kepada kemahiran menulis dan cara olahan ayat dan huraian
isinya. Metode berperanan menyampaikan mesej yang dinyatakan dalam kitab dan
mengolahnya untuk perhatian pembaca. Dari itu, penulis akan menghuraikan sistematika
penulisan Kitab Qawa„id al-Tadabbur yang bertujuan memberi gambaran mengenai
keseluruhan manhaj dan teknik dalam penulisan kitab ini.
3.4.1 Metodologi Penulisan Kitab
Karya Qawa„id al-Tadabbur tidak dapat dikaji berasingan dengan metode penulisan yang
telah digunapakai oleh Shaykh „Abd al-Rahman. Kandungan kitab telah menunjukkan
keseluruhan isi kitab ini yang membahaskan 40 asas-asas tadabbur yang penting. Kupasan
isinya menarik kerana turut disertai dengan contoh-contoh yang signifikan. Menurut beliau,
perbahasan dan topik isu yang dibincangkan dalam Qawa„id al-Tadabbur adalah penting
namun ia kurang ditumpukan oleh mufassir lain.68 Berikut adalah metode penulisannya;
67 Rujuk Kamus Oxford,798 mendefinisikan perkataan „technical‟ berkaitan dengan praktikal method, berkait erat dengan kegunaan metode secara praktis dan kemahiran sesuatu bidang, contoh; kemahiran menulis, teknik atau kemahiran dalam bidang penulisan. 68 Rujuk kenyataan pada Qawa„id Al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah (Damsyik: Dar al-Qalam, 2004), 12.
Univers
ity of
Mala
ya
195
a. Gaya bahasa penulisan dalam bentuk perbincangan yang menarik.
Pengarang gemar mendatangkan perbincangan dalam bentuk ayat provokatif dalam isu-isu
yang tertentu dengan menimbulkan pertanyaan dan seruan untuk berfikir. Pendekatan ini
dilihat berkesan kerana pembaca dapat merasa „dekat‟ dengan pemikiran pengarang dan
seolah-olah beliau berbicara langsung dengan pembaca. Beliau bijak bermain dengan gaya
bahasa dan olahan perkataan dalam penulisan sama ada secara literal mahupun kontekstual.
b. Mengupas isu-isu tertentu berdasarkan tarjihat daripada sumber-sumber yang muktabar.
Perbincangan kaedah disertakan dengan contoh-contoh yang dipetik daripada sandaran
dalil-dalil al-Quran, syarahan Hadith dan kupasan pandangan ulama. Sebagai contoh:
i. Ayat al-Quran
Beliau mendatangkan contoh mengenai proses pendidikan yang berlaku secara berperingkat
dengan merujuk firman-Nya yang diturunkan pada fasa Makki iaitu surah al-A„raf
(mashaf/8, nuzul/39) ayat:199-202. Ayat itu menuju sasaran khitab kepada Rasulullah s.a.w
dan semua da„i yang menyeru manusia supaya beriman kepada Allah.69
ii. Hadith.
Pengarang mendatangkan hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada
Ibn „Abbas mengenai isyarat makna yang difahami oleh Ibn „Abbas daripada penurunan
surah al-Nasr. Ibn „Abbas mengetahui maksud tersirat disebalik surah al-Nasr adalah
setelah Islam mencapai kemenangan dengan pertolongan Allah s.w.t dan manusia beramai-
ramai memeluk Islam. Maka, ia suatu petunjuk kewafatan Rasulullah s.a.w semakin
69 Qawa„id al-Tadabbur, 162.
Univers
ity of
Mala
ya
196
hampir. Saidina „Umar r.a menyatakan kepada Ibn „Abbas: “Aku tidak mengetahui
maksudnya (tanda kewafatan) kecuali setelah apa yang kau perkatakan (takwil)”. 70
iii. Perbincangan pandangan dan kupasan ulama:71
Pengarang merujuk kepada pandangan Sayyid Qutb yang mempunyai penjelasan
menyeluruh mengenai tabiat manhaj al-Haraki, peringkat-peringkatnya dan langkah-
langkahnya pada tafsiran surah al-Tawbah selepas menjelaskan kedudukan surah al-
Tawbah sebagai surah yang terakhir yang telah diturunkan daripada al-Quran.
c. Memetik ayat al-Quran dengan cara menyertakan susunan surah mengikut tartib al-Nuzul
serta menyatakan bilangan surah mengikut tartib mashaf. Beliau begitu menitikberatkan
teknik merekodkan surah mengikut susunan tartib al-nuzul dan mashaf seperti berikut:
Allah s.w.t berfirman dalam surah [al-Muddathir, mashaf/74, nuzul/4], ayat:26-31.72
d. Menggunakan perkataan حول pada sesetengah permulaan kaedahnya. Sepertimana
contoh pada kaedah 1 hingga 3 dan seterusnya, yang menyebut;
ارتباط الجملة القرأنية بموضوع السورة , وارتباطها الموضوعي بما تفرق في القرأن المجيد حول73 التي يهدف إليهاأوجه النص حول)75 - (وحدة موضوع السورة القرأنية حول(74
Bagi penulis penggunaan kalimah حول pada sebahagian kaedah yang dikemukakan oleh
pengarang mengisyaratkan kaedah yang dibahaskannya bersifat umum dan tidak terikat 70 Ibid., 57. 71 Ibid., 154. 72 Ibid., 46. 73 Ibid.,13. Kaedah 1 74 Ibid.,27. Kaedah 2 75 Ibid.,45. Kaedah 3
Univers
ity of
Mala
ya
197
kepada perbincangan tajuk tersebut semata-mata. Manakala, kaedah yang tidak disertakan
dengan kalimah حول adalah lebih fokus dan khusus bagi tajuk yang dibincangkan.
Ringkasnya, penulis merumuskan bahawa sistematika penulisan pengarang
mempunyai teknik dan olahannya yang tersendiri dan ia mencerminkan kelebihan dan
kemahirannya. Dari penelitian penulis, kitab beliau tidak banyak menaqalkan sumber
rujukan. Dalam banyak keadaan beliau terus membincangkan isi tadabbur daripada contoh
ayat-ayat yang dibentangkan. Ini mungkin kerana shaykh ingin memfokuskan pada
perbincangan tadabbur dan penghayatan ayat semata-mata tanpa ingin disibukan dengan
pelbagai catatan rujukan. Ringkasnya, ruang ini membentangkan gaya penulisan shaykh
dari sudut teknikal dan penyusunan bahasa penulisannya di dalam Kitab Qawa„id al-
Tadabbur al-Amthal. Ia bagi menghargai idea shaykh sekaligus terinspirasi dengan
penulisan karyanya. Seterusnya, penulis akan beralih kepada metodologi persembahan yang
telah diguna pakai oleh shaykh dalam Kitab Qawa„id al-Tadabbur.
3.4.2 Teknik Persembahan Kitab
Selain metode penulisan, Qawa„id al-Tadabbur turut diteliti dari sudut teknik
persembahannya. Terdapat beberapa teknik dalam persembahan kitab Qawa„id al-
Tadabbur yang digunakan oleh Shaykh „Abd al-Rahman. Ia dapat dilihat dari sudut gaya
persembahan kitab, reka bentuk dan susunan penulisan dalam kitab ini sepertimana berikut:
Univers
ity of
Mala
ya
198
a. Mempunyai dua Muqaddimah Kitab yang merujuk cetakan pertama dan kedua.76
Pengarang mendatangkan pengenalan atau muqaddimah bagi kitabnya sebagai medium
untuk menonjolkan maklumat penting berkenaan penulisannya. Keutamaan yang menjadi
fokus beliau adalah keperluan tadabbur dan tujuannya, sebab penulisan Kitab Qawa„id al-
tadabbur, manhaj yang digunapakai oleh beliau dalam penulisan dan isu-isu penting lain.
b. Mempunyai dua penutup Kitab yang merujuk cetakan pertama dan kedua.77 Beliau
berkongsi harapan dan impian hasil daripada penulisan kitab ini dengan pembaca.
c. Beberapa kaedah mempunyai perbincangannya yang panjang lebar termasuk dengan
banyak huraian contoh tadabbur nas-nas al-Quran sepertimana berikut:
i. Kaedah 16 mempunyai 111 mukasurat.78 ii. Kaedah 40 mempunyai 91 mukasurat.79 iii. Kaedah 14 mempunyai 67 mukasurat.80 iv. Kaedah 6 mempunyai 65 mukasurat.81
d. Beliau menggunakan konsep gambar rajah atau jadual dalam persembahan kitab untuk
menerangkan kaedah yang tertentu dengan gambaran yang jelas. Contohnya:
i. Jadual surah-surah Makki dan Madani.82
ii. Rajah peta minda yang merumuskan tema bagi keseluruhan surah al-Ra„du.83
iii. Gambar rajah yang menjelaskan aras taqwa dan ihsan, darjat golongan abrar, muttaqin
dan muhsinin.84
76Rujuk „Muqaddimah‟ Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah. (Damsyik: Dar al-Qalam, 2004) 5-12. 77Rujuk „Khatimah‟ bagi Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal, 801-802. 78 Ibid., 317-428 . 79 Ibid., 709-800. 80 Ibid., 239-306. 81 Ibid., 67-132. 82Ibid.,178-184. Rujuk pada Kaedah 9, Jadual susunan surah al-Qur‟an berdasarkan tartib al-Nuzul surah daripada panduan Ulama Qira‟at dalam masahif Shaykh al-Qari‟ al-Misr Shaykh Muhammad „Ali Khalaf al-Husaini yang berpegang kepada sumber muktabar daripada kitab-kitab Qira‟at dan tafsir. 83 Ibid.,39. 84Ibid.,449.
Univers
ity of
Mala
ya
199
e. Mengaplikasikan teknik tematik dalam persembahan Kitab Qawa„id al-Tadabbur.85
Pengarang meletakkan tajuk kaedah berdasarkan isu atau tema yang ingin dibahaskan.
Terdapat 40 topik kaedah tadabbur yang dibahaskan oleh pengarang menerusi kitabnya.
Topik-topik tersebut menyentuh sekitar perbahasan ilmu al-Quran yang berkaitan dengan
bahasa al-Quran, struktur ayat-ayat, nuzul al-Quran, hikmah dan pengajaran daripada ayat.
Kaedah tematik adalah relevan dan lazim digunakan dalam penulisan bagi memudahkan
kupasan sesuatu isu secara terfokus.
f. Melakukan tarjihat bagi sesetengah pandangan ulama dalam isu-isu tertentu.
Contohnya, beliau memetik pandangan Ibn Qayyim al-Jawziyah dalam karya al-Sawa‟iq
al-mursalah yang menyebut bahawa sasaran Khitab Allah yang ditujukan kepada
Rasulullah s.a.w turut difahami termasuk daripadanya juga adalah orang mukmin. Shaykh
„Abd al-Rahman bersetuju dengan kenyataan Ibn Qayyim berkenaan firman Allah s.w.t
yang mendatangkan sesuatu perintah secara umum kepada Rasulullah s.a.w, namun ia juga
dikira termasuk kepada golongan mukmin. Kecuali bagi ayat-ayat yang menyebut secara
khusus bagi Rasulullah s.a.w sahaja seperti berkaitan dengan wahyu dan risalah.86
g. Susunan tajuk-tajuk kaedah adalah secara rawak.
Beliau mengemukakan 40 Qawa„id al-Tadabbur secara rawak tanpa mengikut pengkelasan
bidang dan tema „Ulum al-Qur‟an. Semua kaedah tersebut ditulis tanpa penyusunan yang
bersistem. Persembahan ini merumitkan pembaca untuk merujuk dan menyemak kaedah-
kaedah yang mempunyai perkaitan bidang dalam perbincangan. Kerana itu, penulisan
Qawa„id wajar disusun mengikut bab atau bidang ilmu bagi memudahkan kefahaman.
85Ibid.,17. Shaykh „Abd al-Rahman menyebut beliau amat cenderung dengan penggunaan kaedah tematik dalam mana-mana penulisan karyanya. 86Rujuk perbincangan lanjut pada Kaedah 31: Meneliti pada sasaran Khitab al-Rabbani. „Abd al-Rahman Habannakah. Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah, 622-623.
Univers
ity of
Mala
ya
200
3.4.3 Sorotan Pengenalan 40 Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal
Sumbangan Shaykh „Abd al-Rahman dalam usaha memasyhurkan 40 Qawa„id al-Tadabbur
merupakan suatu penelitian ilmu yang amat besar manfaatnya. Sepanjang mengkaji dan
melazimi ayat-ayat al-Quran akhirnya membuahkan hasil tadabbur apabila beliau berjaya
menyusun beberapa asas sebagai pendekatan tadabbur sehingga mencapai 40 Qawa„id al-
Tadabbur. Kitab Qawa„id al-Tadabbur ini dilihat cenderung kepada perbincangan kaedah-
kaedah bahasa Arab dan perbahasan „Ulum al-Qur‟an untuk mentadabbur al-Quran. Beliau
cuba mengetengahkan usaha penggalian ilmu-ilmu al-Quran dan mencetuskan kemahiran
bertadabbur berdasarkan kepada panduan disiplin tadabbur. Namun, bagi penulis asas-asas
tadabbur ini tidaklah tertakluk kepada 40 kaedah ini sahaja, bahkan ia sesuai untuk
dimantapkan lagi. Berikut disenaraikan 40 kaedah tadabbur yang dikumpul oleh Shaykh
„Abd al-Rahman dalam Kitab Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal sebagai sorotan awal:
Kaedah 1: Perkaitan ayat-ayat al-Quran dengan topik surah dan hubungannya dengan ayat-
ayat yang lain secara tematik.
( , وارتباطها الدوضوعي بما تفرق في القرأن المجيدط الجملة القرأنية بموضوع السورةحول ارتبا )
Kaedah 2: Menyatukan tema bagi surah al-Quran.
(حول وحدة موضوع السورة القرأنية)
Kaedah 3: Bentuk-bentuk nas dan maqasid ayat baginya.
(حول أوجو النص التي يهدف إليها)
Kaedah 4: Penjelasan nuzul ayat al-Quran berdasarkan konteks kemanusiaan, masa, tempat,
individu yang terlibat, pemikiran individu dan kemasyarakatan.
( حول بينة نزول النص البشرية و الزمانية و المكانية والنفسية والفكرية الفردية و الجتماعية )
Univers
ity of
Mala
ya
201
Kaedah 5: Meletakkan tafsiran yang bersifat juz‟i di bawah makna kulli menyeluruh.
( الكلي حول التفسيرات الجزئية و الدعنى )
Kaedah 6: Nas-nas al-Quran saling melengkapi dalam rangkaian tematik dan menjauhi
kemungkinan bahawa pengulangan terhadap (ayat/kisah/lafaz) dalam al-Quran hanya
sebagai penegasan semata-mata.
( أمكن ما التأكيد التكرير لمجرد احتمال واستبعاد التي اشتمل الموضوعاتنية في آحول تكامل النصوص القر نآعليها القر )
Kaedah 7: Meneliti tafsiran al-Ma‟thur terhadap makna nas al-Quran.
( ل تتبع التفسير الدأثور لدعنى النصحو )
Kaedah 8: Melakukan keseimbangan terhadap nas-nas al-Quran dan menyatukan nas-nas
tersebut tanpa terus menghukum bahawa nas tersebut telah dimansuhkan melainkan telah
jelas mempunyai dalil.
لنسخالحكم با عدم اللجوء إلىوب الجمع بينها في نسق فكري متكامل و وجؤ النصوص القرآنية و تكافحول ( )بدليل صحيح صريح إلا فيما ثبت نسخو
Kaedah 9: Meneliti peringkat penurunan ayat al-Quran (marahil al-tanzil).
( حول تتبع مراحل التنزيل )
Kaedah 10: Hikmah perletakan ayat madaniyah yang diturunkan dalam surah makkiyah dan
demikian pula sebaliknya.
( وضع آيات مكية التنزيل في سور مدنيةمدنية التنزيل في سور مكية والحكمة من وضع آيات ( حول
Kaedah 11: Pemerhatian terhadap apa yang disebutkan oleh asbab al-Nuzul.
لحول النظر فيما ورد من أسباب النزو ) )
Kaedah 12: Kewajipan memahami ayat berdasarkan susunan struktur ayat.
(حول لزوم فهم الآية وفق ترتيب نظمها )
Univers
ity of
Mala
ya
202
Kaedah 13: Tidak ada perselisihan dan percanggahan dalam al-Quran sebagaimana tidak
ada percanggahan antara al-Quran dan fakta saintifik.
سائل الإنسانيةو بين الحقائق العلمية الثابتة بالو بينو وانو لا تناقض القرآن لا اختلاف فيو ولا تناقض ل انحو
Kaedah 14: Makna nas al-Quran yang difahami secara langsung dan yang tersirat, makna
nas yang lazim difahami oleh pemikiran, perkataan yang ringkas namun mengandungi
makna yang padat dan kefahaman menurut kehendak ayat tersebut.
للإيجاز والتضمينات التي يضمنها التي حذفت منو ومحاذيفو الفكرية وروابطو اقتضاءات النص ولوازمو حول
Kaedah 15: Perulangan pada lafaz dan objektifnya.
ر و أغراضويحول التكر ) )
Kaedah 16: Kepentingan kajian terhadap makna perkataan-perkataan dalam al-Quran dari
perspektif „ilmiyah dan kajian bahasa.
(حول ضرورة البحث في معاني الكلمات القرآنية بحثا علميا لغويا )
Kaedah 17: Hubungan antara ayat-ayat al-Quran dengan penutup ayat. ( بين الايات وخواتيمهاالربط (حول
Kaedah 18: Penelitian pada lafaz-lafaz yang hampir sama makna atau yang seerti. (حول النظر في الألفاظ الدتقاربة الدعنى أو الدترادفة)
Kaedah 19: Keraguan terhadap dua atau lebih dari nas al-Quran.
أو أكثر د النص القرآني بين دلالتيندتر ) ( حول
Kaedah 20: Sumpah (Qasam) dalam al-Quran. (حول القسم في القرآن)
Kaedah 21: Mengkaji keserasian gaya bahasa (‟uslub al-Bayani) berdasarkan tujuannya.
(حول النظر في ملاءمة الأسلوب البياني للهدف منو )
Univers
ity of
Mala
ya
203
Kaedah 22: Kajian terhadap bentuk-bentuk balaghah, dan mesej daripadanya.
(حول البحث (من الصور البلاغية في القران المجيد وجوه البلاغية, والغرض الفكريالعن
Kaedah 23: Memadai cara menyampaikan penerangan dengan pelbagai bentuk huraian
berdasarkan ilmu asybah wa nazair untuk menunjukkan kepada kesempurnaan al-Bayani
yang saling melengkapi dan membuang penggunaan asybah wa nazair pada selainnya (al-
ada‟ al-Bayani).
الاستغناء في الأداء البياني بتعبيرات مختلفات موزعات على الأشباه والنظائر للدلالة على التكامل البياني حول ) في سائرىا( فيما بينها وطرد استعمالذا
Kaedah 24: Kepelbagaian dalam gaya penyampaian.
(حول التنويع في أساليب الأداء البياني )
Kaedah 25: Kajian mengenai tujuan perselisihan dalam menghuraikan nas-nas yang
pelbagai.
(حول البحث عن أغراض الاختلاف في التعبير في مختلف النصوص )
Kaedah 26: Kepentingan meneliti kaedah bahasa Arab dan memahami bentuk-bentuk saraf,
melazimi kajian mengenai rahsia „irab yang saling bercanggah dari sudut zahir.
البحث عن سر مخالفة الإعراب لزومومفاىيم الصيغ الصرفية و العربية ملاحظة قواعد اللغةحول ضرورة (
) تضى الظاىرلدق
Kaedah 27: Menjaga pemisah ayat (fawasil ayat) untuk kepentingan kesinambungan ayat
dan makna al-Quran.
(حول رعاية فواصل الآيات اىتماما بالنسق القرآني )
Kaedah 28: Sekitar penggunaan perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna
dalam satu masa. ( حول استعمال الكلام في أكثر من معنى معا )
Univers
ity of
Mala
ya
204
Kaedah 29: Kaedah “an masdariyah”, yang didatangkan dengan sebab tertentu.
قبلها لزوم تقدير المحذوفات في الايات القرانية وفي التعليل بأن الدصدرية وما بعدىا ) (حول
Kaedah 30: Penggunaan fi„il madhi dalam al-Quran.
فيما ىومقضي مقدر فهو و وفيما حصل فعلا ةما لو الكينونة الدائمحول استعمالات الفعل الداضي في ( وفيما ىو معلوم لله وقوعو في المستقبل ، وينتظر الزمن الذي يكون فيو واقعا منجزا متحقق الوقوع في الدستقبل
)بو علم وتكين وتسخير ولو لم يكن لو ارادة جبية في وقوعو انا لو
Kaedah 31: Penelitian sasaran firman Allah.
( حول النظر في توجيو الخطاب الرباني)
Kaedah 32: Kalimah لعل yang didatangkan dalam al-Quran.
(حول كلمة "لعل" الواردة في القرآن )
Kaedah 33: Kalimah بلى dalam al-Quran. ( في القرآن"بلى" ةحول لفظ )
Kaedah 34: Ayat berbentuk ؟...ما أدراك وما ( حول عبارة "وما أدرك ما..؟!" في القرآن )
Kaedah 35: fi„il أراد - يريد dalam al Qur‟an. ( يريد" في القرأن -حول تعدية فعل "أراد )
Kaedah 36: Penyataan ونحوهما خلفو ومن يديو بين من - menunjukkan arah depan atau belakang
atau di antara keduanya. ) الأمام_الوراء .... "من بين يديو ومن خلفو ونحوهما تعبيرات حول )
Kaedah 37: Perbuatan yang disandarkan kepada pelaku, penyebab, pembuat dan yang
semakna dengannya. Isnad al-fi„il atau apa yang terkandung pada maknanya.
الى فاعلو او من قام بو او مسببو او المر بو والداعي لو او المتهم او الاكم أو ما في معناه حول إسناد الفعل( )او القاضي بو او واجده والعاثر عليو والواصل الى العلم بو او غير ذلك
Univers
ity of
Mala
ya
205
Kaedah 38: Istilah yang dinamakan pengecualian yang terpotong (tidak berkait).
( حول ما يسمى بالاستثناء الدنقطع )
Kaedah 39: Lafaz كذلك dalam al-Quran. ( حول لفظة "كذالك" في القرآن ) Kaedah 40: Perbahasan 10 Qiraat. ( حول القراءات العشرة ) Ringkasnya, 40 kaedah tadabbur yang telah dibentangkan ini merangkumi bidang
perbahasan „Ulum al-Qur‟an, Usul al-Tafsir, kaedah bahasa Arab dan balaghah al-Qur‟an.
Jika diteliti kepada susunan senarai 40 Qawa„id al-Tadabbur ini, pengarang mendatangkan
perbincangan bermula dengan kaedah yang lebih mudah sehingga kepada perbincangan
kaedah yang kompleks. Beliau meletakkan kaedah tematik al-Quran di permulaan dan
diakhiri dengan kaedah Qira‟at sebagai kaedah yang ke-40.
Apa yang jelas, kaedah Qira‟at adalah satu bidang ilmu yang besar dan mendalam
perbahasannya. Perbincangannya mungkin sedikit rumit bagi orang yang baru berjinak
untuk mentadabbur al-Quran. Kerana itu, boleh jadi atas faktor tersebut ia diletakkan
sebagai kaedah yang terakhir untuk memudahkan pembaca mendekati tadabbur secara
bertahap. Selain itu, kaedah-kaedah yang dikemukakan juga merangkumi aspek ‟Usul al-
Tafsir yang melibatkan sumber al-ma‟thur dan juga al-ra‟yi yang termasuk dalamnya asas-
asas ilmu al-Quran seperti ilmu nuzul al-Qur‟an dan Qira‟at. Sejumlah besar kaedahnya
didominasi oleh asas-asas ilmu bahasa Arab yang amat penting untuk memahami „uslub
dan konteks ayat secara mendalam. Kesimpulannya, karya tadabbur ini amat bernilai
sebagai panduan kepada umat. Ia adalah suatu bentuk sumbangan untuk membantu
masyarakat mendekati amalan tadabbur berpandukan ilmu. Sehubungan itu, kaedah-kaedah
tadabbur tersebut akan dianalisis oleh penulis sehingga menerbitkan „prinsip tadabbur‟.
Univers
ity of
Mala
ya
206
3.5 Pengenalan Prinsip Tadabbur al-Quran
Kemunculan „Prinsip Tadabbur‟ merupakan istilah baru yang diperkenalkan dalam kajian
ini susulan daripada penelitian dan analisis penulis terhadap karya Qawa„id al-Tadabbur
al-Amthal li Kitab Allah. Sebelum itu, kupasan terhadap definisi prinsip dan pengertian
prinsip tadabbur akan dibentangkan terlebih dahulu untuk mengenali konsepnya secara
asas. Seterusnya, perbincangan akan dikembangkan berhubung dengan persoalan; "Adakah
mentadabbur al-Quran memerlukan suatu kaedah atau prinsip ilmu yang tertentu?”.
Jawapannya akan menjadi fokus perhatian penulis dalam perbincangan ini bagi
menjelaskan keperluan dan kepentingan prinsip tadabbur. Oleh itu, istilah „prinsip
tadabbur‟ yang diketengahkan adalah merujuk kepada kaedah-kaedah utama daripada asas-
asas ilmu yang dikumpulkan oleh pengarang dalam Qawa„id al-Tadabbur.
Sehubungan itu, penulis akan membincangkan asas bagi kemunculan istilah tersebut
dan keperluannya kepada pentadabbur. Rumusan yang akan diperolehi daripadanya
merupakan penambahbaikan kepada 40 Qawa„id al-Tadabbur melalui kewujudan lima
payung prinsip asas kepada semua kaedah-kaedah tadabbur tersebut.
3.5.1 Definisi Prinsip
Prinsip berasal daripada perkataan Inggeris iaitu „principle‟87 dan menurut catatan Kamus
Dewan perkataan „prinsip‟ adalah sinonim dengan asas, dasar, rukun, lunas, sendi, tonggak,
87 Kamus New Oxford English-English -Malay, 613. Menyatakan prinsip bermaksud; 1.utama, “principal is most important; main”, 2. prinsip; pendirian, “a rule for good behavior, based on what a person believes is right”, 3. prinsip; hukum, “a basic general law, rule or idea, 4. pada prinsipnya/ dasarnya; in general, but possibly not in detail.
Univers
ity of
Mala
ya
207
teras, pokok, tunjang, sandaran, pegangan atau landasan.88 Prinsip adalah asas atau dasar
yang menjadi pokok bagi sesuatu pemikiran, kajian atau tindakan sesuatu teori. Kerana itu,
suatu teori dapat menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam sesuatu perkara.
Sebagai contoh; “berhubung dengan prinsip-prinsip pengajaran bahasa ia adalah hasil
dapatan teori-teori pemerolehan bahasa”. Sementara itu, prinsip yang menerangkan
maksud dasar merujuk sesuatu yang menjadi dasar atau pegangan sepertimana berikut;
“pada prinsipnya setiap guru harus berniat ikhlas ketika mendidik murid”.
Selain itu, prinsip juga memberikan maksud pendirian, keyakinan atau kepercayaan
yang dipegang oleh seseorang. Sebagai contoh; “dia berpegang pada prinsip berbuat baik
dan tidak mengharapkan balasan”. Kepercayaan serta keyakinan tersebut menjadi panduan
dan ikutan kepada orang yang berpegang dengannya. Dari sudut yang lain, prinsip turut
difahami sebagai cara, kaedah, hukum, disiplin atau peraturan dalam membuat sesuatu
perkara.89 Sebagai contoh; “metode pengajaran berdasarkan prinsip-prinsip tertentu”. Di
samping itu, prinsip juga dapat dikaitkan dengan teori atau idea yang dikemukakan untuk
menerangkan sesuatu perkara.90 Sebagai contoh; “prinsip-prinsip am atau asas-asas umum
yang menjadi dasar pembentukan sesuatu pengetahuan”.
Berdasarkan huraian tersebut, kefahaman „prinsip‟ yang dipegang oleh penulis
dalam kajian ini adalah sebagai asas utama ilmu atau kaedah pokok bagi sesuatu pemikiran,
kajian, tindakan atau peraturan yang dapat dikaitkan dengan suatu teori atau pandangan
yang menerangkan perkara tersebut. Merujuk konteks kajian ini, untuk memahami al-Quran
88Rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi ke-Empat, 1783 pada maksud „prinsip‟. Lihat juga di laman sesawang http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=prinsip yang dicapai pada 23 April 2013. 89 Ibid. 90Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
208
dan menghayati mesej-mesejnya seseorang pentadabbur perlu mengetahui dan menguasai
asas-asas utama ilmu untuk mentadabbur yang dikenali sebagai „prinsip-prinsip tadabbur‟.
Justeru, istilah „prinsip‟ yang digabungkan dengan „tadabbur‟91 melahirkan
konotasi baru sebagai „prinsip tadabbur‟ yang bererti asas-asas utama ilmu tadabbur atau
kaedah-kaedah pokok untuk mentadabbur al-Quran. Asas-asas ilmu yang utama atau
kaedah-kaedah pokok tersebut menjadi panduan dan pegangan kepada pentadabbur untuk
mencapai tujuan tadabbur iaitu memahami dan menghayati mesej al-Quran. Dengan itu,
tadabbur yang berpandukan asas-asas ilmu yang sahih92 dan mengikut disiplin ilmu yang
benar akan membantu individu menguasai kemahiran bertadabbur dengan berkesan.
3.5.2 Pembentukan Prinsip Tadabbur
Setelah penjelasan erti „prinsip tadabbur‟, perbincangan yang berikut beralih kepada asas
pembentukan prinsip tadabbur. Ia telah dirumus dan dianalisis daripada penelitian penulis
terhadap 40 Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal dan beberapa sumber rujukan. Beserta dengan
huraian tersebut dijelaskan fungsi prinsip-prinsip tadabbur dan kepentingannya.
Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal dari kaca mata penulis merupakan karya yang
menarik dan pilihan yang tepat kepada sarjana ilmuan yang ingin mendalami al-Quran. Ia
suatu penulisan ilmiah yang mengumpulkan asas-asas ilmu yang tertentu untuk
mentadabbur ayat-ayat al-Quran. Kitab ini secara umum menyentuh kupasan dan 91Rujuk kupasan terperinci terhadap pentakrifan tadabbur dalam Bab 3: Konsep Tadabbur al-Qur‟an, pada bahagian 3.2 Definisi Tadabbur menurut bahasa dan istilah. Tadabbur bermaksud mencapai kefahaman yang shumul terhadap ayat-ayat Allah s.w.t dengan mendalami maknanya, menghayati hikmah dan mengambil pelajaran daripadanya. Tadabbur memerlukan proses penelitian, pemerhatian dan pengkajian mendalam secara berulang-ulang sehingga mencapai murad al-Ayat. 92Asas-asas ilmu yang betul adalah merujuk kepada tafsiran yang sahih, hadith yang sahih dan pandangan Ulama yang muktabar.
Univers
ity of
Mala
ya
209
perbincangan ilmu yang berkaitan dengan „Ulum al-Qur‟an, „Usul al-Tafsir dan kaedah
bahasa Arab. Semua asas ilmu itu merupakan instrument yang penting untuk mendalami
ayat-ayat al-Quran dari sudut makna, pengajaran dan hikmahnya. Perbincangan ia juga
padat dengan huraian dan contoh-contoh yang dipetik daripada nas-nas al-Quran. Di
samping hujahan para ulama dan dalil-dalil autentik yang dimasukkan sebagai sokongan.
Dari sudut yang lain, Kitab Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal mempunyai gaya
bahasanya yang tersendiri. Shaykh „Abd al-Rahman cenderung menggunakan istilah-istilah
yang nadir dalam penulisannya. Beliau menerbitkan kalimah-kalimah baru yang membuka
sudut makna yang berlainan dalam mendefinisikan pemikirannya.93 Ini memberi manfaat
yang baik kepada pembaca dari sudut pengetahuan mufradat jadid dan pemahaman nas
secara mendalam.
Walau bagaimanapun, dari sudut yang lain terdapat beberapa perkara yang
memerlukan penambahbaikan menerusi prespektif penulis. Pertama, jika dinilai pada 40
Qawa„id al-Tadabbur tersebut, ia mempunyai skala kaedah yang besar berdasarkan
jumlahnya. Jumlah kaedah yang besar dan tidak tersusun menambahkan kerumitan untuk
memahami isi dan mengaplikasikannya. Pembaca perlu meneliti dan menyemak satu
persatu topik yang dibahaskan kerana ia tidak diklasifikasikan mengikut skop dan bidang.
Demikian itu, bagi penulis ia boleh dirumuskan kepada bentuk yang lebih ringkas dengan
menggunakan pendekatan yang tersusun.
93Istilah baru yang digunapakai oleh Shaykh „Abd al-Rahman yang belum pernah diketengahkan oleh mana-mana Ulama sebelumnya. Antaranya seperti Qawa„id al-Tadabbur, al-Tadabbur al-Tahlili dan tafsir tadabburi.
Univers
ity of
Mala
ya
210
Kaedah-kaedah tadabbur yang dikemukakan dengan tersusun, mengikut kelompok
atau pengkelasan bidang dapat mengurangkan kompleksiti dalam pemahaman dan
kecelaruan ketika membaca. Secara tidak langsung, ia akan memudahkan pembaca
melakukan rujukan untuk mentadabbur al-Quran. Atas dasar itu, penyusunan dan aturan
kaedah-kaedah tersebut perlu diusahakan oleh pengkaji yang terkemudian sebagai satu
bentuk sumbangan kepada penambahbaikan karya.
Bertitik tolak dari kesedaran itu, penulis menyusun dan merumuskan 40 Qawa„id
al-Tadabbur tersebut ke dalam suatu asas ilmu yang dinamakan sebagai „prinsip tadabbur‟.
Pembentukan prinsip tadabbur ini sebagai bumbung yang memayungi pelbagai asas ilmu
yang penting untuk bertadabbur al-Qur‟an. Sampel utama kaedah-kaedah tadabbur yang
dikaji dan dirumuskan ke dalam prinsip tadabbur ini sudah tentu yang dipetik daripada
Kitab Qawa„id Tadabbur al-Amthal. Oleh itu, 40 Qawa„id ini akan diteliti dan dirumuskan
ke dalam prinsip tadabbur mengikut konteks dan pengkelasan ilmu yang tertentu.
Secara umum, kaedah tadabbur yang dikemukakan oleh Shaykh „Abd al-Rahman
menunjukkan aspek kesungguhan dan ketelitian beliau ketika mentadabbur ayat-ayat Allah.
Kewujudan karya tadabbur ini adalah hasil mulazamah beliau bersama al-Quran dan tanda
kecintaannya untuk mentadabbur ayat-ayat Allah sekitar tempoh 30 tahun. Hasil penelitian
penulis mendapati bahawa 40 Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal ini menumpukan kepada
empat bidang ilmu yang utama iaitu bahasa Arab, i„jaz al-Qur‟an, nuzul al-Qur‟an dan
mawdu„i al-Qur‟an. Penulis menyifatkan empat bidang ini sebagai suatu asas dalam ilmu
tadabbur kerana ia menjadi fokus yang dominan dalam perbincangan Shaykh.
Univers
ity of
Mala
ya
211
Pertama ialah aspek bahasa Arab yang merupakan suatu bidang ilmu yang luas dan
mendalam. Ia adalah subjek yang dominan apabila dihubungkan dengan bahasa al-Quran.
Kerana al-Quran diturunkan mengikut lisan Arab yang kaya dengan asas-asas lughah dan
struktur bahasanya yang unik dan tersendiri. Asas ilmu yang dibincangkan dalam aspek
bahasa antaranya ialah kaedah nahu, sarf dan struktur ayat dalam al-Quran. Lazimnya, ilmu
bahasa akan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu „tatabahasa‟ dan „pemahaman ayat‟.
Pembahagian tersebut untuk memudahkan pemfokusan, membantu kefahaman dan
penguasaan ilmu. Atas dasar itu, penulis melihat kepentingan dari aspek bahasa Arab yang
dinilai dari struktur bahasa sebagai prinsip asas dalam pembentukan prinsip tadabbur.
Seterusnya, aspek kedua ialah i„jaz al-Quran yang diteliti dari sudut pemahaman
ayat. Ia membahaskan ilmu balaghah al-Qur‟an yang terdiri daripada i„jaz al-Bayani,
„uslub al-Qur‟ani dan i„jaz al-„ilmi. Ada ulama yang berpendapat bahawa al-Quran hanya
suatu mukjizat al-Bayani. Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa i„jaz al-Qur‟an
terdiri dari pelbagai bentuk antaranya ialah i„jaz al-Bayani, al-„Ilmi dan al-Tasyri„i.94
Mukjizat al-Quran antaranya terletak pada balaghahnya. Keistimewaan balaghah itu yang
terdapat pada isi bahasa dan keluasan makna ayat-ayat al-Quran. Aspek keunikan tersebut
dibincangkan dalam „ilmu al-Ma„ani, al-Badi‘ dan ‟uslub al-Bayani. Kehalusan dan
ketinggian bahasa al-Quran dapat difahami dari sudut makna hakiki dan majazi.
Oleh itu, suatu kerugian apabila ilmu balaghah al-Qur‟an tidak difahami. Individu
yang membaca al-Quran tidak dapat menghayati keagungan al-Quran sebagai Kalam Allah
s.w.t. Dengan ini, keindahan bahasa al-Quran dan maksud ayat itu tidak memberi kesan
94
Fadl Hasan „Abbas, Muhadarat fi „Ulum al-Qur‟an. Cet.1, (Jordan: Dar al-Nafais, 2007), 56 .
Univers
ity of
Mala
ya
212
kepada jiwa individu yang membacanya. Maka, mendalami ilmu balaghah al-Qur‟an
adalah salah satu asas ilmu tadabbur yang penting. Ia dituntut dalam rangka untuk
memahami dan menghayati maksud ayat secara mendalam. Justeru, aspek balaghah al-
Qur‟an menjadi sebahagian daripada asas dalam pembentukan prinsip tadabbur.
Sementara itu, aspek ketiga ialah bidang nuzul al-Quran adalah suatu ilmu yang
menyentuh aspek teknikal sejarah yang melibatkan individu, tempat dan peristiwa yang
termaktub dalam kronologi tanzil al-Wahyu. Ia suatu perbahasan yang berkait rapat dengan
ilmu makki madani, nasikh mansukh, tartib al-Nuzul, asbab al-Nuzul dan al-Qira‟at.
Sumber ilmu nuzul al-Qur‟an diketahui menerusi susur galur riwayah. Ia suatu ilmu yang
mempunyai sumber yang terhad kerana bergantung pada asas periwayatan yang dipetik
daripada Rasulullah s.a.w, para sahabat dan tabi„in. Memahami ilmu nuzul al-Qur‟an,
sejarahnya dan konteks penurunannya adalah penting untuk mentadabbur ayat-ayat Allah
secara sahih. Maka, aspek nuzul al-Quran juga ditentukan sebagai asas kepada
pembentukan prinsip tadabbur.
Manakala, keempat adalah aspek mawdu‘i al-Qur‟an yang merangkumi
perbincangan munasabat ayat dan surah, siyaq al-ayat, maqasid ayat dan surah, wehdatul
mawdu‘i dan tafsir mawdu‘i. Penulis melihat ia suatu bidang yang penting kerana ia adalah
teknik yang terbaik untuk memahami isu-isu dalam al-Quran secara menyeluruh. Shaykh
„Abd al-Rahman adalah ulama yang menguasai manhaj mawdu‘i dan ilmu munasabat al-
Quran dengan baik. Manhaj mawdu‘i diguna pakai dalam kebanyakan penulisan karyanya
untuk menjelaskan sesuatu topik. Menurutnya, pendekatan mawdu„i adalah sesuai untuk
mendapatkan kefahaman al-Quran secara menyeluruh. Memetik kenyataan beliau
berkenaan manhaj mawdu‘i dalam Kitab Qawa„id al-Tadabbur dengan maksud:
Univers
ity of
Mala
ya
213
“Manhaj mawdu‘i merupakan salah satu metode yang menjadi pilihan dalam penulisan karya saya kerana ia cukup berkesan untuk menyampaikan kefahaman dan banyak manfaat yang diperolehi daripadanya. Pelbagai hasil karya saya samada wacana aqidah, akhlak, dakwah, syari„ah, tafsir dan sebagainya pasti dapat dilihat kebanyakannya dilakukan dalam persembahan tematik. Ia memudahkan saya memfokus isu-isu semasa yang dibincangkan menurut perspektif al-Quran”.95
Beliau menjelaskan bahawa metode mawdu„i adalah teknik yang berkesan untuk
mentadabbur al-Quran. Apabila pentadabbur mampu mengaitkan realiti semasa dengan
apa yang disebutkan daripada nas al-Quran. Kerana itu, manhaj ini menjadi pilihan para
ulama dalam penulisan tafsir. Para sarjana tafsir menamakan metode pentafsiran tersebut
sebagai tafsir mawdu‘i.
