Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

34
[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900 MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI MURID DIPERMULAAN AYAT DAN KATA NAMA KHAS TAHUN 5 RESTU BAB 1 1.1 PENGENALAN Kemahiran menulis merupakan kemahiran Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah di luar Bandar (Abdul Rasid Jamian, 2011) Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dan menulis, keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu (Abdul Rasid Jamian). Menurut Abdul Rasid dan Zulkifli(2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan 1 | Page

description

penyelidikan

Transcript of Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

Page 1: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI

MURID DIPERMULAAN AYAT DAN KATA NAMA KHAS

TAHUN 5 RESTU

BAB 1

1.1 PENGENALAN

Kemahiran menulis merupakan kemahiran Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah

rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada

masa hadapan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti

permasalahan tentang kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah

rendah di luar Bandar (Abdul Rasid Jamian, 2011) Kemahiran menulis merupakan suatu

budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dan menulis,

keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam

proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di

sekolah. Pencapaian kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan

penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu (Abdul

Rasid Jamian).

Menurut Abdul Rasid dan Zulkifli(2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan

menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya.

Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009), cara memegang alat tulis

akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor

halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang

butang baju dan menyusun manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus

menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya

mengawal saraf memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang

1 | P a g e

Page 2: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang

tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan

jari untuk menulis.

Sasson (19930 pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran

menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf

mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara

huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang

betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui

tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian.

Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan

pengetahuan yang mereka ada untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Contohnya, seperti ketika

mereka berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan alternatif b

kepada p yang ditunjukkan. Selain dari masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis

imej cermin juga wujud dan contoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan

antara huruf  b dengan huruf  d dan huruf p dengan q ( Higgins et al.1996).

Satu analisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak

tadika oleh Popp (1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran memadankan

bentuk huruf kecil seperti u, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k .  Kajian Popp (1964) juga menunjukkan

kanak-kanak tadika juga mengalami kekeliruan abjad dalam usaha memadankan bentuk-

bentuk huruf kecil seperti b-d,p-q, b-q, dan d-p yang dinamakan masalah pembalikan huruf

(reversal of letters).

Merujuk pada pandangan tokoh yang telah dinyatakan di atas, saya dapati perkara

yang dijelaskan ini sama dengan masalah yang saya hadapi. Saya menghadapi masalah

2 | P a g e

Page 3: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

murid yang tidak menggunakan huruf besar di tempat yang betul. Walaupun setiap kali

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas saya akan sentiasa mengingatkan murid tetapi

masih tetap ada juga kesilapan yang dibuat oleh murid. Murid tidak dapat membezakan

kata nama am dan kata nama khas.

Sehubungan dengan itu, pendidikan Bahasa Melayu masa kini tertumpu pada usaha

menguasai kemahiran, bukannya pengetahuan. Satu daripada kemahiran yang perlu

dikuasai oleh pelajar ialah kemahiran menggunakan huruf besar. Kegagalan menguasai

kemahiran ini boleh mencacatkan mutu penulisan mereka, khususnya dalam peperiksaan

berpusat seperti UPSR.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Kegagalan mengusai sesuatu kemahiran dalam penyelidikan bahasa Melayu pada peringkat

tahap satu akan memberi kesan negatif pada peringkat tahap dua. Pemerhatian

menunjukkan bahawa banyak pelajar tahap 2 belum menguasai beberapa kemahiran yang

sepatutnya dikuasai oleh murid pada tahap satu. Antaranya ialah kemahiran menggunakan

huruf besar. Pelajar melakukan pelbagai kesilapan seperti tidak menggunakan huruf besar

di tempat yang sepatutnya. Pelajar mungkin juga menggunakan huruf besar pada tempat

yang perlu menggunakan huruf kecil sahaja seperti Rajah 1

Rajah 1

3 | P a g e

Page 4: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

Kemahiran menggunakan huruf besar kelihatan seperti masalah yang kecil sahaja.

Akibatnya pelajar mengabaikan perkara ini dalam penulisan mereka. Oleh itu, penyelidik

berusaha mengesan sebab-sebab yang menjadi punca pelajar mengabaikan kemahiran ini.

