PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya &...

14
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147 42 PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN PETANI DI DAERAH YAN, KEDAH (The Use of Communication Technologies Among Farmers at Yan, Kedah) Muna Hanim Mohd Zuki Ahmad Fahmi Mahamood Mohd Erpi Mohd Ali Zuraidi Mokhdzar Tengku Kastriafuddin Tengku Yakob Abdul Rahman Abdul Manaf [email protected] Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Perlis Abstrak :Penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan petani menunjukkan peningkatan yang positif apabila wujudnya inovasi-inovasi yang mampu meningkatkan pengeluaran hasil tanaman padi di Malaysia. Kajian ini untuk mengukur tahap kemampuan petani dalam menggunakan teknologi komunikasi, mengenal pasti faktor-faktor penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan petani, mengenalpasti pengaruh penggunaan teknologi komunikasi dan menjelaskan hubungan antara umur dengan penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan petani. Seramai 100 orang responden telah terbabit dalam kajian ini. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak ke atas petani di kawasan Yan, Kedah. Hasil dari kajian ini mendapati pengaruh teknologi komunikasi mempengaruhi petani. Analisis deskriptif dan infrensi dijalankan dalam kajian ini. Ujian korelasi mendapati terdapat perkaitan antara pemboleh ubah yang digunakan. Ini membuktikan petani penduduk di kawasan pendalaman telah menunjukkan minat dalam perkembangan teknologi komunikasi. Kata kunci: Teknologi Komunikasi, Pengembangan Pertanian Abstract: The use of communication technology among farmers showed a positive impact in the birth of innovations in order to boost the production of rice crop in Malaysia. This study aims to measure the level of ability of the farmers in the use of communication technology. A total of 100 respondents were involved in this study. The sample of respondent were chosen by random in the district of Yan, Kedah. The results of this study found that the influence of communication technology affects the farmers. Descriptive and inferential analysis were caried out in this study. Correlation analysis shows there is a correlation between the variables used. This proves that farmers in rural areas have shown interest in the development of communication technology. Keywords: Communication Technology, Agriculture Extension 2020 JHLCB

Transcript of PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya &...

Page 1: PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya & Smith, 2011). Menurut Lizzie, Jens, Gianluca, Allan, Kirsten, Camilla, Niels, Ilse (2014)

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

42

PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM

KALANGAN PETANI DI DAERAH YAN, KEDAH

(The Use of Communication Technologies Among Farmers at Yan, Kedah)

Muna Hanim Mohd Zuki

Ahmad Fahmi Mahamood

Mohd Erpi Mohd Ali

Zuraidi Mokhdzar

Tengku Kastriafuddin Tengku Yakob

Abdul Rahman Abdul Manaf

[email protected]

Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Perlis

Abstrak :Penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan petani menunjukkan peningkatan

yang positif apabila wujudnya inovasi-inovasi yang mampu meningkatkan pengeluaran hasil

tanaman padi di Malaysia. Kajian ini untuk mengukur tahap kemampuan petani dalam

menggunakan teknologi komunikasi, mengenal pasti faktor-faktor penggunaan teknologi

komunikasi dalam kalangan petani, mengenalpasti pengaruh penggunaan teknologi komunikasi

dan menjelaskan hubungan antara umur dengan penggunaan teknologi komunikasi dalam

kalangan petani. Seramai 100 orang responden telah terbabit dalam kajian ini. Pemilihan sampel

dilakukan secara rawak ke atas petani di kawasan Yan, Kedah. Hasil dari kajian ini mendapati

pengaruh teknologi komunikasi mempengaruhi petani. Analisis deskriptif dan infrensi dijalankan

dalam kajian ini. Ujian korelasi mendapati terdapat perkaitan antara pemboleh ubah yang

digunakan. Ini membuktikan petani penduduk di kawasan pendalaman telah menunjukkan minat

dalam perkembangan teknologi komunikasi.

Kata kunci: Teknologi Komunikasi, Pengembangan Pertanian

Abstract: The use of communication technology among farmers showed a positive impact in the

birth of innovations in order to boost the production of rice crop in Malaysia. This study aims to

measure the level of ability of the farmers in the use of communication technology. A total of 100

respondents were involved in this study. The sample of respondent were chosen by random in the

district of Yan, Kedah. The results of this study found that the influence of communication

technology affects the farmers. Descriptive and inferential analysis were caried out in this study.

Correlation analysis shows there is a correlation between the variables used. This proves that

farmers in rural areas have shown interest in the development of communication technology.