Terdapat beberapa sudut perbincangan oleh para ulama mengenai tafsir mawdu‘i.
Al-Rumi menyebut bahawa tafsir mawdu‘i adalah satu gaya pentafsiran yang tidak
mentafsirkan ayat berdasarkan susunan mushaf, bahkan ayat-ayat al-Quran itu dikumpulkan
dalam suatu tema yang ingin dibahaskan.96
Al-Kumi pula menjelaskan tafsiran mawdu‘i sebagai mengumpulkan ayat-ayat
berkaitan yang berasingan dalam al-Quran ke dalam satu tajuk untuk dibahaskan. Sama ada
berkenaan perkataan, hukum atau perbahasan mengenai maqasid al-Quran.97 Al-Farmawi
berpendapat bahawa manhaj mawdu„i adalah ayat-ayat al-Quran yang dikumpulkan dengan
satu objektif dan bergabung di bawah satu topik.98 Manakala, Dr Mustafa Muslim
95„Abd al-Rahman Habannakah. Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal. cet.3, 17. 96Al-Rumi, Fahd bin „Abd al-Rahman bin Sulaiman. Buhuth fi„ Usul al-Tafsir wa Manahijuh.(Riyad: Maktabah Taubah), 62. 97Al-Kumi, Muhammad al-Sayyid dan Muhammad Ahmad Yusuf Qasim, Tafsir Mawdu‘i li al-Qur‟an al-Karim, (Kaherah: t.p, 1982), 13. Rujuk juga pada Fadl Hassan „Abbas, al-Tafsir Asasiatihi wa ittijahatihi. („Amman: Maktabah Dandis, 2005) 645. 98Al-Farmawi, „Abd al-Hayy. al-Bidayah fi Tafsir al-Mawdu„i, Cet.2 (Mesir: Matba‟ah al-Hadarah al-Gharbiyah, 1977), 13.
Univers
ity of
Mala
ya
214
mengulas, tafsir mawdu„i adalah ilmu yang dikeluarkan daripada realiti semasa mengikut
kupasan al-Quran (maqasid al-Qur‟an), menerusi perbincangan satu surah atau lebih.99
Rumusan daripada perbincangan tersebut, penulis meyakini bahawa adalah penting
mempraktikkan manhaj mawdu‘i dan ilmu munasabat al-Qur‟an untuk mentadabbur ayat-
ayat Allah s.w.t. Kebanyakan para ulama tafsir kini lebih terarah menggunakan manhaj
mawdu‘i untuk membincangkan sesuatu isu menurut perspektif al-Quran. Kerana ia
mempunyai manfaat yang besar kepada para pentafsir dan pentadabbur secara umum.
Bertitik tolak dari kepentingan tersebut, manhaj mawdu‘i dan munasabat al-Qur‟an
menjadi sebahagian daripada asas utama dalam pembentukan prinsip tadabbur.
Keseluruhan empat aspek yang telah dibincangkan iaitu bahasa Arab, i„jaz al- al-
Qur‟an, nuzul al-Qur‟an dan mawdu‘i al-Quran yang merujuk pada Kitab Qawa„id al-
Tadabbur al-Amthal adalah sesuai sebagai asas yang penting kepada pembentukan prinsip
tadabbur. Walau bagaimanapun, bagi penulis skop empat bidang ini masih belum
melengkapi asas-asas utama ilmu untuk mentadabbur al-Quran. Dari sudut kaca mata
penulis, pelbagai penemuan ilmu dalam al-Quran tidak dapat lari dari kolerasi fungsi akal
dan konteks pemikiran sebagai medium untuk memahami al-Quran. Oleh hal demikian,
aspek „ijtihad‟ dalam memahami nas-nas yang tertentu adalah suatu asas ilmu yang perlu
ditonjolkan untuk mentadabbur ayat-ayat Allah. Atas asas itu, mempraktikkan ijtihad amat
bertepatan dengan banyak nas al-Quran yang menyeru manusia untuk berfikir dan
menggunakan akal.
99 Mustafa Muslim, Mabahith fi al-Tafsir al-Mawdu„i, cet.4, (Damsyik: Dar al-Qalam, 2005),16. Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
215
Dr Musa„id al-Tayyar menerusi kitabnya, Fusul fi „usul al-Tafsir telah memberikan
ulasan ringkas mengenai „kefahaman dan ijtihad‟.100 Menurut beliau, para sahabat ra.hum
menggunakan keupayaan akal dan pemikiran mereka untuk memahami al-Quran dan
mengeluarkan istinbat daripada ayat-ayat. Meskipun di kalangan mereka, wujud perbezaan
dalam memahami nas. Ada yang mampu memahami nas al-Quran secara mendalam dan
demikian sebaliknya yang memahami nas secara umum. Keadaan tersebut bergantung
kepada kemampuan pemikiran dan kadar kefahaman mereka untuk menghuraikan maksud
nas. Demikian itu, ijtihad mereka adalah berasaskan ilmu dan bukan mentafsirkan al-Quran
bersandarkan kepada pendapat semata-mata tanpa ilmu dan kefahaman.
Sebaliknya, orang yang memahami dan mentafsirkan al-Quran dengan makna zahir
atau pemahaman maksud ayat dari tafsiran akal semata-mata, tanpa landasan ilmu yang
sahih dan kefahaman yang benar boleh terjebak ke dalam kekeliruan dan penyelewengan
maksud ayat-ayat Allah. Pemahaman al-Quran yang mengikut hawa nafsu dan akal fikiran
semata-mata tanpa panduan ilmu mendapat kecaman dan amaran keras dari Nabi s.a.w!
Ibn Abbas ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
101، ف ليتبوأ مقعده من النار بغير علم من قال في القرآن
Terjemahan: “Barangsiapa yang berkata mengenai al-Quran tanpa ilmu maka ia menyediakan tempatnya sendiri di dalam neraka”.
Oleh itu, penulis membentuk satu lagi prinsip yang utama iaitu ijtihad sebagai asas
yang penting untuk mentadabbur ayat-ayat al-Quran. Prinsip tadabbur yang kelima ini
100Musa„id Sulayman bin Nasir al-Tayyar, Fusul fi usul al-Tafsir. Cet.1 (Riyadh: Dar al-Nasyr al-Dawliy, 1993) 32. 101 Hadis riwayat al-Tirmidhi, Bab Ma Ja‟ fi al-Ladhi Yufassiru al-Qur‟an bi Ra‟yihi, no.hadith 2950. Status hadith hasan sahih. Lihat Abu Isa Muhammad bin Isa al-Tirmidhi, ‚Jami„ al-Tirmidhi”, (Riyad: Dar al-Salam, 2009), 870.
Univers
ity of
Mala
ya
216
mengetengahkan fungsi ijtihad dan keperluannya dalam memahami nas-nas tertentu. Ia
penting untuk melengkapkan asas-asas ilmu tadabbur yang utama. Ini kerana al-Quran
tidak pernah menafikan aspek akal dan fungsinya. Bahkan, ia menyeru semua manusia
samada orang beriman, golongan kafir atau munafiq agar berinteraksi, berfikir dan
merenung ayat-ayat Allah s.w.t. Ini selari dengan pelbagai ayat dalam al-Quran yang
menyebut tentang peranan akal dan seruan berfikir!
Ijtihad menurut kefahaman penulis dalam konteks kajian tadabbur ini, adalah
bersungguh-sungguh memanfaatkan fungsi akal untuk berfikir secara mendalam, mengkaji
dalil-dalil dan merenung maksud ayat-ayat al-Quran untuk mengeluarkan dapatan ilmu
pengetahuan, pengajaran atau ketentuan hukum. Sesuatu ijtihad dikeluarkan apabila
terdapat perkara atau permasalahan yang tidak disabitkan secara jelas dalam al-Quran dan
al-Hadith. Dalam keadaan ini, ijtihad memerlukan kekuatan pemikiran dan pengetahuan
ilmu yang mendalam mengenai al-Quran serta bidang ilmu yang berkaitan untuk
memahami maksud yang tepat bagi ayat-ayat Allah s.w.t.
Realitinya, ijtihad merupakan skop bidang yang luas dan ia berlaku dari pelbagai
sudut perbincangan. Antaranya, yang berkait dengan ayat-ayat ahkam102, ayat-ayat
kawniyah103, ayat-ayat ghaibiyat104, balaghah al-Qur‟an 105 dan qasas al-Qur‟an 106.
Ijtihad dari sudut tadabbur adalah bertujuan untuk mengambil pengajaran dan pelajaran
dari nas. Apabila tiada dalil syara„ daripada al-Quran dan Hadith yang menjelaskan tentang
nas. Maka, urusan ijtihad sewajarnya diserahkan kepada mereka yang ahli dalam bidang al- 102 Ayat-ayat ahkam ialah berkaitan dengan hukum-hukum dan perundangan shari„ah. 103 Ayat-ayat kawniyah ialah berkaitan dengan penciptaan alam dan penemuan saintifik. 104 Ayat-ayat ghaibiyat ialah berkaitan dengan berita pengkhabaran yang tidak nampak namun wajib beriman. seperti nikmat syurga, azab neraka, dosa pahala, rahmat, rezeki, malaikat, syaitan dan sebagainya. 105 Ketinggian, kehalusan dan keindahan „uslub bahasa al-Qur‟an. 106 Qasas al-Qur‟an ialah kisah-kisah yang lampau dan akan datang.
Univers
ity of
Mala
ya
217
Quran iaitu para ulama dan ilmuan yang berkaitan. Mereka adalah orang yang berkelayakan
untuk mengeluarkan pendapat dalam penentuan hukum, penemuan ilmu pengetahuan dan
pengajaran-pengajaran penting yang diperoleh daripada ayat.
Disebutkan dalam hadith Rasulullah s.a.w, para hakim atau ulama yang berijtihad
akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah s.w.t atas kesungguhan dan usaha mereka
mengeluarkan pendapat bagi menyelesaikan permasalahan umat. Demikian itu hadith yang
diriwayatkan oleh „Amru bin al-„As bahawa beliau mendengar Nabi s.a.w bersabda:
107إذا حكم الاكم فاجت هد ث أصاب ف لو أجران، وإذا حكم فاجت هد ث أخطأ ف لو أجر Terjemahan: “Apabila seseorang hakim [„alim] menjatuhkan hukuman lalu ia berijtihad dan didapati ijtihadnya itu benar, maka ia mendapat dua pahala. Sekiranya ia menjatuhkan hukuman dan berijtihad serta salah, maka ia mendapat satu pahala.”
Ijtihad dari konteks tadabbur, secara umum bergantung pada kemampuan
pemikiran dan pengetahuan ilmu seseorang individu. Kemampuan pemikiran yang
dimaksudkan adalah individu tersebut perlu adil dalam memahami dan mengeluarkan suatu
pendapat tanpa dipengaruhi oleh kepentingan diri dan hawa nafsu. Manakala, pengetahuan
ilmu yang dimaksudkan adalah usaha yang dilakukan oleh seorang individu untuk
mempelajari dan merujuk sumber-sumber ilmu yang sahih seperti penulisan ilmiah atau
berinteraksi secara langsung dengan para ilmuan untuk mendapat pencerahan akal.
Umumnya, ijtihad adalah harus bagi setiap individu berdasarkan kemampuan
pemikiran dan pengetahuan ilmu. Ijtihad dalam skop tadabbur orang awam, mungkin
terbatas kepada kefahaman nas secara umum dan literal berbanding dengan keilmuan dan 107 Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab al-I„tisam bi al-Kitab wa al-Sunnah, Bab Ajri al-Hakim Idha Ijtahada Fa‟asaba aw Akhta‟, no. Hadith 7352. Abu „Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari, “Sahih al-
Bukhari”, Cet.2. (Riyad: Dar al-Salam, 1999)1264,.
Univers
ity of
Mala
ya
218
kemampuan para ulama. Oleh itu, memadai bagi orang awam untuk berpegang dan merujuk
kefahaman nas dari ijtihad yang dilakukan oleh para ulama muktabar. Ia bagi mengelakkan
berlaku kekeliruan dan penyelewengan terhadap nas.
Berdasarkan perbincangan di atas, lima kelompok bidang yang dibentangkan
tersebut adalah padat dan menyeluruh. Ia merangkumi aspek-aspek penting dalam
perbincangan al-Quran sebagai asas-asas utama ilmu yang diperlukan untuk mentadabbur
ayat-ayat Allah s.w.t. Hasil penelitian ini memberikan suatu garis panduan kepada penulis
untuk melakukan pembentukan prinsip tadabbur. Ringkasnya, dari perbincangan tersebut
penulis berpendapat untuk membentuk prinsip tadabbur yang asas dan utama memadai
kepada lima prinsip tadabbur seperti berikut:
Prinsip 1: Berpegang kepada Manhaj Mawdu‘i dan Munasabat al-Qur‟an.
Prinsip 2: Memahami Nuzul al-Qur‟an, sejarahnya dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya.
Prinsip 3: Mendalami bahasa al-Quran dengan meneliti struktur ayat-ayatnya.
Prinsip 4: Menguasai Ilmu Balaghah al-Qur‟an dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya.
Prinsip 5: Mempraktikan ijtihad dalam memahami nas-nas tertentu.
Kesimpulannya, matlamat yang ingin dicapai daripada pembentukan lima prinsip
tadabbur ini adalah sebagai panduan ringkas untuk memudahkan individu mentadabbur al-
Quran secara tekstual dan kontekstual. Lima prinsip tadabbur ini adalah suatu yang
praktikal kerana ia ringkas dan menyeluruh. Ia mengetengahkan pendekatan yang asas dan
sesuai sebagai panduan untuk mentadabbur ayat-ayat al-Quran. Dalam masa yang sama,
pentadabbur dapat merujuk karya 40 Qawa„id al-Tadabbur yang telah disusun dan
dirumuskan secara menyeluruh ke dalam lima prinsip tadabbur ini.
Univers
ity of
Mala
ya
219
3.6 Prinsip-prinsip Tadabbur al-Quran: Analisis terhadap Qawa‘id al-Tadabbur
Seterusnya, bahagian ini menghuraikan justifikasi atau faktor bagi setiap qawa‘id yang
digabungkan ke dalam lima prinsip tadabbur. Setiap qawa‘id yang ditentukan dalam
prinsip tadabbur akan dinilai berdasarkan konteks, struktur, proses atau fungsi yang
mempunyai kaitan dan persamaan. Kemudian, hasil daripada analisis dan penilaian penulis
terhadap gabungan kaedah tersebut akan dikeluarkan beberapa dapatan dan rumusan.
3.6.1 Prinsip 1: Berpegang kepada Manhaj Mawdu‘i dan Munasabat al-Qur’an
Prinsip tadabbur yang pertama terbentuk atas kepentingan dan tuntutan untuk berpegang
kepada manhaj mawdu‘i dan munasabat al-Qur‟an. Pengertian manhaj mawdu‘i terhasil
melalui dua perkataan yang digabungkan iaitu manhaj dan mawdu‘i. Manhaj ialah al-Tariq
al-Wadih iaitu kaedah yang jelas atau aturan sistem. Manakala mawdu‘i adalah tematik atau
topik. Secara ringkas, manhaj mawdu‘i adalah landasan ilmu yang menerangkan teknik
menyatukan perkataan dalam al-Quran, kelompok ayat, tujuan surah dan hubungan ayat-
ayat dalam al-Quran berdasarkan perbincangan topik. Ia satu kaedah yang digunakan untuk
memfokuskan perbincangan secara bertema dari perspektif al-Quran.
Manakala, munasabat al-Qur‟an pula adalah suatu ilmu yang membahaskan
korelasi urutan antara ayat al-Quran atau antara surah. Perkaitan tersebut diteliti dari sudut
hubungan makna yang terkandung antara ayat sebelum atau ayat selepas dan konteks
makna antara surah sebelum dengan surah selepas.108 Hasil penelitian pada korelasi makna
itu dapat difahami tujuan dan matlamat yang ada dalam sesuatu surah atau kelompok ayat.
108Musa„id bin Sulaiman bin Nasir al-Tayyar. Anwa„ al-tasanif al-muta„aliqah bi tafsir al-Qur‟an. Cet.1 (Riyad: Dar Ibn Jawzi, 2000), 154. Shaykh Musa„id menghuraikan munasabat terbahagi kepada pelbagai
Univers
ity of
Mala
ya
220
Prinsip tadabbur yang pertama, menonjolkan keperluan untuk berpegang pada
manhaj mawdu‘i dan munasabat al-Qur‟an. Ia sangat penting untuk membantu
pentadabbur memahami dan menghayati mesej al-Quran secara menyeluruh. Prinsip
pertama ini menggabungkan tujuh kaedah tadabbur yang berhubung dengan perbahasan
manhaj mawdu‘i dan munasabat al-Qur‟an. Kaedah-kaedah ini disatukan di bawah
perbahasan prinsip yang pertama berdasarkan beberapa faktor dan ciri yang mengikat asas-
asas ilmu tematik dan munasabat al-Qur‟an.
Pertama, gabungan kaedah ini dilakukan berdasarkan kepada terma „menyatu‟,
„mengumpul‟, „menghubung‟, „mengikat‟, „kelompok‟, „gabungan‟ atau „bertemakan‟ yang
merujuk kepada kupasan al-Quran secara bertema, rangkaian tematik, penyatuan tema,
gabungan antara nas atau ayat-ayat yang dikelompokkan mengikut tema. Jika diteliti pada
tajuk-tajuk kaedah yang dikemukakan oleh Shaykh „Abd al-Rahman dalam
membincangkan konsep manhaj mawdu‘i, ia secara langsung menggunakan kata kunci
„mawdu„ al-Quran‟ atau „wahdah al-Mawdu‘‟. Kata kunci tersebut menjelaskan fungsi dan
ciri bagi „tematik‟ iaitu gabungan idea atau korelasi makna yang ditumpukan pada suatu
perbahasan tema.
Kedua, proses untuk memahami makna ayat dan menyatukannya dalam satu tema
surah, perkataan atau topik umum memerlukan kepada pengetahuan „Ulum al-Qur‟an.
Antaranya, seperti maqasid al-Surah, tanasub al-Ayah, lihaq wa sibaq al-Ayah, lafaz „am
dan khas, mutlaq dan muqayyad ayat dan yang berkaitan dengannya. Pengetahuan ilmu
jenis iaitu: a. Munasabat nama surah dengan tema-tema di dalamnya, b. Munasabat perkataan-perkataan di dalam ayat, c. Munasabat pengakhiran ayat dengan tema surah, d. Munasabat ayat dengan ayat berikutnya, e. Munasabat surah dengan surah berikutnya, f. Munasabat penghujung surah dengan permulaan surah berikutnya, g. Munasabat tema surah dengan tema surah berikutnya, dan pelbagai lagi perkaitan yang wujud.
Univers
ity of
Mala
ya
221
tersebut membantu individu untuk menghubungkan kefahaman makna ayat secara
menyeluruh.
Sehubungan itu, kaedah-kaedah tadabbur yang terlibat secara langsung dengan
manhaj mawdu‘i adalah kaedah 1 iaitu „Perkaitan ayat-ayat al-Quran dengan topik surah
dan hubungannya dengan ayat-ayat yang lain secara tematik’,109 kaedah 2 „Menyatukan
tema dalam surah al-Quran‟110 dan kaedah 6 iaitu „Menjauhi sangkaan bahawa
pengulangan terhadap suatu ayat atau kisah atau lafaz dalam al-Quran hanya sebagai
penegasan nas semata-mata, dan nas-nas al-Quran itu saling melengkapi dalam rangkaian
tematik‟111. Perkaitan yang dapat dilihat pada ketiga-tiga kaedah ini adalah dari sudut
fungsinya yang menjelaskan perkaitan antara ayat dan hubungan antara nas yang saling
melengkapi.
Selain itu, terdapat juga kaedah yang tidak menyebut kalimah mawdu‘ secara
langsung pada tajuknya. Namun, isi dan huraiannya jelas membincangkan ciri-ciri mawdu‘i
al-Quran. Ia dapat diteliti pada kaedah 5 iaitu, „tafsiran juz‟iy yang dikumpulkan dalam
makna kulli’112 dan kaedah 3 iaitu „bentuk-bentuk nas dan maqasid ayat baginya‟113.
Merujuk pada kaedah 5 yang membahaskan tafsiran juz‟iy iaitu tafsiran yang
terasing-asing yang kemudian dikumpulkan pada makna kulli iaitu makna umum. Sebagai
contoh adalah perbincangan mengenai isu penciptaan manusia yang berasal daripada tanah.
109Kaedah 1: ( رتباطها الموضوعي با تفرق في القرأن المجيد حول ارتباط الجملة القرأنية بوضوع السورة , وا ) 110Kaedah 2: (حول وحدة موضوع السورة القرأنية) 111Kaedah 6: ( حول تكامل النصوص القرآنية في الموضوعات التي اشتمل عليها القرآن واستبعاد احتمال التكرير لمجرد التأكيد ما أمكن) 112Kaedah 5: ( عنى الكليحول التفسيرات الجزئية و الم ) 113Kaedah 3: (حول أوجو النص التي يهدف إليها)
Univers
ity of
Mala
ya
222
Sepintas lalu, mungkin terdapat kekeliruan pada istilah „tanah‟ yang disebutkan dalam al-
Quran. Al-Quran menyebut ‘صلصال‟ adalah sejenis tanah yang digunakan untuk
menciptakan manusia. Namun, istilah „تراب’ juga merupakan elemen tanah kepada
penciptaan manusia yang dinyatakan di dalam al-Quran. Begitu juga dengan kalimah الطين
yang bermaksud tanah turut disebutkan di dalam al-Quran sebagai unsur penciptaan
manusia. Oleh itu, bagaimanakah para ulama mendatangkan penyelesaian terhadap maksud
sebenar „tanah‟ dalam penciptaan manusia yang merujuk pada ayat-ayat tersebut?
Maka, para pentafsir menemui rumusan bahawa manusia diciptakan daripada
pelbagai jenis campuran tanah. Di sini kaedah tematik telah memberikan penyelesaian bagi
meleraikan kekeliruan tersebut. Ini kerana, salah satu fungsinya adalah mengumpulkan
istilah atau ayat yang kelihatan berbeza, kemudian disatukan pada titik persamaan dengan
merujuk kepada maksud yang umum tetapi menyeluruh.
Seterusnya, elemen yang dikelompokkan dalam prinsip pertama juga berkaitan
dengan ilmu munasabat al-Qur‟an dan fawasil ayat. Pengetahuan tentang munasabat al-
Qur‟an penting untuk membantu memahami makna ayat al-Quran menerusi faktor tertentu.
Faktor yang menyentuh perbahasan munasabat al-Qur‟an digabungkan ke dalam prinsip
ini merujuk pada kaedah-kaedah yang menyentuh kaitan umum atau khusus di antara ayat-
ayat sama ada dari sudut hubungan gambaran atau rasional makna. Sebahagian besar
kaitannya berkisar pada sebab musabab. Perkaitan antara ayat dilihat dari sudut keserasian
Univers
ity of
Mala
ya
223
makna yang saling berhubung, ataupun makna berlawan yang bersifat pasangan seperti
menyebut rahmat setelah azab, menjelaskan keadaan syurga dan neraka.
Munasabat al-Qur‟an ini menyedarkan hati nurani dan membangkitkan akal fikiran
dengan suatu kesedaran atau peringatan berkaitan dengan topik yang dihubungkan.
Membina munasabat antara ayat atau surah bukan suatu perkara yang mudah. Ia
memerlukan penelitian dari sudut kaitan ayat sebelum dengan ayat selepasnya, atau surah
sebelum dengan surah selepasnya. Mengkaji kaitan ayat dengan penutup ayat, fawasil ayat
dengan ayat sebelum dan selepasnya ini memerlukan kesungguhan dalam berfikir untuk
memahami asbab musabab dan logic yang benar dalam sesuatu isu secara menyeluruh.
Sehubungan itu, terdapat dua kaedah lain yang membahaskan mengenai munasabat
al-Qur‟an iaitu kaedah 17, „hubungan antara ayat dengan penutup atau penghujung bagi
ayatnya‟114 dan kaedah 27 iaitu „Mencermati fawasil (pemisah ayat) demi menjaga
kesinambungan makna ayat al-Quran‟115. Dari itu, manfaat yang diperolehi daripada ilmu
munasabat al-Qur‟an adalah dapat memahami keindahan dan kehalusan bahasa al-Quran.
Di samping, membantu dalam memahami keutuhan makna al-Quran melalui korelasi antara
ayat. Kerana asas ilmu ini nyata memerlukan kejernihan hati dan fikiran untuk meneliti
sebab yang benar dan terhindar dari penafsiran yang salah terhadap konteks ayat.
Ringkasnya, penulis ingin menekankan bahawa prinsip pertama iaitu “berpegang
dengan manhaj mawdu‘i dan munasabat al-Qur‟an” memberi banyak faedah kepada
pentadabbur al-Quran melalui pendekatan yang lebih tersusun dan berkelompok.
114Kaedah 17: ( حول الربط بين اليات وخواتيمها ) 115Kaedah 27: (حول رعاية فواصل الآيات اىتماما بالنسق القرآني)
Univers
ity of
Mala
ya
224
3.6.2 Prinsip 2: Memahami Nuzul al-Qur’an, sejarahnya dan ilmu-ilmu berkaitan
dengannya
Prinsip kedua mengetengahkan keperluan untuk memahami nuzul al-Qur‟an beserta sejarah
dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya. Perbahasan ilmu nuzul al-Qur‟an adalah
sebahagian daripada cabang „Ulum al-Qur‟an yang turut membincangkan aspek tadarruj
ayat, ilmu makki dan madani ayat, tertib ayat dan surah, nasikh dan mansukh, hikmah-
hikmah di sebalik penurunan ayat yang disertai dengan sumber periwayatan asbab al-
Nuzul.
Sebelum menghuraikan prinsip ini dengan lebih lanjut, penulis mendatangkan
pengertian nuzul al-Qur‟an secara ringkas. Nuzul al-Qur‟an adalah dua kalimah yang
bergabung daripada perkataan nuzul dan al-Quran. Istilah nuzul berasal daripada kalimah
yang bermaksud turun.116 Apabila digandingkan dengan al-Quran ia memberi takrifan نزل
sebagai penurunan al-Quran. Penurunan ayat dan surah berlaku secara berperingkat-
peringkat agar memudahkan bacaan, memahami, menghafaz, menghayati dan beramal
dengannya, sebagaimana firman Allah s.w.t;
Al-Isra‟17: 106
Terjemahan: Dan al-Quran itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian.
116 Mu„jam maqayis lughah, Mu„jam al-„Arabi al-Asasi, 1186. Rujuk perkataan sesuatu :هبط bermaksud نزلatau seseorang bergerak dari atas ke bawah, seperti: dia turun tangga, hujan telah turun. Perkataan berlawanan bagi turun [نزول] adalah naik [ صعودا ].
Univers
ity of
Mala
ya
225
Pengetahuan ilmu asbab al-Nuzul, makki madani dan tartib al-Nuzul al-Qur‟an tidaklah
kompleks secara teknikal kerana ia tertakluk kepada sumber periwayatan. Sebagai contoh,
syarat bagi sesuatu tafsiran yang sahih perlu bersumberkan periwayatan asbab al-Nuzul
yang sahih. Kerana itu, para ulama sangat menekankan kefahaman ilmu nuzul al-Qur‟an
seperti asbab al-Nuzul, makki madani, nasikh mansukh dan tartib al-Nuzul sebagai asas
ilmu untuk memahami konteks ayat secara benar. Antara ciri-ciri yang disebutkan oleh
ulama mengenai penurunan ayat adalah seperti yang dijelaskan oleh al-Ja‟bari:
”نزول القرآن على قسمين: قسم نزل ابتداء, وقسم نزل عقب واقعة أو سؤال“ 117
Terjemahan: “Al-Quran diturunkan dalam dua bahagian; iaitu ayat yang turun pada permulaan dan ayat yang turun selepas sesuatu peristiwa atau berdasarkan pertanyaan”.
Sehubungan itu, merujuk pada perbincangan prinsip kedua ini, penulis
menggabungkan tujuh kaedah tadabbur dalam perbahasan nuzul al-Qur‟an dan ilmu-ilmu
yang berkaitan dengannya. Kaedah-kaedah yang digabungkan ke dalam prinsip kedua
adalah kaedah 4 iaitu, “penjelasan nuzul ayat berdasarkan konteks, suasana, individu,
zaman dan tempat”,118 dan kaedah 9 iaitu “peringkat-peringkat penurunan ayat dan surah
al-Quran berdasarkan marahil tanzil”119. Demikian juga kaedah 10 iaitu “Hikmah
perletakan ayat Madaniyah dalam surah Makkiyah dan begitu sebaliknya”120 dan kaedah
11 iaitu “memerhatikan sumber daripada asbab al-Nuzul”121. Keempat-empat kaedah ini
mempunyai ciri-ciri khusus yang bertepatan dengan aspek nuzul al-Qur‟an. Ia
membahaskan sejarah tanzil ayat dan surah, tahap-tahap marahil tanzil bagi surah dan ayat,
117 Al-Suyuti, Jalal al-Din. Al-Itqan fi „Ulum al-Qur‟an. Cet.1, (Beirut: al-Risalah Nasyirun, 2008) 71. 118 Kaedah 4: ( ( والنفسية والفكرية الفردية و الجتماعية حول بينة نزول النص البشرية و الزمانية و المكانية119 Kaedah 9: (تتبع مراحل التنزيل حول ) 120 Kaedah 10: (الكمة من وضع آيات مدنية التنزيل في سور مكية ووضع آيات مكية التنزيل في سور مدنية حول ) 121 Kaedah 11: ( حول النظر فيما ورد من أسباب النزول )
Univers
ity of
Mala
ya
226
konteks makki dan madani serta hikmah bagi ayat-ayat makki dalam surah madani dan
demikian yang sebaliknya ayat-ayat madani dalam surah makki.
Realitinya, penekanan mengenai kefahaman nuzul al-Qur‟an adalah penting untuk
mengetahui sejarah penurunan ayat, makki madani, nasikh mansukh, konteks ayat, sebab
penurunannya serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya. Ilmu asbab al-Nuzul al-Qur‟an
antaranya amat penting kepada pentadabbur untuk mengetahui konteks nas al-Quran.122
Sebahagian penurunan ayat adalah bersebab bagi menerangkan kelebihan sesuatu
maksud atau menetapkan sesuatu kaedah dalam aqidah, ibadah dan fiqah. Atau
menggalakkan sesuatu kebaikan atau melarang keburukan sesuatu perkara. Sebahagian ayat
lain pula diturunkan atas sebab-sebab tertentu bagi menjawab persoalan yang timbul atau
membicarakan sesuatu peristiwa yang berlaku.123
Dr Mustafa al-Bugha dalam karyanya al-Wadih fi „Ulum al-Qur‟an
membincangkan berkenaan „kepentingan asbab al-Nuzul‟. Beliau mendatangkan
keterangan daripada Ibn Taimiyah yang menyebut: “Mengetahui asbab al-Nuzul membantu
untuk memahami ayat, sesungguhnya ilmu asbab diikuti dengan ilmu musabab”. 124
Manfaat mengetahui asbab al-Nuzul antaranya ialah mengetahui hukum dengan
sebab turunnya ayat hukum, mengetahui hikmah dan latar belakang disyariatkan hukum,
mengetahui pada siapa ayat diturunkan atau ayat yang tidak khusus untuk seseorang
individu. Demikian juga, kenyataan yang umum dengan sebab yang khusus turut
122Khalid „Abd al-Rahman al-„Ak. Tashil al-Wusul ‟ila Ma„rifat Asbab al-Nuzul, (t.t, t.p, 1994) 105. 123Fadl Hasan „Abbas. Al-Muhadirat fi „Ulum al-Qur‟an (Tunis: Dar al-Juwaini li al-Nashr, 2007), 11. 124Mustafa al-Bugha, Muhyidin Dibb Masto. Al-Wadih fi „Ulum al-Qur‟an, (Damsyik: Dar al-Kalam al-Tayyibah, 1998), 60.
Univers
ity of
Mala
ya
227
mempunyai kaitan dengan asbab al-Nuzul. Oleh itu, sebahagian ulama berpegang pada
kaedah „al-„Ibrah bi umum al-Lafzi la bi khusus al-Sabab‟ iaitu yang menjadi pegangan
adalah umum lafaz bukan pada sebab yang khusus.
Seterusnya, kaedah yang turut menyentuh perbahasan ilmu nuzul al-Qur‟an adalah
berhubung dengan tafsiran al-ma‟thur iaitu kaedah 7, “meneliti tafsiran ma‟thur yang
merujuk kepada kefahaman sahabat dan tabi„in untuk memahami makna nas al-Quran
secara mendalam”125. Sumber tafsiran al-Ma‟thur adalah terdiri daripada tafsiran ayat al-
Quran dengan al-Quran, ayat al-Quran dengan hadith dan ayat al-Quran dengan qaul
sahabat dan tab„in. Kaedah ini digabungkan dalam prinsip kedua kerana ia bergantung pada
sumber riwayah yang menghuraikan makna ayat daripada salaf salih.
Shaykh „Abd al-Rahman dalam Qawa„id al-Tadabbur,126 menegaskan bahawa
pentadabbur al-Quran seharusnya merujuk kepada sumber al-Ma‟thur untuk mendalami
makna nas al-Quran dan mendapatkan kefahaman yang sahih. Kerana ia sumber yang
bertepatan atau hampir kepada tepat. Walaupun ia tidak semestinya menyeluruh dan
memenuhi setiap maksud petikan al-Quran. Sumber tafsiran ma‟thur tersebut adalah
termasuk daripadanya menurut kefahaman para sahabat dan tabi„in.
Menjadi kewajipan untuk merujuk penjelasan daripada sumber hadith yang sahih
untuk memahami makna nas al-Quran. Penerangan hadith Nabi s.a.w sebahagiannya adalah
pada nas yang umum dan sebahagiannya untuk dalil-dalil yang khusus. Apa yang
didatangkan dalam syarah hadith adalah salah satu makna yang merangkumi dalil-dalil.
125 Kaedah 7: (حول تتبع التفسير المأثور لمعنى النص) 126 Rujuk huraian pada Kaedah 7 iaitu “Meneliti tafsiran al-Ma‟thur terhadap makna al-Qur‟an” ( ع التفسير حول تتب .Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal, 133 .( المأثور لمعنى النص
Univers
ity of
Mala
ya
228
Sewajarnya para pengkaji al-Quran merujuk kepada pendapat ahli tafsir dan ahli
takwil yang muktabar untuk meneliti kefahaman mereka. Setelah melakukan penelitian
terhadap pandangan mereka dalam isu-isu tertentu, tidaklah bermakna perlu mengambil
sepenuhnya pandangan tersebut. Bahkan, orang yang menta„amul dan menghuraikan nas
al-Quran boleh melakukan perbandingan dan analisis antara pandangan yang diterima atau
ditolak untuk memberi kesan tadabbur yang sempurna.
Shaykh „Abd al-Rahman al-Maydani turut menjelaskan bukanlah suatu tuntutan dan
keperluan bagi pentadabbur untuk mengumpulkan semua pandangan dan pendapat ahli
takwil, ataupun memperbanyakkan apa yang dikatakan oleh orang ramai. Ini kerana
individu yang bertadabbur perlu mengetahui pandangan yang berautoriti dan terpilih
daripada pelbagai pendapat ahli takwil yang ada, di samping keperluan mengetahui
pandangan yang tertolak, kemungkinan-kemungkinan dalam pandangan, dalil-dalil yang
tepat, makna-makna yang tidak mungkin ditolak dan sebagainya.127
Mungkin juga ada yang berpandangan bahawa keluasan ilmu seseorang itu adalah
pada berapa banyak ia mengumpul pandangan ulama tentang sesuatu permasalahan.
Namun, Shaykh „Abd al-Rahman berpandangan bahawa keluasan ilmu itu adalah
penonjolan terhadap nilai kebenaran atau yang hampir dengan kebenaran sekiranya ia tidak
mendapati kebenaran secara tepat. Justeru, perkara yang paling benar adalah berpegang
kepada pandangan yang tepat, sahih, autentik agar tidak membebankan pemikiran penuntut
ilmu.128
127Ibid. 128Ibid.,134. Rujuk contoh dan kupasan beliau terhadap surah Qaf (mashaf/50, nuzul/33) ayat 30 mengenai perbahasan takwil “hal min mazid” yang mengandungi dua pandangan di sisi ahli salaf. Beliau menjelaskan pandangan yang dipetik daripada hadith Nabi s.a.w dan pendapat para sahabat ra.hum mengenai keadaan
Univers
ity of
Mala
ya
229
Pentadabbur perlu memahami perkara-perkara tersebut untuk menguasai
kefahaman yang benar berkenaan ayat yang ditadabbur. Ini bagi memastikan natijah
daripada kefahaman tersebut tidak bercanggah dengan konteks dan maksud asal ayat
tersebut diturunkan.
Berikutnya, nuzul al-Quran juga berkait dengan perbahasan ilmu nasakh yang
dikupas pada kaedah 8, iaitu “tidak gopoh ketika menyatakan nasakh bagi sesuatu ayat
kecuali telah thabit nas mengenainya”129 dan perbahasan yang terakhir adalah kaedah 40
iaitu “Qira‟at”130. Qira‟at dikelompokkan dalam perbahasan nuzul al-Qur‟an kerana asas
ilmunya berbalik kepada sumber periwayatan.131 Ia bergantung kepada sumber riwayat
yang thabit berkaitan dengan jenis-jenis bacaan yang warid dan mutawatir.
Manna„ al-Qattan menyebut dalam bukunya Mabahith fi „Ulum al-Qur‟an,
berkenaan qira‟at mutawatir yang masyhur adalah merujuk kepada beberapa orang sahabat
seperti „Ubay, „Ali, Zaid bin Thabit, Ibn Mas„ud, „Uthman, Abu Darda‟ dan Abu Musa al-
„Asy„ari. Kebanyakan daripada para sahabat dan tabi„in yang sezaman dengan mereka telah
mengambil cara bacaan al-Quran yang warid daripada tujuh orang sahabat tersebut yang
telah menerima sanad daripada Rasulullah s.a.w.132
Ringkasnya, berdasarkan penjelasan yang dibentangkan, penulis ingin menegaskan
bahawa kaedah-kaedah yang disusun dalam prinsip kedua ini sesuai dari sudut konteks dan
ciri-cirinya yang menepati bidang ilmu nuzul al-Qur‟an. neraka Jahannam pada kenyataan nas “hal min mazid?”. Menerusi kaedah 7 ini, menunjukkan pada penegasan beliau terhadap kepentingan meneliti tafsiran al-Ma‟thur iaitu tafsiran yang bersumberkan dari hadith Nabi s.a.w dan kefahaman para sahabat dan tabi„in terhadap makna al-Qur‟an 129 Kaedah 8: ل فيما ثبت نسخو بدليل صحيح صريححول تكافؤ النصوص القرآنية ووجوب الجمع بينها في نسق فكري متكامل وعدم اللجوء إلى الكم بالنسخ إ 130 Kaedah 40: ( حول القراءات العشرة ) 131„Abd al-Rahman Habannakah. Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal, 709 132Manna„ bin Khalil al-Qattan, Mabahith fi „Ulum al-Qur‟an. Cet.7, (Kaherah: Maktabah Wahbah, 2000)
162.