Diharapkan guru dapat mengubahsuai kaedah pengajaran mereka bagi mengatasi masalah

ini.

Berdasarkan pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam

kelas terdapat dua fenomena yang menyebabkan berlakunya masalah ini. Pertama pelajar

hanya menggunakan kemahiran ini ketika proses pembelajaran. Kesilapan tetap berulang

kerana mereka hanya membetulkan kesilapan apabila ditegur. Kedua, pelajar tidak tahu

membezakan kata nama am dan kata nama khas. Akibatnya mereka tidak menyedari

bahawa mereka sebenarnya melakukan kesilapan.

1.3 LATAR BELAKANG KAJIAN

Berpengalaman 14 tahun mengajar murid Tahap 2 membuatkan saya rasa pengalaman

yang selama ini saya simpan begitu berharga. Bermula dengan sukatan pelajaran yang

mudah bagi murid tahun 5 sehinggalah ke zaman era perubahan sukatan yang begitu

ketara. Namun setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak

pun kadangkala cuai dengan penggunaan huruf besar dan tanda bacaan yang betul.

Soalan kegemaran para guru setiap kali latihan adalah ‘Salin semula ayat-ayat di

bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai’. Di samping itu, kesalahan

murid dalam penggunaan huruf besar dan tanda bacaan secara tidak langsung akan

4 | P a g e

Page 5: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut, Saya

mengambil satu daripadanya untuk dipertingkatkan penguasaannya iaitu penggunaan huruf

besar dan tanda bacaan. Jika murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar sekurang-

kurangnya di permulaan ayat terutama dalam penulisan bahagian A iaitu memerlukan

murid membina 5 ayat, maka kehilangan markah amat ketara.

Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama

iaitu permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala

murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini untuk

mengatasi masalah tersebut.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.

Objektif Khusus

i) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada permulaan ayat

dan pengejaan kata nama khas.

ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dibuat untuk menjawab persoalan seperti:

1. Apakah kesan penggunaan pensel warna terhadap kekeliruan penggunaan huruf

besar dalam penulisan bagi murid tahun 5 Restu?

2. Bagaimanakah penggunaan pensel warna menambah baik amalan saya dalam

mengatasi kekeliruan penggunaan huruf besar dalam penulisan?

5 | P a g e

Page 6: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

1.6 Definisi istilah

1. Ujian Pra

Ujian pra bertujuan mendapatkan gambaran tahap penguasaan kemahiran pelajar

terhadap penggunaan huruf besar dalam penulisan bahasa Melayu.

2. Ujian Pos

Ujian pos bertujuan mengetahui pencapaian pelajar terhadap masalah yang dikaji

semasa dan setelah diberi bimbingan.

1.7 BATASAN KAJIAN

Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid

Tahun 5 Restu tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf

besar dan tanda bacaan di tempat yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman,

menyalin ayat dan sebagainya. Oleh kerana saya mengajar murid yang sama semasa Tahun

4 Restu (2013), maka agak mudah untuk saya mengesan pencapaian mereka. Situasi ini

tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar dan tanda bacaan adalah

penting setiap kali menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini tidak di atasi, peratus

markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas. Merujuk

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5, setiap Rancangan Mingguan terdapat

kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan tanda baca. Contoh :

Aras 1 : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan

yang cantik.

Aras 2 : 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

6 | P a g e

Page 7: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda

baca dalam ayat.

Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.

i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda

baca yang betul.

Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran

penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang.

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di sini

guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem pengajaran dan

pembelajarannya di kelas. Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk:

1. Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.

2. Meningkatkan prestasi pencapaian murid.

3. Mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf

besar .

4. Membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.

Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan

dengan pencapaian rendah di kalangan murid. Kajian ini  juga boleh dijadikan strategi

7 | P a g e

Page 8: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap

cemerlang.

8 | P a g e

Page 9: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

BAB 2

2.1 SOROTAN LITERATUR

Kamaruddin Hj. Husin (1988) menyatakan bahawa “Tulisan ialah bahasa yang bertulis

dengan lambang-lambang bunyi. Ketika tulisan itu dibunyikan semula, ia dikatakan

bahasa” (ms 178).

