Kps presentation (1)

20
INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN KUMPULAN NANAS NUR FARAH AFIFAH BINTI SUTRISNO NURUL HIDAYAH BINTI ABDUL BASIR NOR ATHIRAH BINTI MOHD SALLEH AIN RAFIQAH BINTI ROHAILAN

Transcript of Kps presentation (1)

INTERAKSI DALAM PEMBELAJARANKUMPULAN NANAS

NUR FARAH AFIFAH BINTI SUTRISNONURUL HIDAYAH BINTI ABDUL BASIRNOR ATHIRAH BINTI MOHD SALLEHAIN RAFIQAH BINTI ROHAILAN

PENGERTIAN INTERAKSITindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain.

Contohnya, seorang pelajar berinteraksi dengan guru untuk menanya soalan yang tidak difahaminya.

NEXT

PENGERTIAN PEMBELAJARANPembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahaja dilahirkan . Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan.

NEXT

1) APAKAH PENGERTIAN INTERAKSI?Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2007, interaksi membawa maksud suatu tindakan atau perhubungan yang aktif antara satu sama lain, tindak balas antara 2 pihak atau beberapa pihak.Walau bagaimanapun, menurut Merriam Webster Online Dictionary, interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.

HOME

2) APAKAH KONSEP KOMUNIKASI DAN INTERAKSI?Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat daripada seseorang kepada orang yang lain. Proses penghantaran mesej daripada penghantar kepada penerima dikenali sebagai komunikasi.Komunikasi berkesan hanya akan berlaku apabila penerima memahami mesej yang dihantar dengan tepat. Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.Komunikasi lisan melibatkan proses pemindahan idea dan ditutur menggunakan bahasa yang difahami.Manakala komunikasi bukan lisan ialah penyampaian idea yang melibatkan pergerakan anggota badan seperti menganggukkan kepala tanda setuju.Oleh itu, seorang guru perlu menguasai kemahiran berkomunikasi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan serta mencapai objektifnya. Interaksi pula menunjukkan satu jalinan hubungan di antara guru dengan pelajar. Menurut A New English Dictionary, interaksi bilik darjah bererti saling bertindak, saling mempengaruhi di antara satu sama lain

HOME

3) APAKAH KEPENTINGAN INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN?Guru boleh memotivasikan pelajar Mengeratkan perhubungan guru dengan murid Kesepakatan dan kerjasama antara guru dan pelajar Menggerakkan minda murid-murid untuk berfikir

HOME

4) APAKAH PERKAITAN ANTARA INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN? Satu proses untuk berinteraksi yang dilakukan oleh murid ketika sesi pembelajaran Dapat mengelakkan percanggahan maklumat sekiranya interaksi dilakukan dengan betul dalam sesi pembelajaran Pelajar akan merasa selesa sekiranya interaksi yang berlaku dalam sesi pembelajaran tersebut dalam keadaan yang tenang HOME

5) APAKAH FUNGSI FUNGSI INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN?Antara fungsi fungsi interaksi dalam pembelajaran adalah:Menjadi titik utama perhatian dan garis panduan dalam melaksanakan aktiviti atau interaksi pembelajaran dan pengajaran.Menjadi penentu arah aktiviti pembelajaran.Menjadi titik utama perhatian dan garis panduan dalam merangka reka bentuk pengajaran.Menjadi idea utama untuk guru mengembangkan dan memperluas ruang lingkup pembelajaran .

HOME

6) BAGAIMANAKAH PROSES INTERAKSI SOSIAL BERLAKUHOME

7) APAKAH JENIS POLA INTERAKSI DALAM PEMBELAJARANMenurut Merriam Webster Online Distionary, interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala.Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.Di dalam bilik darjah terdapat 3 jenis pola interaksi iaitu: 1. Interaksi sehala -interaksi sehala daripada guru kepada murid. 2. Interaksi dua hala -interaksi dua hala antara guru dengan murid atau murid dengan murid 3. Interaksi pelbagai hala -interaksi antara guru dengan murid,murid murid dan murid dengan guru.

NEXT

JENIS-JENIS INTERAKSICIRI-CIRI INTERAKSIInteraksi Sehala berpusatkan guru tiada interaksi antara murid aktiviti pembelajaran pasifInteraksi Dua Hala hubungan yang mesra antara guru dan murid penglibatan murid digalakkan aktiviti pembelajaran aktif

GMMMGMMMNEXT

JENIS-JENIS INTERAKSICIRI-CIRI INTERAKSIInteraksi Dua Hala antara murid dengan murid hubungan yang mesra antara murid dengan murid interaksi guru dan murid sehala iaitu melalui bimbingan atau arahan sahaja atau sebagai fasilitator pembelajaran berpusatkan murid murid lebih kreatif hubungan antara murid lebih erat aktiviti pembelajaran aktif wujud semangat kerjasama dan saling menolongInteraksi Pelbagai Hala aktiviti pengajaran dan pembelajaran sangat aktif perhubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid lebih erat dan mesra penglibatan guru dan murid sangat aktif

GMMMMMMGMMMMHOME

8)APAKAH KOMPONEN-KOMPONEN INTERAKSI PEMBELAJARAN?Ada beberapa komponen dalam interaksi pembelajaran pengajaran. Komponen-komponen itu adalah objektif, bahan, kaedah dan alat. Untuk mencapai tujuan pengajaran, setiap komponen itu akan saling bertindak balas dan mempengaruhi antara yang satu dengan yang lain.

a)ObjektifObjektif dalam komponen pembelajaran mempunyai tujuan yang penting dalam aktiviti interaksi dalam pembelajaran. Objektif juga dapat memberikan arah yang jelas di mana aktiviti pembelajaran tersebut akan dibawa oleh guru. Objektif pengajaran yang ditetapkan oleh guru akan mempengaruhi jenis kaedah yang digunakan, alat bantuan pembelajaran dan juga persekitaran pembelajaran.