Univers
ity of
Mala
ya
230
3.6.3 Prinsip 3: Mendalami Bahasa al-Quran dengan meneliti struktur ayat-ayatnya
Prinsip ketiga memfokuskan pada kepentingan dan keutamaan mendalami bahasa al-Quran
dengan meneliti struktur ayat-ayatnya untuk mentadabbur makna nas al-Quran. Ilmu ini
berkaitan dengan selok-belok bahasa al-Quran yang antaranya membahaskan dari sudut
struktur ayat iaitu susunan taqdim dan ta‟khir kalimat, konteks nahu dan sarof, makna pada
perkataan dan tujuan khitab yang terkandung pada nas. Ringkasnya, ilmu bahasa
merupakan alat untuk mengetahui makna kalimah dalam bahasa Arab. Ia dipanggil sebagai
ilmu lughat yang amat penting untuk membantu individu memahami makna ayat al-Quran.
Mujahid berkata: “Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat, ia
tidak layak menghuraikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengetahui ilmu lughat”.133 Kata-kata
ini secara khusus sebagai peringatan agar tidak mentafsirkan al-Quran tanpa pengetahuan
dan landasan ilmu. Pengetahuan yang sedikit mengenai ilmu lughat tidaklah cukup untuk
memahami makna ayat secara tepat. Ini kerana boleh jadi satu lafaz mengandungi beberapa
makna. Jika seseorang hanya mengetahui satu atau dua makna saja, boleh jadi ia salah
memahami maksud ayat sedangkan kenyataan ayat menunjukkan kepada maksud yang lain.
Sehubungan itu, mendalami bahasa al-Quran adalah penting untuk memahami
maksud ayat dalam konteksnya. Pengetahuan dari aspek tatabahasa Arab, struktur ayat,
bentuk-bentuk sarof, permasalahan i„rab kalimat membantu memahami maksud ayat dan
konteksnya dari pelbagai sudut. Dari itu, individu yang tidak mengetahui bahasa Arab
seharusnya mempelajari asas-asas ilmu bahasa tersebut dari peringkat awal untuk
133Rujuk perbahasan ke-18: Ma„rifah Gharibihi dalam penulisan al-Zarkashi, Badruddin Muhammad „Abd Allah. Al-Burhan fi „Ulum al-Qur‟an (Kaherah: Dar al-Hadith, 2006) 205, 292.
Univers
ity of
Mala
ya
231
memahami al-Quran. Menerusi kefahaman bahasa ini, seseorang dapat menghayati mesej,
pengajaran dan hikmah ayat secara mendalam. Oleh itu, jika individu tersebut bukan ahli
bahasa dan tidak mahir dalam ilmu al-Quran. Maka, seharusnya ia merujuk pada huraian
makna yang telah dijelaskan oleh ulama dan ahlinya untuk memahami konteks ayat.
Kekuatan bahasa pada individu yang mentadabbur al-Quran menjadi faktor pada
kedalaman atau keluasan makna kalimah yang difahami. Demikian itu, penulis menjadikan
aspek ilmu bahasa al-Quran sebahagian dari prinsip tadabbur yang utama sebagai garis
panduan dan landasan ilmu yang penting untuk bertadabbur. Hasilnya, prinsip ketiga ini
dapat mengumpul sepuluh kaedah134 tadabbur yang memberikan penekanan terhadap
kepentingan untuk mendalami bahasa al-Quran dan meneliti struktur ayat-ayat al-Quran.
Realitinya, seorang pentadabbur tidak mampu memberikan hak kalimah menurut
makna yang sebenar sekiranya tidak menguasai bahasa Arab, ‟uslubnya serta balaghah al-
Qur‟an. Penguasaan bahasa Arab menjadikan seseorang pentadabbur mampu memahami
dan menghayati bahasa al-Quran dengan mendalam. Ia memberi kesan terhadap
penghayatan jiwa dan pemahaman pemikiran dalam konteks ayat yang dikaji.
134 Prinsip ketiga : Mendalami bahasa al-Qur’an dengan meneliti struktur ayat-ayatnya. Prinsip ini mengumpulkan 10 kaedah daripada 40 Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal seperti berikut: Kaedah 12: Kewajipan memahami ayat selari mengikut tertib aturannya. Kaedah 15: al-Tiqrar serta Objektifnya. Kaedah 16: Keperluan mengkaji makna perkataan dalam Al-Qur‟an dari perspektif „ilmiyah dan kajian bahasa. Kaedah 18: Penelitian lafaz-lafaz yang hampir sama makna atau yang seerti. Kaedah 19: Nas al-Qur‟an berkemungkinan mempunyai dua petunjuk atau lebih Kaedah 25: Kajian mengenai tujuan perselisihan dalam menghuraikan nas-nas yang pelbagai Kaedah 26: Kepentingan mencermati kaedah bahasa Arab serta memahami bentuk-bentuk sorf dan kajian konsisten mengenai rahsia i„rab yang saling bercanggah untuk menyelesaikan zahir ayat tersebut. Kaedah 29: Penggunaan “„an masdariyah” yang didatangkan dengan sebab tertentu dan perkataan yang didatangkan selepasnya, atau andaian bagi perkataan yang tidak disebut. Perkara selepasnya pada ayat-ayat al-Qur‟an, kelazimannya ia ditentukan dengan apa yang dipadam dengan perkara sebelumnya. Kaedah 30: Penggunaan fi„il madhi dalam al-Qur‟an. Kaedah 31: Sasaran Khitab firman Allah.
Univers
ity of
Mala
ya
232
Allah s.w.t telah menyebutkan bahawa al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab,
Yusuf 12: 2
Terjemahan: “Sesungguhnya Kami menurunkannya al-Quran dalam bahasa Arab, agar kamu menggunakan akal fikiran (untuk berfikir).”
Dan sudah tentu bacaan al-Quran juga adalah dalam bahasa Arab,
لت آياتو ق رآنا عربيا لقوم ي علمون ﴾٣﴿ كتاب فص
Al-Fussilat 41:3
Terjemahan: “Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab.”
Ayat-ayat tersebut menjelaskan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar al-Quran. Ia
merupakan kunci untuk masuk ke dalam isi khazanah al-Quran. Kerana itu, ia bahasa yang
penting untuk dipelajari agar pentadabbur dapat mengkaji, memahami, menganalisis dan
meneliti isi kandungan al-Quran.
Struktur dan pembentukan ayat-ayat al-Quran adalah begitu indah, patah
perkataannya tersusun dan maknanya menepati konteks dan realiti. Setiap susunan dan
struktur ayat memberi maksud yang tepat dan sesuai. Susunan perkataannya tidak boleh
didahulukan atau dikemudiankan. Rima bahasanya juga tersusun indah, cantik dan
mempesonakan orang yang mendengarnya. Ternyata ketinggian dan kemuliaan bahasa al-
Qur‟an al-Karim dan struktur ayat-ayatnya sudah pasti tidak mampu ditandingi oleh sajak
ataupun syair Arab.
Bahasa merupakan medium yang menjadi perantara dan penghubung antara
Pencipta dengan makhluk. Justeru itu, Allah menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat
Univers
ity of
Mala
ya
233
dengan Rasul yang diutuskan untuk berinteraksi dengan manusia. Umat manusia dituntut
untuk memahami dan menguasai bahasa Arab agar pemikiran dan hati dapat merasai kesan
daripada mesej-mesej yang disampaikan oleh Allah s.w.t menerusi al-Quran. Demikian itu,
keindahan al-Quran dapat diterokai daripada pelbagai sudut dalam dimensi bahasa.
Jika dilihat pada struktur ayat al-Quran adalah amat sempurna, lengkap dan unik
sehingga tiada manusia yang mampu mencipta dan menandingi keindahan bahasa dan
kalimah yang menepati konteks maksud seumpama al-Quran. Allah s.w.t telah mencabar
manusia, siapakah yang mampu menandingi al-Quran dengan membuat ayat-ayat
seumpama al-Quran?135 Ternyata, tiada kemampuan bagi manusia untuk menyahut cabaran
mencipta ayat yang setanding al-Quran. Demikian itu, keunikan dan keistimewaan al-Quran
dari segala segi membuktikan Kalam Allah s.w.t adalah mukjizat yang Agung.
Sebagai contoh untuk mendalami bahasa al-Quran, yang dipetik dari kaedah
tadabbur 12 iaitu, „kewajipan memahami ayat mengikut tertib aturannya‟.136 Menurut
Shaykh „Abd al-Rahman, ayat al-Quran seharusnya difahami berdasarkan susunan dan
aturannya. Kerana apabila kedudukan taqdim dan ta‟akhir bagi sesuatu ayat itu diubah, ia
memberi kesan kecacatan pada struktur dan maksud ayat. Susunan kalimah yang salah atau
bertukar tidak akan mencapai maksud ayat, bahkan ia merosakkan dilalah ayat tersebut.
Oleh kerana itu, Shaykh „Abd al-Rahman menegaskan bahawa tiada keperluan untuk
merubah susunan ayat yang telah sempurna. Bahkan, keadaan aturan ayat-ayat al-Quran itu
perlu kekal sebagaimana ia diturunkan. Dari situ, keaslian al-Quran akan terus terpelihara
samada dari sudut kemurnian bahasa, aturan dan makna yang terkandung padanya. 135 Rujuk cabaran Allah pada surah Hud:13, surah Yunus: 38, surah Tur :33-34 dan surah al-Baqarah: 23. 136 Qawa„id al-Tadabbur, 207. Lihat Kaedah 12: لزوم فهم الآية وفق ترتيب نظمها
Univers
ity of
Mala
ya
234
Ringkasnya, terdapat beberapa noktah perhatian kepada pentadabbur yang
diketengahkan oleh Shaykh „Abd al-Rahman menerusi kaedah ini. Pertama, pentadabbur
seharusnya berusaha memahami nas al-Quran yang selari dengan susun atur ayat
sepertimana kedudukan asal ia diturunkan. Beliau menegaskan bahawa mengubah aturan
ayat mengikut kehendak pemikiran adalah suatu tegahan kerana ia mendatangkan kesan
kepada perubahan makna yang lain yang cuba disepadankan mengikut pandangan akal.
Kedua, struktur ayat al-Quran dan aturan kalimah-kalimah yang terkandung dalamnya
mencerminkan Keagungan Allah s.w.t Yang Maha Bijaksana, yang paling layak
menentukan kedudukan taqdim dan ta‟khir bagi sesuatu ayat yang sesuai pada tempatnya.
Pentadabbur juga perlu mengkaji, berfikir dan memerhatikan secara mendalam
untuk mengeluarkan sesuatu istinbat atau hikmah yang didapati daripada susunan (tartib)
ayat, isi-isi utama al-Quran atau segala yang terkandung dalamnya sama ada dari sudut
makna atau isyarat ayat yang berkaitan.
Seterusnya, tiada pengulangan yang berlaku pada ayat-ayat al-Quran kerana setiap
perkataannya mempunyai konteks dan maksud yang tersendiri.137 Walaupun, pada zahirnya
ayat atau perkataan yang dilihat seperti berulang atau sama. Namun, hakikat makna bagi
setiap lafaz perkataan atau ayat al-Quran adalah berbeza kerana ia begitu kaya, tidak
terbatas dan mempunyai pelbagai sudut konteks. Pengulangan ayat atau perkataan yang
dilihat tersebut adalah mengikut realiti, peristiwa, bentuk nas yang merupakan tujuan
sebagai saling melengkapi dan menyempurnakan. Ringkasnya, lafaz yang sama bukan
suatu perulangan semata-mata, akan tetapi hakikatnya ia berbeza makna dan konteks.
137 Rujuk Qawa„id al-Tadabbur, 307. Lihat huraian dan contoh pada Kaedah 15: Pengulangan Perkataan atau Ayat serta Objektifnya ( حول التكرار و أغراضه).
Univers
ity of
Mala
ya
235
Seterusnya, perbahasan bagi kaedah 16 iaitu “Kepentingan kajian terhadap makna
bagi kalimah-kalimah dalam al-Quran dari perspektif „ilmiyah dan kajian bahasa”.138
Kaedah ini bertepatan dengan prinsip bahasa al-Quran kerana ia memberi penekanan
kepada pentadabbur supaya menguasai pengkajian terhadap lafaz al-Quran dan maknanya
dari sudut ilmiah dan konteks bahasa dengan merujuk pada kamus bahasa. Penekanan ini
amat penting agar individu yang mentadabbur al-Quran dapat memahami konteks dan
maksud kalimah dengan jelas. Rujukan terhadap kamus bahasa dapat menjelaskan
perbezaan makna bagi sesuatu kalimah samada ia berbentuk majaz atau hakikat
berdasarkan konteks ayat.
Oleh itu, terdapat beberapa panduan yang telah dikongsi oleh Shaykh „Abd al-
Rahman al-Maydani kepada pentadabbur berkenaan kaedah ini:139
a. Pentadabbur perlu merujuk kepada lisan atau sebutan dari percakapan Arab untuk
mengetahui penggunaan kalimah dan maknanya, kerana ia membantu untuk memahami
konteks petikan al-Quran. Bahkan, suatu kesilapan dan kelalaian apabila usaha
mentadabbur terhadap makna nas dilakukan tanpa merujuk kepada dilalah asal iaitu
dengan melihat kepada bahasa percakapan Arab serta semakan kepada kamus bahasa.
b. Pentadabbur seharusnya menyemak sumber daripada tafsiran al-Ma‟thur dan hadith
yang sahih untuk mendapat pemahaman ayat yang benar.
c. Mencermati kepelbagaian dan perbezaan dialek bahasa Arab yang mengikut daerah
tempatan yang berhubung dengan sesuatu makna perkataan dalam al-Quran. Kalimah-
138 Qawa„id al-Tadabbur, 317. Lihat Kaedah 16: ( ضرورة البحث في معاني الكلمات القرآنية بحثا علميا لغويا حول) 139 Ibid., 317-319.
Univers
ity of
Mala
ya
236
kalimah tertentu yang terdapat dalam al-Quran perlu diteliti isyaratnya samada merujuk
pada makna hakikat atau majazi.
d. Memahami thaqafah Islam dalam pelbagai isu atau topik, aliran kefahaman atau
perbahasaan pada perbezaan nas tentang sesuatu topik.
e. Meneliti pandangan ahli tafsir mengenai makna sesuatu kalimah melalui tafsirannya.
Begitu juga panduan serta pencerahan makna yang diberikan oleh ahli tafsir.
f. Merenung ayat-ayat Allah secara terperinci melalui mata hati, untuk melihat konteks dan
perkaitan ayat dengan surah sebelum dan selepasnya, isyarat-isyarat ayat yang dapat
dihimpunkan dalam sebuah tema.
h. Selepas semua proses yang dilalui oleh pentadabbur, beliau perlu memilih makna yang
tepat daripada semua perkataan yang sesuai dengan konteks nas.
i. Jangan melihat kepada sebahagian sahaja makna perkataan ketika mentadabbur ayat-ayat
untuk mendapatkan kefahaman yang tepat.
j. Mengetahui petunjuk-petunjuk kalimah dalam al-Quran dapat memberi banyak manfaat
kepada pentadabbur.
Ringkasnya, kaedah 16 memberi kata kunci yang penting untuk mendalami bahasa
al-Quran. Ia turut berkait rapat dengan kaedah 18 iaitu “penelitian pada lafaz-lafaz yang
hampir sama makna atau yang seerti”140 dalam perbahasan prinsip ketiga ini.
140 Ibid., 307. Lihat Kaedah 18: ( في الألفاظ المتقاربة المعنى أو المترادفة النظر)
Univers
ity of
Mala
ya
237
Perbahasan lain yang turut berkait rapat dengan bahasa al-Quran adalah kaedah 6
iaitu “Satu nas al-Quran berkemungkinan mempunyai dua petunjuk atau lebih.”141 Shaykh
„Abd al-Rahman al-Maydani menjelaskan bahawa apabila terdapat kekeliruan pada makna
ayat-ayat al-Quran untuk menentukan antara dua petunjuk atau lebih. Maka, makna
tersebut perlu dinilai dan diteliti kesesuaian konteksnya samada merujuk kepada dilalah
menurut sebutan asal bahasa atau dilalah yang merujuk pada sebutan budaya Arab iaitu
„uruf Arab secara umumnya atau dilalah yang merujuk pada penggunaan bahasa al-Quran
dan hadith.
Sebagai contoh, kalimah „al-Makar‟ yang terdapat dalam al-Quran mempunyai
empat konteks maksud samada yang merujuk kepada makna bahasa, sebutan budaya Arab
atau istilah syari„. Makna asal adalah merujuk kepada pengertian bahasa bagi kalimah al-
Makar, bermaksud; “mengurus atau merancang secara tersembunyi”. Namun, perancangan
secara sembunyi bukan semesti pada perkara yang jahat, bahkan ia juga digunakan untuk
perancangan yang baik. Namun, makna al-makar apabila dirujuk kepada kefahaman umum
atau kebiasaan adat Arab, ia memberi gambaran yang tidak baik iaitu perancangan yang
buruk atau jahat.142
Namun, kalimah al-Makar apabila disandarkan kepada Allah, ia menimbulkan suatu
tanggapan yang pelik dan kontroversi. Maka, para mufassirin mendatangkan penjelasan
terhadap kekeliruan yang berlaku pada maksud sebenar al-Makar. Penjelasan makna perlu
dicermati untuk menjauhi kefahaman yang salah. Oleh itu, merujuk pada pengertian asal
bahasa adalah penting apabila berlaku sesuatu kekeliruan dalam pemahaman makna. Dalam
141
Ibid., 354. Lihat Kaedah 19: ( لالتين أو أكثر حول تردد النص القرآني بين د ) 142 Rujuk huraian perbincangan kalimah „al Makar‟ pada Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal, 454-455.
Univers
ity of
Mala
ya
238
isu kalimah al-Makar ini, menurut pengertian asal bahasa ialah “perancangan yang
tersembunyi” yang boleh berlaku untuk kebaikan atau kejahatan.143
Justeru, perancangan Allah s.w.t pasti membawa kebaikan sepertimana Allah
melakukan perancangan yang tersembunyi bagi menumpaskan golongan yang berbuat
kejahatan. Demikian itu, Allah s.w.t amat mencela perancangan yang jahat sepertimana
firman-Nya dalam surah Fatir ayat 10 dan 43, yang berbunyi:
يعا الح ي رف عو من كان يريد العزة فلل و العزة جم إليو يصعد الكلم الطيب والعمل الص
يئات لم عذاب شديد ﴾ومكر أول ئك ىو ي بور ﴿ والذين يكرون الس
Fatir 35: 10
Terjemahan: Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
يئ يئ إل بأىلو استكبارا في الأرض ومكر الس يق المكر الس ف هل ينظرون إل ول ي
لين د لسنت الل و تويلا ﴿ د لسنت الل و ت بديلا ف لن ت سنت الأو ﴾٤٣ولن ت
Fatir 35:43
Terjemahan: Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak
143 Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
239
sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu.
Demikian itu, amat penting merujuk kepada makna asal dari sudut pengertian bahasa untuk
memperoleh kepastian makna yang sahih dan tepat. Rumusannya, kekeliruan yang berlaku
dalam menentukan makna yang mempunyai dua dalil atau lebih, perlu merujuk kepada
makna bahasa, budaya dan istilah untuk memahami makna yang menyeluruh dan
mendapatkan maksud yang tepat.
Daripada penerangan di atas, secara tuntas menunjukkan keistimewaan bahasa Arab
sebagai bahasa yang tertua di dunia ini mempunyai keunikan bentuk tulisan, sebutan bunyi,
susunan lafaz perkataan dan kosa katanya yang sangat kaya.144 Lafaz dan tulisannya masih
sama dengan ribuan tahun lalu. Lantaran itu, al-Quran menjadi bukti bahawa sebutan dan
tulisan bahasa Arab yang asli masih terus terpelihara. Ini tidak berlaku sebagaimana bahasa
lain yang mengalami perubahan dari zaman ke zaman. Bahasa selain daripada bahasa Arab
adalah bersifat minimum kosa kata atau terhad perbendaharaan perkataannya.
Sepertimana contoh kalimah Allah, Rabb dan Ilah adalah tiga perkataan yang
disebut sebagai Tuhan dalam bahasa Malaysia dan Indonesia atau God dalam bahasa
Inggeris. Daripada contoh tersebut telah menunjukkan kekayaan perbendaharaan kata
bahasa Arab dan sekaligus mencerminkan keutamaan bahasa Arab yang tidak dapat
ditandingi dari bahasa lain. Demikian itu, ternyata al-Quran diturunkan dalam bahasa yang
lengkap dan sempurna. Begitu juga dengan agama Islam yang telah dikembangkan
menerusi bahasa ini.
144Rujuk sebuah artikel A History of the Arabic Language (1998), penulisan oleh Brian Bishop dari Brigham Young University yang mengkaji mengenai bahasa Arab. Dikemas kini pada 24 April 1998, di akses pada 13 November 2017, Lihat pada laman sesawang: http://linguistics.byu.edu/classes/ling450ch/reports/arabic.html dan artikel Arabic, Wikipedia, di kemas kini pada 12 November 2017, di akses pada 13 Novemebr 2017, https://en.wikipedia.org/wiki/Arabic
Univers
ity of
Mala
ya
240
Rasulullah s.a.w merupakan utusan Allah s.w.t kepada manusia. Sudah tentu
Baginda orang yang paling mengetahui dan pakar dalam ilmu bahasa untuk menjelaskan al-
Quran kepada manusia. Walaupun, al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab namun begitu
tidaklah bererti al-Quran diturunkan hanya untuk bangsa Arab sahaja, bahkan ia adalah
untuk seluruh umat manusia. Secara tepat bahasa yang diikuti seharusnya lebih baik
daripada bahasa yang mengikuti. Allah s.w.t telah menyatakan medium komunikasi
Rasulullah s.a.w dengan umatnya adalah dalam bahasa kaumnya sebagaimana firman-Nya:
....
Ibrahim 14:4
Terjemahan: “Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka.....”
Kesimpulannya, daripada huraian dan contoh yang dibentangkan tersebut memberi
penegasan bahawa prinsip ketiga ini meletakkan keutamaan untuk mentadabbur al-Quran
dengan cara mendalami bahasa al-Quran dan meneliti struktur ayat-ayatnya.
3.6.4 Prinsip 4: Menguasai Balaghah al-Quran dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling agung. Kemukjizatannya terbukti melalui isi
kandungan dan aspek bahasanya yang mempunyai fasahah dan balaghah yang sangat
tinggi. Balaghah merupakan suatu retorik berhubung dengan kesesuaian pertuturan yang
fasih berdasarkan situasi. Perbahasan balaghah berkait dengan laras bahasa yang digunakan
al-Quran, susunannya yang indah, pemilihan kata yang tepat dan sesuai dengan tuntuan,
serta makna yang memberi kesan pada jiwa. Ilmu balaghah mempunyai tiga pecahan
bidang iaitu ilmu bayan ( علم البيان ) , ilmu ma„ani ( علم المعانى ) dan ilmu badi„ ( علم البديع).
Univers
ity of
Mala
ya
241
Selaras dengan ciri-ciri balaghah dan pecahannya yang dijelaskan tersebut. Prinsip
tadabbur yang keempat mengetengahkan keutamaan menguasai balaghah al-Quran dan
cabang-cabang ilmu yang berkaitan dengannya. Penguasaan balaghah menjadi perhatian
yang utama kerana ia memberi kesan kepada pemahaman ayat dan penghayatan makna
yang tepat. Prinsip ini, menghimpunkan sembilan kaedah tadabbur145 yang telah diteliti
asas-asas ilmunya untuk dikelompokkan ke dalam perbahasan ilmu balaghah.
Sekilas pandang, ilmu balaghah dan bahasa Arab berada dalam bidang yang sama.
Namun, penulis meletakkan balaghah dalam prinsip yang berbeza daripada bahasa Arab
kerana ciri-ciri balaghah yang bersifat khusus sebagai mukjizat al-Quran yang tidak boleh
ditandingi sekalipun oleh bahasa Arab. Laras bahasa yang digunakan oleh al-Quran sangat
bertepatan, penuh keindahan dan mempunyai makna yang luas dan mendalam. Oleh kerana
itu, individu yang menguasai ilmu balaghah dapat merasai sentuhan al-Quran dari sudut
yang berbeza, bukan daripada aspek bahasa semata-mata.
Ayat-ayat al-Quran yang didatangkan mengandungi pelbagai tujuan dan makna
dalam pelbagai bentuk samada secara hakiki atau majazi. Keindahan bahasa al-Quran dan
ketinggian hikmahnya dapat dilihat menerusi elemen al-Amthal, al-Istia„rah, tasybih,
asybah wa nazair, istifham inkari dan seumpamanya. Melalui bentuk-bentuk balaghah ini,
pentadabbur dapat menyelami rahsia al-Quran dan menggali hikmah pengajaran yang
145 Prinsip keempat : Menguasai balaghah al-Qur’an dan ilmu yang berkaitan dengannya. Prinsip ini mengumpulkan 9 kaedah daripada 40 Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal seperti berikut: Kaedah 14: Makna yang tersirat dan tersurat dalam nas al-Qur‟an. Kaedah 20: Qasam (sumpah) dalam al-Qur‟an. Kaedah 21: Mengkaji ketepatan gaya bahasa (‟uslub bayani) dan tujuannya. Kaedah 22: Kajian terhadap bentuk-bentuk balaghah dan mesej daripadanya. Kaedah 23: Asybah wa Nazair Kaedah 24: ‟Uslub al-Bayani
Kaedah 28: Penggunaan perkataan yang mempunyai lebih dari satu makna dalam satu masa. Kaedah 37: Isnad al-fi‘il Kaedah 38: Al-Istithna‟ al-Munqati„
Univers
ity of
Mala
ya
242
tersirat dan tersurat daripada lafaz, laras bahasa mahupun ketentuan maksud yang
digunakan oleh al-Quran.
Sebagai contoh, perkataan yang berbentuk mathal iaitu perumpamaan dalam al-
Quran. Para sarjana umumnya mengaitkan perumpamaan sebagai salah satu laras bahasa
yang digunakan untuk memberi contoh, persamaan, ikutan, pengajaran dan pendidikan.
Dari sudut bahasa, perkataan mathal bermaksud contoh atau persamaan yang lazim
digunapakai oleh orang Arab kepada semua perkataan. Mathal bertujuan untuk memberi
perumpamaan, perbandingan atau persamaan antara suatu perkara dengan perkara lain.146
Perumpamaan merupakan satu laras bahasa yang mendapat perhatian ramai dalam
konteks pertuturan di kalangan manusia kerana manfaatnya yang cukup banyak. Melalui
laras bahasa perumpamaan, maksud yang ingin disampaikan lebih tepat, berkesan dan
menakjubkan ke dalam jiwa pendengar dengan mudah. Perumpamaan yang digunakan oleh
al-Quran didapati mempunyai identiti yang tersendiri yang hanya dapat dikenali oleh orang
yang mendalaminya secara langsung. Kepentingan perumpamaan bagi tujuan bertadabbur
dapat dilihat dengan jelas melalui penggunaan laras bahasa ini dalam al-Quran yang
berfungsi sebagai pemberi keterangan dan ingatan kepada seluruh manusia.147
Seterusnya, menyentuh perbincangan mengenai ijaz dan itnab merupakan dua gaya
bahasa dalam cabang ilmu ma„ani. Penggunaan ijaz iaitu peringkasan perkataan adalah
gaya bahasa yang mengandungi pengertian luas dengan perkataan yang pendek, padat dan
jelas.148 Manakala, itnab iaitu penghuraian perkataan adalah gaya bahasa yang susunan
146„Abd al-Rahman Habannakah, Al-Amthal al-Qur‟aniyyat. Cet.1 (Damsyik: Dar al-Qalam, 1980) 83. 147Ibid., Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal, 529-531. Rujuk huraian Kaedah 24: التنويع في أساليب الأداء البياني حول 148 Ibid., 501. Lihat kupasan Kaedah 21: البياني للهدف منو حولالنظر في ملاءمة الأسلوب .
Univers
ity of
Mala
ya
243
perkataannya lebih banyak daripada makna untuk tujuan yang tertentu, seperti menyebut
perkara yang khusus selepas yang umum.149
Menurut Khatib al-Qazwayni,150 gaya peringkasan iaitu ijaz, ialah penyampaian
maksud daripada sesuatu percakapan dengan olahan yang ringkas dan padat. Sebaliknya,
proses gaya bahasa penghuraian iaitu itnab adalah penyampaian maksud dengan
menggunakan lebih banyak olahan bergantung pada susunan ayat. Daripada pengertian ini,
dapat dirumuskan bahawa ijaz mempunyai makna yang berlawanan dengan itnab. Secara
ringkas, dapat difahami ijaz berfungsi sebagai penggunaan perkataan yang minimum
sahaja, sedangkan itnab pula berfungsi dengan memaksimumkan seberapa banyak
perkataan yang menerangkan ayat tersebut.151
Ringkasnya, keseluruhan kaedah yang digabungkan ke dalam prinsip keempat ini
bertepatan dengan ciri-ciri balaghah al-Qur‟an berhubung dengan laras bahasa al-Quran
yang memberi kesan mendalam pada jiwa manusia. Prinsip ini menegaskan keutamaan
mendalami balaghah al-Quran agar kesan dan penghayatan yang mendalam dapat dirasai
melalui keindahan bahasa al-Quran yang tinggi. Hasil tadabbur balaghah membantu
individu pentadabbur memahami tujuan dan mesej al-Quran samada sebagai i„tibar,
pengajaran kisah, pelajaran ilmu pengetahuan atau tuntutan ibadah dan aqidah.
149 Ibid. 150 Khatib al-Qazwayni. Al-Idah fi „Ulum al-Balaghat. ed. Muhammad „Abd al-Mu„im al-Khafaji. Cet.6 (Beirut: Dar al-Kitab al-Lubnani, 1985) 280. 151„Abd al-Rahman Habannakah, Al-Amthal al-Qur‟aniyyat. Cet.1 (Damsyik: Dar al-Qalam, 1980) 501
Univers
ity of
Mala
ya
244
3.6.5 Prinsip 5: Mempraktikan Ijtihad dalam memahami nas-nas tertentu
Prinsip kelima memfokuskan kepada pendekatan ijtihad dalam memahami nas-nas yang
tertentu. Prinsip ini menggabungkan tujuh kaedah tadabbur152 yang dilihat dari sisi
penulis memerlukan kepada pendekatan ijtihad untuk memahami maksud dan tujuan nas
tertentu secara khusus. Maka, kaedah-kaedah tersebut disatukan di bawah payung ijitihad.
Kalimah ijtihad dalam konteks kajian tadabbur ini, adalah bersungguh-sungguh
memanfaatkan fungsi akal untuk berfikir secara mendalam, mengkaji dalil-dalil dan
merenung maksud ayat-ayat al-Quran untuk mengeluarkan dapatan ilmu pengetahuan,
pengajaran atau ketentuan hukum. Sesuatu ijtihad dikeluarkan apabila tiada dalil atau nas-
nas qat„ie yang menjelaskan konteks ayat-ayat tersebut. Maka, di situ adalah medan ijtihad
untuk mengeluarkan suatu penemuan, dapatan atau pandangan mengenai ayat.153
Istilah al-Ijtihad, al-Ra‟yi, al-Istinbat dan al-„Aql menunjukkan kepada pemahaman
maksud yang seerti di sisi ulama „Ulum al-Qur‟an.154 Berdasarkan semua istilah tersebut
penulis cenderung dengan penggunaan istilah ijtihad berbanding yang lain kerana ijtihad 152 Prinsip kelima iaitu “mempraktikan ijtihad dalam memahami nas-nas tertentu” yang menggabungkan tujuh kaedah berikut: Kaedah 13: Tidak ada perselisihan dan percanggahan dalam al-Qur‟an sebagaimana tidak ada percanggahan antara al-Qur‟an dan fakta saintifik. (القرآن ل اختلاف فيو ول تناقض وانو ل تناقض بينو و بين القائق العلمية الثابتة بالوسائل الإنسانية حول ان)Kaedah 32: Kalimah لعل yang didatangkan dalam al-Qur‟an.( حول كلمة "لعل" الواردة في القرآن) Kaedah 33: Kalimah بلى dalam al-Qur‟an. ( حول لفظة "بلى" في القرآن) Kaedah 34: Ayat berbentuk ( وما أدراك ما...؟ ) حول عبارة "وما أدرك ما..؟!" في القرآن Kaedah 35: fi„il أراد -يريد dalam al Quran. ( يريد" في القرأن -حول تعدية فعل "أراد ) Kaedah 36: Penyataan همامن بين يديو ومن خلفو ونحو - menunjukkan tempat الأمام_الوراء (.... ) حول تعبيرات "من بين يديو ومن خلفو, ونحوهما Kaedah 39: Lafaz كذلك dalam al-Qur‟an. ( حول لفظة "كذالك" في القرآن ) 153Al-Jurjani, „Ali bin Muhammad. Mu„jam al-Ta„rifat. (Beirut: Maktabah Lubnan, 1985) kalimah الجتهاد 154Musa„id Sulayman bin Nasir al-Tayyar, Fusul fi ‟Usul al-Tafsir. Cet.1, (Riyad: Dar al-Nasyr al-Dawliy, 1993), 47.
Univers
ity of
Mala
ya
245
adalah perbuatan yang terangkum dalamnya al-Ra‟yi, al-Istinbat dan al-„Aql. Pendapat
jumhur menyebut bahawa ijtihad diperbolehkan secara umum. Maka ijtihad tidak
diwajibkan bagi setiap orang. Dalam konteks penulisan kajian ini, ijtihad diperbolehkan
untuk orang yang mampu berijtihad. Begitu pula taklid diperbolehkan untuk yang tidak
mampu berijtihad, bahkan diperbolehkan bertaklid pada ulama dan ilmuan yang ahli.
Ulama ‟Usul al-Fiqh telah bersepakat bahawa mukallaf terbahagi kepada tiga
golongan. Golongan pertama ialah ilmuan Islam yang mencapai tahap mujtahid. Mereka
adalah orang yang berkemampuan untuk menetapkan sesuatu hukum berdasarkan ijtihad.
Keharusan berbuat demikian kerana mereka adalah ahli yang mempunyai pengetahuan dan
kemampuan dari segi kefahaman terhadap dalil-dalil yang kuat. Berdasarkan kajian,
penilaian dan penelitian yang mendalam terhadap sumber-sumber hukum yang difahami,
maka dikeluarkan suatu pandangan, pendapat atau hukum.
Golongan kedua pula ialah umat Islam yang berkemampuan untuk mengkaji dan
memahami nas-nas syara„ yang boleh membantu mereka melakukan pilihan atau tarjih
terhadap nas-nas syara„ berdasarkan garis panduan yang sahih. Manakala, golongan yang
ketiga pula adalah masyarakat awam yang tidak mengetahui asas-asas ilmu al-Quran dan
bahasa. Mereka tidak mampu mengeluarkan suatu ijtihad melainkan hanya berpegang pada
huraian dan penjelasan yang diberikan oleh para ulama dan ilmuan berkenaan sesuatu isu
dan permasalahan yang timbul.
Dari itu, dapat difahami bahawa ijtihad merupakan salah satu sumber hukum yang
dilakukan oleh mujtahid apabila tidak terdapat hukum dalam nas al-Quran atau hadith atau
Univers
ity of
Mala
ya
246
ijma„. Ahli ijtihad berlainan pendapat dan berbeza dalam menentukan hukum. Keadaan itu
berlaku disebabkan faktor berlainan pemikiran dan suasana. Ahli mujtahid yang betul
dalam ijtihadnya mendapat dua ganjaran, manakala mujtahid yang salah dalam ijtihadnya
dimaafkan dan mendapat satu ganjaran sahaja. Oleh kerana itu ijtihad dikira sebagai hujah
dalam penentuan hukum. Sabda Nabi s.a.w:
ع رسول الله صلى اللو عليو وسلم ي قول حديث عمرو بن العاص، أ إذا : نو سحكم الاكم فاجت هد ث أصاب ف لو أجران، وإذا حكم فاجت هد ث أخطأ ف لو
155أجر
Terjemahan: “Apabila seseorang hakim [„alim] menjatuhkan hukuman lalu ia berijtihad dan didapati ijtihadnya itu benar, maka ia mendapat dua pahala. Sekiranya ia menjatuhkan hukuman dan berijtihad serta salah, maka ia mendapat satu pahala.”
Dalam hal ta‟wil dan ijtihad ini, al-Maturidi dalam pendahuluan Kitabnya Ta‟wil Ahl al-
Sunnah156 telah meletakkan satu pengenalan umum berkenaan perbezaan antara ta‟wil dan
tafsir. Ta‟wil menurutnya adalah apa yang dipetik daripada fuqaha‟ manakala tafsir adalah
apa yang dinukilkan daripada para sahabat ra.hum. Dalam perbincangan tersebut, beliau
menjelaskan perkaitan ta‟wil dan ijtihad adalah pada penggunaan akal dan pemikiran yang
dikerah untuk memahami nas. Natijah dari cetusan akal itu dapat dikeluarkan daripada nas
suatu kefahaman ayat yang benar. Beliau menjelaskan ta‟wil menurutnya adalah keterangan
akhir sesuatu perkara yang tidak memerlukan penyaksian kepada Allah s.w.t. Oleh yang
demikian, seorang penta‟wil tidak boleh mengatakan bahawa „inilah maksud yang
dikehendaki Allah s.w.t.
155Hadith riwayat oleh al-Bukhari, Kitab al-I„tisam bi al-Kitab wa al-Sunnah, Bab Ajri al-Hakim Idha Ijtahada Fa‟asaba aw Akhta‟, no.hadith 7352. Abu „Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari, ‚Sahih al-
Bukhari‛, (Riyad: Dar al-Salam, 1999) 1264 156Al-Maturidi, Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud, Ta‟wilat Ahl al-Sunnah. (Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyah, 2005) 1:349.
Univers
ity of
Mala
ya
247
Hasil daripada ijtihad terhadap ayat yang ditadabbur dapat dikeluarkan pelbagai
penemuan sama ada dari aspek kajian saintifik, psikologis, linguistik dan sebagainya.
Penemuan-penemuan tersebut mengukuhkan lagi perkara-perkara yang difirmankan oleh
Allah s.w.t di dalam al-Quran. Hanya tinggal untuk umat manusia beriman dan meyakini
segala keajaiban dan kehebatan penciptaan alam ini datangnya daripada Sang Maha
Pencipta iaitu Allah „Azza wa Jalla.
Sehubungan itu, prinsip kelima ini menjelaskan ruang untuk perbincangan
berlandaskan akal fikiran yang sihat, pandangan yang adil dan pendapat yang bernas dalam
memahami sudut-sudut tertentu nas al-Quran. Keperluan ijtihad dalam memahami nas-nas
tertentu dilihat suatu yang kritis bagi sebahagian ayat yang berkaitan dengan hal
pengurusan kehidupan iaitu mu„amalat, ciptaan sains dan teknologi, pengurusan sumber
alam dan seumpamanya.
Menerusi tadabbur al-Quran, manusia dapat menemui pelbagai penyelesaian
kepada permasalahan. Bahkan, al-Quran menjadi sumber pengetahuan, rujukan dan
penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan. Dayacipta dan kreativiti manusia dapat
dikembangkan menerusi tadabbur dan tafakkur yang mendalam pada al-Quran. Shaykh
„Abd al-Rahman al-Maydani menegaskan menerusi salah satu kaedah tadabburnya iaitu
perlu meyakini bahawa tiada percanggahan antara fakta al-Quran dengan penemuan
saintifik.157 Dalam kaedah ini dibahaskan kajian sains yang ditemui berlandaskan teori
pemikiran dan usaha penemuan yang dilakukan secara betul tidak akan bercanggah dengan
fakta daripada al-Quran. Ia menunjukkan bukti „aqli tidak pernah bercanggah dengan fakta
naqli yang disebutkan oleh Allah s.w.t. 157Kaedah 13: Tidak wujud perselisihan atau percanggahan fakta antara ayat-ayat al-Qur‟an dan tiada percanggahan antara fakta al-Qur‟an dan kajian saintifik yang terbukti sahih. ( القرآن ل اختلاف فيو ول تناقض بينو و بين القائق العلمية الثابتة بالوسائل الإنسانية )
Univers
ity of
Mala
ya
248
Demikian juga, kaedah-kaedah yang berhubung dengan perkataan-perkataan khusus
seperti كذلك ,بلى ,لعل turut mendapat perhatian dalam perbahasan Shaykh „Abd al-Rahman
al-Maydani dalam Kitab Qawa„id al-Tadabbur al-Amthal. Perbincangan kalimah-kalimah
ini diletakkan oleh penulis dalam skop ijtihad atas asas bahawa ia suatu perbincangan yang
khusus dalam disiplin ilmunya yang tersendiri. Shaykh „Abd al-Rahman al-Maydani
melakukan pengkelasan kalimah-kalimah ini dalam kaedah-kaedah yang berasingan
berdasarkan faktor penggunaannya dalam al-Quran, berdasarkan ‟uslub ta„ajub, qawa„id
lisan al-Arabiy, dan sebagainya.