Oleh itu, kemahiran menulis mestilah dikuasai oleh murid semenjak daripada sekolah

rendah lagi sebelum masuk ke alam sekolah menengah untuk mengelak permasalahan yang

berkaitan dengan kemahiran menulis berlaku seperti kekeliruan dalam penggunaan huruf

besar dan huruf kecil dalam penulisan.

Keupayaan menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta

dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu

pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kamahiran menulis

ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di

samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hushim Haji Musa dan Abdullah Hamid

Mahmood (2007), kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau perkara

yang umum sifatnya. Kata nama am abstrak. Dari aspek penulisan kata nama am, huruf

pertama tidak semestinya huruf besar. Kata Nama Khas ialah kata yang mendukung

makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi),

undang-undang bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama

Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar.

9 | P a g e

Page 10: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

Zalian Jemat (2005) ada menyatakan bahawa huruf besar tidak boleh dituliskan ditengah

sesuatu perkataan kerana perbuatan itu merupakan suatu kesalahan tanda baca. Hal tersebut

merupakan masalah yang dihadapi oleh beberapa orang peserta kajian saya. Kaedah

penggunaan pensel warna dipilih bagi membantu masalah murid dalam menggunakan

huruf besar pada huruf pertama perkataan sesebuah ayat, menggunakan huruf kecil pada

Kata Nama Am dan huruf besar pada Kata Nama khas. Selain itu, penyelidikan yang telah

dibuat oleh Jerome Agong, Jamurah Galitang dan Sobina Boisi (2008)dilaksanakan dengan

menggunakan kaedah gambar dan saya mendapati murid-murid diajar menulis ayat

menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar dengan betul.

Campbell(1989) menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai sebagai teknik bagi menarik

perhatian murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil

daripada kajian beliau mendapati murid-murid menunjukkan kemajuan yang baik dalam

pelajaran termasukkah dari segi kemahiran dan disiplin. Selain daripada membantu murid-

murid untuk belajar. Campbell telah dapat memperkembangkan pelbagai kemahiran murid.

Ribot (20040 menyatakan pengalamannya menggunakan Kecerdasan Pelbagai dalam

mengajar bahasa Inggeris. Beliau melaporkan keputusan yang agak memuaskan. Bagi

kecerdasan imej visual, beliau telah memperkenalkan satu aktiviti kepada murid-murid

beliau iaitu “My city in a box” yang merupakan satu pembelajaran koperatif. Murid-murid

diminta untuk membina bangunan yang mereka pernah lawati dengan menggunakan

kadbod, kotak kecil dan kertas warna. Selesainya aktiviti tersebut, beliau menyatakan

bahawa “saya amat teruja melihat murid-murid berjaya mencipta objek-objek tambahan

seperti perabot, pintu dan jendela. Ini telah memberi peluang kepada saya untuk

memperkenalkan lebih banyak kosa kata pada hari tersebut”(ms 52).

10 | P a g e

Page 11: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

Carmelya (2010) telah menggunakan imej visual untuk membantu mengurang masalah

murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan yang mana beliau

menggunakan “ keluarga ayam”sebagai bahan bantu utama untuk mengatasi masalah

pernggunaan huruf besar pada huruf pertama dalam perkataan pertama pada sesebuah ayat

dalam penyelidikan beliau. Penyelidikan beliau berakhir dengan sebuah kejayaan yang

bermakna kerana berjaya mengatasi masalah yang murid beliau hadapi.