Keywords: Communication Technology, Agriculture Extension

2020 JHLCB

Page 2: PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya & Smith, 2011). Menurut Lizzie, Jens, Gianluca, Allan, Kirsten, Camilla, Niels, Ilse (2014)

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

43

PENGENALAN

Teknologi komunikasi terkini adalah bersifat menggabungkan semua elemen komunikasi lisan,

tulisan, visual, data dan audio secara maya (Ezaleila & Azizah, 2011). Malah, teknologi

komunikasi juga berpotensi besar dalam menyalurkan pelbagai maklumat pertanian yang berharga

kepada petani. Maklumat penting di dalam pengembangan pertanian seperti aspek pemilihan biji

benih, jenis dan kesesuaian baja, musim penuaian, harga jualan, khidmat nasihat, teknik-teknik

penanaman, cara rawatan penyakit tanaman, subsidi pertanian, laporan cuaca, peluang pasaran

baru, teknologi pertanian baru, pasar elektronik (e-pasar), isu-isu dan hal ehwal semasa di dalam

sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya & Smith, 2011).

Menurut Lizzie, Jens, Gianluca, Allan, Kirsten, Camilla, Niels, Ilse (2014) dan Kuria (2014)

penggunaan teknologi komunikasi dalam pengembangan pertanian membolehkan para petani

untuk mengakses pelbagai maklumat bagi mendapatkan pengetahuan yang meluas tentang bidang

masing-masing. Kepentingan teknologi komunikasi kepada petani untuk mendapatkan pelbagai

maklumat pertanian tidaklah dapat dinafikan dan kecanggihannya perlu dimanfaatkan.

Penyampaian maklumat pertanian melalui teknologi komunikasi perlu diutilisasikan sejajar

dengan perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan yang lain.

PERMASALAHAN KAJIAN

Perkembangan teknologi komunikasi telah berkembang di dalam negara ini dan

menjadi semakin pesat. Fenomena ini dapat dilihat melalui pemodenan yang telah melahirkan

banyak teknologi komunikasi dari segenap pelusuk dunia. Menurut Helen Simon (2017)

teknologi adalah merupakan keseluruhan prasarana untuk menyediakan keperluan bagi

kelangsungan dan demi keselesaan manusia. Tambahnya lagi, dengan kewujudan teknologi

komunikasi telah memudahkan lagi, seterusnya mempercepatkan dan mengurangkan

penggunaan tenaga manusia. Seterusnya, kemunculan teknologi komunikasi menjadi sebagai

suatu unsur yang diperlukan dalam kerja-kerja pemprosesan maklumat.

Selari dengan pemodenan negara, teknologi komunikasi menjadi sebuah medium yang

penting yang digunakan dalam penanaman padi di Malaysia. Hal ini demikian kerana

penggunakan teknologi komunikasi telah memudahkan para petani untuk mencari maklumat

berkaitan dengan pertanian secara atas talian. Namun begitu, tahap penggunaan teknologi

komunikasi dalam petani di Malaysia masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-

negara pengeluar utama padi yang lain (Ahmad Fahmi, 2016). Oleh itu, isu ini telah

menyebabkan pengeluaran hasil padi dalam negara tidak dapat menandingi dengan hasil

pengeluaran padi dengan negara luar.

Negara

Metrik Tan Setiap

Hektar Setiap

Musim

Malaysia 3.9

Myammar 4.5

Thailand 3.2

Vietnam 2.5

Australia 4.3 Jadual 1 : Purata Hasil Padi Setiap Hektar Mengikut Negara (Sumber: InstitusiPenyelidikan

Beras Antarabangsa (IRI), Organisasi Makanan & Pertanian Sedunia (FAO), Universiti Malaysia Sabah, 2009)

Page 3: PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya & Smith, 2011). Menurut Lizzie, Jens, Gianluca, Allan, Kirsten, Camilla, Niels, Ilse (2014)

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

44

Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (2014), bekalan beras

tempatan untuk pasaran tempatan di dalam negara hanya dapat menampung sekitar 60 peratus

dan ianya masih tidak mengcukupi untuk memenuhi permintaan pasaran semasa. Oleh itu,

usaha-usaha untuk meningkatkan pertanian padi haruslah dilakukan segera oleh agensi-agensi

yang berkaitan.

PERSOALAN KAJIAN

1) Bagaimanakah tahap kemampuan petani menggunakan teknologi

komunikasi?

2) Apakah faktor-faktor penggunaan teknologi komunikasi dalam

kalangan petani?