Ringkasnya, prinsip tadabbur kelima ini memberi penekanan pada keperluan untuk
mempraktikan ijtihad dalam memahami nas-nas tertentu agar ayat-ayat al-Quran dapat
difahami secara meluas dan memenuhi keperluan semasa.
3.7 Kesimpulan
Berdasarkan keseluruhan perbincangan di atas, pengkajian penulis terhadap asas-asas ilmu
tadabbur sehingga membentuk prinsip-prinsip tadabbur tersebut merupakan tujuan
membantu individu yang bertadabbur al-Quran untuk memahami al-Quran berdasarkan
landasan ilmu. Penulis menemui satu kesimpulan, bahawa tafsir dan tadabbur
menggunakan asas-asas ilmu yang sama, dan ia hanya berbeza dari sudut medan amal
sahaja. Secara umumnya, tadabbur dan tafsir kedua-duanya turut bergantung pada aspek
ilmu bahasa Arab, „Ulum al-Qur‟an dan ‟Usul al-Tafsir untuk berfungsi dalam bidang
masing-masing.
Univers
ity of
Mala
ya
249
Ringkasnya, lima prinsip tadabbur yang utama ini telah dibentuk oleh penulis untuk
memberi penekanan pada aspek-aspek penting dalam asas-asas ilmu yang diperlukan untuk
mentadabbur al-Qur‟an. Gabungan atau kelompokan tersebut dilakukan mengikut
penyesuaian dan ciri-ciri yang berkaitan dalam pecahan bidang yang dibentuk. Hasil
daripada penyusunan tersebut, asas-asas ilmu tadabbur yang dikumpulkan oleh Shaykh
„Abd al-Rahman dapat dirujuk dengan mudah dan difahami menurut konteks bidangnya.
Univers
ity of
Mala
ya
250
BAB 4
APLIKASI PRINSIP TADABBUR DALAM TAFSIR MA‘ARIJ AL-TAFAKKUR WA DAQA’IQ AL-TADABBUR
4.1 Pendahuluan
Bab sebelum ini telah membincangkan perbahasan asas-asas ilmu tadabbur al-Qur’an dan
pembentukan terhadap prinsip tadabbur secara teori. Seterusnya, bagaimanakah prinsip
tadabbur al-Quran dapat dimanfaatkan? Justeru, bahagian ini akan membincangkan
aplikasi prinsip tadabbur dalam memahami nas-nas al-Quran menerusi contoh-contoh
tadabbur ayat yang dipetik daripada Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur.
Lima prinsip tadabbur yang dibentuk oleh penulis, umumnya sebagai suatu garis
panduan yang membantu individu untuk mentadabbur al-Quran. Secara asas, ia dapatan
yang ditemui oleh penulis berdasarkan penelitian dan rumusan daripada Kitab Qawa‘id al-
Tadabbur al-Amthal serta beberapa rujukan lain. Prinsip tadabbur ini menjelaskan suatu
garis panduan yang asas untuk memahami ayat-ayat Allah s.w.t berdasarkan konteks,
tujuan dan makna yang menepati kehendak Allah s.w.t.
Para ulama melakukan pelbagai juhud dan ijtihad bagi menerangkan pelbagai
kaedah dan landasan ilmu untuk membantu masyarakat memahami al-Quran. Demikian
juga, Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah adalah ulama yang bersunguh-sungguh dalam
hal ini. Buktinya beliau telah menghasilkan tafsir tadabbur yang istimewa dan ia
dinamakan Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. Karya tersebut merupakan
penulisannya yang terakhir di akhir hayatnya. Catatan tafsir tadabburi yang ditulis oleh
beliau ini merupakan hasil daripada penghayatan beliau terhadap al-Quran.
Univers
ity of
Mala
ya
251
Merujuk pada garis panduan 40 Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal yang dikemukakan
oleh Shaykh „Abd al-Rahman, ia tidak semestinya memberikan natijah atau pemahaman
yang sama bagi setiap individu yang merujuknya. Ini kerana amalan tadabbur itu bersifat
„personal’ atau peribadi. Maksud bersifat peribadi itu merujuk pada keterikatan perasaan
atau hubungan hati dengan ayat-ayat al-Quran serta interaksi akal pada al-Quran yang
berlaku secara individu. Ternyata kefahaman akal dan penghayatan jiwa bagi setiap
individu terhadap ayat-ayat Allah s.w.t tentulah berbeza-beza mengikut kapasiti
pemahaman dan penguasaan ilmu pengetahuan yang diperolehinya.
Justeru, natijah atau dapatan yang diperolehi daripada tadabbur ayat-ayat Allah
s.w.t tidak semestinya sama bagi setiap individu. Walaupun mereka mengkaji ayat yang
sama dengan merujuk pada asas-asas ilmu yang sama. Kefahaman manusia terhadap Kalam
Allah s.w.t adalah berbeza-beza dan tidak pernah mencukupi. Ia hasil daripada kemampuan
akal dan cerapan pancaindera yang terbatas. Dari sudut yang lain, situasi ini hakikatnya
mencerminkan kesempurnaan ilmu Allah s.w.t yang Maha Luas serta Kebijaksanaan Allah
s.w.t yang tiada tandingan oleh sifat manusia yang jahil dan lemah.
Oleh hal demikian, asas-asas ilmu tadabbur yang telah dikumpul dan ditulis oleh
Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah ini juga sebenarnya merupakan suatu dapatan ilmu
dan hasil cerapan pancaindera yang bersifat terbatas. Oleh itu, 40 kaedah tadabbur dan
perbincangannya menerusi tafsir sudah tentu boleh dilakukan penambahbaikan oleh
generasi mendatang. Bertepatan dengan tujuan tersebut, penulisan bab ini akan
merungkaikan objektif kajian yang keempat iaitu menjelaskan aplikasi prinsip-prinsip
tadabbur dalam Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur.
Univers
ity of
Mala
ya
252
Aplikasi prinsip tadabbur dalam tafsir tadabburi Shaykh „Abd al-Rahman
Habannakah dapat dilihat menerusi contoh-contoh yang bersesuaian. Justeru, ringkasnya
bab ini dimulakan dengan pengenalan umum terhadap Kitab Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa
Daqa’iq al-Tadabbur. Pengenalan memfokuskan pada istilah tafsir tadabburi, tujuan
penulisan tafsir, kelebihan serta kekurangan kitab. Seterusnya, perbincangan beralih kepada
metodologi penulisan tafsir yang menyentuh secara umum mengenai teknik persembahan
tafsir tadabburi. Kupasan tafsir berdasarkan manhaj tartib al-Nuzul serta pendapat para
ilmuan berkenaan tafsir tartib al-Nuzul. Kemudian, diikuti bahagian akhir penulisan adalah
aplikasi prinsip-prinsip tadabbur dalam Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-
Tadabbur berdasarkan beberapa contoh pilihan.
4.2 Pengenalan Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur
Penulisan Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur merupakan hasil karya
terakhir yang telah ditulis oleh Shaykh „Abd al-Rahman sebelum beliau meninggal dunia.
Di penghujung usianya, ketika dalam keadaan sakit beliau masih komited menulis tafsir.
Meskipun, sekadar mampu menulis di atas katil ketika di hospital dalam beberapa tempoh
tertentu, beliau masih dapat menghabiskan karangan tafsir sekurang-kurangnya pada akhir
ramadhan bagi jilid yang 14.1 Berkat keazaman dan kesungguhan tersebut, beliau dapat
menyelesaikan daripada penulisan tafsir itu sebanyak 86 surah makkiyah dari keseluruhan
tafsir tartib al-Nuzul.2
1Shaykh „Abd al-Rahman menyebut: “Aku menulis dalam keadaan masih merasa pedih disebabkan jarum rawatan yang diberikan pada setiap pagi dan petang. Sama ada ketika aku sibuk dengan urusanku atau berada di atas katil, Allah telah memberi keizinan untuk aku menyelesaikan penulisan tafsir ini bagi jilid 14.” Rujuk Penutup Kalimah bagi jilid 14, Kitab Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur,14:704. 2Rujuk Penutup Kalimah jilid 15, Kitab Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur,15:423-425. Shaykh meninggal dunia pada 25 Jamadil Akhir 1425H iaitu sepuluh bulan selepas selesai penulisan tafsir jilid 14. Diceritakan ketika beberapa hari di penghujung hayat Shaykh „Abd al-Rahman menemui kematian, beliau
Univers
ity of
Mala
ya
253
Penguasaan beliau dalam pelbagai bidang ilmu, banyak menghasilkan pengalaman
baginya untuk menekuni proses tadabbur al-Quran secara mendalam. Dari analisis penulis
mendapati penulisan tafsir tadabburi beliau sarat dengan pelbagai perincian ilmu dan
manfaat ilmiah yang cukup bernilai. Perbincangannya cenderung pada aspek ilmu bahasa
dan „ulum al-Qur’an. Di samping, beliau turut menggabungkan sumber ma’thur dan
tafsiran ra’yi dalam penerangan. Antara kepakarannya yang jelas adalah memanfaatkan
metode mawdu‘i al-Qur’an dalam penulisan tafsir. Jika disemak pada karya-karya beliau
sebelum penghasilan tafsir tadabburi ini, penulisannya telah mengupas pelbagai isu dan
tafsiran berhubung dengan pelbagai topik antaranya ialah sifat-sifat munafiq, aqidah Islam
wa ususuha dan Amthal al-Qur’an wa Suwarun min Adabihi al-Rafi‘.
Di samping itu, beliau turut memanfaatkan manhaj tartib al-Nuzul al-Quran sebagai
medium untuk mempersembahkan tafsir. Menurut penelitian penulis, Tafsir tartib al-Nuzul
yang ditulis oleh Shaykh „Abd al-Rahman ini pada asasnya bertujuan untuk menekankan
kefahaman dari sudut kronologi tanzil wahyu dan penonjolan terhadap kesan pada
perubahan masyarakat awal yang menerima Islam sehingga Islam berkembang. Penurunan
al-Quran jelas memberi kesan yang besar dari sudut perubahan aqidah dan kepercayaan
masyarakat yang pekat dengan amalan jahiliyah. Ini membuktikan melalui pencerahan dan
kesedaran al-Quran, manusia dapat dididik dan diubah kepada kebaikan.
Justeru, tanzil wahyu yang berlaku selama tempoh 23 tahun ini cuba diselami dan
dihayati oleh Shaykh „Abd al-Rahman al-Maydani, dari sudut hikmah, pengajaran, kesan
dan proses yang berlaku. Demikian itu, menunjukkan kepada suatu tadabbur yang
telah berhenti menulis tafsir, namun masih meneruskan memberi penyampaian, perbincangan dan pengajaran ilmu sehingga ke hari terakhir beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Univers
ity of
Mala
ya
254
mendalam dari aspek sejarah apabila Shaykh „Abd al-Rahman al-Maydani cuba membawa
pembaca menghayati suasana dan gambaran nuzul wahyu yang berlaku. Beliau membina
munasabat al-Quran menerusi perkaitan antara ayat dan surah. Hasilnya, nuzul wahyu
mendekatkan pembaca kepada suasana ayat dan jalan cerita yang berlaku sepanjang
penurunan ayat al-Quran.
4.2.1 Istilah Tafsir Tadabburi li al-Qur’an
Kenyataan „tafsir tadabburi li al-Qur’an’ adalah suatu istilah baru yang muncul daripada
cetusan pemikiran pengarang Kitab Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal. Gabungan istilah
tersebut dilihat menarik kerana berlaku kacukan antara dua istilah yang mempunyai identiti
dan maksudnya yang tersendiri. Sehubungan itu, penulis akan menyingkap maksud tafsir
tadabburi agar difahami pengertian dan tujuan yang tersirat daripadanya. Selain itu, penulis
akan meneliti mesej-mesej yang tersembunyi atau secara tidak langsung disampaikan oleh
Shaykh „Abd al-Rahman menerusi karya tafsir tadabburi. Jika diperhatikan, istilah tafsir
tadabburi telah tercatat pada halaman buku tafsir seperti berikut:
Terjemahan:-Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur – Tafsir tadabburi li al-Qur’an berdasarkan tartib al-Nuzul yang ditulis selari dengan manhaj Kitab Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah”.
Univers
ity of
Mala
ya
255
Berdasarkan catatan tersebut, penulis dapat merangkumkan secara umum ciri-ciri
Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur kepada tiga perkara utama. Pertama,
ciri penulisan tafsir ini berasaskan tafsir tadabburi iaitu tafsiran berdasarkan kefahaman
yang mendalam. Kedua, manhaj penulisan tafsir adalah ditulis mengikut tartib al-Nuzul al-
Quran iaitu tafsir berdasarkan kronologi penurunan al-Quran. Manakala ketiga, kupasan
tafsir telah ditulis berpandukan manhaj Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal iaitu sebuah kitab
yang mengumpulkan 40 kaedah atau asas-asas ilmu tadabbur al-Quran. Oleh itu,
keseluruhan tiga ciri utama tersebut menjelaskan bahawa tafsir tadabburi yang
dikemukakan oleh Shaykh „Abd al-Rahman merupakan jenis tafsir aplikasi. Ini kerana
beliau menulis tafsir tadabburi berlandaskan panduan daripada Kitab Qawa‘id al-Tadabbur
yang dirumus berdasarkan hasil tadabburnya terhadap nas-nas al-Quran.
Ternyata, ia merupakan suatu usaha yang bijak apabila beliau cuba mengaplikasi
asas-asas ilmu yang ditemuinya sebagai formula yang membantu untuk mentadabbur al-
Quran. Hal ini menunjukkan tahap keilmuan dan penguasaan beliau terhadap ilmu al-Quran
yang menyerlah menerusi kemampuan untuk mentadabbur al-Quran secara mendalam.
Bagi penulis, usaha Shaykh „Abd al-Rahman layak diberikan penghormatan kerana tidak
semua pentafsir membukukan asas-asas ilmu yang membantu cara pemahaman mereka
memahami nas-nas al-Quran. Bahkan, beliau turut mengaplikasi penemuan asas-asas ilmu
tadabbur itu menerusi penulisan tafsir. Justeru, usaha ini merupakan contoh sekaligus
sebagai cabaran kepada pentafsir selepasnya untuk menghasilkan usaha yang sedemikian.
Ringkasnya, tafsir tadabburi ini mengetengahkan kupasan tafsir daripada hasil
tadabbur pengarang terhadap ayat-ayat al-Quran berdasarkan tartib al-Nuzul. Sementara
Univers
ity of
Mala
ya
256
itu, garis panduan yang diguna pakai oleh pengarang untuk meneliti dan mengkaji
kefahaman ayat adalah berpandukan asas-asas ilmu daripada Kitab Qawa‘id al-Tadabbur.
Secara asas istilah tafsir tadabburi terbentuk daripada gabungan dua kalimah iaitu tafsir
dan tadabburi. Kedua-dua kalimah ini masing-masing mempunyai makna yang tersendiri.
Perkataan tafsir berasal dari kata dasar ر -س –ف (fasara) yang bermaksud الكشف dan
iaitu pendedahan dan penjelasan.3 Kalimah tafsir telah disebutkan dalam al-Quran البيان
menerusi firman-Nya:
ناك بالق وأحسن ت فسيرا ﴾﴿ ول يأتونك بثل إلا جئ
Al-Furqan 25: 33
Terjemahan: Dan mereka tidak berupaya membawa contoh untuk membuktikan kesilapan al-Quran melainkan Kami wahyukan kepada kamu kebenaran dan sebaik-baik penjelasan.
Sebelum ini pernah dibincangkan berkenaan tafsir yang berperanan untuk mengupas dan
menerangkan makna ayat-ayat al-Quran. Manakala, tadabbur pula adalah proses memerhati
dan memahami ayat secara mendalam untuk menghayati maksud, hikmah dan pengajaran
yang disampaikan daripadanya sehingga beramal dengan tuntutannya. Pengetahuan ilmu
tafsir adalah penting untuk memandu pentadabbur ke arah pemahaman makna yang sahih.
Seseorang pentadabbur perlu memerah fikiran untuk mencerap makna kalimah dan maksud
ayat berpandukan kupasan tafsir untuk memahami konteks ayat secara menyeluruh.
3 Ibn „Ashur dalam bukunya al-Taqrir wa al-Tanwir menyebut pengertian al-Tafsir dari sudut istilah ialah; suatu disiplin ilmu yang berfungsi menjelaskan perkataan-perkataan al-Qur’an sama ada secara umum mahupun terperinci. Rujuk Ibn „Ashur, al-Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir (Tunis: Dar al-Tunisiyyah li al-Nashr, t.t) 1:11.
Univers
ity of
Mala
ya
257
Pada marhalah ‘aqliyah ini memerlukan kesungguhan untuk memahami tafsiran
ayat secara zahir mahupun tafsiran makna yang di sebaliknya. Sama ada, berlaku
perselisihan pendapat dalam kalangan mufassir dalam menentukan makna yang
tersembunyi. Kedua-dua keadaan ini memerlukan kepada ijtihad atau cara berfikir yang
betul untuk membuat keputusan yang tepat mencapai maksud ayat.
Bagi penulis istilah tafsir tadabburi yang ditonjolkan oleh Shaykh „Abd al-Rahman
merupakan suatu idea yang menarik dan signifikan. Belum pernah diperkenalkan tafsir
tadabburi dalam mana-mana penulisan tafsir sebelumnya. Ini kerana istilah ta’wil dilihat
lebih masyhur di kalangan pentafsir sebelum bidang tadabbur yang kini mula berkembang.
Pada pendapat penulis, istilah tafsir tadabburi yang diperkenalkan adalah bertujuan
mewujudkan titik pertemuan dan perkaitan yang lebih rapat antara tafsir dan tadabbur.4
Gabungan fungsi bagi kedua-dua perkara ini mampu memperdalamkan dimensi
penghayatan al-Quran. Menerusi pengetahuan tafsir yang sahih secara tidak langsung dapat
memberi kesan tadabbur yang mendalam. Pelbagai penemuan baru dalam i‘jaz al-Quran
yang mampu disingkap dan diterokai melalui keupayaan melakukan tafsir tadabburi.
Dr Musa„id al-Tayyar telah mengumpulkan pelbagai definisi tadabbur yang
dibincangkan oleh para ilmuan. Menurut beliau, taddabur adalah ‘amaliyah ‘aqliyah iaitu
proses berfikir yang memerah akal untuk memahami nas hingga terhasil suatu dapatan atau
istinbat. Proses tadabbur akan membuahkan natijah apabila seseorang mula terkesan
dengan mesej al-Quran. Kesannya terlihat melalui perubahan dalam amalan dan
kehidupannya. Oleh itu, proses pengkajian dan penelitian terhadap nas perlu dilakukan 4Sila rujuk perbincangan Bab 3 (Konsep Tadabbur) yang mengupas mengenai perkaitan dan perbezaan antara tadabbur dan tafsir. Namun, dalam perbincangan tafsir tadabburi ini Shaykh telah menggabungkan dua konteks yang berbeza untuk menghasilkan perkara yang lebih inovasi.
Univers
ity of
Mala
ya
258
berulang-ulang kali untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam dan pengaruh yang
meresap ke dalam jiwa.
Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Kaifa na‘amal ma‘a al-Qur’an al-‘Azim,5
menyebut individu yang ingin tilawah al-Quran memerlukan persediaan hati sebelum
tadabbur, di samping melakukan adab-adab hati ketika membaca dan memahami al-Quran.
Dari huraian beliau, turut difahami bahawa tadabbur secara asasnya memerlukan kepada
ketajaman firasat, kekhusyukan dan pemerhatian yang berterusan pada nas-nas al-Quran.
Bertepatan dengan kenyataan Dr. Salih bin Husin al-„Ayid yang menyebut jalan-jalan
menuju tadabbur harus melalui tiga asas iaitu penguasaan ilmu bahasa Arab, keikhlasan
hati dan penghayatan yang berterusan.6
Dr Zulkifli al-Bakri dalam suatu penyampaian seminar turut menyebut syarat-syarat
bagi sifat tadabbur yang mendalam ialah penguasaan bahasa Arab dan memahami konteks
ayat. Penguasaan bahasa Arab yang kukuh amat membantu untuk memahami bahasa al-
Quran. Ia dapat memberi pentafsiran maksud yang paling hampir atau tepat. Manakala,
syarat kedua ialah memahami kehendak nas dan kontekstual ayat secara terperinci.7 Perlu
diketahui bahawa setiap perkataan mempunyai maksud dan konteks tafsirannya yang
tersendiri. Apabila tafsiran terhadap nas-nas al-Quran dapat difahami secara jelas dan benar
maka ia memberi kesan penghayatan yang menyeluruh kepada pembaca.
5Yusuf al-Qaradawi. Kaifa nata‘amal ma‘a al-Qur’an al-‘Azim? Cet.7 (Kaherah: Dar al-Shuruq, 2009) 173-177. 6Salih bin Husin al-„Ayid, Sabil Tadabbur Kitab Allah, Awraq „Amal, Persidangan Tadabbur (2009), 9-10.
7Rujuk rakaman pembentangan Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam Seminar Tadabbur al-Qur’an 2013. Bertarikh Oktober 27, 2013. http://www.youtube.com/watch?v=VDis4dqQtt8 Diakses pada 12 Januari 2016.
Univers
ity of
Mala
ya
259
Kesimpulannya, tafsir tadabburi adalah suatu istilah yang relevan dan signifikan.
Kedua-dua konteks dan fungsi tersebut sesuai dan berkait rapat. Tafsir tadabburi berfungsi
untuk menghuraikan makna ayat yang difahami secara mendalam hasil daripada tadabbur
yang dilakukan oleh pentafsir. Pentafsiran itu perlu kepada proses pemerhatian, penelitian
dan pengkajian ayat secara menyeluruh dan mendalam sehingga dapat menghuraikan
semula makna secara jelas. Begitu juga dengan proses tadabbur perlu kepada panduan
tafsir untuk mendapatkan kefahaman yang sahih dan menyeluruh. Daripada kaitan tersebut,
difahami bahawa proses tafsir dan tadabbur dapat memantapkan kefahaman al-Quran
kerana ia mempertajamkan akal, menyuluh pemikiran serta mencelikkan hati untuk
menghayati kebenaran al-Quran. Justeru, jelaslah kombinasi tafsir dan tadabbur dapat
memenuhi objektif al-Quran itu diturunkan iaitu agar manusia berfikir, memahami dan
mengambil pelajaran daripada ayat-ayat-Nya.
Firman Allah s.w.t ;
ر أولو اللباب ب اروا آياتو وليتذكا ﴾﴿ كتاب أنزلناه إليك مبارك ليداSad 38:29
Terjemahan: (Al-Quran) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatnya, dan agar orang-orang yang berakal sempurna mengambil iktibar.
4.2.2 Tujuan Penulisan Tafsir
Penulisan tafsir ini lahir setelah Shaykh „Abd al-Rahman melakukan proses pengkajian,
penelitian dan pemahaman terhadap ayat-ayat Allah s.w.t dalam tempoh yang lama
sepanjang kehidupannya. Rutin harian beliau tidak lepas dari aktiviti al-Quran sama ada
mengulang-ulang bacaannya, memerhati mesej-mesej yang tersurat dan tersirat, menghayati
Univers
ity of
Mala
ya
260
hikmah-hikmah, menekuni tafsiran para ulama terdahulu mahupun kontemporari untuk
mendapatkan kefahaman yang mendalam dan menyeluruh. Dengan demikian, pemahaman
dan penghayatan al-Quran akan terus berkembang dan ditingkatkan.
Penulisan tafsir tadabburi sememangnya menjadi fokus dan keazaman Shaykh
„Abd al-Rahman ketika di penghujung usia kehidupannya. Pada tahun 1998M sebanyak 39
surah yang telah ditulis oleh Shaykh. Kemudian, pada tahun 2004M berikutnya beliau dapat
menyelesaikan penulisan tafsir bagi 86 surah-surah makkiyah sehingga jilid 15. Namun,
tafsir tadabburi realitinya tidak lengkap kerana ketiadaan bahagian tafsir surah-surah
madaniyah.
Shaykh „Abd al-Rahman pernah ditanya oleh seorang murid mengenai faktor
kelewatan beliau menghasilkan penulisan tafsir tadabburi (Ma‘arij al-Tafakkur) di
penghujung hayatnya iaitu sekitar usia 70-an. Benar beliau tidak mengetahui sampai bila
usianya dapat bertahan untuk meneruskan penulisan, kerana ajal bakal memutuskan cita-
cita. Namun, beliau menjawab; “Sekiranya aku mula bertadabbur sebelum daripada ini
pasti aku tidak mampu menulis tafsir berdasarkan manhaj sekarang (tafsir tartib al-
Nuzul)”.8
Beliau turut menyebut dalam muqaddimah tafsirnya bahawa sekiranya tiada kudrat
bagiku, dan umurku tidak sampai untuk menyempurnakan tafsir tadabburi ini. Maka,
sesungguhnya apa yang telah aku usahakan ini adalah suatu amal yang bermanfaat dari
ilham yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Semoga ada pentadabbur yang seterusnya
8 Taha Muhammad Faris,“Tafasir al-Qur’an al-Karim hasb tartib al-Nuzul”(Tesis PhD Jabatan Tafsir dan „Ulum al-Qur‟an, Universiti Umm al-Darman al-Islamiyah, Sudan, 2006) 766.
Univers
ity of
Mala
ya
261
selepasku yang akan menyambung usaha tadabbur ini sama ada mengkritik atau menambah
nilainya. 9 Jangkaan beliau menjadi tepat dengan takdir-Nya penulisan tafsir ini tidak dapat
diselesaikan kerana beliau jatuh sakit dan meninggal dunia pada tahun 2004M.
Apa yang jelas bagi penulis, tujuan penulisan tafsir ini dilakukan sebagai medan
aplikasi bagi Qawa‘id al-Tadabbur yang telah dikarang oleh Shaykh. Beliau menyatakan
penulisan tafsir tadabburi telah dilakukan dengan merujuk kepada manhaj Kitab Qawa‘id
al-Tadabbur. Kitab tersebut mengumpulkan asas-asas penting ilmu tadabbur yang
dimanfaatkan sebagai panduan untuk mentadabbur ayat-ayat al-Quran. Pelbagai aspek ilmu
yang telah diterokai dan dikupas oleh Shaykh „Abd al-Rahman menerusi medan penulisan
tafsir ini. Hasilnya, tafsir tadabburi yang ditulis tersebut secara tidak langsung turut
mengupas pelbagai sudut kemukjizatan al-Quran yang shumul daripada proses tadabbur.
Selain itu, penulisan tafsir berdasarkan tartib al-Nuzul dilihat sebagai suatu manhaj
yang unik yang diimplimentasi oleh pengarang untuk mentadabbur al-Quran. Pendekatan
tafsir berdasarkan tartib al-Nuzul adalah berbeza dan nyata berlawan dengan arus penulisan
tafsir berdasarkan mashaf ‘uthmani yang sedia ada. Pemilihan manhaj yang sedemikian
cuba difahami penulis sebagai suatu usaha beliau untuk mengajak pembaca memahami dan
menghayati tafsiran al-Quran berdasarkan kronologi zaman penurunan wahyu agar
pengajaran ayat melalui sejarah penurunan wahyu tersebut dapat meresap ke dalam jiwa.
9„Abd al-Rahman Habannakah. Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, 1: 6.
Univers
ity of
Mala
ya
262
4.2.3 Kelebihan dan Kekurangan Tafsir
Kelebihan dan kekurangan tafsir yang dibentangkan pada bahagian ini sedikit sebanyak
memberikan gambaran umum mengenai kitab dari sisi penilaian dan pandangan penulis.
Berdasarkan kelebihan dan kekurangan tersebut dapat diketahui nilai positif dan negatif
yang terdapat pada Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur.
a. Kelebihan Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur
Keistimewaan dan keunikan yang terserlah dalam penulisan tafsir ini adalah ia
mengetengahkan tafsiran surah mengikut tartib al-Nuzul al-Qur’an. Karya ini
mengemukakan tafsiran ayat mengikut kronologi penurunan surah al-Quran dan
menerangkan hubungan ayat dengan ilmu nuzul al-Quran. Sebagai contoh, dalam tafsir
tadabburi akan dinyatakan konteks makki atau madani bagi setiap surah termasuk bilangan
ayatnya. Ia turut menjelaskan asbab al-Nuzul ayat dan mendatangkan riwayat-riwayat yang
menjelaskan kelebihan dan keutamaan sesebuah surah.
Kelebihan dan keunikkan tafsir ini juga ia adalah tafsir aplikasi. Kerana penulisan
tafsir tartib al-Nuzul ditulis berpandukan manhaj Kitab Qawa‘id al-Tadabbur. Kitab
tersebut mengumpulkan asas-asas ilmu yang penting hasil dapatan beliau mentadabbur al-
Quran. Antara asas-asas ilmu tersebut seperti bahasa Arab, ‘Ulum al-Qur’an, Usul al-Tafsir
dan Istinbat al-Ahkam. Jarang didapati penulisan tafsir yang mempunyai pakej aplikasi
teori. Penulis mendapati tafsir yang ditulis ini merupakan medan praktikal bagi Qawa„id
Tadabbur yang dikemukakan.
Univers
ity of
Mala
ya
263
b. Kekurangan Kitab Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur
Kekurangan yang jelas didapati penulis dalam Kitab Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur ini adalah
penulisan tafsirnya tidak lengkap. Ia tidak sempat disiapkan dengan sepenuhnya dan
terhenti pada muqaddimah surah al-Baqarah. Ini kerana Shaykh telah meninggal dunia
sebelum sempat menyelesaikan tafsiran bahagian surah-surah madaniyah.
4.3 Metodologi Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur
Bahagian ini akan menerangkan metodologi penulisan tafsir berdasarkan tiga fokus utama
iaitu teknik persembahan tafsir tadabburi, penulisan tafsir mengikut manhaj tartib al-Nuzul
dan perbahasan para ilmuan terhadap tafsir tartib al-Nuzul.
4.3.1 Teknik Persembahan Tafsir Tadabburi
Penulisan Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur mempunyai 15 jilid di
bawah terbitan Dar al-Qalam, Damsyik Syria. Pengarang menulis tafsirnya mengikut tartib
al-Nuzul surah. Ketebalan setiap jilidnya berbeza-beza mengikut panjang atau pendeknya
sesebuah surah. Muka hadapan bagi setiap jilid tafsir turut dinyatakan tajuk kitab, nama
pengarang, terbitan buku, nama surah dan bilangan surah.
Terdapat suatu catatan penting pada kulit hadapan kitab untuk perhatian
pentadabbur, iaitu, “Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur merupakan tafsir
tadabburi al-Quran mengikut tartib al-Nuzul yang selari dengan manhaj Kitab Qawa‘id al-
Univers
ity of
Mala
ya
264
Tadabbur al-Amthal”. Dari kenyataan tersebut dapat diketahui bahawa tafsir ini adalah
berbentuk aplikasi yang menjadi praktik asas-asas ilmu tadabbur.
Seterusnya, setiap jilid akan diakhiri dengan catatan penutup. Tinjauan penulis turut
menemui catatan tarikh pada penutup setiap jilid kitab telah siap ditulis oleh pengarang.
Berikut adalah butiran maklumat secara ringkas dalam setiap jilid sepertimana berikut.
Jilid pertama: Mempunyai 728 halaman dan mengandungi 18 surah iaitu surah al-„Alaq,
surah al-Mudathir, surah al-Muzammil, surah al-Qalam, surah al-Fatihah, surah al-Masad,
surah al-Takwir, surah al-A„la, surah al-Lail, surah al-Fajr, surah al-Dhuha, surah al-Sharh,
surah al-„Asr, surah al-„Adiyat, surah al-Kawthar, surah al-Takathur, surah al-Ma„un dan
surah al-Kafirun.
Jilid kedua: Mempunyai 680 halaman dan mengandungi 15 surah iaitu; al-Fil, al-Falaq, al-
Nas, al-Ikhlas, al-Najm, „Abasa, al-Qadr, al-Shams, al-Buruj, al-Tin, Quraysh, al-Qari„ah,
al-Qiyamah, al-Humazah dan al-Mursalat.
Jilid ketiga: Mempunyai 744 halaman dan mengandungi 5 surah iaitu; (Qaf, al-Balad, al-
Tariq, al-Qamar, Sad). Shaykh telah menjelaskan bahawa beliau selesai menulis pada
Disember 1998.
Jilid keempat: mempunyai 735 halaman dan mengandungi surah al-A„raf bermula
daripada ayat 1-171 yang selesai ditulis pada September 1999.
Univers
ity of
Mala
ya
265
Jilid kelima: mempunyai 718 halaman dan mengandungi sambungan surah al-A„raf , surah
al-Jin beserta lampiran yang selesai ditulis pada November 1999.
Jilid keenam: mempunyai 743 halaman, termasuk dalamnya surah Yassin dan surah al-
Furqan. Selesai menulis pada Februari 2000.
Jilid ketujuh: Jilid ini mempunyai 691 halaman yang mengandungi surah Fathir dan
Maryam beserta lampiran yang disiapkan pada Ogos 2000. Beliau menyebut „pada
bahagian penutup buku ini, ketika menyiapkan penulisan jilid ketujuh ini beliau sedang
berada di atas katil disebabkan sakit dan pedih akibat kesan pembedahan yang major dan
kritikal.
Jilid kelapan: Penulisan jilid kelapan berhasil mencapai 776 halaman serta mengandungi
kupasan tadabbur bagi tiga buah surah iaitu surah Taha, surah al-Waqi„ah dan surah al-
Shu„ara‟. Ia telah selesai ditulis pada Disember 2000 di Makkah al-Mukarramah. Beliau
telah menyebut pada bahagian penutup jilid kelapan bukunya; mengenai punca kepada
penyakit beliau. 10
Jilid kesembilan: Penulisan jilid kesembilan mencapai 792 halaman yang mengandungi
surah al-Naml, al-Qasas serta al-Isra‟ dan selesai pada Jun 2001 di Makkah al-
Mukkaramah. Beliau telah menyebut dalam penutup bukunya bahawa isterinya Ustazah
„Aidah dan anaknya Dr Muhammad telah bermusafir ke Paris untuk mengubati penyakit
khabith yang menimpanya.
10„Abd al-Rahman Habannakah, Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, 776.
Univers
ity of
Mala
ya
266
Jilid kesepuluh: Penulisan beliau berhasil mencapai kepada 799 halaman penulisan yang
mengandungi surah Yunus, Hud dan Yusuf telah selesai ditulis pada Disember 2001.
Jilid kesebelas: Penulisan beliau mencapai 824 halaman yang bermula daripada surah al-
Hijr, surah al-An„am, surah al-Saffat dan surah Luqman. Ia selesai ditulis pada Jun 2002.
Jilid kedua belas: Penulisan beliau mencapai 839 halaman, yang mengandungi enam surah
iaitu surah Saba‟, surah al-Zumar, surah al-Ghafir, surah al-Fussilat, surah al-Shu‘ara’ dan
surah al-Zukhruf yang telah selesai ditulis pada November 2002.
Jilid ketiga belas: Penulisan beliau mencapai 776 halaman yang mengandungi lapan surah
iaitu surah al-Dukhan, surah al-Jathiyah, surah al-Ahqaf, surah al-Dhariyat, surah al-
Ghashiyah, surah al-Kahfi, surah al-Nahl dan surah Nuh. Ia selesai ditulis pada Mei 2003.
Jilid keempat belas: Penulisan beliau mencapai 736 halaman dan mengandungi lapan
surah iaitu surah Ibrahim, surah al-Anbiya‟, surah al-Mu‟minun, surah al-Sajdah, surah al-
Thur, surah al-Mulk, surah al-Haqqah dan surah al-Ma„arij. Ia selesai ditulis pada akhir
Ramadhan 2003.
Jilid kelima belas: Mencapai 446 halaman dan mengandungi lapan surah tadabbur iaitu
surah al-Naba‟, surah al-Nazi„at, al-Infitar, al-Inshiqaq, al-Rum, al-„Ankabut, al-Mutaffifin
dan muqaddimah surah al-Baqarah.
Univers
ity of
Mala
ya
267
Pada penutup jilid 14, Shaykh „Abd al-Rahman menyebut yang bermaksud:
“Aku menulis dalam keadaan sakit mengharungi kepedihan jarum pada setiap pagi dan petang. Kebanyakan masa keadaanku adalah terlantar di atas katil. Namun, aku bersyukur atas kurniaan dan anugerah daripada Allah s.w.t yang memberikan kesempatan bagiku untuk menyelesaikan penulisan tafsir jilid keempat belas yang mengandungi bahan tadabbur bagi lapan surah-surah seperti berikut: Ibrahim, al-Anbiya‟, al-Mu‟minun, al-Sajadah, al-Mulk, al-Haqqah, al-Ma„arij.”11
Penulisan terakhir dalam tafsir beliau adalah jilid kelima belas bagi surah-surah makkiyah
dan sedikit permulaan surah madaniyah iaitu setakat muqaddimah durus bagi surah al-
Baqarah. Menurutnya, surah terakhir makkiyah berdasarkan tartib al-Nuzul al-Quran adalah
surah al-Mutaffifin.
Di penghujung penulisan jilid kelima belas, anak Shaykh „Abd al-Rahman sendiri
yang menulis „Kalimah Penutup‟ bagi jilid terakhir tersebut. Beliau turut menyertakan
sedikit pesanan dan hasrat daripada ayahnya mengenai penulisan tafsir ini.12Atas kehendak
dan iradat Allah s.w.t setelah 10 bulan daripada tarikh selesai penulisan surah makkiyah
pada jilid keempat belas. Akhirnya, ajal telah mendahului impiannya. Justeru, beliau
meninggal dunia tanpa sempat menyelesaikan penulisan tafsir bagi surah-surah madaniyah.
Kesimpulannya, teknik persembahan tafsir tadabburi dapat diperincikan kepada tiga iaitu:
i. Susunan surah mengikut tartib al-Nuzul.
ii. Nama surah, nombor surah yang mengikut tartib al-nuzul dan tartib mashaf.
iii. Dinyatakan ayat-ayat madaniyah dalam surah makkiyah dan begitu juga sebaliknya.
11Ibid., Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, 14: 704. 12Rujuk Kalimah Penutup bagi jilid 15, ‘Abd al-Rahman Habannakah, Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. Cet.1, (Damsyik: Dar al-Qalam, 2000) 15: 423-425.
Univers
ity of
Mala
ya
268
4.3.2 Teknik Penulisan Tafsir
Sepanjang penelitian penulis terhadap penulisan Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur dapat
digariskan sistematika atau manhaj penulisan Shaykh „Abd al-Rahman al-Maydani dalam
kitab tafsirnya sepertimana berikut:
i. Mengemukakan keseluruhan ayat atau kelompok ayat dalam surah yang akan ditafsirkan.
Kemudian, memuatkan penjelasan ringkas berkenaan lafaz Qira’at bagi kalimah-kalimah
yang tertentu.13 Di samping itu, turut dibentangkan lafaz-lafaz yang berbeza sebutan bagi
jenis Qira’at sepuluh mutawattir.
13 Qira’at adalah perbezaan bacaan al-Qur‟an yang telah diperakui sahih oleh Rasulullah s.a.w.
Univers
ity of
Mala
ya
269
Sebagai contoh:14
Keterangan di atas memaparkan ayat-ayat dalam surah al-„Alaq yang disertakan dengan
kepelbagaian bentuk Qira’at.
ii. Menyebut keadaan penurunan surah, sandaran hadith atau sumber yang menyatakan
surah makkiyah atau madaniyah. Sebagai contoh:15
14 Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, 1: 32.
15 Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, 31.
Univers
ity of
Mala
ya
270
Univers
ity of
Mala
ya
271
Ringkasan bagi keterangan di atas: Surah al-„Alaq telah disepakati sebagai makkiyah dan
tiada satu ayat daripadanya madaniyah. Ia diturunkan di Makkah, sebagai permulaan
wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w ketika berada di Gua Hira‟. Selepas
turunnya lima ayat yang pertama daripada surah al-„Alaq, terdapat perselisihan riwayat
berkenaan jarak masa wahyu kedua yang diturunkan selepasnya. Ada pendapat menyebut
40 hari, ada pula yang menyebut enam bulan, ada pandangan menyebut dua tahun, ada
yang menyebut dua tahun setengah dan ada pendapat mengatakan tiga tahun. Namun, tiada
siapa yang dapat menentukan kesahihannya. Walau bagaimanapun, jarak masa itu tetap
wujud dan berlaku.