NEXT

b)Bahan pembelajaranBahan pembelajaran perlu dikuasai oleh guru dengan baik. Oleh sebab itu, guru perlu mencari dan menyediakan bahan pelajaran yang akan disampaikan kepada para pelajar. Bahan (material) tersebut sudah tentu dipilih dan disesuaikan dengan bahan yang menjadi tunjang tercapainya objektif pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru itu sendiri.c) Kaedah penyampaian pembelajaran.Kaedah penyampaian pembelajaran merupakan suatu cara yang digunakan untuk mencapai objektif yang guru tersebut telah tetapkan. Dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran, kaedah penyampaian ini diperlukan oleh guru untuk kepentingan pengajaran. Terdapat beberapa faktor yang boleh memberi kesan kepada kaedah mengajar iaitu para pelajar yang mempunyai pelbagai tahap kefahaman, keadaan suasana bilik darjah, kemudahan pembelajaran dan keadaan peribadi guru dengan kemampuan profesional yang berbeza-beza. Kaedah-kaedah ini termasuklah kaedah soal jawab, kaedah penyampaian maklumat, perbincangan, pembahagian tugas dan kaedah demonstrasi.

HOME

9) APAKAH UNSUR-UNSUR INTERAKSI BELAJARDalam setiap interaksi pendidikan akan senantiasa mengandung dua unsur iaitu;

1. Unsur NormatifDalam interaksi normatif, antara guru dan peserta didik harus berpegang pada norma yang diyakini bersama. Pengajaran sebagai sebahagian daripada pendidikan, sedangkan pendidikan itu sifatnya normatif. Maka dalam proses pengajaran mesti mencerminkan interaksi yang berpunca pada sumber-sumber norma yakni agama, falsafah hidup dan kesulitan.

NEXT

2. Unsur TeknikalPendidikan boleh dirumuskan pula secara teknikal. Pada hakikatnya pendidikan merupakan suatu peristiwa yang merupakan aktiviti praktikal yang berlangsung dalam satu masa, terikat dalam situasi, serta terarah pada satu tujuan. Jika pendidikan digubal usaha pembentukan manusia susila, pancasila sejati, manusia berbeza-beza, dan sebagainya adalah normatif dalam formulasinya. Adapun peristiwa atau rangkaian peristiwa menuju kepada pembentukan itu sendiriadalah suatu proses teknikal.HOME

10) APAKAH HALANGAN DAN GANGGUAN INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN? (a) Suasana kelas yang bising. Kebisingan di dalam bilik darjah adalah faktor utama mengurangkan keberkesanan proses komunikasi. Jika murid-murid di dalam kelas tidak dikawal dengan baik,mereka akan membuat bising seperti bercakap dengan kuat dan menjerit-jerit.Dalam situasi bising yang melampau, guru akan mengalami kesukaran untuk menyampaikan pengajaran dengan 115 jelas. Implikasinya murid turut sukar menerima proses pengajaran yang disampaikan oleh guru.

(b) Guru yang kurang berpengalaman. Guru yang kurang berpengalaman mungkin akan dipandang rendah oleh murid-muridnya. Malah murid-murid tidak berkeyakinan dengan kebolehan guru apatah lagi jika guru itu mengajar menggunakan kaedah yang lama dan sama sepanjang pengajarannya. Murid-murid tidak akan memberi perhatian di dalam kelas. Ini akan menjejaskan komunikasi yang wujud antara murid dan guru serta interaksi yang mesra sukar dibina. NEXT

(c) Kepimpinan guru yang autokratik. Guru yang bersifat autokratik menentukan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid hanya mengikut arahan dan tidak diberi peluang menyuarakan pendapat dan tidak digalakkan bercakap atau berbincang sesama sendiri. Keadaan ini akan menyebabkan murid merasa tidak seronok dan. Menyimpan perasaan benci akan gurunya.Hubungan yang tidak mesra ini pasti menyukarkan komunikasi dan interaksi dalam bilik darjah

(d) Bilangan murid yang terlalu ramai. Bilangan murid yang terlalu ramai akan menyebabkan kelas menjadi sempit dan tidak selesa. Murid-murid sukar bergerak untuk melakukan aktiviti pembelajaran. Pengajaran guru kurang efektif kerana banyak aktiviti sukar dilaksanakan dan hubungan yang mesra juga sukar diwujudkan kerana kelas yang tidak kondusif.

VIDEOJENIS-JENIS POLA INTERAKSI