3) Adakah terdapat hubungan antara umur dengan penggunaan teknologi komunikasi

dalam kalangan petani?

OBJEKTIF KAJIAN

1) Mengetahui tahap kemampuan menggunakan teknologi komunikasi dalam kalangan

petani

2) Mengenalpasti faktor -faktor penggunaan teknologi komunikasi kalangan

petani

3) Mengnalpasti hubungan antara umur dengan penggunaan teknologi

komunikasi dalam kalangan petani

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui penggunaan teknologi komunikasi dalam

kalangan petani di daerah Yan, Kedah. Adalah amat penting untuk meningkatkan kadar literasi

teknologi komunikasi dalam kalangan petani di negara ini memandangkan sektor pertanian

kini memasuki fasa pertanian digital yang memerlukan penggunaan pelbagai aplikasi baru

pada masa kini. Penggunaan teknologi komunikasi ini juga amat penting disebabkan keadaan

semasa yang memerlukan penggunaan internet dari semua aspek bermula dari pembelian

barangan atas talian, pembelajaran atas talian dan lain-lain. Adalah penting untuk mengetahui

tahap penggunaan teknologi komunkasi dalam kalangan petani, kerana ianya amat membantu

meningkatkan produktiviti pertanian padi seperti di negara-negara yang maju dalam bidang

pertanian.

METODOLOGI KAJIAN

Pendekatan kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif. Menurut Oberii (2017),

kaedah penyelidikan kuantitatif adalah hubungan antara kuantitatif dan analisis pemboleh ubah

untuk mendapatkan hasil. Tambahnya lagi, ia melibatkan penggunaan dan analisis data

berangka menggunakan statistik tertentu teknik untuk menjawab soalan seperti siapa, berapa,

berapa, di mana, bila, berapa, dan bagaimana (Oberiri, 2017). Kaedah penyelidikan kuantitatif

merupakan kaedah menjelaskan isu atau fenomena melalui pengumpulan data dalam bentuk

berangka. Kajian ini mendedahkan bahawa kaedah kuantitatif boleh dikategorikan kepada;

penyelidikan soal selidik, penyelidikan korelasi, penyelidikan eksperimen dan penyelidikan

saintifik. Secara umumnya, kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan bagi

mengenalpasti dan mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan penggunaan teknologi

Page 4: PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya & Smith, 2011). Menurut Lizzie, Jens, Gianluca, Allan, Kirsten, Camilla, Niels, Ilse (2014)

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

45

komunikasi terhadap penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan petani. Menurut

Jennifer, 2016, yang memetik dari sebuah artikel yang di keluarkan oleh Radiology

Technology dari September/Oktober 2010 sehingga Julai/Ogos 2016 dari 90 artikel. Kajian

soal selidik kuantitatif seperti kajian korelasi merupakan kajian terbesar dengan peratus

sebanyak 36.6% artikel, manakala kajian eksperimen menunjukkan 24.4% artikel, 20% artikel

untuk kajian dari sorotan kajian terdahulu dan 13.3% artikel adalah kajian dari kes atau laporan

teknikal. Berbeza pula dengan kajian yang mengabungkan kuantitatif dan kualitatif hanyalah

3.3% artikel, dan manakala sebanyak 2.2% artikel yang dijalankan bagi kajian kualitatif

sahaja.

POPULASI DAN PENSAMPELAN

Pengkaji telah memilih populasi dari kalangan penduduk di daerah Yan, Kedah yang terdiri

dari kalangan para petani. Menurut Data Terbuka Malaysia, Pecahan Penduduk Negeri Kedah

Mengikut Daerah Dari Tahun 2011 Hingga 2018 bagi Daerah Yan pada tahun 2018 ialah

77,600 orang populasi di Daerah Yan.

Sampel kajian pula merupakan sebahagian dari kajian membolehkan maklumat diperolehi

daripada sebahagian daripada kumpulan yang lebih besar atau mendapatkan sampel daripada

populasi sasaran. Dalam kajian ini terdapat beberapa sampel kajian yang telah dipilih oleh

pengkaji dalam menyempurnakan kajian yang dijalankan berdasarkan jumlah sebenar

populasi kajian. Penyelidik menggunakan kaedah persampelan yang digunakan adalah sampel

rawak terhadap tahap pendidikan dan umur responden tersebut untuk membantu pengkaji

mendapatkan data yang membantu kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik terhadap

penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan petani di Yan. Kelompok iaitu responden

yang dipilih secara rawak daripada kumpulan petani di Yan, Kedah. Saiz sampel dianggarkan

seramai 100 orang dan jumlah responden yang dipilih.