Univers
ity of
Mala
ya
272
iii. Mengemukakan asbab al-Nuzul ayat serta menjelaskan sandaran dan sumber hadith
yang menyebut berkenaan asbab al-Nuzul atau fadhilat surahnya. Sebagai contoh:16 Petikan
tersebut diambil daripada riwayat Bukhari dan selainnya dengan sanad daripada Saidatina
„Aisyah r.ha yang berkata: “Detik permulaan wahyu yang bakal diterima oleh Rasulullah
s.a.w bermula dengan petanda berbentuk mimpi yang benar. Baginda s.a.w akan melihat
suatu cahaya seumpama cahaya subuh yang menyising”.
iv. Membincangkan ayat dalam bentuk tematik surah (mawdu‘i surah). Kemudian, beliau
mengupas tafsiran tadabbur ayat dalam beberapa kelompok durus al-Ayat. Sebagai contoh
mawdu‘ al-Surah bagi surah al-„Alaq yang bermula daripada ayat 1-5;
Beliau menyatakan untuk menyingkap mawdu‘ al-surah perlu kepada tadabbur durus iaitu
pemerhatian dan pemahaman terhadap durus yang terkandung dalam ayat-ayatnya.
Merujuk durus yang pertama bagi surah al-„Alaq telah dikelompokkan kepada lima ayat.
16 „Abd al-Rahman Habannakah. Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, 1: 33
Univers
ity of
Mala
ya
273
v. Membahagikan perbincangan tafsir tadabburi kepada beberapa bahagian.
Pertama, ialah pengajaran surah (durus al-Ayat) iaitu kupasan hikmah, dapatan ilmu atau
pembelajaran yang diperolehi daripada kelompok ayat. Kedua, Tafsir ijmali iaitu tafsiran
yang dilakukan secara umum dan ringkas. Ketiga, ialah tafsir tahlili iaitu tafsiran yang
dikupas secara terperinci dan panjang lebar.
vi. Menjelaskan makna bagi kalimah yang asing atau pelik menurut takrifan bahasa dengan
merujuk kepada kamus-kamus bahasa. Kalimah-kalimah yang asing tersebut dijelaskan
sama ada dari sudut ‘irabnya dan juga nahu berserta contoh-contoh yang berkaitan.
4.3.3 Perbahasan para ilmuan terhadap Tafsir Tartib al-Nuzul
Di kalangan ilmuan tafsir telah berlaku perbincangan berkenaan isu penulisan tafsir
berdasarkan manhaj tartib al-Nuzul. Perbahasan tersebut dapat disemak menerusi bahan-
bahan penulisan atau kajian yang dilakukan oleh pengkaji dan para ilmuan yang meneliti
sumber periwayatan tartib al-Nuzul surah. Berikut dibincangkan pandangan yang
mengkritik atau menyokong penulisan tafsir mengikut manhaj tartib al-Nuzul.
Satu artikel yang mengkritik penulisan tafsir berasaskan manhaj tartib al-Nuzul
telah ditulis oleh Muhammad Majalli Ahmad al-Rubaba„ah.17 Beliau melakukan penelitian
terhadap 14 sumber riwayat ’athar iaitu sumber yang dipetik daripada perkataan sahabat
berkenaan tartib al-Nuzul. Dalam huraiannya menjelaskan berlaku percanggahan antara
riwayat-riwayat mengenai aturan nuzul surah. Di samping kebanyakan riwayat yang ada
17 Rujuk artikel Muhammad Majalli Ahmad Rubaba„ah yang bertajuk “Tafsir al-Qur’an al-Karim ‘ala Tartib al-Nuzul, manba’uh wa fawai’duh.” Kajian Ilmiah Kuliah Pengajian Syariah dan Perundangan, Universiti Jordan. Jil.37, bil.1, Jami„al-huquq mahfuzah, 2010.
Univers
ity of
Mala
ya
274
berkenaan tartib al-Nuzul surah juga adalah lemah, tiada asal mengenainya atau palsu. Atas
sebab itu, menurut beliau penulisan tafsir tartib al-Nuzul mempunyai sandaran yang lemah
dan ia suatu usaha yang merugikan kerana manfaatnya kurang berbanding keburukan.
Seterusnya, terdapat sebuah kajian tesis yang menjelaskan kritikan terhadap manhaj
tafsir tartib al-Nuzul yang ditulis oleh Taha Faris. Beliau melakukan analisis perbandingan
terhadap empat buah tafsir tartib al-Nuzul.18 Tesis ini membincangkan pandangan ilmuan
yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan penulisan tafsir mengikut manhaj tartib al-
Nuzul. Taha Faris menolak tafsiran tartib al-Nuzul surah atas beberapa alasan. Berikut
adalah kritikan dan hujah beliau yang tidak bersetuju dengan manhaj tartib al-Nuzul
sepertimana dilakukan oleh Shaykh „Abd al-Rahman.19
Taha Faris tidak bersetuju penulisan tafsir dilakukan mengikut tartib al-Nuzul
kerana berlaku perselisihan ulama berkenaan penyusunan surah-surah al-Quran. Terdapat
13 surah yang khilaf menurut perbincangan ulama tafsir. Kebanyakan ulama berpendapat
susunan tartib al-Nuzul surah tidak semuanya thubut (tetap dan pasti). Oleh demikian,
penyusunan surah-surah al-Quran tersebut tidak mempunyai sandaran dalil yang jelas.20
Atas alasan itu, tidak mungkin susunan tartib al-Nuzul dapat memberikan gambaran
yang sahih berkenaan kronologi pelaksanaan pensyariatan hukum. Agak sukar untuk
mengetahui tahap pensyariatan agama secara tepat melalui tartib al-Nuzul. Ia disebabkan
oleh susunan surah perlu bergantung kepada sumber periwayatan. Selain juga, faktor surah-
18
Taha Muhammad Faris,“Tafasir al-Qur’an al-Karim hasba tartib al-Nuzul”(Tesis PhD Jabatan Tafsir dan „Ulum al-Qur‟an, Universiti Umm al-Darman al-Islamiyah, Sudan 2006). 19 Ibid., 772-774. 20 Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
275
surah yang turun secara terpisah-pisah, turun pada masa yang berlainan dan bukan
diturunkan satu surah sekaligus secara serentak. Berikut adalah beberapa contoh dan hujah:
Pertama: Shaykh „Abd al-Rahman telah menyebut bahawa beliau memilih pendekatan
tafsir berdasarkan tartib al-Nuzul untuk menjelaskan asas pensyariatan agama yang berlaku
secara bertahap.21 Sebagai contoh, peringkat pensyariatan hukum berkenaan pengharaman
arak dapat diketahui menerusi tartib al-Nuzul. Taha Faris tidak menyangkal pandangan
yang menyatakan tartib al-Nuzul dapat membantu untuk memahami pensyariatan agama.
Walau bagaimanapun, pandangan tersebut adalah tidak benar menurut Taha Faris.
Kerana tafsir mengikut susunan mashaf yang ada sekarang tidak pernah menghalang untuk
memahami pensyariatan agama. Bahkan, kefahaman terhadap pensyariatan hukum dalam
Islam iaitu penentuan sesuatu hukum memang telah diketahui sejak zaman para sahabat
ra.hum dan generasi seterusnya. Para pentafsir mengemukakan penjelasan berkenaan tahap-
tahap pensyariatan hukum dengan huraian yang jelas di dalam penulisan tafsir mereka,
meskipun penulisan tafsir tersebut dalam susunan mashaf. 22
Dari itu, Taha Faris menegaskan pendapatnya bahawa Shaykh „Abd al-Rahman
bukan mendatangkan suatu ilmu yang baru dalam mengupas peringkat pensyariatan hukum
dalam Islam. Sebaliknya, bagi Taha apakah kelebihan yang boleh didapati sekiranya
berpegang dengan penulisan tafsir mengikut tartib al-Nuzul?
21 Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal, 151-155. Rujuk Kaedah 9: Meneliti peringkat penurunan ayat al-Qur‟an ( تبع مراحل التنزيل ت .( حول 22
Taha Muhammad Faris,“Tafasir al-Qur’an al-Karim hasba tartib al-Nuzul”(Tesis PhD Jabatan Tafsir dan „Ulum al-Qur‟an, Universiti Umm al-Darman al-Islamiyah, Sudan 2006). 772-774
Univers
ity of
Mala
ya
276
Kedua: Shaykh memilih pendekatan tafsir mengikut tartib al-Nuzul supaya tidak berlaku
kesalahan terhadap gambaran dan keadaan ayat ketika berlaku penurunannya. Taha Faris
menjawab penyataan tersebut dengan hujah bahawa penyelesaian kepada permasalahan
tersebut adalah tidak bergantung dengan tartib al-Nuzul. Bahkan, gambaran turunnya ayat
tersebut dapat diketahui melalui ilmu nasikh mansukh, makki dan madani, ilmu ‘am dan
khas dan sebagainya. Para pentafsir tidak akan dapat menyelesaikan permasalahan tersebut
dengan hanya mengetahui tartib al-Nuzul semata-mata, tetapi perlu juga mengetahui ilmu
makki dan madani serta ilmu nasikh mansukh.23
Ketiga: Alasan yang dikemukakan oleh Shaykh untuk melakukan pendekatan tartib al-
Nuzul dalam penulisan tafsir adalah untuk menjauhi kesalahan dalam pentafsiran. Contoh
yang disebutkan oleh Shaykh „Abd al-Rahman,24 ialah seorang mufassir yang
mendatangkan kisah madaniyah akan tetapi dia meletakkan syarahnya atau sebab tersebut
pada petikan makki atau sebaliknya.
Taha Faris menjawab penyataan tersebut dengan hujah bahawa sebab bagi
kesalahan tersebut adalah bukan disebabkan kerana tidak mengetahui tartib al-Nuzul. Ia
berlaku disebabkan kejahilan terhadap ilmu makki dan madani serta jahil tentang sumber
asbab al-Nuzul yang sahih. Ahli tafsir yang sebenar tidak akan melakukan kesalahan
sepertimana yang ditunjukkan oleh Shaykh „Abd al-Rahman, walaupun mereka
mentafsirkan al-Quran mengikut tertib mashaf dan bukannya tartib al-Nuzul.25
23 Ibid., 773. 24Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal. 185. Rujuk Kaedah 10: Hikmah Perletakan ayat-ayat madaniyah dalam surah makkiyah dan begitu juga sebaliknya. 25
Taha Muhammad Faris,“Tafasir al-Qur’an al-Karim hasba tartib al-Nuzul”(Tesis PhD Jabatan Tafsir dan „Ulum al-Qur‟an, Universiti Umm al-Darman al-Islamiyah, Sudan 2006). 773
Univers
ity of
Mala
ya
277
Keempat: Alasan Shaykh „Abd al-Rahman al-Maydani memilih pendekatan tartib al-Nuzul
dalam tafsir supaya para mufassir dapat mengetahui tahap-tahap dalam proses pendidikan
dan hikmah di sebalik perkara itu. Dalam isu ini, Taha Faris menjelaskan hujahnya bahawa
perkara ini, seperti sebelumnya iaitu tidak mungkin mengetahui tahap–tahap pensyariatan
dengan cara tartib al-Nuzul yang masih dipertikaikan. Demikian juga, tahap dalam proses
pendidikan memerlukan kepada pengetahuan ilmu makki dan madani. Justeru, tidak semua
mufassir mengetahui tartib al-Nuzul surah yang belum pasti kesahihannya.
Shaykh „Abd al-Rahman berpegang kepada tartib surah yang merujuk kepada
ulama Qira’at Mesir yang dipetik daripada sumber mushaf Shaykh Muhammad „Ali Khalaf
al-Husaini.26 Menurut sumber tersebut, bilangan surah makkiyah adalah 86 surah bermula
daripada surah al-„Alaq hingga ke surah al-Mutaffifin. Manakala, bilangan surah
madaniyah adalah 28 surah bermula daripada surah al-Baqarah hingga ke surah al-Nasr.
Walau bagaimanapun, jumlah tersebut berbeza dengan pandangan majoriti. Menurut
Imam al-Zarkashi27, ulama telah bersepakat mengenai jumlah surah makkiyah adalah 85
surah. Namun, berlaku sedikit perselisihan dalam kalangan mereka dalam menentukan
surah terakhir bagi surah makkiyah. Dalam isu ini, terdapat tiga pandangan untuk
menentukan surah terakhir Makkiyah.
Pertama ialah pandangan daripada „Abd Allah bin „Abbas yang mengatakan surah
al-„Ankabut. Manakala, pandangan kedua ialah al-Dahak dan „Atha‟ yang menyebutkan
surah al-Mu‟minun. Kemudian, pandangan yang ketiga daripada Mujahid yang berpendapat
26„Abd al-Rahman Habannakah. Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal, (Damsyik: Dar al-Qalam, 2000) 178. 27 Ibid., 153. Lihat Al-Zarkashi. Al-Burhan fi ‘Ulum al-Qur’an, 193-194.
Univers
ity of
Mala
ya
278
adalah surah al-Mutaffifin. Berdasarkan tiga pandangan tersebut, susunan surah makkiyah
yang terakhir merujuk pada tafsir tadabburi oleh Shaykh „Abd al-Rahman dilihat selari
dengan pandangan Mujahid iaitu surah al-Mutaffifin.28
Perdebatan ulama turut berlaku dalam isu menentukan sama ada tartib surah al-
Quran adalah perkara ijtihadi iaitu pandangan para sahabat atau tawqifi iaitu ketetapan
daripada Allah s.w.t.29 Oleh itu, bagi merungkai persoalan tersebut para ulama telah
memperoleh tiga pandangan mengenai isu tertib surah al-Quran sama ada ia tawqifi atau 28Berdasarkan tartib surah yang dikemukakan dalam Kitab Qawa‘id al-Tadabbur dan Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur menunjukkan surah Makkiyah yang terakhir iaitu 86 adalah surah Mutaffifin. Lihat Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal, 182 dan Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, jilid 15. 29Al-Suyuti berkata: “Jibril a.s menurunkan beberapa ayat kepada Rasulullah s.a.w dan menunjukkan kepadanya tempat di mana ayat-ayat itu harus diletakkan dalam surah-surah. Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada para penulis wahyu untuk menuliskannya di tempat yang telah ditentukan. Beliau menyatakan kepada mereka: “Letakkanlah ayat-ayat ini pada surah yang di dalamnya disebutkan begini dan begini,” atau “Letakkanlah ayat ini di tempat tersebut”. Mengenai isu tertib penurunan surah, beberapa sahabat Nabi s.a.w mempunyai mashaf peribadi yang berbeza tertib surahnya dengan Mashaf „Uthmani. Mashaf „Ali r.a telah disusun berdasarkan urutan nuzulnya, Mashaf Ibn Mas„ud dimulai dari surah al-Baqarah tanpa surah al-Falaq dan al-Nas. Mashaf „Ubay Bin Ka„ab dimulai al-Fatihah, al-Nisa‟ kemudian „Ali „Imran. Namun demikian mashaf peribadi sebahagian para sahabat tersebut tidak dapat dijadikan sebagai aras dan panduan sebenar bagi susunan al-Qur‟an. Tertib surah yang disepakati ulama dan sudah Ijma‘(sepakat) adalah tertib surah Mashaf „Uthman yang dilakukan secara rasmi oleh anggota keahlian yang terdiri daripada beberapa orang sahabat Nabi. Tentang tertib susunan surah al-Qur‟an, jumhur ulama mengatakan bahawa tertib susunannya adalah tawqifi (ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t). Al-Kirmani dalam Kitab Al-Burhan mengatakan: “Tertib surah seperti yang didapati sekarang (tertib „Uthmani) ini adalah bersumberkan daripada Allah s.w.t yang diturunkan daripada Lauhf al-Mahfuz. Al-Qur‟an ternyata menuruti tertib ini sebagaimana Nabi s.a.w membacakan di hadapan Malaikat Jibril menurut tertib tersebut pada setiap tahun di bulan Ramadhan. Pada tahun kewafatannya, Nabi s.a.w telah membacakan al-Qur‟an di hadapan Jibril a.s sebanyak dua kali. Namun, al-Suyuti mengatakan tertib surah al-Qur‟an itu tawqifi kecuali surah al-Anfal dan al-Taubah, berdasarkan riwayat Ibn „Abbas; “Aku bertanya kepada „Uthman, apakah yang mendorongmu mengambil al-Anfal termasuk dalam kategori masani dan Bara‟ah (al-Taubah) yang termasuk mi’in untuk kamu gabungkan keduanya menjadi satu tanpa kamu tuliskan di antara keduanya Bismillahirrahmaanirrahim, dan kamu pun meletakannya pada al-sab’uth thiwaal (tujuh surat panjang)?‟. Saidina „Uthman menjawab:„Telah turun kepada Rasulullah s.a.w surah-surah yang mempunyai bilangan ayat. Apabila ada ayat turun kepadanya, ia panggil beberapa penulis wahyu dan mengatakan:„Letakkanlah ayat ini pada surah yang di dalamnya terdapat ayat sekian dan sekian. Surah al-Anfal termasuk surah pertama yang turun di Madinah sedangkan surah Bara‟ah (al-Taubah) termasuk yang terakhir diturunkan. Kisah dalam surah al-Anfal mempunyai perkaitan dan persamaan dengan kisah dalam surah Bara‟ah, sehingga aku mengira bahawa surah Bara‟ah adalah sebahagian daripada surah al-Anfal. Justeru, setelah wafatnya Rasulullah s.a.w baginda tidak menjelaskan kepada kami bahwa surah Bara‟ah merupakan sebahagian dari surah Anfal ataupun tidak. Oleh karena itu, kedua surah tersebut aku gabungkan dan antara keduanya tidak dituliskan Bismillahirrahmaanirrahim serta aku meletakan pula pada al-sab’ut tiwal.” Rujuk perbahasan isu tartib nuzul al-Qur’an daripada perbincangan buku penulisan Manna„ Khalil al-Qahtan, Mabahith fi ‘Ulum al-Qur’an. Cet.7 (Kaherah: Maktabah Wahbah, 2000), 133-135.
Univers
ity of
Mala
ya
279
ijtihadi. Pandangan pertama adalah mereka yang berpegang dengan pendapat bahawa
susunan surah-surah al-Quran yang terdapat pada hari ini adalah tawqifi iaitu ia berasaskan
kepada perintah dan wahyu daripada Allah s.w.t. Susunan surah al-Quran tersebut
diperintahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui pengkhabaran Malaikat Jibril a.s. Ini
kerana Rasulullah s.a.w sendiri bersabda kepada para sahabat ra.hum; “letakkan ayat ini di
tempat berikut dan berikut”. Demikian itu, keyakinan secara mutawatir terhadap naqal
susunan surah tersebut adalah berpandukan kepada bacaan Rasulullah s.a.w.
Manakala, merujuk kepada pendapat kedua pula mengatakan bahawa susunan ayat
dan surah al-Quran adalah tawqifi iaitu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Rasulullah
s.a.w, melainkan hanya dua surah iaitu surah al-Anfal dan surah al-Bara’ah. Ini kerana
susunan bagi kedua-dua surah tersebut sepertimana sekarang adalah berdasarkan kepada
sumber ijtihad Saidina „Uthman yang telah dipersetujui oleh para sahabat semuanya.
Sementara itu, pendapat ketiga adalah berbeza dengan dua pandangan yang
sebelumnya. Pandangan ketiga berpegang bahawa susunan surah-surah di dalam al-Quran
adalah berpandukan sumber ijtihad para sahabat ra.hum. Ini terbukti kerana wujudnya
kepelbagaian dan perbezaan bagi mashaf-mashaf persendirian yang dimiliki oleh para
sahabat ra.hum dan penulis wahyu.
Buktinya, adalah contoh daripada mashaf Saidina „Ali r.a yang dimulai dengan
surah al-„Alaq diikuti surah al-Muddathir, surah Nun, surah al-Qalam kemudian surah al-
Muzammil sehinggalah seterusnya. Manakala, mashaf Ibn Mas„ud dimulai dengan surah al-
Baqarah, kemudian surah al-Nisa‟ dan surah „Ali „Imran dan seterusnya. Demikian juga,
Univers
ity of
Mala
ya
280
mashaf „Ubay bin Ka„ab pula dimulai dengan surah al-Fatihah dan diikuti dengan surah al-
Baqarah, surah an-Nisa‟, surah „Ali „Imran serta seterusnya.30
Justeru, perbezaan tertib surah pada mashaf para sahabat berlaku adalah mungkin
disebabkan oleh beberapa perkara. Pertama, tertib surah yang dimiliki oleh para sahabat
adalah hasil catatan mereka sendiri selepas mereka menghafalnya. Dari itu, boleh jadi ia
tidak diperbetulkan sehingga berlaku pembentangan terakhir bagi semakan bacaan
Rasulullah s.a.w kepada Jibril a.s.
Namun, Jumhur Ulama telah bersepakat bahawa turutan surah dalam mashaf adalah
perkara tawqifi iaitu ketetapan yang telah diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah
s.a.w melalui malaikat Jibril a.s.31 Susunan yang telah disepakati adalah sepertimana yang
terdapat pada mashaf „Uthmani yang ada pada umat Islam hingga kini.
Shaykh „Abd al-Rahman turut menerima susunan surah mashaf tersebut, namun
dalam penulisan tafsirnya beliau telah menggunakan pendekatan yang berbeza iaitu tartib
nuzul surah untuk tujuan tadabbur. Beliau berpegang pada pendapat yang menyebut
bahawa tartib surah-surah al-Quran adalah ijtihadi iaitu ilham atau pandangan daripada
beberapa sahabat ra.hum. Oleh kerana itu, pemilihan aturan surah mengikut tartib al-Nuzul
dalam tafsirnya itu, tidaklah bermakna beliau menolak susunan surah dalam Mashaf
30Asmawi Hj Ehsan. „Ulum al-Qur’an, Cet.3. (Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid, 2010) 109-110. 31Al-Gharnati, Abu Ja„afar Ahmad bin Ibrahim bin Zubair. Al-Burhan fi Tartib al-Suwar al-Qur’an (Maghribi: t.t, 1990)
Univers
ity of
Mala
ya
281
„Uthman sebagai tilawah. Buktinya, beliau turut memasukkan catatan aturan surah mashaf
pada catatan tartib al-Nuzul surah dalam tafsir dan kitab qawa‘idnya.32
Shaykh „Abd al-Rahman turut menyatakan bahawa proses tadabbur mengikut tartib
al-Nuzul adalah penting dan mempunyai banyak manfaat untuk tujuan memahami dan
menghayati proses didikan al-Quran serta peringkat-peringkat penurunan al-Quran. Berikut
adalah beberapa manfaat dan kepentingan yang diperolehi oleh pentadabbur:33
i. Melengkapkan pengetahuan daripada sudut sejarah penurunan al-Quran, fasa dakwah
Rasulullah s.a.w dan peristiwa-peristiwa penting dalam Islam.
ii. Memahami proses tadarruj ahkam iaitu pelaksanaan hukum yang berlaku secara
berperingkat-peringkat.
iii. Meneliti tadarruj dalam proses dakwah dan pengislahan masyarakat. Sorotan sejarah
menunjukkan bahawa suasana kehidupan masyarakat Quraish sebelum Rasulullah s.a.w
diutuskan adalah masyarakat yang pekat dengan kejahilan Rabbani. Mereka tersasar kerana
hidup bertuhankan nafsu kebendaan semata-mata. Setelah al-Quran diturunkan mereka
melalui suatu perubahan daripada kehidupan yang jahiliah kepada mentauhidkan Allah.
iv. Menghayati tadarruj tarbiyah sepanjang nuzul al-Qur’an. Proses pemerhatian dan
penelitian tadabbur amat perlu bagi memahami tahap penurunan al-Quran berdasarkan
32Contoh: Surah al-Qalam (nuzul/2, mashaf/67) iaitu surah 2 mengikut tartib nuzul dan surah 67 ikut aturan mashaf. 33Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal,152.
Univers
ity of
Mala
ya
282
zaman. Ini mengelakkan kekeliruan atau kesalahan terhadap pentafsiran yang boleh terjadi.
Sebagai contoh, pentafsir yang mendatangkan kisah madaniyah tetapi diletakkan huraian
kisah atau sebab bagi kisah tersebut pada petikan ayat makkiyah. Kesannya, sudah pasti
menyebabkan konteks bagi petikan ayat al-Quran tersebut menjadi tidak tepat kerana
situasi zaman dan sebab ayat diturunkan tersebut adalah berbeza.
Menurut Shaykh „Abd al-Rahman al-Maydani, kesalahan ini berpunca daripada
tidak memahami nuzul al-Qur’an. Begitu juga, menjadi kesilapan sekiranya pentafsir
berdepan dengan kisah dan peristiwa makkiyah, namun ia menjadikan sebab tersebut bagi
penurunan ayat madani yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan peristiwa makki
tersebut. Kesalahan ini menunjukkan seseorang itu tidak mengetahui dan tidak memahami
konteks dan sebab penurunan ayat al-Quran yang nyata memberi kesan berbeza.
Sehubungan itu, menerusi tadabbur dapat diteliti maksud ayat, pengajaran dan
konteks ayat daripada aspek tartib al-Nuzul al-Quran. Kebaikan dan manfaat besar yang
diperolehi daripada ilmu tartib al-Nuzul al-Quran yang telah disenaraikan oleh pengarang
antaranya adalah:34
i. Ia memberikan petunjuk kepada kefahaman yang terang berhubung dengan hikmah dan
kebaikan tadarruj iaitu pendekatan bertahap. Selain itu, pengkaji dapat mengetahui objektif
dan tujuan pengulangan nas-nas al-Quran.
34Qawa‘id al-Tadabbur, 152.
Univers
ity of
Mala
ya
283
ii. Mengetahui tartib al-Nuzul al-Quran dengan merujuk tartib al-Nuzul surah yang jelas
daripada huraian yang dilakukan oleh ulama.35
iii. Mengetahui dalam setiap satu surah dengan susunan ayat-ayat padanya, apa yang tiada
perselisihan mengenai ayat tersebut seolah-olah berlaku ketetapan terhadap nuzul ayat, atau
bilangan daripada ayat-ayat, atau ketetapan dilewatkan penurunan bagi ayat-ayat tertentu.
Meneliti segala ketetapan dalam nas yang jelas mengikut tarikh-tarikh penurunannya.
iv. Kadangkala dapat diketahui tartib al-Nuzul melalui pencerahan akal yang mendapat
pentunjuk terhadap qawa‘id sunnatullah yang berlaku selari dengannya. Di samping
penurunan ayat-ayat al-Quran dan hukum-hakam yang telah disyariatkan.
Berikut adalah ulama-ulama tafsir yang telah menceburi penulisan tafsir mengikut
tartib al-Nuzul al-Quran sebelum Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani:
a. Shaykh „Abd al-Qadir Mullahawish (m.1978M) yang menulis Kitab Bayan al-Ma‘ani
‘ala Hasba Tartib al-Nuzul, terbitan Damsyik.
b. Shaykh Muhammad „Izzah Dirwazah (m.1984M) yang menulis Kitab Tafsir Shamil
Tartib al-Nuzul, cet.2, terbitan Beirut.
c. Dr. As„ad Ahmad „Ali yang menulis Kitab Tafsir al-Qur’an al-Muratab Manhaj li al-
Yasr al-Tarbawi.
35Ibid.,178-184. Rujuk jadual makki madani bagi surah-surah al-Qur‟an. Shaykh „Abd al-Rahman berpandukan kepada ijtihad ulama Qurra‟ Shaykh Muhammad „Ali Khalaf al-Husaini mengenai susunan makki dan madani yang berpegang tartib al-Nuzul surah adalah ijtihad sahabat dan bukan tawqifi daripada Rasulullah s.a.w.
Univers
ity of
Mala
ya
284
Antara ulasan ulama tentang tafsir ini adalah daripada Dr Majdi Makki. Ketika
mengulas mengenai sumbangan gurunya, beliau menyebut dalam muqaddimah risalah al-
Ta‘arif36 bahawa Shaykh telah menghasilkan pelbagai karya dalam bidang pengajian al-
Quran. Di penghujung usianya beliau banyak menumpukan kepada usaha membentuk
kesedaran tadabbur. Dari situ, lahirnya karya terakhir beliau iaitu Tafsir Ma‘arij al-
Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. Ia sebuah tafsir yang unik kerana ia tadabbur al-
Qur’an yang mengikut tartib al-Nuzul, tafsir ini ditulis selari dengan aplikasi kaedah
daripada Kitab Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah.
Dr Majdi Makki37 begitu mengkagumi karya gurunya sehingga menjadikan ia
sebagai sumber inspirasi dan rujukan ketika menghasilkan sebuah buku iaitu al-Mu‘in ‘ala
Tadabbur Kitab al-Mubin”38. Beliau memuji karya gurunya dengan mengangkat manhaj,
ilham, pemikiran yang ditonjolkan oleh Shaykh. Susunan tafsir menurut tartib al-Nuzul
yang digubah oleh gurunya menjadi tarikan dan perhatian beliau.
Seterusnya, Shaykh Fadl Hassan „Abbas turut memberi ulasan yang ringkas
berkenaan manhaj tafsir tartib al-Nuzul khususnya tafsir yang ditulis oleh Shaykh „Abd al-
Rahman. Menurutnya, penulisan tafsir berdasarkan tartib al-Nuzul adalah suatu bentuk
karya yang unik dan berbeza pendekatan dari ulama terdahulu.
36Majdi Makki, Al-Ta‘arif bi Kitab Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur (Damsyik: Dar al-Qalam, 2006), 5. 37Anak murid Shaykh „Abd al-Rahman di Universiti Umm al-Qura. Beliau menulis ringkasan terhadap karangan tafsir Ma‘arij Tafakkur oleh penulisan gurunya (Shaykh „Abd al-Rahman). 38Rujuk „Abd al-Rahman al-Shahri, دعوة للاطلاع على كتاب )المعين على تدبر الكتاب المبين( للأستاذ مجد مكي , Multaqa al-Tafsir , di akses pada 13 November 2015, https://vb.tafsir.net/tafsir11925/#.WgmiV1uCzIU. Kitab ini mempunyai 606 muka surat, diterbitkan di Riyad,cetakan pertama pada tahun 2006.
Univers
ity of
Mala
ya
285
Dr Tawfiq Ramadan al-Buti39 dari Damsyik, Syria berpendapat penulisan tafsir
tartib al-Nuzul yang ditulis oleh Shaykh „Abd al-Rahman adalah manhaj penulisan yang
lemah. Menurut beliau penulisan tafsir berdasarkan tartib al-Nuzul surah tidak mempunyai
sumber periwayatan yang lengkap. Ia tidak menepati sunnah ulama salaf dalam menyantuni
al-Quran. Penulisan tafsir ini menurut beliau hanya dibolehkan sebagai satu bentuk kajian
ilmu, yang tidak boleh dijadikan sebagai tilawah.40 Demikian juga yang diperkatakan oleh
Dr. Salah „Abd al-Fattah al-Khalidi41 bahawa tafsir tartib al-Nuzul adalah suatu manhaj
yang terbuka pada pertikaian kerana aturan nuzul surah tiada sumber yang lengkap dan
tepat. Sebaliknya, ulama berbeza pandangan dalam isu ini kerana ada yang menyatakan ia
adalah suatu keharusan, bahkan keperluan dari sudut kajian ilmu. Shaykh Mustafa Muslim
menyebutkan bahawa tafsir tartib al-Nuzul adalah harus kerana ia selari dengan manhaj
mawdu‘i. Bagi beliau, usaha penulisan ini dapat meluaskan medan perbincangan dan
pengkajian ilmu makki dan madani, asbab al-Nuzul dan tartib al-Nuzul ayat dan surah.
Namun, tartib al-Nuzul bukan untuk tujuan tilawah kerana ia tidak mengikut aturan
mashaf.42
Justeru, daripada keseluruhan perbincangan para ilmuan tersebut menunjukkan
tafsir tartib al-Nuzul adalah suatu manhaj yang kritikal dan mempunyai manfaat serta
fungsi yang tertentu. Ringkasnya, penulis bersetuju dengan pandangan Dr Mustafa Muslim 39Pensyarah Ekonomi di Jabatan Syariah Universiti Damsyik, Syria. Beliau adalah anak kepada ulama terkenal Shaykh Dr. Sa„id Ramadhan al-Buthi, mufti Syria 2010. Beliau telah ditemu ramah pada tarikh 4 Feb 2010, masa 11.00 pagi di pejabat beliau, Jabatan Syariah Universiti Damsyik, Syria. 40 Bacaan al-Qur‟an mengikut tartib al-Nuzul adalah tidak sunnah bahkan bacaan yang ditegaskan adalah menurut susunan mashaf „Uthmani sebagaimana yang telah disepakati oleh para sahabat ra.hm dan para ulama selepasnya. 41 Pensyarah di Universiti Uwise, „Amman Jordan. Beliau merupakan ulama pakar dalam bidang Tafsir, Sirah dan „Ulum Qur‟an. Beliau telah ditemu ramah oleh penulis di rumah kediamannya, di Hayyu Syarqi, „Amman, pada tarikh 5 Feb 2011, masa 4 petang. 42Rujuk perbincangan Dr Mustafa Muslim dalam Multaqa Ahli Tafsir yang bertajuk حسب ترتيب النزول في الميزان التفاسير ,
di akses pada 12 November 2016, https://vb.tafsir.net/tafsir28935/#.WLziwW-GPIU .
Univers
ity of
Mala
ya
286
dan ilmuan yang bersetuju dengan pendekatan yang dipilih oleh Shaykh „Abd al-Rahman
atas dua faktor. Pertama, Shaykh tidak pernah menolak aturan mashaf walaupun memilih
pendekatan penulisan tafsir mengikut tartib al-Nuzul. Kedua, penulisan tafsir tartib al-
Nuzul ini jelas merupakan suatu bentuk tafsir mawdu‘i iaitu tafsiran yang dilakukan
berdasarkan sejarah kronologi penurunan al-Quran.
Oleh itu, tiada halangan kepada beliau untuk memilih pendekatan ini untuk tujuan
penelitian dan tadabbur kerana ia bukannya untuk tujuan tilawah. Rumusan penulis,
bahawa penulisan tafsir tartib al-Nuzul merupakan suatu pendekatan unik yang boleh
diterima kerana ia satu wasilah yang dapat memperkayakan ilmu tadabbur.
4.4 Aplikasi Prinsip Tadabbur dalam Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-
Tadabbur
Bab empat merupakan kemuncak bagi kajian penulis yang mengupas dan membincangkan
aplikasi prinsip tadabbur dalam Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur.
Setiap contoh yang didatangkan menjelaskan fungsi asas-asas ilmu tadabbur yang
terkandung dalam perbahasan prinsip tadabbur. Boleh jadi satu sampel ayat mengandungi
pelbagai kaedah yang berkaitan dengannya. Begitu juga tidak semestinya satu ayat hanya
terhad kepada satu prinsip sahaja. Ini kerana satu sampel ayat al-Quran dapat dikeluarkan
pelbagai istifadah, hikmah-hikmah serta dapatan baru berdasarkan kepada fokus dan
perincian yang dibincangkan. Justeru, penulis mengemukakan sampel ayat bagi setiap
prinsip sebagai mewakili contoh aplikasi prinsip tadabbur dalam Tafsir Ma‘arij al-Tafakur.
Univers
ity of
Mala
ya
287
Pengarang menyebut dalam catatan kitab tafsirnya;
Bermaksud:“Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur adalah sebuah tafsir tadabburi al-Quran al-Karim yang ditulis berasaskan tartib al-Nuzul dan selari dengan manhaj Kitab Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah”.43
Asas-asas ilmu tadabbur dalam Kitab Qawa‘id al-Tadabbur ini dikumpul dan
ditulis terlebih dahulu sebelum melakukan penulisan tafsir tartib al-Nuzul. Kompilasi
kaedah-kaedah yang terhimpun dalam Kitab Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal tidaklah
sekadar membentangkan pendekatan secara teori semata-mata. Namun, huraiannya
disertakan dengan contoh ayat-ayat al-Quran yang membantu menjelaskan pemahaman.
Merujuk kenyataan yang disebut oleh beliau dalam muqaddimah tafsir44;
Terjemahan: “Aku mengumpulkan kaedah-kaedah ini beserta dengan contoh-contohnya dalam penulisan kitabku; ((Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah)) sehingga mukasuratnya semakin bertambah dan mencapai 800 mukasurat,..”.
Setiap ayat al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t mempunyai latar
belakangnya yang tersendiri. Ia berbeza mengikut faktor-faktor tertentu seperti sebab
penurunan, peristiwa yang berlaku, individu yang terlibat, tempat dan kronologi masa
ketika ayat tersebut diturunkan. Dengan itu, pengetahuan dan kemahiran untuk
mentadabbur al-Quran melalui prinsip tadabbur al-Quran dapat membantu memberi
kefahaman yang benar mengenai ayat-ayat al-Quran. Seterusnya, penulis akan
membentangkan aplikasi bagi setiap lima prinsip tadabbur di dalam Tafsir Ma‘arij al-
43Kenyataan ini tercatat pada setiap jilid kulit buku tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. 44 Rujuk Muqaddimah Kitab, Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, 1: 5.
Univers
ity of
Mala
ya
288
Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur bermula dengan turutan prinsip tadabbur yang pertama
sehingga kepada prinsip tadabbur lima.
4.4.1 Contoh Aplikasi Prinsip Pertama: Berpegang pada manhaj mawdu‘i al-Qur’an
dan munasabat al-Qur’an
Prinsip pertama ini menjelaskan keperluan berpegang kepada manhaj mawdu‘i dan
munasabat al-Quran untuk mentadabbur ayat-ayat Allah s.w.t. Penekanan terhadap prinsip
ini amat penting kerana ia membantu pentadabbur memahami ayat secara menyeluruh
berdasarkan tema atau topik yang difokus. Ilmu tematik menjadi suatu konsep jambatan
yang menghubungkan kefahaman terhadap seluruh ayat al-Quran menerusi topik-topik
yang ingin dihayati. Penumpuan kepada prinsip ini memerlukan kepada pengetahuan tafsir
yang berbentuk ilmu „peta minda‟ atau lakaran minda yang menghubungkan tafsiran dan
kefahaman ayat-ayat yang berhubung dengan tema.
Secara asasnya, konsep manhaj mawdu‘i al-Qur’an dan munasabat al-Qur’an dapat
dilihat pada penulisan tafsir tematik yang menggunakan pendekatan bertema tersebut.
Sebagai contoh tafsiran tematik adalah tafsiran ayat al-Quran dengan ayat al-Quran, tafsiran
ayat al-Quran dengan hadith dan tafsiran ayat al-Quran dengan ra’yi. Pendekatan bertema
bermula dengan satu topik yang diangkat untuk tujuan penelitian. Kemudian, daripadanya
dikembangkan lagi kefahaman kepada beberapa pecahan topik. Hasilnya, akan diperolehi
kefahaman ayat dan tema yang diteliti tersebut secara menyeluruh.
Univers
ity of
Mala
ya
289
Justeru, bahagian ini akan mengemukakan beberapa contoh aplikasi yang dipetik
daripada Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur untuk menjelaskan keperluan dan keutamaan prinsip
pertama iaitu berpegang dengan manhaj mawdu‘i al-Qur’an & munasabat al-Qur’an untuk
memahami ayat-ayat al-Quran.
a. Membentuk wihdah al-mawdu‘iyah surah dan menyemak maqasid surah al-Quran
untuk mendapatkan gambaran dan mesej utama bagi suatu surah
Mawdu‘ al-surah45 adalah suatu tema atau topik bagi surah al-Quran yang dinamakan
berasaskan kepada kekuatan ilmu istiqra’ dan istiqsa’ seseorang mujtahid mufassir.
Perletakan tema dalam sesebuah surah memerlukan kemahiran dalam ilmu tafsir dan
munasabat untuk menghubungkan maklumat antara ayat-ayat dalam surah atau keseluruhan
al-Quran. Shaykh „Abd al-Rahman antara mufassir yang mahir dan cenderung dengan
pendekatan mawdu‘ surah dalam penulisan tafsir. Pentafsirannya konsisten dalam
menganalisis dan mengemukakan “mawdu‘ al-Surah” atau “wehdahtu mawdu‘ surah”
untuk surah-surah makkiyah yang berjumlah 86 surah. Namun, bagi surah al-Kafirun,
penulis mendapati tidak ada mawdu‘ al-Surah padanya atas kemungkinan berlaku keciciran
atau keadaan yang tidak sempat dihuraikan oleh Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah.