11 | P a g e

Page 12: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Penyelidikan ini melibatkan 34 orang murid Tahun 5 Restu yang terdiri daripada 16 orang

murid lelaki dan 18 orang murid perempuan. Semua murid kelas 5 Restu boleh membaca

dengan lancar dan boleh membina ayat tunggal dan majmuk dengan baik. Walau

bagaimanapun, mereka tidak menitik beratkan penggunaan huruf besar dalam penulisan

mereka. Oleh itu, penyelidikan tindakan ini dijalankan sekurang-kurang bagi

mengurangkan masalah yang mereka hadapi. Pada masa yang sama, penyelidikan ini boleh

menambah baik amalan pengajaran saya dalam Bahasa Melayu. Tiga puluh orang murid

yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dalam kelas dan empat orang

adalah sebaliknya. Dalam kajian ini metodologi yang digunakan tertumpu kepada

keberkesanan penggunaan pensel warna dapat membantu murid peningkatan pengguasaan

huruf besar dalam membina ayat. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk melihat

keberkesanan kaedah tersebut terhadap peningkatan minat murid untuk belajar.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian akan dilakukan menggunakan kaedah power point untuk membezakan kata nama

am dan kata nama khas. Selepas murid memahami dan dapat membezakan kata nama am

dan kata nama khas , guru akan menggunakan pensel warna apabila setiap kali mereka

membuat latihan dalam kelas.

12 | P a g e

Page 13: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

3.3 Etika Penyelidikan

Saya telah meminta kebenaran secara lisan terlebih dahulu sebelum menyerahkan surat

memohon kebenaran daripada ibu bapa dan penjaga secara bertulis kepada peserta kajian.

3.4 Kaedah Mengumpul Data.

Antara kaedah mengumpul data yang saya gunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian,

analisis dokumen dan temu bual. Kaedah pemerhatian secara langsung telah saya pilih

kerana ini mudah serta menyeluruh. Kaedah ini tidak memerlukan apa-apa peralatan

khusus melainkan pensel, dan kertas sahaja.

a) Pemerhatian

Instrumen yang saya gunakan dalam teknik pemerhatian ini ialah catatan refleksi.

Catatan refleksi ditulis selepas setiap kali berlangsungnya pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan kajian ini. Berikut

merupakan contoh catatan refleksi yang saya gunakan.

Masih ramai murid yang tidak dapat membezakan Kata Nama am dan Kata Nama

Khas walaupun telah diajar oleh guru.

(Catatan refeklsi, 25 Mac 2014)

Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

13 | P a g e

Page 14: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

b) Analisis dokumen(Item Ujian)

Saya telah menggunakan dua set ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Ujian pra

bertujuan mendapatkan gambaran tahap penguasaan kemahiran pelajar terhadap

penggunaan huruf besar dalam penulisan bahasa Melayu.

Ujian pos bertujuan mengetahui pencapaian pelajar terhadap masalah yang dikaji

semasa dan setelah diberi bimbingan.

c) Soal selidik .

Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk

mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur. Selain itu, saya juga menemubual

guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk mengenal pasti

samada murid-murid yang dipilih turut membuat kesilapan yang sama. Saya

menemubual guru yang mengajar Pendidikan Sivik Kewarganegaraan dan Kajian

Tempatan bagi tahun 5 Restu . Soalan –soalan yang saya tanyakan adalah seperti

berikut:

1. Adakah murid-murid ini dapat menulis dengan baik semasa pengajaran dan

pembelajaran cikgu?

2. Daripada hasil penulisan murid 5 Restu , adakah mereka mengalami masalah

dari segi penggunaan huruf besar dalam penulisan?

d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang

dikemukakan. Saya turut menggunakan analisis dokumen dalam bentuk hasil kerja

14 | P a g e

Page 15: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

murid. Setelah saya memperkenalkan kaedah yang saya rancang, saya menganalisis

dan menyemak secara terperinci buku latihan dan lembaran kerja sama ada dalam

bahagian penulisan, tatabahasa, pemahaman atau ujian imlak supaya saya dapat

menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan.

