IBN KHALDUN
-
Upload
arun-ganesan -
Category
Education
-
view
273 -
download
0
Transcript of IBN KHALDUN
AC 301- TAMADUN ISLAM
MUHAMMAD HAZMI BIN SAHARUDDIN MUHAMMAD NAZIRUL BIN ABDUL RASHID MUHAMMAD REJAB BIN ABDUL RAHMAN
KUHANESWARAN DENIS ARUN
PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM ERA KHULAFA’ AL-RASYIDIN
ZAMAN SAYYIDINA UMAR AL-KHATTAB
SAIDINA UMAR
AL-KHATTAB
TOKOH REFORMIS
DUNIA ISLAM
Zaman Khulafa’ al-Rasyidin
Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW pada tahun 632M, tampuk pemerintahan Islam diteruskan oleh Khulafa’ al-Rasyidin:
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (632-634M) Khalifah Umar al-Khattab (634-644M) Khalifah Uthman Affan (644-656M) Khalifah Ali Abi Talib (656-661M) Mereka meneruskan dakwah baginda dan meletakkan Al-Quran
dan al-Sunnah sebagai sumber utama pemerintahan dan pentadbiran.
Sayyidina Umar Bin Al-khattab
Umar Bin Al-Khattab Bin Nufail Bin Abdul Al-uzza Bin Ryan Bin Abdullah Bin Qurti Bin Rizah Bin Adiyyi Bin Kaab.
Diberi gelaran Al-Faruq iaitu (Pemisah antara Hak dengan Batil). Dilahirkan pada 584m di mekah (13 tahun lebih muda daripada nabi muhamad
SAW) Dari suku bani Adi- keturunan bangsawan yang disegani di Makkah Seorang yang berani ,tegas,berterus terang dang mempunyai pemikiran yang
tajam. Pernah menjadi pendamai dan ahki diplomatic pada zaman jahiliah. Menjadi Khalifah pada 634M. WAFAT PADA 27 Zulhijjah 23 Hijrah (63 tahun).
CARA SAIDINA UMAR MENDAPAT HIDAYAH UNTUK MEMELUK ISLAM
Beliau memeluk Islam setelah terdengar kalimah dan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh adiknya.
Umar tertarik dengan kandungannya dan meminta Rasulullah S.A.W mengajarnya tentang Islam.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani bahawa Rasulullah S.A.W juga pernah berdoa: Ya Allah , kuatkanlah Islam dengan Umar. Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah S.A.w bersabda : Apabila Umar memeluk Islam,Jibrail pun datang dan berkata : Ya Muhammad , sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar
CIRI-CIRI KEPIMPINAN
Seorang yang bersifat berani dan tidak gentar dalam menegakkan kebenaran agama Islam
Seorang yang tegas dan adil. Seorang yang berpandangan jauh, berfikiran
terbuka dan sedia untuk menerima pendapat orang lain.
Seorang pemerintah yang bertanggungjawab, dan amanah.
CONTOH-CONTOH KEBERANIAN SAIDINA UMAR
1. Berani mengisytiharkan keIslaman beliau di hadapan masyarakat Arab tanpa rasa takut dan gentar.
2. Berani menegakkan kebenaran dalam berdakwah.3. Mencabar sesiapa yang berani menghalangnya
untuk berhijrah.4. Berani dalam medan perang.
Sumbangan Khalifah UmarPEMBAHARUAN POLITIK
Menempatkan pasukan tentera di kawasan jajahan taklukan Islam dan memperbaharui perjanjian dengan kuasa-kuasa luar .
Menubuhkan jabatan (dewan) – Jabatan Tentera, Jabatan Ganjaran dan Agihan, Jabatan Pos, Jabatan Cukai, Jabatan Perbendaharaan Negara. – diketuai oleh Katib (Setiausaha).
Melakukan perluasan wilayah ke Parsi, Syria, Palestin dan Babylon.
EKONOMI Mengambil semula tanah rampasan perang dari tentera dan
menjadikan hak milik negara. Tentera dibayar gaji dengan 4/5 daripada rampasan perang,
1/5 menjadi hak negara. Mengembalikan harta rampasan perang kepada tuannya
apabila mereka memeluk Islam. Memperkenalkan cukai jizyah (cukai kepala), kharaj (cukai
tanah), dan usyur (cukai perdagangan). Menggalakkan rakyat membuka tanah baharu untuk pertanian. Membina dua buah empangan besar: Empangan Abu Musa di
Basrah dan Terusan Amirul Mukminin di Mesir.
SOSIAL Mendirikan rumah persinggahan untuk musafir. Membayar elaun kepada kaum keluarga Nabi Muhammad SAW dan
balu tentera Perang Badar serta tentera yang bersara. Membentuk pasukan keselamatan kampung. Menyambung usaha Abu Bakar mengumpul Al-Quran. Mengembangkan pengajian Al-Quran dan menghantar guru ke
kawasan taklukan. Menubuhkan kemudahan infranstruktur.
PENDIDIKAN Menubuhkan institusi pendidikan di kota-kota spt. Basrah, Kufah,
Fustat. Menubuhkan kuttab (pra-sekolah) Bentuk pendidikan – membaca, menulis, menghafaz, berenang,
menunggang kuda
KESIMPULAN
Kebolehan Khalifah Umar dalam bidang pentadbiran memang diakui umum.
Pencapaiannya boleh dikatakan sebagai telah sampai ke tahap maksimum.
Berdasarkan kejayaan dan sumbangannya yang besar inilah maka beliau telah diberi gelaran Amir al- Mukminin atau panglima agung Mukmin pada tahun ke-19 Hijrah.
PENGAJARAN YANG BOLEH DICONTOHI
Berani kerana benar. Berusaha membuat perubahan dalam negara
untuk kemajuan umat islam. Pemimpin perlu membela nasib rakyat. Keyakinan yang kukuh pada kekuasaan Allah.
- SYUKRAN JAZILAN -