ANALISIS DATA

Data dalam kajian ini dianalisis menggunakan Statistical Package Social Science (SPSS versi

23). Data kajian ini dianalisis secara diskriptif yang melibatkan min, peratus dan sisian piawai.

Selain itu ujian inferensi iaitu ujian korelasi turut dijalankan bagi mengetahui perkaitan di

antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat.

ANALISIS DESKRIPTIF.

Analisis deskriptif akan dibuat keatas pemboleh ubah bahagian A iaitu tentang maklumat

demografi responden. Kesemua pembolehubah pada bahagian A ini akan dianalisis secara

deskriptif dengan melihat nilai kekerapan dan peratus kekerapan.

Analisis Demografi Responden.

Seramai 100 orang responden terdiri daripada lelaki dan perempuan yang diambil sebagai

sampel bagi kajian yang dijalankan. Sampel kajian merangkumi semua petani yang

mempunyai sawah padi di Daerah Yan, Kedah sahaja. Jadual di bawah menunjukkan analisis

latar belakang responden secara peratusan dan kekerapan berdasarkan item 1 hingga 6 dalam

borang soal selidik.

Page 5: PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya & Smith, 2011). Menurut Lizzie, Jens, Gianluca, Allan, Kirsten, Camilla, Niels, Ilse (2014)

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

46

Jadual 2: Latar Belakang Responden

Pembolehubah Kategori Peratus (%)

Jantina Lelaki 80.0

Perempuan 20.0

Umur 20-30 10

31-41 28

40-52 32

53-63 15

64 ke atas 15

Tahap Pendidikan UPSR 5

SRP/PMR 25

SPM 29

STPM/ Matrikulasi/

Diploma/ A-Level

29

Ijazah Sarjana Muda 10

Pasca Siswazah 2

Skala pertanian Kecil 68

Sederhana 18

Besar 14

Status Ekonomi RM 1000 – RM 3000 52

RM 3100 – RM 6100 38

RM 6200 ke atas 10

Etnik Melayu 55

Cina 35

India 10

Lain-lain 0

Berdasarkan Jadual 2 penemuan mendapati responden lelaki seramai 80 orang dan responden

perempuan pula 20 orang. Dari segi umur, responden yang berumur diantara 20-30 tahun ialah

10 orang, umur 31-41 tahun ialah 28 orang, manakal umur 42-52 tahun ialah 32 tahun dan

manakala umur 53-63 tahun dan 63 keatas mempunyai responden yang sama iaitu 15 orang.

Dari segi tahan pendidikan memperlihatkan bahawa SPM dan STPM/MATRIKULASI/

DIPLOMA/A-LEVEL mempunyai jumlah responden yang sama iaitu 29 orang. Manakala,

PASCASISWAZAH hanya 2 orang sahaja responden.

Dari segi status ekonomi pula, responden yang berpendapatan dari RM 1000 sehingga

RM 3000 mencatatkan jumlah responden paling tinggi iaitu 52 orang, diikuti dengan

pendapatan RM 3100 sehingga RM 6100 iaitu dengan 38 orang dan hanya 10 responden saja

yang berpendapatan RM6200 dan keatas.

Dari segi kumpulan etnik memperlihatkan tiga etnik utama yang menguasai aktiviti penanaman

padi iaitu Melayu (55 orang responden), Cina (35 orang responden) dan India (10 orang

responden). Terdapat tiga jenis skala pertanian iaitu kecil (68 responden), sederhana (18

Page 6: PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya & Smith, 2011). Menurut Lizzie, Jens, Gianluca, Allan, Kirsten, Camilla, Niels, Ilse (2014)

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

47

responden) dan besar (14 responden).

Objektif 1 : Mengetahui tahap kemampuan menggunakan teknologi komunikasi dalam

kalangan petani

Bagi mengetahui tahap kemampuan responden dalam menggunakan teknologi komunikasi,

penyelidik telah menulis definisi teknologi komunikasi supaya kesemua responden mendapat

kefahaman tentang teknologi komunikasi. Selain itu, para responden yang terdiri dari petani

perlu menjawab kesemua soalan-soalan yang diajukan kepada responden melalui soalan soal

selisik yang diedarkan. Bagi memudahkan pengkaji mengukur tahap kemampuan responden

dalam menggunakan teknologi komunikasi, pengkaji telah menyenaraikan tujuh indikator

yang berkaitan dengan teknologi komunikasi pada bahagian B soalan.