3.5 Proses analisis data

Analisis data dilakukan dengan menentukan markah skor bagi kedua-dua ujian iaitu

ujian pra dan ujian pos. Skor maksimum dalam setiap ujian ialah 10. Skor-skor

yang diperoleh dikategorikan kepada tahap-tahap pencapaian pelajar iaitu baik,

sederhana dan lemah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1

Skor Tahap Pencapaian

8-10 Sangat Baik

5-7 Baik

3-4 Sederhana

2-3 Lemah

0-1 Sangat Lemah

Jadual 1: Skor markah Ujian dan Tahap Pencapaian Pelajar

3.6 Sampel Kajian

Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah rendah di negeri Selangor. Sekolah ini

mempunyai 9 kelas dalam aliran tahun 5. Kelas yang dipilih ialah kelas 5 Restu

kerana saya mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dalam kelas 5 Restu. Oleh itu,

memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

15 | P a g e

Page 16: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

3.7 Prosedur Kajian

Setelah melihat masalah kekeliruan murid-murid dari perspektif psikologi,

termasuklah setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual,

sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus

diberi perhatian yang secukupnya terutama sekali aspek ejaan kerana terdapat

interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. Walau apa jua kaedah yang

hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan membuat

penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak melupakan

batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah untuk

mengatasi masalah kekeliruan penggunaan huruf besar dan huruf kecil akan

dijelaskan.

Kaedah penggunaan pensel warna bagi menulis huruf besar dalam ayat telah

digunakan bagi mengatasi masalah kekeliruan penggunaan hurf besar ini. Berikut

adalah langkah-langkah untuk menjalankan kaedah ini:

Langkah 1

Untuk langkah pertama ini, saya akan menjalankan pemerhatian untuk

mengenalpasti secara tidak langsung tentang kekeliruan terhadap penggunaan huruf

besar. Pemerhatian akan dilakukan dengan saya membuat pemerhatian terhadap

hasil kerja murid di dalam buku tulis mereka. Di situ terdapat masalah di mana

murid sering kali salah dalam menulis huruf besar dalam setiap ayat yang dibina.

Selain itu, saya juga membuat ujian pra terhadap murid-murid. Ujian ini dijalankan

semasa ujian bulan Mac yang lalu dalam ujian penulisan bahagian A. Jadi hasil

daripada ujian inilah guru dapat merancang latihan yang bersesuaian dengan murid.

Ujian ini juga dapat melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada

kelemahan murid tersebut.

16 | P a g e

Page 17: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

Dalam langkah ini juga , saya akan menjalankan sesi temubual bersama guru mata

pelajaran lain. Temubual ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan

murid-murid tersebut. Dalam temubual itu pelbagai soalan akan ditanya dan fokus

temubual ini adalah untuk menentukan tahap seseorang murid dalam masalah yang

dikaji.

Langkah 2

Setelah mendapat hasil keputusan ujian pra dan juga temu bual bersama guru mata

pelajaran lain , tindakan selanjutnya adalah dengan memulakan sesi penerangan

dan pengajaran teknik menggunakan pensel warna untuk membetulkan penggunaan

huruf besar dalam ayat. Dalam langkah ini, saya akan menerangkan kepada murid

yang akan digunakan dalam kajian saya nanti.

Langkah 3

Dalam langkah ini, saya akan menerangkan pada murid perbezaan kata nama am

dan kata nama khas dengan menggunakan slaid power point. Kemudian, apabila

murid faham saya akan meminta murid menggunakan pensel warna setiap kali

apabila membina ayat dalam latihan di dalam kelas. Cara ini bagi membiasakan

murid apabila menggunakan huruf besar mereka akan menggunakan huruf besar

supaya mereka lebih mengingati , terutamanya dipermulaan ayat. Manakala ujian

pos pula akan dijalankan setelah selesai sesi pembelajaran selama enam minggu.

Pengumpulan dan Pemprosesan Data

Penganalisaan data dilakukan untuk membandingkan tahap pencapaian pelajar

dalam ujian pra dan ujian pos. Bagi meninjau persepsi pelajar terhadap

keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran , pengkaji akan mentafsir datanya

17 | P a g e

Page 18: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

dan skor setiap item dalam soal selidik. Sekiranya terdapat peningkatan markah

maka menunjukkan penerimaan murid baik dalam kaedah yang digunakan.