Seterusnya, beliau juga membahagikan tema utama bagi setiap surah kepada
pecahan senarai durus46 iaitu secara berkelompok-kelompok. Kemudian, pentafsiran ayat-
45„Abd al-Rahman Habannakah, Qawa‘id al-Tadabbur, 27. Kaedah 2: Menyatukan tema dalam sebuah surah. 46Durus berasal dari kalimah bahasa Arab yang bermaksud pelajaran atau iktibar yang didapati daripada ayat-ayat al-Qur‟an. Rujuk kalimah درس, Kamus Lisan al-‘Arab, 2;1359.
Univers
ity of
Mala
ya
290
ayat al-Quran akan dikupas pada bahagian tadabbur tahlili47 yang mengikut kelompok
durus. Kupasan tadabbur tahlili bermula daripada surah al-„Alaq sehingga kepada surah al-
Mutaffifin. Sebanyak 86 surah Makkiyah telah dibincangkan secara tuntas dengan
menggunakan teknik durus. Dapatan penulis, Shaykh „Abd al-Rahman menggunakan
pendekatan durus yang menepati tujuan tadabbur iaitu untuk mengambil pengajaran dan
iktibar daripada Kalam Allah s.w.t. Oleh itu, menerusi teknik kelompok ayat tersebut dapat
dikupaskan pelbagai cabang ilmu dan isu dengan baik.
Pendekatan mawdu‘i al-Quran yang bertujuan untuk memahami konteks ayat dan
maksudnya. Ini turut diperakui oleh Majdi Makki sebagai pilihan yang menjadi
kecenderungan Shaykh „Abd al-Rahman dalam kebanyakan penulisan beliau. Pengarang
menyebut secara khusus dalam Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal bahawa kaedah “wehdatu
mawdu‘ al-surah al-Qur’aniyah”48 adalah suatu pendekatan berdasarkan tema dalam surah
al-Quran yang banyak memberi manfaat untuk memudahkan kefahaman. Ayat-ayat dalam
sebuah surah dikumpul dan dihubungkan maknanya sehingga pentadabbur mudah
memahami dan mendapat gambaran terhadap maksud surah secara menyeluruh.
47Tadabbur Tahlili adalah suatu istilah baru yang digunapakai oleh Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah dalam penulisan tafsir beliau. Apa yang dimaksudkan dengan tahlili adalah suatu analisis, pengkajian atau perincian terhadap tadabbur ayat. Justeru, tadabbur tahlili dapat diertikan sebagai tadabbur secara terperinci. Ini kerana beliau sukakan suatu pembaharuan atau kelainan daripada pentafsir lain. Kebiasaannya, pentafsir banyak menggunakan istilah tafsir tahlili iaitu kupasan dan huraian tafsir yang terperinci secara panjang lebar. Namun, Shaykh cenderung kepada tadabbur tahlili kerana boleh jadi beliau ingin memperkenalkannya sebagai suatu istilah yang baru kepada masyarakat. 48 Rujuk Qawa‘id al-Tadabbur, 27-30, Kaedah 2: Wehdah mawdu‘ al-surah al-Qur’aniyah.
Univers
ity of
Mala
ya
291
Contoh (1) : Aplikasi mawdu‘i al-surah yang tercatat pada surah Qaf49 :
Merujuk pada teks di atas, mawdu‘ surah Qaf (nuzul/34, mashaf/50) menyentuh beberapa
isu dan perkara. Antaranya ialah situasi manusia yang mendustakan hari Kiamat dan
pendustaan terhadap Rasul. Penolakan mereka terhadap Rasul berlaku atas alasan bahawa
Rasul yang dibangkitkan hanyalah dalam kalangan manusia seperti mereka dan bukannya
seorang malaikat. Tanggapan mereka bahawa utusan yang dipilih dalam kalangan manusia
adalah tidak istimewa atau mustahil mempunyai kelebihan. Tidak sekadar itu, pendustaan
mereka juga kepada hakikat kebangkitan manusia di hari akhirat. Ini kerana mereka
49 Rujuk Kitab Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, 3: 11.
Univers
ity of
Mala
ya
292
menafikan kebenaran setelah berlaku kehancuran jasad yang sebati dengan tanah, manusia
dapat diciptakan semula sebagaimana asal kejadiannya. Perkara tersebutlah yang dianggap
luar biasa atau mustahil sehingga mereka menganggap ia sebagai keanehan waras akal.
Justeru, menerusi contoh tema daripada surah Qaf tersebut difahami suatu mesej
mengenai sifat manusia yang mendustakan Hari Kebangkitan dan sifat golongan kufur yang
menafikan para Rasul yang dipilih oleh Allah s.w.t.
Contoh (2): Aplikasi tafsir mawdu‘i dipersembahkan dalam bentuk ‘durus surah’
Durus iaitu pengajaran ayat yang dilakukan oleh pengarang berdasarkan kelompok ayat.
Sebagai contoh kupasan tafsir mawdu‘i yang dilakukan dalam surah Hud yang disebut
sebagai durus surah Hud. Hasil penelitian terhadap ayat-ayat dalam surah Hud tersebut
beliau membahagikannya kepada tujuh durus seperti berikut;50
- durus pertama; ayat 1
- durus kedua; ayat 2 hingga 4
- durus ketiga; ayat 5 hingga 11
- durus keempat; ayat 12 hingga 14
- durus kelima; ayat 15 hingga 24
- durus keenam; ayat 25 hingga 108
- durus ketujuh; ayat 109 hingga 123
50 Contoh durus surah yang disebut dalam tafsir. Rujuk Ma‘arij al-Tafakkur dalam surah Hud, 10:305-307.
Univers
ity of
Mala
ya
293
b. Mencermati sibaq wa siyaq al-ayat untuk memahami kolerasi dan konteks ayat
Mencermati ayat-ayat dalam konteks munasabat al-Quran iaitu menghubungkan ayat al-
Quran dengan konteks ayat sebelumnya dan juga ayat yang selepasnya. Jika diteliti susunan
ayat al-Quran adalah seimbang dan setiap maknanya berhubung. Ayat-ayat al-Quran akan
difahami dengan jelas apabila dilakukan kelompokan berdasarkan tema yang bersesuaian.
Setelah itu, barulah dapat difahami konteks ayat atau sesuatu surah tersebut secara
menyeluruh. Sibaq dan siyaq ayat akan menjelaskan lihaq ayat iaitu konteks ayat.
Contoh (1):
Pentadabbur seharusnya teliti ketika menghubungkan perkaitan makna yang terkandung
antara ayat-ayat al-Quran apabila keadaannya yang terasing-asing dalam pelbagai surah al-
Quran ke dalam sebuah tema.51 Pendekatan ini secara tepatnya dikenali sebagai mawdu‘i
al-Qur’an iaitu tematik al-Quran di mana ayat-ayat yang berkaitan dikumpul dan
dipertemukan dalam sebuah tema berdasarkan kepada tujuan dan sasaran tema tersebut.
Penelitian dilakukan dengan melihat perkaitan yang wujud antara ayat-ayat dalam sesebuah
surah (mawdu‘i al-Surah) dan perkaitan yang wujud antara ayat-ayat di pelbagai tempat
dalam al-Quran (mawdu‘i al-Qur’an).
Gabungan ayat-ayat al-Quran yang dicantumkan akan dinilai berdasarkan aspek perkaitan
makna yang kukuh beserta sandaran dalil yang kuat. Tidak hairanlah teknik tematik al-
Quran ini menjadi tumpuan dan kecenderungan pengarang dalam penulisan tafsirnya
kerana ia sangat membantu mentadabbur al-Quran. Beliau berpandangan melalui gabungan
51 Kaedah 1: Perkaitan ayat-ayat al-Qur‟an dengan topik surah dan hubungannya secara tematik dengan ayat-ayat yang lain. (حول ارتباط الجملة القرأنية بوضوع السورة , وارتباطها الموضوعي با تفرق في القرأن المجيد )
Univers
ity of
Mala
ya
294
ini dapat dikumpulkan pelbagai perkara, hikmah dan pengajaran menerusi mesej ayat-ayat
tersebut. Sebagai contoh yang didatangkan oleh pengarang dalam tafsiran ayat berikut:52
ناىا وزي انااىا وما لا من ف روج ماء ف وق هم كيف ب ن ي ﴾﴿ أف لم ينظروا إل السا
Qaf 50: 6
Terjemahan: Maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya, dan keadaannya tidak mendapati retak-renggang?
Menerusi surah Qaf pada ayat 6, Allah s.w.t telah mengingatkan manusia agar
memerhatikan penciptaan langit yang begitu sempurna kejadiannya agar manusia
menyedari kehebatan, keagungan dan kekuasaan Allah s.w.t yang Maha Pencipta. Secara
umumnya pada ayat ini telah disebut keadaan langit yang tercipta indah serta dipenuhi
dengan perhiasan. Namun, daripada ayat enam surah Qaf ini tidak pula dinyatakan apakah
„perhiasan langit‟ tersebut? Setelah diteliti perincian bagi tafsiran ayat tersebut ternyata
telah diisyaratkan pada ayat-ayat yang lain yang menyebut tentang bintang-bintang yang
menjadi perhiasan langit.
Terdapat lima ayat53 pada tempat berasingan yang saling melengkapi dan
menghuraikan maksud ayat, “langit yang dihiasi untuk pandangan manusia di bumi” yang
merujuk kepada beberapa petikan berkaitan dengan nas pertama sepertimana berikut;
52 Rujuk Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, surah Qaf (nuzul/34), 3:43 53 Surah Qaf (nuzul/34): 6, al-Hijr (nuzul/54): 16, al-Saffat (nuzul/56) : 6-10, al-Fussilat (nuzul/61): 12, al-Mulk (nuzul/77): 5. Kelima-lima surah ini nuzul makkiyah yang dikumpulkan dalam sebuah tema dengan suatu perkaitan iaitu bagi menjelaskan perhiasan langit adalah gugusan bintang-bintang.
Univers
ity of
Mala
ya
295
Petikan pertama:
Qaf 50: 6
Terjemahan: Maka Apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikitpun?
Petikan kedua:
Al-Hijr 15:16
Terjemahan: Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (Nya).
Petikan ketiga:
al-Saffat 37 : 6-10
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang terdekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang,(6) Dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat derhaka,(7) Syaitan-syaitan itu tidak dapat mencuri dengar (pembicaraan) para Malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru(8) Untuk mengusir mereka dan bagi mereka siksaan yang kekal,(9) Akan tetapi Barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); Maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang. (10)
Univers
ity of
Mala
ya
296
Petikan keempat:
Al-Fussilat 41: 12
Terjemahan: Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha mengetahui.
Petikan kelima:
Al-Mulk 67: 5
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.
Beberapa petikan ayat tersebut telah menjadi pelengkap kepada ayat yang menyebut umum
tentang perhiasan langit. Kombinasi ayat-ayat tersebut menunjukkan isyarat yang lebih
terperinci mengenai jenis-jenis perhiasan langit. Kupasan dan penerangan perhiasan langit
itu terdiri daripada beberapa petikan al-Quran tersebut. Perhiasan-perhiasan yang
dimaksudkan adalah gugusan bintang. Justeru, kaedah tematik al-Quran telah membuka
ruang pentafsiran yang lebih jelas untuk membahas dan membincangkan sesuatu perkara
dengan lebih tertumpu dan fokus dalam sebuah topik.
Univers
ity of
Mala
ya
297
4.4.2 Contoh Aplikasi Prinsip Kedua: Memahami Nuzul al-Qur’an, sejarahnya dan
ilmu-ilmu berkaitan dengannya.
Susunan al-Quran yang disepakati oleh ulama secara ijma‘ adalah tertib surah yang
mengikut Mashaf ‘Uthmani. Ia telah dilakukan oleh beberapa orang sahabat yang terpilih
dan berkeahlian dalam penyusunan dan penulisan wahyu. Antaranya ialah Zaid bin Thabit,
‟Ubay bin Ka„ab dan khalifah yang empat. Jumhur ulama mengatakan bahawa susunan
surah-surah al-Quran mengikut Mashaf ‘Uthmani adalah tawqifi iaitu bersandarkan kepada
ketetapan daripada Rasulullah s.a.w.
Baginda s.a.w menyemak bacaan al-Quran bersama Jibril a.s pada setiap tahun
sekali ketika bulan Ramadhan. Pada tahun akhir kewafatannya, Rasulullah s.a.w telah
menyemak keseluruhan bacaan al-Quran kepada Jibril a.s sebanyak dua kali termasuklah
bentuk bacaan Qira’at. Bacaan Rasulullah s.a.w ketika semakan bersama Jibril a.s adalah
mengikut urutan tertib Mashaf ‘Uthmani.
Ibn Abbas r.a meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Jibril a.s
membacakan (al-Quran) kepadaku dengan satu ‘huruf’ (satu jenis bacaan sahaja)”.
Kemudian, berulang kali aku mendesak dan meminta agar huruf tersebut ditambah dan ia
pun menambahnya sehingga kepada tujuh „huruf‟ iaitu tujuh jenis bacaan.
‟Ubay bin Ka„ab telah meriwayatkan bahawa ketika Nabi s.a.w berada berdekatan
dengan parit Bani Gafar, Baginda s.a.w telah didatangi oleh Jibril a.s lalu berkata: “Allah
s.w.t memerintahkan kepadamu agar membacakan al-Quran kepada umatmu dengan satu
Univers
ity of
Mala
ya
298
huruf”. Baginda s.a.w menjawab: “Aku memohon kepada Allah s.w.t dengan maghfirah-
Nya, kerana umatku tidak dapat melaksanakan perintah itu”. Kemudian Jibril datang lagi
kali kedua dan berkata: “Allah s.w.t memerintahkanmu agar membacakan al-Quran kepada
umatmu dengan dua huruf”. Nabi s.a.w menjawab: “Aku memohon kepada Allah
keampunan dan maghfirah-Nya, umatku tidak mampu melaksanakannya”. Jibril datang lagi
untuk kali ketiga, lalu mengatakan: “Allah s.w.t memerintahkan kepadamu agar
membacakan al-Quran kepada umatmu dengan tiga huruf”. Nabi s.a.w menjawab: “Aku
memohon kepada Allah s.w.t keampunan dan maghfirah-Nya, umatku tidak mampu
melaksanakannya”. Kemudian Jibril datang lagi bagi keempat kalinya lalu berkata: “Allah
s.w.t memerintahkanmu agar membacakan al-Quran kepada umatmu dengan tujuh huruf,
dengan huruf mana saja yang dibaca oleh mereka adalah benar (diterima)”.
Al-Quran tidak diturunkan oleh Allah s.w.t sekaligus. Sebaliknya, ia diturunkan
secara berperingkat-peringkat sehingga memakan masa sekitar 23 tahun lamanya. Tiga
belas tahun daripadanya adalah fatrah Rasulullah s.a.w berada di Makkah. Sementara,
sepuluh tahun selebihnya adalah selepas Baginda s.a.w berhijrah ke bumi Madinah. Justeru,
ayat-ayat al-Quran ada yang diturunkan di Makkah, Madinah dan yang dalam perjalanan
sama ada di luar Makkah dan Madinah. Selain itu, ada juga ayat yang diturunkan pada
waktu siang dan malam pada lokasi yang berbeza-beza. Ulama telah lama melakukan
penelitian dan pengkajian dalam permasalahan ini bagi menentukan surah-surah dan ayat-
ayat makki dan madani al-Quran.
Univers
ity of
Mala
ya
299
Berikut adalah contoh-contoh yang dibentangkan sebagai pembuktian aplikasi
prinsip tadabbur 2 iaitu „memahami nuzul al-Qur’an, sejarahnya dan ilmu-ilmu berkaitan
dengannya di dalam Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur.
a. Menelusuri periwayatan hadith atau sunnah berkenaan surah al-Quran untuk
memahami keadaan nuzul.
Sepanjang penelitian pada Kitab Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal, penulis mendapati
pengarang akan menyatakan sumber hadith atau sunnah berkenaan sesuatu surah sekiranya
terdapat riwayat mengenainya. Beliau menyebut dalam Kitab Qawa‘id al-Tadabbur
bahawa memahami nuzul al-Quran amat penting untuk membantu penghayatan kontekstual
sesebuah surah dan ayat yang diturunkan. Kerana setiap ayat dan surah mempunyai latar
belakang penurunan yang berbeza berdasarkan situasi tempat, individu yang terlibat serta
zaman berlakunya peristiwa. Contohnya, sumber riwayat hadith berkenaan surah al-Fajr:54
Terjemahan: “Terdapat pelbagai sumber riwayat hadith berkenaan surah al-Fajr yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Muaz r.a. Ia sebagai teguran kepadanya mengenai bacaan Muaz r.a. yang panjang ketika menjadi imam solat kepada masyarakat; ((Apakah yang kamu telah perbuat wahai Muaz?)) sambil Baginda s.a.w
54 Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, surah al-Fajr (nuzul/10), jil.1, 513.
Univers
ity of
Mala
ya
300
menyuruhnya agar membaca surah-surah yang pendek seperti; surah (( سبح اسم ربكوالليل إذا يغشى -العلى )) dan ada sebahagian riwayat menyebut surah ((الفجر ))”.
Dari hadith tersebut dapat diketahui surah yang panjang atau pendek dan kesesuaian bagi
seorang imam yang membacanya. Menerusi sumber hadith ini juga dapat difahami
kelebihan dan kepentingan sesebuah surah berdasarkan konteksnya.
b. Menghayati pensyariatan hukum dan kronologi nas al-Quran dalam konteks
Marahil al-tanzil
Pentadabbur Kitab Allah s.w.t perlu merujuk pada ijtihad ulama mengenai peringkat-
peringkat penurunan ayat al-Quran untuk mendapat kefahaman tanzil ayat secara jelas.
Peringkat-peringkat penurunan ayat tersebut membentuk kefahaman terhadap asas
penurunan syari„at secara berperingkat.
Al-Isra‟17: 106
Terjemahan: Dan Al-Quran itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacanya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian.
Penentuan terhadap ayat yang turun sebelumnya dan syari„at yang turun selepasnya, yang
menyempurnakan dan menjelaskan hukum secara berperingkat. Dengan mengetahui
marahil al-Tanzil akan menghidarkan kesilapan ketika mengaitkan atau menggambarkan
ayat yang terdahulu dan yang kelihatan bertentangan ketika turun ayat selepasnya
berkenaan topik yang menjelaskan tentang tanggungjawab, hukum-hakam, wasilah tarbiyah
cara-cara pembaikan (islah), ‟uslub berdakwah dan pelbagai persiapan dalam jihad.
Univers
ity of
Mala
ya
301
Ayat-ayat al-Quran yang menerangkan perkara aqidah dan usul al-Din kebanyakan
mengumpulkan al-lahiq min al-Sabiq. Difahami bahawa keadaan dalil-dalil tersebut adalah
sempurna dan menyeluruh, seolah-olah ia diturunkan sekaligus pada waktu yang sama.
Kandungannya tidak memerlukan kepada taklif dan peringkat dalam pendidikan, malah
peringkat diterangkan secara ta‘limi (pengajaran). Ia turut mengandungi kehalusan bahasa
yang terserlah dari sudut balaghah dan dalil yang menunjukkan kepada petunjuk i„jaz yang
memerlukan kepada penelitian pemikiran secara mendalam.
Menurut kupasan tadabbur Shaykh „Abd al-Rahman, kaedah ini telah
menghuraikan lima contoh yang menyentuh aspek penurunan ayat secara berperingkat.55
Sesuatu pensyariatan sama ada perintah atau hukum memberi kesan kepada kefahaman
dalam beramal, sepertimana yang berhubung dengan perkara-perkara berikut:
1. Peringkat ayat-ayat pengharaman arak
2. Peringkat ayat-ayat pengharaman riba
3. Peringkat ayat-ayat seruan kepada jihad (daripada jihad dakwah sehingga kepada jihad
melawan musuh di medan perang).
4. Peringkat ayat-ayat yang menerangkan proses tarbiyah.
5. Contoh pengajaran Allah s.w.t terhadap para Rasul dan pendakwah, bagaimana
menjawab soalan yang bertanya mengenai Hari Kiamat, bagaimana menjawab segala
keraguan yang ditimbulkan oleh mereka?
55 Qawa‘id al-Tadabbur, 151. Lihat Kaedah 9: تتبع مراحل التنزيل
Univers
ity of
Mala
ya
302
Marahil al-Tanzil al-Quran turut mempunyai perkaitan rapat dengan munasabat al-
Quran yang menghubungkan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk kronologi zaman atau
peristiwa. Menerusi ilmu makki dan madani dapat diselami tahap-tahap pensyariatan agama
dan proses dakwah Islamiyah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w serta para sahabat ra.hum.
Selain itu, pengetahuan tentang perbezaan ayat-ayat makki dan madani juga dapat
membantu kefahaman yang sahih tentang nas, khususnya semasa mengenalpasti ayat-ayat
nasikh dan mansukh.
Justeru, hikmah penurunan al-Quran secara bertahap antaranya untuk menguatkan
dan meneguhkan hati Rasulullah s.a.w ketika menghafal dan memahami wahyu yang
diturunkan, berdasarkan kesesuaian peristiwa-peristiwa dan penetapan hukum secara
bertahap. Demikian pula, merujuk kepada sumber periwayatan yang sahih turut
memerlukan kepada pengetahuan ilmu nuzul al-Quran. Begitu juga, memahami ilmu tartib
al-Nuzul dan asbab al-Nuzul untuk mentaddabur ayat-ayat Allah s.w.t amat penting agar
kefahaman yang lahir tidak tersasar dari maksud yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.
4.4.3 Contoh Aplikasi Prinsip Ketiga: Mendalami Bahasa al-Quran dengan meneliti
struktur ayat-ayatnya.
Para pentadabbur Kalam Allah s.w.t sebelum ini telah mengkaji bentuk-bentuk balaghah
yang terkandung dalam petikan ayat al-Quran.56 Kemudian, kandungan mesej yang
disampaikan oleh bentuk-bentuk balaghah tersebut akan dikupas dengan penuh teliti.
Kajian terhadap bentuk-bentuk balaghah yang terkandung dalam petikan ayat al-Quran
terlalu luas untuk dikaji oleh penuntut ilmu.
56 Rujuk Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal, kaedah 22: Kajian terhadap bentuk-bentuk balaghah.
Univers
ity of
Mala
ya
303
Sehubungan itu, bidang pengajian yang luas ini menjadi medan praktik kepada
pentadabbur untuk memahami dan mencermati contoh-contoh balaghah di dalam al-Quran.
Di samping itu, dengan penguasaan ilmu balaghah ini individu pentadabbur dapat
mengukuhkan kaedah ilmu ma‘ani, ilmu bayan dan ilmu badi‘ dalam diri mereka sehingga
ayat-ayat al-Quran menjadi sangat menarik untuk dihayati. Justeru, usaha untuk meneliti
kehalusan dan menghayati keindahan bahasa al-Quran akan memberikan kesan kepada
penghayatan maksud daripada al-Quran. Bahasa al-Quran mempunyai keunikan, keindahan
dan kesempurnaan yang bertepatan kedudukannya sebagai Kalam Allah.
a. Kalimah al-Quran yang mempunyai lebih dari satu makna dalam satu masa.
Kalimah Arab boleh mengandungi pelbagai makna dalam satu masa yang sama. Kerana
tiada dalil yang menunjukkan kalimah Arab mempunyai maksud yang khusus dan tertentu
sahaja. Keadaan ini menimbulkan kekeliruan dan permasalahan untuk menentukan makna
yang paling sesuai dan tepat.57 Isu ini memang biasa berlaku dalam perbahasan kitab-kitab
‟Usul al-Fiqh. Apabila berlaku situasi ini, para fuqaha’ akan berbincang untuk menentukan
makna menurut konteks bagi sesuatu ayat dan kadangkala akan menemui pandangan yang
berbeza antara satu sama lain. Ini kerana terdapat pelbagai makna yang boleh dirujuk bagi
satu-satu ayat al-Quran. Namun, pada akhirnya kebanyakan ulama akan bersetuju dan
mencari kesepakatan bagi satu istilah yang dipakai.
Situasi ini menunjukkan pada kehalusan dan kesenian bahasa al-Quran yang
dinamakan balaghah al-Qur’an. Ia adalah ketinggian bahasa dan nilai yang terdapat dalam
57Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal, 567. Rujuk kaedah 28: “Penggunaan perkataan yang mempunyai banyak makna dalam satu masa”.
Univers
ity of
Mala
ya
304
ilmu i„jaz iaitu perkataan yang tidak banyak (ringkas) namun memberi makna yang
mendalam. Perkataan tersebut disebut sekali sahaja namun mengandungi makna yang luas
dan merujuk kepada kepelbagaian makna dalam masa yang sama. Ia membuktikan
kekayaan bahasa Arab kerana kebiasaannya perkataan bahasa Arab mengandungi lebih dari
satu makna. Perbahasan ini lazimnya terdapat dalam perbincangan kinayah dalam kalangan
ulama balaghah.
Misalnya, satu perkataan yang mengandungi kinayah pada hakikat maksud perkataan
tersebut. Contoh: surah al-Buruj,(mashaf/85, nuzul/27): ayat 4-8.
ها ق عود ﴾﴿ الناار ذات الوقود ﴾﴿ أصحاب الخدود قتل ﴾﴿ إذ ىم علي ﴾﴿ لون بالمؤمنين شهود وىم على ما ي فع
هم إلا أن ي ؤمنوا باللا و العزيز الميد ﴾﴿ وما ن قموا من Al-Buruj 85: 4-8
Terjemahan: “Binasalah orang-orang yang membuat parit (pembesar Najran di Yaman)[4] yang berapi (yang mempunyai) kayu bakar [5] ketika mereka duduk di sekitarnya, [7] sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang mukmin [8]”.
Ayat tersebut menjelaskan bahawa binasalah golongan yang mengorek parit, yang menjadi
saksi terhadap keimanan golongan yang beriman kepada Allah s.w.t. Maka, apakah yang
dimaksudkan dengan, “ نقموا ”? Menurut aspek bahasa, perbuatan “ نقموا ” boleh
membawa maksud: i. keaiban, ii. kebencian yang bersangatan, iii. hukuman.
Univers
ity of
Mala
ya
305
b. Penggunaan fi‘il madi dalam al-Quran sebagai pengukuhan dan kepastian
peristiwa yang akan berlaku
Penggunaan fi‘il madi atau kata perbuatan lampau dalam al-Quran telah menunjukkan
konsistensi atau ciri penerusan bagi sesuatu perbuatan. Menurut Shaykh „Abd al-Rahman
penggunaan perlaksanaan terhadap sesuatu ketentuan takdir yang pasti berlaku dalam ilmu
dan kekuasaan Allah s.w.t. Perbuatan tersebut pasti berlaku pada masa akan datang yang
hanya menanti ketibaan masanya. Pentadabbur harus memerhati ayat Allah yang
didatangkan dalam bentuk fi‘il madi kerana menunjukkan kepada beberapa perkara:
i. Perbuatan yang berlaku dan bersifat azali sehingga selama-lamanya ia berterusan berlaku.
Sepertimana contoh penggunaan kalimah كانdalam beberapa ayat:
58﴾﴿ اللا و عليما حكيما كان و Al-Nisa‟4:17
Terjemahan:“....dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.”
قتدرا كان و 59﴾﴿ اللا و على كل شيء مAl-Kahfi 18:45
Terjemahan: “..dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu.”
Lafaz كان menunjukkan kepada sifat azali Allah s.w.t yang Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana sangat bertepatan dan selama-lamanya akan berterusan. Demikian juga, ayat
58
Surah al-Nisa‟(4): 17 59
Surah al-Kahfi (18):45
Univers
ity of
Mala
ya
306
yang menyebut sifat Allah s.w.t yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu menunjukkan pada
Kekuasaan Allah s.w.t yang tidak akan pernah berkurang atau berakhir selama-lamanya.
ii. Perbuatan yang sering berlaku yang menunjukkan kepada tiada pengakhiran masa sama
ada dalam bentuk yang baik atau buruk.
نسان أكث ر شيء جدل 60﴾﴿ وكان الSurah al-Kahfi 18:54
Terjemahan:“...dan manusia itu memang makhluk yang banyak sekali
bantahannya.”
Demikian pula pada lafaz كان ini menjelaskan sifat manusia yang sering membantah. Ia
menunjukkan pada suatu perbuatan manusia yang berterusan berlaku sepanjang zaman.
4.4.4 Contoh Aplikasi Prinsip Keempat: Menguasai Balaghah al-Qur’an dan ilmu-
ilmu berkaitan dengannya
Para pentadabbur Kalam Allah s.w.t sebelum ini telah mengkaji bentuk-bentuk balaghah
yang terkandung dalam petikan ayat al-Quran.61 Kemudian, kandungan mesej yang
disampaikan oleh bentuk-bentuk balaghah tersebut akan dikupas dengan penuh teliti.
Kajian terhadap bentuk-bentuk balaghah yang terkandung dalam petikan ayat al-Quran
terlalu luas untuk dikaji oleh penuntut ilmu. Bidang pengajian yang luas ini menjadi medan
praktis kepada pentadabbur untuk memahami dan mencermati contoh-contoh balaghah di
dalam al-Quran. Di samping itu, dengan penguasaan ilmu balaghah ini individu
60 Surah al-Kahfi (18):54 61 Rujuk Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal, kaedah 22: Kajian terhadap bentuk-bentuk balaghah.
Univers
ity of
Mala
ya
307
pentadabbur dapat mengukuhkan kaedah „ilmu ma‘ani, „ilmu bayan dan ilmu badi‘ dalam
diri mereka sehingga ayat-ayat al-Quran menjadi sangat menarik untuk dihayati.
Al-Quran adalah mukjizat terbesar bagi Rasulullah s.a.w yang mendapat jaminan
Allah s.w.t daripada sebarang penyelewengan, tokok tambah atau pengurangan
kandungannya. Oleh itu, Allah s.w.t telah merekodkan janji tersebut dalam firman-Nya;
﴾﴿ إناا نن ن زالنا الذكر وإناا لو لافظون Al-Hijr 15: 9
Terjemahan: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”
Ia adalah kitab mukjizat yang bersifat luar biasa dan melemahkan manusia untuk mencabar
lafaz dan isinya. Ia di luar kemampuan manusia untuk mencipta ayat-ayat seumpamanya.
a. Qasam al-Quran sebagai tujuan penegasan, pengukuhan dan keutamaan
Contoh: Surah al-Qalam (nuzul/2, mushaf/68)62
﴾﴿ ما أنت بنعمة ربك بجنون ﴾﴿ والقلم وما يسطرون نAl-Qalam 68: 1-2
Terjemahan: “Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis (1) Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum mushrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).(2)”
Qasam pertama yang diturunkan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran mengikut tartib al-Nuzul
adalah kalimah “القلم ” iaitu pena. Allah s.w.t bersumpah dengan „pena‟ dan „apa yang
62 Rujuk kupasan al-tadabbur al-tahlili dalam Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, 1: 207.
Univers
ity of
Mala
ya
308
ditulis‟ menunjukkan bahawa al-Quran benar-benar diturunkan dari sisi Allah s.w.t. Selain
ia adalah penafian keras mengenai tuduhan orang kafir terhadap Nabi Muhammad s.a.w.63
Shaykh „Abd al-Rahman al-Maydani turut memberi ulasan dan menghuraikan
berkenaan ilmu Qasam al-Quran dalam buku kaedah tadabburnya. Beliau menerangkan
bahawa ulama terdahulu seperti Ibn Qayyim al-Jawzy yang telah mengkaji tentang Aqsam
al-Quran. Antaranya, yang disebutkan dalam Kitab Al-Itqan fi ‘Ulum al-Quran oleh Imam
al-Suyuti bahawa Ibn Qayyim adalah satu-satunya ulama yang telah menulis tentang
Qasam al-Quran dalam satu jilid buku yang dinamakan “al-Tibyan”.
Namun menurut Shaykh „Abd al-Rahman, beliau belum menemui dari karya-karya
yang lepas suatu penulisan yang lengkap mengenai tajuk al-Qasam ini. Justeru, beliau
mengambil peranan itu sebagai pentadabbur yang mengkaji apa yang didatangkan oleh
sumpah dan kandungan sumpah tersebut melalui pelbagai bentuk.64Antara catatan penting
yang dibincangkan berkenaan ilmu qasam ialah:
Pertama: Mengkaji dan memerhatikan keluasan bahasa al-Quran melalui penemuan kaitan
„perkara yang disumpah‟ dengan „penyataan sumpah‟. Selain turut menyelami maksud
perkara yang disumpah dan tujuan sumpah tersebut yang mempunyai pelbagai tafsiran.
Kedua: Mengkaji objektif daripada kenyataan sumpah (القسم عليو).
63 Rujuk kaedah 20: Al-Qasam dalam al-Qur’an, Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal, 465. 64 Rujuk ulasan Shaykh „Abd al-Rahman pada catatan nota kaki dalam Kaedah 20: Qasam dalam al-Qur’an. Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal, 463.
Univers
ity of
Mala
ya
309
Antara objektifnya ialah:
a. Sebagai penegasan perkara yang berlaku yang berkaitan dengan kenyataan sumpah.
b. Melambangkan perkara yang disumpah ( القسم بو) itu adalah suatu perkara yang hebat.
c. Sebagai perhatian terhadap perkara yang disumpah itu untuk difikirkan sehingga dapat
dikeluarkan suatu dapatan atau istinbat ilmu daripadanya.
d. Menerangkan ketinggian dan kemuliaan perkara yang disumpah itu di sisi Allah sebagai
pelaku sumpah. Ia sebagai perkara yang disukai dan memberi kesan oleh Allah s.w.t.
e. Menunjukkan kepada kecintaan, keutamaan dan kepentingan bagi perkara yang
digunakan oleh Allah s.w.t untuk bersumpah.
Ketiga: Mengkaji sasaran orang yang disebut dalam kenyataan sumpah dalam petikan al-
Quran. Siapa yang dimaksudkan oleh nas sama ada mereka adalah orang kafir atau
golongan beriman atau manusia umumnya atau golongan khusus tertentu.
Keempat: Meneliti keadaan sasaran yang bertindak sebagai penegas bagi mereka dengan
lafaz sumpah.
Kelima: Merenung dan menyemak hikmah yang terkandung dalam sebahagian lafaz
sumpah yang didahului huruf nafi dengan menyebut “ ل أقسم”.
Ringkasnya, pentadabbur perlu menyemak dengan teliti hubungan antara al-
muqsam bih iaitu perkara yang disumpah dan al-muqsam ‘alaih iaitu kenyataan sumpah.
Shaykh „Abd al-Rahman al-Maydani menyebut bahawa pentadabbur Kalam Allah s.w.t
seharusnya mengkaji keluasan ilmu al-Quran dengan sepenuh tumpuan hati dan fikiran
Univers
ity of
Mala
ya
310
untuk memahami tuntutan al-Quran. Di samping, mendedahkan hubung kait antara al-
muqsam bih dan al-muqsam ‘alaih, pentadabbur seharusnya dapat mengupas pengertian al-
muqsam bih dari sudut lafaz yang mungkin mengandungi pelbagai tafsiran. Selain turut
memahami kupasan maksud al-muqsam ‘alaih sekiranya ia mengandungi pelbagai tafsiran.
b. Menghayati keindahan dan kehalusan bahasa melalui balaghah al-Qur’an
Contoh : Surah Ibrahim (nuzul/72, mushaf/14) ayat 6.
اكم م ن آل فرع ون يس ومونكم س و ء وإذ ق ال موس ى لقوم و اذك روا نعم ة اللا و عل يكم إذ أن راب نساءكم العذاب ويذبون أب ناءكم ويستحيون لكم بلاء م ﴾﴿ كم عظيم وفي ذ
Ibrahim 14: 6
Terjemahan: “Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Kenanglah nikmat Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya yang sentiasa menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu".
Ayat di atas yang menyebut “mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan
hidup anak-anak perempuan kamu” pada lafaz “نساء ” adalah suatu bentuk balaghah.
Dalam situasi ini, kaedah balaghah ini dinamakan sebagai اعتبار ما سيكون iaitu menjelaskan
suatu keadaan yang akan berlaku pada masa hadapan tetapi dalam bentuk kata kerja lampau
(fi‘il madi). Ayat berbentuk balaghah begini menunjukkan keadaan yang pasti berlaku.
Oleh itu, merujuk kepada ayat di atas ketika peristiwa tersebut berlaku, keadaan anak-anak
perempuan itu masih kecil atau bayi. Tetapi Allah s.w.t menggunakan lafaz“ نساء ” iaitu
Univers
ity of
Mala
ya
311
yang bermaksud „wanita dewasa‟ seolah-olah menunjukkan situasi anak-anak perempuan
itu pada masa hadapan yang akan berlaku. Kerana itu, tujuan Allah s.w.t menggunakan
kalimah “ نساء ” adalah untuk memberi penegasan bahawa anak-anak perempuan itu akan
dibiarkan hidup sehingga mereka dewasa. Di samping secara tidak langsung difahami
bahawa tidak berlaku pembunuhan ke atas mereka.65
Ringkasnya, kaedah ini merupakan salah satu ciri balaghah yang ada pada ayat-ayat
al-Quran. Ayat yang didatangkan dalam lafaz kata kerja lampau menunjukkan perkara yang
sedang berlaku atau yang akan berlaku, walaupun hakikatnya belum berlaku. Hakikatnya,
ia suatu penegasan yang menunjukkan perkara itu pasti berlaku.
4.4.5 Mempraktiskan ijtihad dalam memahami nas-nas tertentu
Konsep ijtihad yang dibincangkan oleh penulis dalam kajian tadabbur ini adalah
memfokuskan kepada perkara-perkara yang memerlukan medium akal untuk berfikir secara
mendalam yang berlaku dalam pelbagai aspek dan sudut perbincangan ilmu.
a. Menerbitkan istifadah ayat hasil penggunaan adawat al-khusus
Adawat al-khusus ialah suatu kalimah atau lafaz tertentu yang mempunyai fungsi khusus.
Kalimah atau lafaz ayat tersebut menjadi sebahagian daripada topik dalam perbincangan 40
kaedah tadabbur untuk tujuan mengambil manfaat daripadanya. Merujuk pada contoh dan
huraian yang dibentangkan oleh Shaykh „Abd al-Rahman, bentuk-bentuk kalimah tersebut
65 Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, 14: 94-95.
Univers
ity of
Mala
ya
312
mempunyai fungsi dan ciri-cirinya yang khusus. Lafaz dan kalimah seperti كذلك , بلى ,لعل
mungkin dipandang remeh oleh sebahagian orang yang tidak memerhatikan secara teliti.
Sedangkan setiap lafaz yang berada dalam al-Quran itu sudah tentu mempunyai kedudukan
dan keperluannya yang tersendiri.
Demikian juga lafaz ayat yang digunakan oleh al-Quran untuk menjelaskan suatu
makna melalui ‟uslub bahasa yang tertentu, seperti من بين يديو ومن خلفو , وما أدراك ما...؟
Ia ditumpukan dalam perbincangan kaedah tadabbur Shaykh „Abd al-Rahman .ونوهما
kerana penggunaannya sudah pasti mempunyai tujuan dan maksud yang perlu diketahui
daripadanya. Oleh kerana itu, kaedah-kaedah yang menumpukan pada kalimah dan lafaz
ayat tersebut penulis gabungkan dan menamakan sebagai „adawat al-khusus’ iaitu
perkataan yang mempunyai fungsi dan keistimewaan tertentu yang diteliti secara khusus.
Setiap lafaz ayat atau kalimah tersebut sudah pasti unik dan istimewa kerana ia
digunakan sebagai bahasa al-Quran. Oleh kerana itu, Shaykh „Abd al-Rahman al-Maydani
tidak meninggalkan perbincangan terhadap kalimah atau lafaz ayat tersebut untuk tujuan
diambil manfaat ilmu, pengajaran dan peringatan daripadanya. Kalimah yang ringkas
apabila dilihat dari kacamata tadabbur, ia dapat difahami dengan lebih luas dan mendalam.