Rajah1 : Adakah anda mahir tentang penggunaan am komputer?

Berdasarkan Rajah 1 ditemukan bahawa majoriti responden mahir menggunakan teknologi

komunikasi iaitu seramai 80 orang (82.5 %) responden yang direkodkan. Manakala, 20 orang

(12.5 %) responden yang tidak mahir menggunakan teknologi komunikasi.

Rajah 2: Kekerapan melayari internet dalam sehari

Berdasarkan Rajah 2 mengenai kekerapan responden melayari internet dalam masa sehari

dalam kalangan petani. Sebanyak (25%) responden yang melayari Internet kurang dari sejam

dan responden yang melayari Internet dari satu hingga tiga jam ialah 45%. Manakala terdapat

persamaan bagi kekerapan melayari internet bagi 4-6 jam dan 7-9 jam iaitu 15 orang (15%).

20%

80%

Adakah anda mahir tentang penggunaan am komputer?

Mahir Tidak Mahir

25%

45%

15%

15% 0%

Berapa kerapkah anda melayari Internet dalam sehari.

>1 jam 1 - 3 Jam 4 -6 Jam 7 -9 Jam <10 jam

Page 7: PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya & Smith, 2011). Menurut Lizzie, Jens, Gianluca, Allan, Kirsten, Camilla, Niels, Ilse (2014)

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

48

Namun begitu, tiada responden yang dicatatkan yang melayari Internet melebihi dari 10 jam.

1) Rajah 3 : Pernah menghadiri kursus yang berkaitan dengan teknologi

komunikasi?

Berdasarkan Rajah 3 mengenai adakah responden pernah menghadiri kursus berkaitan dengan

teknologi komunikasi. semua responden mengaku tidak. Namun begitu 100 % responden tidak

pernah menghadiri dengan teknologi komunikasi. Oleh itu, keputusan dari data ini

mempengaruhi soalan yang ke 10 iaitu, jika responden ada menyatakan Ya di soalan no 9,

responden harus menyatakan jenis kursus. tempoh dan penganjurnya.

Rajah 4 : Jenis saluran komunikasi digunakan untuk mendapatkan maklumat pertanian

padi.

Rajah 4 mengenai jenis saluran komunikasi yang digunakan untuk mendapatkan maklumat

pertanian padi mempunyai 18 saluran. Saluran yang pertama yang menjadi tumpuan

mendapatkan maklumat pertanian ialah Pegawai Mada dengan seramai 30 orang (94 %)

responden, diikuti dengan Khidmat Pesanan Ringkas dengan seramai 26 orang (90.63 %)

responden, Seterusnya, saluran Surat Pemberitahuan seramai 27 orang (84.38 %) responden

dan saluran Facebook MADA dan Kumpulan WhatsApps MADA menduduki tempat yang

sama iaitu seramai 26 orang (81.25 %) responden yang memilih saluran ini. Manakala seramai

25 orang (78.13 %) responden memilih saluran Laman Web MADA. Bagi saluran Laman Web

Agensi Pertanian Yang Lain dan Rancangan Pertanian di Televisyen mempunyai bilangan

responden yang sama iaitu seramai 23 orang (71.88 %) responden diikuti dengan saluran

Youtube iaitu seramai 27 orang (65.63 %). Manakala saluran Rancangan Pertanian di Radio

100%

0%

Pernah menghadiri kursus yang berkaitan dengan teknologi komunikasi?

Ya Tidak

Page 8: PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya & Smith, 2011). Menurut Lizzie, Jens, Gianluca, Allan, Kirsten, Camilla, Niels, Ilse (2014)

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

49

pula memperolehi seramai 19 orang (59.38 %) resoponden. Berdasarkan Rajah 4.2.1 (d)

mengenai jenis saluran komunikasi yang digunakan untuk mendapatkan maklumat pertanian

padi, ialah blog MADA dengan seramai 15 orang (56.25 %), diikuti dengan saluran E-mail

iaitu seramai 17 orang (53.13 %) dan saluran Brosur ialah seramai 16 orang (50 %) responden.

Selain itu, saluran MADA TV dan Majalah mendapat jumlah responden yang sama iaitu

seramai 15 orang responden dan peratusan sebanyak 46.88 %. Saluran Twitter MADA

menjadi saluran yang paling sedikit responden yang menggunakannya iaitu seramai dua orang

(6.25 %) responden sahaja.