18 | P a g e

Page 19: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

BORANG SOAL SELIDIK MURID

BIL. SILA JAWAB DENGAN JUJUR Ya (/) Tidak ( x )

1. Pengajaran cikgu menyeronokkan

2. Cikgu beri tumpuan kepada saya

3. Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu

4. Saya kenal huruf ‘a’ hingga ‘z’

5. Saya kenal huruf besar dan huruf kecil

6. Ibu bapa ada mengajar saya di rumah

7. Saya suka menulis

8. Saya suka membaca

9. Saya faham arahan yang diberikan oleh cikgu

10. Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar

19 | P a g e

Page 20: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

ANALISIS REKOD PEMERHATIAN

KERJA BERTULIS MURID

Nama murid

Menulis huruf besarpada permulaan ayat

Menulis huruf besarpada kata nama khas

Jumlah Betul ( /10) Jumlah Betul ( /10)

R1 3 2

R2 2 3

R3 5 5

R4 3 2

R5 4 4

R6 2 2

R7 3 3

R8 2 5

R9 4 6

R10 4 4

KEPUTUSAN UJIAN SELEPAS

20 | P a g e

Page 21: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

INTERVENSI

Nama murid

Menulis huruf besarpada permulaan ayat

Menulis huruf besarpada kata nama khas

Jumlah Betul ( /10) Jumlah Betul ( /10)

R1 10 10

R2 10 10

R3 10 10

R4 10 10

R5 10 10

R6 10 10

R7 10 10

R8 10 10

R9 10 10

R10 10 10

Contoh : BORANG SKOR ITEM

MENYALIN AYAT

21 | P a g e

Page 22: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

BIL NAMA MURID UJIAN PRA UJIAN POS PERBANDINGAN

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

CONTOH LATIHAN DALAM BUKU TEKS TAHUN 5

22 | P a g e

Page 23: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

CONTOH LATIHAN 2

23 | P a g e

Page 24: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

BIBLIOGRAFI

24 | P a g e

Page 25: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

Abdul Karim Bin Haji Jawi.(2003). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya

dalam Aspek Tanda Baca dengan kaedah Pembelajaran Khusus serta Bimbingan Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman Betong.

Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 Dewan Bahasa dan Pustaka.

Esa Bin Awang dan Md. Hatta Md. Nor. (2003). Tahap Penguasaan Tatabahasa bahasa

Melayu di Kalangan Guru Pelatih KDPM di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu , Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim.

Hasnalee Bin Tubah. ( 2008 ). Tahap Penguasaan dan Kesukaran Membaca dan Menulis

dalam Kalangan Murid KIA2M. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 2008 Institit

Pendidikan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan Sarawak.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 Unit Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

Semya Chundi. ( 2003 ). Menangani Masalah Mengenal dan Menyebut Huruf Besar

Seorang Murid Tahun 4 dengan Pendekatan Latih Tubi. Prosiding Seminar Kajian

Tindakan 2003. Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong.

Siti Zainab bt Haji Md Saman. ( 2003 ). “Jadual Formula Warna” Kaedah untuk

Menerangkan Fakta. Penyelidikan Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan

Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia

http://www.ipgkbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/BM/7%20ARTIKEL

%20AMIRAH.pdf

http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=457

ISI KANDUNGAN

1.1 Pengenalan …………………………………………………………………1

25 | P a g e

Page 26: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

1.2 Penyataan Masalah………………………………………………………. 2

1.3 Latar Belakang Masalah ………………………………………………….4

1.4 Objektif Kajian ……………………………………………………………5

1.5 Persoalan Kajian ………………………………………………………...5

1.7 Definisi Istilah ……………………………………………………………..6

1.8 Kepentingan Kajian…… …………………………………………………..7

2.0 Sorotan Literatur ………………………………………………………….9

3.0 Metodologi Kajian …………………………………………………………12

3.1 Pendahuluan ……………………. .………………………………………. 12

3.2 Rekabentuk Kajian……………………………………………………….. 12

3.3 Etika Penyelidikan…………………………………………………………13

3.4 Kaedah Mengumpul Data ……………………………………………… 13

3.5 Proses Analisis data………………………………………………………..15

3.6 Sampel Kajian………………………………………………………………15

3.7 Prosedur Kajian……………………………………………………………..16

3.8 Pengumpulan dan Pemprosesan Data……………………………………17

Bibliografi

26 | P a g e

Page 27: Proposalpenyelidikanpendidikan17mei2014 ASAL

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900

27 | P a g e