Shaykh „Abd al-Rahman menjelaskan beberapa kalimah takhsis tersebut seperti berikut.
Univers
ity of
Mala
ya
313
Contoh (1): Kalimah ( بلى ) dalam al Quran.66 ( " بلى" في القرآنحول لفظ )
Ulama Arab mengatakan: sesungguhnya kalimah (بلى) adalah huruf ijab iaitu jawab, dan
dikhususkan jawab bagi penafian, sebagai membatalkan sesuatu kenyataan.
Sebagai contoh, apabila dikatakan kepada kamu; “Tidakkah muncul matahari” atau
ditanya; “Bukankah Allah cukup sebagai sembahan baginya? Maka jawab kepadanya;
“Bahkan. cukuplah Allah sebagai sembahan”.
Contoh (2) : ‟Uslub ayat ( !وما أدرك ماسقر..؟)67
Sebagai contoh lafaz ayat !وما أدرك ما..؟ iaitu yang bermaksud “dan tidakkah kamu tahu
apakah ..?! adalah suatu ‟uslub ayat al-Quran yang ingin menarik perhatian manusia
kepada suatu berita yang penting. Selain itu, ia merupakan gaya ayat yang digunakan oleh
Allah s.w.t untuk menyeru manusia agar mengambil peringatan terhadap kenyataan yang
akan disebutkan. Keseluruhan lafaz ayat !وما أدرك ما..؟ diturunkan pada zaman makki
(sebelum hijrah), dan ia telah disebut sebanyak 13 kali mengikut tartib al-Nuzul surah iaitu:
[surah al-mudathir: mashaf/74, nuzul/4] (27) 1. وما أدراك ما سقر
لة القدر 2. (2) [surah al-Qadr: mashaf/97, nuzul/25]وما أدراك ما لي
ah:mashaf/101, nuzul/30]i„Qar-[surah al (3)وما أدراك ما القارعة 3.
66
Qawa‘id al-Tadabbur, 633. Lihat perbincangan Kaedah 33: ( حول لفظ "بلى" في القرآن ) 67 Qawa‘id al-Tadabbur, 637. Lihat Kaedah 34: ( حول عبارة "وما أدرك ما..؟!" في القرآن )
Univers
ity of
Mala
ya
314
]ah:mashaf/101, nuzul/30]„Qari-surah al ﴾﴿ نار حامية ﴾﴿ وما أدراك ما ىيو 4.
nuzul/32] Humazah:mashaf/104,-[surah al ﴾﴿ نار اللا و الموقدة ﴾﴿ وما أدراك ما الطمة .5
t: mushaf/77, nuzul/33 ]aMursal-[surah al ﴾﴿ وما أدراك ما ي وم الفصل .6
Balad: mushaf/90, nuzul/35 ] -[surah al﴾﴿ فك رق بة ﴾﴿وما أدراك ما العقبة 7.
]zul/36]riq: mushaf/82 , nuaT-surah al ﴾﴿الناجم الثااقب ﴾﴿ وما أدراك ما الطاارق 8.
aqqah: mushaf/69, nuzul/78] H-[surah al﴾﴿الناجم الثااقب ﴾﴿ وما أدراك ما الطاارق 9.
ين 10. r: mushaf/82 , nuzul/72] taInfi-[surah al ﴾﴿وما أدراك ما ي وم الد
[surah al-Infitar: mushaf/82 , nuzul/72] ﴾ين ﴿٨١ 11. ثا ما أدراك ما ي وم الد
ين 12. mutaffifin: mushaf/83, nuzul/86 ]-[surah al ﴾١﴿ وما أدراك ما سج
[surah al-mutaffifin: mushaf/83, nuzul/86 ] ﴾﴿ رقوم 13. وما أدراك ما عليون ﴿﴾ كتاب ما
Sebagai contoh, pemerhatian para pentafsir terhadap ‟uslub ayat (!وما أدرك ماسقر..؟)
ia menerangkan persoalan yang penting mengenai neraka, „Apakah yang kamu tahu tentang
Saqar?‟. Kamu tidak dapat mengetahui kedahsyatan dan kegerunan keadaan neraka Saqar
melainkan hanya melalui apa yang dikhabarkan oleh Allah menerusi ayat-ayat-Nya.
Kalimah “ما” adalah bentuk istifham iaitu pertanyaan yang bertanya berkenaan hakikat
sesuatu. Pertanyaan yang dimaksudkan ialah takjub dengan kegerunan dan kedahsyatan
neraka Saqar. Pertanyaan ini mengandungi makna penafian ilmu terhadap orang yang
sedang ditujukan dalam percakapan melalui pertanyaan yang ditanya. Demikian itu,
manusia tidak akan pernah tahu gambaran kegerunan yang amat dahsyat mengenai neraka
Saqar melainkan setelah dikhabarkan oleh Allah s.w.t mengenainya.
Univers
ity of
Mala
ya
315
Ini menunjukkan bahawa ‟uslub ayat al-Quran; “tahukah kamu..?!” berkenaan
sesuatu berita yang ditanya adalah seolah-olah satu gertakan dan ia adalah perkara yang
sangat dahsyat. Demikian itu, ‟uslub yang digunakan ini cuba menggambarkan dan
menjelaskan keseluruhan petikan tersebut. Shaykh „Abd Rahman menyebut: Setelah diteliti
bentuk ‟uslub ayat ini dalam al-Quran. Jelas baginya bahawa bentuk ayat ( وما أدرك
adalah sebahagian daripada ‟uslub takjub dalam al-Quran yang wujud dan ia (ماسقر..؟!
mengandungi asas dan kaedah dalam percakapan orang Arab.
Kedahsyatan dan kegerunan neraka Saqar tidak mampu digambarkan keadaan
sebenarnya sebagaimana yang difikirkan sehinggalah mereka iaitu orang Arab akan
bertasbih apabila membayangkannya kepada kita. Ini kerana tiada sesiapa yang pernah
mengalami neraka Saqar dan tidak mampu menggambarkan kedahsyatan neraka-Nya. Oleh
itu, ayat (!وما أدرك..؟) memberikan limpahkan kebaikan untuk setiap orang yang membaca
ayat ini. Kesimpulannya, ungkapan ini memberikan ketukan kepada akal fikiran manusia
sebagai peringatan dan tempelakan supaya berfikir gambaran kedahsyatan neraka!
b. Tiada percanggahan fakta antara nas al-Quran dan kajian saintifik
Suatu fakta yang tetap ialah tidak pernah wujud percanggahan mahupun perselisihan yang
berlaku dalam al-Quran sama ada ayat dengan ayat atau ayat dengan realiti penemuan sains.
Kebenaran al-Quran tidak pernah diragui.68 Ayat al-Quran serta kandungan maknanya
68 Qawa‘id al-Tadabbur, 225. Kaedah 13.
Univers
ity of
Mala
ya
316
saling melengkapi dan tidak mungkin bercanggah dengan realiti kehidupan manusia.
Justeru, perbezaan nas yang berlaku adalah saling melengkapi.
Contoh (1): Surah an-Nahl (nuzul/70, mashaf/16) ayat 78
مع والبصار هاتكم ل ت علمون شيئا وجعل لكم السا ن بطون أما واللا و أخرجكم م ﴾﴿ لعلاكم تشكرون والفئدة
Al-Nahl 16:78
Terjemahan: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.”
Penemuan sains berkenaan penciptaan manusia didapati selari dengan fakta yang terdapat
dalam al-Quran. Manusia dianugerahkan dengan pendengaran, penglihatan dan jiwa (naluri)
supaya mereka bersyukur, mengenali dan mentaati penciptanya. Pancaindera yang diberi
menerusi pendengaran, penglihatan dan hati untuk manusia menjalankan tanggungjawab
kepada agama dan dunia. Ayat tersebut adalah suatu dalil daripada al-Quran yang
mengukuhkan teori penemuan sains berkenaan janin dalam perut ibu yang mengandung.69
Jika diteliti pada urutan lafaz ayat yang mendahulukan pendengaran daripada
penglihatan adalah sungguh tepat. Ini kerana menurut penemuan dan ilmu kedoktoran,
pancaindera pendengaran berfungsi terlebih dulu daripada pancaindera penglihatan apabila
bayi lahir ke dunia. Kemudian, manusia hidup berkembang untuk mengetahui suatu ilmu
69Rujuk perbincangan saintis terhadap bukti-bukti penemuan saintifik berkaitan embrilogi yang selari dengan fakta al-Qur‟an, sebagaimana yang telah didedahkan oleh Sheikh Abdul-Majeed al-Zindani sebagai Director Project of Scientific Miracles in the Qur‟an and Hadith, King Abdulaziz University, Jeddah, Saudi Arabia. Laman sesawang dikemas kini pada 3 Mac 2008 dan diakses pada 12 November 2017 di https://truereligiondebate.wordpress.com/2008/03/03/non-muslim-scientists-embraced-islam-after discovering-the-miracles-of-the-noble-quran/ http://www.islamic-awareness.org/Quran/Science/scientists.html.
Univers
ity of
Mala
ya
317
dan menilai hal baik dan buruk menerusi naluri hati yang dianugerahkan oleh Tuhan setelah
menggunakan pancaindera pendengaran dan penglihatan.70
Disebutkan dalam ayat tersebut, Allah s.w.t telah mengeluarkan manusia sebagai
dari perut ibu tanpa mengetahui sesuatu, kemudian Allah memberikan nikmat pendengaran
dan penglihatan kepada manusia agar manusia itu bersyukur. Demikian itu, dinyatakan
dalam tafsir bahawa kecerdikan dan keupayaan akal untuk berfikir tersebut telah diseru
oleh Allah s.w.t supaya berfikir secara mendalam dari dasar hati tentang Keagungan Tuhan
Pencipta dan segala nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. 71
Urutan pendengaran atas penglihatan turut disebutkan pada surah al-Isra‟ (nuzul/50,
mashaf/17) Allah s.w.t telah berfirman:
مع والبصر والفؤاد علم قف ما ليس لك بو ول ت إنا السا ﴾﴿ مسئول كل أول ئك كان عنو
Al-Isra’ 17:36
Terjemahan: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”
Akal sebagai wasilah untuk menimba ilmu pengetahuan perlu dimanfaatkan sebaiknya
untuk merenung dan mengkaji segala penciptaan Allah di dunia. Segala usaha pemikiran
dan ijtihad yang dikeluarkan untuk memahami ayat-ayat Allah akan dipertanggungjawab.
70 Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah. Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur, 13: 614-615. 71Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
318
Justeru, daripada keterangan yang dikemukakan di atas jelaslah tiada percanggahan
dalam isi kandungan al-Quran dan tidak wujud perselisihan fakta al-Quran dengan kajian
saintifik atau penemuan baru yang dilakukan oleh manusia. Perkara ini mengukuhkan lagi
keimanan orang-orang yang beriman pada Allah, Rasul dan al-Quran. Bahkan, fakta ini
menjadi sebab kepada manusia mendapat pentunjuk hidayah bagi mereka yang beriman
dengan kebenaran al-Quran.
4.5 Kesimpulan
Keseluruhan pembentangan bab ini kesimpulannya menjurus kepada tiga perbahasan utama
iaitu pertama; penjelasan terhadap istilah „Prinsip Tadabbur‟, kedua; pengenalan ringkas
mengenai Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur serta yang ketiga;
pembuktian aplikasi prinsip-prinsip tadabbur dalam Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur. Hasil
penemuan penulis mendapati tidak semua kaedah yang didatangkan dalam Kitab Qawa‘id
al-Tadabbur itu berjaya diaplikasi dalam tafsir atas beberapa faktor seperti berikut:
Pertama: Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal tidak dapat diaplikasi dalam surah-surah madani
yang tidak sempat siap ditulis, disebabkan kematian Shaykh „Abd al-Rahman al-Maydani.
Kedua: Terdapat sedikit maklumat dalam Qawa‘id al-Tadabbur yang dikesan mengalami
percangggahan di dalam tafsir. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan berubah
pendirian, kemaskini maklumat atau berlaku pertambahan maklumat oleh pengarang.
Ketiga; Penulisan pengarang tidak sepenuhnya mengikuti manhaj tartib al-Nuzul al-Quran
kerana beliau telah mencampurkan ayat-ayat makkiyah dan madaniyah dalam surah. Beliau
Univers
ity of
Mala
ya
319
masih mengekalkan susunan ayat mengikut mashaf uthman kerana penulisan tafsir
mengikut manhaj tartib al-nuzul surah ini dilakukan untuk tujuan tadabbur.
Rumusan bagi keseluruhan bab ini adalah pada penemuan penting daripada
pembentukan prinsip-prinsip tadabbur al-Quran. Lima prinsip tadabbur yang dibentuk oleh
penulis ini berfungsi sebagai panduan untuk membantu pentadabbur memahami maksud
ayat-ayat al-Quran daripada pelbagai sudut dan konteks. Semakin banyak pentadabbur
menggunakan kelima-lima prinsip semakin mendalam penghayatan dan kefahaman yang
menyeluruh terhadap mesej-mesej dan hikmah yang disampaikan dalam ayat. Demikian itu,
kemahiran dalam memanfaatkan prinsip sebagai panduan dan pegangan ketika bertadabbur
dapat membantu seseorang individu terkesan dengan mesej al-Quran.
Univers
ity of
Mala
ya
320
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
Bab terakhir ini membentangkan kesimpulan dan dapatan yang diperolehi daripada
keseluruhan penulisan kajian ini. Penulis akan membentangkan kesimpulan berdasarkan
sasaran objektif yang telah digariskan sebagai memaparkan beberapa hasil kajian yang
telah dicapai. Setelah itu akan dikemukakan beberapa saranan dan cadangan
berdasarkan hasil penemuan kajian.
5.2 Kesimpulan
Al-Quran merupakan sumber ilmu pengetahuan yang sentiasa terbuka kepada penelitian
dan pengkajian. Ayat-ayat al-Quran yang diteliti dan dikaji secara benar, pasti tidak
ditemui kesalahan atau percanggahan fakta di dalamnya. Bahkan, setiap ayat atau
kalimah al-Quran menunjukkan pada kesempurnaan maksudnya, keseimbangan pada
perkataan dan keindahan pada bahasanya. Keistimewaan ini memberi sentuhan kepada
pemikiran dan jiwa manusia.
Penemuan kebenaran dan fakta ilmiah dapat disingkap daripadanya. Mukjizat al-
Quran apabila diteliti pada lafaz dan makna ayat antaranya melalui ‟uslub bahasa,
struktur ayat, kepelbagaian wajah Qira’at dan i‘jaz al-Quran. Oleh kerana itu, banyak
tempat dalam al-Quran yang menyeru agar merenung, menghayati dan mengambil
pengajaran daripada ayat al-Quran.
Univers
ity of
Mala
ya
321
Justeru, berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dirumuskan oleh
penulis hasil daripada kajian tesis yang telah dilakukan. Pembentangan akan
dikemukakan berdasarkan objektif-objektif kajian yang telah digariskan kepada
beberapa perkara seperti berikut;
i. Objektif pertama kajian ini adalah memperkenalkan sumbangan dan ketokohan
Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani sebagai seorang ulama dan tokoh
ilmuan kontemporari. Beliau merupakan seorang ulama yang mahir dan pakar dalam
pelbagai bidang ilmu diniyah termasuklah ilmu al-Quran. Tesis ini dilakukan untuk
mengkaji kehidupan dan peribadi beliau sebagai ulama. Di samping menilai
sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau khususnya dalam bidang
tadabbur al-Quran. Dua buah karya utama yang penting dalam bidang tadabbur al-
Quran iaitu Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal dan Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa
Daqa’iq al-Tadabbur menjadi bahan tumpuan yang dikaji oleh penulis.
Hasil daripada pembacaan, penelitian dan kajian lapangan terhadap biografi
beliau, penulis mendapati kehebatan ilmu dan peribadi Shaykh „Abd al-Rahman
Habannakah banyak dipengaruhi oleh asuhan dan didikan langsung daripada bapanya
iaitu Shaykh Hasan Habannakah. Umum mengetahui, bahawa bapa beliau merupakan
seorang ulama Sham yang masyhur dan murabbi terkemuka di rantau Arab. Shaykh
„Abd al-Rahman Habannakah juga mendapat sentuhan awal didikan di tangan beberapa
ulama kibar Sham sehingga beliau membesar menjadi seorang ulama yang hebat. Dan
akhirnya menjadikan beliau seorang individu yang tidak sedikit memberi sumbangan
kepada masyarakat dalam pelbagai aspek dan lapangan ilmu diniyah.
Univers
ity of
Mala
ya
322
ii. Objektif kedua kajian ini adalah menjelaskan konsep tadabbur sebagai gambaran
umum untuk mencapai kemahiran ilmu tadabbur. Bermula dengan pengenalan bagi
takrifan istilah tadabbur, kemudian diikuti dengan istilah-istilah yang berkaitan dengan
konteks tadabbur, hukum tadabbur, kepentingan tadabbur serta tahap dan proses untuk
bertadabbur al-Quran.
Kajian ini mendapati bahawa konsep ilmu tadabbur memberikan banyak
manfaat dan pengetahuan mengenai hakikat tadabbur. Ia menjelaskan perbezaan istilah
tadabbur dan tafsir serta fungsi bagi kedua-duanya. Di samping, menerangkan kaitan
istilah tadabbur dengan beberapa istilah yang lain seperti tafakkur, al-nazr, ta’ammul,
ta’wil dan istinbat. Kajian ini dapat menjelaskan bahawa tadabbur adalah suatu proses
di mana semua istilah tersebut berlaku dalam skop tadabbur.
Melalui kerangka konsep ini, seseorang individu dapat memahami secara jelas
hakikat bertadabbur bermula dengan kefahaman mengenai pengertiannya, kepentingan
dan tujuan bertadabbur di samping syarat-syarat, proses dan tahap-tahapnya. Konsep ini
memberi pencerahan mengenai tuntutan tadabbur dan membuat persediaan untuknya,
sehinggalah kepada saat melakukan tadabbur. Seterusnya, memahami suasana dan
proses yang berlaku ketika bertadabbur sehingga memperoleh kesan selepas tadabbur.
Kesan tersebut akan dirasai mengikut kadar persediaan dan kesungguhan individu yang
menjalani proses tersebut.
Dari sudut yang lain, kajian ini memfokuskan terhadap dua buah karya utama
tadabbur iaitu Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal dan Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa
Daqa’iq al-Tadabbur. Kajian ini memberi sudut pandang yang lebih luas dan tepat
mengenai konsep tersebut. Ringkasnya, konsep tadabbur yang dibentangkan dalam
Univers
ity of
Mala
ya
323
kajian ini adalah suatu garis panduan yang penting sebelum seseorang pentadabbur
mula berinteraksi dengan al-Quran.
iii. Objektif yang ketiga menumpukan analisis pada karya Qawa‘id al-Tadabbur al-
Amthal yang menghimpunkan asas-asas ilmu yang penting sebagai panduan untuk
membentuk lima prinsip tadabbur al-Quran. Pembentukan prinsip tadabbur tersebut
dilakukan bagi meringkaskan 40 kaedah tadabbur yang dibentangkan oleh Shaykh „Abd
al-Rahman. Ia membantu untuk memudahkan kefahaman individu yang ingin
bertadabbur berdasarkan kitab tersebut.
Jika dilihat pada kandungan kitab beliau, 40 kaedah tadabbur tersebut adalah
suatu jumlah yang besar. Ini kerana jumlah yang besar menjadikan ia rumit dan
kompleks untuk dirujuk. Keadaan tersebut memerlukan penelitian secara satu persatu
kerana topik perbahasannya tidak tersusun mengikut aspek atau bidang tertentu.
Sehubungan itu, penulis telah mengumpulkan 40 kaedah tersebut ke dalam lima prinsip
tadabbur berdasarkan pengkelasan bidang yang utama.
Hasil kajian terhadap 40 kaedah ini mendapati fokus perbincangan Shaykh „Abd
al-Rahman adalah sekitar asas-asas ilmu al-Quran, ‟usul al-Tafsir dan kaedah bahasa
Arab. Penulis membentuk asas-asas ilmu tersebut kepada lima prinsip tadabbur berikut:
Prinsip 1: Berpegang kepada Manhaj Mawdu‘i dan Munasabat al-Quran.
Prinsip 2: Memahami Nuzul al-Quran, sejarahnya dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya.
Prinsip 3: Mendalami bahasa al-Quran dengan meneliti struktur ayat-ayatnya.
Prinsip 4: Menguasai Ilmu Balaghah al-Quran dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya.
Prinsip 5: Mempraktikan ijtihad dalam memahami nas-nas tertentu.
Univers
ity of
Mala
ya
324
Hasil analisis terhadap karya Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal, dapat diterbitkan
suatu rumusan sebagai panduan yang membentuk asas kepada lima prinsip tadabbur.
Lima prinsip tadabbur ini menjadi asas-asas utama ilmu sebagai panduan untuk
mentadabbur ayat-ayat Allah s.w.t. Ia suatu jumlah yang ringkas dan menyeluruh untuk
diaplikasi ketika mentadabbur al-Quran.
Hasil daripada pembentukan lima prinsip tadabbur ini dapat dirumuskan bahawa
kelima-lima prinsip tadabbur dapat membantu pentadabbur memahami maksud ayat
secara mendalam dan menyeluruh. Ini kerana, setiap satu prinsip mempunyai manfaat
dan fungsinya yang tersendiri untuk mentadabbur ayat menurut sudut pandang yang
tertentu. Jika satu daripada lima prinsip tadabbur tersebut digunakan, ia sudah
membantu sebagai panduan untuk mencapai tadabbur secara umum. Namun, apabila
semakin banyak prinsip tadabbur dapat digunakan, maka semakin mendalam dan
menyeluruh kefahaman terhadap maksud ayat-ayat Allah s.w.t. Sehingga banyak
manfaat ilmu dapat dikeluarkan daripada kefahaman yang luas.
Berpandukan kepada lima prinsip tadabbur ini, dapat mencapai makna tadabbur
dan tujuannya iaitu memahami dan menghayati tuntutan ayat al-Quran hingga ke
penghujung maksud ayat yang dapat dicapai. Kesimpulannya, semakin mendalam
kefahaman seseorang maka semakin tinggi nilai tadabburnya terhadap ayat-ayat Allah
s.w.t. Justeru, jika diteliti pada karya Shaykh „Abd al-Rahman Habannakah, beliau lebih
memilih untuk mentadabbur al-Quran mengikut kronologi nuzul ayat. Ini kerana,
daripada proses nuzul al-Quran tersebut dapat dihayati proses pengislahan masyarakat,
difahami proses dakwah, diketahui hikmah dalam sesuatu pensyari„atan dan proses
dalam pendidikan. Hasil memahami ayat mengikut sejarah penurunan al-Quran turut
memberi penghayatan terhadap kehidupan sirah Rasulullah s.a.w dan para sahabat
ra.hum.
Univers
ity of
Mala
ya
325
iv. Objektif yang keempat adalah aplikasi prinsip tadabbur dalam tafsir tadabburi
Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. Kajian ini dimulakan dengan
perbincangan istilah tafsir tadabburi. Kemudian, diikuti dengan pengenalan terhadap
karya Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. Seterusnya, adalah
perbahasan para ilmuan dan ulama berkenaan tafsir tartib al-Nuzul. Berikutnya adalah
aplikasi prinsip tadabbur dalam Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur.
Dapatan kajian menemui bahawa kelima-lima prinsip tadabbur ini praktikal dan
bersesuaian dalam tafsiran Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. Prinsip
tadabbur tersebut menjadi suatu rumusan dan ringkasan padat daripada keseluruhan
kaedah yang dihuraikan dalam perbincangan tafsir beliau.
Dr Salah al-Khalidi menyebut penghayatan dapat dikecapi dengan cara
meletakkan diri dalam suasana atau konteks ayat yang dibaca (jaww nas al-Qurani).1
Suasana atau situasi ayat al-Quran perlu dirasakan menepati sasaran kepada diri
pentadabbur. Semasa membaca ayat-ayat Allah, pentadabbur harus bertafaqquh atau
berhenti untuk merenung dan menghayati konteks ayat tesebut dengan cara meletakkan
diri ke dalam ruang atau suasana ayat tersebut untuk memahami maknanya. Dengan
demikian, ruh al-Quran dapat meresapi dalam jiwa dan kehidupan apabila wujud
kebersamaan.
1 Rujuk huraian jaww nas al-Qur’ani yang dikupas oleh Shaykh Dr Salah al-Khalidi dalam Bab “al-muhafazah ‘ala jaww al-nas al-qur’ani”. Salah „Abd al-Fattah al-Khalidi. Mafatih li al-ta‘amul ma‘a al-Qur’an, 87-88.
Univers
ity of
Mala
ya
326
5.3 Cadangan & Saranan
Berdasarkan kajian yang telah dibentangkan, penulis ingin menyatakan beberapa
saranan atau cadangan bagi memperluaskan kajian dan kesedaran mengenainya
sepertimana berikut.
a. Penulis mencadangkan agar biografi Shaykh „Abd al-Rahman dapat diterjemahkan
dan dibukukan untuk pengetahuan awam. Ini kerana sumbangan dan pemikiran beliau
begitu besar dan bernilai. Oleh yang demikian, ketokohan Shaykh „Abd al-Rahman
harus ditonjolkan dan dikenali untuk manfaat umum.
Demikian juga dengan karya tadabbur seperti Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal
li Kitab Allah dan Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur yang dijadikan
sumber rujukan dan pembelajaran. Dicadangkan agar individu penterjemah, pengkaji al-
Quran atau asatizah dapat menterjemah atau meringkaskan karya-karya tersebut untuk
tujuan sebaran dan rujukan masyarakat.
b. Disarankan agar Kitab Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal dan tafsir tadabburi Ma‘arij
al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur dapat dijadikan sebagai bahan pembelajaran dan
rujukan pengajian di peringkat universiti. Ini kerana perbahasan berkenaan asas-asas
ilmu tadabbur yang dibincangkan oleh Shaykh „Abd al-Rahman mempunyai nilai
ilmiah yang tinggi dan sesuai dijadikan rujukan dalam pengajian.
c. Penulis mencadangkan individu yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan
tadabbur atau panduan bertadabbur dan perkembangan terkini berkaitan ilmu tadabbur
boleh merujuk kepada laman sesawang www.tadabbor.com yang ditulis oleh pihak
Univers
ity of
Mala
ya
327
Markaz Tadabbur al-Quran yang berpusat di Qatar. Laman sesawang ini diasaskan oleh
gabungan ilmuan al-Quran dan ahli bahasa yang membentuk Pertubuhan Tadabbur Al-
Quran Antarabangsa [الهيئة العالمية لتدبر القران الكريم ] yang pertama di dunia. Banyak
sumber ilmu dan manfaat perbincangan yang boleh dirujuk menerusi pelbagai artikel
penulisan dan video-video kuliah tadabbur yang dapat dimuat turun daripadanya.
d. Individu pengkaji, pelajar atau masyarakat awam dicadangkan agar turut serta
mengambil bahagian dalam kuliah-kuliah tadabbur atau kelas-kelas al-Quran yang
diadakan oleh para ilmuan atau asatizah. Dari situ kesedaran terhadap ilmu tadabbur
dan kefahaman al-Quran dapat dibentuk secara konsisten.
Selain itu, penulis turut mencadangkan kepada agar mewujudkan institusi
tadabbur dan melaksanakan strategi pendidikan berasaskan tadabbur al-Quran di
masjid, sekolah, ma„had tahfiz dan institut pengajian tinggi untuk menghidupkan
budaya tadabbur al-Quran.
e. Cadangan penulis, untuk pendekatan tadabbur yang praktikal seseorang individu
perlu melazimi tilawah dan tadabbur setiap hari. Kesan yang positif dan manfaat yang
besar dapat dirasai apabila melazimi bacaan dan semakan terhadap ayat-ayat al-Quran.
Antara cara yang berkesan untuk menghayati al-Quran adalah tidak tergesa-gesa ketika
membaca al-Quran dan menyemak makna ayat secara berulang-ulang. Firman-Nya:
﴾٦٠١﴿وق رآنا ف رق ناه لت قرأه على الناس على مكث ون زلناه تنزيل
Al-Isra‟17: 106
Terjemahan: Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan perlahan-lahan, dan Kami menurunkannya beransur-ansur.
Univers
ity of
Mala
ya
328
Ayat di atas menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan secara beransur-ansur agar Nabi
s.a.w dapat membaca kepada para sahabat ra.hum secara tartil. Huraian tersebut
memberikan gambaran bahawa tadabbur adalah suatu proses yang memerlukan masa,
untuk memahami dan menghayati ayat secara mendalam sehingga mempraktikannya.
Pentadabbur memerlukan kejernihan hati dan ketajaman akal untuk berfikir dan
memahami isyarat-isyarat yang menerangkan maksud yang dikehendaki-Nya.
f. Selain itu, cadangan terhadap kepentingan untuk melazimi bahasa Arab fushah dari
sudut komunikasi harian, bacaan dan pembelajaran harian yang dapat membentuk
kecintaan terhadap bahasa al-Quran. Kesedaran bahasa Arab seharusnya diberi tumpuan
dan penekanan dalam sistem pendidikan negara. Ini kerana bahasa Arab adalah suatu
keperluan untuk memahami dan mentadabbur ayat-ayat al-Quran.
Salah satu sebab ilmu tadabbur kurang mendapat perhatian kerana pengetahuan
dan penguasaan bahasa Arab dalam masyarakat adalah lemah. Merujuk pada konteks
masyarakat di Malaysia, bahasa Arab bukanlah suatu bahasa yang mendapat penekanan
utama sepertimana bahasa Inggeris. Ia tidak menjadi kebiasaan dalam percakapan
harian kita. Demikian juga, jika dirujuk pada bangsa Arab itu sendiri, bahasa Arab
fushah itu bukanlah menjadi rutin dalam percakapan mereka. Justeru, bagaimana untuk
menghidupkan ruh kecintaan pada bahasa al-Quran, sekiranya bahasa Arab bukan
perkara utama yang diberi penekanan dalam rutin kehidupan?
Kesimpulannya, setiap individu yang mahu memahami al-Quran perlu
mempraktikkan bahasa Arab dan mempelajari asas-asas ilmu al-Quran. Bangsa ‘ajami
yang tidak berbahasa Arab perlu mempelajari asas-asas bahasa Arab. Manakala, bangsa
Arab perlu kembali pada bahasa Arab yang fushah. Ini kerana apabila seorang individu
lemah atau tidak mengetahui bahasa Arab, akan mengakibatkan kerugian apabila tidak
dapat memahami mesej-mesej yang terkandung di dalam al-Quran.
Univers
ity of
Mala
ya
329
RUJUKAN Al-Qur’an Kamus/ Mu’jam Al-Marbawi, Kamus Idris al-Marbawi. Kuala Lumpur: Darul Fikir, 1990. Firuz Abadi, Al-Qamus al-Muhit. Beirut: Dar al-Fikr,1995. Ibn Faris, Abu Husayn Ahmad. Mu‘jam Maqayis al-Lughah. Beirut: Dar al-Jil, 1999. Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab. Kaherah: Dar al-Ma„arif, 1955. Kamus Dewan, ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007. Kamus BA-BM/BM-BA. ed. ke-2. Selangor: Oxford Fajar, 2010. Mu‘jam al-‘Arabiy al-Asasi. t.t: lidurus, 1988. Mujamma„ al-Lughah al-„Arabiyya. al-Mu‘jam al-Wasit. Misr: Maktabah al Syuru‟ al-
Dawliyyah, 2004. Muhammad al-Sayyid Tantawi, Mu‘jam ‘Irab Alfaz al-Qur’an. Tehran: Muassasah al-
Sadiq li al-tiba‟ah wa al-nasyr, 2006. Muhammad Fuad „Abd al-Baqi, Mu‘jam al-Mufahras li al-Alfaz al-Qur’an al-Karim
Tehran:t.p. Mawsu‘ah Nadratu al-Na‘im. Cet.3, Jeddah: Dar al-Wasilah, 2004. New Oxford (English-English-Malay) Dictionary, ed. 2, Selangor: Fajar Bakti, 2004. Hadith Abu „Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari, Adab al-Mufrad. Cet.4, Arab Saudi:
Maktabah Dalil, 1997. ___________, Sahih al-Bukhari, Cet.2. Riyad: Dar al-Salam, 1999. Ahmad bin Hanbal, Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal. Ditahqiq oleh Shu„ayb al-
Arna‟ut. Cet.1, Beirut: Muassasah al-Risalah, 2001.
Univers
ity of
Mala
ya
330
Al-Hakim, Muhammad bin „Abdullah. al-Mustadrak ‘ala al-Sahihayn Hakim. Pentahqiq: Mustafa „Abd al-Qadir „Ata‟. Beirut: Dar Kitab al-„Ilmiyah, 2002.
Al-Nawawi, Muhyi al-Din. Syarah Sahih Muslim. Cet.14, Beirut: Dar al-Marefah, 2007. Al-Tabrani, Abu al-Qasim Sulayman. al-Mu‘jam al-Awsat. Pentahqiq: Tariq bin
„Awdhullah. Mesir: Dar al-Haramayn, 1995. Abu „Isa Muhammad bin „Isa al-Tirmidhi, Jami‘ al-Tirmidhi. Riyad: Dar al-Salam, 2009. Ibn Hajar al-„Asqalani. Fathu al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari. Cet.1, Riyadh: Dar al-
Salam, 2000. Ibn Hibban, Abu Hatim Muhammad. Sahih Ibn Hibban bi Tartib Ibn Balban. Pentahqiq:
Shu„ayb al-Arna‟ut. Beirut: Muassasah al-Risalah, 1993. Abu al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim. Sahih Muslim. Cet.1, t.t: Dar Taybah, 2006. Abu Bakar Ahmad bin Husayn bin „Ali al-Bayhaqi, Sunan al-Kubra ditahqiq oleh Muhammad „Abd al-Qadir „Ata. Cet.3, Beirut: Dar al-Kitab al-„Ilmiyah, 2003. Bahasa Arab „Aidah Raghib al-Jarrah,„Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani al-‘Alim al-Mufakkir
al-Mufassir. Cet.1, Damsyik: Dar al-Qalam, 2001. „Isam bin Salih al-„Uwayyid, Fann al-Tadabbur fi al-Qur’an. Cet.3 Riyadh: Markaz
Tadabbur, 2010. „Abd al-Fattah al-Bazzam, Ulama’ Yatahadathun. Cet.1, Damsyik: Dar al-Beirut,1996. „Abd al-Karim Hamidi, al-Madkhal ila Maqasid al-Qur’an. Riyadh: Maktabah al-Rasyid,
2007. „Abd al-Rahman „Umairah, Rijal Anzala Allah fihim Qur’anan. Beirut: Dar al-Jil, 1987. „Abd al-Rahman Hasan Habannakah al-Maydani, Makayid Yahudiyah ‘Ibar al-Tarikh.
Cet.2, Damsyik: Dar al-Qalam,1978. ___________, „Aqidah al-Islamiyah wa Ususuha.Cet.2, Damsyik: Dar al-Qalam, 1979. ___________, Tadabbur Surah al-Furqan fi wehdah al-Mawdu‘. Cet.1, Damsyik: Dar al-
Qalam, 1991.
Univers
ity of
Mala
ya
331
___________, Amthal al-Qur’an wa suwar min adabuhu al-Rafi‘. Cet.2, Damsyik: Dar al-Qalam, 1991.
___________, Fiqh al-Da‘wah ila Allah wa Fiqh al-Nush wa al-Irsyad wa al-Amr bi al-
Ma‘ruf wa al-Nahy ‘an al-Munkar. Damsyik: Dar al-Qalam, 1996. ___________, Mafhumat yajib tashihihah haula al-tawakal ‘ala Allah wa al-jihad fi sabil
Allah wa wujuh an-Nasr. Cet.1, Arab Saudi: al-Maktabah al-Makkiyah, 1997, bil.6. ___________, Sifat ‘Ibad al-Rahman fi al-Qur’an, dirasah fi tariq al-tafsir al-mawdu‘i,
Cet.1, Damsyik: Dar al-Qalam, 2000, bil.33. ___________, Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqaiq al-Tadabbur.Cet.1, Damsyik: Dar al-Qalam,
2000. ___________, al-Walid al-Da‘iyah al-Murabbi al-Shaikh Hasan Habannakah al-Maydani
Qisah ‘Alim Mujahid Hakim Syuja‘. Cet.1, Jeddah: Dar al-Basyir, 2002. ___________, Qawa‘id al-Tadabbur Amthal li Kitab Allah. Cet.3, Damsyik: Dar al-Qalam,
2004. „Abd „Aziz bin „Abd al-Rahman al-Damir, Tanzil al-Ayat ‘ala al-Waqi‘ ‘inda al-Mufassirin
Dirasah wa Tatbiq. cet.1, Dubai: Jaizah Dubai al-Dauliyah li al-Qur‟an al-Karim, 2007. „Abdullah bin Dhayfullah al-Ruhayli, Tadabbur al-Qur’an al-Karim. Cet.1, Madinah: t.t.,
2010. „Abdullah „Abd Ghani Sarhan, al-Tadabbur Haqiqatuhu wa ‘alaqatuhu bi mustalahat al
ta’wil, wa al-istinbat, wa al-fahm, wa al-tafsir. Cet.1, Riyadh: Markaz Tadabbur, 2010. „Abdullah „Ali Basfar, Tadabbur al-Qur’an al-Karim. Cet.1, Syria: Maktabah Bait al-„Ilm,
2009. „Abdullah Ibrahim Jalghum, Mu‘jizat al-Tartib al-Qur’ani Tartib Suwar al-Qur’an wa
Ayatihi. Dubai: Silsilah al Dirasah al-Qur‟aniyah, 2008. Abu al-Hasan al-Nadawi, al-Madkhal ila al-Dirasat al-Qur’aniyah Mabadi‘ Tadabbur al-
Qur’an. Cet.1, Mesir: Dar al-Sahwah, 1986. Abu Hilal al-„Askari. Al-Furu‘ al-Lughawiyah. Ditahqiq oleh Muhamad Ibrahim Salim.
Kaherah: Dar „Ilm wa Tsaqafah, t.t. Abu Hayyan, Muhammad bin Yusuf al-Andalusi. Al-Bahr al-Muhit. Ditahqiq oleh „Adil
Ahmad „Abd al-Mawjud.Cet.1, Beirut: Dar al-Kutub al„Ilmiah, 1993. Abu „Ubaydah Ma„mar. Majaz al-Qur’an, ed. Ahmad Farid al-Mazidi. Cet.1, Lubnan:Dar
al-Kutub, 2006.
Univers
ity of
Mala
ya
332
Al-Alusi, Mahmud. Ruh al-Ma‘ani fi al-Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim. Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyah, 1994.
Al-Baghawi, al-Husayn bin Mas„ud. Ma‘alim al-Tanzil, jil.2, Riyadh: Dar Tayyibah, 1988. Al-Baqillani, Abi Bakar Muhammad bin Tayyib.‘Ijaz al-Qur’an, ed. Abu „Abd al-Rahman
Solah. Cet.1, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiah, 2001. Al-Farahidi, Al-Khalil bin Ahmad. Al-‘Ain, tp.: Dar al-Maktabah Hilal. __________ Al-‘Ain, ditahqiq oleh Mahdi al-Makhzumi dan Ibrahim as-Samarra"i, Iraq:
Dar al-Rashid, 1982. Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. Jawahir al-Qur’an wa Duraruhu. ed.
Muhammad Najdat al-Muhammad. Cet.1, Damsyik: Dar al-Hadi, 2006. Al-Gharnati, Abu Ja„afar Ahmad bin Ibrahim bin Zubair. al-Burhan fi Tartib al-Suwar al-
Qur’an. Maghribi: t.t, 1990. Al-Jurjani, „Ali bin Muhammad. Mu‘jam al-Ta‘rifat. Beirut: Maktabah Lubnan, 1985. Al-Kirmani, Mahmud bin Hamzah bin Nasir. Al-Burhan fi tawjih mutasyabih al-Qur’an.