Secara umumnya, jenis saluran inovasi teknologi komunikasi membantu dalam mendapatkan

maklumat pertanian padi adalah sederhana (skor min 2.48). Berdasarkan Jadual 2.5 (e)

mengenai jenis saluran inovasi teknologi komunikasi membantu dalam mendapatkan

maklumat pertanian padi dalam kalangan petani padi di Daerah Yan, Kedah. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa teknologi komunikasi merupakan satu alat yang membantu bagi petani

padi dalam mengaplikasikan dalam hasil tanaman padi mereka.

Rajah 5: Maklumat pertanian padi yang sering diperlukan.

Rajah 5 ialah tentang maklumat pertanian padi yang sering diperlukan oleh petani. Di antara

maklumat yang sering dicari oleh petani ialah mengenai inovasi baja padi (90.65%), inovasi

padi tiga musim (84.38 %) , inovasi meratakan tanah (84.38 %) dan inovasi jerami padi (81.25

%). Seterusnya, maklumat pertanian padi mengenai inovasi baik pulih tanah (75 %), inovasi

pemeliharaan tali air (71.88 %) dan inovasi menanam bijih benih (jentanam) (71.88 %). Selain

itu, maklumat mengenai laporan cuaca (68.75 %), maklumat mengenai inovasi memilih bijih

benih (68.75 %), maklumat mengenai inovasi meracun padi (65.63 5) dan maklumat mengenai

inovasi estet padi (5 – 10 tan) (62.50 %). Di samping itu, maklumat yang kurang diperlukan

oleh petani ialah inovasi padi hibrid (53.13 %), maklumat mengenai inovasi sangkar burung

hantu (43.75 %) dan maklumat mengenai jadual air ke petak sawah (40.63 %). Manakala tiada

maklumat tambahan yang di cadangkan oleh para petani padi.

Page 9: PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya & Smith, 2011). Menurut Lizzie, Jens, Gianluca, Allan, Kirsten, Camilla, Niels, Ilse (2014)

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

50

Objektif 2 : Mengenalpasti faktor-faktor penggunaan teknologi komunikasi

kalangan petani

Bagi mengenalpasti 50faktor-faktor penggunaan teknologi komunikasi oleh petani, penyelidik

telah menyatakan 20 faktor yang lazimnya menjadi sebab petani menggunakan teknologi

komunikasi pada Bahagian C soalan soal selidik.

Jadual 2: Faktor Penggunaan Teknologi Komunikasi oleh Petani.

Page 10: PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya & Smith, 2011). Menurut Lizzie, Jens, Gianluca, Allan, Kirsten, Camilla, Niels, Ilse (2014)

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

51

Page 11: PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya & Smith, 2011). Menurut Lizzie, Jens, Gianluca, Allan, Kirsten, Camilla, Niels, Ilse (2014)

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

52

Secara umumnya mengenalpasti faktor-faktor penggunaan teknologi komunikasi oleh petani

adalah sederhana (skor min 3.73). Berdasarkan Jadual 2 mendapati bahawa faktor - faktor

penggunaan teknologi komunikasi oleh petani adalah tinggi kerana ia mudah digunakan. Seramai

56.25 % responden yang bersetuju bahawa teknologi komunikasi sangat mudah digunakan

berbanding dengan 12.51 % yang tidak bersetuju bahawa teknologi komunikasi mudah digunakan.

Teknologi komunikasi mudah untuk dipelajari cara-cara menggunakannya, hal ini dapat

dibuktikan bahawa seramai 87.51 % responden yang bersetuju bahawa dengan penyataan ini.

Namun begitu terdapat 12.49 % responden yang tidak bersetuju bahawa teknologi komunikasi

mudah untuk dipelajari cara-cara menggunakannya. Pada kenyataan yang menyatakan teknologi

komunikasi membantu saya dengan dapat melihat keberkesanan sewaktu menggunakannya. Hal

ini dikatakan demikian kerana, seramai 84.38 % responden yang bersetuju bahawa teknologi

komunikasi membantu dalam keberkesanan sewaktu menggunakannya. Manakala hanya 15.62 %

sahaja responden yang tidak bersetuju bahawa teknologi komunikasi, membantu responden untuk

melihat keberkesanan sewaktu menggunakannya. Menurut penyataan teknologi komunikasi

membantu responden dapat melihat faedah ketika menggunakannya menunjukkan bahawa semua

responden yang terbabit dengan kajian menjawab sangat bersetuju (100 %). Kesemua hasil kajian

menunjukkan petani berada pada tahap sederhana dalam menjawab soalan faktor – faktor

penggunaan teknologi komunikasi oleh petani padi, berdasarkan indikator-indikator yang

dinyatakan.

OBJEKTIF 3 : Mengnalpasti Hubungan Antara Umur Dengan Penggunaan Teknologi

Komunikasi Dalam Kalangan Petani

Bagi mengkaji hubungan antara umur dengan penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan

petani, penyelidik telah menyatakan 11 indikator bagi item hubungan teknologi komunikasi

terhadap petani pada bahagian E dalam soalan soal selidik. Hipothesis yang berkaitan dengan

bahagian ini ialah: Ho1 : Terdapat hubungan yang signifikan antara umur dengan penggunaan

teknologi komunikasi. Berdasarkan Jadual 3, analisis korelasi mendapati terdapat hubungan antara

umur dengan penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan petani. Ini dapat dibuktikan

dengan nilai r=0.00,p<0.05.

Page 12: PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya & Smith, 2011). Menurut Lizzie, Jens, Gianluca, Allan, Kirsten, Camilla, Niels, Ilse (2014)

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

53

Jadual 3 : Analisis korelasi umur dengan penggunaan teknologi komunikasi petani.

PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

Tahap Kemampuan Petani Menggunakan Teknologi Komunikasi

Dalam kajian ini mendapati bahawa tahap kemampuan petani dalam menggunakan teknologi

komunikasi dalam kehidupan seharian menunjukkan bahawa, petani mahir menggunakan

teknologi komunikasi berdasarkan hasil dapatan kajian yang diperoleh oleh penyelidik.

Walaubagaimanapun, hampir keseluruhan petani didapati tidak pernah menghadiri kursus -kursus

teknologi komunikasi yang dianjurkan oleh agensi-agensi yang berkaitan. Dapatan kajian ini selari

dengan kajian oleh (Ahmad Fahmi, 2016) yang mendapati petani mendapat pendedahan yang

banyak tentang teknologi komunikasi daripada ahli keluarga dan rakan-rakan petani yang lain.

Namun demikian, para petani perlu lebih optimum untuk menggunakan teknologi komunikasi bagi

meningkatkan produktiviti pertanian padi bersesuaian dengan peredaran semasa yang amat

memerlukan penggunaan teknologi komunikasi dalam era pertanian digital.

Faktor-Faktor Penggunaan Teknologi Komunikasi Dalam Kalangan Petani.

Kajian ini mendapati bahawa secara puratanya petani padi di Daerah Yan, Kedah mempunyai

faktor-faktor tersendiri dalam penggunaan teknologi komunikasi dalam aktiviti mereka. Faktor-

faktor penggunaan teknologi komunikasi ini sedikit sebanyak mempengaruhi dalam meningkat

produktiviti dalam kalangan petani. Faktor-faktor yang banyak menyumbang petani untuk

menggunakan teknologi komunikasi adalah seperti ianya memudahkan kegiatan pertanian padi,

mempercepatkan maklumat pertanian padi yang diperlukan, pertanian padi yang lebih sistematik

dan peningkatan produktiviti pertanian padi oleh mereka. Ini selari dengan penemuan kajian

Kamisah dan Hamidah (2015) yang mendapati faktor-faktor tersebut telah mendorong para petani

untuk menggunakan teknologi komunikasi dengan lebih optimum.

Page 13: PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya & Smith, 2011). Menurut Lizzie, Jens, Gianluca, Allan, Kirsten, Camilla, Niels, Ilse (2014)

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

54

Hubungan Antara Umur Dengan Penggunaan Teknologi Komunikasi Dalam Kalangan Petani

Dalam kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan antara umur dengan penggunaan teknologi

komunikasi dalam kalangan petani. Ini menunjukkan bahawa umur memberi peranan yang penting

dalam penggunaan teknologi komunikasi terhadap kehidupan seharian petani padi. Penemuan

kajian ini bercanggah dengan kajian Ahmad Fahmi (2016) yang mendapati umur tidak mempunyai

kaitan dengan kemahiran menggunakan teknologi komunikasi oleh para petani pada masa kini.