Ditahqiq oleh „Abd al-Qadir Ahmad „Ataa‟, Kaherah: Markaz al-Kitab lilnasyr, t.t. Al-Khazin, „Alauddin „Ali bin Muhammad. Lubab al-Ta’wil fi ma‘ani al-Tanzil, Beirut:
Cet.1, Dar al-Kutub al-„Ilmiyah, 2004. Al-Kumi, Muhammad al-Sayyid dan Muhammad Ahmad Yusuf Qasim, Tafsir Mawdu‘i li
al-Qur’an al-Karim, Kaherah: t.p, 1982. Al-Maturidi, Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud. Ta’wilat Ahl al-
Sunnah. Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyah, 2005. Al-Mubarakfuri, Sofi al-Din. Al-Rahiq al-Makhtum. Qatar: Wizarah Awqaf, 2007. Al-Munawi, al-Tawqif ‘ala Mahmat al-Ta‘arif. ed. Muhammad Ridwan al-Dayah.
Damsyik: Dar al-Fikr, 1989. Al-Qurtubi, Muhammad bin Ahmad al-Ansari. Jami‘ li al- Ahkam al-Qur’an, ditahqiq oleh
Abdullah bin „Abd al-Muhsin. t.t; Muassasah Risalah, 2006. Al-Rumi, Fahd bin „Abd al-Rahman bin Sulaiman. Buhuth fi Usul al-Tafsir wa Manahijuh.
Riyadh: Maktabah Taubah, t.t Al-Sa„di, „Abd al-Rahman. Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan. Cet.1,
Riyadh: Maktabah al-Ma„arif, 1999. Al-Suyuti, Jalal al-Din. al-Ashbah wa-al-Nazair fi Qawa‘id wa-Furu‘ Fiqh al-Shafi‘iyah.
Kaherah: Maktabah Mustafa al-Bab, 1959.
Univers
ity of
Mala
ya
333
____________, Tanasuq al-Durar fi Tanasub al-Suwar. Cet.2, Beirut: „Alim Kutub, 2009. __________, Al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an. Cet.1, Beirut: Dar Kutub al-„Ilmiyah, 2007. Al-Syanqiti, Muhammad al-Amin bin Muhammad al-Mukhtar, Adwa’ al-Bayan. Cet.1
Makkah al-Mukarramah: Dar „Ilm al-Fawaid, 2005. Al-Syawkani, Muhammad bin „Ali bin Muhammad. Fath al-Qadir. Beirut: Dar Kutub al-
„Ilmiyah,1993. Al-Tabari, Abu Ja„far Muhammad Jarir. Jami‘ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Qur’an. Mesir:
al-Halabi. Al-Zamakhshari, „Abd al-Qasim Mahmud. Tafsir al-Kasyaf ‘an Haqa’iq al-Tanzil wa
‘Uyun al-Aqawil Fi Wujuh at-Ta’wil, (tt.: tp.) jil.1. _____________, Asas al-Balaghah. Cet.1, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyah, 1998. Al-Zarkasyi, Badruddin Muhammad „Abdullah. Al-Burhan fi ‘Ulum al-Qur’an. Kaherah:
Dar al-Hadith, 2006. Ahmad bin Ibrahim bin al-Zubair al-Thaqafi, al-Burhan fi al-Tanasub Suwar al-Qur’an.
Cet.1, Riyadh: Dar Ibn al-Jawzi, 2007. Aḥmad Khālid Shukrī, ʻIlm tārīkh nuzūl āyāt al-Qurʼān al-karīm wa-suwarih : manhaj fī
tadabbur al-Qurān. „Amman: Jamʻīyat al-Muḥāfaẓah ʻalá al-Qurʼān al-Karīm, 2002. As„ad Ahmad „Ali, Tafsir al-Qur’an al-Muratib manhaj lilyasri al-Tarbawi. Cet.3,
Damsyik: Dar al-Sual, 1990. Asma‟ binti Rashid al-Ruwayshid, Hakaza ‘asyu ma’a al-Qur’an qisasun wa mawaqif.
Cet.1, Riyadh: Markaz Tadabbur, 2011. Basim bin Hamdi bin Hamid al-Sayid, Atharu Qiraah bi al-Tajwid fi Tadabbur al-Qur’an
Dirasah ta’siliyah. Cet.1, Riyadh: Dar al-Hadarah, 2014. Fadal Hassan „Abbas, al-Tafsir Asasiyatihi wa Ittijatihi. Cet.1, „Amman: Maktabah Dandis,
2005. ____________, Muhadarat fi ‘Ulum al-Qur’an. Cet.1, Jordan: Dar al-Nafais, 2007. Fuʼād ʻAbd al-Raḥmān al-Bannā, Tadabbur al-Qurān wa Dawruhu fī al-Nuhūḍ al-ḥaḍārī
bi al-mujtamaʻāt al-Islāmīyah.Cet.1, San„a‟: Naft li al-Khidmāt al-ʻĀmmah, 2008. Hashim bin „Ali al-Ahdal, Ta‘lim Tadabbur al-Qur’an Asalib ‘Amaliyyah wa Marahil
Manhajiyah. Cet.1, Jeddah: Markaz al-Dirasat wa al-Ma„lumat al-Qur‟aniah, 2008. Hikmat bin Basyir Yasin, Manhaj Tadabbur al-Qur’an al-Karim, Cet.1, Riyadh: Dar al-
Hadarah, 2004.
Univers
ity of
Mala
ya
334
Husayn bin „Ali al-Harabi. Mukhtasar Qawa’id al-Tarjih ‘inda al-mufassirin. Cet.1, Riyadh: Dar Ibn Jawzy, 2008.
Ibrahim bin Muhammad, Muzakirah fi ‘Ulum al-Qur’an. Cet.1, Kaherah: Maktabah Imam
al-Wadi‟i, 2008. Ibn „Atiyah, „Abd al-Haq bin Ghalib. Tafsir al-Muharir al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-‘Aziz,
(Beirut: Dar Kutub al-„Ilmiyah, 2001), j.2. Ibn „Asyur, al-Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir.Tunis: Dar al-Tunisiyyah li al-Nasyr, t.t, j.1 Ibn Qayyim al-Jawziyah, Miftah Dar al-Sa‘adah. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah,1998. ___________, Madarij al-Salikin, t.t: Dar Kitab al-„Arabiy,1996. ___________, Syarah Muqaddimah fi Usul al-Tafsir. Riyadh: Maktabah Dar al-Minhaj,
2010. Ibn Taimiyah. Majmu‘al-Fatawa. Madinah: Majma„ Malik Fahd, 2004. Ibn Sayyidah, Abu al-Hasan „Ali bin Ismail. Al-Muhkam wa al-Muhit al-‘Azam. Cet.1,
Beirut: Dar Kutub „Ilmiyah, 2000. „Isam bin Salih al-„Uwayyid, Fann al-Tadabbur fi al-Qur’an al-Karim. Cet.3, Riyadh:
Markaz al-Tadabbur, 2010. Jalal al-Din „Abd al-Rahman al-Suyuti, ed. Sayid Ibrahim al-Jamil, Qawa‘id Muhimmah
Yahtaju ilaiha al-Mufassir. Hadiah Percuma Majalah al-Azhar. Jamal al-Din Abi al-Faraj bin al-Jawzy, Sifat al-Sofwah. Ditahqiq oleh Khalid Mustafa
Tartusi. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi, 2012. Khalid bin „Abd Karim al-Lahim, Mafatih Tadabbur al-Qur’an wa al-Najah fi al-Hayah.
Mesir: al-Iskandariah, 2004. Khalid bin „Abd al-Rahman al-„Ak, Usul al-Tafsir wa Qawa‘iduhu. Beirut: Dar al-
Nafais,2003. _______________, Tashil al-Wusul ila Ma‘rifat Asbab al-Nuzul. Beirut; Dar Ma„rifah,
1998. Khalid „Uthman al-Sabt, Qawa‘id al-Tafsir jam‘an wa dirasah. Cet.2, Kaherah: Dar Ibn
„Affan, 2008. jil.1 ________________, Al-Khulasah fi Tadabbur al-Qur’an al-Karim. Riyad: Dar al-Hasarah, 2016.
Univers
ity of
Mala
ya
335
Khatib al-Qazwiniy. Al-Idah fi ‘Ulum al-Balaghat. ed. Muhammad „Abd al-Mu„im al-Khafaji. Cet.6 (Beirut: Dar al-Kitab al-Lubnani, 1985) 280.
Markaz Tadabbur lil istisharat. Mafhum al-Tadabbur tahrir wa ta’sil, Awraq ‘amal al-
multaqa al-‘ilm al-awwal li tadabbur al-Qur’an al-Karim. Riyad: Markaz Tadabbur, 2009.
Manna„ bin Khalil al-Qattan, Mabahith fi ‘Ulum al-Qur’an. Cet.7, Kaherah: Maktabah
Wahbah, 2000. Majdi Makki, al-Ta‘rif bi Kitab Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur. Cet.1,
Damsyik: Dar al-Qalam, 2006. ______________, al-Mu‘in ‘ala Tadabbur al-Kitab al-Mubin. Qatar: Wizarah al-awqaf wa
syu„un al-Islamiah, 2012. Manzur bin Muhammad bin Muhammad Ramadhan,“Mafhum al-Tilawah wa al-Tartil wa
Tadabbur fi al-Qur‟an.” Majalah Universiti Umm al-Qura. ed.3, Jabatan Pengajian Syariah dan Bahasa Arab dan Sastera, Julai 2004, bil.18.
Muhammad al-Ghazali, ed. „Umar „Abid Hasanah, Kaifa nata‘amal ma‘a al-Qur’an?
Cet.10, Mesir: Nahdah Misr, 2008. Muhammad „Abd al-Khaliq „Udaymah, Dirasat al-Uslub al-Qur’an al-Karim. Kaherah:
Dar al-Hadith, 1972, Juz.1 Muhammad „Abdullah Wazar, al-Naba’ al-‘Azim Nazariat Jadidah fi al-Qur’an. Cet.4,
Kuweit: Dar al-Qalam, 1977. Muhammad „Izzah Dirwazah, Al-Tafsir al-Hadith: Tertib al-suwar hasba an-nuzul, Cet.2,
Beirut: Dar al-Gharb al-Islami, 2000. Muhammad Nabil Ghanaym, Dirasat fi Tafsir. Cet.3, Kaherah: Dar al-Hidayah, 1995. Muhammad bin Salih al-Uthaimin, „Abdullah bin „Abd al-Rahman al-Jibrin dan Salih bin
„Abd al-Aziz al-Shaikh, Sharah Muqaddimah al-tafsir li Shaikh al-Islam Ibn Taimiyah. (Markaz al-Urwah al-Wusqa) Cet.1, Kaherah: Dar Ibn Hazmar, 2009.
Muhammad bin Lutfi al-Sabagh, Lamhat fi ‘Ulum al-Qur’an wa Tijahat al-Tafsir. Cet.3,
Beirut: Al-Maktabah al-Islami,1990. ____________, Buhuth fi Usul al-Tafsir. Cet.1, Beirut: Maktab al-Islami, 1988. Muhammad bin Sulaiman al-Kafiji dan Nasr bin Muhammad al-Matrudi, ed., Al-Taysir fi
Qawa‘id ‘Ilm al-Tafsir. Cet.1, Damsyik: Dar al-Qalam, 1990 Muhammad bin „Umar bin Salim Bazhul, ‘Ilm al-Munasabat fi al-Suwar wa al-Ayat, Cet.1,
Mekkah al-Mukarramah: Maktabah Makkiyah, 2002.
Univers
ity of
Mala
ya
336
Muhammad Hamid al-Nasir, Ulama’ Sham fi al-Qarni al-‘Isyrin.(t.t, t.p) Muhammad Majdhub, Ulama’ wa Mufakkirun ‘Araftuhum. Riyadh: Dar al-Shawaf. Muhammad Salih „Ali Mustafa, al-Nasakh fi al-Qur’an al-Karim Mafhumuhu wa
Tarikhuhu wa Da‘awah. Damsyik: Dar al-Qalam, 1998. Muhammad Sa„id bin „Abd al-Rahman al-Bani, Ulama’ al-Sham kama ‘araftuhum, ed.
Hasan al-Sammahi al-Suwaydan. Cet.1, Damsyik: Dar al-Qadiri, 1999. Mukhtar Shakir Kamal, Dakwah ila tadabbur al-Qur’an al-Karim: kaifa wa limaza?
„Amman: Dar al-Basyair, 1995. Muqatil bin Sulaiman al-Balkhi, Tafsir Muqatil. Beirut: Dar Ihya‟ al-Thurath, 2002. Musa„id Sulayman bin Nasir al-Tayyar, Mafhum al-Istinbat, al-Tafsir, al-Ta’wil, al-
Tadabbur. Riyadh: Dar Ibn Jawzi, 2002. ______________, Fusul fi Usul al-Tafsir. Cet.1, Riyadh: Dar al-Nasyr al-Dawliy, 1993. Mustafa Dib Al-Bugha, Muhyi al-Din Dib Mastu, ed., al-Wadih fi ‘Ulum al-Qur’an. Cet. 2,
Damsyik: Dar „Ulum al-Insaniah, 1998. Nasir bin Sulaiman al-Umar, Afala yatadabbaruna al-Qur’an. Cet.1, Riyadh: Dar al-
Nahdah, 2011. Nur al-Din „Itir,‘Ulum al-Qur’an al-Karim. Cet.6, Damsyik: As-Sabah,1996. Salah „Abd al-Fattah al-Khalidi, Mafatih lil ta‘amul ma‘a al-Qur’an. Cet.5, Damsyik: Dar
al-Qalam, 2009. ______________, Lataif Quraniyah. Cet.4, Damsyik: Dar al-Qalam, 2009. ______________, al-Tafsir wa al-Ta’wil fi al-Qur’an. Cet.1, Jordan: Dar al-Nafais, 1992. Salih bin Husin al-„Ayid, Sabil Tadabbur Kitab Allah, Mafhum Tadabbur tahrir wa ta’sil.
Riyadh: Markaz Tadabbur, 2009. Salman bin Umar al-Sunaydi, Tadabbur al-Qur’an. Cet. 2, Riyadh: al-Bayan, 2002. ______________, Min ajli tadabbur al-Qur’an, Cet.3, Lubnan: Dar al-Qalam, 2007. Sayyid „Abd al-Qadir Mullahuwaysh, Bayan al-Ma‘ani. Damsyik: Matba„ah al-Tarqiy,
1968. Sayyid Qutb, Tafsir fi Zilal al-Qur’an. terj. Yusoff Zaky Haji Yacob. Cet.1, Kelantan:
Pustaka Aman Press Sdn. Bhd., 2000.
Univers
ity of
Mala
ya
337
„Umar bin Abdullah al-Muqbil, 50 Qa‘idah Qur’aniah fi al-nafs wa al-hayah. Universiti al-Qaseem, Kuliah Syariah wa Dirasat al-Islamiyah, Cet.2, Riyadh: Markaz Tadabbur Qawa„id Qur‟aniah, 2011.
Yusuf al-Qaradawi. Kaifa nata‘amal ma‘a al-Qur’an al-Azim? Cet.7, Kaherah: Dar al-
Syuruq, 2009. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu „Abdullah bin Muhammad, Tafsir Ibn Katsir, terj. M. Abdul Ghoffar E.M dan Abu Ihsan al-Atsari, Cet.2, Bogor: Pustaka Imam Asy-Syafi‟i, 2006. Abdullah Mahmud Shahtah, Othman Muhammad, Pendekatan Sayyid Qutb dalam Tafsiran
al-Qur’an, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1992. Asmawi Hj Ehsan.‘Ulum al-Qur’an, cet.3, Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid, 2010. Azhar bin Muhammad.“Beberapa Aspek Keunikan dan Keistimewaan Bahasa Arab
Sebagai Bahasa Al-Qur‟an”, Jurnal Teknologi. UTM, 42(E) Jun, 2005: 61–76. Ball, Warwick. Syria: A Historical and Architectural Guide. Essex, U.K.: Scorpion
Publishers, 1994. Batatu, Hanna. Syria's Peasantry, the Descendants of Its Lesser Rural Notables, and Their
Politics. Princeton, N.J.: Princeton University Press, 1999. Choueiri, Youssef M. (ed.). State and Society in Syria and Lebanon. Exeter: University of
Exeter Press, 1993. Chua Yan Piaw. Kaedah Penyelidikan. Edisi ke-2, Malaysia: Mc Graw Hill, 2011. Commins, David. Historical Dictionary of Syria. 2nd ed. Lanham, Md.: Scarecrow, 2004. Gelvin, James L. Divided Loyalties: Nationalism and Mass Politics in Syria at the Close of
Empire. Berkeley: University of California Press, 1998. Fadal Hasan „Abbas, Wacana al-Qur’an: membongkar dakwaan palsu oreintalis terhadap
al-Qur’an, terj. Zulkifli Mohd Yusoff, (Selangor: PTS, 2010) Hourani, Albert Habib. A History of the Arab Peoples. Cambridge, Mass.: Belknap Press of
Harvard University Press, 2002. Idris Awang, Kaedah penyelidikan suatu sorotan. Cet.1, APIUM: MAP, 2001. Kienle, Eberhard (ed.) Contemporary Syria: Liberalization Between Cold War and Cold
Peace. London: British Academic Press, 1994.
Univers
ity of
Mala
ya
338
Klengel, Horst. Syria, 3000 to 300 B.C.: A Handbook of Political History. Berlin: Akademie Verlag, 1992.
Majdi al-Hilaly, al-Iman awwalan, Fakaifa nabda’u bihi?, terj. Andi Subarkah. Semarang:
Pustaka Nuun, 2009. Mohd. Hakimi Syafie. Kenali Tokoh: Keluarga Habannakah, dalam jihad fisabilillah di
bumi Sham. Majalah al-Itqan, 2008, bil.30 Mohd Rumaizudin Ghazali. Biografi Sarjana Muslim Timur tengah Abad 19 dan 20. Cet.1,
Nilai:USIM, 2013. Muhammad „Ali as-Sobuni, Sejarah dan Dasar Pengajian ilmu al-Qur’an. terj. M.Junaid
al-Hashimi, Cet.4, (Kuala Lumpur: al-Hidayah, 2007) Muhammad Musa Nasr, Wasiat Rasul kepada Pembaca& Penghafal al-Qur’an, terj. Jabir
al-Bassam, (Solo: al-Qowam, 2010) Nuzul Al-Qur’an 1400 Tahun, disusun oleh Jawatankuasa Risalah Nuzul al-Qur‟an Jabatan
Hal Ehwal Ugama Brunei. Brunei:DBP, 1967. Perthes, Volker. The Political Economy of Syria Under Asad. London: I.B. Tauris, 1995. Quilliam, Neil. Syria. Santa Barbara, Calif.: Clio Press, 1999. Seddon, David (ed.) A Political and Economic Dictionary of the Middle East. Philadelphia:
Routledge/Taylor and Francis, 2004. Tauber, Eliezer. The Formation of Modern Syria and Iraq. Ilford, U.K.: Frank Cass, 1994. Thameem Ushama, Asbab al-nuzul and its relevance in interpreting the Qur‟anic Text,
Jurnal al-Bayan,bil.3, Mei 2005. The Middle East. Washington, D.C.: CQ Press, 2005. Waldner, David. State Building and Late Development. Ithaca, N.Y.: Cornell University
Press, 1999. Youssef M. Choueiri (ed.) State and Society in Syria and Lebanon. New York: St. Martin's, 1994. Zulkifli Hj. Mohd Yusoff, Tafsir Al-Qur‟an Semasa: Konsep, Syarat & Peranan dalam
menyelesai Masalah Umat. Kertas Kerja Seminar Perdana Kefahaman Islam Sebagai Sebuah Cara Hidup, 15 & 16 April 2006.
___________, Kunci Mengenal al-Qur’an, KL: Dewan Bahasa Pustaka,1996. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti yang kukenali.
Cet.1, Nilai: Pustaka Cahaya, 2013.
Univers
ity of
Mala
ya
339
Senarai Tesis/Disertasi Abdul Haris Zaini, “Metodologi M. Quraish Shihab dalam mentafsirkan al-Qur‟an : kajian
terhadap buku membumikan al-Qur‟an.” (Disertasi Usuluddin, Jabatan Al-Qur‟an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2006).
Ahmad Bashir Qubawah,“Juhud Ulama‟ Sham fi tafsir al-Qur‟an al-Karim munzu Qarn al-
Rab„i „Asyr al-Hijr.”(Disertasi MA Jabatan Syariah Kuliah Dar al-„Ulum, Universiti Kaherah, 2004) Juz.2.
Al-Kabudi Khalid Hilal „Abbas,“Asbab an-Nuzul wa Atharuha fi Istinbat al-Ahkam al-
Syari‟ah: Dirasah Usuliyah Fiqh/Muqaddimah min Khalid ” (Tesis PhD Jabatan Syariah Kuliah Dar al-„Ulum, Universiti Kaherah, 2005).
Bakhinah Muhammad „Ali Ibrahim ,“Ahmad Mustaffa al-Maraghi Manhajuhu fi Tafsir fi
Dhaw Manahij al-Mufassirin al-Sabiqin”.(Disertasi MA Jabatan Syariah Kuliah Dar al-„Ulum, Universiti Kaherah,1988).
Fa‟iqah Idris Abd Allah,“Manahij al-Mufassirin fi al-Qarn al-Khamis al-Hijr”. (Tesis PhD
Jabatan Syariah Kuliah Dar al-„Ulum, Universiti Kaherah, 1989). Farid Mustafa Sulaiman, Dr, “Manhaj Muhammad „Izzah Derwazah fi tafsirihi.” (Tesis PhD Riyadh: Arab Saudi, 1993) Fatin al-Hamamah,“al-Syaikh Abd al-Rahman Hasan Habannakah al-Maydani wa
Juhuduhu fi al-„Aqidah.”(Disertasi Universiti al-Qasim Arab Saudi, 2011) Hamadah Yusuf Abd Mawla,“Asbab Wurud al-Hadith wa Atharuha fi Fiqh al-Islamiy.”
(Disertasi MA Jabatan Syariah Kuliah Dar al-„Ulum, Universiti Kaherah, 2007) Hasan Salim Au„d Habsyan,“Tawatur fi Qiraat al-Qur‟ani wa Athir Hawlahu Min
Syubhat.” (Tesis PhD Jabatan Syariah Kuliah Dar al-„Ulum, Universiti Kaherah, 2005) Iman binti Zaki Abdullah Asrah,“Manhajiah al-tadabbur fi al-Qur‟an wa Tatbiquha fi Majal
al-Tarbiyah al-„Akliah li Talibat al-Marhalah al-Thanawiyah.” (Disertasi MA Pendidikan Islam dan Perbandingan, Universiti Umm al-Qura Arab Saudi, 2010)
Muhamad Aziz Abd Muin al-Nadwi,”Juhud Ulama‟ al-Hunud fi tafsir al-Qur‟an al-Karim
fi Qarn al-Rabi„ „Asyr al-Hijr”. (Disertasi MA Jabatan Syariah Kuliah Dar al-„Ulum, Universiti Kaherah, 2002)
Muhammad Ibrahim Syarif ,“Ittijahat al-tajdid fi tafsir al-Qur‟an al-Karim fi Misr fi Qarn
al-„Isyrin”. (Tesis PhD Jabatan Syariah Kuliah Dar al-„Ulum, Universiti Kaherah, 1978).
Mustaffa al-Said Badrun Zayd,“al-Nasakh fi al-Qur‟an: Dirasah Tasyri„iyah Tarikhiyah
Naqdiyah”. (Tesis PhD Jabatan Syariah Kuliah Dar al-„Ulum,Universiti Kaherah,1961).
Univers
ity of
Mala
ya
340
Nadi Hasan „Ali Sabran,“Manhaj Abd al-Rahaman Habannakah al-Maydani fi al-Tafsir. (Disertasi Jabatan Usuluddin Kuliah Pengajian Tinggi, Universiti Jordan, 2006).
Nawaf Sa„id „Aud al-Maliki,“Dawr al-Qiraat fi Tawjih al-Ma„na „inda al-Mufassirin:
Dirasah Ta„biqiyyah „ala tafsiri Ibn Kathir wa Shawkani”. (Disertasi MA Jabatan Syariah Kuliah Dar al-„Ulum, Universiti Kaherah, 2009).
Samir „Abd al-Rahman Rasywani,“Manhaj al-Tafsir al-Mawdui„ li al-Qur‟an”. (Disertasi
MA Jabatan Syariah Kuliah Dar al-„Ulum, Universiti Kaherah, 2002) Sayyid Mahmud Muhammad,“al-Ittijah al-Hida‟iy fi Tafsir fi „Asri al-Hadith fi
Misr.”(Disertasi MA Jabatan Syariah Kuliah Dar al-„Ulum, Universiti Kaherah, 2002). Syafi Sultan Muhammad al-„Ajami ,“Juhud al-Mufassirin fi Dar i„ Mawhim al-Ta„arud fi
al-Qur‟an”. (Tesis PhD Jabatan Syariah Kuliah Dar al-„Ulum, Universiti Kaherah, 2004).
Taha Muhammad Faris,“Tafasir al-Qur’an al-Karim hasba tertib al-nuzul”(Tesis PhD
Jabatan Tafsir dan „Ulum al-Qur‟an, Universiti Umm al-Darman al-Islamiyah, Sudan 2006).
Laman Sesawang Laman sesawang Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, dicapai pada 20 Februari 2010. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=prinsip. Laman sesawang Wikipedia, diakses pada 13 November 2011 http://en.wikipedia.org/wiki/Syria . Laman sesawang Wikipedia, dicapai pada 12 November 2011 https://ar.wikipedia.org/wiki الشيخ: عبد الرحمن حبنك ة الميداني بين الشام والحجاز Laman sesawang Wikipedia, diakses pada 13 November 2011 http://en.wikipedia.org/wiki/Fatimid_Caliphate. Laman sesawang New World Encyclopedia, diakses pada 13 November 2011 http://www.newworldencyclopedia.org/entry/syria. Laman sesawang Syrian History, diakses pada 11 November 2011. http://www.syrianhistory.com/Era/key/1920-1929/75. Laman sesawang Syrian History, diakses pada 11 November 2011. http://www.syrianhistory.com/Era/key/1928-1932 . Laman sesawang Encyclopedia, diakses pada 12 November 2011. http://www.encyclopedia.com/topic/Syria.aspx.
Univers
ity of
Mala
ya
341
Laman sesawang Middle East Research and Information Project, diakses pada 11 November 2011,http://www.meri.p.org/mero/mero083111. Laman sesawang Jstor , Peter A. Shambrook, “The International History Review – French imperialism in Syria, 1927-1936”, diakses 10 November 2011. http://www.jstor.org/discover. Laman sesawang Journals Jordan University, diakses pada 3 Mac 2013 http://journals.ju.edu.jo/DirasatLaw/article/viewFile/5477/3477 Laman sesawang crowdvioce diakses pada 5 Mac 2013 https://id.crowdvoice.com/posts/penelitian-prof-william-brown-2pXb Laman sesawang Dr Fahad bin Mubarak Abdullah al-Wahbi. diakses pada 8 April 2014 http://www.alwahbi.net/articles.php?ID=126&do=view (تدبر القرآن : )مفهومه ، أساليبه ، أسبابه، آثاره
Laman sesawang Multaqa Ahlu al-Tafsir, diakses pada 11 November 2011 http://www.tafsir.net/vb/forum2/thread12408-2.html, Laman sesawang Multaqa al-Tafsir, diakses pada 13 November 2015, https://vb.tafsir.net/tafsir11925/#.WgmiV1uCzIU
Laman sesawang Multaqa Ahlu al-Tafsir, dicapai pada 7 Jan 2014 http://www.tafsir.net/vb/forum2/thread12408-2.html#ixzz2QR5NSRDr قائمة بالكتب والمؤلفات التي صنفت في )تدبر القرآن( : أضف ما عندك Laman sesawang Multaqa Ahlu al-Tafsir, dicapai pada 11 November 2011 http://vb.tafsir.net/tafsir7005/#.U7ybR_mSyME Laman sesawang Multaqa Ahlu al-Tafsir, di akses pada 13 November 2011, https://vb.tafsir.net/tafsir6695/#.Wgl3dVuCzIVq Laman sesawang Multaqa Ahlu al-Tafsir, diakses pada 8 Disember 2011 http://www.tafsir.net/vb/tafsir22310/ Laman sesawang Multaqa Ahli Tafsir, di akses pada 12 November 2016, https://vb.tafsir.net/tafsir28935/#.WLziwW-GPIU Laman sesawang Multaqa Ahlu al-Tafsir, diakses pada 14 Jun 2012 http://www.tafsir.net/vb/tafsir22310/#ixzz2QRlL4Kez . كتاب . ليدبروا آياتو . الجزء الأول للتحميل والتصفح Laman sesawang Islam house.com, dicapai pada 26 September 2012 http://www.islamhouse.com/332091 ليدبروا آياته
Univers
ity of
Mala
ya
342
Laman sesawang Islam house.com, diakses pada 28 September 2012 http://www.islamhouse.com/ قواعد قرآنية Laman sesawang Tadabbor.com., diakses pada 14 November 2015. تعليميةمركز التدبر للاستشارات التربوية وال http://tadabbor.com http://www.tadabborq.com/tadabbor/detailsprojects/newsandrebounds/9 Laman sesawang Konspirasi Israel Raya, diakses pada 28 Jun 2012 http://tenteradajjal.blogspot.com/2012/02/apa-sebenarnya-berlaku-di-syria.html, Laman sesawang [Public4Islam] والحجاز الشام بين دانيالمي ة حبنك الرحمن عبد: الشيخ , di akses pada 12 November 2011, https://www.mail-archive.com/[email protected]/msg00213. Laman sesawang Multaqa Ahlu al-Tafsir, ترجمة الشيخ حسن حبنكة وأخيو الشيخ صادق وولده diakses pada 14 Jan 2013 ,الشيخ عبد الرحمن حبنكة الميداني http://vb.tafsir.net/tafsir7005/#.WE9ZX7J97IU Laman sesawang Multaqa Ahlu al-Hadith, dicapai pada 25 Jun 2013 http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=32556 Laman sesawang Multaqa Ahlu al-Hadith, dicapai pada 28 Jun 2013 http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=246646 Laman sesawang Jam„iyah al-Ittihad al-Islami حياة-قصة -حبنكة-الرحمن-عبد-الشيخ-لعلامةا-
وجهاد-علم-ومسيرة ,diakses pada 7 September 2013, http://www.itihad.org/content Laman sesawang Hadith al-Dzikrayat, diakses pada 5 Julai 2011 https://www.youtube.com/watch?v=aX1KORDfdcU&hc_location=ufi Laman sesawang facebook Shaykh Dr „Abd al-Rahman Hasan Habannakah, diakses pada 4 September 2014 https://www.facebook.com/522213144525452/ -الله-رحمو-الميداني-حبنكة-حسن-الرحمن-عبد-الدكتور-الشيخ
-تعالى Laman sesawang marifah.net biografi Shaykh Sadiq Habannakah, diakses pada 16 Jun 2011.http://marifah.net/biographies/articles/biographies/shaykh-sadiq-habannaka-al-maydani.html
Univers
ity of
Mala
ya
343
Laman sesawang al-maktabah.net, diakses pada 18 Mei 2014 http://www.almaktabah.net/vb/archive/index.php/t-28610.html Laman sesawang al-Quran Mulia, diakses diakses pada 20 Julai 2013 http://alquranmulia.wordpress.com/2014/01/15/tertib-surah-al-Qur‟an/ Laman sesawang nunquran.com, “Bi al-Qur’an Ihtadait - Shaykh Fahad al-Kandari”,
diakses pada 12 November 2015 http://www.nquran.com Laman sesawang Scientific Miracles of the Quran, 15 - The Mystery of Iron, diakses pada 15 Oktober 2014 https://youtu.be/tcx0gr-jM9k Laman sesawang www.alquran.ma “Markaz al-Dirasah al-Quraniyah” , dicapai pada 30 Julai 2016 http://www.alquran.ma/Article.aspx?C=5685 Laman sesawang Muntada al-Tauhid, diakses pada 10 November 2012 . http://www.eltwhed.com/vb/showthread.php?34655 Laman sesawang Islam web.net, dicapai pada 13 November 2014 http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=68832 Laman sesawang Brigham Young University , di akses pada 13 November 2017 http://linguistics.byu.edu/classes/ling450ch/reports/arabic.html Laman sesawang al-Borhan, diakses pada 7 Disember 2015 https://archive.org/stream/alborhan_38/alborhan#page/n5/mode/2up Laman sesawang nunquran.com “Bi al-Qur’an Ihtadait” , dicapai pada 12 November 2015, https://www.youtube.com/watch?v=_PtxGJGU5Ug Laman sesawang youtube, “Pseudo gangster cries when listening to Quran - A German Convert to Islam”, dicapai pada 12 November 2015, https://www.youtube.com/watch?v=2X-nOIAzEW4 Laman sesawang Risalaty.net - العلامة الشيخ محمد حسن حبنكة الميداني, diakses pada 29 Jan 2016
http://www.risalaty.net/article1.php?tq Laman sesawang King Abdulaziz University, Jeddah, Saudi Arabia, di akses pada 12 November 2017, https://truereligiondebate.wordpress.com/2008/03/03/non-muslim-scientists-embraced-islam-after discovering-the-miracles-of-the-noble-quran/ Arkib Utusan Online bertarikh 14.12.2011 yang bertajuk “Pemegang Sanad Tertinggi” ditulis oleh Khairul Anuar Mohamad, artikel slot Bicara Agama.
Univers
ity of
Mala
ya
344
Temu bual Dr „Ali Syarbaji adalah seorang pensyarah di Universiti Damsyik dan Universiti al-Fattah, Syria. Beliau telah ditemuramah oleh penulis di kediamannya, yang terletak di Hayyu Maydan, Damsyik pada tarikh 2 Februari 2010, jam 1.10 petang. Dr Tawfiq Ramadhan al-Buthi adalah seorang pensyarah Ekonomi di Jabatan Syariah Universiti Damsyik, Syria. Beliau telah ditemuramah pada tarikh 4 Februari 2010, jam 11.00 pagi di pejabat beliau, Jabatan Syariah Universiti Damsyik, Syria. Dr. Hasan Habannakah adalah seorang doktor perubatan dan anak kepada tokoh kajian penulis iaitu Syaikh „Abd al-Rahman Habannakah al-Maydani. Beliau telah ditemuramah oleh penulis pada 10 Februari 2010 pada jam 11.45 pagi, di kliniknya Makhbar al-Ghunaim Maydan Mujtahid, Damsyik Syria. Syaikh Kurayyim al-Rajih adalah seorang Ulama‟ Qiraat yang cukup terkenal dalam bidang al-Qur‟an secara bersanad. Penulis berkesempatan bertemu beliau pada 6 Mac 2010 jam 9 pagi di rumah beliau sekitar Maydan Mujtahid, Damsyik Syria. Dr Mansi Abdullah adalah pensyarah Tafsir di Jabatan Syariah Universiti Kaherah, Mesir. Pengkaji berkesempatan menemubual beliau di Universiti Kaherah Mesir pada Julai 2010. Dr Salah „Abd al-Fattah al-Khalidi adalah seorang pensyarah di Universiti Uwise,„Amman Jordan. Beliau telah ditemuramah oleh penulis di rumah kediamannya Hayyu Syarqi, „Amman, pada tarikh 5 Feb 2011, jam 4 petang. Dr Hasan al-Bugha adalah seorang Pensyarah Syari„ah di Universiti Damsyik, Syria. Penulis telah berkesempatan menemui beliau pada 11 Februari 2011, jam 6.30 petang di Ma„had Abu Nur, Mujamma‟ Ahmad Kiftaro, Damsyik Syria. Dr Owaidah adalah seorang pensyarah di Universiti Ummu al-Qura Mekkah, Arab Saudi. Penulis berhubung dengan beliau melalui talian pada tarikh 12 Mei 2012, jam 3.30 petang.
Univers
ity of
Mala
ya
LAMPIRAN
Lampiran A: Shaykh ‘Abd al-Rahman Hasan Habannakah al-Maydani (1925-2004M).
Lampiran B: Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani (1908-1978)
Univers
ity of
Mala
ya
Lampiran C: Shaykh Hasan Habannakah bersama sahabat serta murid-muridnya.
Lampiran D: Shaykh ‘Abd al-Rahman (kiri) bersama bapa saudaranya Shaykh Sadiq Habannakah (1918-2007M)
Lampiran E: Pengkaji di hadapan klinik Dr. Hasan Habannakah (anak kepada tokoh)
Univers
ity of
Mala
ya
Lampiran F: Buku penulisan Ustazah ‘Aidah al-Jarrah.
Lampiran G: Buku al-Ta‘rif bi Kitab Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur.
Lampiran H: Bangunan Ma‘had at-Tawjih al-Islamiy.
Univers
ity of
Mala
ya
Lampiran I: Kitab Qawa‘id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah
Lampiran J: Tafsir Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur
Univers
ity of
Mala
ya
Lampiran K: Soalan-soalan Temu bual terhadap responden
الرحمن الرحيم.بسم الله
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد:
فهذه مجموعة الأسئلة حول كتاب )معارج التفكر ودقائق التدبر( وكتاب )قواعد التدبر الأمثل( و الله رحمة واسعة.للشيخ عبد الرحمن حسن حبنكة رحم
عن الشيخ عبد الرحمن حبنكة رحمو الله بشكل موجز كمعاصره أو زميلو أو فماذا تعر -1 تلميذه؟
من خلال مطالعتك لمؤلفات الشيخ, ما ىو المنهج العلمي المتبع عند الشيخ في أغلب -2عام ومجتمع مؤلفاتو؟ وىل نجح الشيخ في طرح فكرتو وما مدى قبول المجتمع الإسلامي بشكل
دمشق بشكل أخص وما مدى تأثيره في مجال التعليم والدعوة؟
قد ألف الشيخ كتاب )معارج التفكر ودقائق التدبر( ورتبو على ترتيب النزول القرآني وفق -3 وىل , أيهما أسبق في التأليف؟قواعد التدبر من كتابو )قواعد التدبر الأمثل(. بين ىذين كتابين
التأليف وىل التزم الشيخ واستمر على ذلك بينهما خاصة ما يتعلق بمنهج توجد علاقة وثيقة ؟المنهج من بداية الكتاب إلى نهايتو. وىل كمل الشيخ تفسيره مكية ومدنية
ما حكم تصنيف التفسير على حسب ترتيب النزول القرآني؟ وىل ىناك أحد من العلماء -4التدبر( وعقب عليو أو ىناك من يؤيد ىذا اعترض على ىذا الكتاب )معارج التفكر ودقائق
المنهج؟
ما غرض المؤلف من ىذا المنهج وما أهميتو وىل يترتب على قارئو أثرا في فهم كتاب الله -5 وتفسير معانيو على وجو صحيح؟
Univers
ity of
Mala
ya
ين قواعد التفسير وقواعد التدبر؟ أو يحصل بينهما التداخل والتوافق؟ وإذا كان ما الفرق ب -6بينهما فرق بين فما ىو الضابط بين ىذين اصطلاحين؟ وىل يعتبر الشيخ عبد الرحمن حبنكة
رحمو الله أول من ابتكر وأبدع بهذا الاصطلاح )قواعد التدبر(؟
ابو )قواعد التدبر الأمثل(, ولاحظت أن ىذه ذكر الشيخ رحمو الله أربعين قاعدة في كت -7القواعد لا تخرج عن مباحث العلوم من علوم القرآن. فهل يمكن تقسيم ىذه القواعد إلى
القواعد الرئيسية وتكون تحتها القواعد الفرعية التابعة لها مراعية المواضع أو المباحث الموجودة في ا على حسب موضوع علوم القرآن وتقسيره(؟علوم القرآن )ترتيب القواعد ترتيبا موضوعي
وإذا كان ىناك تعليق آخر عن ىذا الموضوع, فليتفضل إضافتو ىنا مأجورين مشكورين -8 آمين. وجزاكم الله خير الجزاء. وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العلمين.
9. Apakah kecenderungan mazhab fiqh dan mazhab aqidah Shaykh ‘Abd al-Rahman Habannakah? 10. .Adakah kaedah-kaedah yang dikeluarkan beliau bertepatan dengan kaedah ulum al-Quran menurut para ulama muta’akhirin dan mutaqaddim? 11.Apakah berbezaan tadabbur, tafsir dan ta’wil? Apakah keistimewaan dan keperluan tadabbur? Kenapa Shaykh ‘Abd al-Rahman Habannakah memilih pendekatan/manhaj tadabbur? 12. Apakah aspek-aspek yang merangkumi 40 kaedah tersebut? (aspek balaghah, munasabat ayat, tertib nuzul surah, struktur bahasa, uslub lughawi) Univ
ersity
of M
alaya
Top Related