Kesimpulan

Pengkaji melihat kerjasama dari pelbagai pihak perlu ada dan sekata untuk memastikan

kepenggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan petani. Penemuan mendapat hampir

keseluruhan petani yang menjadi sampel kajian tidak pernah menghadiri kursus teknologi

komunikasi yang dianjurkan oleh agensi-agensi yang berkaitan. Walaupun petani mungkin dapat

memperlajari teknologi komunikasi daripada ahli keluarga, sahabat andai serta rakan petani yang

lain, kursus yang formal dan lebih teratur akan memperkasakan lagi pengetahuan dan kemahiran

petani menggunakan teknologi komunikasi seperti negara-negara maju pertanian yang lain. Oleh

itu, selari dengan pemodenan pertanian negara, masyarakat petani juga haruslah sentiasa mengikuti

perkembangan semasa agar setiap teknologi komunikasi yang muncul dapat dimanfaatkan oleh

petani di masa hadapan. Pelbagai langkah dan usaha haruslah dijalankan oleh semua pihak agar

masyarakat petani tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi komunikasi. Di samping itu,

melalui usaha sedemikian literasi teknologi komunikasi dapat ditingkatkan dalam kalangan warga

petani di Malaysia.

RUJUKAN

Bahaman Abu Samah, Jegak Uli, Khadijah Alavi. (2009). Media dan Perkembangan

Pertanian Ke Arah Memperkasakan Komuniti Luar Bandar. Penerbit :

Universiti Putra Malaysia.

Ezaleila & Azizah (2012). Budaya Media baharu: Penggunaan dan Pengadaptasiannya di

Malaysia. Proceeding of Conference on Media and Society 2012 Sarawak,

Unimas. (CD)

Guba, E. G. (1968). Diffusion of Innovations, 292–295. Retrieved from

http://www.ascd.org/ASCD/pdf/journals/ed_lead/el_196801_guba.pdf

Hubungan Industri. (2017). Teknologi Komunikasi Dan Maklumat Malaysia,1–6. Retrieved from

https://www.researchgate.net/publication/315457295_TEKNOLOGI_KOMUNIKASI_DAN_

M AKLUMAT_MALAYSIA internet users survey 2018. (2019), 1–6. Retrieved from

https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Internet-Users-Survey2018-

(Infographic).pdf

Mahamood, A. F. (2016). PERANAN AGEN PENGEMBANGAN DALAM MEMPENGARUHI

PETANI MENGGUNAKAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DI LEMBAGA KEMAJUAN

PERTANIAN MUDA (MADA). Journal of Global Business and Social Entrepreneurship

(GBSE) , 2(4), 225–250. Retrieved from http://gbse.com.my/isiokt16/GBSE 2(4), 225-250

(July 2016).pdf

Pengaruh Penggunaan Komputer Ke Atas Masa Komunikasi Keluarga Dalam Kalangan Keluarga

Petani Di Malaysia Dari Perspektid Teori Pola Komunikasi Keluarga (2011), 1–18. Retrieved

from https://core.ac.uk/download/pdf/153809422.pdf

Page 14: PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya & Smith, 2011). Menurut Lizzie, Jens, Gianluca, Allan, Kirsten, Camilla, Niels, Ilse (2014)

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

55

Singh J., (2009). Voice, exit, and negative word-of-mouth behaviors: an investigation across hree

service categories, J. Acad. Mark. Sci, 18 (1) 1-1 6. Meng, C.C, Samah, B. A & Omar, S.Z

(2013). A review paper: Critical factors affecting the developement of ICT projects in

Malaysia. Asian social science, 9(4), 42-50

Salleh Hassan, Hayrol Azril Mohamed Shaffril, Alby, Jeffrey Lawrence D'Silva (2009). Problems and

obstacles in using Information and Communication Technology (ICT) among Malaysian agro-

based entrepreneurs. European Journal of Scientific Research, 36 (1). pp. 93- 101. ISSN 1450-

216X.

Salleh Hassan, Hayrol Azril Mohamed Shaffril, Muhamad Sham Shahkat Ali , Norsabila

(2010) Agriculture Agency, Mass Media and Farmers: A combination for Creating

Knowledgeable Agriculture Community. African Journal of Research December

Vol.5(24), pp. 3500-3513 2010 DOI: 10.5897/AJAR10.800 ISSN: 1991-637X .

Statistik Penduduk Negeri Kedah. (2019, August 19). Retrieved October 19, 2019,

from http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/statistik-penduduk-negeri-

kedah.

Lizzie Melby Jespersen, Jens Peter Hansen, Gianluca Brunori, Allan Leck Jensen, Kirsten Holst,

Camilla Mathisen, Niels Halberg, Ilse Ankjaer Rasmussen (2014). ICT and social media

as drivers of multi-actor innovation in agriculture-barriers, Qualitative Research: An

Introduction. (2016), 88(2), 225. Retrieved from http://www.radiologictechnology.org

/content/88/2/225.extract# (n.d.), 1–6. Retrieved from

http://eprints.ums.ac.id/51884/3/BAB I.pdf